amin amin ya rabaljalil

17

Upload: paul-lancaster

Post on 10-Dec-2015

305 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

lagu negeri perlis

TRANSCRIPT

Page 1: Amin Amin Ya Rabaljalil
Page 2: Amin Amin Ya Rabaljalil
Page 3: Amin Amin Ya Rabaljalil

Amin amin ya RabaljalilDoa hamba yang sangat zalilTinggikan daulat serta adilKekal perintah Jamalullail

(Ulang)

Page 4: Amin Amin Ya Rabaljalil

Asal usul negeri perlis

Asal-usul nama negeri PerlisSejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau

andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian

atau kisah yang diketahui:-

Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita

yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi มะพร้�าวลอย) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan

dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis.

Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan

‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan

lalu menjadi Perlis.

Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah

kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh

ulama yang terkemuka diNusantara iaitu Tok Perlis.

Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘perlus’.

Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan

merekah. Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat

namanya.

Page 5: Amin Amin Ya Rabaljalil

Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama

negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini

dahulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir

sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.

Meskipun terdapat banyak kisah atau andaian tentang asal-usul nama negeri Perlis, kebanyakan

sejarawan percaya bahawa negeri Perlis dinamakan bersempena dengan nama pokok perlis.

Sejarah Negeri PerlisDari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah

yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas

pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih

pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat

tempatan.

Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat

beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad

Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah

Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis".

Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu,

bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah

bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan

tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada

pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir

Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan. Padi telah berabad-abad

lamanya ditanam di tanah dataran barat Kedah dan Perlis. Perubahan yang berlaku ke atas peredaran Bintang Ketiga, arah tiupan angin, tumbuh-tumbuhan, gelagat beberapa jenis haiwan dan sebagainya diteliti dengan penuh minat oleh penduduk desa. Semua perubahan yang berlaku ini dibahagikan kepada dua belas musim pendek yang dinamakan bulan piama. Bulan piama ini pula dijadikan panduan kepada mereka dalam mengusahakan sawah bendang serta berbagai kegiatan harian yang lain.

Pengusahaan sawah dilakukan dengan menggunakan alat-alat tradisional. Padi hanya ditanam sekali setahun. Rata-

ratanya penduduk desa ini mendiami kediaman yang serba uzur dalam persekitaran yang mundur. Negeri Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di

Page 6: Amin Amin Ya Rabaljalil

utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan ProvinsiSatun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan.

Perlis pernah dipanggil Palit (Bahasa Thai: ) dalam masyarakat Siam ketika Perlis pernah berada dibawah pengaruh Siam dahulu. . Perlis menjadi sebuah negeri yang

berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah

jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat.Pada tahun 2000, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang.

Pembahagian etnik: Melayu (166,200 atau 78%), Cina (24,000 atau 17%), India(3,700), lain-lain (5,400), bumiputera lain (600).

Ekonomi negeri didominasi oleh pertanian, terutamanya beras, gula dan buah-buahan. Perhutanan dan perikanan juga merupakan industri yang mustahak, dan negeri ini sedang

mengambil tindakan untuk menarik perusahaan kecil dan sederhana.

Page 7: Amin Amin Ya Rabaljalil

Antara tempat tempat menarik di negeri perlis

TAMAN REKREASI BUKIT AYER

Bukit Ayer terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis. Bersesuaian dengan kesegaran persekitaran dan kesuburan

tumbuhan hijau serta kedinginan air terjun, Bukit Ayer lengkap untuk dijadikan tarikan kepada sesiapa yang

sememangnya cintakan alam semulajadi. Ia merupakan tempat yang paling baik untuk pengunjung sekeluarga

menjalankan aktiviti perkemahan serta berkelah di sini. Disamping itu juga terdapat kemudahan awam

disediakan bagi memudahkan pengunjung yang berkunjung ke sini.

Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar Kangar. Beberapa kemudahan disediakan untuk seperti

pusat penerangan, chalet, tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak

kereta. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan

awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kangar.

Air terjun dan sungai yang mengalir jernih secara semulajadi mengindahkan suasana. Pada bahagian hilirnya

pula terdapat sebuah kolam mandi yang cantik untuk para pengunjung.

Di sini juga dikhaskan tapak perkhemahan yang menampung kira-kira 100 orang peserta dilengkapi dengan

tempat memasak dan sumber air yang bersih. Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak terdapat denai

yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Disini juga terdapat tempat permainan kanak-kanak, gerai

makanan, bilik air, surau dan pondok-pondok rehat.

Page 8: Amin Amin Ya Rabaljalil

TASIK MELATI

Tasik Melati terletak 8 km ke utara Kangar di dalam kawasan seluas 10 hektar. Sementara tasik seluas 4.5 hektar ini

terletak di kawasan tanah jenis paya / gambut. Terdapat lebih dari 150 buah pulau kecil di sekitarnya yang boleh

dilawati dengan menggunakan bot atau sampan.

Tasik Melati juga merupakan satu tasik yang kecil dengan airnya yang cetek dan sangat menarik. Lebih dari 150 buah pulau-pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan ditasik ini.

Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik, di

sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirehat.

Tasik Melati terletak di utara Kota Kangar, Perlis. Ia adalah sebuah tasik yang kecil tapi indah. Ia mendapat namanya

melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk

berkelah, dan juga agak sesuai untuk menenangkan fikiran.

Page 9: Amin Amin Ya Rabaljalil

GUA KELAMGua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter

panjang yang berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36

km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu

tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam bakal menjadi tarikan baru di Perlis. Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana

kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk merentasi ke dalam

gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan

gua (“cave walk”)

Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah

fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada tahun

1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan

asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.

Page 10: Amin Amin Ya Rabaljalil

TAMAN HERBALetaknya hanya beberapa kilometer dari Taman Ular dan juga bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer. Taman

Herba ini merangkumi kawasan seluas 12 hektar. Ianya ditubuhkan oleh Pejabat Perhutanan Perlis pada tahun 1998. Ia dibuka kepada orang awam pada tahun 1999. Taman ini

kini berfungsi sebagai “muzium etnobotani” dan juga sebagai takungan gen bagi kebanyakan sumber tumbuhan yang

boleh didapati di negara ini. Perlis merupakan sebuah negeri yang terletak paling utara di Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negara Thailand di bahagian barat

lautnya. Dengan keluasan 81,086 hektar, ia adalah sebuah negeri terkecil di Malaysia dan merupakan sebuah negeri

pertanian berdasarkan kepada kawasan pertanian dan jumlah tenaga pekerja dalam bidang ini. Mengalami iklim bermusim yang ketara,di mana ia menerima jumlah hujan

yang paling banyak di dalam bulan Oktober dan April hingga Mei, manakala musim keringnya ialah di antara bulan

Disember hingga Mac.Perubahan musim ini banyak mempengaruhi jenis

tumbuhan di Perlis. Ini termasuklah tumbuh-tumbuhan yang unik dari segi ciri-cirinya berbanding tumbuhan di negeri lain di Semenanjung Malaysia. Kedudukannya yang berdekatan dengan Thailand juga menyebabkan negeri ini mempunyai spesies-

spesies tumbuhan yang mempunyai perkaitan rapat dari segi ciri-ciri dengan spesies-spesies yang sama terdapat di Thailand dan Myanmar. Walaupun hanya 14% daripada keluasan Negeri Perlis diliputi hutan, negeri ini terkenal sebagai salah sebuah negeri di

Malaysia yang sentiasa memelihara sumber-sumber hutannya dari pelbagai aspek. Taman Herba Negeri

Perlis merupakan satu lagi projek Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di dalam usaha untuk

mempelbagaikan potensi tumbuhan herba supaya dapat dimanfaatkan oleh generasi pada masa kini

dan akan datang. Limpahan keaslian herba ini telah menjadi inspirasi kepada penyelidik taman ini untuk

mengetahui warisan dan kemujaraban sistem perawatan tradisional yang telah diamalkan oleh

nenek moyang sejak ratusan tahun dahulu. Sesungguhnya herba merupakan ubat untuk

penyembuhan pelbagai jenis penyakit.

Page 11: Amin Amin Ya Rabaljalil

Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Taman Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi

tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Ianya juga boleh dijadikan sebuah “muzium” tumbuhan ubatan di

mana taman ini dibuka kepada pelawat seluruh negara yang ingin mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan

tumbuh-tumbuhan ini. Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini (in-

situ), tumbuh-tumbuhan ubatan yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di

negeri ini.Sehingga tahun 2000. koleksi Taman Herba telah menjangkau sehingga 600 spesies. Di antara tumbuhan

ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi. Sesetengah tumbuhan di sini

merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di sekeliling rumah anda seperti Bunga Raya, Bunga Tahi Ayam,

Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Kesom, Pinang dan Pisang. Ianya dipamerkan di sini untuk memberi kefahaman kepada pelawat terhadap nilai sebenar tumbuh-tumbuhan

ubatan kepada manusia.

Page 12: Amin Amin Ya Rabaljalil

UZIUM KOTA KAYANGMuzium Kota Kayang merupakan sebuah

muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan

manusia yang tertua di Semenanjung. Di sini ia banyak menceritakan sejarah Kota Kayang.Ia terletak di tapak pengebumian Sultan Kedah

pada kurun ke–16. Segalanya berkisar penemuan arkeologi di sekitar Negeri Perlis. Selain itu, koleksi simpanan raja – raja juga

terdapat di sini.Di sini juga pengunjung dapat melihat binaan Makam DiRaja dimana ia menggunakan kayu

raja sebagai tanda dan diberi mana Makam Al-Marhum Kayang. Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi

pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad

s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi

yang menarik

Page 13: Amin Amin Ya Rabaljalil
Page 14: Amin Amin Ya Rabaljalil