sahabat farmasi vol 1/2019 farmasi susulan secara … sahabat farmasi bil 12019 (1).pdf(pkbm)...

29
FaST2U adalah satu projek inovasi Cawangan Amalan dan Perkembangan (A&P), Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) Melaka dengan mengaplikasikan strategi penjenamaan semula perkhidmatan Pusat Pengambilan Ubat Susulan Setempat (PPUSS) di BPF, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka yang dulunya dikenali sebagai FaST dengan mengubahsuai proses kerja bagi memudahkan pesakit untuk mengambil ubat susulan. Farmasi Susulan Secara Temujanji Projek Fast2U telah mendapat Naib Johan Kategori Inovasi Perkhidmatan semasa Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Farmasi 2019 pada 5-7 Ogos 2019 yang lalu Penasihat: Pn Normah bt Talib Ketua Editor: Pn Saidatul Raihan bt Ibrahim Editor : Pn Noorazlinda bt Yacob Penulis artikel: Pn Anida bt Hamzah Pn Azliah bt Sakiman Pn Khairunnisa bt Mat Rashid Cik Loh Wan Ting Pn Noorazlinda bt Yacob Pn Nurul Hayani Norddin Pn Suhaina binti Zaibon Pn Syamsiah bt Shariff Baca selanjutnya di muka surat 2-3 SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Isi kandungan Utama Mukasurat FaST2U 2-3 Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok 4-9 PAWERx 10-13 Aktiviti Kenali Ubat Anda Jan-Ogos 2019 14-17 Petunjuk Prestasi Cawangan A&P 19-19 Majlis Pelancaran Minggu Keselamatan Pengubatan 24 Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi 2019 25 Sesi Dialog bersama Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd 26 Sorotan Aktiviti Bersama 27-28 Pergerakan Anggota 29

Upload: others

Post on 03-Jan-2020

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

FaST2U adalah satu projek inovasi Cawangan Amalan

dan Perkembangan (A&P), Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) Melaka dengan mengaplikasikan

strategi penjenamaan semula perkhidmatan Pusat Pengambilan Ubat Susulan Setempat (PPUSS) di BPF,

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka yang dulunya dikenali sebagai FaST dengan mengubahsuai proses kerja bagi memudahkan pesakit untuk mengambil ubat susulan.

Farmasi Susulan Secara Temujanji

Projek Fast2U telah mendapat Naib Johan Kategori Inovasi Perkhidmatan semasa Konvensyen Inovasi dan Kreativiti

Farmasi 2019 pada 5-7 Ogos 2019 yang lalu

Penasihat:

Pn Normah bt Talib

Ketua Editor:

Pn Saidatul Raihan bt Ibrahim

Editor :

Pn Noorazlinda bt Yacob

Penulis artikel:

Pn Anida bt Hamzah

Pn Azliah bt Sakiman

Pn Khairunnisa bt Mat Rashid

Cik Loh Wan Ting

Pn Noorazlinda bt Yacob

Pn Nurul Hayani Norddin

Pn Suhaina binti Zaibon

Pn Syamsiah bt Shariff

Baca selanjutnya di muka surat 2-3

SAHABAT FARMASI VOL 1/2019

Isi kandungan Utama Mukasurat

FaST2U 2-3

Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok

4-9

PAWERx 10-13

Aktiviti Kenali Ubat Anda Jan-Ogos 2019

14-17

Petunjuk Prestasi Cawangan A&P

19-19

Majlis Pelancaran Minggu Keselamatan Pengubatan

24

Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi 2019

25

Sesi Dialog bersama Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd

26

Sorotan Aktiviti Bersama 27-28

Pergerakan Anggota 29

Page 2: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

Muka 2

Proses kerja

B U LE TI N SA HAB AT F AR MAS I

Pelanggan hanya perlu membawa slip ubat diri sendiri, ahli keluarga atau jiran ke BPF Melaka untuk mendaftar dalam FaST2U sekurang-

kurangnya 2 minggu dari tarikh temujanji ubat susulan.

Pengambilan ubat yang pertama semasa berjumpa doktor perlu diambil di fasiliti rawatan bagi memastikan semakan telah dibuat. Pelanggan hanya perlu membawa slip ubat dan hadir ke Bahagian Perkhidmatan

Farmasi di Tingkat 3, Wisma Persekutuan pada tarikh susulan bagi mengambil ubat susulan seterusnya setelah berdaftar dengan FaST2U.

“Terbaik,

jimat masa”

“Amat mudah kerana

saya tidak perlu

meninggalkan tempat

kerja bagi mengambil ubat-ubatan saya dan

keluarga”

Page 3: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

V OLU ME 1 /20 19 Muka 3

Impak inovasi

Sehingga 31 Ogos 2019, seramai 128 pelanggan telah menggunakan perkhidmatan ini.

Pn Normah (TPKNF) bersama

replika kemenangan Disediakan oleh:

Azliah binti Sakiman

Page 4: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

Ia memerlukan penglibatan professional kesihatan daripada pelbagai

disiplin seperti Pakar Perubatan/ Pakar Perubatan Keluarga atau

pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai kaunselor dan

paramedik.

Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok

(PKBM) merupakan perkhidmatan yang

disediakan bertujuan untuk membantu

atau sebagai pemudah cara perokok

berhenti merokok dengan teknik terapi

modifikasi tingkah laku, terapi

farmakoterapi atau kombinasi

kedua- duanya dalam tempoh 6 bulan.

Muka 4

BAGAIMANA?

PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK

B U LE TI N SA HAB AT F AR MAS I

Disediakan oleh:

Loh Wan Ting

Page 5: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

V OLU ME 1 /20 19

Pegawai farmasi memainkan peranan dari proses promosi Program

Berhenti Merokok, saringan dan pemilihan pesakit yang sesuai,

penilaian awal, penentuan rawatan yang sesuai kepada pesakit

bersama pegawai perubatan, kaunseling farmakoterapi atau

kaunseling tanpa farmakoterapi (kaunseling boleh dijalankan secara

kaunseling individu atau kaunseling susulan melalui telefon) dan

pemantauan secara berterusan bagi membantu para klien yang

terlibat untuk memberhentikan tabiat merokok.

Muka 5

PROGRAM FARMAKOTERAPI BERHENTI MEROKOK (FBM)

Program Farmakoterapi Berhenti Merokok telah dimulakan selaras

dengan pelaksanaan Kinik Berhenti Merokok di fasiliti hospital dan

klinik kesihatan di mana penglibatan pegawai farmasi secara aktif

dan dinamik dalam membantu masyarakat mengatasi tabiat merokok.

Page 6: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

Terapi Penggantian Nikotin (NRT)

Terapi Penggantian Nikotin membantu untuk mengurangkan kesan

ketagihan nikotin ketika proses berhenti

merokok. Ia menyalurkan nikotin ke dalam

badan dalam kadar yang terkawal.

NRT terdapat dalam pelbagai bentuk seperti:

Tampalan transdermal (Nikotin patch) -

menyediakan sokongan sepanjang hari dengan

membantu melegakan symptom penarikan.

Gula getah oral (Nikotin gum) -

memberikan kawalan pantas apabila ketagihan

yang kuat menyerang.

Muka 6 B U LE TI N SA HAB AT F AR MAS I

Terapi Tanpa Nikotin (Varenicline (Champix®))

Ubat tanpa nikotin berfungsi dengan

merangsang kawasan otak yang sama seperti

nikotin dan membantu mengurangkan

ketagihan ketika proses berhenti merokok.

Ia terdapat dalam bentuk pil.

Antara ubat bantuan berhenti merokok yang terdapat di klinik

berhenti merokok :

Page 7: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

V OLU ME 1 /20 19 Muka 7

Senarai fasiliti kesihatan awam di Negeri Melaka yang

menyediakan perkhidmatan berhenti merokok

Page 8: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

Muka 8

PENCAPAIAN

B U LE TI N SA HAB AT F AR MAS I

KADAR BERJAYA BERHENTI MEROKOK DI NEGERI MELAKA

BAGI TAHUN 2018 ADALAH 38.05%

BAGI TEMPOH JANUARI HINGGA JUN 2019…….

TERDAPAT 224 PESAKIT BERDAFTAR DALAM KLINIK BERHENTI

MEROKOK DI FASILITI KESIHATAN AWAM NEGERI MELAKA.

156 PESAKIT MENERIMA FARMAKOTERAPI BERHENTI

MEROKOK.

SEBANYAK 489 SESI KAUNSELING TELAH DILAKUKAN.

KADAR BERHENTI MEROKOK ADALAH 44.94%.

Perkhidmatan mQuit ialah perkhidmatan bersepadu berhenti

merokok yang merangkumi kemudahan awam dan swasta di

Malaysia.

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah:

Pelan berhenti merokok

Sumber dan nasihat tentang berhenti merokok

Sesi susulan yang menyeluruh oleh professional kesihatan

yang berdedikasi

Terapi penggantian nikotin untuk pemberhentian merokok

Page 9: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

FAEDAH BERHENTI MEROKOK

V OLU ME 1 /20 19

1. Garis Panduan Program Farmakoterapi Berhenti Merokok. Edisi Pertama. 2012. Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Ke-

menterian Kesihatan Malaysia.

2. http://jomquit.moh.gov.my

3. e-Mag Suarakan Hak Anda: Speakout. Edisi 2. Apr 2019. MyHealth. Unit Media Baharu, Bahagian Pendidikan

Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

4. Laporan Pengurusan Farmasi (PF) PF 5.8: Aktiviti Farmakoterapi Berhenti Merokok di Fasiliti Hospital dan

Klinik Kesihatan Januari hingga Jun 2019.

5. Reten KBM Unit Primer Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Muka 9

Rujukan

Mulai perjalanan berhenti merokok anda

melalui perkhidmatan mQuit di pusat mQuit

terdekat. Untuk maklumat lanjut, boleh

melayari laman sesawang:

http://jomquit.moh.gov.my

Page 10: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

Muka 10

Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka

B U LE TI N SA HAB AT F AR MAS I

Tarikh program: 23 Februari 2019 (Sabtu)

Objektif program:

Meningkatkan pengetahuan penghuni dan petugas rumah warga emas mengenai penggunaan ubat secara rasional berdasarkan konsep asas 5B.

Mengeratkan kerjasama antara orang awam, Duta Prihatin Masyarakat dan anggota farmasi untuk menyumbangkan bakti kepada komuniti terutamanya kepada warga emas.

Penglibatan: 222 orang yang terdiri daripada 151 penghuni, 26 pelajar

MiCost, 9 orang Duta Kenali Ubat Anda Negeri Melaka, 36 orang urusetia, penceramah dan instruktor aerobik.

Disediakan oleh:

Noorazlinda binti Yacob

Page 11: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

V OLU ME 1 /20 19 Muka 11

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Sesi aerobik Sesi permainan

Ceramah ringkas Cabutan bertuah

Lawatan ke asrama

Majlis Perasmian oleh Exco

Kesihatan dan AntiDadah

Negeri Melaka

Page 12: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

Muka 12

PAWERx

B U LE TI N SA HAB AT F AR MAS I

Tarikh: 13 Mac 2019

Lokasi: Pusat Aktivti Warga Emas (PAWE) Kompleks Penyayang, Alor Gajah, Melaka

Jumlah penyertaan: 80 orang

Aktiviti yang dijalankan: Sesi aerobic chair bagi warga emas, ceramah Kenali Ubat Anda, pre-post test, permainan dadu beracun, pameran dan sesi

semakan serta kaunseling ubat-ubatan.

Duta Kenali Ubat Anda, Pn Azlin bersama petugas pameran Aman Wanita (Amanita)

daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah

Disediakan oleh:

Noorazlinda binti Yacob

Page 13: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

V OLU ME 1 /20 19 Muka 13

A

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Markah penuh: 30

Terdapat peningkatan yang signifikan dari segi purata skor tahap pengetahuan sebelum dan selepas program (p=0.002). Markah

selepas adalah lebih tinggi berbanding sebelum program

Page 14: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

Muka 14 B U LE TI N SA HAB AT F AR MAS I

Disediakan oleh:

Noorazlinda binti Yacob

Page 15: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

V OLU ME 1 /20 19 Muka 15

Page 16: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

Muka 16

Lawatan ke Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd

B U LE TI N SA HAB AT F AR MAS I

Tarikh: 17 Jun 2019

Lokasi: Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd, Bukit Raja, Selangor

Objektif lawatan: Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Amalan Penstoran Baik

yang diamalkan oleh Syarikat Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd.

Penglibatan: 40 peserta yang terdiri daripada Pegawai Farmasi dan Duta Kenali Ubat Anda

Negeri Melaka

Disediakan oleh:

Noorazlinda binti Yacob

Page 17: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

V OLU ME 1 /20 19 Muka 17

Ceramah Ubat & Perjalanan semasa Kursus Perdana Haji

Peringkat Negeri Melaka 2019

Menyedari betapa pentingnya pengurusan ubat-ubatan semasa mengerjakan haji,

Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah diberikan peluang untuk memberikan ceramah

berkaitan Ubat & Perjalananan kepada kira-kira 1000 bakal jemaah haji semasa

Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Melaka pada 22 Jun 2019.

Pegawai Farmasi, Puan Norvena telah

berkongsi pengalaman beliau semasa

mengerjakan haji dengan memberikan

ceramah Ubat & Perjalanan. Program yang

telah diadakan di Masjid Cina Melaka ini

turut diselitkan dengan pameran Kenali

Ubat Anda bagi memberikan peluang

kepada bakal jemaah haji mengajukan

soalan berkaitan ubat-ubatan yang diambil.

Disediakan oleh:

Noorazlinda binti Yacob

Page 18: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

Muka 18

PETUNJUK PRESTASI UTAMA CAWANGAN AMALAN & PERKEMBANGAN,

BAHAGIAN PERHIDMATAN FARMASI

B U LE TI N SA HAB AT F AR MAS I

Disediakan oleh:

Anida binti Hamzah

Page 19: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

V OLU ME 1 /20 19 Muka 19

SKOP AUDIT DALAM AMALAN FARMASI 2019

PEMANTAUAN PIAGAM PELANGGAN FARMASI MELAKA 2019

Piagam Pelanggan Farmasi tercapai bagi tempoh Januari-Ogos (95% ke atas)

Page 20: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

Muka 20

SENARAI AKTIVITI DAN KURSUS ANJURAN CAWANGAN A&P

JAN-SEPTEMBER 2019

B U LE TI N SA HAB AT F AR MAS I

Disediakan oleh:

Noorazlinda binti Yacob

Bil Nama Kursus/ Aktiviti Tarikh Jumlah

Peserta 1

MyHome Care Visit Bersama Duta Prihatin Masyarakat Rumah Seri Kenangan Cheng

23 Februari 2019 222 orang

2 Kursus Penyediaan ‘Proposal’ Kajian 28 Feb-1 Mac 31 orang

3 Bengkel Kenali Ubat Anda bagi Anggota Farmasi melalui Kaedah VIPP

5-6 Mac 2019 50 orang

4 Modul Kenali Ubat Anda bagi Anggota Kesihatan Hospital Melaka

2 Mac 2019 50 orang

5 MyHome Care Visit PAWERx Bersama Duta Prihatin Masyarakat (Kompleks Penyayang)

13 Mac 2019 80 orang

6 Kursus Pendispensan dan Kaunseling Methadone untuk Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi Negeri Melaka 2019

26-27 April 2019 45 orang

7 Kursus Keselamatan Pengubatan Bagi Anggota Farmasi Peringkat Negeri Melaka 2019

29-30 April 2019 40 orang

8 Kursus Pemantapan Pengurusan Stor Farmasi Negeri Melaka 2019

2 Mei 2019 41 orang

9 Lawatan Sambil Belajar Bersama Duta Kenali Ubat Anda ke Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd

17 Jun 2019 40 orang

10 Bengkel Microsoft Access 22-24 Julai 2019 25 orang

11 Kursus Farmasi Klinikal: Antibiotik untuk Pegawai Farmasi Negeri Melaka Tahun 2019

25 Julai 2019 44 orang

12 Modul Kenali Ubat Anda bagi Anggota Kesihatan PKD Melaka Tengah

15 Ogos 2019 50 orang

13

Modul Kenali Ubat Anda bagi Anggota Kesihatan Hospital Jasin

19 Ogos 2019 50 orang

14 Bengkel Training of Trainers (TOT) Kenali Ubat Anda bagi Duta Kenali Ubat Anda Zon Selatan melalui Kaedah VIPP

19-21 Ogos 2019 72 orang

15 Majlis pelancaran Minggu Keselamatan Pengubatan Peringkat Negeri Melaka

30 Ogos 2019 100 orang

16 Sesi Dialog Bersama Pharmaniaga 11 September 2019 57 orang

Page 21: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

V OLU ME 1 /20 19 Muka 21

Page 22: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

Muka 22 B U LE TI N SA HAB AT F AR MAS I

SENARAI AKTIVITI DAN KURSUS ANJURAN CAWANGAN

PENGURUSAN JAN-SEPTEMBER 2019

Disediakan oleh:

Nurul Hayani binti Norddin

BIL NAMA KURSUS TARIKH JUMLAH PESERTA

1. Seminar Penolong Pegawai Farmasi Peringkat Negeri Melaka 2-3 Mac 2019

60

2. Kursus Profesionalisme Diri Ung-gul 20 April 2019

100

3. Kursus Reset Minda 31 Julai – 1 Ogos 2019 50

4. Bengkel Persediaan KIKF 24 Julai 2019 14

5. Kursus Good Governance Medicine

21 September 2019 55

Page 23: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

V OLU ME 1 /20 19 Muka 23

SENARAI AKTIVITI DAN KURSUS ANJURAN CAWANGAN

PENGUATKUASA FARMASI JAN-SEPTEMBER 2019

BIL NAMA KURSUS TARIKH JUMLAH

PESERTA

1 Dialong Pengarah JKN Melaka

bersama Pemegang Permit

Methadone

16 Februari 2019

13

2 Dialog Bersama Pelesen 27 Februari 2019 132

3 Kursus Pengkelasan & Pendaftaran Produk

16-17 April 2019 44

4 Kursus Asas Pendakwaan 9-11 Julai 2019 35

Disediakan oleh:

Suhaina binti Zaibon

Page 24: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

Muka 24

MAJLIS PELANCARAN MINGGU KESELAMATAN PENGUBATAN

NEGERI MELAKA 2019

B U LE TI N SA HAB AT F AR MAS I

Disediakan oleh:

Khairunnisa binti Mat Rashid

30 Ogos 2019, Jasin – Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan

Kesihatan Negeri Melaka dengan kerjasama Hospital Jasin telah menganjurkan Majlis Pelancaran Minggu Keselamatan Pengubatan peringkat negeri Melaka di Dewan Merak Kayangan, Hospital Jasin pada 30 Ogos 2019. Di antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu tersebut adalah kursus, pameran dan ceramah, permainan dan pertandingan mencari harta karun berkaitan keselamatan pengubatan yang melibatkan anggota kesihatan dan orang awam.

Seiring dengan majlis pelancaran tersebut, turut diadakan Kursus Keselamatan Pengubatan yang dihadiri oleh 100 orang anggota kesihataan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa di atas usaha dan sumbangan untuk memastikan sambutan minggu tersebut berjalan dengan jayanya.

Objektif pelaksanaan minggu keselamatan pengubatan ini adalah untuk memberi pendedahan berkenaan kepentingan keselamatan pengubatan serta meningkatkan kesedaran peserta tentang peranan anggota kesihatan dalam mengelakkan kesilapan pengubatan daripada berlaku.

Majlis pelancaran minggu keselamatan pengubatan ini telah disempurnakan oleh Dr Rushidi Bin Ramly, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka.

Page 25: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

V OLU ME 1 /20 19 Muka 25

T A H N I A H

KONVENSYEN INOVASI &

KREATIVITI FARMASI M E M A C U K E L E S T A R I A N I N O V A S I

ANUGERAH YANG DIMENANGI OLEH NEGERI MELAKA

1. Naib Johan, Inovasi (Perkhidmatan) Projek FAST2U Cawangan A&P, BPFM 2. Tempat Ketiga KIK (Penciptaan) Projek IBOX Hospital Melaka 3. Tempat Ketiga, Anugerah Pengurusan Pemeriksaan Premis Berlesen (MaLPI) Cawangan Penguatkuasa Farmasi, BPFM

Pada 5-7 Ogos 2019, Program Perkhidmatan

Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah

menganjurkan Konvensyen Inovasi & Kreativiti

Farmasi (KIKF) 2019 di Hotel Berjaya Waterfront,

Johor Bahru.

KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

Quality Assurance (QA) Oral & Poster

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon

Baru: Penciptaan & Penambah-baikan

Inovasi Produk, Teknologi, Perkhidmatan & Proses

Anugerah Khas KIKF 2019 (6 Anugerah dipertandingkan)

Disediakan oleh:

Syamsiah binti Shariff

Page 26: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

DIALOG JKN MELAKA BERSAMA PLSB SESI 2019

11 September 2019, A Famosa Resort, Melaka Alor Gajah –

Sesi dialog antara Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) ber-

sama Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) merupakan program ta-hunan yang diadakan bagi menyediakan sebuah platform bagi kedua-dua pihak; anggota kesihatan JKNM dan PLSB untuk membincangkan penyelesaian masalah, berkongsi maklumat dan bertukar pendapat tentang perkhidmatan serta lain-lain perkara yang berkaitan terutama-nya yang melibatkan pengurusan logistik bagi kesihatan di Negeri

Melaka.

Sesi dialog kali ini telah dipengerusikan oleh Dr Ramli bin Zainal Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi bersama Puan Sharifah Fauzi-yah binti Syed Mohthar Pengarah Hal Ehwal Regulatori PLSB. Seramai 57 orang peserta dialog yang hadir terdiri daripada pegawai dari Ke-menterian Kesihatan Malaysia, PLSB, Farmasi JKNM, Farmasi Hospital dan Kesihatan serta Pergigian.

Dengan adanya sesi dialog secara tahunan ini, banyak penambah- baikan terhadap proses kerja dan perlaksanaan pembekalan telah da-pat dibuat bagi memastikan semua perkhidmatan yang disampaikan oleh pihak Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd ini adalah yang terbaik.

Disediakan oleh:

Azliah binti Sakiman

B U LE TI N SA HAB AT F AR MAS I Muka 26

Page 27: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

Jamuan Raya Bersama Duta

Kenali Ubat Anda Negeri Melaka

SOROTAN SEBAHAGIAN AKTIVITI BERSAMA

DUTA KENALI UBAT ANDA NEGERI MELAKA Disediakan oleh: Noorazlinda binti Yacob

Muka 27 V OLU ME 1 /20 19

Page 28: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

SOROTAN SEBAHAGIAN AKTIVITI BERSAMA

B U LE TI N SA HAB AT F AR MAS I Muka 28

Page 29: SAHABAT FARMASI VOL 1/2019 Farmasi Susulan Secara … Sahabat Farmasi Bil 12019 (1).pdf(PKBM) merupakan perkhidmatan yang disediakan bertujuan untuk membantu atau sebagai pemudah cara

MAKLUMAT PERTUKARAN

MASUK/PERPINDAHAN/

PERSARAAN

MEI – OGOS

2019

PENEMPATAN

BIL. PERTUKARAN MASUK PENEMPATAN TARIKH

1 Ismah Syafiqah bte Ishak Gred : UF41

Hospital Jasin

24.07.2019

2 Nabilah binti Zainuddin Gred : UF41

Hospital Melaka

3 NurHamizah binti Ramli Gred : UF41

KK Merlimau, PKD Jasin

4 Nursyuhaidah binti Md Kahar Gred : UF41

Hospital Melaka

5 Lee Pui Fern Gred : UF41

Hospital Melaka

PERSARAAN

BIL. PERTUKARAN MASUK PENEMPATAN TARIKH PERSARAAN

1. Selvarajoo A/L Darmalingam Gred : U40

Hospital Melaka 16.08.2019

Disediakan oleh:

Nurul Hayani binti Norddin

Muka 29 V OLU ME 1 /20 19