13 mei 1969.e

23
TUTORIAL SEJARAH PEMBINAAN NEGARA BANGSA DI MALAYSIA Tajuk Perbincangan: RUSUHAN KAUM 13, MEI 1969: PERISTIWA SEBELUM DAN TINDAKAN SELEPASNYA 1.1 PENDAHULUAN Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan keunikannya terserlah dengan kemampuan rakyat yang berbilang kaum hidup dalam suasana yang aman sentosa. Di nagara kita, hubungan kaum dapat dilihat dari segi hubungan- hubungan yang berbentuk konflik, persaingan dan kerjasama. Hubungan konflik antara kaum di Malaysia banyak digambarkan melalui peristiwa 13 Mei 1969. Merujuk kepada hubungan persaingan pula ia dapat digambarkan menerusi persaingan dari segi pendidikan, peluang pekerjaan dan kebudayaan. Sementara itu, hubungan kerjasama biasanya melibatkan kerjasama atau pakatan dalam bidang politik. Sejarah hubungan kaum di Malaysia bermula di sekitar abad ke enam belas lagi, semasa kerajaan Melayu Melaka. Ramai golongan pedagang Cina, India, Jawa mahupun Arab yang datang berdagang dan menetap di Melaka. Hubungan kaum yang wujud ketika itu berbentuk co-existance, iaitu wujudnya interaksi yang amat terhad atas dasar kepentingan ekonomi sahaja. 1

Upload: siew-chang-yee

Post on 08-Jun-2015

10.335 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Peristiwa 13 Mei 1969 masih diselubungi oleh pelbagai kontroversi sehingga hari ini. Krisis perkuaman yang tercetus lantaran daripada keputusan pilihan raya jelas mempunyai agenda tersembunyi dan ia seolah-olah satu jenayah terancang yang cukup licik. ketidakstabilan politik negara selepas pilihan raya mac 2008 dan kegoyahan kerajaan perak sekali lagi membuktikan agenda jahat barisan nasional yang tidak pernah padam

TRANSCRIPT

Page 1: 13 Mei 1969.e

TUTORIAL SEJARAH PEMBINAAN NEGARA BANGSA DI MALAYSIA

Tajuk Perbincangan:

RUSUHAN KAUM 13, MEI 1969: PERISTIWA SEBELUM DAN TINDAKAN SELEPASNYA

1.1 PENDAHULUAN

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan keunikannya terserlah

dengan kemampuan rakyat yang berbilang kaum hidup dalam suasana yang aman sentosa.

Di nagara kita, hubungan kaum dapat dilihat dari segi hubungan-hubungan yang berbentuk

konflik, persaingan dan kerjasama. Hubungan konflik antara kaum di Malaysia banyak

digambarkan melalui peristiwa 13 Mei 1969. Merujuk kepada hubungan persaingan pula ia

dapat digambarkan menerusi persaingan dari segi pendidikan, peluang pekerjaan dan

kebudayaan. Sementara itu, hubungan kerjasama biasanya melibatkan kerjasama atau

pakatan dalam bidang politik.

Sejarah hubungan kaum di Malaysia bermula di sekitar abad ke enam belas lagi,

semasa kerajaan Melayu Melaka. Ramai golongan pedagang Cina, India, Jawa mahupun

Arab yang datang berdagang dan menetap di Melaka. Hubungan kaum yang wujud ketika

itu berbentuk co-existance, iaitu wujudnya interaksi yang amat terhad atas dasar

kepentingan ekonomi sahaja.

Namun begitu, kehadiran kuasa-kusa barat khususnya Inggeris telah membawa

kepada lahirnya tahap baru yang dikenali sebagai tahap kontak luaran yang didasari oleh

adanya pergantungan untuk kepentingan hidup terutamanya dari aspek pengkhususan dalam

ekonomi. Manakala tahap kompromi berkembang menjelang kemerdekaan negara apabila

kaum yang berbeza menyedari kepentingan bersama, lalu mewujudkan kompromi demi

untuk menjaga kepentingan bersama. Tahap ini biasanya melibatkan kompromi politik dan

ekonomi.

1

Page 2: 13 Mei 1969.e

Tahap perpaduan berlaku apabila kaum-kaum di Malaysia yang hidup berkompromi

mula hidup bersatu dan mempunyai kecenderungan yang sama mula mempelbagaikan

kerjasama dalam aspek sosial, ekonomi, budaya dan politik. Namun begitu, di peringkat

ini kerjasama yang wujud masih bersifat luaran sahaja. Kerjasama antara kaum-kaum lama-

kelamaan mewujudkan perasaan ‘kekitaan’ dan hubungan antara kaum bukan hanya

didasarkan kepentingan tetapi juga rasa tanggungjawab.

2.1 KRONOLOGI PERHUBUNGAN MELAYU-CINA.

2.1.1 Pendudukan Jepun.

Pendudukan Jepun telah membangkitkan perasaan benci antara kaum Melayu dan Cina.

Sungguhpun kedua-dua kaum hidup menderita tetapi orang-orang Cinalah yang paling

terseksa. Mereka tidak dipercayai oleh Jepun. Lebih-lebih lagi Negeri China telah

berperang dengan Jepun semenjak tahun 1937. Orang-orang Melayu pula ramai yang

menjadi tali-barut Jepun. Oleh sebab itu, selepas pengunduran Jepun, MPAJA telah

bertindak membalas dendam terhadap oang-orang Melayu. Antaranya Peristiwa di Batu

Pahat Johor, Sungai Manik Perak, Bukit Tambun, Pulau Pinang dan Bukit Junun, Kedah.

2.1.2 Rancangan Malayan Union

Telah ditentang oleh orang Melayu sebab banyak memberi keuntungan kepada bukan

Melayu. Rancangan yang diumumkan pada Januari 1946 ini mencipta sebuah negara

Kesatuan dengan kedaulatan Sultan dipindahkan kepada Mahkota Inggeris. Semua rakyat

mempunyai hak yang sama termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam manakala

kewarganegaraan Tanah Melayu diluaskan kepada semua tidak mengira bangsa atau

kepercayaan mereka. Rancangan ini mendapat tentangan hebat daripada kaum Melayu

manakala kaum bukan Melayu tidak begitu mengambil berat.

2.1.3 Persekutuan Tanah Melayu 1948

Mengembalikan semula hak keistimewaan kepada orang Melayu dan Raja-raja diberikan

kedaulatan semula. Kewarganegaraan pula telah diperketatkan, iaitu syarat tinggal

2

Page 3: 13 Mei 1969.e

sekurang-kurangnya lima belas tahun. Kebolehan bertutur dalam bahasa Melayu juga

diambil kira sebagai syarat tersebut.

Rancangan Persekutuan itu merupakan satu kemenangan besar kepada orang-orang

Melayu tetapi diterima dengan rasa cemas oleh kaum lain. Orang-orang Cina khasnya rasa

dikhianati kerana mereka percaya bahawa mereka telah banyak berkorban dan sentiasa taat

setia kepada mahkota Inggeris dalam perang yang lalu. Ada juga harapan di antara orang-

orang Cina yang tidak berpuashati melihat harapan mereka untuk sebuah masyarakat adil

dalam panji-panji parti Komunis Malaya.

2.1.4 DARURAT

Telah korbankan lebih kurang 10,000 jiwa. Oleh kerana kebanyakan anggota pasukan

keselamatan yang menentang pemberontakan itu Melayu, maka pertentangan langsung

antara PKM dan kerajaan sepanjang berlangsungnya Darurat itu telah menebalkan lagi

sentimen anti-Cina. Rasa tidak puas hati Melayu pernah disuarakan oleh Henry Gurney,

Pesuruhjaya Tinggi British misalnya dalam soal khidmat negara di mana orang Cina dan

India tidak ramai yang mahu menyertai program tersebut yang dilancarkan pada 1950.

Antara Februari dan Ogos 1951 lebih 10 000 belia-belia China lari ke negeri China dan

kapal-kapal ke India bertambah penuh.

Pandangan tentang keganasan komunis di Tanah Melayu dari tahun 1948-1951 yang

di antara lain menyebut:

…perasaan kecewa telah timbul di kalanan orang-orang Melayu tentang keenggnan orang-orang Cina memberi pertolongan. Mereka hanya hidup bersenang-lenang dan menumpukan tenaga semata-mata mencari kekayaan.

2.1.5 Pembentukan Perikatan

Pembentukan Perikatan antara UMNO dan MCA pada tahun 1952 merupakan satu yang

dianggap istimewa dalam sejarah perhubungan antara kedua-dua kaum ini terutama dalam

proses ke arah kemerdekaan. Pada peringkat ini kedua-dua parti mengekalkn identiti dan

3

Page 4: 13 Mei 1969.e

objektif politik masing-masing. Walau bagaimanapun penggabungan tersebut bersama-

sama MIC kemudiannya pada 1955 telah dianggap oleh kerajaan kolonial sebagai langkah

positif ke arah pembentukan bangsa Tanah Melayu yang bersatu padu. Dalam pilihanraya

Persekutuan pada bulan Julai 1955, Perikatan telah membuktikan sokongan yang begitu

besar dengan mendapat 81% undi dan 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

2.1.6 Perlembagaan Tanah Melayu

MCA-MIC-UMNO sering memberi dan menerima iaitu berkaitan kepentingan kaum

masing-masing. Ia menyentuh soal kerakyatan, kedudukan istimewa bangsa Melayu, bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal, kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai

agama rasmi.Pada peringkat ini, iklim politik adalah untuk menjaga kepentingan kaum

masing-masing. Walau bagaimanapun persetujuan ini tidak menggambarkan persetujuan

keseluruhan kaum yang diakilinya.

Tolak ansur perlembagaan sebenarnya merenggangkan lagi jarak hubungan di antara

berbilang kaum. Melayu menuduh UMNO menjualkan ‘kepentingan Melayu’ kepada Cina

sementara Cina menuduh MCA menggadaikan ‘kepentingan Cina kepada Melayu

2.1.7 Perbahasan di Parlimen antara tahun 1960-1969.

Perbahasan hangat telahpun beraku di Parlimen terutama isu yang menyentuh tentang

pertikaian hak istimewa bangsa Melayu, isu bahasa dan kemasukan Singapura ke dalam

Gagasan Malaysia. Umumnya, ahli Parlimen Melayu samada PAS, Parti Negara dan

UMNO yang mewakli kaum Melayu berbahas hebat menidakkan fakta dan hujahan ahli

parlimen bukan Melayu seperti PPP dan PAP. Pada peringkat ini ahli parlimen MCA dan

MIC masih menyokong Perikatan.

Antara isu yang disentuh ialah berkenaan dasar pelajaran, tanah simpanan Melayu,

permit untuk menjalankan perniagaan, biasiswa dan sebagainya. Isu hangat lain ialah

konsep Malaysian-Malaysia yang dibawa oleh PAP yang mempertikaikan bangsa Melayu.

Singapura terpaksa dikeluarkan dariada Gagasan. Perjuangan PAP diteruskan oleh DAP.

4

Page 5: 13 Mei 1969.e

2.1.8 Konflik Perkauman Akibat Isu Perkauman yang dibangkitkan di Parlimen

Wakil rakyat ialah mereka yang berpengaruh, apabila ahli Parlimen tidak berpuashati di

dalam perbahasan di parlimen maka ia turut dibawa di luar Parlimen melalui pentas-pentas

politik dan kempen-kempen pilihanraya. Ini sudah tentu akan membakar semangat rakyat.

Kesannya beberapa rusuhan kecil telah berlaku. Antaranya ialah rusuhan kaum sempena

perarakan sambutan Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya. Kegelisahan timbul kerana

UMNO tidak mahu menyertai perarakan tersebut. Khabar angin tentang rusuhan akan

berlaku. Perarakan pada 2 Mei, 1957 dalam suasana tegang, polis yang menyiasat satu

pergaduhan di belakang perarakan tersebut yang dikatakan berpunca daripada serangan

orang Melayu. Ini mengakibatkan perarakan berpecah dan orang-orang Cina mula

melengkapkan diri dengan senjata.. rusuhan berakhir pada 8 Jun, 1957 dengan 4 kematian

dan 48 cedera.

Lain-lain konflik yang merenggangkan hubungan antara orang-orang Melayu dan

China ialah seperti rusuhan kaum di Pangkor 1959, rusuhan kaum di Bukit Mertajam 1964

dan rusuhan kaum di Singapura 1964. Di dalam beberapa rusuhan kecil ini pihak polis

masih dapat mengawal keadaan. Namun ibarat kata pepatah ‘Terbakar rumah nampaklan

asapnya, tetapi terbakar jiwa siapa yang tahu’. Dengan ditambah melalui kempen-kempen

yang berapi sebelum pilihanraya dan perarakan DAP dan Gerakan selepas kemenangan

pilihanraya 1969 di Kuala Lumpur telah mencetuskan rusuhan yang besar.

3.1 IMBASAN 13 MEI 1969

Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di

negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Perbincangan ini bukan untuk melihat

ketegangan yang berlaku atau ‘melukakan kembali parut yang telah pun kering’ dalam

peristiwa berkenaan tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab

musabab mengapa ianya terjadi seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua.

Hubungan antara orang Melayu dan Cina sejak berabad lamanya ibarat ‘tidur sekatil tetapi

mimpinya berlainan’

5

Page 6: 13 Mei 1969.e

Dalam sejarah Malaysia, peristiwa 13 Mei mencatatkan satu detik hitam yang pasti

tidak dapat dilupakan setiap rakyat negara ini. Pertumpahan darah dan kekacauan yang

tercetus pada 13 Mei 1969 hampir-hampir menghancurkan negara. Ia merupakan satu ujian

besar kepada perpaduan kaum di Malaysia. Rusuhan kaum yang tercetus telah menyedarkan

rakyat Malaysia yang berbilang kaum tentang betapa pentingnya integrasi, toleransi dan

sikap hormat-menghormati bagi menjamin keamanan serta survival negara. Pada masa yang

sama, ia telah menyedarkan kerajaan tentang perlunya uasaha-usaha ke arah perpaduan dan

integrasi nasional bagi menjamin pembentukan sebuah negara Malaysia yang majmuk,

aman dan stabil.

Peristiwa 13 Mei tercetus selepas berlangsungnya pilihan raya umum 1969 yang

telah diadakan pada 10 Mei 1969 yang dilihat sebagai ‘turning point’ dalam sejarah negara.

Namun begitu, bibit-bibit ketegangan kaum telah tercetus lebih awal lagi dan keputusan

pilihan raya 1969 hanya merupakan klimaks kepada ketegangan hubungan Melayu - Cina

itu. Pembunuhan seorang ahli UMNO di Pulau Pinang, kira-kira dua minggu sebelum

pilihan raya oleh anggota Parti Buruh telah mencetuskan ketegangan dan kira-kira sepuluh

hari kemudiannya, seorang ahli Parti Buruh pula ditembak polis di Kuala Lumpur apabila

enggan bekerjasama apabila ditahan. Dua insiden yang berasingan ini dilihat sebagai

pencetus kepada ketegangan kaum di negara pada ketika itu. Menjelang 9 Mei, Parti Buruh

yang telah memboikot pilihan raya 1969 telah menganjurkan satu perarakan pengebumian

di Kuala Lumpur. Ia disertai kira-kira 10,000 peserta yang telah berarak di pusat Kuala

Lumpur tanpa menghiraukan arahan serta larangan pihak berkuasa. Tindakan penyokong

Parti Buruh yang melaung-laungkan slogan Maoist sambil menyanyi lagu “ The East is Red

” dengan memaparkan potrait Mao Tze Tung dan mengibarkan bendera China jelas

menimbulkan kerisauan di kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur. Sentimen perkauman

menjadi semakin menebal apabila golongan belia Cina yang menyertai perarakan itu

meluahkan kata-kata provoksi seperti “ Malai Si” dan “ Hutang darah dibayar darah ”

sepanjang perarakan itu.

Pilihan raya 1969 telah berlangsung dalam suasana politik perkauman yang ketara.

Di mana isu-isu hak keistimewaan, taraf kewarganegaraan, bahasa dan pendidikan menjadi

agenda penting parti-parti yang bertanding. Parti Perikatan telah menggunakan kemunculan

DAP sebagai modalnya bagi mendapat sokongan padu orang Melayu. DAP dikatakan

6

Page 7: 13 Mei 1969.e

bersikap anti Melayu dan penubuhannya adalah lanjutan bermotifkan dendam PAP yang

gagal menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Pada masa yang sama, DAP dan PPP

pula berkempen untuk meraih sokongan orang bukan Melayu dengan mengutarakan isu-isu

persamaan hak serta nasib masa depan bahasa Cina dan Tamil dalam perlembagaan negara.

Pilihan raya umum 1969 menyaksikan pemulauan Parti Buruh terhadap pilihanraya

kali ini. Ia menyeru rakyat agar tidak keluar mengundi kerana menentang kepercayaan dan

keyakinan institusi berparlimen dan mendakwa unsur-unsur penyelewengan berleluasa

dalam proses pilihanraya yang bakal diadakan nanti. Ketiadaan Parti Buruh telah digunakan

oleh DAP bagi menonjolkan dirinya sebagai jaguh masyarakat bukan Melayu. DAP telah

bekerjasama dengan PPP dan Gerakan dalam pilihanraya ini. Di mana pada Februari 1969,

DAP, PPP dan Gerakan telah membuat persetujuan dalam pembahagian kerusi parlimen

dan undangan negeri yang bakal ditandingi oleh ketiga-tiga parti berkenaan. Ia bertujuan

untuk mengelakkan pertembungan antara parti-parti ini dan terusnya mengakibatkan

perpecahan undi bagi parti pembangkang. Pakatan ini telah menimbulkan kebimbangan di

kalangan para pemimpin Melayu dan beranggapan ia sebagai satu percubaan golongan

bukan Melayu dalam mencabar kedudukan politik serta keistimewaan orang Melayu.

Dalam situasi politik yang penuh dengan unsur perkauman, keputusan pilihanraya

umum 1969 jelas memberi impak yang amat mendalam kepada masa depan negara.

Perikatan yang selama ini dinobatkan sebagai wakil tiga kaum utama negara menerusi

UMNO, MCA dan MIC mengalami kekalahan yang teruk dan di luar dugaan. Perikatan

buat pertama kali dalam sejarah tercabar dengan begitu hebat sekali dan orang Melayu

melihatnya sebagai kemenangan bagi masyarakat bukan Melayu dan tamatnya penguasaan

Melayu dalam politik, pentadbiran dan kerajaan di Tanah Melayu. Parti Perikatan hanya

mampu memperolehi 48.45% undi iaitu merosot sebanyak 10 % berbanding 58.4% undi

pada pilihan raya 1964 dan ia jelas merupakan prestasi terburuk Perikatan. Di peringkat

parlimen, Perikatan hanya mampu memenangi 66 kerusi iaitu 51 kerusi bagi UMNO, 13

MCA dan 2 MIC. dewan undangan negeri pula, Perikatan hanya mendapat 162 daripada

282 kerusi yang dipertandingkan dan ia merupakan kemenangan yang paling tipis baginya

jika dibandingkan dengan pilihan raya sebelum ini, iaitu 206 kerusi dalam pilihanraya 1959

dan 241 kerusi dalam pilihanraya 1964.

7

Page 8: 13 Mei 1969.e

Pencapaian buruk ini telah memberi beberapa implikasi negatif terhadap Perikatan.

Pertama, ia kehilangan dua buah negeri iaitu Pulau Pinang kepada Gerakan dan Kelantan

kepada PAS. Kedua, ia gagal membentuk kerajaan negeri yang mantap di Perak dan

Selangor kerana kekurangan majoriti kerusi di peringkat dewan undangan negeri. Di Perak,

Perikatan yang memenangi 19 daripada 40 kerusi disaing hebat oleh pakatan DAP dan PPP

yang memenangi 18 kerusi, di samping Gerakan dan PAS masing-masing satu kerusi. Di

Selangor pula, DAP dan Gerakan terus memberi tekanan kepada Perikatan yang hanya

menguasai 14 daripada 28 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan. Ketiga,

peratusan undi bagi tiga buah negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu

berada di paras bawah 50% undi popular. Di Negeri Sembilan, peratusan undi Perikatan

hanyalah 46.2%, Melaka 48.1% dan 49.3% bagi Terengganu.

Sejurus keputusan pilihanraya diumumkan, situasi di Semenanjung Malaysia

bertambah tegang. Kehilangan Pulau Pinang kepada Gerakan dan risiko kehilangan kuasa

Melayu di Perak dan Selangor jelas sukar diterima oleh orang Melayu. Ia diperburukkan

lagi dengan perarakan kemenangan DAP dan Gerakan di Kuala Lumpur. Pada keesokkan

harinya, MCA telah mengumumkan bahawa parti itu tidak lagi mewakili orang Cina di

dalam kerajaan setelah ia dikritik hebat kerana prestasinya yang begitu buruk dengan hanya

memenangi 13 daripada 33 kerusi yang ditandinginya. Pada masa yang sama satu

demonstrasi telah dianjurkan olah UMNO Selangor dan penyebaran khabar angin bahawa

orang Melayu telah diserang di sekitar Kuala Lumpur telah membawa kepada tercetusnya

tregedi 13 Mei yang mengorbankan 196 nyawa dan menyebabkan 409 kecederaan yang

sebahagian besarnya terdiri daripada orang Cina. Di samping itu, kira-kira 6000 kediaman

serta premis pemilikan orang Cina di sekitar Kuala Lumpur turut musnah dalam kekacauan

yang tercetus menjelang petang 13 Mei 1969.

4.1 SELEPAS 13 MEI 1969

Rusuhan dan kekacauan yang tercetus akhirnya membawa kepada pengisytiharan darurat

pada 14 Mei 1969. Selaras dengan itu, Majlis Gerakan Negara ( Mageran ) telah dibentuk

dan Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai pengarahnya. Majlis ini turut dianggotai oleh

Tan Siew Sin dan V.T. Sambanthan, wakil bagi MCA dan MIC. Selain itu, Mageran turut

diwakili oleh perwakilan polis, tentera dan pentadbiran awam.

8

Page 9: 13 Mei 1969.e

Tujuan utama pembentukan Mageran adalah untuk memulihkan keadaan negara dan

Tun Razak selaku pengarahnya mempunyai kuasa mutlak dalam melaksanakan tugasnya.

Majlis yang terdiri daripada pelbagai perwakilan itu telah mengadakan persidangan tertutup

dari masa ke semasa secara tertutup dalam usahanya untuk membentuk asas pembinaan

negara yang lebih kukuh. Di samping itu, Mageran turut berperanan dalam merancang serta

membuat rombakan semula ke atas perlembangaan bagi tujuan mengelakkan peristiwa 13

Mei berulang.

Pada masa yang sama, Tun Dr. Ismail telah kembali ke dalam kerajaan dan telah

dilantik sebagai Menteri dalam negeri. Kehadiran beliau memberi satu kelegaan kepada

orang Melayu yang beranggapan Dr. Ismail merupakan seorang ahli politik yang cekal,

tegas dan tidak tunduk kepada sesiapa. Dalam memperkatakan isu 13 Mei, Tun Dr. Ismail,

menyatakan bahawa amalan ‘demokrasi di negara ini telah mati akibat’ daripada tragedi 13

Mei dan mengulas bahawa:

Ia bukan tujuan kami untuk menyalahkan mana-mana pihak atas tragedi 13 Mei tetapi orang Melayu benar-benar terganggu danterkejut dengan keputusan pilihan raya dan tidak bersedia untuk membenarkan parti pembangkang bukan Melayu membentukkerajaan negeri di Perak mahupun Selangor.

Kenyataan itu jelas menunjukan kebimbangan orang Melayu dengan perkembangan politik

negara selepas keputusan pilihan raya 1969 yang dilihat lebih memihak kepada orang bukan

Melayu yang semakin lantang dalam persoalkan keistimewaan orang Melayu dan menuntut

persamaan hak sebagai warganegara.

Walaupun Mageran telah mengambil alih pentadbiran negara, tetapi Tunku Abdul

Rahman masih kekal sebagai Perdana Menteri dan terus mengetuai kabinetnya yang telah

kehilangan kuasa pentadbirannya. Selain itu, Tunku juga mengetuai Majlis Muhibah Negara

yang dilihat sebagai kabinet sementara Majlis Mageran. Majlis Muhibah Negara bertujuan

unutk memupuk persefahaman antara kaum dan banyak menumpukan kepada kerja-kerja

sosial bagi menjamin semula persefahaman yang terjejas akibat daripada persengketaan

kaum.

9

Page 10: 13 Mei 1969.e

Dalam usaha pemulihan, para pemimpin tertinggi negara berpendapat bahawa

“rundingan” dan parti Perikatan sahaja tidak memadai untuk memastikan keharmonian

kaum. Lantaran itu, Majlis Perunding Negara ( MPN ) telah ditubuhkan pada Januari 1970

dan ia melibatkan perwakilan daripada semua parti politik dan terdiri daripada 65 anggota

yang merangkumi anggota-anggota kerajaan, persatuan-persatuan agama dan professional,

kesatuan sekerja dan golongan minoriti. MPN telah mengadakan perjumpaan yang pertama

pada Januari 1970 bagi membincangkan polisi dan strategi bagi menangani masalah

perkauman

5.1 IMPAK DAN LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN

Peristiwa 13 Mei telah membawa kepada perubahan iklim politik di Malaysia. Ia bertukar

wajah daripada satu bentuk politik demokrasi yang terlalu bebas kepada satu bentuk politik

yang lebih terkawal dan tersusun.

Impak serta merta lantaran daripada 13 Mei ialah penggantungan parlimen dan

penundaan pilihan raya di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, segala aktiviti politik telah

diharamkan dan turut menyaksikan penahanan pemimpin-pemimpin politik seperti Lim Kit

Siang yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sehingga 1 Oktober,

1970. Kawalan serta penapisan ke atas media massa turut diperketatkan bagi memastikan

tiada penyiaran yang berbau perkauman dan mencetuskan sebarang kejadian yang tidak

diingini. Perhatian turut diberikan ke atas kemasukkan bahan dari luar negeri di mana

artikal-artikal yang dianggap kurang sesuai ditapis sebelum dibenarkan pengedarannya.

Kejayaan MPN dan pembentukkan kerajaan campuran di Sarawak telah membawa

kepada pembentukan kerajaan campuran di Pulau Pinang, Perak dan Kelantan. Kerajaan

campuran yang pertama terbentuk di Sarawak antara SUPP dengan Perikatan Sarawak yang

dianggotai oleh Parti Bumiputera, Pesaka dan Sarawak Chinese Association. Kejayaan ini

kemudian disusuli dengan pembentukkan kerajaan campuran di Pulau Pinang pada Februari

1972 apabila Gerakan bersetuju untuk menyertai Perikatan dan ia diikuti dengan satu lagi

kerajaan campuran PPP-Perikatan di Perak yang berkuatkuasa pada 1 Mei 1973.

Kemasukkan Pas dan pembentukkan kerajaan campuran di Kelantan pada 1 Januari 1973

telah berjaya membina satu senario politik baru di Malaysia. Gerakan, PPP dan SUPP yang

10

Page 11: 13 Mei 1969.e

merupakan parti-parti bukan Melayu radikal sebelum ini telah mengenepikan corak

perjuangan masing-masing demi untuk mewujudkan satu senario politik dalaman yang lebih

bersifat kesederhanaan dan mampu bekerjasama dengan parti-parti lain yang mewakili

pelbagai kaum. Gabungan parti-parti ini telah membawa kepada pembentukkan Barisan

Nasional pada 1 Jun 1974. Ia memperlihatkan kemampuan UMNO sebagai tunjangnya dan

memainkan peranan penting dalam usaha berkompromi dengan pelbagai parti yang

mewakili kaum yang berbeza.

13 Mei telah meninggalkan kesan mendalam terhadap integrasi kaum di Malaysia.

Walaupun langkah segera dapat membendung rusuhan kaum itu daripada berlanjutan tetapi

peristiwa itu terpahat dalam sanubari orang Melayu dan Cina dan ia ternyata memberi kesan

terhadap perpaduan kaum di negara ini. Sentimen perkauman pada ketika itu berada di

tahap yang tinngi dan ia terbukti dengan meletusnya siri rusuhan yang kedua pada 28 Jun

1969. Ia berlaku di sekitar Sentul dan membabitkan orang India. Rusuhan itu berakhir

dengan kematian 15 orang India dan kemusnahan harta benda.

Dalam tempoh masalah selepas rusuhan itu, hubungan dalam bidang sosial dan

ekonomi antara oaring-orang Melayu dan Cina terputus. Dalam bulan Jun, bilangan orang

Cina dan India yang sudi berurusniaga dengan orang Melayu amatlah terhad. Malahan

mereka enggan menaiki teksi orang Melayu dan tidak membeli barangan yang dianggap

sebagai simbol orang Melayu seperti batik dan buah durian. Senario ini menampakkan

tahap integrasi antara kaum di negara berada pada tahap yang amat rendah dan kurang sihat.

Walaupun perisitwa 13 Mei dikaitkan secara langsung pilihan raya 1969, namun

begitu bibit-bibit permusuhan antara kaum telah wujud lebih awal daripada itu. Perasaan iri

hati dan tidak puas hati telah timbul akibat daripada jurang ekonomi dan sosial yang terlalu

luas. Orang Melayu terkilan dengan kedudukan ekonomi mereka dan beranggapan kerajaan

tidak bersungguh-sungguh dalam membantu mereka. Golongan bukan Melayu pula

dibelenggu dengan masalah taraf kewargenegaraan mereka dan enggan bertoleransi dalam

soal bahasa, kebudayaan dan pendidikan.

11

Page 12: 13 Mei 1969.e

Justeru itu, selepas perisitiwa 13 Mei, kerajaan dilihat bersungguh-sungguh dalam

menangani masalah dalam kelemahan perpaduan yang sedia ada. Usaha-usaha itu boleh

dirumuskan kepada tiga langkah besar iaitu politik, ekonomi dan sosial kebudayaan.

Ketiga-tiga langkah ini dijalankan secara serentak dan saling melengkapi.

Di antara langkah politik yang diambil ialah tindakan melalui sistem perundangan di

mana undang-undang dan akta digubal oleh parlimen untuk menyelesaikan masalah yang

berkaitan dengan perpaduan. Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan ialah

meluluskan Akta ( pindaan ) Perlembagaan 1971. Pindaan ini merangkumi tiga aspek utama

iaitu melarang sebarang perbincangan secara terbuka yang melibatkan soal-soal perkauman

yang mudah menyinggung perasaan. Ia meliputi perkara-perkara seperti 152, 153 dan 181

dalam perlembagaan. Di samping itu, ia turut memansuhkan keistimewaan ahli-ahli politik

dalam membincangkan perkara-perkata sensitif di peringkat negeri dan persekutuan. Selain

itu, pindaan ini turut memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agung dalam

memperuntukkan nisbah tertentu untuk orang Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi

terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti perubatan, kejuruteraan dan sains.

Selain itu terdapat juga beberapa pindaan atau akta lain yang bertujuan untuk

mengawal tingkah laku atau kenyataan yang dianggap boleh memudaratkan keamanan

negara. Misalnya pindaan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Pilihan Raya

majlis Tempatan 1966 yang melarang individu yang telah disabitkan dengan kesalahan

Akta Menghasut daripda menyertai sebarang pilihan raya samada di peringkat parlimen,

undangan negeri mahupun majlis tempatan selama lima tahun.

Manakala Akta Keselamatan dalam negeri pula bertujuan menjaga kepentingan serta

keselamatan dalam negeri. Akta ini memberi kuasa kepada pihak pemerintah untuk

menangkap sesiapa sahaja yang difikirkan menimbulkan masalah dalam negeri. Individu

sedemikian boleh dipenjara atau ditahan selama dua tahun tanpa dibicara. Begitu juga

dengan akta-akta yang lain seperti AUKU dan OSA sedikit sebnayak menghadkan kegiatan

kumpulan tertentu daripada bersuara dan bertindak dalam cara yang boleh menimbulkan

masalah dalaman.

12

Page 13: 13 Mei 1969.e

Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah

kolonial dilihat mampu menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan

konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan

penempatan menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.

Senario yang kurang sihat ini cuba diatasi oleh kerajaan menerusi usaha-usaha ekonominya.

Dasar Ekonomi Baru merupakan salah satu usaha kerajaan dalam memperbaiki jurang

ekonomi antara kaum. Ia telah dibentangkan pada 12 Julai 1971 dan merupakan sebahagian

daripda Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975.

DEB menggariskan 2 langkah pembangunan yang penting iaitu mengurangkan dan

membasmi kemiskinan dengan menambahkan peluang pendapatan dan memperbanyakkan

peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Ia turut bertujuan dalam

menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang

supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi

ekomomi.

Menerusi program-program DEB, uasahawan-usahawan Melayu telah berjaya

diwujudkan dengan bantuan pinjaman, lesen dan pemberian kontrak. Di samping itu,

agensi-agensi seperti PERNAS, MARA dan UDA ditubuhkan dan terlibat secara langsung

dalam membantu orang Melayu yang bergiat di dalam dunia perniagaan. Manakala dari segi

pemilikan harta pula, kaum bumiputera digalakkan menabung dan pemilikan saham

menerusi skim-skim seperti ASN dan ASB. Dalam memastikan pembangunan turut

dinikmati di kawasn luar bandar, agensi-agensi pembangunan tanah seperti FELDA,

FELCRA, RISDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR dibentuk dalam

mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat desa.

Perpaduan dan integrasi antara kaum turut melibatkan aspek sosial dan kebudayaan.

Ia dilihat membantu ke arah perkongsian nilai di kalangan rakyat pelbagai kaum. Lantaran

itu, konsep kebudayaan nasional telah diperkenalkan pada tahun 1971. Ia bertujuan untuk

membentuk satu identiti nasional yang dapat dikongsi bersama.

13

Page 14: 13 Mei 1969.e

Tun Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 18 Disember 1982 semasa merasmikan

Pertemuan Dunia Melayu di Melaka menegaskan bahawa :

Kita semua telah bersetuju, perpaduan dan keutuhan itu akan kitabina dan pupuk melalui satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan, satu kebudayaan iaitu kebudayaan kebangsaan. Maka bahasa kebangsaan diasaskan kepada bahasa Melayu dan kebudayaan kebangsaan ialah kebudayaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal pribumi Malaysia kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing sebagai kebudayaan kesukuan dalam rangka dan batas-batas adalah terjamin dalam perlembagaan negara kita.

Lantaran itu, soal konsep kebudayaan kebangsaan tidak timbul lagi dan yang menjadi

persoalannya hanyalah usaha dan tanggungjawab untuk menjadikan konsep ini bagi

kepentingan hidup bersama.

Pada 31 Ogos 1900, Rukunegara diisytiharkan sebagai satu ideologi kebangsaan.

Ianya amat bersesuaian dalam konteks hubungan antara kaum kerana ini melibatkan unsur

aman dan tenteram seperti perhubungan persahabatan yang ideal tanpa perselisihan faham

dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Rukunegara telah digunakan sebagai asas

bagi strategi dalam mewujudkan perpaduan kebangsaan. Ia jelas dalam prinsip-prinsip yang

terkandung di dalamnya yang menjurus ke arah penyatuan pelbagai kaum dan masyarakat.

6.1 KESIMPULAN

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu rusuhan antara kaum yang tercetus 35 tahun yang

lalu. Walaupun kita cuba memadamkan kenangan pahit itu daripda memori namun begitu,

pada hakikatnya tregedi itu telah menimbulkan persolan tentang sejauh manakah perpaduan

di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tahan diuji.

Menyedari perpaduan itu asas kepada pembentukan sebuah negara yang kukuh,

pelbagai langkah samaada dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial telah dilaksanakan bagi

memantapkan perpaduan di kalangan rakyat namun tercetusnya konflik di Kampung Medan

beberapa tahun yang lalu seolah-olah menggambarkan bahawa perpaduan yang cuba kita

terapkan sejak merdeka masih belum memadai.

14

Page 15: 13 Mei 1969.e

Prasangka, perkauman dan etnosentrisme menjadi faktor penghalang ke arah

merealisasikan integrasi nasional di negara kita. Di mana faktor-faktor ini mendorong

kepada tindakan-tindakan berat sebelah terhadap kumpulan-kumpulan lain. Di dalam

konteks Malaysia, ia mungkin satu realiti atau semata-mata disalahtanggap sehingga

sesuatu kelompok itu merasakan diri mereka termangsa, disisih serta tidak dipedulikan.

Namun begitu, asas perpaduan kaum di Malaysia masih boleh dianggap baik

berbanding dengan negara-negara yang lain. Di mana negara kita berjaya menguruskan

cabaran masalah perkauman dengan lebih berkesan. Di mana kita mengambil langkah-

langkah seperti perkongsian kuasa di kalangan kelompok etnik yang berbeza. Di samping

itu, proses demokrasi dengan peraturan dan kawalan yang berkesan berjaya membendung

usaha-usaha ke arah mencetuskan kekacauan dalan negara. Ia seterusnya menggalakkan

pertumbuhan ekonomi dan pengagihan semula yang saksama berjaya membawa

kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik. Satu lagi kelebihan

Malaysia ialah kesediaan kita menerima kepelbagaian budaya dan agama sebagai satu

sumber kekuatan dan sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyesuaikan

sikap sendiri dengan sikap kaum-kaum yang lain.

SIEW CHANG YEE

SARJANA SEJARAH MALAYSIA

UKM 2004/2007

15