akta kesihatan mental 2001

Upload: mohamad-azam

Post on 08-Jul-2015

2.212 views

Category:

Documents


43 download

TRANSCRIPT

AKTA KESIHATAN MENTAL 2001 AKTA KESIHATAN MENTAL 2001 PERATURAN-PERATURAN KESIHATAN MENTAL 2010 ------------------------------------SUSUNAN PERATURAN ------------------------------------BAHAGIAN I PERMULAAN Peraturan 1. Nama dan mula berkuat kuasa 2. Tafsiran 3. Borang BAHAGIAN II TATACARA BAGI KEMASUKAN, PENAHANAN, PEMERIKSAAN DAN KAJIAN SEMULA PESAKIT DALAM, DAN PELEPASAN ATAU PEMINDAHAN PESAKIT DARI, HOSPITAL PSIKIATRI 4. Kemasukan atau penahanan pesakit sukarela ke dalam hospital psikiatri 5. Permohonan, saranan atau perintah bagi kemasukan atau penahanan pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri 6. Perintah bagi penahanan dan perintah penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh Pengarah Perubatan dan lain-lain 7. Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh Pelawat 8. Arahan bagi penahan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh Pelawat 9. Permohonan bagi pelepasan pesakit tidak sukarela dari hospital psikiatri 10. Pemberitahuan berkenaan dengan pelepasan pesakit kepada Mahkamah

11. Pemindahan pesakit tidak sukarela BAHAGIAN III PENJAGAAN PESAKIT DALAM KEMUDAHAN PSIKIATRI 12. Penjagaan pesakit di kemudahan psikiatri 13. Pelan penjagaan pesakit 14. Rawatan penjagaan kecemasan di rumah jagaan kejururawatan psikiatri 15. Penjagaan pesakit tidak sukarela yang dilepaskan dari hospital psikiatri 16. Penjagaan kesihatan mental masyarakat 17. Kewajipan untuk memberitahu saudara pesakit berkenaan dengan permohonan untuk pelepasan dari rumah jagaan kejururawatan psikiatri 18. Penjagaan orang di bawah umur dengan kecelaruan mental 19. Penjagaan geriatrik BAHAGIAN IV TERAPI ELEKTROKONVULSIF 20. Tatacara bagi terapi elektrokonvulsif 21. Dewan Bedah atau suite rawatan 22. Bekalan oksigen dalam bilik rawatan dan bilik atau kawasan pemulihan 23. Kelengkapan dan bekalan dalam bilik rawatan 24. Alat terapi elektrokonvulsif, penyenggaraan dan buku log . BAHAGIAN V PENGEKANGAN ATAU PENGASINGAN 25. Petunjuk dan tatacara pengekangan atau pengasingan 26. Kawasan pengekangan 27. Peralatan pengekangan

28. Pemakaian cara pengekangan fizikal 29. Bilik pengasingan 30. Maklumat yang perlu dicatatkan dalam rekod BAHAGIAN VI PIAWAIAN BAGI HOSPITAL PSIKIATRI SWASTA, RUMAH JAGAAN KEJURURAWATAN PSIKIATRI SWASTA DAN PUSAT KESIHATAN MENTAL MASYARAKAT SWASTA DLL. 31. Pematuhan kepada kehendak khusus 32. Pintu 33. Tingkap 34. Keselamatan 35. Kehendak bilik atau wad 36. Pencahayaan di kawasan penjagaan pesakit 37. Kemudahan dan perkhidmatan jagaan kecemasan psikiatri 38. Kawasan Penjagaan Rapi 39. Kakitangan 40. Penginapan pesakit di dalam pusat kesihatan mental masyarakat swasta 41. Pengurusan kewangan pesakit 42. Barangan dan pakaian persendirian BAHAGIAN VII HAK PESAKIT 43. Penyataan hak pesakit 44. Kewajipan untuk mengadakan penyataan hak-hak pesakit 45. Penyataan hak pesakit hendaklah dipamerkan 46. Dokumen yang hendaklah tersedia untuk rujukan BAHAGIAN VIII

PERKARA MENGENAI KOMUNIKASI 47. Komunikasi oleh pesakit yang dimasukkan ke hospital psikiatri 48. Komunikasi oleh orang yang ditahan atau dikurung di hospital psikiatri yang diluluskan BAHAGIAN IX TATACARA YANG MESTI DIIKUTI OLEH LEMBAGA PELAWAT 49. Notis mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat 50. Pelantikan Pengerusi untuk mesyuarat atau lawatan 51. Tatacara mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat 52. Pembatalan pelantikan Pelawat 53. Peletakan jawatan Pelawat JADUAL AKTA KESIHATAN MENTAL 2001 PERATURAN-PERATURAN KESIHATAN MENTAL 2010 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 92 Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Nama dan mula berkuat kuasa 1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Mental 2010. (2) Peraturan-peraturan ini mula berkuat kuasa pada ___________________. Tafsiran 2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain "bilik atau kawasan pemulihan" mempunyai erti yang sama sebagaimana diberikan kepada ungkapan itu dalam Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan

Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006 [P.U. (A) 138/2006]; "kemasukan" merujuk kepada pendaftaran seseorang sebagai pesakit dalam atau pesakit luar dan yang untuknya satu rekod khidmat jagaan kesihatan diadakan; "kemudahan pesakit luar" ertinya mana-mana premis yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan oleh penjagaan kesihatan profesional untuk memberi khidmat penjagaan kesihatan kepada individu sebagai pesakit luar dan termasuk klinik perubatan atau klinik pesakit luar atau jabatan pesakit luar dalam kemudahan penjagaan kesihatan; \kemudahan psikiatri. termasuk mana-mana hospital psikiatri, rumah jagaan kejururawatan psikiatri dan pusat kesihatan mental masyarakat; \kemudahan psikiatri yang diwartakan. termasuk mana-mana hospital psikiatri yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri yang diwartakan atau pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan; "khidmat pesakit luar" adalah khidmat yang diberikan berasaskan pesakit luar di kemudahan pesakit luar oleh ahli penjagaan kesihatan profesional yang mempunyai kelayakan, latihan dan pengalaman serta kebolehan untuk menjaga pesakit yang bercelaru mental; "pesakit" ertinya orang yang didaftarkan sebagai pesakit luar atau dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam atau dimasukkan ke hospital di bawah perintah Pengarah Perubatan, pegawai perubatan, pengamal perubatan berdaftar atau atas perintah Mahkamah di bawah Akta ini; "pelan penjagaan" ertinya suatu rancangan yang mewujudkan matlamat penjagaan dan program tindakan bersepadu untuk memenuhi keperluan psikiatri, perubatan, pembedahan, jagaan kejururawatan, pemulihan, psikososial dan keperluan rohani pesakit. Borang 3. Borang dalam Jadual Pertama ditetapkan bagi kegunaan di bawah peraturanperaturan ini. BAHAGIAN II TATACARA BAGI KEMASUKAN, PENAHANAN, PEMERIKSAAN DAN KAJIAN SEMULA PESAKIT DALAM DAN PELEPASAN ATAU PEMINDAHAN PESAKIT DARI HOSPITAL PSIKIATRI

Kemasukan atau penahanan pesakit sukarela ke dalam hospital psikiatri 4. (1) Permohonan bagi kemasukan sebagai pesakit sukarela ke dalam mana-mana hospital psikiatri di bawah subseksyen 9(1) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 1. (2) Perintah bagi penahanan pesakit sukarela dalam hospital psikiatri oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah subseksyen 9(5) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 2. Permohonan, saranan atau perintah bagi kemasukan atau penahanan pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri 5. (1) Permohonan bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri oleh saudara orang yang disyaki bercelaru mental di bawah perenggan 10(1)(a) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 3. (2) Saudara pesakit yang dirujuk dalam subperaturan (1) yang memberikan maklumat palsu dalam Borang 3 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (3) Saranan bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah perenggan 10(1)(b) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 4. (4) Perintah bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri oleh seseorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah seksyen 14 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 5. Perintah bagi penahanan dan perintah penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh Pengarah Perubatan dan lain-lain 6. (1) Perintah bagi penahanan pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri oleh Pengarah Perubatan hospital psikiatri di bawah subseksyen 10(5) dan 14(4) hendaklah dibuat dalam Borang 6. (2) Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh dua pegawai perubatan atau dua pengamal perubatan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan 10(8)(b) dan 14(7)(b) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 7. (3) Perintah yang dirujuk dalam subperaturan (2) hendaklah ditandatangani oleh dua pegawai perubatan atau dua pengamal perubatan berdaftar dalam masa tiga hari bekerja di antara satu sama lain dan perintah itu hendaklah bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan dari tarikh terkemudian di antara dua tandatangan itu.

Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh Pelawat 7. Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri oleh Pelawat di bawah perenggan 44(2)(b) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 8. Arahan bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh Pelawat 8. Arahan bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri oleh Pelawat di bawah perenggan 45(2)(c), 4(c) dan subseksyen 45(5) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 9. Permohonan bagi pelepasan pesakit tidak sukarela dari hospital psikiatri 9. (1) Permohonan bagi pelepasan pesakit tidak sukarela dari hospital psikiatri oleh pesakit tidak sukarela atau saudara pesakit tidak sukarela itu di bawah seksyen 16 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 10. (2) Pengarah Perubatan hendaklah memaklumkan keputusan permohonan itu kepada pemohon yang dinyatakan dalam Borang 10 dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan permohonan itu. Pemberitahuan berkenaan dengan pelepasan pesakit kepada Mahkamah 10. Pemberitahuan di bawah subseksyen 21 Akta oleh Pengarah Perubatan kepada Mahkamah berkenaan dengan pelepasan pesakit yang ditahan menurut subseksyen 55(1) atau seksyen 73 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 11. Pemindahan pesakit tidak sukarela 11. (1) Perintah yang mengarahkan pemindahan pesakit tidak sukarela daripada hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan ke hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan yang lain oleh Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya di bawah seksyen 19 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 12. (2) Pemegang lesen dan orang yang bertanggungjawab ke atas hospital psikiatri swasta yang diwartakan atau Pengarah Perubatan hospital psikiatri kerajaan hendaklah, sebelum melaksanakan perintah dirujuk dalam subperaturan (1), memastikan bahawa . (a) pengaturan dibuat terlebih dahulu dengan hospital psikiatri yang menerima pesakit; (b) ringkasan klinikal pesakit tidak sukarela itu disediakan; dan

(c) pesakit tidak sukarela itu dihantar dengan penjagaan yang sesuai. (3) Hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan yang menerima pesakit hendaklah memastikan penerusan perintah penahanan yang dibuat sebelum pemindahan pesakit tidak sukarela ke hospital psikiatri itu. BAHAGIAN III PENJAGAAN PESAKIT DALAM KEMUDAHAN PSIKIATRI Penjagaan pesakit dalam kemudahan psikiatri 12. (1) Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri hendaklah memastikan bahawa. (a) pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, sebaik-baiknya ahli psikiatri, dilantik untuk menjaga pesakit; (b) khidmat pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang berpengalaman dalam bidang psikiatri sentiasa tersedia pada setiap masa diminta atau jika dikehendaki; (c) maklumat yang secukupnya diberikan untuk memudahkan kemasukan dan pengurusan pesakit; (d) pesakit dimasukkan ke wad atau bilik yang bersesuaian di kemudahan psikiatri menurut jantina dan umur; dan (e) pesakit wanita dan di bawah umur hendaklah ditemani semasa pemeriksaan dan rawatan di kemudahan psikiatri. (2) Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri tidak boleh membenarkan mana-mana orang menziarahi pesakit jika pada pendapatnya, orang itu bersikap kasar terhadap pesakit ataupun lawatan itu memudaratkan rawatan atau pemulihan pesakit itu . Pelan penjagaan pesakit 13. (1) Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri hendaklah memastikan bahawa setiap pesakit mempunyai pelan penjagaan bagi pengurusan pesakit semasa rawatan dan selepas pelepasan pesakit itu.

(2) Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, atas kemudahan psikiatri hendaklah mempunyai garis panduan mengenai pelan penjagaan pesakit sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. Rawatan penjagaan kecemasan di rumah jagaan kejururawatan psikiatri 14. Orang yang bertanggungjawab ke atas rumah jagaan kejururawatan psikiatri hendaklah memeriksa atau menyebabkan diperiksa mana-mana pesakit yang menunjukkan tanda dan gejala kemerosotan mental dan boleh menjalankan atau menyebabkan dijalankan rawatan kecemasan sebelum menyarankan supaya pesakit dimasukkan ke dalam hospital psikiatri. Penjagaan pesakit tidak sukarela yang dilepaskan dari hospital psikiatri 15. (1) Pengarah Perubatan sesebuah hospital psikiatri boleh, apabila melepaskan pesakit tidak sukarela di bawah seksyen 15 atau 16 Akta, memerintahkan bahawa seseorang pesakit tidak sukarela itu dilepaskan kepada(a) jagaan saudara atau rakan; (b) jagaan dirinya sendiri jika diluluskan oleh ahli psikiatri yang bertanggungjawab; atau (c) kemudahan jagaan kesihatan yang lain. (2) Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, sebelum melepaskan tidak pesakit tidak sukarela di bawah perenggan 1(a) atau (b), menyediakan pesakit tersebut dengan(a) ubat yang mencukupi; dan (b) notis secara bertulis tentang tarikh, masa dan nama hospital yang menerima bagi temu janji susulan, bagi memastikan penerusan jagaan. (3) Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah menyediakan hospital yang menerima yang disebut dalam perenggan (2)(b) dengan ringkasan klinikal pesakit tidak sukarela itu. (4) Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, sebelum melepaskan pesakit tidak sukarela di bawah perenggan 1(c), menyediakan kemudahan jagaan kesihatan yang menerima itu dengan ringkasan klinikal pesakit itu.

(5) Bagi maksud peraturan-peraturan ini, \kemudahan jagaan kesihatan. ertinya manamana premis yang mana salah satu atau lebih anggota masyarakat menerima perkhidmatan jagaan kesihatan. Pasukan kesihatan mental masyarakat 16. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas hospital psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat hendaklah memastikan penubuhan suatu pasukan kesihatan mental masyarakat bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan mental masyarakat. (2) Pasukan kesihatan mental masyarakat hendaklah . (a) terdiri daripada orang pelbagai disiplin; dan (b) diketuai oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar sebaik-baiknya ahli psikiatri. (3) Pasukan kesihatan mental masyarakat hendaklah memberi perkhidmatan kesihatan mental yang menyeluruh. (4) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas hospital psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat hendaklah mengekalkan daftar bagi pesakit di bawah jagaan pasukan kesihatan mental masyarakat itu. Kewajipan untuk memberitahu saudara pesakit berkenaan dengan permohonan untuk pelepasan dari rumah jagaan kejururawatan psikiatri 17. Apabila pesakit memberikan notis kepada orang yang bertanggungjawab memohon bagi pelepasan daripada rumah jagaan kejururawatan psikiatri di bawah subseksyen 31(4) Akta, orang yang bertanggungjawab itu hendaklah, dalam masa dua puluh empat jam dari penerimaan notis itu, memberitahu saudara pesakit itu berkenaan notis itu. Penjagaan orang yang di bawah umur dengan kecelaruan mental 18. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri hendaklah memastikan bahawa . (a) semua orang yang di bawah umur dengan kecelaruan mental yang dimasukkan atau ditahan di kemudahan psikiatri ditempatkan dalam persekitaran yang sesuai mengikut jantina dan umur;

(b) semua langkah diambil untuk melindungi keselamatan emosi dan fizikal orang yang di bawah umur dengan kecelaruan mental itu; (c) langkah yang mencukupi dan sesuai disediakan agar tidak mengganggu perkembangan fizikal, sosial dan akademik pesakit di bawah umur dengan kecelaruan mental; dan (d) pelan penjagaan dibincangkan dengan ibu bapa atau penjaga. Penjagaan geriatrik 19. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri hendaklah memastikan bahawa. (a) mana-mana pesakit geriatrik yang dimasukkan ke dalam atau ditahan dalam kemudahan psikiatri ditempatkan dalam persekitaran yang sesuai mengikut jantina dan umur; (b) kemudahan berasingan dan persekitaran yang terpisah bagi pesakit berkeperluan khusus dijadikan tersedia; dan (c) semua langkah diambil untuk melindungi keselamatan fizikal dan emosi pesakit geriatrik. BAHAGIAN IV TERAPI ELEKTROKONVULSIF Tatacara bagi terapi elektrokonvulsif 20. Keputusan untuk memulakan terapi elektrokonvulsif dan bilangan sesi rawatan pada mana-mana pesakit di mana-mana kemudahan psikiatri hendaklah dibuat oleh ahli psikiatri. Dewan bedah atau suite rawatan 21. (1) Tertakluk kepada subperaturan (2), (3) dan (4), Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah memastikan bahawa semua terapi elektrokonvulsif ke atas mana-mana pesakit dijalankan di bilik bedah atau suite rawatan hospital psikiatri oleh ahli psikiatri atau pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah pengawasan seorang ahli psikiatri. (2) Dewan bedah atau suite rawatan yang dirujuk dalam subperaturan (1) hendaklah mempunyai bilik menunggu , rawatan dan bilik atau kawasan pemulihan yang khusus.

(3) Bilik yang dirujuk dalam subperaturan (2) hendaklah (a) dicahayakan dan diudarakan secara secukupnya; dan (b) bersebelahan dan bercantum antara satu sama lain. (4) Dewan bedah dan suite rawatan itu hendaklah tidak digunakan sebagai laluan trafik. (5) Bilik rawatan sama ada di dalam dewan bedah atau suite rawatan itu hendaklah mempunyai. (a) ukuran minimum 16 meter persegi; dan (b) ruang khusus untuk kelengkapan, bekalan dan rekod terapi elektrokonvulsif. (6) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah memastikan bahawa bilik atau kawasan pemulihan, sama ada dalam bilik bedah atau suite rawatan mempunyai kakitangan yang khusus dengan kelayakan, latihan dan pengalaman yang berkaitan.

(7) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah menyenggara daftar pesakit bagi dewan bedah atau suite rawatan. Bekalan oksigen di bilik rawatan dan bilik atau kawasan pemulihan 22. Bekalan oksigen di bilik rawatan dan bilik atau kawasan pemulihan sesuatu dewan bedah atau suite rawatan hendaklah dipantau dan direkodkan secukupnya dalam suatu buku log. Kelengkapan dan bekalan dalam bilik rawatan 23. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah memastikan bilik rawatan di hospital psikiatri dilengkapi dengan kelengkapan dan bekalan minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. Alat terapi elektrokonvulsif, penyenggaraan dan buku log 24. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah memastikan alat terapi elektrokonvulsif yang digunakan untuk memberikan rangsangan elektrik kepada seseorang pesakit mematuhi kehendak sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua. (2) Alat elektrokonvulsif itu hendaklah mempunyai penyenggaraan berkala menurut garis panduan pengeluar dan semua kegiatan penyenggaraan, hasil ujian, kekurangan dan langkah pembetulan hendaklah didokumenkan dalam buku log.

(3) Buku log itu hendaklah disimpan di dalam bilik rawatan dan tersedia sepanjang masa bagi pemeriksaan. BAHAGIAN V PENGEKANGAN ATAU PENGASINGAN Petunjuk dan tatacara bagi pengekangan atau pengasingan 25. (1) Petunjuk dan tatacara bagi pengekangan atau pengasingan secara fizikal atau kimia yang boleh digunakan ke atas pesakit di hospital psikiatri hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga. (2) Tiada seorang pun pesakit di bawah umur dua belas boleh dikenakan pengekangan atau pengasingan secara fizikal dalam mana-mana hospital psikiatri. (3) Privasi dan keselamatan pesakit hendaklah diperhatikan pada setiap masa semasa tatacara pengekangan atau pengasingan. (4) Tiada pengekangan atau pengasingan secara kimia atau fizikal boleh digunakan ke atas pesakit dibenarkan di rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat, melainkan jika semasa kecemasan dan pesakit hendaklah dipindahkan selepas itu ke hospital psikiatri tanpa kelengahan. (5) Jika tempoh masa pengekangan fizikal seseorang pesakit melebihi lapan jam, ahli psikiatri hendaklah menilai semula pesakit itu tentang keperluan pengekangan lanjut. (6) Tiada pengasingan boleh dijalankan ke atas seseorang pesakit bagi tempoh lebih daripada lapan jam berturut-turut atau selama lebih daripada dua belas jam berselangseli melebihi tempoh empat puluh lapan jam, tanpa suatu penilaian semula secara bebas oleh ahli psikiatri atau pengamal perubatan lain yang sama kekananannya yang tidak terlibat secara langsung dalam penjagaan pesakit pada masa kejadian yang membawa kepada pengasingan pesakit itu. Kawasan pengekangan 26. (1) Hendaklah ada tempat terhad yang ditetapkan dengan ruang pemerhati yang khusus yang dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan, terlatih dan berpengalaman bagi maksud memantau pesakit. (2) Kawasan yang dirujuk dalam subseksyen (1) hendaklah dicahayakan dan diudarakan secukupnya. Peralatan pengekangan

27. Peralatan yang dibenarkan atau dilarang digunakan sebagai pengekangan fizikal seseorang pesakit hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga. Pemakaian cara pengekangan fizikal 28. Cara pengekangan fizikal seseorang pesakit hendaklah. (a) dijalankan atau diawasi oleh kakitangan yang berkelayakan, terlatih dan berpengalaman; dan (b) digunakan hanya pada anggota kaki dan tangan pesakit itu. Bilik pengasingan 29. (1) Hendaklah ada bilik pengasingan perseorangan yang khusus yang dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan, terlatih dan berpengalaman bagi maksud pengasingan seseorang pesakit. (2) Bilik pengasingan itu hendaklah (a) dicahayakan dan diudarakan secara secukupnya; (b) terletak bagi mengekal privasi dan pemantauan pesakit; (c) ukuran minimum 10 meter persegi; (d) disediakan dengan sesekat yang kekal secara fizikal; dan (e) dikalisbunyikan secara secukupnya. (3) Pintu bilik pengasingan itu hendaklah (a) merupakan satu daun pintu yang dibuka ke luar diperbuat daripada bahan yang teguh; dan (b) mempunyai panel pemerhatian yang diperbuat daripada kaca keselamatan. (4) Perabot dalam bilik pengasingan hendaklah diperbuat daripada bahan yang tidak akan membahayakan pesakit. (5) Bilik pengasingan boleh mempunyai televisyen pemantau litar tertutup. (6) Sangkar, kotak kayu, palang besi, kekisi atau perangkap logam atau bekas atau ruang lain yang menjatuhkan maruah tidak boleh digunakan sebagai cara pengasingan di dalam bilik pengasingan. Maklumat yang perlu dicatatkan dalam rekod

30. (1) Setiap kawasan pengekangan atau bilik pengasingan hendaklah menyenggarakan rekod yang mengandungi maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga. (2) Rekod yang disimpan dalam kawasan pengekangan dan bilik pengasingan hendaklah masing-masing disebut sebagai Rekod Pengekangan Fizikal dan sebagai Rekod Pengasingan. (3) Kedua-dua Rekod hendaklah disediakan sepanjang masa bagi maksud pemeriksaan. BAHAGIAN VI PIAWAIAN BAGI HOSPITAL PSIKIATRI SWASTA, RUMAH JAGAAN KEJURURAWATAN PSIKIATRI SWASTA DAN PUSAT KESIHATAN MENTAL MASYARAKAT SWASTA DLL. Pematuhan kehendak khusus 31. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mempunyai pintu masuk utama, tempat menyambut tetamu, lobi dan ruang menunggu sama ada yang dikhususkan atau secara berkongsi. (2) Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mempunyai. (a) kawasan persendirian dan umum yang di tentukan dengan jelas; (b) ruang untuk aktiviti rehabilitasi bagi individu atau kumpulan; dan (c) kemudahan yang selamat dan mesra pengguna untuk pesakit, kakitangan dan pengunjung. Pintu 32. (1) Semua pintu di ruang penjagaan pesakit sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan hendaklah diperbuat daripada bahan yang selamat dan tidak membahayakan. (2) Pintu hendaklah boleh dikunci dan diakses oleh kakitangan dalam situasi kecemasan. Tingkap

33. Semua tingkap di kawasan penjagaan pesakit sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan hendaklah. (a) mempunyai panel yang diperbuat daripada bahan yang selamat dan tidak membahayakan; (b) mempunyai darjah pembukaan yang terhad; dan (c) menggunakan kekisi yang estetik dan tidak seperti penjara, jika perlu. Keselamatan 34. Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan hendaklah mempunyai sistem keselamatan yang diadakan dalam bentuk yang tidak menghalang dan mudah dikawal selia oleh kakitangan. Kehendak bilik atau wad 35. Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan hendaklah tidak mempunyai lebih dari enam buah katil dalam satu bilik atau wad. Pencahayaan di kawasan penjagaan pesakit 36. Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan hendaklah menyediakan lampu reses dalam semua kawasan penjagaan pesakit. Kemudahan dan perkhidmatan jagaan kecemasan psikiatri 37. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mengadakan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kecemasan psikiatri dua puluh empat jam yang hendaklah . (a) ditempatkan di tingkat bawah dan terpisah daripada kawasan pesakit dalam;

(b) mempunyai laluan yang bersesuaian bagi ambulans, kenderaan kecemasan yang lain, kenderaan persendirian dan pesakit jumpa terus; (c) mempunyai katil untuk pemerhatian dan rawatan kecemasan; (d) mempunyai stesen kakitangan jururawat; dan (e) mempunyai bilik untuk temubual dan kaunseling. (2) Walau apa pun subperaturan (1), kemudahan dan perkhidmatan kecemasan boleh dikongsi dengan perkhidmatan dan kemudahan kecemasan penjagaan kesihatan yang lain. Kawasan Penjagaan Rapi 38. Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mengadakan kawasan penjagaan rapi bagi pesakit yang mempunyai risiko tinggi untuk membahayakan diri atau orang lain yang hendaklah . (a) terletak di tengah-tengah berdekatan dengan stesen jururawat; dan (b) mempunyai laluan terhad. Kakitangan 39. (1) Hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mengadakan satu pasukan pelbagai displin terdiri daripada sekurangkurangnya seorang ahli psikiatri atau pengamal perubatan berdaftar dengan sekurangkurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang psikiatri, seorang ahli psikologi klinikal atau kaunselor, seorang jurupulih pekerjaan dan jururawat atau pembantu perubatan untuk memenuhi keperluan rawatan dan rehabilitasi psikososial pesakit. (2) Rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan hendaklah menyediakan satu pasukan pelbagai displin yang terdiri dari sekurang-kurangnya seorang ahli psikiatri atau pengamal perubatan berdaftar dengan sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang psikiatri, seorang ahli psikologi klinikal pelawat atau kaunselor , seorang jurupulih pekerjaan pelawat, jururawat atau pembantu perubatan untuk memenuhi keperluan rawatan dan rehabilitasi psikososial pesakit. (3) Kemudahan pskiatri swasta yang menyediakan perkhidmatan bagi pesakit geriatrik hendaklah, sebagai tambahan kepada perkhidmatan yang disebut dalam subperaturan

(1) atau (2) sebagaimana yang terpakai, menyediakan sekurang-kurangnya seorang ahli fisioterapi pelawat. Penginapan seseorang dalam pusat kesihatan mental masyarakat swasta 40. (1) Seseorang yang mengalami kecelaruan mental dan didaftarkan dengan sebuah kemudahan psikiatri boleh menginap di pusat kesihatan mental masyarakat swasta atau pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan tidak lebih dua puluh empat jam. (2) Walau apa pun subperaturan (1), seseorang yang mendatangkan bahaya kepada dirinya atau keselamatan orang lain tidak boleh dibenarkan menginap. (3) Persiapan hendaklah dibuat untuk merujuk orang itu menginap menurut subperaturan (1), ke sesuatu hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri, jika perlu, dalam masa dua puluh empat jam dari penginapan. (4) Tiada cara pengekangan fizikal atau pengasingan boleh diguna ke atas orang yang ditempatkan di bawah subperaturan (1). (5) Butiran pesakit hendaklah direkodkan setelah penginapan di bawah subperaturan (1). Pengurusan kewangan pesakit 41. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta dan rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mengadakan peluang yang maksimum kepada setiap pesakit untuk menjalankan kebebasan kewangannya mengikut tahap kompetensinya. (2) Apabila seorang pesakit dianggap tidak dapat menjalankan kebebasan kewangannya di bawah subperaturan (1), hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta dan rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mempunyai dasar bertulis mengenai pengurusan kewangan pesakit atas amanah baginya. Barangan persendirian dan pakaian 42. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan hendaklah menyediakan pesakit dengan ruang yang mencukupi untuk menyimpan barangan persendiriannya.

(2) Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan hendaklah membenarkan pesakit memakai pakaian pilihan mereka yang sesuai . BAHAGIAN VII HAK PESAKIT Penyata hak pesakit 43. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut mana yang berkenaan, ke atas sesuatu kemudahan psikiatri hendaklah mengadakan penyataan hak pesakit sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. (2) Penyataan hak pesakit hendaklah dalam bentuk dan bahasa yang boleh difahami oleh saudara atau sahabat pesakit faham. (3) Penyataan hak pesakit hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi peruntukan bagi hak pesakit kepada. (a) sebab kemasukan dan penahanannya dan cara bagi pelepasan, kebenaran bercuti atau pemindahan; (b) rawatan, maklumat, kerahsiaan, pengenalan diri dan privasi; (c) penginapan yang mencukupi; (d) kegiatan riadah; (e) pengamalan identiti jantina; (f) pengamalan kepercayaan agama pilihannya; (g) berkomunikasi dengan orang di luar; (h) menerima pelawat; (i) mempunyai peluang untuk pendapat ahli psikiatri kedua; (j) mendapatkan pembelaan undang-undang; dan (k) merayu kepada Pengarah Perubatan, Lembaga Pelawat atau Ketua Pengarah untuk pelepasan.

Kewajipan untuk mengadakan penyataan hak pesakit 44. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut mana yang berkenaan, sesuatu kemudahan psikiatri hendaklah mengadakan penyataan hak pesakit kepada setiap pesakit dalam kemudahan psikiatri. (2) Walau apa pun subperaturan (1), apabila pesakit tidak dapat memahami makna penyataan hak pesakit itu oleh sebab keadaan akalnya, pernyataan hak pesakit itu hendaklah diadakan kepada pesakit itu dengan sebaik sahaja pesakit itu berupaya untuk memahami maknanya. (3) Penyataan hak pesakit hendaklah disimpan di tempat yang mudah diperoleh dan tersedia untuk semua saudara atau rakan pesakit dan kakitangan yang terlibat dalam rawatan dan pengurusan pesakit di sesuatu kemudahan psikiatri. Pernyataan hak pesakit hendaklah dipamerkan 45. Pernyataan hak pesakit hendaklah dipamerkan di bahagian yang mudah dilihat dalam suatu kemudahan psikiatri. Dokumen yang boleh didapati untuk rujukan 46. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas sesuatu kemudahan psikiatri hendaklah menjadikan tersedia dokumen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat untuk rujukan pesakit, atau saudara atau rakannya di kemudahan psikiatri itu. BAHAGIAN VIII PERKARA MENGENAI KOMUNIKASI Komunikasi oleh pesakit yang dimasukkan ke hospital psikiatri 47. (1) Surat yang ditulis kepada atau oleh pesakit yang dimasukkan atau ditahan hendaklah disampaikan tanpa dibuka kepada orang yang surat itu dialamatkan. (2) Sekurang-kurangnya satu telefon dan talian telefon hendaklah diadakan di setiap tingkat sesuatu kemudahan psikiatri bagi kegunaan pesakit sama ada untuk panggilan masuk atau panggilan keluar dan telefon itu hendaklah terletak di suatu tempat yang. (a) mudah didatangi oleh pesakit; dan (b) menjamin privasi komunikasi pesakit itu. (3) Bentuk komunikasi yang lain hendaklah disediakan sebagaimana yang boleh diarahkan oleh Ketua Pengarah.

Komunikasi oleh orang yang ditahan atau dikurung di hospital psikiatri yang diluluskan 48 (1) Tertakluk kepada subperaturan (2), mana-mana orang yang ditahan atau dikurung di bawah seksyen 342, 344 atau 348 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] atau peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain dalam hospital psikiatri yang diluluskan boleh mendapat akses kepada komunikasi tanpa pemintasan. (2) Pengarah Perubatan atau orang yang bertanggungjawab, mengikut mana-mana yang berkenaan, ke atas sesuatu hospital psikiatri yang diluluskan boleh jika dianggap perlu menyebabkan mana-mana surat yang ditulis oleh atau kepada mana-mana orang yang ditahan atau dikurung di situ untuk pengawasan rapi. (3) Semua perhubungan melalui surat kepada dan daripada peguam, wakil yang dilantik atau Pejabat Pemerintah orang yang ditahan atau dikurung di hospital psikiatri tidak boleh dipintas. (4) Pengarah Perubatan atau orang yang bertanggungjawab, mengikut mana-mana yang berkenaan, ke atas sesuatu hospital psikiatri yang diluluskan boleh mengenakan apa-apa syarat keselamatan bagi penggunaan dan lokasi telefon ke atas mana-mana orang yang ditahan atau dikurung dalam hospital psikiatri yang diluluskan. BAHAGIAN IX TATACARA YANG MESTI DIIKUTI OLEH LEMBAGA PELAWAT Notis mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat 49. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari satu hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri hendaklah mengeluarkan (a) notis mesyuarat atau lawatan yang dijadualkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh mesyuarat atau lawatan yang dijadualkan Lembaga Pelawat itu; atau (b) notis mesyuarat atau lawatan segera yang diarahkan oleh Pengerusi Lembaga Pelawat pada mana-mana masa yang munasabah untuk menyoal siasat semua kematian atau peristiwa yang tidak diduga yang berlaku sejak mesyuarat atau lawatan yang dijadualkan terakhir Lembaga Pelawat, kepada anggota Lembaga Pelawat. Pelantikan Pengerusi untuk mesyuarat atau lawatan

50. Pengerusi Lembaga Pelawat boleh melantik Pelawat yang lain untuk mempengerusikan mesyuarat atau lawatan Lembaga semasa ketiadaan Pengerusi. Tatacara mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat 51. (1) Hendaklah ada sesuatu buku laporan pelawat bagi maksud mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat dan buku itu hendaklah mengandungi semua maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima. (2) Mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat hendaklah dijalankan dengan memberi perhatian khusus kepada kerahsiaan dan maruah pesakit. (3) Pesakit hendaklah diberi peluang untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya tanpa rasa takut semasa mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat. (4) Pelawat hendaklah menilai mana-mana pesakit sukarela di hospital psikiatri yang penahanannya melebihi tiga bulan untuk membuat pertanyaan mengenai hak dan kebajikannya. (5) Pelawat hendaklah mengemukakan saranan, aduan atau ulasan jika perlu dan hendaklah mencatatkan saranan, aduan atau ulasan, jika ada, dalam Buku Laporan Pelawat. (6) Saranan, aduan atau ulasan itu hendaklah diambil tindakan oleh orang yang bertanggungjawab dan dilaporkan dalam mesyuarat Lembaga yang dijadualkan selepas itu atau sebagaimana yang diarahkan. (7) Pelawat boleh menimbangkan keputusan semasa ketiadaan orang yang bertanggungjawab jika dianggap perlu. (8) Pelawat boleh menghendaki mana-mana orang yang bekerja di hospital psikiatri dan rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau mana-mana saudara atau sahabat pesakit, yang mengetahui tentang kenyataan atau hal keadaan mana-mana perkara dalam siasatan untuk ditemu bual oleh Pelawat dan hendaklah memberikan maklumat sama ada secara lisan atau bertulis. (9) Notis temu bual itu hendaklah disampaikan kepada orang yang bertanggungjawab yang tugasnya hendaklah untuk memastikan kehadiran orang yang disebut dalam subperaturan (8) pada tarikh dan masa mesyuarat sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu. (10) Mana-mana orang, yang dikehendaki oleh Pelawat, hendaklah memberikan apaapa maklumat yang diketahuinya atau dipercayainya benar.

(11) Pelawat hendaklah melaporkan sebarang penemuan atau ketidakpatuhan semasa temu bual dalam buku laporan pelawat. (12) Format mesyuarat atau lawatan hendaklah diputuskan oleh Pelawat. Pembatalan pelantikan Pelawat 51. (1) Pelantikan Pelawat boleh disarankan supaya dibatalkan jika dia. (a) tidak menghadirkan diri dalam tiga mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat berturut-turut tanpa sebab yang sah; atau (b) melanggar mana-mana terma dan syarat pelantikannya. (2) Pelawat yang disarankan supaya ditamatkan pelantikannya hendaklah buat sementara waktu tidak lagi menghadiri mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat yang dijadualkan sehingga mendapat keputusan Menteri. (3) Setelah keputusan Menteri untuk membatalkan pelantikan itu, Pelawat itu hendaklah diberitahu. Peletakan jawatan Pelawat 52. (1) Pelawat yang ingin meletak jawatan hendaklah memberikan notis satu bulan secara bertulis mengenai hasratnya itu kepada Pengerusi Lembaga Pelawat, yang akan selepas itu menyampaikannya kepada Menteri. (2) Setelah menerima peletakan jawatan itu, Menteri bolehlah melantik ahli baru bagi Lembaga Pelawat.

JADUAL PERTAMA [Peraturan 3] BORANG 1 KEMASUKAN SECARA SUKARELA KE HOSPITAL PSIKIATRI [SUBSECTION 9(1) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001] Kepada Pengarah Perubatan, HOSPITAL PSIKIATRI cc............................ccccccc...cccc............... (nama hospital) Saya, ccccccccccccccccc........................No. Kad Pengenalan ......ccccccc.cccc... (nama pesakit dewasa/ penjaga pesakit belum dewasa)* beralamat dicccccccccccccccccccccccc..cc............ dengan ini meminta kemasukan (alamat pemohon) bagi pihak saya sendiri/bagi pihak *ccccccccccccccccccccccccccccccccc.... (nama pesakit belum dewasa) No.Kad Pengenalan/No.Sijil Kelahiran *................................beralamat diccccc............................................... (alamat pesakit belum dewasa) sebagai pesakit sukarela ke hospital psikiatri yang dinyatakan di atas. Saya / pesakit belum dewasa tersebut * akan dibenarkan keluar dalam tempoh tujuh puluh dua jam [72 Jam] dari tarikh notis pelepasan. Walau bagaimanapun, saya/penjaga pesakit belum dewasa tersebut * memahami bahawa saya/pesakit belum dewasa tersebut mungkin dikehendaki terus berada di hospital psikiatri jika diperakui oleh pegawai perubatan/pengamal perubatan berdaftar * yang tidak terlibat dalam penjagaan dan pengurusan saya / pesakit belum dewasa tersebut *. Tandatangan cccc..ccccccc.

Pemohon Tarikhccccccccccccc.. Catatan: Pesakit belum dewasa adalah berumur di bawah lapan belas tahun. *Potong mana-mana yang tidak berkenaanBORANG 2 PERINTAH PENAHANAN DI HOSPITAL PSIKIATRI OLEH PENGAMAL PERUBATAN BERDAFTAR SUPAYA PESAKIT SUKARELA DITAHAN [SUBSEKSYEN 9(5) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001] Kepada, Pengarah Perubatan , HOSPITAL PSIKIATRIccccccccc...cccc............. ( nama hospital ) Saya, cccccccccccccccccccc......cccccc. Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan (nama) Berdaftar* beralamat diccccccccccccccccccc.............dengan ini memperakui bahawa saya (alamat rasmi) tidak terlibat dalam pengurusan pesakit tersebut dan mengesahkan bahawa pada ccccccccccc........ (tarikh) di ccccccccc..ccccccccccccccccccccccc.......... saya telah memeriksa sendiri (tempat) cccccccccccc..ccc, No.Kad Pengenalan/No.Sijil Kelahiran* cccccccccc............cc...

(nama pesakit) beralamat di cccccccccccccccccccccc.............................., seorang pesakit sukarela, dan (alamat) mendapati bahawa pesakit tersebut mengalami kecelaruan mental berdasarkan alasan berikut: cccccccccccccccccccccccccccccccccccccc cccc..ccccccc. (nyatakan fakta kecelaruan mental) ccccccccccccccccccccccccccccccc...cccccc cccccccccccc cccccccccccccccccccccccccccccccccc...ccc cccccccccccc Saya berpuas hati bahawa pesakit sukarela tersebut dikehendaki terus ditahan bagi tujuan penilaian atau rawatan: (i) untuk kesihatan atau keselamatannya sendiri; dan/atau (ii) dengan tujuan untuk melindungi orang lain * Saya dengan ini memerintahkan supaya pesakit tersebut ditahan bagi tempoh selanjutnya yang tidak melebihi satu bulan dari tarikh perintah ini. Tandatanganccccccccccccccc.cccccc Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan Berdaftar* Tarikhccccccc..cccccccccccc.cccc *Potong mana-mana yang tidak berkenaan BORANG 3 PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN SEBAGAI PESAKIT TIDAK SUKARELA KE HOSPITAL PSIKIATRI OLEH SAUDARA PESAKIT [PERENGGAN 10(1)(a) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001] Kepada,

Pengarah Perubatan , HOSPITAL PSIKIATRI cccc.........................................ccccc...cccc. (nama hospital) Saya, ccccccccccccccccccccc..cc.. No. Kad Pengenalan ccccccc...ccc.cc (nama saudara pesakit) beralamat diccccccccccccccccccccccccccc...cc...c, dengan ini meminta supaya (alamat saudara pesakit) tuan menerima ccccccccccccccccccc.c No. Kad Pengenalan ccc...ccccc..ccc.. (nama orang yang disyaki mengalami kecelaruan mental) beralamat di cccccccccccccccc.ccccccccccccc.......... sebagai pesakit di hospital (alamat nama orang yang disyaki mengalami kecelaruan mental) psikiatri. Saya membuat permohonan ini berdasarkan alasan kecelaruan mental yang disyaki berikut, cccccccccccccccccccccccccccccccc...ccccc cccccccc............... (nyatakan fakta kecelaruan mental yang disyaki) ccccccccccccccccccccccccccc...cccccccccc cccccccccccc cccccccccccccccccccccccccccccccccccccc cccccccccccc dan kedudukan saya sebagai cccccccccccccc...ccccccc.....ccc. pesakit. (nyatakan pertalian keluarga) Tandatangan

cccccccccccccccccccccc.. Pemohon Tarikhcccccccccccccccccccc. Catatan: Borang ini adalah terpakai bagi tujuan subseksyen 31( 6 ) Akta. BORANG 4 SARANAN BAGI KEMASUKAN SEBAGAI PESAKIT TIDAK SUKARELA DI HOSPITAL PSIKIATRI OLEH PEGAWAI PERUBATAN ATAU PENGAMAL PERUBATAN BERDAFTAR [PERENGGAN 10(1)(b) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001] Kepada, Pengarah Perubatan , HOSPITAL PSIKIATRI cccccc.........................ccc...cccc...... ( nama hospital ) Saya, cccccccccccc Pegawai Perubatan/Pengamal Perubatan Berdaftar * beralamat diccccc.. (nama) ccccccccccdengan ini mengesahkan bahawa pada ccccc..............di ccccccccccc.... (alamat rasmi) (tarikh) (tempat) ccccccccccccsaya telah memeriksa sendiri ...cc...cccccccccccccccccccc... (nama orang yang mengalami kecelaruan mental) No. Kad Pengenalan cccccccberalamat diccccccccccc..ccccccccc.dan mendapati (alamat pesakit) orang tersebut mengalami kecelaruan mental berdasarkan alasan berikut: 1. Fakta yang saya sendiri perhatikan:

ccccccccccccccccccccccccccccccccccccc..c ccccccccccc. (nyatakan fakta kecelaruan mental) cccccccccccccccccccccccccccccccccc..cccc ccccccccccc. 2. Fakta lain yang disampaikan kepada saya oleh saudara orang yang disyaki mengalami kecelaruan mental yang telah membuat permohonan supaya orang itu dimasukkan ke hospital: [ Lihat Catatan ] ccccccccccccccccccccccccccccccccccc.ccc ccccccccccc.. (nyatakan nama pemohon dan fakta) Saya berpuas hati bahawa orang tersebut sedang mengalami kecelaruan mental yang menghendaki supaya dia dimasukkan ke hospital psikiatri. Saya dengan ini menyarankan supaya orang tersebut dimasukkan dan ditahan di hospital psikiatri bagi maksud penjagaan dan rawatan. Tandatangan ccccc...cccccccccccccc Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan Berdaftar* Tarikh ccccccc..cccccccccccccc Catatan: Saranan mestilah disertakan dengan permohonan dalam Borang 3 * Potong mana-mana yang tidak berkenaan BORANG 5 PERINTAH KEMASUKAN SEBAGAI PESAKIT TIDAK SUKARELA KE HOSPITAL PSIKIATRI OLEH PEGAWAI PERUBATAN ATAU PENGAMAL PERUBATAN BERDAFTAR [SEKSYEN 14 AKTA KESIHATAN MENTAL 2001] Kepada, Pengarah Perubatan, HOSPITAL PSIKIATRI ccccc.........................cccc...cccc....... (nama hospital)

Saya, ccc.............cccc Pegawai Perubatan/Pengamal Perubatan Berdaftar * beralamat diccccccc (nama) ccccccc.......dengan ini mengesahkan bahawa pada cccccccc dicccccc............................. (alamat rasmi) (tarikh) (tempat) cccccccc saya telah memeriksa sendiri cccccccccccccccc............................................ (nama orang yang mengalami kecelaruan mental) No. Kad Pengenalan cccccccberalamat dicccccccccccc..c...cc.dan mendapati bahawa (alamat pesakit) orang tersebut mengalami kecelaruan mental berdasarkan alasan berikut: 1. Fakta yang saya sendiri perhatikan: cccccccccccccccccccccccccccccccccccccc ccccc..cccccc. (nyatakan fakta kecelaruan mental) cccccccccccccccccccccccccccccccccccccc ccc..cccccccc. 2. Fakta lain yang disampaikan kepada saya oleh Pegawai Polis / Pegawai Kebajikan Masyarakat * atau Perintah Mahkamah ......................cccccccccccccccccccccccccccccccc cc. (nyatakan nama pemberi maklumat dan fakta) Saya berpuas hati bahawa orang tersebut sedang mengalami kecelaruan mental yang menghendaki supaya dia dimasukkan ke hospital psikiatri. Saya dengan ini menyarankan supaya orang tersebut dimasukkan dan ditahan di hospital psikiatri yang dinyatakan di atas bagi maksud penjagaan dan rawatan Tandatangancccccccccccccccccccc Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan Berdaftar*

Tarikh cccccccccccc..ccccccccc * Potong mana-mana yang tidak berkenaan BORANG 6 PERINTAH BAGI PENAHANAN PESAKIT TIDAK SUKARELA OLEH PENGARAH PERUBATAN [SUBSEKSYEN 10(5) DAN 14(4) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001] BAHAWASANYA saya, ccccccccc..ccccc........................ccc..., Pengarah Perubatan (nama) di Hospital Psikiatri cccccccc......c...cc., setelah membuat/ memastikan supaya dibuat * pemeriksaan (nama hospital) yang diperlukan untuk menentukan supaya terus ditahan cccccccccc.c.....................................ccc (nama pesakit) No. Kad Pengenalan .ccccccccberalamat di cccccc.ccccccc.. pada ccccccccc., (alamat) (tarikh) di ccccccccccccccccccccc; (hospital psikiatri) Saya berpuas hati bahawa pesakit tidak sukarela tersebut perlu terus ditahan bagi maksud penilaian atau rawatan; (i) bagi kepentingan kesihatan atau keselamatannya sendiri; dan/atau (ii) dengan tujuan untuk melindungi orang lain * Saya dengan ini memerintahkan supaya pesakit tersebut ditahan bagi tempoh selanjutnya yang tidak melebihi satu bulan dari tarikh perintah ini. Tandatanganccccccc...ccccccccc

Pengarah Perubatan Tarikhcc.cccccccccccccccccccc * Potong mana-mana yang tidak berkenaan BORANG 7 PERINTAH BAGI TAHANAN LANJUT PESAKIT TIDAK SUKARELA DI HOSPITAL PSIKIATRI OLEH DUA ORANG PEGAWAI PERUBATAN ATAU PENGAMAL PERUBATAN BERDAFTAR [PERENGGAN 10(8)(b) DAN 14(7)(b) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001] Kepada, Pengarah Perubatan, HOSPITAL PSIKIATRI cc..................cccc...ccc...cccc...... ( nama hospital ) Kami, pegawai perubatan / pengamal perubatan berdaftar* yang bertandatangan di bawah, yang salah seorang adalah ahli psikiatri, dengan ini mengesahkan bahawa kami telah memeriksa sendiri ccccccccc..c. .........................................................................................................No. Kad Pengenalan ...................................... (nama pesakit) di ccccccccccccccccccccccccccccccc (nama hospital) dan berpuas hati bahawa penahanan berterusan pesakit tersebut adalah wajar atas alasan yang berikut: cccccccccccccccccccccccccccccccccccccc cccccccccccc (nyatakan fakta kecelaruan mental) cccccccccccccccccccccccccccc...ccccccccc cccccccccccc

Kami dengan ini memerintahkan supaya pesakit tersebut ditahan bagi maksud penilaian atau rawatan di hospital psikiatri bagi tempoh selanjutnya yang tidak melebihi tiga bulan dari tarikh perintah ini, mengikut mana-mana yang terkemudian. Tandatangan........................................................... Tandatangan................................................... Pegawai Perubatan/Pengamal Perubatan Berdaftar/Ahli Psikiatri* cccccccccccccccccccc........ Pegawai Perubatan/Pengamal Perubatan Berdaftar/ Ahli Psikiatri* cccccccccccccccccccc Nama dan Alamat Rasmi Nama dan Alamat Rasmi Tarikhccccccccccccccccccc.. Tarikhccccccccccccccccc * Potong mana-mana yang tidak berkenaan BORANG 8 PERINTAH TANAHAN LANJUT PESAKIT TIDAK SUKARELA DI HOSPITAL PSIKIATRI OLEH LEMBAGA PELAWAT [PERENGGAN 44(2)(b) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001] Kepada, Pengarah Perubatan , HOSPITAL PSIKIATRI ccccccccc...cccc.............................. (nama hospital) Kami, Pelawat yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengesahkan bahawa setelah memeriksa sendiri ....... ccccccccccccccc................................ No. Kad Pengenalan .ccc............................................... (nama pesakit)

pada ccccccccccc. di cccccccccccccccccccc berpuas hati bahawa penahanan (tarikh) (nama hospital) seorang pesakit tidak sukarela di bawah subseksyen 9(5), 10(8), 14(7) dan seksyen 73 Akta Kesihatan Mental 2001 berterusan pesakit tersebut adalah wajar bagi maksud rawatan kecelaruan mentalnya. Kami, dengan ini memerintahkan supaya pesakit tersebut ditahan di hospital psikiatri bagi tempoh selanjutnya yang tidak melebihi enam bulan dari tarikh perintah ini. Tandatangan..ccccccc (Pelawat) Tandatanganccccccc (Pelawat) Tandatangancccccccc (Pelawat) Namacccccccccc Namacccccccccc Namacccccccccc.. Tarikhccccccc.. Tarikhcccccc.cc Tarikhcccccccc.. * Potong mana-mana yang tidak berkenaan BORANG 9 ARAHAN BAGI TAHANAN LANJUT PESAKIT TIDAK SUKARELA DI HOSPITAL PSIKIATRI OLEH LEMBAGA PELAWAT [PERENGGAN 45(2)(b), 4(c) DAN SUBSEKSYEN 45(5) AKTA KESIHATAN MENTAL 2001] Kepada,

Pengarah Perubatan, HOSPITAL PSIKIATRI ccccccccc...cccc....... (nama hospital) Kami, Pelawat yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengesahkan bahawa setelah memeriksa sendiri ccccccccc...ccc.cccccccNo. Kad Pengenalan ccccccccccc................................. (nama pesakit) pesakit tidak sukarela yang ditahan di bawah subseksyen 9(5), 10(8), 14(7) dan seksyen 73* Akta Kesihatan Mental 2001 pada cccccc................ di ccccccccc........ccc................. berpuas hati bahawa (tarikh) (hospital psikiatri) penahanan berterusan pesakit tersebut adalah wajar bagi maksud rawatan kecelaruan mentalnya. Kami dengan ini memerintahkan supaya pesakit tersebut ditahan bagi tujuan penilaian atau rawatan di hospital psikiatri yang dinyatakan di atas bagi tempoh selanjutnya yang tidak melebihi dua belas bulan dari tarikh perintah ini . Tandatanganccccccc (Pelawat) Tandatanganccccccc (Pelawat) Tandatanganccc..cccc (Pelawat) Namacccccccccc Namacccccccccc Namacccc...cccccc.. Tarikhcccccccccc Tarikhcccccccccc

Tarikhccccccccccc. * Potong mana-mana yang tidak berkenaan BORANG 10 PERMOHONAN SUPAYA PESAKIT TIDAK SUKARELA DIBENARKAN KELUAR DARI HOSPITAL PSIKIATRI [SEKSYEN 16 AKTA KESIHATAN MENTAL 2001] Kepada, Pengarah Perubatan, HOSPITAL PSIKIATRI ccccccccc...c....................ccc....... (nama hospital) Saya, ccccccccccccccccc, No. Kad Pengenalan ccccccc.beralamat diccc..ccc.. (nama pesakit/saudara/sahabat pesakit (Catatan)*) cccccccccccccccccccc.ccdengan ini memohon untuk membawa keluar bagi pihak saya (alamat pemohon) saya sendiri/ bagi pihak* ccccccccccccccccc.No. Kad Pengenalan cccccccc.ccc (nama pesakit) dari hospital psikiatri. Saya memahami bahawa Pengarah Perubatan tidak akan membenarkan pesakit tersebut keluar melainkan dia berpuas hati bahawa pesakit tersebut a) tidak mengalami gangguan mental; atau b) walaupun masih mengalami gangguan mental, tidak memerlukan penjagaan atau rawatan selanjutnya di hospital psikiatri dan tidak berbahaya kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain Tandatangancccccccccccc.. (Pemohon)

Tarikh cccccccc...cccc.. * Potong mana-mana yang tidak berkenaan BORANG 11 PEMBERITAHUAN KEPADA MAHKAMAH BERKENAAN PELEPASAN PESAKIT [SEKSYEN 21 AKTA KESIHATAN MENTAL HEALTH 2001] Kepada, Mahkamah Tinggi ............................................. ............................................................................. ............................................................................. ............................................................................. (alamat Mahakamah Tinggi) Saya,...........................................................Pengarah Perubatan daripada................................................................ (nama) (nama hospital) Hospital Psikiatri , dengan ini memaklumkan anda bahawa pesakit tersebut ......................................................... (nama pasakit) No. Kad Pengenalan ......................................................................dimasukkan dibawah subseksyen 55(1)/seksyen 73* Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615] di bawah perintah mahkamah bertarikh...................................., telah dilepaskan daripada hospital ini pada ...........................kepada penjagaan.......................................................(nama orang bertanggungjawab) No. Kad Pengenalan .................................... daripada.............................................................................................................................. .. ............................................................................................................................................ ....................................... (alamat orang bertanggungjawab) Bersama pemberitahuan ini disertakan bersama laporan perubatan pesakit tersebut.

Terima kasih. Tandatangan........................................................ Pengarah Perubatan Tarikh ..................................................... *Potong mana yang tidak berkenaan BORANG 12 ARAHAN PEMINDAHAN PESAKIT TIDAK SUKARELA KE HOSPITAL PSIKIATRI YANG LAIN [SEKSYEN 19 AKTA KESIHATAN MENTAL 2001] Bahawasanya saya, Ketua Pengarah Kesihatan/ Orang yang Diberi Kuasa * cccccccccccccccc (nama) cccccccccc..........ccccdicccccccccccc.......c..cc.........., dengan ini mengarahkan (jawatan rasmi) (nama hospital psikiatri yang diwartakan) pemindahan ccccccccccccccccc No. Kad Pengenalan cccc....cccccc.ccccc.. (nama pesakit tidak sukarela) yang sedang dimasukkan dan ditahan dibawah seksyen ......................................... Akta Kesihatan Mental 2001 (Borang......................... tarikh......................) daripada Hospital Psikiatricccccc.....ccccccccccc (nama hospital ) ke Hospital Psikiatriccccccccccccccccc..... (nama hospital) Tandatangancccccc.cccccccccc Ketua Pengarah Kesihatan/ Orang yang Diberi Kuasa*

Tarikhccccc.cccccccccccccc.. * Potong mana-mana yang tidak berkenaan JADUAL DUA TERAPI ELEKTROKONVULSIF [Peraturan 23 dan 24] A. Keperluan minimum kelengkapan dalam suite terapi elektrokonvulsif (1) Alat terapi elektrokonvulsif. (2) Alat untuk memantau elektrokardiogram (ECG). (3) Alat untuk memantau tekanan darah. (4) Sistem pembekalan oksigen yang boleh menyediakan oksigen tekanan positif berselang-selang melalui topeng atau tiub endotrakea. (5) Set intubasi dengan saluran udara (pelbagai saiz) (6) Radas penyedutan (7) Alat defibrilasi. (8) Oksimeter denyutan nadi;dan (9) Troli ubat kecemasan dengan senarai ubat kecemasan B. Peralatan Terapi Elektrokonvulsif dan ujian (1) Alat terapi elektrokonvulsif hendaklah mematuhi piawai alat yang terpakai. (2) Alat terapi elektrokunvulsif hendaklah(a) diuji sebelum pertama kali digunakan bagi mengetahui sifat hasil dan pengendalian semua alat kawalan, parameter, dan semua ciri; (b) ditentuukur oleh kakitangan berkelayakan; (c) disediakan dengan penerangan tatacara ujian dan arahan penyenggaraan pencegahan; dan (d) berfungsi menurut piawai alat itu. JADUAL KETIGA

(Peraturan 25, 27 dan 30) A. Petunjuk untuk melakukan pengekangan secara kimia (1) Pengekangan adalah bagi maksud rawatan perubatan pesakit. (2) Untuk mencegah pesakit daripada mencederakan dirinya sendiri atau mana-mana orang lain. (3) Untuk mencegah pesakit daripada berterusan merosakkan harta. (4) Apabila kaedah rawatan yang kurang berbentuk penghalang lain yang bertujuan untuk menenteramkan pesakit tidak berjaya. B. Tatacara pengekangan secara kimia (1) Pengekangan secara kimia yang diluluskan (a) Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah menetapkan ubat yang hendak digunakan. (b) Dalam hal kecemasan, pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah memberi kuasa kepada jururawat atau pembantu perubatan yang bertugas bagi memberi ubat. (c) Jururawat atau pembantu perubatan yang bertugas hendaklah memberitahu pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar jenis ubat yang diberikan. (2) Persetujuan bagi pengekangan secara kimia Persetujuan hendaklah diperoleh daripada pesakit sukarela sebelum melakukan pengekangan secara kimia. (3) Penjagaan pesakit di bawah pengekangan secara kimia (a) Jika pesakit mengalami gangguan akut, anggota kakitangan jururawat hendaklah melawatnya pada selang waktu lima belas minit sekali. (b) Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah memeriksa pesakit yang mengalami gangguan akut dalam selang waktu yang tidak lebih daripada empat jam sekali. (c) Tanda vital pesakit hendaklah dipantau selalu sebagaimana yang diperintahkan oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar. (d) Pesakit hendaklah dibekalkan dengan peralatan tempat tidur dan pakaian pada masa yang sesuai.

(e) Pesakit hendaklah disediakan dengan kemudahan tandas yang mencukupi. (f) Pesakit hendaklah disediakan dengan makanan dan minuman pada masa yang sesuai. (4) Maklumat yang perlu dicatatkan oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar. (a) Ubat dan kaedah untuk melakukan tatacara pengekangan secara kimia yang digunakan. (b) Petunjuk bagi pengekangan. (c) Nama dan tandatangan orang yang meluluskan atau memberi kuasa penggunaan pengekangan tersebut. (d) Nama orang yang melakukan pengekangan secara kimia. (e) Masa pengekangan secara kimia dilakukan. (f) Maklumat ini hendaklah didokumenkan dalam rekod pesakit. C. Petunjuk bagi melakukan pengekangan secara fizikal (1) Pengekangan adalah bagi maksud rawatan perubatan pesakit. (2) Untuk mencegah pesakit daripada mencederakan dirinya sendiri atau orang lain. (3) Untuk mencegah pesakit daripada berterusan merosakkan harta. (4) Apabila kaedah rawatan yang kurang berbentuk penghalang yang lain untuk menenteramkan pesakit tidak berjaya. D. Tatacara pengekangan secara fizikal (1) Pengekangan secara fizikal yang diluluskan (a) Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah meluluskan bentuk pengekangan secara fizikal. (b) Dalam hal kecemasan, jururawat psikiatri yang bertugas hendaklah diberi kuasa untuk melakukan bentuk pengekangan secara fizikal terhadap pesakit. (c) Bentuk pengekangan secara fizikal yang dilakukan oleh jururawat psikiatri yang bertugas hendaklah diberitahu kepada pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar tanpa berlengah.

(2) Persetujuan Tidak perlu mendapatkan persetujuan orang itu bagi pemakaian pengekangan secara fizikal. (3) Penjagaan pesakit semasa pengekangan secara fizikal (a) Tiada pengekangan secara fizikal dibenarkan di rumah jagaan kejururawatan psikiatri dan pusat komuniti mental masyarakat KECUALI pada masa pesakit dibawa ke hospital psikiatri. (b) Jika pesakit mengalami gangguan akut, anggota kakitangan jururawat hendaklah melawatnya selang waktu tidak melebihi lima belas minit. (c) Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah memeriksa pesakit yang mengalami gangguan akut pada selang waktu yang tidak lebih daripada empat jam sekali. (d) Pesakit hendaklah dibekalkan dengan peralatan tempat tidur dan pakaian pada masa yang sesuai. (e) Pesakit hendaklah disediakan dengan kemudahan tandas yang mencukupi. (f) Pesakit hendaklah disediakan dengan makanan dan minuman pada masa yang sesuai. (4) Menghentikan pengekangan secara fizikal (a) Keputusan untuk menghentikan pengekangan hendaklah dibuat oleh jururawat psikiatri yang bertugas. (b) Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar mestilah dimaklumkan tentang penamatan pengekangan. (5) Maklumat yang perlu dicatatkan oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar (a) Petunjuk bagi pengekangan. (b) Bentuk pengekangan secara fizikal yang telah digunakan. (c) Nama dan tandatangan orang yang meluluskan atau memberi kuasa penggunaan pengekangan tersebut. (d) Nama dan tandatangan orang yang melakukan pengekangan secara fizikal.

(e) Nama dan tandatangan orang yang memberi kuasa supaya dihentikan pengekangan secara fizikal. (f) Maklumat ini hendaklah dicatatkan dalam rekod pesakit. E. Senarai bahan yang dilarang untuk digunakan dalam pengekangan secara fizikal (1) Untaian, tali dan rafia; (2) Gari, belenggu dan pasung; (3) Pengekang badan; (4) Baju pasung; (5) Rantai (daripada apa jua bahannya); (6) Dawai; (7) Pembalut; dan (8) Peralatan dengan kekoyakan, bahagian besi yang menonjol atau apa-apa kecacatan yang boleh membahayakan pesakit. F. Senarai bahan yang boleh digunakan dalam pengekangan fizikal (1) Katil pengekangan; (2) Kerusi pengekangan; (3) Kekangan berlapik yang dibuat sama ada daripada kain belacu atau kapas, kulit, nilon, vinil, poliuretana, silikon atau bahan berasaskan getah; dan (4) Apa-apa bahan lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. G. Petunjuk bagi pengasingan (1) Pesakit dalam hospital psikiatri boleh diletakkan dalam pengasingan hanya jika perlu bagi perlindungan, keselamatan atau kebaikan pesakit atau orang lain yang siapa pesakit akan selainnya berhubungan. (2) Kaedah rawatan yang kurang berbentuk penghalang lain yang lain untuk menenangkan pesakit tidak berjaya. H. Tatacara bagi pengasingan (1) Penggunaan pengasingan hendaklah dibenarkan oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar.

(2) Dalam hal kecemasan, pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar boleh memberi jururawat psikiatri atau pembantu perubatan kuasa untuk memastikan supaya pesakit diletakkan dalam pengasingan selama tempoh yang ditetapkan dalam pemberian kuasa tersebut dan memberitahu pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar tentang pengasingan tersebut dengan segera dan pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah menilai semula pesakit itu seberapa segera yang mungkin. (3) Tidak perlu mendapatkan persetujuan orang itu untuk mengasingkannya. (4) Anggota kakitangan jururawat hendaklah melawat pesakit yang mengalami gangguan akut dalam selang waktu yang tidak lebih daripada lima belas minit. (5) Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah melawat pesakit dalam pengasingan dalam selang waktu yang tidak lebih daripada empat jam. (6) Pesakit hendaklah dibekalkan peralatan tempat tidur dan pakaian pada masa yang sesuai. (7) Pesakit hendaklah disediakan peluang secukupnya untuk ke tandas. (8) Pesakit hendaklah disediakan dengan makanan dan minuman pada masa yang sesuai. (9) Pesakit boleh meminta untuk berkomunikasi dengan orang lain semasa dalam pengasingan. (10) Keputusan untuk menamatkan pengasingan boleh dibuat oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar. I. Maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam Buku Log Pengekangan Fizikal (1) Dalam daftar pesakit hendaklah terdapat yang berikut: (a) Nama; (b) Umur; (c) Jantina; dan (d) Nombor Pengenalan. (2) Sebab pengekangan secara fizikal digunakan. (3) Nama dan tandatangan orang yang meluluskan atau memberi kuasa untuk menggunakan pengekangan secara fizikal.

(4) Nama dan tandatangan orang yang menjaga pesakit dalam pengekangan. (5) Tempoh masa yang pesakit diletakkan dalam pengekangan. (6) Senarai kecederaan dan komplikasi yang dialami semasa pengekangan fizikal tersebut. J. Maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam Buku Log Pengasingan (1) Dalam daftar pesakit hendaklah terdapat yang berikut: (a) Nama; (b) Umur; (c) Jantina; dan (d) Nombor Pengenalan. (2) Pengukuran bagi pengasingan. (3) Nama dan tandatangan orang yang meluluskan pengasingan. (4) Nama dan tandatangan orang yang menjaga pesakit dalam pengasingan. (5) Tempoh masa dari permulaan ke akhir pesakit diletakkan dalam pengasingan. JADUAL KEEMPAT [Peraturan 46] Dokumen yang boleh didapati di Kemudahan Psikiatri (1) Akta Kesihatan Mental 2001. (2) Peraturan-Peraturan Kesihatan Mental 2010. (3) Dasar Kesihatan Mental Kebangsaan. (4) Lembaran maklumat pesakit tentang pernyataan hak pesakit. JADUAL KELIMA [Peraturan 51] Maklumat yang perlu dicatatkan dalam Buku Laporan Pelawat (1) Tarikh dan masa mesyuarat atau lawatan.

(2) Kehadiran Pelawat. (3) Teguran Pelawat tentang kejadian. (4) Saranan berhubung dengan kemudahan atau perkhidmatan. (5) Ulasan atau aduan tentang apa jua aspek infrastruktur, proses atau tatacara di hospital psikiatri atau rumah penjagaan psikiatri. (6) Apa jua perkara lain yang dianggap perlu. Dibuat 15 Jun 2010 [ KK(R)-654(252)Jld 7(18);PN(PU2)506] DATOf LIOW TIONG LAI Menteri Kesihatan