sains sukan amin

17
TUGASAN KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1 SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (SPKK) Nama : AWANGKU SYAHRUDIN B AWANG DZULKARNAIN KPT :800105-13-5223 Alamat :SK Pekan Tamparuli, Pei Sura !!", #$%!& Tamparuli, Sa'a No T!l :%1$ !%#&%%* S"#a$ S%!&'(# :H+KI Soala$ T")a&a$ P'l'*a$ : S+ALAN 1 a Huraikan kema iran kema iran a-a- er.apa .alam -ukan an.a .i/e'uri (" kema iran a-a- -a a0a) ' Pili -au kema iran a-a- .an uraikan a-a a-a per2erakan .alam pen2a0aran eknik / Namakan 33 33 uama 4an2 erli'a .alam -au .aripa.a a-a per2erakan iu

Upload: shahrudin-van-dzulkarnain

Post on 07-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

school work

TRANSCRIPT

TUGASAN KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN(SPKK)

Nama : AWANGKU SYAHRUDIN B AWANG DZULKARNAINKPT: 800105-13-5223Alamat: SK Pekan Tamparuli, Peti Surat 226, 89027 Tamparuli, SabahNo. Tel: 019-2087004Sukan Spesifik: HOKISoalan Tugasan Pilihan:

SOALAN 1

a. Huraikan kemahiran-kemahiran asas terdapat dalam sukan anda diceburi (6 kemahiran asas sahaja)b. Pilih satu kemahiran asas dan huraikan fasa-fasa pergerakan dalam pengajaran teknikc. Namakan otot-otot utama yang terlibat dalam satu daripada fasa pergerakan itu.

a) Huraikan kemahiran-kemahiran asas terdapat dalam sukan anda diceburi (6 kemahiran asas sahaja)Terdapat banyak kemahiran asas yang ada dalam sukan hoki dan 6 darinya ialah seperti berikut :-1.MENGGELECEK (DRIBBLING)Secara amnya, kemahiran asas pertama yang harus dilatih dalam permainan hoki adalah kemahiran menggelecek. Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia adalah kemahiran yang digunakan untuk membawa bola sama ada dalam keadaan menyerang atau dalam keadaan bertahan. Selain itu, ia juga digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila dikawal oleh pemain lawan. Antara kegunaan lain selain dua kegunaan yang telah disebutkan tadi ialah :-

mengekalkan pemilikan bola persediaan untuk menghantar dan menjaringkan gol mencari ruang dan menukar arah menlengahkan masa

Cara-cara menggelecekTerdapat 3 cara untuk melakukan kemahiran ini, iaitu :-

Menggelecek longgar (open dribble / loose dribble)Kemahiran menggelecek ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat, dengan tujuan :-- melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan- berlari dengan bola ke arah gol

Menggelecek rapat (close dribble)Menggelecek rapat digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola di samping dapat mengawal bola dengan rapi. Ia digunakan apabila pemain tidak dapat memastikan keadaan atau situasi semasa bermain sama ada selamat atau tidak untuk mendedahkan bola kepada pihak lawan.

Menggelecek ala India (Indian dribble)Menggelecek ala India digunakan apabila pemain membawa bola sambil menukar arah dari kanan ke kiri atau sebaliknya. Kemahiran ini sangat perlu dikuasai kerana ia sangat berguna jika pemain hendak menukar arah sambil mengekalkan penguasaan bola dan seterusnya pemain dapat melarikan diri bersama bola dari pihak lawan.

2.MEMUKUL (HITTING)Kemahiran ini merupakan satu cara hantaran yang kuat kerana bola itu bergerak dengan pantas ke arah yang diperlukan. Ketepatan arah boleh dicapai dengan latihan-latihan yang kekal dan ini sentiasa perlu ditekankan. Antara kegunaan kemahiran ini ialah :- Menghantar bola dalam jarak yang jauh Menghantar bola dengan lebih pantas Menjaringkan gol Seperti kemahiran mengawal bola, kepelbagaian atau variasi juga ada pada kemahiran ini berdasarkan tahap yang telah dikuasai oleh pemain. Ada yang dikategorikan dalam kemahiran tahap biasa dan ada dikategorikan dalam kemahiran tahap tinggi.Kategori kemahiran biasa atau basic skills adalah lebih mudah untuk dikuasai, iaitu :- Short Hand Grip Long Hand gripKategori kemahiran tahap tinggi atau advance Skills pula lebih sukar dan memerlukan latihan lebih kerap untuk menguasainya, iaitu :- Open blade Hit / Cutting Reverse Hit Argentine Hit Wrong Foot Hit

3.MENGHANTAR / MENOLAK (PASSING / PUSH)Menolak adalah cara penghantaran bola yang paling mudah kepada rakan sepasukan sambil melakukan kawalan penuh pada bola tanpa memberi peluang pihak lawan untuk merebut bola tersebut. Sasaran bola disembunyikan sehingga saat-saat akhir untuk mengelirukan pihak lawan. Kemahiran ini boleh dilakukan daripada kedudukan yang sukar di mana kemahiran memukul tidak dapat digunakan secara efisien. Antara kegunaannya ialah :- Dalam keadaan tertekan, ia merupakan penghantaran yang paling selamat dan boleh dibuat dengan mudah. Mengawal dan menguasai permainan Pertukaran arah serangan atau pertahanan Penghantaran bola dalam jarak lebih dekatVariasi atau kepelbagaian yang ada dalam kemahiran ini ialah :- Slap push Sleep push / dragflick (lebih digunakan untuk menjaringkan gol ketika mengambil sudut penalti dan dikategorikan dalam kategori Advance Skill) Catapult pass (dikategorikan dalam kategori Advance Skill)

4.MENGUIS (SCOOP)Kemahiran ini merupakan kemahiran alternative kepada kemahiran menghantar. Bola akan dihantar melalui udara kepada rakan sepasukan yang lebih kehadapan dengan melepasi pihak lawan. Berguna untuk melakukan hantaran jauh, bola akan dikuis dan melepasi pihak kepungan lawan dalam keadaan bola dinaikkan ke udara secara terkawal. Selain itu, ia juga boleh digunakan dalam situasi untuk menjaringkan gol kerana ia tidak memerlukan banyak pergerakan persediaan dalam keadaan terkawal. Ia juga boleh mengelirukan pemain lawan meneka arah ke mana bola akan dihantar. Kemahiran menguis adalah sangat berguna untuk melepaskan bola daripada kayu pihak lawan dan menghantar hantaran jauh kepada pemain depan pasukan sendiri. Kemahiran menguis adalah strok tolakan yang dinaikkan dan selalu berpusing.

5.MENAHAN BOLA Menyerkap bermakna manahan bola. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling penting dalam permainan hoki kerana ia juga membawa maksud pemain dapat memiliki bola yang sedang dalam permainan. Pemain-pemain harus menguasai kemahiran menyerkap bola di atas permukaan padang yang berlainan kerana permainan hoki dimainkan di atas padang rumput dan juga astroturf. Pasukan-pasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai dan dapat menentukan corak permainan. Pemain boleh melakukan kemahiran menyerkap dalam keadaan statik atau sedang bergerak semasa bola dihantar.Sesetengah jurulatih lebih suka mengistilahkan kemahiran ini sebagai kemahiran menerima bola. Ini lebih merujuk konsep Pass & Receive iaitu pengawalan bola dikalangan sesama ahli dalam sesebuah pasukan itu sendiri dengan tujuan mengawal permainan. Antara variasi yang ada dalam kemahiran ini ialah :- High Stick Low Stick Reverse stick kedudukan cangkuk pada hujung kayu hoki menghala ke bawah kayu hoki berada pada sisi kiri badan.

6.MEREBUT (TACKLING)Kemahiran merebut bola adalah satu kemahiran yang tidak kurang penting dalam sukan hoki kerana ia bertujuan mendapatkan bola yang berada dalam kawalan pihak lawan. Apabila bola telah direbut dan berada pada kawalan pasukan, maka agak mudah untuk menguasai permainan dan memberikan tekanan kepada pihak lawan. Selain itu, ia juga boleh digunakan bertujuan mencuri masa agar pasukan dapat mengatur semula pertahanan. Terdapat tiga cara merebut, iaitu :- Jab Tackle Open Stick Tackle / Side Tackle Reverse Stick TackleKetika merebut bola, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil kira, iaitu :- Perhatikan bola dan bukannya memerhatikan gerakan atau tubuh pihak lawan. Masa harus tepat Kenalpasti cara merebut yang lebih sesuai digunakan Memberikan tekanan kepada pihak lawan agar melakukan kesilapan

b. Pilih satu kemahiran asas dan huraikan fasa-fasa pergerakan dalam pengajaran teknik

Kemahiran: MENGGELECEK RAPAT (close dribble)Fokus Kemahiran (coaching point) Menggelecek Rapat

Pegangan tangan Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap keluar, siku dan pergelangan tangan kiri menghadap ke depan. Tangan kanan memegang tengah kayu hoki.

Badan Bongkokkan badan sedikit lutut dibengkokkan.

Mata Mata memandang bola dan memandang sekilas untuk memastikan ke mana pemain akan bergerak untuk mengkaji situasi padang apabila bola di dalam kawalan yang baik.

Bola Bola harus berada ke kanan dan di depan kaki kanan dan sentiasa menyentuh kayu hoki.

Kayu Mempunyai sudut yang betul Bahagian rata kepala kayu bersudut sedikit apabila menyentuh bola. Tekanan diberi di bawah bahagian tengah bola, yang akan memberi momentum berlebihan.

Fasa Pergerakan Menggelecek Rapat

Aktiviti Ansur MajuFasa 1 : Pemain menggelecek rapat di atas satu garisan yang lurus.

A1

A2

Aktiviti ulangan dengan variasi kelajuan :Ulangan 1 : BerjalanUlangan 2 : Berlari perlahan (lari anak)Ulangan 3 : Berlari lebih laju

Fasa 2 : Pemain menggelecek rapat di antara pemain dalam satu pasukan iaitu :A1 mengggelecek rapat kepada A2A2 mengggelecek rapat kepada A3A3 mengggelecek rapat kepada A4( Latihan ini boleh diulang beberapa kali )

A3 A 1 A2 A4

Aktiviti ulangan dengan variasi kelajuan :Ulangan 1 : BerjalanUlangan 2 : Berlari perlahan (lari anak)Ulangan 3 : Berlari lebih laju

Fasa 3 : Pemain menggelecek rapat di antara pemain tetapi bola diberhentikan di tengah jalan. Pada masa yang berhenti pemain dan bola berhenti dengan bola berada berhampiran kaki depan dan kayu di atas bola hoki. Kepala didongakkan untuk melihat situasi di hadapan.

A3 A1 berhenti A2 A4

Aktiviti ulangan dengan variasi kelajuan :Ulangan 1 : BerjalanUlangan 2 : Berlari perlahan (lari anak)Ulangan 3 : Berlari lebih laju

Fasa 4 :Pemain menggelecek rapat di atas garisan D. Pemain menggelecek bola di sepanjang garis D seorang demi seorang tanpa halangan. Dengan focus pandangan ke depan sambil memandang sekilas untuk memastikan bola masih dalam kawalan.

PemainA4A3

Tiang GolA2A1

Arah gerakan pemain

Aktiviti ulangan dengan variasi kelajuan :Ulangan 1 : BerjalanUlangan 2 : Berlari perlahan (lari anak)Ulangan 3 : Berlari lebih lajuc. Namakan otot-otot utama yang terlibat dalam satu daripada fasa pergerakan itu.

Kemahiran Menggelecek Rapat ; Fasa 1Berdasarkan gerakan ulangan dengan variasi kelajuan :Ulangan 1 : BerjalanUlangan 2 : Berlari perlahan (lari anak)Ulangan 3 : Berlari lebih laju

Otot-otot utama yang digunakan :-

Otot lengan 1- Triseps2- Karpi ulnaris3- Fleksor karpiradial

Otot kaki1- Kuadriseps2- Hamstring3- Gastroknemius4- Tendon akiles

Otot bahagian lain1- Sternokleidomastoid2- Deltoid3- Latisimus dorsi

TUGASAN KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN(SPKK)

Nama : JAINIE JOVINIA M. BALANGKPT: 730329-12-5592Alamat: SK Rancangan Biah, Peti Surat 63, 89008 Keningau, SabahNo. Tel: 019-8935271Sukan Spesifik: HOKISoalan Tugasan Pilihan:

SOALAN 1

a. Huraikan apa itu Latihan Kelenturan ( Fleksibiliti ).

b. Senaraikan tiga jenis Latihan kelenturan dan satu contoh aktiviti / latihan daripada setiap jenis. ( Fleksibiliti )

c. Rancangkan satu sesi Latihan Kelenturan bagi sukan yang anda ceburi.

A. Huraikan apa itu Latihan Kelenturan ( Fleksibiliti ).Fleksibiliti merupakan salah satu komponen kecegasan fizikal berdasarkan kesihatan. Fleksibiliti membenarkan sendi atau sendi-sendi bergerak dengan rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada pergerakan pada julat yang maksimum atau jarak yang sejauh mungkin tanpa mengalami kesakitan. Anggota badan menjadi lebih lentur apabila seseorang telah menjalani sesi memanaskan badan dan melakukan senaman regangan dengan secukupnya. Fleksibiliti membolehkan atlet bergerak dengan pantas tanpa merasa kurang selesa atau meregang otot-otot. Ia juga membenarkan pergerakan yang lebih luas pada sendi-sendi. Terdapat tiga bentuk latihan kelenturan :

1. Kelenturan statik

2. Kelenturan Balistik

3. Kelenturan PNF

B. Senaraikan tiga jenis Latihan kelenturan dan satu contoh aktiviti / latihan daripada setiap jenis. ( Fleksibiliti )

1. Kelenturan Statik.

Jenis latihan ini sangat berkesan untuk memperbaiki kelenturan. Ia harus dilakukan sebelum memulakan apa-apa jenis aktiviti. Kaedah ini melibatkan peregangan otot ke satu poin regangan yang ringan dan kemudian menahannya dalam posisi meregang untuk satu tempoh masa tertentu iaitu antara 10 20 saat. Aktiviti regangan hendaklah dilakukan secara ringan bukan sehingga menyebabkan kesakitan. Teknik ini melibatkan pengekalan satu kedudukan iaitu regangan kepada kedudukan yang terjauh dan mengekalkan regangan. Splits adalah contoh terbaik untuk kelenturan statik. Kelenturan statik adalah merupakan cara regangan yang paling selamat. Teknik ini memerlukan tenaga yang sedikit.

1.1 Gambarajah latihan kelenturan static jenis splits.2. Kelenturan Balistik.

Teknik ini membabitkan turun naik, lantunan, lantunan balas dan jenis pergerakan berirama. Teknik ini tidak digalakkan kerana merupakan teknik yang paling banyak menyebabkan kecederaan atau kesakitan. Cara ini tidak memberi cukup masa kepada tisu otot untuk menyesuaikan dengan regangan. Sesetengah sukan menggunakan untuk memberi fleksibiliti yang dinamik ( pergerakan berdasarkan momentum ) yang diperlukan untuk sukan seperti karate. Di bawah adalah aktiviti-aktiviti kelenturan balistik yang pelajar boleh lakukan .

3. Kelenturan PNF.

Teknik ini dikenali sebagai PNF ( Proprioceptive Neuromuscular Facilitation ).PNF memerlukan orang yang berpengetahuan dan pasangan yang terlatih untuk membantu pelajar kerana terdapat risiko kecederaan yang tinggi jika tidak dilakukan dengan betul.

Ini adalah cara meregang yang lebih maju. Ia melibatkan tiga peringkat asas : A. Pengecutan otot yang akan diregangkan ( selama 10 minit )B. Merehatkan otot itu.C. Pengecutan otot yang bertentangan atau menggunakan pertolongan pasangan.Teknik ini berkesan kerana pengecutan otot di peringkat permulaan membenarkan otot-otot meregang dengan lebih baik. Di bawah adalah aktiviti-aktiviti kelenturan PNF yang pelajar boleh lakukan .

D. Rancangkan satu sesi Latihan Kelenturan bagi sukan yang anda ceburi.Mata pelajaranPendidikan jasmani Permainan Hoki.

Bilangan pemain15 orang

Purata umur12 tahun

Kemahiran yang telah diajarLarian Dribble (mengelecek) membawa bola

Kemahiran untuk pelajaran inia. Kemahiran membawa bola (mengelecek) Cara larian membawa bola dan pergerakan pantas ke kawasan pihak lawan. Kemahiran tackle1 lawan 1. menggunakan pergerakkan tangan dan badan.

ObjektifPada akhir pelajaran, pemain boleh membawa bola dan mengelecek(dribble)dan merebut bola (tackle).Pergerakkan kelenturan melibatkan 2 kemahiran asas kelenturan.

Alatan20 biji bola hoki, wisel8 skitalSemua pemain mempunyai kayu hoki sendiri

AKTIVITIBUTIR-BUTIR LATIHAN DANORGANISASI.

1. Memanaskan badana. Berjoging dari garisan 25 meter ke garisan 50 meter dan ulangi latihan ini sebanyak dua kali.b. Seperti di atas dan menggunakan kelajuan yang sama, tetapi bergerak mengikut arahan : Lari skip lari sisi jog lari ke belakang ( ulang )Berdiri di sepanjang garisan dan berlari serentak.

2. Kalistheniks untuk melonggarkan otot dan sendi : Memutar lengan Mengilaskan badan Memutar pinggan Bongkok badan dan luruskan Memutarkan pergelangan kaki Melonggarkan otot quadriceps, hamstrings Angkat tumit bertubi-tubi

3. Mengajar dan berlatih kemahiranb. Kemahiran menjaga gol Cara asas berdiri dan pergerakan melintasi gol Kemahiran menggunakan kaki Kemahiran menggunakan tubuh badan Jurulatih memperkenalkan kemahiran menjaga gol dan membuat demonstrasi. ( memberi gambaran dari semua sudut )

4. Berlatih dalam pasanganAktiviti Latihan( dalam pasangan ) Ulang pergerakan untuk posisi duduk, baring dan meluncur Menahan bola yang datang terus. Menahan bola yang datang dari arah kanan atau kiri.

5. Permainan kecil.

Mempraktikkan kemahiran yang diajar : Dalam dua pasukan pemain memukul bola berselang seli pihak lawan menjaga gol Tujuannya : menghalang bola daripada melintasi garisan gol lawan.

6. Menyejukkan badan

a. Berjoging dari garisan gol ke garisan golb. Kalistheniks untuk otot-otot besar, sendi bahu, tulang belakang dan pinggang.