sakit mental

Upload: yow-jing-pei

Post on 14-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Sakit Mental

    1/3

    Sakit Mental: Ancaman Masyarakat Moden

    Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh

    menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang

    mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

    Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan

    penduduk Malaysia khususnya.

    Daripada data yang diperoleh, sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan penduduk di Malaysia

    mengalami sakit mental bermula daripada kemurungan sehingga ke tahap skizofrenia.

    Golongan sakit mental merangkumi mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan ketegangan

    dan gagal mengatasinya seperti masalah rumah tangga, ekonomi dan tekanan kerja.

    Mereka yang gagal membuang tabiat merokok, meminum minuman keras, menghidu gam, mengambil

    dadah dan berjudi juga tergolong dalam pesakit mental.

    Fakta

    Masalah mental merangkumi semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga peringkat tua.

    Bagi kanak-kanak misalnya malu untuk makan dan ke tandas, takut ke sekolah dan hiperaktif juga

    termasuk dalam golongan mereka yang mengalami gangguan mental.

    Bagi golongan tua pula, antara penyakit mental yang dikesan ialah nyanyuk dan mengalami

    kemurungan.

    Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama penyakitpsikosis.

    Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan

    dengan alam nyata.

    Antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif. Kumpulan

    kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis.

    Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan

    pengalaman biasa dalam kehidupan kita.

    Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutansehingga mengganggu kehidupan harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia

    mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis ini.

    Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas

    (fobia),keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif.

    Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya.

    http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/815-sakit-mental-ancaman-masyarakat-moden.htmlhttp://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/815-sakit-mental-ancaman-masyarakat-moden.htmlhttp://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/815-sakit-mental-ancaman-masyarakat-moden.html
  • 7/30/2019 Sakit Mental

    2/3

    Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti

    harian.

    Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang.

    Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih

    dengan sempurna selepas rawatan.

    Terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya masalah mental.

    Faktor pertama yang menyumbang kepada masalah mental ialah faktor genetik dan keturunan.

    Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental berisiko tinggi untuk

    menghidap penyakit ini berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

    Terdapat kajian yang menunjukkan kebarangkalian 1:100 peluang untuk seseorang dalam keluarga

    mendapat penyakit skizofrenia jika ada dalam ahli keluarganya mengidap penyakit tersebut

    berbanding 1:10 dalam masyarakat umum.

    Faktor kedua ialah gangguan bahan kimia dalam otak sebagai contoh penghasilan dopmin secara

    berlebihan menyebabkan masalah skizofrenia dan paras serotonim terlalu rendah menyebabkan

    masalah kemurungan.

    Apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala

    penyakit mental akan berlaku. Faktor lain ialah jangkitan virus, sejarah hidup yang getir dan keadaan

    sosioekonomi yang rendah.

    Selain itu, bagi tujuan rawatan pula terdapat beberapa jenis penyakit mental yang memerlukan

    rawatan segera seperti neurosis, penyakit mental organik seperti nyanyuk, gangguan personaliti,

    autism, hiperaktif, ketagihan dadah dan cubaan membunuh diri.

    Antara rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan

    kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif.

    01.Rawatan kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya denganlebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar.

    02.Rawatan psikotropik menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubatpsikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental.

    Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara

    ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga

    pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.

    01.Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikiratau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi

    merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

    02.Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasiotak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk

    merawat penyakit kemurungan yang serius.

  • 7/30/2019 Sakit Mental

    3/3

    Pada masa kini, masyarakat mengangap mereka yang mengalami masalah mental sebagai

    satu ancaman kepada keselamatan mereka kerana akhbar sering melaporkan pelbagai kes amuk,

    bunuh dan gangguan-gangguan yang dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah mental.

    Keadaan ini menyebabkan masyarakat membuat tanggapan negatifkepada mereka yang

    mengalami masalah mental ini tanpa mengkaji sebab mereka berkelakuan sedemikian.

    Masyarakat tidak didedahkan secara sepenuhnya mengenai penyakit mental ini. Masyarakathanya memandang pesakit mental adalah orang 'gila'.

    Tetapi jika diperhatikan kembali hanya terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai

    pengetahuan mengenai masalah mental sahaja yang dapat menerima serta membantu para pesakit

    mental.

    Peranan masyarakat dalam penerimaan golongan ini hanya boleh dicapai apabila setiap individu dalam

    masyarakat mempunyai pengetahuan mengenai penyakit mental secara umum.

    Mungkin pendedahan ini boleh diberikan di peringkat sekolah memandangkan sekolah merupakan

    medium terbaik dalam penjanaan ilmu pengetahuan serta memupuk sikap para pelajar dan

    masyarakat.

    Pesakit mental tidak seharusnya dipinggirkan oleh masyarakat kerana mereka yang mengalami

    masalah mental mempunyai peluang untuk pulih semula dan menjadi sebahagian daripada

    masyarakat.

    Mereka sepatutnya diberi perhatian kerana ada dalam kalangan mereka mengalami tekanan dalam

    hidup yang berat sehingga mereka cenderung menghidap masalah mental.

    Tiada siapa yang mahu membantu untuk meringankan beban hidup mereka.

    Oleh itu, setiap individu perlu mengubah perspektif negatif mereka terhadap pesakit mental dan

    memberikan sokongan-sokongan yang diperlukan agar mereka tidak merasa terpinggir daripada

    kelompok masyarakat.