mental retardation

Upload: zuraida-othman-zuraida

Post on 19-Jul-2015

207 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

Menurut Sheerenberger (1983), definisi kerencatan mental adalah sekatan intelektual atau kognitif yang terjadi sejak kanak-kanak dan ketidakupayaan menguruskan diri. American Association on Mental Deficiency (Retardation) pada 1910 pula merujuk individu terencat akal sebagai lemah fikiran, perkembangannya terhenti pada peringkat awal kanak-kanak atau kekurangan daya upaya hingga menyebabkan mereka sukar bergerak dan berkembang seiring dengan kanak-kanak lain yang sebaya, dan begitu juga tidak dapat menguruskan diri sendiri. Tiga tahap gangguan yang dikenalpasti adalah: Idiot (dungu) : perkembangan individu terhenti pada tahap umur kanak-kanak 2 tahun. Imbecile (sangat bodoh) : perkembangan individu sama dengan kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun pada umur matang. Moron (bodoh) : perkembangan mental individu sama dengan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun pada umur matang.

Kini kerencatan mental difahami sebagai daya pemikiran yang rendah dan kanak-kanak terbabit bermasalah dalam pembelajaran. Kerencatan mental dipecahkan kepada tiga aspek perkembangan iaitu ketidakupayaan untuk belajar dan bertingkahlaku normal, kekurangan atau lambat dalam perkembangan sosial dan rendah IQ (Yepsen, 1941). Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari caracara hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatankecacatan fizikal/anggota, penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal.

1

Kerencatan mental atau kerencatan akal adalah gangguan yang berlaku pada kanak-kanak iaitu keadaan di mana tahap intelektual mereka berada di bawah kadar intelektual normal dan berfungsi secara adaptif (Luckasson dan lain-lain, 1992). Individu yang terencat akal mengalami kesukaran dalam aktiviti harian dan lembab iaitu mempunyai keupayaan kognitif yang rendah. Kerencatan mental sangat berkait rapat dengan kepintaran (intelligence). Kepintaran adalah gambaran kepada keupayaan seseorang untuk berfikir, belajar dan menyelesaikan masalah. Oleh itu, kerencatan akal boleh difahami sebagai seseorang yang mempunyai tahap kecerdikan yang rendah. Individu atau kanak-kanak ini mempunyai masalah untuk belajar dan memerlukan masa yang lama untuk belajar kemahiran sosial seperti bagaimana untuk berkawan atau bagaimana caranya berkomunikasi dengan orang lain. Kanak-kanak terencat akal kurang mampu untuk menjaga diri sendiri dan sesetengahnya tidak mampu untuk hidup berdikari sehinggalah dewasa.

Rajah 1 : Pelakon Chris Burke mengalami kerencatan otak jenis Down Syndrome.

2

SIMPTOM

Individu yang mengalami kerencatan otak dapat dikenalpasti mengalami kerencatan atau gangguan perkembangan, kerencatan perkembangan umum dan juga bermasalah pembelajaran. Terdapat banyak simptom yang dapat dilihat. Contohnya kanak-kanak terencat akal mungkin mengalami kesukaran untuk berdiri, merangkak atau bangun dan begitu juga untuk bercakap. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami kerencatan akal juga mengalami kesukaran berikut: Bermasalah untuk bertutur Sukar untuk mengingat sesuatu perkara Sukar untuk memahami peraturan sosial Sukar mengenalpasti punca dan kesan Sukar untuk menyelesaikan masalah Sukar untuk berfikir secara logik Bermasalah pembelajaran Tidak peka pada persekitaran Bersikap kebudak-budakan Pada peringkat awal kanak-kanak, kecacatan sederhana (IQ 60-70) mungkin tidak dapat dikesan dan mungkin tidak dapat didagnosis sehinggalah kanak-kanak tersebut mula bersekolah. Walaupun prestasi akademik yang teruk dapat dikesan, ia tetap memerlukan penilaian pakar untuk membezakan kecacatan mental sederhana daripada masalah pembelajaran dan juga masalah tingkahlaku.

3

Kecacatan sederhana (IQ 50-60) dikenalpasti pada tahun-tahun pertama kehidupan. Individu ini dikesan mempunyai pelbagai kesukaran di sekolah, rumah dan dalam komuniti. Dalam kebanyakan kes, mereka perlu diasingkan ke kelas khas di sekolah tetapi masih berfungsi di dalam masyarakat. Apabila dewasa kebanyakan mereka masih tinggal bersama ibu bapa, di dalam kumpulan atau rumah sokongan atau juga separuh berdikari tetapi dibantu oleh pihak-pihak sokongan tertentu terutamanya untuk menguruskan kewangan mereka. Keterbatasan fungsi kognitif menyebabkan kanak-kanak terencat akal belajar dan berkembang lebih perlahan berbanding kanak-kanak normal. Mereka mengambil masa yang lebih lama untuk belajar bercakap, berjalan dan mengurus keperluan diri seperti memakai baju dan juga makan. Proses pembelajaran berjalan dengan lebih lama, yang memerlukan lebih banyak teknik pengulangan dan bagi sesetengan perkara mereka langsung tidak boleh belajar. Namun begitu kita harus percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk belajar, berkembang dan membesar sehingga takat tertentu yang termampu. Gangguan emosi dan tingkahlaku juga ada kaitan dengan kerencatan otak dan mengganggu perkembangan kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak terencat akal agak ketinggalan dengan kanak-kanak lain sebaya mereka. Sesetengahnya mungkin akan kecewa, suka menyendiri, cemas serta bertindak yang bukan-bukan untuk menarik perhatian daripada rakan-rakan dan orang dewasa. Orang dewasa dan remaja terencat akal juga mengalami depresi atau tekanan. Individu ini mungkin tidak mempunyai kemahiran pertuturan yang lengkap untuk meluahkan perasaan, dan tekanan mereka ditunjukkan melalui tingkahlaku dan kecelaruan makan atau tidur. Kira-kira 87% individu terencat akal lebih lambat untuk mempelajari informasi dan kemahiran baru berbanding orang lain. Semasa kanak-kanak keterbatasan mereka mungkin tidak disedari. Mereka mungkin langsung tidak 4

didiagnosis mengalami terencat akal sehingga mereka bersekolah. Apabila dewasa kebanyakan individu terencat akal boleh hidup berdikari sehinggakan orang di sekeliling terlupa bahawa mereka sebenarnya terencat akal. Baki 13% selebihnya adalah kerencatan otak yang diperoleh di bawah skor 50 dalam ujian IQ. Individu ini mempunyai kesukaran di sekolah, rumah dan dalam komuniti. Individu yang terencat lebih teruk memerlukan sokongan intensif yang lebih kerap sepanjang hidupnya. Setiap kanak-kanak terencat akal berpotensi untuk belajar, berkembang dan membesar. Dengan bantuan yang diberi, semua kanak-kanak terencat akal boleh merasai nikmat kehidupan.

DIAGNOSIS Kerencatan otak kerapkali disalah erti dan dilihat sebagai suatu keadaan yang menghinakan. Ada yang beranggapan kerencatan otak didiagnosis hanya pada tahap bawah kecerdasan normal (IQ) dan individu dengan kerencatan otak tidak berupaya untuk belajar atau mengurus diri sendiri. Sebenarnya untuk didiagnosis sebagai terencat otak, individu tersebut mestilah mempunyai tahap IQ yang rendah dan juga bermasalah dalam menjalani fungsi harian. Kebanyakan kanak-kanak terencat akal masih boleh belajar dan apabila dewasa boleh hidup berdikari. Kebanyakan individu terencat otak hanya mengalami tahap kerencatan mental sederhana (mild). Kerencatan otak berhubungkait dengan komplikasi masalah fizikal yang berbeza dan juga masalah emosi. Kanak-kanak ini juga mempunyai masalah dalam pendengaran, penglihatan dan percakapan. Kerencatan otak adalah suatu keadaan dimana wujudnya pembelajaran lembab yang berterusan dari segi pergerakan asas dan kemahiran berbahasa (milestone) semasa kanak-kanak. Keadaan ini akan berterusan dan berada di bawah paras normal kapasiti intelektual global apabila dewasa. Satu kriteria umum untuk mendiagnosis kerencatan otak adalah melalui ujian kecerdasan

5

(IQ). Ujian IQ dicipta untuk mengukur keupayaan seseorang dalam beberapa bahagian termasuk bahasa, pengiraan dan penyelesaian masalah. Disamping itu, ujian-ujian penilaian kognitif/perkembangan juga digunakan seperti berikut : Bayley Scales of Infant Development Second Edition (Bayley, 1993) The Differential Ability Scales (DAS) (Elliot, 1990) Wechsler Preschool and Primary Scale of Intelligence Revised (WPPSI-R) (Wechsler, 1989). Wechsler Intelligence Scale for Children-III (WISC-III) (Wechsler, 1991). Wechsler Adult Intelligence Scale Revised (WAIS-R) (Wechsler, 1981). Stanford Binet : Fourth Edition (SB : FE) (Thorndike, Hagen & Sattler, 1986). McCarthy Scales of Childrens Abilities (McCarthy, 1972).

Menurut edisi terakhir ujian Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-IV), terdapat 3 kriteria sebelum seseorang individu dianggap mempunyai masalah perkembangan. IQ di bawah skor 70 ialah had signifikan dalam dua atau lebih bahagian dalam tingkahlaku penyesuaian, contohnya keupayaan untuk berfungsi sesama rakan sebaya dalam persekitaran biasa. Terdapat juga bukti takat ketidakupayaan ini dapat dilihat dengan jelas semasa kanak-kanak. Ia didiagnosis oleh penilaian profesional bagi kecerdikan dan tingkahlaku penyesuaian.

6

Berikut merupakan kadar IQ berdasarkan Wechsler Adult Intelligence (WAIS) iaitu standard yang digunakan sekarang.

Kelas

IQ

Kerencatan mental sangat teruk

Bawah 20

Kerencatan mental teruk

2034

Kerencatan mental sederhana (moderate)

3549

Kerencatan mental sederhana (mild)

5069

Kerencatan mental sedikit

7079

Kerencatan akal didiagnosis dengan melihat dua perkara utama, iaitu: Keupayaan otak seseorang untuk belajar, berfikir, menyelesai masalah dan kepekaan sekeliling (dipanggil IQ atau fungsi intelektual). Kemahiran yang ada digunakan untuk hidup berdikari (dipanggil tingkahlaku penyesuaian atau fungsi penyesuaian). Fungsi intelektual atau IQ selalunya diukur melalui ujian yang dipanggil sebagai ujian IQ. Kadar skor adalah 100. Individu yang memperoleh skor di bawah 70 hingga 75 dianggap mempunyai kerencatan mental. Untuk mengukur tingkahlaku adaptif, pakar melihat apa yang kanak-kanak tersebut boleh lakukan dan dibandingkan dengan kanak-kanak dalam lingkungan umur yang sama. Kemahiran tertentu sangat penting dalam tingkahlaku adaptif, antaranya:

7

Kemahiran mengurus diri seperti memakai baju, pergi tandas dan makan. Kemahiran komunikasi seperti memahami apa yang dibualkan dan menjawab soalan. Kemahiran sosial dengan rakan-rakan sebaya, ahli keluarga, orang dewasa dan lain-lain. Adalah sangat penting agar kanak-kanak terencat akal diberi penilaian

dan pentaksiran yang komprehensif untuk mengenalpasti kekuatan dan keperluannya. Walaupun tiada pakar yang spesifik dalam bidang ini, golongan profesional yang lain juga dapat membantu. Ujian kesihatan umum dan juga ujian tertentu seperti neurologi (sistem saraf), psikologi, psikiatri, pendidikan khas, pendengaran, pertuturan dan penglihatan serta terapi fizikal juga sangat diperlukan. Ahli pediatrik dan ahli psikiatri kanak-kanak serta dewasa kerap megkoordinasikan ujian-ujian ini. Doktor atau pakar perubatan merujuk kanak-kanak ini kepada ujian dan perundingan tertentu dan hasilnya digabungkan dengan keluarga dan juga sekolah membantu mencari rawatan dan pelan pendidikan yang komprehensif.

PUNCA

8

Kerencatan otak telah menyerang kira-kira 1- 3% populasi dunia. Terdapat banyak penyebab terjadinya kerencatan otak, tetapi secara anggarannya para doktor hanya dapat mengesan sekitar 25% sebab spesifik pada setiap kes. Ibu bapa mungkin dapat mengesan kerencatan otak pada anak jika kemahiran motor, kemahiran bertutur dan kemahiran pengurusan dirinya tidak berkembang ataupun jika ada pun tahap perkembangannya adalah sangat perlahan berbanding kanak-kanak lain yang sebaya. Kegagalan untuk beradaptasi secara normal dan membesar dengan bijak dapat dilihat sejak dari peringkat awal kanak-kanak. Dalam kes kerencatan sederhana (mild), kegagalan ini mungkin tidak dapat dikesan sehinggalah kanak-kanak tersebut memasuki persekolahan. Kerencatan otak bukanlah suatu penyakit. Ia terjadi apabila kecederaan berlaku di otak atau terjadi sebarang masalah yang menghalang perkembangan otak secara normal. Agak sukar untuk mengenalpasti punca sebenar terjadinya kerencatan otak. Secara umumnya, masalah-masalah ini terjadi semasa bayi dalam kandungan, semasa proses kelahiran dan selepas bayi dilahirkan.

Semasa dalam kandungan Kecacatan mental disebabkan fetus tidak berkembang dengan baik di dalam kandungan. Jika ibu yang mengandung mendapat sebarang kecederaan atau jangkitan seperti rubella, ia memberi kesan secara langsung terhadap bayi dalam kandungan dan berisiko terjadinya kerencatan otak. Sesetengah ubat tidak berbahaya kepada seseorang wanita tetapi menjadi sebaliknya apabila ia diambil semasa wanita tersebut mengandung. Wanita mengandung juga menyebabkan risiko tinggi terjadinya

kerencatan otak terhadap janinnya akibat tabiat merokok, mengambil alkohol (fetal alcohol syndrome) atau mengambil sebarang jenis dadah semasa mengandung. 9

Masalah genetik juga boleh terjadi sejak bayi dalam kandungan lagi. Kadangkala kecacatan disebabkan oleh gen yang tidak normal yang diwarisi daripada ibu bapa, kesilapan semasa penggabungan gen dan sebab-sebab lain. Gen terdapat dalam semua sel dan menjadi panduan kepada pembentukan sel dan bagaimana janin ini akan membesar. Kanak-kanak mempunyai kombinasi gen daripada kedua ibu bapa, oleh itu boleh terjadi gen yang diterima adalah tidak normal atau gen berubah semasa bayi membesar. Contoh keadaan genetik termasuklah Down Syndrome, Fragile X syndrome, Phelan-McDermid (22q13del) syndrome, Mowat-Wilson syndrome dan Phenylketonuria (PKU).

Semasa kelahiran

Jika terjadi masalah semasa bayi dilahirkan, otak bayi tidak mendapat oksigen yang secukupnya dan ini boleh menyebabkan kerencatan otak. Penggunaan forsep semasa proses kelahiran juga sangat menyumbang. Bayi yang asalnya normal terdedah kepada bahaya kerana tengkorak kepala dicengkam kuat oleh forsep dan seterusnya menyebabkan kerosakan otak.

Selepas bayi dilahirkan Kadangkala tidak berlaku sebarang masalah semasa bayi dilahirkan tetapi terjadi pula jangkitan penyakit yang serius semasa bayi membesar. Ia bukan sahaja menyebabkan sakit atau lemah kepada tubuh badan tetapi juga memberi kesan terhadap perkembangan otak. Kecederaan serius di kepala juga boleh menyebabkan kerencatan otak terhadap bayi atau kanak-kanak.

FAKTOR SPESIFIK.

10

Down Syndrome, Fetal Alcohol syndrome dan Fragile X syndrome merupakan tiga punca utama kerencatan otak semulajadi. Bagaimanapun, terdapat banyak lagi faktor yang berkaitan seperti:

Jangkitan (terjadi semasa atau selepas kelahiran)o o o o o o o o o

Batuk kering Congenital CMV Congenital rubella Congenital toxoplasmosis Encephalitis HIV infection Listeriosis Meningitis Measles (campak)

Ketidakabnormalan kromosomo o

Kekurangan kromosom (cri du chat syndrome) Pindahan kromosom (gen ditempatkan di tompok asing pada kromosom atau ditempatkan di kromosom berbeza tidak seperti sepatutnya). Kerosakan kromosom atau pewarisan pembahagian kromosom (keturunan), (seperti fragile X Syndrome, Angelman Syndrome dan Prader-Willi Syndrome). Kesilapan jumlah kromosom (Down Syndrome). Deprivation syndrome, iaitu kehilangan sensori (deria rasa) akibat sekatan persekitaran seperti dikunci dalam bilik bawah tanah dan bawah tangga, disisihkan untuk jangka masa yang panjang serta interaksi teruk atau tipikal antara ibu bapa dengan anak.

o

o

Persekitarano

11

o

Kanak-kanak

normal

yang

pernah

tinggal

di

rumah-rumah

kebajikan sejak dari kecil.

Ketidakabnormalan genetik dan mewarisi gangguan metaboliko o o o o o o o o o

Adrenoleukodystrophy Galactosemia Hunter syndrome Hurler syndrome Lesch-Nyhan syndrome Phenylketonuria Rett syndrome Sanfilippo syndrome Tay-Sachs disease Tuberous sclerosis

Metaboliko o o o

Congenital hypothyroid Hypoglycemia (pengaturan diabetes mellitus yang sangat lemah) Reye syndrome Hyperbilirubinemia (kandungan bilirubin yang tinggi pada bayi)

Nutrisio o

Kekurangan zat makanan Kebuluran, contohnya di Ethiopia.

12

Kekurangan Iodin o Gejala ini telah menyerang kira-kira 2 bilion manusia di seluruh dunia, yang mana kekurangan iodin telah menjadi suatu gejala yang lazim di negara membangun. Kekurangan iodin juga menyebabkan penyakit benguk, iaitu pembesaran kalenjar tiroid di leher. Juga terjadi kretin yang teruk, iaitu terjadinya kerencatan yang memberi kesan kepada imbangan intelektual. Negara India adalah negara yang paling teruk berhadapan dengan kekurangan iodin dan telah menyerang 500 juta rakyatnya, 54 juta akibat goiter atau benguk dan 2 juta akibat kretin.

Toksiko

Terdedah kepada alkohol, kokain, amphetamine dan dadah lain semasa dalam rahim (Intrauterine) Keracunan plumbum Keracunan Methylmercury

o o

Trauma (sebelum dan selepas kelahiran)o o

Intracranial hemorrhage sebelum atau selepas kelahiran Kekurangan oksigen pada otak sebelum, semasa atau selepas kelahiran Kecederaan kepala

o

Sebab misteri yang tidak terungkai (Ini merupakan kategori penyebab yang terbesar mengapa terjadinya kerencatan otak).

13

PENCEGAHAN Genetik: imbasan pranatal untuk mengesan kecacatan genetik dan kaunseling genetik untuk keluarga yang berisiko mewarisi gangguan ini untuk mengurangkan kadar kerosakan genetik yang boleh menyebabkan kerencatan otak. Ujian kesihatan : Pasangan boleh melalui ujian untuk mengenalpasti jika mereka berisiko mendapat anak yang mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti kerencatan otak. Sebaik mengetahui diri hamil, seseorang wanita perlu mengambil makanan yang sihat dan menjauhi alkohol serta dadah. Apabila bayi dilahirkan, lakukan ujian darah untuk mengesan masalah-masalah tertentu yang mungkin terjadi. Keselamatan diri : Ibu bapa perlu peka dan berwaspada terhadap keselamatan diri anak-anak. Contohnya apabila kanak-kanak ini bermain, menunggang basikal, bersukan dan sebagainya. Terapkan pendidikan keselamatan diri kepada anak-anak. Yang utamanya ialah sebaik mungkin elakkan kecederaan kepala dan otak. Bayi pula perlu diberi perlindungan yang rapi seperti menempatkan mereka secara selamat di dalam kereta dengan menggunakan kerusi keselamatan dan elakkan bayi daripada terhantuk dan terjatuh. Sosial : program kerajaan untuk memastikan nutrisi secukupnya disediakan untuk golongan kurang mampu semasa tahun-tahun pertama dan fasa kritikal kehidupan. Program ini boleh mengurangkan kerencatan yang diakibatkan oleh kekurangan zat. Penilaian awal dalam situasi yang membabitkan penganiayaan dan penderaan serta penyekatan terhadap alam sekitar juga sangat membantu. Toksik : Program alam sekitar untuk mengurangkan pendedahan terhadap plumbum, merkuri dan bahan toksik lain membantu menurunkan kadar kerencatan yang diakibatkan oleh faktor ini. Bagaimanapun, faedah yang akan diperolehi mengambil masa yang lama. Kesedaran awam juga patut ditingkatkan tentang bahaya alkohol dan dadah semasa hamil.

14

Jangkitan penyakit : pencegahan sindrom rubella kongenital merupakan satu contoh terbaik program yang berjaya dilaksanakan untuk mencegah kerencatan otak. Sentiasa berwaspada seperti menghadkan pendedahan terhadap kotoran seperti najis kucing yang boleh menyebabkan toxoplasmosis semasa hamil, boleh mengurangkan kerencatan yang diakibatkan oleh faktor ini.

Rajah 2 : individu terencat akal teruk yang tidak boleh bercakap berkomunikasi melalui eye-gaze board menggunakan teknik augmentatif.

RAWATAN DAN BANTUAN

Kerencatan mental boleh dibezakan dalam banyak cara daripada penyakit mental seperti skizofrenia atau depresi. Sebenarnya tiada penawar untuk

15

ketidakupayaan kekal, melainkan melalui sokongan padu, pengajaran dan kerjasama dari semua individu. Matlamat utama rawatan adalah untuk mengembangkan potensi individu sehingga ke tahap maksimum yang terdaya. Sebelum ini ibu bapa selalunya dinasihati agar menempatkan kanakkanak terencat akal di rumah-rumah atau pertubuhan kebajikan. Namun kini tujuan utama membantu kanak-kanak terencat akal adalah agar mereka dapat menjalani kehidupan seharian bersama keluarga sendiri dan mengambil bahagian dalam komuniti. Di sesetengah negara, undang-undang telah memperuntukkan pendidikan dan kemudahan lain seperti biaya perbelanjaan untuk golongan ini. Diagnosis awal terhadap kecelaruan psikiatri pada kanak-kanak terencat akal membantu kepada rawatan awal. Perubatan sangat membantu sebagai suatu bahagian dari keseluruhan rawatan dan pengurusan kanak-kanak terencat akal. Konsultasi pada masa-masa tertentu dengan pakar psikiatri kanak-kanak dan dewasa juga dapat membantu keluarga meletakkan harapan yang berpatutan, had, peluang untuk berjaya dan ukuran lain yang akan membantu anak-anak terencat akal ini berhadapan dengan stres di sepanjang tumbesaran mereka. Umumnya, rawatan secara individu adalah cuba untuk mengajar mereka kemahiran yang diperlukan untuk menjadi lebih produktif dan hidup berdikari. Untuk individu terencat akal sederhana, rawatannya adalah sama dengan rawatan untuk bermasalah pembelajaran yang lain. Kekurangan yang lebih spesifik dalam pembelajaran dikenalpasti dan dikesan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran tertentu seperti membaca dan menulis. Pada masa sama kanak-kanak ini selalunya memerlukan sokongan tambahan untuk hidup dalam masyarakat. Untuk individu yang terencat akal teruk, motifnya juga sama namun bantuan yang diperlukan adalah lebih meluas. Yang penting adalah individu terencat akal boleh melibatkan diri dalam komuniti, bersekolah

16

dan kemudiannya mendapat pekerjaan dan begitu juga berpeluang menjalinkan hubungan sosial yang lebih bermakna. Kemudahan pembelajaran yang lebih canggih dan kemudahan teknologi elektronik banyak membantu motif ini tercapai. Individu terencat akal boleh menguasai kemahiran melalui banyak inovasi tingkahlaku yang mula diperkenalkan sejak awal tahun 1960-an untuk mengajar asas pengurusan diri seperti memakai baju, mandi, makan dan menggunakan tandas kepada setiap tahap kerencatan akal (Reid, Wilson, & Faw, 1991). Kemahiran-kemahiran ini dipecahkan pula kepada beberapa komponen, juga dikenali sebagai analisis kerja dan individu diajar komponen. Peguasaan pada setiap bahagian digalakkan dengan pujian dan dikaitkan dengan objek atau aktiviti yang disukai oleh kanak-kanak terbabit (peneguhan). Kaedah pengajaran dianggap berjaya apabila kanak-kanak terbabit boleh mengurus diri dan berdikari berdasarkan pengalaman serta penguasaannya dalam kaedah pembelajaran ini. Sebenarnya semua individu berpotensi untuk menguasai kemahiran tertentu apabila tidak mempedulikan kekurangannya. Latihan komunikasi sangat penting untuk individu terencat akal. Mereka perlu diberi pendedahan dan peluang untuk tahu keperluan dan kehendak sendiri untuk mencapai kepuasan diri dan dapat menyertai aktiviti sosial. Matlamat latihan komunikasi berbeza mengikut kemahiran yang ada. Untuk kanak-kanak terencat akal sederhana boleh jadi matlmatnya lebih rendah seperti dapat bertutur dengan jelas atau lebih tinggi seperti menyusun perbualan (Abbeduto & Rosenberg, 1992). Untuk kanak-kanak terencat akal paling teruk, latihan komunikasi menjadi lebih sukar dan mencabar kerana mereka mungkin mempunyai kekurangan fizikal dan kognitif yang pelbagai yang memungkinkan pertuturan sangat sukar untuk menguasai setiap komponen terlebih dahulu sehingga dia dapat menguasai keseluruhan

17

atau mustahil dilakukan (Warren & Reichle, 1992). Para pengkaji yang kreatif menggunakan sistem alternatif yang lebih mudah untuk individu ini termasuk bahasa isyarat yang digunakan pada individu bermasalah pendengaran dan strategi komunikasi augmentatif. Strategi augmentatif menggunakan buku bergambar dan meminta kanak-kanak menunjukkan gambar yang berkaitan dengan emosinya. Contoh mudah, menunjukkan gambar cawan jika mahu minum. Kepelbagaian perkakasan komputer juga boleh diaplikasikan ke dalam program baru yang membolehkan individu menekan butang untuk membina ayat-ayat perbualan yang lebih sempurna. Individu dengan kemahiran komunikasi yang sangat terhad boleh diajar untuk menggunakan perkakasan komputer yang akan membantu mereka mengurangkan tekanan akibat tidak dapat meluahkan perasaan dan pengalaman kepada orang lain (Durand, 1993). Kebimbangan selalu disuarakan oleh bu bapa, guru dan majikan yang meluahkan bahawa kanak-kanak terencat akal bertindak agresif dan mencederakan mereka. Perdebatan diadakan bagi membincangkan cara terbaik untuk mengurangkan atau menghapuskan tingkah laku ini dan yang paling hangat adalah cadangan menggunakan hukuman yang lebih menyakitkan (Repp & Singh, 1990). Alternatif kepada hukuman yang lebih efektif untuk mengurangkan masalah tingkah laku seperti agresif dan mencederakan diri sendiri adalah dengan mengajar mereka bagaimana untuk berkomunikasi dan menyatakan keperluan atau keinginan mereka terhadap sesuatu benda atau perkara termasuk perhatian (Durand, 1999). Ia penting bukan sahaja untuk memenuhi keperluan mereka tetapi juga pada masa yang sama membantu menangani tingkah laku bermasalah ini. Namun bukan semua pakej rawatan yang digunakan berjaya sepenuhnya. Ia sangat bergantung kepada keadaan atau tahap kerencatan mental seseorang individu. Dalam konteks yang lebih meluas, kanak-kanak atau individu terencat akal perlu didedahkan dengan masyarakat sekeliling. Mereka juga perlu diberi

18

sokongan oleh masyarakat dan begitu juga mendapat sokongan daripada majikan agar individu ini dapat mencari potensi, menyumbang dan bekerja dalam suasana persaingan yang lebih sihat. Bukan sahaja ia membantu individu ini mendapat kepuasan bekerja, malah di negara tertentu seperti di Amerika Syarikat, setiap satu dolar wang yang dilaburkan ke dalam syarikat yang menyokong pekerja terencat akal akan dikurangkan cukai sebanyak 2.21 dolar. Kepuasan individu kerana dapat menjadi sebahagian daripada masyarakat pula tidak ternilai harganya. Terdapat juga cadangan, usul, penyataan dan perdebatan tentang isu pendidikan bagi kanak-kanak terencat akal. Kontroversi ini menjadi suatu masalah di seluruh dunia terutamanya bagi negara sedang membangun apatah lagi di negara yang mundur. Ia menyentuh berkenaan adakah kanak-kanak ini terutamanya bagi yang terencat akal teruk diasingkan daripada kanak-kanak lain dan diajar mengikut kaedah yang telah dicipta khas untuk mereka atau dimasukkan sahaja ke kelas pendidikan khas yang bercampur aduk jenis masalah pembejarannya atau diasingkan terus daripada sekolah yang berasingan. Strategi pengajaran untuk kanak-kanak ini sudah tentu berbeza dan mustahil untuk diberi perhatian jika mereka duduk bersama murid-murid lain yang mana tahap penguasaan dan ketidakupayaan mereka adalah berbeza sama sekali. Di sekolah, kanak-kanak terencat akal sangat memerlukan perhatian. Sesetengahnya mempunyai pembantu yang akan berada di sisi mereka sepanjang sesi pembelajaran di sekolah. Pendidikan khas dan perkhidmatan lain sangat bersesuaian untuk membantu pembelajaran dan membentuk tingkah laku mereka.

Rawatan biologi semata-mata bukanlah satu cara yang paling berkesan. Namun para doktor dan pihak hospital cuba untuk membantu dari segi

19

kepakaran dan kemudahan yang relevan. Selain bahan ubatan, kaunseling, terapi dan konsultasi juga disediakan. Berikut pula merupakan contoh panduan yang disediakan oleh institusi perubatan.

1. Ibubapa memahami bahawa kerencatan akal berlaku bukannya kerana kesilapan mereka. Ibubapa akan diberi keterangan mengenai punca kerencatan akal dan apakah yang harus dibuat untuk menjamin keselesaan hidup pesakit dan keluarga. Menjamin pesakit dijaga di rumah keluarga dan bukannya di hospital atau rumah kebajikan.

2. Menjamin pesakit akan menerima bimbingan dan pengajaran untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Misalnya seorang yang berkerencatan akal yang kurang serius tetapi mengalami masalah pendengaran patut diberi tunjuk ajar untuk menolongnya bercakap (terapi percakapan dan bahasa dan sign language) dan sekiranya diperlu alat pendengaran (hearing aids) patut di beli.

3. Menjamin pesakit diberi sokongan untuk belajar mengguna alat-alat yang sedia ada untuk membuat kerja harian dan berfungsi seberapa normal yang boleh. Misalnya pesakit tidak boleh berjalan, kerusi beroda (wheel chair) dapat disediakan ataupun "calipers" untuk menguatkan kaki pesakit dapat disediakan. Kesemua alat-alat ini boleh diperolehi dari Jabatan Pemulihan Carakerja (Occupational Therapy)

4. Memastikan bahawa semua masalah perubahan yang berkaitan dengan kerencatan akal pesakit diberi rawatan yang tertentu tanpa kesan 20

sampingan.

Umpamanya

sawan

akan

dirawati

dengan

ubat

antikonvulsant, masalah muntah-muntah harus diberi perhatian, infeksi kencing dan sembelit mesti dirawati. Masalah psikologi tidak patut dihindarkan. dilakukan. Penilaian penglihatan dan pendengaran juga mesti

5. Memastikan otot-otot dan sendi-sendi berada didalam keadaan yang normal dan tidak terjadi kontraktur dan kelemahan. Pihak fisioterapi mesti memberi masa untuk mengajar dan menggalakkan ibubapa supaya senaman yang dipilih dapat dilakukan dirumah.

6. Menjamin persekolahan yang dipilih sesuai dengan tahap pencapaian pesakit. Misalnya pesakit yang buta boleh dididik di sekolah biasa dengan syarat-syarat tertentu. Pesakit yang mengalami kerencatan akal yang teruk boleh dijaga di pusat-pusat seperti Pusat Spastik atau Wisma Harapan. Pesakit Sindrom Downs mempunyai persatuan tertentu

7. Memastikan soal kewangan mencukupi. Keluarga yang amat miskin boleh dirujuk kepada pihak kebajikan atau badan-badan sukarela.

Sehingga kini tidak terdapat suatu rawatan yang berkesan pun untuk asalah kerencatan akal namun alternatif rawatan, pencegahan dan sokongan padu sudah cukup membantu individu ini mencapai hidup yang lebih bermakna. PANDUAN

21

TIPS UNTUK IBU BAPA Belajar mengenai kerencatan akal. Lebih banyak pengetahuan diperolehi, lebih banyak peluang anda untuk membantu diri sendiri dan anak-anak. Anda boleh merujuk kepada organisasi-organisasi yang berkaitan. Menggalakkan kebebasan kepada anak yang terencat akal. Contohnya, bantu anak anda membelajari kemahiran mengurus diri seperti memakai baju, makan, menggunakan tandas dan bersiap. Biar anak anda lakukan sendiri kerja rumah. Beri perhatian pada kesesuaian umur, tahap konsentrasi dan keupayaannya. Bahagikan kerja kepada langkah-langkah yang lebih mudah untuk diikuti. Contohnya, jika anak anda diminta untuk melipat baju, mula-mula bentangkan dahulu baju tersebut. Kemudian mula melipat dari bahagian tepi baju, kiri dan kanan, kemudian bahagian tangan dan seterusnya langkah demi langkah sehingga selesai. Yang penting, anda harus mendemontrasikan kerja tersebut terlebih dahulu. Bimbing dan bantu jika anak anda perlukan pertolongan. Akhir sekali beri tindakbalas terhadap hasilnya dan beri pujian jika hasilnya memuaskan. Ia penting untuk membina kekuatan dan keupayaan diri anak anda. Kenalpasti kemahiran yang telah anak anda pelajari di sekolah. Cari jalan agar anak anda dapat mengaplikasikannya di rumah. Contohnya, jika guru mengajar tentang wang, bawa anak ke pasaraya untuk membeli barang keperluan yang mudah. Bantu anak anda mengira jumlah wang yang perlu dibayar dan jika perlu kira sekali baki wang yang perlu dikembalikan. Cari peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong, kenduri, berpesatuan seperti pengakap, persatuan belia, rakan muda, aktiviti rekreasi, sukan dan sebagainya. Ini akan membantu anak anda membina kemahiran sosial disamping memperoleh keseronokan. Berbincang dengan ibu bapa lain yang juga mempunyai anak terencat akal. Kongsi pengalaman, pendapat dan nasihat serta sokongan emosi.

22

Anda boleh menghubungi organisasi yang berkaitan dan menyertai kumpulan perbincangan sesama ibu bapa yang terdekat dengan kediaman anda. Pergi ke sekolah dan bina pelan pendidikan untuk mengenalpasti keperluan anak anda. Sentiasa menghubungi guru anak anda. Beri sokongan. Juga cari jalan bagaimana anda dapat membantu anak anda meneruskan pembelajarannya di rumah.

TIPS UNTUK GURU Pelajari sebanyak yang mungkin tentang kerencatan mental. Senaraikan organisasi yang berkaitan untuk kenalpasti teknik spesifik dan strategi untuk menyokong pendidikan anak murid anda. Percaya bahawa anda boleh melakukan perubahan yang besar dalam kehidupan murid anda. Kenalpasti kekuatan dan minat murid anda dan beri penekanan. Cipta peluang untuk mencapai kejayaan. Simpan maklumat, senarai keperluan dan rangka program secara individu untuk murid anda. Bincang dengan penyelaras atau pakar yang ada di sekolah anda sekerap yang mungkin. Ia membantu anda mengenalpasti kaedah yang lebih efektif untuk mengajar, cara mengadaptasikan kurikulum dan bagaimana mencapai matlamat pengajaran anda. Bina proses pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu dan konkrit. Demontrasikan apa yang anda maksudkan berbanding hanya memberi arahan verbal. Tunjukkan gambar yang berkaitan dengan pengajaran anda. Daripada gambar tersebut, sediakan pula peluang menyentuh material yang sebenarnya kepada murid anda dan rasai pengalaman tersebut. Rehat lebih lama dan mulakan kerja/pembelajaran baru kepada langkahlangkah yang lebih mudah. Demontrasikan langkah-langkah tersebut,

23

langkah demi langkah secara perlahan-lahan. Minta bantuan pembantu pengurusan murid jika diperlukan. Beri respons secepat yang mungkin kepada murid anda. Ajar murid kemahiran hidup seperti urus diri, kemahiran sosial dan penerokaan serta kesedaran tentang kerjaya yang sesuai. Libatkan murid anda dengan aktiviti berkumpulan atau kelab yang ada. Bekerjasama dengan ibu bapa murid dan begitu juga dengan sekolah lain untuk mencipta dan laksanakan pelan pendidikan yang direka untuk mencapai keperluan murid. Selalulah berkongsi maklumat tentang bagaimana keadaan murid anda ketika di sekolah dan di rumah.

Rajah 3 : kanak-kanak terencat akal sentiasa perlukan kawan dan sokongan. KESIMPULAN

24

Dapat difahami di sini, kerencatan akal merupakan satu keadaan di mana tahap pemikiran kanak-kanak ini lebih rendah daripada kanak-kanak normal lain. Mereka menunjukkan ciri-ciri lembab dalam pembelajaran, pergerakan motor yang lambat, bermasalah pertuturan semasa kanak-kanak dan daya intelektual berada pada standard kapasiti rendah apabila dewasa. Pelbagai faktor menyumbang kepada keadaan ini seperti masalah genetik, iaitu bawaan gen dan kromosom yang tidak normal, masalah kesihatan, persekitaran dan lain-lain. Namun sebagai manusia yang berakal waras kita harus percaya bahawa setiap yang lahir itu adalah kurniaan dari Tuhan, yang mempunyai hikmah dan kelebihannya tersendiri. Kerencatan akal bukanlah suatu penyakit mahupun suatu penghinaan. Namun apa yang terjadi, kanak-kanak terencat akal selalu diejek dan dibuli. Keadaan ini sangat menyedihkan kerana kanak-kanak ini sangat-sangat memerlukan kawan dan sesiapa sahaja yang boleh melayan mereka sebaiknya. Hanya kerana mereka mempunyai masalah pembelajaran sebegini tidak bermakna mereka tidak mempunyai perasaan. Sepertimana orang lain, kanakkanak ini juga wajar untuk disukai dan mempunyai ruang untuk berseronok terutamanya di sekolah. Dunia yang semakin canggih membantu kanak-kanak terencat akal mendapat rawatan yang sepatutnya. Rawatan perubatan tidak sangat membantu selain pendekatan intensif yang digunakan dalam bidang pendidikan di sekolah dan rumah. Pendekatan yang digunakan berbentuk latihan komunikasi, psikologi dan motivasi tingkah laku. Ia sangat memerlukan intervensi daripada ibu bapa dan guru serta masyarakat keseluruhannya untuk mencapai keberkesanannya.

Seperti mana kanak-kanak lain, kanak-kanak terencat akal juga mahu meneroka kemahiran mereka sebaik mungkin yang terdaya. Mereka perlu ke sekolah, bermain dan mendapat sokongan daripada keluarga tersayang serta

25

rakan-rakan yang baik. Mereka juga berhak untuk hidup seperti orang lain dan mendapat kebebasan sendiri untuk menguruskan hidup. Malah mereka juga boleh berjaya seperti orang lain yang normal dan mempunyai pekerjaan sendiri dan mencapai kepuasan diri mengikut daya yang termampu. Harapan untuk melihat kanak-kanak terencat akal berjaya dalam hidupnya sangat bergantung pada peluang yang kita berikan kepadanya, kondisi yang menyumbang, motivasi diri dan rawatan yang diberi. Selalunya juga mereka sangat memerlukan suasana persekitaran yang sihat dan selesa. Oleh itu, kita harus lebih peka pada keperluan dan kehendak mereka agar mereka dapat menikmati hidup yang lebih bermakna di samping keluarga, guru, rakan-rakan dan masyarakat yang saling menyayangi.

26