edisi oktober 2014 sahabat farmasi - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘no smoking’ di mana...

16
Sahabat FARMASI ROKOK ELEKTRONIK ROKOK X ANDA HARI FARMASI SEDUNIA PERTANDINGAN MENCARI IKON EDISI OKTOBER 2014 BERSAMA KITA... DR. SUHAILA OSMAN

Upload: lamkiet

Post on 06-Jun-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

Sahabat FARMASI

ROKOK ELEKTRONIK

ROKOK X ANDA

HARI FARMASI SEDUNIA

PERTANDINGAN MENCARI IKON

EDISI OKTOBER 2014

BERSAMA KITA...DR. SUHAILA

OSMAN

Page 2: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

- ROKOK X ANDA- PROGRAM MELAKA BEBAS ASAP ROKOK [MBAR]

BE ALERT

BE ALERT

- ROKOK ELEKTRONIK

4- SIDANG MEDIA “PRODUK - PRODUK UBAT, MAKANAN DAN KOSMETIK YANG DICE-MARI RACUN”

JEJAK SAHABAT

5DUTA KENALI UBAT ANDA

- IHYA’ RAMADHAN

FOKUS SAHABAT- ROKOK X ANDA- PROGRAM MELAKA BEBAS ASAP ROKOK [MBAR]- HARI FARMASI SEDUNIA

63

PERTANDINGAN MENCARI IKON

MPS CORNER

12 - PERTOLONGAN CEMAS

SIDANG REDAKSI Sahabat FARMASI

2

PENASIHATHjh Kadariah Mohd AliKETUA EDITORTantiyana KhauliEDITORNorvena Hisyam @ AsangSoh Lai YokeSUBEDITORNg Jui JienKONSEP/LAYOUTMohammad Izzuddin Halimi

WARTAWANNorvena Hisyam @ AsangILUSTRASINur Fadilah TolhahAnthony Soh Tek ChangIKLAN/PROMOSIAnthony Soh Tek ChangKOLUMNISLow Chern Fuong, Nurul Hayani Norddin Mohd Norddin, Low Li Ying,Teo Seng Khong

DITERBITKAN OLEH:Bahagian Perkhidmatan Farmasi,Jabatan Kesihatan Negeri Melaka,Aras 3, Wisma Persekutuan,Jalan Business City, Bandar MITC,75450 Ayer Keroh, MelakaTel: 06-2356999Faks: 06-2345975

Page 3: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

3

OLEH: Low Chern Fuong

Rokok eletronik dicipta pada tahun 2003 oleh seorang ahli farmasi di negara China dan penggu-naannya pada masa kini telah meluas ke setiap pelosok dunia. Rokok eletronik popular di kalangan perokok tegar yang ingin mengurang-kan ketagihan. Rokok elektronik berfungsi dengan kuasa bateri dan direka mirip rokok tanpa tembakau. Alat rokok elektronik lazimnya terdiri daripada komponen alat pengewapan (atomizer), bateri dan katrij yang mengandungi cecair nikotin.

Di Malaysia, nikotin merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan ia dikecua- likan dalam produk tembakau. Jualan dan bekalan produk nikotin hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar. Pelanggaran akta ini boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penja-ra tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekalidi bawah akta yang sama.

Selain daripada itu, pengeluaran cecair nikotin rokok elektronik perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Pelanggaran peraturan tersebut merupakan satu kesalahan dengan denda dikenakan tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun ataukedua-duanya sekali.

Analisa terhadap katrij beberapa produk rokok elektronik dan bahan seperti berikut dikesan:1.diethylene glycol (beracun) 2.nitrosamine (boleh menyebabkan kanser)3.bahan kimia merbahaya (anabasine, myosmine& β-nicotyrine)

Selain itu, terdapat ujian yang mendapati label kandungan nikotin tidak menyamai kandungan nikotin yang sebenar. Ada cecair rokok elektronik yang dilabelkan sebagai sifar (0 mg) nikotin, namun setelah ujian dijalankan, didapati rokok tersebut mengandungi nikotin.

Kandungan nikotin yang disedut terus melalui rokok elektronik lebih tinggi daripada rokok biasa kerana nikotin tersebut akan disedut terus ke dalam paru-paru. Kepekatan nikotin yang berlebi-han dikhuatiri menyebabkan kesan keracunan dan ketagihan yang lebih memudaratkan.Orang ramai dinasihatkan agar tidak menggu-nakan rokok elektronik kerana keselamatannyabelum disahkan.

ROKOK ELETRONIK

Page 4: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

JEJAK SAHABAT

Sidang Media “Produk-Produk Ubat, Makanan dan Kosmetik Yang Dicemari Racun”

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah mengadakan sidang media pada 26 Jun 2014 yang lalu dengan kerjasama Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia(LPKPM).

Sidang media ini telah dihadiri oleh Presiden LPKPM iaitu Prof. Dato' Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya, Datuk Dr. Ghazali Othman, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Pn. Hjh. Kadariah Mohd Ali, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) dan Tn. Hj. Che Abdul Aziz Yuso�, Ketua Cawangan Penguatkuasa Farmasi Melaka.

Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan iklan produk yang dijual secara haram menerusi laman sesawang dan media sosial berikutan banyak ubat-ubatan yang dijual di internet tidak dapat dipastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanannya. Terdapat 129 produk ubat, kosmetik dan makanan yang dicemari racun berjadual dan senarai tersebut boleh diperolehi di laman s e s a w a n g h t t p : / / w w w . p h a r m a c y . g o v -. m y / v 2 / m s / a p p s / a d u l t e r a t e d

4

OLEH: Low Chern Fuong

Page 5: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Kempen Kenali Ubat Anda (KUA) sempena program Ihya Ramadan 2014 . Ceramah berkenaan dengan ubat-ubatan disampaikan oleh Pegawai Penguatkuasa Farmasi iaituEn. Mohd. Izzuandi dan Duta KUA yang terlibat dalam menjayakan program ini. Antara maklumat yang disampaikan semasa pameran dan ceramah adalah ciri – ciri ubat berdaftar, konsep 5B dan pengambilan ubat ketika berpuasa. Semasa menunggu Solat Fardhu Isyak dan Solat Sunat Tarawih, Saha-bat FARMASI mengambil peluang yang berharga ini untuk menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh pihak Masjid. Sekalung penghargaan diberikan kepada Jawatankuasa Masjid terutamanya Imam Hj Zakaria bin Hj Khalid, Iman Hj. Mansor bin Kasim dan Bilal Tarmizi bin Hadi.

5

Suziana Bt Zainal Zaied

OLEH: Nurul Hayani Norddin

Mohd Norddin

DUTA KENALI UBAT ANDA

Page 6: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

FOKUS SAHABAT

ROKOK��X��ANDA

6

Isu merokok tidak asing lagi di Malay-sia. Walaupun seringkali kita lihat dan mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No Smoking’. Lebih merunsing-kan lagi mereka ini merokok di kawasan awam yang terbuka seperti di kedai- kedai makan, perhentian bas, kawasan di luar masjid atau surau. Perokok - perokok ini merokok tanpa rasa segandan bersalah. MENGAPA? Adakah mereka tidak sedar atau tidak mempedulikan orang lain?

Seperti yang kita tahu, hampir kesemua rokok mengandungi nikotin. Nikotin menyebabkan ketagihan sekiranya ianya diambil berulang kali. Jesteru itu, kandungan nikotin dalam badan memainkan peranan yang terpenting dalam usaha - usaha berhenti merokok.

Demikian itu, semakin tinggi pengambilan nikotin seseorang, semakin sukarlah seseorang itu untuk berhenti. Apabila pengambilan rokok diberhenti-kan secara tiba - tiba, kandungan nikotin dalam badan akan menurun secara mendadak dan menyebabkan perokok ini mengalami keadaan yang dipanggil withdrawal symptom. Mereka akan mudah rasa gelisah, sukar menumpukan perhatian, jantung berdegup dengan kencang dan sebagai-nya. Keadaan sebegini menyebabkan perokok sukar berhenti walaupun mereka SEDAR ROKOK ITU MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. Namun kesediaan untuk berhadapan dengan cabaran withdrawal symptom menyebabkan mereka kurangyakin.

Azam dan sokongan yang kuat adalah perlu untuk berhadapan dengan cabaran sebegini. Sikap perokok dan pemahaman orang awam akan tabiat merokok memainkan peranan dalam menjayakan KEMPEN BERHENTI MEROKOK. Perokok perlu mendapatkan khidmat professional untuk mem-bantu mereka berhadapan dengan cabaran withdrawal symptom di samping memberikan maklumat dan info yang berguna kepadamereka.

Page 7: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

FOKUS SAHABAT

TAHUKAH ANDA ?

Gejala merokok kini merupakan satu penyakit epidemik yang mengancam kesihatan di kala-ngan orang awam dan ia membunuh hampir ENAM (6) JUTA orang SETAHUN di seluruh dunia. Lebih daripada LIMA (5) JUTA adalah disebabkan penggunaan tembakau secara langsung manakala lebih daripada 600,000 orang bukan perokok maut akibat terdedah kepada asap rokok. Mengikut pengi-raan, setiap enam saat seorang maut akibat rokok dan menyumbang satu dari sepuluhkematian orang dewasa.

Malaysia menduduki tangga ke-71 dalam Senarai 100 Negara Terbesar Dunia pada tahun 2013 dengan purata 646 batang rokok seorang

setahun. Selain daripada itu, merokok menyum-bang kepada lebih 10,000 kematian setahun, 30 peratus akibat 10 jenis kanser (paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut), 50 peratus berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing. Lebih 100,000 perokok dima-sukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakitpulmonari kronik.

Samada kita sedar atau tidak, penggunaan tembakau merupakan salah satu faktor utama untuk beberapa penyakit kronik termasuk kanser, penyakit paru-paru dan penyakit kardio-vaskular. Walau bagaimanapun, kita masih tidak mengendahkan dan hanya menutup sebelah mata apabila melihat orang merokok.

ROKOK PUNCA KEMATIAN, PENYAKIT DAN KEMISKINAN

OLEH: Low Li Ying

7

Page 8: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

FOKUS SAHABAT

MELAKA BEBAS ASAP ROKOK (MBAR)

Dr. Suhaila Osman memegang jawatan sebagai Pegawai Epidemiologi NCD (Unit Penyakit Tidak Berjangkit) pada bulan Oktober 2013. Pengalaman beliau dengan Bahagian Kesihatan Awam selama 13 tahun banyak membantu beliau untuk memantap-kan lagi program MBAR ini.

dr. suha

ila osma

n

SF : Assalamualaikum Dr Suhaila, Sahabat FARMASI mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Dr. meluangkan masa untuk sesi temu-bual ini. Sahabat FARMASI telah memilih Program Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR) sebagai fokus utama untuk edisi kali ini. Boleh saya dapatkan sedikit latar belakang mengenai program ini?

Dr.S : Program Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR) telah mula dijalankan sejak tahun 2010. Terdapat 5 jawatankuasa di bawah program MBAR dan Jawatankuasa Kerja Perkhidmatan Berhenti Merokok adalah salah satu daripadanya. Pada 11 April 2010, Mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd. Rustam telah mengistiharkan komitmenkerajaan negeri bagi implimentasi MBAR (Melaka Bebas Asap Rokok) sempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia di Dataran Pahlawan, Melaka.

5 kawasan di negeri Melaka telah diwar-takan sebagai kawasan bebas asaprokok iaitu : 1. Kawasan tapak warisan dunia di Bandar Melaka seluas 4.2km/segi 2. Kawasan Melaka Raya3. Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC)4. Pusat Bandar Alor Gajah 5. Bandar Jasin

Melaka adalah negeri pelopor dalam program bebas asap rokok ini.Kini, negeri-negeri lain seperti Johor dan Pulau Pinang telah mula mengikut jejak langkah Melaka dalam menjalankan program yang serupa.

8

Page 9: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

FOKUS SAHABAT

SF: Apakah objektif program inidijalankan?

Dr.S: Objektif umumnya adalah untuk melindungi mereka - mereka yang tidak merokok daripada menghidu asap rokok basi. Kita ingin memperkasakan rakyat agar mereka berani menyuarakan hak mereka untuk tidak menghidu asap rokok basi yang dikeluarkan oleh perokok-perokok.

Objektif khusus dari segi perundangan dan penguatkuasaan adalah:-

OBJEKTIF 1: Mewartakan kawasan - kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan larangan merokok untuk projek ‘Melaka Bebas Asap Rokok’ di bawahPPKHT 2004

OBJEKTIF 2: Penurunan kuasa kepada Pegawai diberi Kuasa Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Melaka di bawah Seksyen 33 (1) Akta Makanan 1983 OBJEKTIF 3: Penguatkuasaan larangan merokok dan penilaian keberkesananaktiviti penguatkuasaan. SF: Boleh Dr Suhaila nyatakan skop penglibatan anggota kesihatan dalam menjayakan program ini?

Dr.S: Di bawah JawatanKuasa Pemandu Program MBAR terdapat beberapa jawatankuasa yang mana penasihatnya adalah YAB Ketua Menteri Melaka sendiri. Salah satu daripadanya adalah Jawatankua-sa Kerja Perkhidmatan Berhenti Merokok. Klinik-klinik Kesihatan di seluruh negeri Melaka menyediakan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok dan ia melibatkan Pakar Kesihatan Keluarga, Pegawai Perubatan, Paramedik dan Pegawai Farmasi.

SF: Terima kasih Dr Suhaila, berapakah bilangan klinik yang aktif menyokong program ini di Melaka? Dan berapakah bilangan anggota kesihatan yang diberi latihan bagi program ini?

Dr.S: Semua Klinik Kesihatan di negeri Melaka giat menjalankan Program Klinik Berhenti Merokok ini. Setiap tahun, Unit NCD akan menganjurkan Bengkel Klinik Berhenti Merokok bagi melatih anggota - anggota kesihatan untuk mengendalikan perkhidmatan ini. Bengkel ini telah dijalan-kan pada 12 Ogos 2014 yang lepas dan seramai 40 orang anggota kesihatan yang terdiri daripada Pakar Kesihatan Keluarga, Pegawai Perubatan, Paramedik dan Pegawai Farmasi telah dilatih.

SF: Bagaimanakah sambutan yang diteri-ma sewaktu program ini dilancarkan dan apakah cabaran yang dihadapi dalammelaksanakannya?

Dr.S: Program Melaka Bebas Asap Rokok ini mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat dan juga para pelan-cong sama ada daripada dalam mahupunluar negara.

9

Page 10: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

FOKUS SAHABAT

10

OLEH: Norvena Hisyam@ Asang

Mereka semua mahu menghirup udara segar yang tidak dicemari asap rokok.Kebanyakan perokok tidak menghormati tanda larangan merokok dan masih merokok di tempat-tempat yang tidak dibenarkan, namun dengan adanya Penguatkuasa Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan yang membuat ‘educational enforcement’, bilangan perokok - perokok ini didapati semakin berkurangan darisemasa ke semasa.

SF : Berapakah peratus klien yang telah berjaya dan apakah kriteria yang menentu-kan kejayaan mereka dalam program ini?

Dr.S: Pada tahun 2013, seramai 237 orang klien telah berdaftar dalam program Klinik Berhenti Merokok ini dan 57 orang (24.1%) daripadanya telah berjaya berhenti merokok. Rawatan yang diberikan adalah berbentuk khidmat kaunse-ling ataupun dalam bentuk ubat-ubatan iaitu: 1. Nicotine Replacement Therapy (NRT) atau2. Verenicilline (Champix).

Peratus klien berjaya berhenti merokok yang mengambil Vereniciline adalah lebih tinggi iaitu 50.9% berbanding dengan klien yang mengam-bil NRT iaitu sebanyak 28.6%. Perokok yang telah berhenti merokok sekurang-kurangnya 6 bulan dan ke atas adalah dikelaskan sebagai klien yang berjaya dalam program ini.

SF: Pada pandangan Dr, adakah Program Melaka Bebas Asap Rokok dikatakan telah mencapai sasaran atau usaha tambahanperlu ditingkatkan?

Dr.S: Kini didapati bilangan perokok yang mero-kok di kawasan-kawasan yang diwartakan sebagai kawasan bebas asap rokok telah menurun dan bilangan puntung-puntung rokok di kawasan ini juga berkurangan

berbanding dengan tahun 2010. Walau bagaimanapun, usaha perlu diteruskan untuk mempromosi usaha murni MBAR ini kepadaorang ramai.

SF: Apakah harapan JKN Melaka dalam mempromosikan program ini agar matlamatdapat dicapai?

Dr. S: Gabungan NNO Melaka Bebas Asap Rokok (GaNMBAR) yang terdiri daripada gabungan lebih 30 buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Melaka telah ditubuhkan bagi menyokong dan membantu dalam mem-promosikan program MBAR ini kepada orangramai.Akhir kata sebagai rakyat negeri Melaka, semua pihak seharusnya bersama-sama memainkan peranan bagi memastikan kelangsungan program ini agar Melaka menjadi sebuah negeri yang bebas daripada asap rokok menjelangtahun 2018.

Terima kasih Dr Suhaila di atas perkongsian maklumat dan pandangan akan Program Melaka Bebas Asap Rokok. Sahabat FARMASI amat menghargai kerjasama dan maklumat yang diberikan dan mengucapkan Selamat Maju Jaya untuk kumpulan Dr Suhaila!SAY NO TO SMOKING!

Sekian, terima kasih.

Page 11: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

FOKUS SAHABAT

Hari Farmasi Sedunia disambut pada 25 September pada tahun ini dan berte-makan ‘Akses kepada Ahli Farmasi adalah Akses kepada Kesihatan’. Tarikh Hari Farmasi Sedunia ditetapkan oleh Persekutuan Farmasi Antarabangsa(FIP). Ahli farmasi memainkan peranan yang penting dalam penjagaan kesihatan melalui ubat-ubatan dan maklumat yang diberikan. Peranan dan skop kerja ahli farmasi adalah berbeza mengikut bidang kerja yang berlainan namun begitu PERANAN UTAMA mereka adalah meningkatkan mutu kesihatan pesakit dan kesejahteraan mereka. Skop kerja ahli farmasi dalam pen-

jagaan kesihatan pesakit adalah seperti mendispens ubat, memantau tahap dan perkembangan kesihatan pesakit dari segi aspek keberkesanan ubat-ubatan yang ditulis oleh doktor.

Selain itu ahli farmasi juga berperanan untuk mendidik orang awam dan pesakit akan kegunaan preskripsi ubat, ubat bukan racun (over-the-counter/ OTC) dan ubat tidak berdaftar serta menjadi rujukan kepada doktor, juru-rawat dan profesion yang lain berke-naan dengan ubat. Ahli farmasi merupakan pakar dalam bidang ubat yang mengambil berat akan kesihatandan kesejahteraan pesakit.

SELAMAT

MENYAMBUT HARI FARMASI

SEDUNIAAKSES KEPADA AHLI

FARMASI ADALAH AKSES KEPADA

KESIHATAN

11

Page 12: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

Kolum mps

Pepatah ‘Malang tidak berbau’ seringkali kita dengar. Mengapa? Kerana kemalangan boleh berlaku bila-bila masa dan di mana jua tanpa kita sedari. Kejadian sebegini sering membuatkan kita panik dan buntu serta menyebabkan kita terlewat dalam usaha-usaha menyelamat. Apatah lagi masa memainkan faktor terpenting dalam usaha menyelamatkan mangsa kemalangan. Hubungi talian 999 adalah langkah yang paling wajar sekali namun begitu adakah ambulan mampu sampai dalam masa singkat, mungkin dalam 15 minit? ataupun 20 minit? Sekiranya berlaku kesesakan lalu-lintas, adakah ambulan tersebut mampu tiba tepat pada masanya? Mengikut statistik, ambulan akan sampai dalam masa 30 – 90 minit selepas panggilan 999 dibuat.Persoalannya, sempatkah mangsa diselamatkan? Sekiranya rawatan awal diberikan kepada mangsa tersebut, tinggi kemungkinannya mereka dapat diselamatkan.

12

MARI BELAJAR TEKNIK PERTOLONGAN CEMAS

OLEH: Teo Seng Khong& Soh Lai Yoke

Page 13: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

Persatuan Farmasi Malaysia cawangan Melaka dan Kotra Pharma Sdn Bhd telah menganjurkan kursus pertolongan cemas & bantuan pernafasan (CPR) pada 23 dan 24 Ogos yang lepas. Kami berasa amat bertuah kerana dapat menjemput Pn. Hoong Ng Moy dan En. Soh, Jurulatih St. John Ambulans Malaysia sebagaifasilitator kami. Dalam dua hari kursus ini, peserta diajar cara untuk mengenalpasti situasi yang mengancam nyawa, cara membalut luka dan teknik CPR (cardiopulmonary resuscitation). Sesi praktikal turut dijalankan agar peserta mendapat lebih pengalaman di samping memahami teori-teori yang telah dipelajari. Akhir kata, ilmu pertolongan cemas and CPR adalah penting kepada sesiapa sahaja. St. John Ambulans Malaysia Cawangan Melaka turut menganjurkan kelas-kelas kepada organisasi, sekolah, syarikat dan kilang. Kepada sesiapa yang berminat, boleh meng-hubungi Puan Hoong Ng Moy di talian 012-6123007.

13

Page 14: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

Sayabersetujudengansyarat-syaratpenyertaanpertandinganini.Tandatangan: ……..….….. Tarikh: ………..….…..

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:JAWATANKUASA KARNIVAL SAHABAT FARMASIBAHAGIAN PERKHIDMATANFARMASI,ARAS 3, WISMAPERSEKUTUAN,JALAN BUSINESS CITY, BANDAR MITC,75450 AYER KEROH, MELAKA(U/P: CIK LOW/ EN. ANTHONY) Tel : 06-2356611/ 6623/ 6999ATAU emel: [email protected] / [email protected]

Nama Penuh: ……………………………..No Kad Pengenalan: …………………Alamat Surat- Menyurat : …………………………..…………………..………………………………………………………………………

No Tel: …………………Emel: ………..….…………...

Keterangan/ Penjelasan Ikon SF ( Silalampirkan

helaian jika tidakmencukupi):………………………………………………………………….…………….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Nama Penuh: ....................................................... No. Tel: .............................No Kad Pengenalan: ................................. Emel: ...........................................Alamat Surat Menyurat: ........................................................................................................................................................................................................... .Keterangan / Penjelasan Ikon SF (Sila lampirkan helaian jika tidak mencukupi): .........................................................................................................................................................................................................................................................................................................Saya bersetuju dengan syarat-syarat penyertaan pertandingan iniTandatangan: ............................................... Tarikh: ..........................................

14

Page 15: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

Syarat -syarat Pertandingan:

� Rekaciptabolehmenggunakangra�kkomputerataulukisantangan(free hand).

� Perekahendaklahmemberiketeranganataupenjelasan(rasional) ke atas reka bentukdanwarnayang digunakansecarapadatdanringkas.

� Pertandingan ini terbukakepadasemuawarganegaraMalaysia untukmenyertainya.

Apakah perananSahabat Farmasi?

Rekacipta boleh menggunakangrafik komputer atau lukisantangan (free hand).

Pereka hendaklah memberiketerangan atau penjelasan(rasional) ke atas reka bentuk danwarna yang digunakan secarapadat dan ringkas.

Pertandingan ini terbuka kepadasemua warganegara Malaysia untuk menyertainya.

15

FARMASI SANA-SINI

OLEH: Anthony Soh TekChang

Page 16: EDISI OKTOBER 2014 Sahabat FARMASI - jknmelaka.moh.gov.my mendengar slogan ‘No Smoking’ di mana - mana sahaja, namun masih lagi kelihatan perokok yang merokok di kawasan ‘No

Sila salurkan maklumat kepada CPFM melalui:√ Tel: 06-234 5979√ SMS: 013-66 9219√ Facebook Sahabat Farmasi√ Email: [email protected]

CAWANGAN PENGUATKUASA FARMASI MELAKA (CPFM)Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Tingkat 3, Wisma Persekutuan, Jalan Business City, Bandar MITC, 75450 Ayer Keroh, MelakaTel : 06-2356999 Faks : 06-2345975