akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

29
UNDANG-UNDANG CETAKAN SEMULA MALAYSIA DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 Akta 11 AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 011b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Upload: duongngoc

Post on 31-Dec-2016

315 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

Page 1: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

UNDANG-UNDANG

CETAKAN SEMULA

MALAYSIA

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD

DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Akta 11

AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN

MALAYSIA 1969

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

011b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 2: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEHMALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD

DAN DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

CAWANGAN KUALA LUMPUR2006

2

AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUANPERTANIAN MALAYSIA 1969

Tarikh Perkenan Diraja… … … … … 22 April 1969

Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 1 Mei 1969

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … 1992Cetakan Semula Yang Kedua … … … 1999

011b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 3: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 11

AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN

SUSUNAN SEKSYEN

PERTANIAN MALAYSIA 1969

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas

2. Tafsiran

BAHAGIAN II

INSTITUT

3. Institut dan fungsinya

4. Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Institut

BAHAGIAN III

LEMBAGA

5. Lembaga Pengelola

5A. Ahli silih ganti

6. Fungsi Lembaga

6A. Kuasa untuk mengambil bahagian dalam penyertaan ekuiti atau usahasama

6B. Kuasa tambahan Lembaga

7. Pelantikan pegawai dan pekhidmat Institut

7A. Tatatertib pegawai dan pekhidmat

7B. Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib

7C. Penamatan demi kepentingan awam

011b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 4: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

4 Undang-Undang Malaysia AKTA 11

BAHAGIAN IVMAJLIS SAINS

Seksyen

8. Majlis Sains

9. Fungsi Majlis Sains

10. Mesyuarat Majlis Sains

11. Keputusan Majlis Sains

12. Minit

13. Tatacara Majlis Sains

BAHAGIAN V

KUMPULAN WANG DAN AKAUN

14. Kumpulan Wang

15. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

16. (Dipotong)

17. (Dipotong)

17A. Surcaj

BAHAGIAN VI

TAMBAHAN

18. Kuasa Lembaga meminjam

19. Pelaburan

20. Cukai ses

21. (Dipotong)

21A. Saraan atau elaun

22. Pelindungan ahli Lembaga dan Majlis Sains terhadap tanggungan

23. Harta dalam dapatan penyelidikan

23A. Akses kepada dapatan penyelidikan dan kemudahan

23B. Kuasa untuk mengenakan fi

24. Arahan Menteri

25. Kaedah

25A. Kuasa membuat peraturan tatatertib

JADUAL

011b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 5: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

5

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 11

AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969

Suatu Akta bagi menubuhkan Institut Penyelidikan dan KemajuanPertanian Malaysia dan bagi perkara yang berkenaan dengannya.

[Seluruh Malaysia—2 Mei 1969]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya seperti yangberikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institut Penyelidikan danKemajuan Pertanian Malaysia 1969.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini—“Ketua Pengarah” dan “Timbalan Ketua Pengarah” ertinya

Ketua Pengarah Institut dan mana-mana Timbalan KetuaPengarah Institut yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab atasPertanian dan Industri Asas Tani;

“perladangan campuran” ertinya suatu sistem perladangan yangmelibatkan segala tanaman (kecuali koko), ternakan danperikanan dengan cara bersepadu.

011b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 6: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 11

BAHAGIAN II

INSTITUT

Institut dan fungsinya

3. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atauMARDI (di bawah ini disebut “Institut”) ditubuhkan dan fungsinyaialah—

(a) untuk menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknik,ekonomi dan sosial berkenaan dengan—

(i) pengeluaran, penggunaan dan pemprosesansegala tanaman (kecuali getah, kelapa sawitdan koko), ternakan dan makanan; dan

(ii) perladangan campuran;

(b) berkhidmat suatu pusat bagi mengumpul danmenyebarkan maklumat dan nasihat berkenaan denganperkara sains, teknik dan ekonomi yang berhubungandengan industri pertanian, industri berasaskan pertaniandan industri makanan melalui apa jua cara termasukpenerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerjaberhubung dengannya, dan mengelolakan pameran,persidangan, syarah dan seminar;

(c) menjadi sebagai suatu pusat yang memberikanperkhidmatan pakar dalam industri pertanian, industriberasaskan pertanian dan industri makanan, sepertiperkhidmatan perundingan, perkhidmatan makmalanalisis, jaminan kualiti dan perkhidmatan penyelidikandan pemajuan kontrak;

(d) memberi latihan dalam apa jua cara bagi kemajuanindustri pertanian, industri berasaskan pertanian danindustri makanan;

(e) memberikan bantuan bagi maksud penyelidikan danpemajuan dari segi sains, teknik dan ekonomi jenis jatidan gunaan berkenaan dengan industri pertanian,industri berasaskan pertanian dan industri makanan;

(f) sentiasa mengadakan perhubungan dengan pertubuhanlain, sama ada awam atau persendirian, dalam negeriatau luar negeri yang mengambil bahagian dalampenyelidikan dari segi sains, teknik, ekonomi dan

011b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 7: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 7

sosial berkenaan dengan industri pertanian, industriberasaskan pertanian dan industri makanan;

(g) menjalankan penyelidikan dan pengeluaran komersial;

(h) membangunkan, mempromosikan dan mengeksploitasikandapatan penyelidikan; dan

(i) memberi perkhidmatan pengembangan kepada industripertanian, industri berasaskan pertanian dan industrimakanan.

Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Institut

4. (1) Bagi maksud Akta ini hendaklah ada seorang KetuaPengarah Institut dan apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarahyang perlu, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

(2) Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklahmasing-masing dilantik selama tempoh yang dinyatakan dalamsurat pelantikan mereka dan layak dilantik semula.

(3) Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklahdilantik atas apa-apa syarat sebagaimana yang diperuntukkandalam surat pelantikan mereka masing-masing.

(4) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan mana-mana pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (1); dan mana-mana orang yang dilantik sedemikian itu boleh pada bila-bilamasa meletakkan jawatannya.

(5) Ketua Pengarah hendaklah menjadi Ketua Pegawai KerjaInstitut dan hendaklah dibantu oleh Timbalan Ketua Pengarahpada menjalankan kuasa dan kewajipannya berkenaan denganfungsi pentadbiran dan teknik Institut; dengan syarat, walaubagaimanapun, Lembaga sebagaimana yang ditubuhkan di bawahin i bo leh mene tapkan kuasa dan kewa j ipan l a in yangdifikirkannya patut bagi Ketua Pengarah dan Timbalan KetuaPengarah.

(6) Jika dalam sesuatu tempoh Ketua Pengarah tidak berupayamenjalankan fungsi jawatannya kerana sesuatu sebab atau, jikajawatan Ketua Pengarah menjadi kosong, Menteri hendaklahmelantik seorang Timbalan Ketua Pengarah bagi menjalankankuasa dan menyempurnakan kewajipan Ketua Pengarah sehinggaseorang Ketua Pengarah baru dilantik di bawah subseksyen (1).

011b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 8: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 11

BAHAGIAN IIILEMBAGA

Lembaga Pengelola

5. (1) Bagi maksud mentadbirkan Institut ditubuhkan LembagaPengelola Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia(dalam Akta ini disebut sebagai “Lembaga”) iaitu suatupertubuhan yang diperbadankan kekal turun-temurun danmempunyai suatu meterai rasmi, dan yang boleh membawaguaman dan dibawa guaman atas namanya, dan tertakluk kepadaAkta ini dan juga bagi maksud boleh membuat kontrak dan jugaberkuasa memperoleh dan memegang apa-apa jenis harta alih,harta tak alih dan harta tidak ketara, dan melupuskannya atausecara lain, membuat apa-apa urusan berkenaan dengannya.

(2) Lembaga hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:

(a) Pengerusi;

(aa) Ketua Pengarah;

(b) seorang wakil Kementerian Pertanian dan Industri AsasTani;

(c) seorang wakil Kementerian Kewangan;

(d) seorang wakil Kementerian Perusahaan Perladangan danKomoditi;

(e) seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan PerdanaMenteri;

(f) seorang wakil daripada Kementerian yangbertanggungjawab bagi Sains, Teknologi dan AlamSekitar;

(g) tidak lebih daripada lima orang ahli yang berpengalamandalam penyelidikan pertanian, pemajuan pertanian,industri pertanian, industri berasaskan pertanian danindustri makanan.

(3) Ahli Lembaga hendaklah dilantik selama tempoh yangdinyatakan dalam surat pelantikan mereka oleh Menteri dan layakdilantik semula, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkanjawatannya atau pelantikannya dibatalkan ataupun jawatannyamenjadi kosong.

011b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 9: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 9

(4) Jika oleh sebab sakit atau apa jua sebab lain Pengerusitidak dapat menyempurnakan fungsinya, Lembaga hendaklahmemilih antara ahli seorang pemangku Pengerusi yang akanmenjalankan kuasa dan menyempurnakan kewajipan Pengerusi dibawah Akta ini.

Ahli silih ganti

5A. (1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap ahli Lembagayang dilantik di bawah perenggan 5(2)(b), (c), (d), (e) dan (f)melantik seorang menjadi ahli silih ganti untuk menghadiri,sebagai ganti ahli itu, mesyuarat Lembaga sekiranya ahli itu tidakdapat hadir kerana apa jua sebab.

(2) Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang ahlisilih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagaiseorang ahli Lembaga.

(3) Seseorang ahli silih ganti hendaklah, melainkan jika diaterlebih dahulu meletakkan jawatan atau jawatannya terlebihdahulu dibatalkan, terhenti menjadi seorang ahli silih ganti jikaahli yang baginya dia menjadi ahli silih ganti itu tidak lagimenjadi ahli Lembaga.

Fungsi Lembaga

6. (1) Dengan tidak menyentuh subseksyen 5(1) Lembagamempunyai fungsi yang berikut sebagai tambahan:

(a) tertakluk kepada arahan Menteri, menetapkan dasarpentadbiran Institut;

(b) menetapkan tatacara berkenaan dengan pelantikan,kenaikan pangkat dan penamatan pelantikan pekerjadan pekhidmat Institut, tidak termasuk KetuaPengarah dan Timbalan Ketua Pengarah;

(c) dengan persetujuan Menteri, meluluskan belanjawanatau anggaran perbelanjaan bagi pentadbiran danpengendalian Institut;

(d) mengeluarkan kaedah pentadbiran berkenaan denganpentadbiran harian Institut;

011b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 10: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 11

(e) menentukan dan menguntukkan pemberian bantuanuntuk pertubuhan atau agensi lain menjalankanpenyelidikan; dan

(f) meluluskan pemilihan mengenai penerima biasiswadan mengeluarkan award atau pemberian perjalananyang akan dibiayai oleh Institut.

(2) (Dipotong oleh Akta A1160).

(3) Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Lembaga.

Kuasa untuk mengambil bahagian dalam penyertaan ekuitiatau usaha sama

6A. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuanMenteri Kewangan, mengambil bahagian dalam penyertaan ekuitidalam atau usaha sama dengan mana-mana perusahaan sekiranyapenyertaan atau usaha sama itu ternyata kepadanya dikehendaki,berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaanfungsi Institut.

Kuasa tambahan Lembaga

6B. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuanMenteri Kewangan—

(a) menjalankan apa-apa aktiviti yang berbentuk komersialdan pada pendapat Lembaga perlu, berfaedah atausesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsiInstitut; atau

(b) menganjurkan pemerbadanan syarikat di bawah AktaSyarikat 1965 [Akta 125] bagi maksud menjalankanatau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang telahdirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga yangberkaitan dengan pelaksanaan fungsi Institut.

(2) Memorandum Persatuan syarikat yang diperbadankan dibawah perenggan (1)(b) hendaklah diluluskan oleh Lembagasebelum pemerbadanan syarikat sedemikian.

011b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 11: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 11

(3) Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga tidak boleh tanpakelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan—

(a) melabur dalam syer mana-mana syarikat; atau

(b) melupuskan semua atau mana-mana bahagian ekuitiatau asetnya yang dilaburkan dalam mana-mana syarikatsubsidiarinya.

Pelantikan pegawai dan pekhidmat Institut

7. Lembaga boleh dari semasa ke semasa melantik dan mengambilbekerja dengan membayar apa-apa saraan dan atas apa-apa syaratsebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah, pegawai, pekhidmatdan perunding sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembagauntuk melaksanakan Akta ini dengan sepatutnya.

Tatatertib pegawai dan pekhidmat

7A. (1) Suatu Jawatankuasa Tatatertib Lembaga hendaklahdiadakan yang terdiri daripada dua orang ahli yang hendaklahdipilih oleh dan daripada ahli Lembaga, seorang daripada merekahendaklah dipilih menjadi pengerusi, dan Ketua Pengarah yangdilantik di bawah subseksyen 4(1).

(2) Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawaidan pekhidmat Institut, selain Ketua Pengarah ialah JawatankuasaTatatertib Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3) Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan Ketua Pengarahialah Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada KetuaSetiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tanisebagai pengerusi dan dua orang ahli yang hendaklah dipilih olehdan daripada ahli Lembaga.

(4) Ketua Pengarah tidak boleh menjadi ahli JawatankuasaTatatertib dalam apa-apa prosiding di hadapan Jawatankuasa ituyang dalamnya dia menjadi pengadu; tempatnya hendaklahdiambil oleh seorang ahli yang hendaklah dipilih oleh dandaripada ahli Lembaga.

(5) Pada menjalankan fungsi tatatertibnya, JawatankuasaTatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-

011b.fm Page 11 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 12: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 11

apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan dibawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen25A.

(6) Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen(7), mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipantatatertibnya kepada mana-mana jawatankuasa pegawai ataupekhidmat Institut, berkenaan dengan mana-mana pegawai ataupekhidmat tertentu Institut atau berkenaan dengan mana-managolongan atau kategori pegawai atau pekhidmat Institut, danjawatankuasa yang kepadanya diwakilkan fungsi, kuasa ataukewajipan sedemikian hendaklah melaksanakan, menjalankanatau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan JawatankuasaTatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengulangkaji, menghapuskan atau mengubah apa-apa keputusan ataudapatan jawatankuasa sedemikian.

(7) Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6)untuk membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Institutmenjadi ahli sesuatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke atas pegawai atau pekhidmat yangberpangkat lebih tinggi daripadanya.

(8) Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkandi bawah subseksyen (1) boleh dirayukan kepada LembagaRayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 7B.

(9) Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkandi bawah subseksyen (3) boleh dirayukan kepada Menteri.

(10) Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri, bolehmengesahkan , mengakaskan a tau mengubah kepu tusanJawatankuasa Tatatertib.

(11) Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri dibawah subseksyen (10) muktamad dan konklusif.

Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib

7B. (1) Suatu Lembaga Rayuan Tatatertib bagi Lembagadiadakan yang hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:

(a) Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusiLembaga Rayuan Tatatertib dan hendaklahmempunyai undi pemutus; dan

011b.fm Page 12 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 13: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 13

(b) tiga orang ahli Lembaga, yang bukan ahli JawatankuasaTatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuanitu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi LembagaRayuan Tatatertib itu dengan kelulusan Lembaga bagimaksud rayuan.

(2) Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuaturayuan yang dibuat di bawah seksyen 7A, seseorang ahliJawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itudibuat yang juga ahli Lembaga tidak boleh hadir pada ataudengan apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosidingberhubung dengan rayuan itu.

Penamatan demi kepentingan awam

7C. (1) Jika Lembaga mendapati atau jika representasi dibuatkepada Lembaga bahawa wajar perkhidmatan seseorang pegawaiatau pekhidmat ditamatkan demi kepentingan awam, Lembagaboleh meminta laporan penuh daripada pegawai atasan pegawaiatau pekhidmat yang terhadapnya representasi itu dibuat yanghendaklah mengandungi butiran berhubung dengan kerja dankelakuan pegawai atau pekhidmat itu.

(2) Jika, setelah menimbangkan laporan yang diterima dibawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa, setelahmengambil kira syarat perkhidmatan, kebergunaan pegawai ataupekhidmat itu, kerja dan kelakuan pegawai atau pekhidmat itudan segala hal keadaan lain kes itu, wajar demi kepentinganawam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkanperkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu mulai dari tarikh yanghendaklah ditentukan oleh Lembaga.

(3) Sah di sisi undang-undang bagi Jawatankuasa Tatatertibyang berkenaan untuk mengesyorkan kepada Lembaga supayaperkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat ditamatkandemi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belumdijalankan di bawah Akta ini dan Lembaga boleh menamatkanperkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu sedemikian.

(4) Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini dan mana-manaundang-undang lain yang berlawanan, dalam menamatkanperkhidmatan seseorang pegawai a tau pekhidmat demikepentingan awam di bawah seksyen ini, pegawai atau pekhidmatitu tidak perlu diberi apa-apa peluang untuk didengar dan

011b.fm Page 13 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 14: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 11

seseorang pegawai atau pekhidmat yang perkhidmatannya telahditamatkan demi kepentingan awam di bawah seksyen ini tidakboleh dianggap telah dibuang kerja, tanpa mengira sama adapenamatan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu melibatkansuatu unsur hukuman atau berkaitan dengan kelakuan yangberhubungan dengan jawatannya yang dianggap oleh Lembagatidak memuaskan atau patut disalahkan.

BAHAGIAN IV

MAJLIS SAINS

Majlis Sains

8. (1) Bagi maksud menentukan bahawa rancangan teknikInstitut mempunyai mutu dan memberi kesan yang terbaikditubuhkan Majlis Sains Institut Penyelidikan dan KemajuanPertanian Malaysia (kemudian daripada ini disebut “MajlisSains”).

(2) Majlis Sains hendaklah terdiri daripada ahli yang berikutyang dilantik oleh Menteri:

(a) Ketua Pengarah Institut sebagai Pengerusi;

(b) seorang Timbalan Ketua Pengarah;

(c) tiga orang wakil daripada Kementerian Pertanian danIndustri Asas Tani;

(d) seorang wakil Kementerian Perusahaan Perladangan danKomoditi;

(e) tidak lebih daripada enam orang daripada industripertanian, industri berasaskan pertanian dan industrimakanan yang pada pendapat Menteri, dapat memberisumbangan bagi perjalanan sempurna dan sepatutnyaMajlis Sains;

(f) dua orang daripada mana-mana institusi pendidikantinggi awam di Malaysia sebagaimana yang ditentukanoleh Menteri; dan

(g) seorang wakil daripada sektor kewangan atau pelaburan.

011b.fm Page 14 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 15: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 15

(3) Jika oleh sebab sakit atau apa jua sebab lain pengerusitidak dapat menyempurnakan fungsinya, Majlis hendaklahmemilih antara ahli seorang pemangku pengerusi yang akanmenjalankan kuasa dan menyempurnakan kewajipan pengerusi dibawah Akta ini.

(4) (Dipotong oleh Akta A1160).

(5) Tiap-tiap ahli Majlis Sains, melainkan jika dia terlebihdahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkanataupun jawatannya menjadi kosong selainnya, hendaklahmemegang jawatan selama tempoh sebagaimana yang dinyatakandalam surat pelantikannya dan layak dilantik semula.

Fungsi Majlis Sains

9. Dengan tidak menyentuh subseksyen 8(1), Majlis Sainshendaklah mempunyai fungsi yang berikut sebagai tambahan:

(a) memberikan nasihat berkenaan dengan menyusun danmengulang kaji rancangan penyelidikan Institut;

(b) memberikan nasihat berkenaan dengan keutamaan bagirancangan penyelidikan dan kemajuan Institut supayamempunyai mutu dan memberi kesan yang terbaik;

(c) sentiasa mengadakan perhubungan dengan pertubuhanluar negara, sama ada dalam bahagian awam ataupersendirian, dan sentiasa mengadakan perhubungandengan keperluan penyelidikan pertanian;

(d) memberikan panduan dalam kemudahan kemajuanatau penyelidikan termasuk pemilihan tempat dankemudahan makmal dan penyeliaan benda kelengkapanpakar yang mustahak;

(e) memberikan nasihat berkenaan dengan tatacara menilaikebolehan dan pekerjaan kakitangan profesional yangdilantik di bawah Akta ini, termasuk kenaikan pangkatberasaskan merit profesional;

(f) memberikan nasihat berkenaan dengan kerja penyuratanperpustakaan dan terbitan Institut.

011b.fm Page 15 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 16: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 11

Mesyuarat Majlis Sains

10. Majlis Sains hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnyaempat kali tiap-tiap satu tahun dan, selain itu, hendaklah bermesyuaratapabila dipanggil oleh Pengerusi Majlis Sains atau SetiausahaKerjanya.

Keputusan Majlis Sains

11. Sesuatu keputusan Majlis Sains hendaklah diputuskan menurutlebih suara ahli yang hadir dan mengundi.

Minit

12. Rekod perjalanan segala mesyuarat Majlis Sains hendaklahdisimpan oleh Institut dan salinannya hendaklah dihantar kepadaLembaga.

Tatacara Majlis Sains

13. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan apa-apa kaedahyang dibuat di bawahnya, Majlis Sains boleh menetapkantatacaranya sendiri.

BAHAGIAN V

KUMPULAN WANG DAN AKAUN

Kumpulan Wang

14. Bagi maksud Akta ini hendaklah ditubuhkan Kumpulan WangPenyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (di bawah inidisebut sebagai “Kumpulan Wang”) yang akan ditadbirkan olehLembaga mengikut peruntukan Akta ini dan—

(a) apa-apa cukai ses khas yang boleh dikenakan ataudipungut mengikut seksyen 20 hendaklah dibayarkepadanya;

(b) apa-apa pemberian bantuan kepada Institut olehKerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri hendaklahdibayar kepadanya;

011b.fm Page 16 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 17: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 17

(c) apa-apa wang daripada mana-mana punca, apa-apacaruman, derma kekal, pemberian atau pemberianwasiat yang mungkin diberikan kepada atau untukInstitut hendaklah dibayar kepadanya;

(d) segala perbelanjaan berkaitan dengan pentadbiranInstitut, Lembaga dan Majlis Sains dan apa-apaperbelanjaan lain yang boleh dibayar menurut Akta inihendaklah dibayar daripadanya;

(e) apa-apa kos yang dikenakan dalam membuat peruntukanbagi kebajikan pegawai dan pekhidmat Institut dengankelulusan Menteri hendaklah dibayar daripadanya.

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

15. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.

16. (Dipotong oleh Akta A1160).

17. (Dipotong oleh Akta A1160).

Surcaj

17A. (1) Jika ternyata kepada Lembaga bahawa mana-mana orangyang sedang atau telah bekerja dengan Institut—

(a) telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutangpada Institut yang pemungutannya menjaditanggungjawabnya;

(b) yang atau telah bertanggungjawab atas apa-apapembayaran wang daripada Kumpulan Wang yangtidak sepatutnya dibuat atau atas apa-apa pembayaranwang yang tidak disahkan dengan sewajarnya;

(c) yang atau telah bertanggungjawab, secara langsung atautidak langsung, atas apa-apa kekurangan pada, atauatas pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti,storan atau harta lain Institut;

(d) sebagai, atau yang pernah menjadi sebagai pegawaiperakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaunatau rekod yang sepatutnya;

011b.fm Page 17 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 18: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 11

(e) telah gagal membuat apa-apa bayaran, atau telahbertanggungjawab atas apa-apa kelambatan dalampembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepadamana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kenadibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atauperkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Institut,

Lembaga hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanyayang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnyadisurcajkan, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidakdiberikan, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaiannotis yang disebut terdahulu, kepada Lembaga berkenaan dengankegagalan mengutip bayaran yang tidak sepatutnya dibuat,pembayaran yang tidak disahkan dengan sewajarnya, kekuranganatau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekodyang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, ataukelambatan dalam membuat bayaran, Lembaga boleh mensurcajkansejumlah wang terhadap orang tersebut yang tidak melebihiamaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dikutip, apa-apabayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang musnah,dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekodyang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, atau kelambatandalam membuat bayaran, Lembaga boleh mensurcajkan apa-apajumlah wang terhadap orang tersebut sebagaimana yang difikirkanpatut oleh Lembaga itu.

(2) Pengerusi hendaklah menyebabkan Ketua Pengarahdiberi tahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawahsubseksyen (1) dan Ketua Pengarah hendaklah sesudah itumemberitahu orang yang disurcajkan itu.

(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apasurcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskanhati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiadasurcaj patut dibuat, dan Pengerusi hendaklah dengan segeramenyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang penarikan balikitu.

(4) Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen(1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklahmenjadi hutang yang kena dibayar kepada Institut daripada orangyang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman dandidapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guamanInstitut dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan—

011b.fm Page 18 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 19: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 19

(a) daripada gaji orang yang disurcajkan jika Lembagamengarahkan sedemikian; atau

(b) daripada pencen orang yang disurcajkan jika Lembagamengarahkan sedemikian,

dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihisatu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, orangitu.

BAHAGIAN VI

TAMBAHAN

Kuasa Lembaga meminjam

18. Dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan,Lembaga boleh dari semasa ke semasa meminjam atau mendapatkanpembayaran apa-apa wang yang dikehendaki olehnya untukmenjalankan fungsinya dengan sepatutnya di bawah Akta ini.

Pelaburan

19. Aset Institut boleh dilaburkan oleh Lembaga dalam pelaburanyang pada masa ini dibenarkan oleh undang-undang untuk pelaburankumpulan wang amanah:

Dengan syarat bahawa Lembaga tidak boleh membuat apa-apapelaburan dalam sekuriti yang dikeluarkan atau didaftarkan ataudalam harta lain yang terletak di luar Malaysia kecuali dengankelulusan Menteri Kewangan.

Cukai ses

20. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undangbertulis berkenaan dengan import dan eksport hasilan pertanian,Menteri Kewangan boleh, bagi maksud Akta ini, dan setelahberunding dengan Menteri mengenakan cukai ses khas ke atashasilan pertanian yang difikirkannya patut bagi maksudpenyelidikan pertanian.

21. (Dipotong oleh Akta 478).

011b.fm Page 19 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 20: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 11

Saraan atau elaun

21A. Ahli Lembaga, Majlis Sains, jawatankuasa atau mana-manaorang lain (yang bukan seorang pegawai atau pekhidmat Lembagayang termasuk dalam bidang kuasa peruntukan Akta iniberhubung dengan terma dan syarat perkhidmatan yang terpakaibagi halnya) hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaunsebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Pelindungan ahli Lembaga dan Majlis Sains terhadaptanggungan

22. Tiada seorang pun ahli Lembaga atau ahli Majlis Sains bolehbertanggungan sendiri terhadap apa-apa kerugian atau kerosakanyang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan dalammenguruskan atau menjalankan hal ehwal Institut, Lembaga atauMajlis Sains, melainkan jika kerugian atau kerosakan itudisebabkan oleh suatu perbuatan atau peninggalan salah yangsengaja di pihaknya.

Harta dalam dapatan penyelidikan

23. (1) Harta mengenai tiap-tiap dapatan penyelidikan atau tiap-tiap program yang diusahakan oleh Institut yang dibiayaisepenuhnya dengan pemberian yang dibuat kepada Institut olehKerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, hendaklahterletak hak pada Lembaga.

(2) Harta mengenai tiap-tiap dapatan penyelidikan atau tiap-tiap program yang diusahakan oleh Institut yang dibiayai olehsesuatu perusahaan atau organisasi swasta, hendaklah terletak hakpada Lembaga dan perusahaan atau organisasi swasta itubersesama, tertakluk kepada syarat apa-apa perjanjian antaraLembaga dengan perusahaan atau organisasi swasta itu.

Akses kepada dapatan penyelidikan dan kemudahan

23A. (1) Lembaga boleh, tertakluk kepada syarat, sekatan danbatasan sebagaimana yang ditentukan olehnya, membenarkanmana-mana orang mendapat akses kepada dapatan penyelidikandan kemudahan Institut.

011b.fm Page 20 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 21: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 21

(2) Bagi maksud seksyen ini, “kemudahan” termasuklahkelengkapan, makmal, petak uji kaji, pangkalan data danpengumpulan germplasma.

Kuasa untuk mengenakan fi

23B. Lembaga boleh mengenakan fi, royalti atau apa-apa bayaranlain yang difikirkannya patut bagi apa-apa penyelidikan,penyiasatan, ujian, latihan, nasihat atau perkhidmatan lain yangdiberikan oleh Institut, atau bagi penggunaan mana-mana hartaatau kemudahannya.

Arahan Menteri

24. Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan arahanam yang tidak berlawanan dengan Akta ini kepada Lembaga, danLembaga hendaklah melaksanakan arahan itu.

Kaedah

25. Dengan persetujuan Menteri, dan mengenai perenggan (a)dan (b) tertakluk kepada persetujuan Menteri Kewangan, Lembagaboleh membuat kaedah bagi kesemua atau mana-mana perkarayang berikut—

(a) menetapkan tangga gaji dan syarat mengambil bekerjapegawai dan pekhidmat Institut, termasuk peruntukanmengenai pinjaman kepada pegawai dan pekhidmatitu;

(b) menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wangsimpanan bercaruman bagi pegawai dan pekhidmatInstitut atau untuk membayar pencen, elaun atauganjaran kepada pegawai dan pekhidmat tersebutapabila bersara ataupun apabila berhenti memegangjawatan;

(c) prinsip dan tatacara berkenaan dengan pelantikan,kenaikan pangkat dan penamatan pelantikan dalamInstitut, tidak termasuk Ketua Pengarah dan TimbalanKetua Pengarah;

(d) prinsip dan tatacara bagi menilai kebolehan danpekerjaan kakitangan profesional Institut; dan

(e) apa-apa perkara lain yang boleh ditetapkan di bawahAkta ini.

011b.fm Page 21 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 22: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 11

Kuasa membuat peraturan tatatertib

25A. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuatapa-apa peraturan tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perluatau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan mengenaitatatertib pegawai dan pekhidmat Institut.

(2) Peraturan tatatertib yang dibuat oleh Lembaga di bawahseksyen ini boleh mengandungi peruntukan mengenai tahan kerjadengan pengurangan gaji atau saraan lain, atau peruntukanmengenai penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain,seseorang pegawai atau pekhidmat Institut sementara menantiprosiding tatatertib selesai.

(3) Peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen inihendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatert ib danmengadakan peruntukan mengenai apa-apa hukuman tatatertibsebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukumanyang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerjaatau penurunan pangkat.

(4) Peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen inihendaklah, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib,memberi orang yang terhadapnya prosiding tatatertib diambilpeluang membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertibyang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai olehJawatankuasa Tatatertib kecuali dalam hal yang berikut:

(a) jika seseorang pegawai atau pekhidmat Institutdibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasankelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhanjenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(b) jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkandengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri,berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatanMalaysia atau mana-mana bahagiannya tidak suaimanfaat untuk menjalankan kehendak subseksyen ini;

(c) jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai ataupekhidmat Institut apa-apa perintah tahanan,pengawasan, kediaman terhad, buang negeri ataudeportasi, atau jika telah dikenakan terhadap seseorangpegawai atau pekhidmat Institut apa-apa bentuksekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya,

011b.fm Page 22 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 23: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 23

di bawah mana-mana undang-undang berhubungdengan keselamatan Malaysia atau mana-manabahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan,kediaman terhad, buang negeri, imigresen, ataupelindungan wanita dan gadis.

(5) Peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen inihendaklah mengadakan peruntukan mengenai tatacara bagipendengaran rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib.

(6) Bagi maksud seksyen ini, “pegawai” termasuklah KetuaPengarah.

JADUAL

[Seksyen 6]

Mesyuarat Lembaga

1. Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali tiap-tiapsatu tahun dan, selain itu, hendaklah bermesyuarat apabila dipanggil olehPengerusi.

Kuorum

2. Kehadiran empat orang ahli menjadi kuorum dalam mana-mana mesyuaratLembaga.

Minit Lembaga

3. Minit segala mesyuarat Lembaga hendaklah disimpan dan salinannyahendaklah disampaikan kepada Menteri.

Meterai Lembaga

4. Meterai Lembaga hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah ataumana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklahdisahkan oleh Ketua Pengarah atau orang yang diberi kuasa itu dan seseorangpegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis;dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagaidimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalamperenggan ini, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehinggadibuktikan sebaliknya.

011b.fm Page 23 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 24: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 11

Tatacara Lembaga

5. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah menetapkan tatacaranyasendiri.

Pelantikan jawatankuasa

6. (1) Lembaga boleh melantik jawatankuasa bagi apa-apa maksud yangberbangkit daripada atau berkaitan dengan mana-mana kuasa, kewajipan danfungsinya di bawah Akta ini; mana-mana jawatankuasa yang dilantiksedemikian hendaklah termasuk tidak kurang daripada seorang ahli Lembaga,dan bolehlah dilantik ke jawatankuasa itu mana-mana orang lain sebagaimanayang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2) Mana-mana jawatankuasa yang dilantik sedemikian hendaklahmenepati apa-apa arahan yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa olehLembaga, dan Lembaga boleh pada bila-bila masa menghentikan ataumengubah keanggotaan mana-mana jawatankuasa yang dilantik sedemikian.

(3) Lembaga atau jawatankuasa, masing-masingnya, boleh mempelawamana-mana orang yang, pada pendapatnya, mempunyai pengetahuan khas yangberfaedah kepadanya, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga ataujawatankuasa dan orang yang dipelawa sedemikian tidak berhak mengundidalam mana-mana mesyuarat itu.

Kuasa menghendaki

7. Lembaga boleh menghendaki sesiapa jua menyampaikan apa-apa maklumatyang, pada pendapat Lembaga, perlu untuk menjalankan fungsinya di bawahAkta ini.

011b.fm Page 24 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 25: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

25

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 11

AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUANPERTANIAN MALAYSIA 1969

SENARAI PINDAAN

Undang-undangyang meminda

Tajuk ringkas Berkuat kuasadari

Akta A203 Akta Institut Penyelidikan danKemajuan Pertanian Malaysia(Pindaan) 1973

22-06-1973

Akta A374 Akta Institut Penyelidikan danKemajuan Pertanian Malaysia(Pindaan) 1977

18-03-1977

Akta 218 Akta Penyelidikan dan KemajuanMinyak Kelapa Sawit 1979

15-05-1979

Akta 343 Akta Lembaga Koko Malaysia(Pemerbadanan) 1988

01-02-1989 kecuali s. 25 &26—lihatP.U.(B)59/1989

Akta A757 Akta Institut Penyelidikan danKemajuan Pertanian Malaysia(Pindaan) 1990

01-08-1990

Akta A785 Akta Institut Penyelidikan danKemajuan Pertanian Malaysia(Pindaan) 1990

31-08-1990

Akta 478 Akta Pembatalan PengecualianDaripada Bayaran Duti Setem 1992

21-02-1992

Akta A1054 Akta Institut Penyelidikan danKemajuan Pertanian Malaysia(Pindaan) 1999

01-09-1999

011b.fm Page 25 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 26: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 11

Akta A1103 Akta Lembaga Koko Malaysia(Pemerbadanan)(Pindaan) 2001

01-09-2001

Akta A1160 Akta Institut Penyelidikan danKemajuan Pertanian Malaysia(Pindaan) 2002

01-11-2002

P.U.(A)206/2004 Perintah Menteri-Menteri KerajaanPersekutuan (No. 2) 2004

27-03-2004

Undang-undangyang meminda

Tajuk ringkas Berkuat kuasadari

011b.fm Page 26 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 27: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

27

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 11

AKTA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA 1969

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

2 Akta A374 18-03-1977

Akta A1160 01-11-2002

P.U.(A)206/2004 27-03-2004

3 Akta A785 31-08-1990

Akta A1160 01-11-2002

4 Akta A374 18-03-1977

Akta A1160 01-11-2002

5 Akta A203 22-06-1973

Akta A374 18-03-1977

Akta A785 31-08-1990

Akta A1160 01-11-2002

P.U.(A)206/2004 27-03-2004

6 Akta A203 22-06-1973

Akta A785 31-08-1990

6A Akta A785 31-08-1990

7 Akta A757 01-08-1990

011b.fm Page 27 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 28: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 11

Akta A1054 01-09-1999

7A Akta A757 01-08-1990

P.U.(A)206/2004 27-03-2004

7B Akta A1054 01-09-1999

7C Akta A1054 01-09-1999

8 Akta A203 22-06-1973

Akta A374 18-03-1977

Akta A1160 01-11-2002

P.U.(A)206/2004 27-03-2004

9 Akta A203 22-06-1973

14 Akta A1160 01-11-2002

15 Akta A1160 01-11-2002

16 Akta A1160 01-11-2002

17 Akta A1160 01-11-2002

17A Akta A757 01-08-1990

18 Akta A1160 01-11-2002

21 Akta A785 31-08-1990

21A Akta A785 31-08-1990

23 Akta A1160 01-11-2002

23A Akta A1160 01-11-2002

23B Akta A1160 01-11-2002

25 Akta A757 01-08-1990

25A Akta A757 01-08-1990

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

011b.fm Page 28 Monday, March 27, 2006 12:45 PM

Page 29: akta institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia 1969

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 29

Jadual Akta A1160 01-11-2002

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

011b.fm Page 29 Monday, March 27, 2006 12:45 PM