sains permakanan & fizik dalam islam

Upload: jaclyn-quek

Post on 07-Mar-2016

56 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SAINS PERMAKANAN & FIZIK DALAM ISLAM

TRANSCRIPT

SAINS PEMAKANAN DAN FIZIK DALAM ISLAM

Tidak dapat dinafikan bahawa tamadun Islam mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan ilmu sains dan teknologi. Sains wujud daripada sifat manusia yang selalu bertanya soalan dan mencari jalan penyelesaian terhadap persoalan tersebut. Bukan itu sahaja, ia merupakan satu daripada cabang utama ilmu pengetahuan untuk meningkatkan keimanan[footnoteRef:1] Sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam merupakan umat yang paling dihormati pada zaman purba yang disebabkan oleh ilmu pengetahuan yang dimiliki. Ilmu sains dan teknologi juga tertakhluk kepada peraturan yang terdapat dalam Al-Quran dan as-Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.[footnoteRef:2] [1: Abu Bakar bin Yang, Hubungan Islam dengan Sains dan Teknologi accessed 16 April 2015] [2: Ibid]

Sains pemakanan merupakan satu daripada cabang-cabang sains dan Islam mementingkan kesihatan daripada aspek jasmani dan rohani.[footnoteRef:3] Islam menyaran umatnya agar menjaga kebersihan diri serta mengamalkan amalan hidup sihat seperti makan makanan yang seimbang dan bersenam agar melahirkan masyarakat sihat yang mampu memahami dan melaksanakan serta menyebarkan ajaran Allah s.w.t. [3: Norkumala binti Awang, Makanan dan Pemakanan dalam Islam accessed 14 April 2015]

Al-Quran dengan jelasnya, telah memberi panduan kepada manusia tentang tabiat makan dan pemakanan yang sihat. Seseorang hendaklah mengimbangkan kesihatan rohani dan jasmani. Seseorang yang hanya mementingkan diet dan pemakanan tanpa mengabdikan diri kepada Allah akan mengakibatkan diri menjadi lemah kerana imannya kosong. Manakala, seseorang yang beribadah dengan penuh keikhlasan tapi mengabaikan keperluan tubuh, akan jatuh sakit akibat kekurangan khasiat dan ini akan menyebabkan ibadah terganggu.[footnoteRef:4] [4: Norkumala binti Awang, Makanan dan Pemakanan dalam Islam accessed 14 April 2015]

Umumnya dari pendekatan sains, seseorang disarankan supaya tabiat pemakanan optimum terdiri daripada empat kumpulan asas iaitu kumpulan susu, daging, bijirin dan roti serta buah-buahan dan sayur-sayuran.

Gambar di atas menunjukkan empat kumpulan asas yang membentuk piramid makanan dan menunjukkan nisbah optimum seseorang harus makan untuk mencapai tabiat pemakanan seimbang. Kumpulan yang terletak di puncak piramid makanan ialah kumpulan lemak yang kurang baik untuk kesihatan dalam kuantiti yang besar dan patut dimakan dengan sedikit dan diikuti dengan kumpulan susu dan daging. Nisbah untuk kumpulan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah lebih besar daripada kumpulan susu dan daging. Kumpulan bijirin dan roti yang berada di bawah perlu dimakan dalam kuantiti yang lebih besar.

Al-Quran juga memperincikan keistimewaan makanan yang tertentu antaranya susu kambing, kurma dan madu.

Makanan istimewa yang pertama ialah susu kambing. Menurut Journal of American Medicine, susu kambing mengandungi zat-zat yang mudah dimanfaatkan oleh tubuh.[footnoteRef:5] Susu kambing merupakan susu yang paling mirip susu ibu dari segi komposisi dan khasiat. Antara manfaat susu kambing termasuklah meningkatkan pH aliran darah dan membantu mengatasi sembelit.[footnoteRef:6] Selain itu, susu kambing juga hanya mengambil masa 20 minit untuk dihadam berbanding dengan susu lembu yang mengambil masa selama dua jam yang disebabkan oleh molekul susu kambing adalah 1/5 lebih kecil daripada susu lembu.[footnoteRef:7] Kandungan kalsium dalam susu kambing adalah lebih tinggi (32.6%) berbanding susu lembu (29.7%).[footnoteRef:8] Susu kambing juga tidak mengandungi mukus maka, ia sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit asthma dan alahan terhadap susu lembu.[footnoteRef:9] [5: Kandungan dan Manfaat Susu Kambing accessed 17 April 2015] [6: Ibid ] [7: Fauzi Ahmad, Kebaikan Susu Kambing berbanding Susu Lembu accessed 17 April 2015] [8: Fauzi Ahmad, Kebaikan Susu Kambing berbanding Susu Lembu accessed 17 April 2015] [9: Ibid]

Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini [Maryam: 25-26][footnoteRef:10] [10: Zaki Rakhmawan, Manfaat Buah Kurma Menurut Sudut Pandang Medis Modern accessed 17 April 2015]

Seterusnya, kurma merupakan buah dari pohon keluarga Arecaceae dari genus phoenix.[footnoteRef:11] Nama ilmiah kurma adalah dactylifera phoenix.[footnoteRef:12] Kurma mengandungi mineral dan vitamin penting yang berguna untuk kesihatan. Kandungan vitamin terbesar dalam buah kurma ialah vitamin B kompleks, khususnya vitamin B6 yang membantu metabolisme tubuh dan pembentukan sel-sel darah baru.[footnoteRef:13] Di samping itu, kurma membantu menurunkan kolesterol dan tahap gula darah serta mengurangkan risiko mengalami strok dan penyakit jantung.[footnoteRef:14] [11: 12 Khasiat Buah Kurma accessed 17 April 2015] [12: Ibid] [13: Khasiat Manfaat Buah Kurma accessed 17 April 2015] [14: Ibid]

"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan." (QS. An-Nahl, 16: 69)[footnoteRef:15] Rasulullaah s.a.w bersabda, Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua obat penyembuh yaitu madu dan al-Quran. (Hadis riwayat Ibnu Majah)[footnoteRef:16] [15: accessed 17 April 2015] [16: Manfaat dan Khasiat Madu bagi Kesehatan Menurut Islam accessed 17 April 2015]

Madu mampu menghilangkan batuk. Menurut kajian dari Penn State College of Medicine yang melibatkan sekumpulan kanak-kanak, Dekstrometorfan (DM) yang terdapat dalam madu berkemampuan untuk menenangkan batuk pada waktu malam dan meningkatkan kualiti tidur.[footnoteRef:17] Madu juga berguna untuk menyembuhkan luka dan perkara ini jelas dalam hadis riwayat Ibnu Majah di atas. Berdasarkan kajian di Norwegia, terapi madu yang menggunakan Medi-Honey (madu Selandia yang mengalami proses penyulingan) dan Norwegian Forest, berupaya membunuh bakteria dalam luka.[footnoteRef:18] Bukan itu sahaja, madu dapat mencegah penyakit kanser dan penyakit jantung kerana madu mengandungi flavonoid, satu antioksidan yang umumnya dikenali untuk keupayaannya mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.[footnoteRef:19] [17: 52 Manfaat Madu Bagi Kesehatan accessed 17 April 2015] [18: Ibid] [19: Ibid]

Seterusnya, cabang sains yang akan dibincangkan ialah cabang sains fizik. Fizik berasal dari perkataan physics (Bahasa Inggeris) yang berasal dari perkataan physis (Bahasa Yunani) yang bermaksud tabii.[footnoteRef:20] Cabang sains fizik diperkembangkan oleh umat Islam pada abad ke-tujuh Masihi.[footnoteRef:21] Ayat al-Quran yang berkaitan dengan sains fizik ialah surah al-Ala:13 yang menyatakan seperti berikut, Muliakan nama Tuhanmu yang Paling Tinggi, yang menciptakan dan menyempurnakan. Yang menentukan hukum dan memberi bimbingan dan surah Luqman: 20 menyatakan sedemikian, Tidakkah kau lihat bahawa Allah menundukkan bagimu segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi.[footnoteRef:22] [20: Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Fizik (1) accessed 16 April 2015] [21: Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Fizik (2) accessed 16 April 2015] [22: Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Fizik (2) accessed 16 April 2015]

Sebelum Islam mula mengkaji sains fizik, ilmu fizik dipelopori oleh teori Plato dan Aristotle. Teori tokoh-tokoh fizik ini menekankan kepentingan matematik dan teori mereka mempunyai pengaruh Pythagoras. Salah satu teori Pythagoras ialah alam mempunyai bahagian yang saling berkait antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Teori ini disetujui oleh pengkaji Islam berdasarkan ayat al-Quran yang berikut, Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian, Kami pisahkan antara keduanya. (Surah Yassin: 40)[footnoteRef:23] [23: Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Fizik (1) accessed 16 April 2015]

Selepas itu, akibat daripada perkembangan teori fizik dalam tamadun Islam, muncul beberapa golongan ahli-ahli falsafah seperti ahli falsafah peripatetic yang dikenali sebagai Masyaiyyin, ahli teologi yang dipanggil Mutakallimum dan ahli gnosis yang diberi gelaran Urafa.[footnoteRef:24] Antara tokoh-tokoh fizik Islam yang terkenal ialah al-Farabi dan Ibnu Haitham. [24: Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Fizik (2) accessed 16 April 2015]

Al-Farabi juga dikenali sebagai Abu Nashr Muhammad Ibn Thorkhan Ibn Al-Uzalagh Al-Farabi.[footnoteRef:25] Beliau merupakan pelajar yang tekun dan mempelajari pelbagai bahasa seperti Bahasa Yunani dan Bahasa Suryani.[footnoteRef:26] Beliau berhijrah ke Baghdad pada tahun 922 Masihi kerana Baghdad merupakan kota ilmu pengetahuan pada masa itu. Beliau berjaya menguasai hampir semua pelajaran yang dipelajari kerana beliau mempunyai ketajaman intelek. Beliau diikhtiraf sebagai seorang ahli falsafah dan ilmuwan. Antara cabang-cabang ilmu yang dikuasainya termasuk fizik, ketuhanan, alam semesta, biologi, kimia, dan muzik.[footnoteRef:27] [25: Biografi Al Farabi | Tokoh Islam Dunia accessed 18 April 2015 ] [26: Ibid ] [27: Ibid]

Al-Farabi juga telah mengeluarkan beberapa karya seperti berikut:[footnoteRef:28] [28: Al-Farabi (biografi) accessed 18 April 2015]

a) Agrad al-Kitab ma Bada Tabiah (Buku mengenai sains metafizik)b) AlJamu Baina Rayai alHakimaini (Karya berkaitan pertemuan pendapat dua ahli falsafah: Plato dan Aristotle)c) Uyun al-Masail (Karya tentang pokok-pokok persoalan manusia)d) Arau Ahl alMadinah (Karya yang menunjukkan pemikiran penduduk-penduduk kota)e) Ihsa alUlum (Buku mengenai statistik ilmu)

Nama penuh Ibnu Haitham ialah Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri al-Misri.[footnoteRef:29] Beliau dilahirkan di Bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang merupakan pusat ilmu pengetahuan era Abbasiyah pada ketika itu. Kepintaran Ibnu Haitham terbukti kerana kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang antaranya termasuk matematik, fizik dan astronomi. Justeru, Ibnu Haitham dijemput ke Mesir (Egypt) oleh pemerintah Bani Fatimiyah, Khalifah al-Hakim bin Amirillah yang ingin memanfaatkan pengetahuannya untuk mengawal banjir Sungai Nil.[footnoteRef:30] Namun begitu, beliau gagal kerana tidak mempunyai alatan yang cukup canggih untuk tujuan tersebut lalu meninggalkan pekerjaan dengan berpura-pura hilang ingatan untuk mengelak kemurkaan Khalifah al-Hakim sehinggalah kemangkatan baginda.[footnoteRef:31] [29: Saintis Islam Ibnu Haitham & Sumbangan accessed 14 April 2015] [30: Ibid] [31: Ibid]

Ibnu Haitham telah menyumbang dalam bidang fizik melalui kajian tentang gerakan yang membolehkan beliau menemui prinsip inersia dan statik serta menjadikan optik sebagai sains baru.[footnoteRef:32] Selain itu, Ibnu Haitham juga mengkaji teori hukum pembiasan, iaitu hukum fizik yang menyatakan sudut pembiasan pancaran cahaya adalah sama dengan sudut masuk. Teori ini dikenali sebagai hukum pembiasan Snell dalam fizik moden.[footnoteRef:33] [32: Saintis Islam Ibnu Haitham & Sumbangan accessed 14 April 2015] [33: Ibid]

Akhir sekali, karya-karya Ibnu Haitham termasuk Kitab fi al-Minasit yang merupakan kamus tentang bidang optik, Maqalah fi Daw al-Qamar yang berkaitan tentang cahaya dan gerakan langit dan Zawahir al-Hasaq yang berkaitan dengan gejala senja.[footnoteRef:34] Al-Munadzir merupakan satu daripada karya agung Ibnu Haitham tentang bidang optik dan menjadi rujukan kepada ahli pengkaji optik seterusnya.[footnoteRef:35] Karya diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270 Masihi dan diterbitkan oleh F.Risner pada tahun 1572 Masihi dengan nama Thesaurus Opticae.[footnoteRef:36] [34: Ibid] [35: Saintis Islam Ibnu Haitham & Sumbangan accessed 14 April 2015] [36: Ibid]

Kesimpulannya, wujud bukti kukuh bahawa bidang sains pemakanan dan fizik dikaji dan diperkembangkan oleh ahli-ahli falsafah dan tokoh sains pada zaman kegemilangan tamadun Islam. Bukan itu sahaja, terdapat juga ayat-ayat al-Quran yang jelas menyatakan sebab rasional di sebalik sesuatu kajian mahupun tabiat manusia. Oleh itu, tidak dapat dinafikan akan kecekapan ahli-ahli golongan terpelajar tamadun Islam.

BIBLOGRAFI

1. Yang, Abu Bakar Hubungan Islam dengan Sains dan Teknologi accessed 16 April 20152. Awang, Norkumala Makanan dan Pemakanan dalam Islam accessed 14 April 20153. Kandungan dan Manfaat Susu Kambing accessed 17 April 20154. Ahmad, Fauzi Kebaikan Susu Kambing berbanding Susu Lembu accessed 17 April 20155. Rakhmawan, Zaki Manfaat Buah Kurma Menurut Sudut Pandang Medis Modern accessed 17 April 20156. 12 Khasiat Buah Kurma accessed 17 April 20157. Khasiat Manfaat Buah Kurma accessed 17 April 20158. Manfaat dan Khasiat Madu bagi Kesehatan Menurut Islam accessed 17 April 20159. 52 Manfaat Madu Bagi Kesehatan accessed 17 April 201510. Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Fizik (1) accessed 16 April 201511. Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Fizik (2) accessed 16 April 201512. Biografi Al Farabi | Tokoh Islam Dunia accessed 18 April 201513. Al-Farabi (biografi) accessed 18 April 201514. Saintis Islam Ibnu Haitham & Sumbangan accessed 14 April 2015