rusuhan kaum 13 mei 1969

Upload: zeeaf

Post on 03-Apr-2018

261 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Rusuhan Kaum 13 Mei 1969

    1/7

    RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969.

    PENGENALAN

    Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 merupakan salah satu titik hitam dalamsejarah Malaysia. Peristiwa ini merupakan satu tragedi berdarah yang banyak

    meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Tragedi13 Mei 1969 ini adalah kemuncak kepada masalah perpaduan kaum di Malaysia yangmana bibit-bibit prasangka telah pun bercambah sejak sekian lama.

    Pengasingan penduduk mengikut kaum telah berlaku sejak British memperkenalkan dasarpecah dan perintah dan bibit-bibit pemisahan antara kaum inilah yang bercambahsehingga banyak mencetuskan prasangka dalam kalangan rakyat berbilang kaum di

    Malaysia. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah

    merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara

    kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Corak penglibatan ekonomiantara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-

    ekonomi mereka tidak seimbang.

    Peristiwa 13 Mei ini berkait rapat dengan pilihan raya umum pada tahun 1969. Semasakempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya

    daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan denganBahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan

    Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka danbertambah buruk selepas Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami

    kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969 di mana Parti Perikatan telah hilang

    majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Perarakan yang diadakan oleh pihak pembangkang untuk meraikan kemenangan dengan

    melaung-laungkan sentimen perkauman merupakan pencetus kepada permulaan serang-

    menyerang antara dua pihak. Kaum Cina dan Melayu kemudiannya saling bertindak balas

    untuk membunuh antara satu sama lain. Rusuhan besar terjadi menyebabkan perintahdarurat dikeluarkan dan semua orang tidak boleh keluar dari rumah. Pasukan polis

    berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan

    menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

    FAKTOR PENCETUS

    Latar Belakang Pendidikan yang Berbeza

    Perasaan curiga dan tidak puas hati antara kaum terutamanya antara kaum Cina danMelayu mula berakar umbi sejak era pra kemerdekaan lagi. Salah satu cadangan utama

    dalam Suruhanjaya Reid adalah penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai

    bahasa rasmi sekali gus menimbulkan rasa was-was di kalangan komuniti Cina ditambahlagi dengan cadangan utama Suruhanjaya Reid iaitu hak istimewa orang Melayu dalam

    pelbagai aspek. Sebahagian komuniti Cina menganggap penggubalan Laporan Razak sebagai satu

    percubaan untuk mengawal pendidikan bahasa ibunda mereka di sekolah-sekolah yang

    menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Antara kawasan komuniti Cinayang risau akan perkara ini termasuklah di sekolah Cina di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala

  • 7/28/2019 Rusuhan Kaum 13 Mei 1969

    2/7

    Lumpur dan Seremban. Isu pendidikan ini turut menjadi isu utama dalam pilihan raya

    kecil Ipoh-Menglembu pada November 1957. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah

    dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu kerana mereka merasakan langkah itu terlalu

    mengutamakan bahasa Melayu. Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS)

    pula tidak berpuas hati dan kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkansekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasapengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan.

    Penubuhan Universiti Kebangsaan pada 18 Mei 1970 telah mendapat reaksi yang kurangmenyenangkan daripada kaum Cina apabila mereka juga telah mengemukakanpermohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969

    sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak

    menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan

    menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA

    menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Kerajaan telah memberi bantuan

    kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar PelajaranKebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

    pengantarnya. Namun kerajaan cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian

    masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

    Layanan Berat Sebelah Tentera Jepun

    Pada zaman pendudukan Jepun, Masyarakat Cina dilayan dengan teruk oleh tentera Jepunberbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berakar umbi dari perperangan

    antara Jepun dengan China sebelum ini yang menyebabkan wujud perasaan salingdendam-mendendami antara satu sama lain. Layanan berat sebelah tentera Jepun terhadap

    orang Cina menyemai perasaan cemburu dan tidak puas hati antara orang-orang Melayu

    dan Cina. Kesan sosial pendudukan Jepun di Tanah Melayu ialah renggangnya hubungan antara

    kaum. Tentera Jepun memberikan layanan yang berbeza mengikut kaum. Orang Melayu

    dan orang India dilayan dengan baik oleh tentera Jepun, manakala orang Cina dilayandengan buruk. Orang Melayu telah dilantik menjadi kempeitai Jepun yang ditugaskan

    untuk menangkap orang Cina. Hal ini telah menambahkan kebencian dalam kalangan

    orang Cina terhadap orang Melayu. Permusuhan antara kaum semakin menebal antara

    kaum Melayu dengan Cina. Jepun turut melaksanakan pelbagai dasar penjepunan bagi usaha untuk menerapkan nilai

    budaya Jepun dalam kehidupan masyarakat tempatan terutamanya orang Melayu.

    Penggunaan bahasa Jepun telah diperluas di Tanah Melayu. Bahasa pengantar di sekolah-

    sekolah telah ditukar kepada bahasa Jepun. Dalam bidang pentadbiran, penggunaan bahasa Jepun diutamakan contohnya peluang

    untuk kenaikan pangkat dan gaji berdasarkan kemahiran dalam bahasa Jepun. Kerajaan

    juga telah melaksanakan pelbagai kursus-kursus pendek bahasa Jepun. Kerajaan Jepunjuga telah mengharamkan penggunaan bahasa Cina dan pelaksanaan sekolah Cina di

    Tanah Melavu yang menambahkan lagi kebencian masyarakat Cina.

    Dasar Pecah Dan Perintah Penjajah Inggeris

  • 7/28/2019 Rusuhan Kaum 13 Mei 1969

    3/7

    Semasa pendudukan British di Tanah Melayu, Kerajaan British telah menjalankan dasarpecah dan perintah iaitu pengasingan dan pengenalan kaum mengikut aktiviti ekonomi.

    Di bawah dasar ini, orang Melayu ditempatkan di kawasan luar bandar dan menjalankankegiatan pertanian. Manakala imigran Cina telah ditempatkan di kawasan bandar untuk

    menjalankan kegiatan perdagangan dan perlombongan. Imigran India pula ditempatkan di

    kawasan ladang getah. Dasar ini telah mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan ekonomi antara kaum

    terutamanya antara orang Melayu dan orang Cina. Keadaan demografi penduduk di

    Tanah Melayu ini telah menunjukkan bahawa majoriti penduduk Melayu berpendapatan

    rendah dan hidup dalam kemiskinan. Kaum cina pula kebanyakkannya hidup senang danmewah. Akibatnya, wujud jurang ekonomi yang besar antara kedua kaum tersebut.

    Kesan daripada dasar inilah telah melahirkan rasa tidak puas hati di kalangan orangMelayu kerana mereka merasakan bahawa ekonomi Tanah Melayu telah dikuasai oleh

    imigran asing, manakala orang Melayu sendiri ketinggalan di belakang. Selain itu,mereka juga mulai memberi tafsiran yang negatif dan cemburu dengan kejayaan yang

    dicapai oleh kaum Cina iaitu mereka beranggapan bahawa orang Cina telah menyekat

    peluang mereka untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam ekonomi. Kenyataan ini disokong Tun Abdul Razak dalam buku Rozeman Abu Hassan denganmenyatakan bahawa salah satu sebab yang membawa kepada tercetusnya peristiwa 13

    Mei 1969 adalah disebabkan perasaan terpinggir dan tidak terjamin dalam kalangan

    orang Melayu dari aspek ekonomi.

    Perasaan tidak puas hati terhadap hak keistimewaan orang Melayu.

    Perasaan tidak puas hati terhadap hak keistimewaan orang Melayu ini wujud disebabkanparti-parti pembangkang seperti Parti Gerakan dan DAP telah membangkitkan isu-isusensitif berkaitan Bahasa Kebangsaan(Bahasa Melayu), kedudukan istemewa orang

    Melayu sebagai bumiputera, tanah simpanan Melayu, dasar Bahasa Kebangsaan dan

    sekolah kebangsaan dalam kempen-kempen mereka. Matlamat utama mereka sebenarnya ialah untuk menang dalam pilihan raya dan berkuasa

    dalam parlimen. Namun demikian, hal ini telah menimbulkan kegelisahan, syak

    wasangka , dan menebalkan perasaan tidak puas hati rakyat berbagai kaum di negara ini.Perasaan tidak puas hati yang melampau ini menyebabkan kaum bukan Melayu sering

    menganggap sebarang usaha yang dijalankan oleh kerajaan dianggap sebagai usaha untuk

    kepentingan kaum Melayu/ bumiputera sahaja dan kaum-kaum bukan bumiputera

    digambarkan seperti golongan terbiar dan dianaktirikan oleh kerajaan. Contohnya, perasaan tidak puas hati kaum bukan Melayu terhadap keistimewaan orang

    Melayu wujud disebabkan oleh sungutan daripada pekerja dan golongan menengah bukan

    Melayu terhadap dasar bumiputra kerajaan yang bersifat diskriminasi, bukan sahaja

    dalam bidang pekerjaan, malah juga dalam pendidikan, biasiswa dan pemberian lesen.

    Pertelingkahan parti politik

    Pilihan raya yang dijalankan pada 1969 telah menjadi salah satu faktor utama tragedirusuhan kaum pada 13 Mei. Kekalahan Parti Perikatan oleh Parti Gerakan di Pulau

    Pinang dan PIMP (Pan- Malaysian Islamic Party atau Parti Islam se-Malaysia) di

    Kelantan sementara nyaris ditewaskan oleh parti-parti pembangkang di Perak danSelangor. Parti Perikatan hampir kehilangan majoriti dua pertiga undi yang membolehkan

  • 7/28/2019 Rusuhan Kaum 13 Mei 1969

    4/7

    parti ini meminda perlembagaan mengikut kehendak mereka sejak merdeka. Kejatuhan

    undi ini telah menyebabkan Parti Perikatan terpaksa menghadapi pembangkang yang kuat

    di Parlimen Persekutuan buat kali pertama sejak merdeka. Kemenangan DAP (Democratic Action Party atau Parti Tindakan Rakyat) telah

    memberikan kegembiraan yang amat sangat kepada penyokong-penyokong dan

    kekalahan Parti Perikatan telah memberi kejutan yang mendalam kepada mereka.Kempen pilihan raya yang dilakukan memburukkan lagi ketegangan antara kaum. Sejak permulaan kempen, PAS telah menggunakan sentimen perkauman dan keagamaan

    untuk mendapat sokongan daripada orang Melayu di semua negeri selain Kelantan kerana

    mereka telah berkuasa di negeri tersebut. Bagi parti DAP, Gerakan dan PPP (PartiProgresif Rakyat) pula, mereka mengapikan perasaan dan sentimen orang Cina dengan

    mengatakan mereka akan merampas hak orang Melayu sebagaimana yang tercatat dalam

    perlembagaan, dan menekankan bahawa mereka akan mengamalkan dasar bahasa di

    Malaysia jika mereka menang dalam pilihan raya itu. Keempat-empat parti ini telahmengeluarkan isu-isu sensitif adan menyentuh perasaan kedua-dua kaum terbesar di

    Malaysia.

    MCA (Malayan Chinese Association atau Persatuan Cina Malaysia yang bergabungdengan Parti Perikatan telah ditewaskan dengan teruknya dalam pilihan raya dan

    menyebabkan wakil-wakilnya mengumumkan bahawa mereka menarik diri daripada

    Kabinet. Sedangkan sebelum pilihan raya, Tunku Abdul Razak telah memberi amaran

    kepada pengundi Cina bahawa mereka akan kehilangan segala perwakilan Cina dalamkerajaan sekiranya tidak mengundi MCA. Pengumuman ini telah memburukkan lagi

    suasana selepas pilihan raya terutamanya dari segi hubungan perkauman. Pertelingkahan di antara parti-parti politik ini secara tidak langsung telah menaikkan

    perasaan perkauman yang masih tebal dalam hati masyarakat. Apabila berlakunya

    pertelingkahan, ini telah dijadikan batu lonjatan untuk meluahkan perasaan tidak puas

    hati terhadap kaum lain. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya rusuhan kaum yang

    telah memberi impak besar kepada masyarakat pada masa itu secara khususnya dan

    masyarakat sekarang pada amnya.

    Persatuan-persatuan Memperjuangkan Kepentingan Kaum Masing-masing

    Semasa Darurat pada 1948 hingga 1960, kuasa penjajah telah menjamin bahawa kuasapemerintah akan diberi kepada kelas pemerintah Melayu tempatan. Namun demikian,

    seawal 1948 Pesuruhjaya Tinggi British iaitu Sir Hendry Gurney telah menubuhkan

    persatuan Cina Malaya (Malayan Chinese Association, MCA) sebagai sekutu UMNO(United Malay National organization). Melalui persatuan ini, orang-orang Cina telah

    layak mendapat kedudukan sebagai ahli Majlis Undangan. Kaum Melayu menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung yang terlampau perkauman

    kerana cuba untuk menentang polisi-polisi Onn Jaafar. Persatuan Melayu Singapura turutditubuhkan. Persatuan-persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mempertahankan

    hak Melayu yang semakin dicabar oleh kaum Cina. Polisi-polisi Onn Jaafar yang cuba

    untuk menyatukan kaum Melayu dan Cina ditentang oleh orang Melayu. Misalnya, OnnJaafar membentuk Jawatankuasa Muhibah Sino-Melayu yang merupakan satu forum

    tertutup tidak rasmi yang diwakili oleh kelas atasan ketiga-tiga kaum. Melalui

    jawatankuasa ini, Parti Perikatan telah dibentuk. Selain itu, Onn Jaafar ditentang oleh

  • 7/28/2019 Rusuhan Kaum 13 Mei 1969

    5/7

    persatuan-persatuan Melayu ini kerana cuba untuk melonggarkan syarat

    kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu. Secara realitinya, parti-parti yang ditubuhkan ini bersifat perkauman walaupun berusaha

    untuk bergabung di bawah satu parti yang bertujuan untuk mengurangkan jurang

    perkauman. Ini jelas dilihat melalui bantahan-bantahan yang dibuat oleh parti-parti

    berkenaan seperti Parti Melayu Semenanjung apabila ada isu yang berkaitan dengan satu-satu kaum tertentu. Keadaan ini telah menjadi punca kepada pergaduhan kaum yang telah

    memberi parut kekal dalam sejarah Malaysia.

    KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969

    Kematian dan Kemusnahan Harta Awam

    Rusuhan 13 Mei 1969 yang berlaku memberikan impak yang mendalam dalam dirisegenap masyarakat Malaysia yang terdiri daripada bangsa dan kaum yang berbeza.

    Peristiwa ini memperlihatkan bahawa setiap pejuang memperjuangkan ideologi yang

    berbeza yang membawa kepada semangat untuk mempertahankan ideologi mereka

    sehingga berlakunya pertumpahan darah. Pihak polis mengatakan bahawa orang cina merupakan antara kaum yang paling ramai

    terkorban dalam peristiwa ini. Buktinya, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh pihak

    Suruhanjaya Tinggi British yang mengatakan bahawa daripada 77 mayat yang dihantarke rumah mayat Hospital Besar pada 14 Mei, 66 mayat adalah terdiri daripada orang cina.

    pada 21 Mei 1969, sebuah kenyataan rasmi mengenai angka kematian dan kecederaantelah dikeluarkan dalam TLM/SEASEC14 Malaysian Disturbances yang bertarikh 21Mei 1969 iaitu seramai 137 orang telah terbunuh, 342 orang mengalami kecederaan, 109

    buah kenderaan telah dibakar, 118 buah bangunan telah dimusnahkan dan 2 912 orang

    telah ditangkap kerana telah melanggar perintah berkurung. Kenyataan rasmi mengenai angka kematian dan kecederaan ini menunjukkan bahawa

    ramai individu yang tidak bersalah terkorban demi mempertahankan ideologi yangdianggap sebagai motif perjuangan yang mendorong wujudnya perpecahan antara kaum.

    Pengisytiharan Darurat

    Bob Reece dalam bukunya yang bertajuk Malaysia: Requiem for Democracy telahmengatakan bahawa pada hari Selasa yang bertarikh 13 Mei, pemuda Melayu dari

    seluruh Selangor telah berhimpun dan mengadakan perarakan yang tidak diluluskan olehpolis yang menghala ke Kampung Baru. Di kampung baru inilah bermulanya serangan

    apabila dua buah lori dan kedai orang cina telah dibakar lalu menyebabkan pemilik kedai

    cina serta India di Batu Road telah bergabung untuk membentuk pasukan yang dikenali

    sebagai pasukan keselamatan daerah. Jumlah kemalangan dan kerosakan harta awan

    yang bermula di Kuala Lumpur telah menyebabkan pengisytiharan darurat diumumkanoleh Tuanku Abdul Rahman pada 13 m3i 1969 melalui radio dan juga televisyen.

    Melalui Ordinan Darurat yang pertama, YDPA diberi kuasa yang luas ke atas halkeselamatan awam, pertahanan dan ketenteraman awam, perbekalan dan perkhidmatan.

    Apabila Ordinan Darurat yang kedua diisytiharkan, kuasa eksekutif Persekutuan yangsebelum ini dipegang oleh jemaah menteri diberikan kepada Timbalan Menteri iaitu TunAbdul Razak yang akan mengetuai sebuah gerakan dan bertindak atas nasihat Perdana

    Menteri iaitu MAGERAN.

  • 7/28/2019 Rusuhan Kaum 13 Mei 1969

    6/7

    Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

    MAGERAN telah ditubuhkan pada 16 Mei 1969 bagi menyelaras tindakan-tindakaneksekutif, terutamanya kerja pasukan keselamatan iaitu polis dan tentera. Tun Abdul

    Razak telah dilantik sebagai Pengarah Operasi MAGERAN. MAGERANadalah bertujuan menangani kekacauan gerakan 13 Mei. Buktinya, hal ini

    dinyatakan dalam prakata laporan yang diterbitkan oleh MAGERAN pada tahun 9

    Oktober 1969. MAGERAN menjalankan beberapa fungsi, iaitu mengembalikan

    keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurnaserta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh

    negara. Jawatankuasa-jawatankuasa gerakan telah ditubuhkan di semua peringkat, iaitu

    persekutuan, negeri dan daerah bagi menentukan program-program yang dirancang

    berjalan dengan baik dan mencapai matlamat asal.

    LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN

    Majlis Muhibah Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah diwujudkan untukmenyusun dan melaksanakan dasar serta aktiviti yang dapat memupuk perpaduan kaum.

    Majlis-majlis Muhibah ini telah diperkembangkan di peringkat pusat, negeri, daerah dan

    kampung yang diwartakan pada 18 Julai 1969. Agensi ini memainkan peranan untukmenggalakkan perkembangan muhibah dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia

    agar memulihkan kepercayaan dan keyakinan mereka, mengkaji masalah berkaitan sosial

    dan kebajikan awam mereka. Selain itu, mewujudkan perhubungan baik dengan pihak-

    pihak yang bertelagah, membantu dalam penyusunan kerja-kerja sukarela dan kebajikanserta membantu kerajaan apabila diminta berbuat demikian.

    Majlis Perpaduan Negara turut dibentuk dan diwartakan selepas berlaku pemansuhanMajlis Perundingan Negara dan Majlis Muhibah Negara yang berperanan

    membincangkan sebarang perkara yang berkaitan dengan perpaduan negara yangdifikirkan oleh Perdana Menteri patut dirujukkan kepada majlis dan membincangkan

    secara umum masalah-masalah perpaduan negara dan mengesyorkan langkah-langkah

    serta rancangan-rancangan bagi memupuk perpaduan negara. Pengarah MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara yang diwartakan

    pada 29 Januari 1970. Perbincangan majlis ini diadakan secara tertutup kerana

    membincangkan dan meneliti isu serta masalah yang berkaitan perhubungan kaum sertamencari jalan penyelesaiannya.

    Rukun Negara wujud apabila berlaku perbincangan semua wakil kaum dalam MajlisPerundingan Negara sehingga menjadi ideologi kebangsaan. Ideologi ini memasukkan

    unsur-unsur ideologi negara yang menjadi asas perpaduan supaya rakyat peka kepada

    pembangunan bangsa dan pegangan yang sama tanpa mengira identiti sendiri. Ideologiini berpaksikan kepada lima lunas sering dilaungkan oleh para pelajar dan belia dalam

    perhimpunan dan upacara rasmi. Langkah ini diharap dapat menjadi peringatan danpanduan kepada semua rakyat agar keamanan dan kemajuan negara dipertingkatkan lagi.

    Jawatankuasa Ekonomi Majlis Perundingan Negara telah melahirkan Dasar EkonomiBaru (DEB) melalui Rancangan Malaysia Kedua (1970-1975). DEB bertujuan untukmenyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan serta memelihara

  • 7/28/2019 Rusuhan Kaum 13 Mei 1969

    7/7

    keselamatan negara. DEB juga menyasarkan peningkatan penyertaan Bumiputera dalam

    sektor ekonomi. Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan arahan agar bahasa Melayu menjadi bahasa

    penghantar Tahun Satu bagi semua sekolah terutamanya sekolah Inggeris pada tahun

    1970 supaya sekolah di semua peringkat menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

    penghantar. Penggunaan satu bahasa di sekolah dapat memupuk perpaduan setiap kaumdan menyusun semula masyarakat yang pelbagai. Penubuhan Universiti KebangsaanMalaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar telah

    menggalakkan juga penerbitan buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang menyumbang

    kepada penggunaan secara meluas dalam bahasa Melayu pada peringkat tinggi dan rasmi. langkah-langkah untuk mendamaikan pertubuhan politik yang bertelagah telah

    dijalankan. Pada bulan Februari 1972 telah berlaku kerjasama antara Parti Perikatan

    dengan Parti Gerakan yang berpusat di Pulau Pinang dan juga Parti Perikatan dengan

    PAS. Penubuhan Parti Barisan Nasional (BN) pada 1 Jun 1974 yang menggabungkanUMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PAS, SUPP, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu

    (PBB) dan Perikatan Sabah dalam sebuah pertubuhan induk berjaya mengurangkan

    pergerakan parti-parti politik dan mengurangkan isu-isu perkauman. kerajaan Malaysia mengamalkan semula sistem demokrasi untuk meminimumkankonflik yang berlaku. Sesiapa yang menyentuh isu-isu sensitif akan disabit kesalahan di

    bawah Akta Hasutan untuk menjamin kestabilan negara daripada tercetus semula

    peristiwa 13 Mei. Contoh, pihak media massa tidak diberi kebebasan sepenuhnya untukmencetak atau menerbitkan tanpa permit daripada Kementerian Dalam Negeri. Begitu

    juga dengan parti-parti politik yang bersifat perkauman yang wujud sebelum 13 Mei tidak

    mempunyai kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan sewenang-wenangnya tanpa kawalan undang-undang.

    Bidang ketenteraan telah diperluaskan lagi meskipun bidang ini wujud semasaMalaysia menghadapi ancaman komunis. Rejimen diraja telah diperluaskan daripada

    sepuluh kepada tiga belas batalion dan dikembangkan lagi dengan bantuan dana daripada

    projek pembangunan ekonomi.

    PENUTUP

    rusuhan kaum 13 Mei 1969 telah meninggalkan impak yang besar terhadap hubunganantara kaum di Malaysia. Selepas peristiwa rusuhan kaum ini, pihak kerajaan telah

    melaksanakan pelbagai pembaharuan dan langkah bagi menggelakkan rusuhan seperti ini

    timbul. Kerajaan juga menyediakan pelan rancangan bagi meyeimbangkan ekonomisetiap kaum kerana salah satu puncanya adalah kerana ketidakseimbangan ekonomi

    antara kaum. Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum

    yang menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semuapihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara bangsa yang

    mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi

    nasional.