rumusan vandalisme

2
RUMUSAN [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah menangani masalah vandalisme dan akibat daripada masalah tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari kian menular di negara kita. Harta benda awam telah dirosakkan sewenang-wenangnya. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi.Vandalisme terbahagi kepada vandalisme perlakuan, iaitu menjual harta benda yang dicuri, vandalisme dendam dan vandalisme conteng. Gejala negatif ini biasanya melibatkan mereka yang berusia antara 15 hingga 21 tahun. Memandangkan ketenatan masalah vandalisme, suatu penyelesaian segera amat diperlukan untuk menghapuskan masalah ini. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak agar menghargai harta benda awam. Anak-anak perlu diterapkan nilai menyayangi harta benda awam seperti menyayangi harta benda sendiri. Apabila anak-anak ini meningkat remaja diharapkan mereka tidak melakukan gejala vandalisme ini. Dalam masa yang sama juga, pihak sekolah harus memberikan bimbingan dan nasihat tentang pentingnya menjaga harta benda awam. Hal ini dapat dilakukan melalui mata pelajaran Sivik dan Kemwarganegaraan. Sehubungan dengan itu, remaja sedar akan tanggungjawab mereka terhadap negara tercinta. Sesungguhnya pihak sekolah merupakan agen mendidik remaja melalui nilai-nilai murni. Kempen “Masyarakat Penyayang” harus dihidupkan semula supaya para remaja sedar akan peranan mereka selaku pembela bangsa pada hari muka. Kempen ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutama sekali pihak swasta. Kempen ini wajar dilaksanakan secara berterusan untuk membuktikan keberkesanannya. Masyarakat merupakan mata kepada pihak kerajaan. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlu bersikap proaktif terhadap gejala vandalisme yang dilakukan di kawasan mereka. Mereka harus peka dengan kejadian yang berlaku di sekeliling mereka. Seandainya ada remaja yang melakukan vandalisme maka mereka harus bertindak dengan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Langkah drastik, iaitu mengenakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang melakukan vandalisme perlu melalui Akta Kerajaan Tempatan yang menetapkan sesiapa yang merosakkan harta benda awam boleh didenda RM2000.00 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan perlu dikuatkuasakan. Undang-undang yang mantap mampu mendidik remaja supaya menghargai harta benda awam. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa disarankan agar membuat rondaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan remaja. Rondaan anggota polis akan menyebakan remaja berfikir dua kali sebelum melakukannya. Pesalah-pesalah vandalisme wajar didenda supaya melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Kerja kemasyarakatan ialah aktiviti yang harus dilakukan remaja di rumah orang tua-tua atau anak yatim. Melalui aktiviti ini remaja

Upload: zainon

Post on 29-Jun-2015

1.022 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: rumusan vandalisme

RUMUSAN [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah menangani masalah vandalisme dan akibat daripada masalah tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari kian menular di negara kita. Harta benda awam telah dirosakkan sewenang-wenangnya. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi.Vandalisme terbahagi kepada vandalisme perlakuan, iaitu menjual harta benda yang dicuri, vandalisme dendam dan vandalisme conteng. Gejala negatif ini biasanya melibatkan mereka yang berusia antara 15 hingga 21 tahun.

Memandangkan ketenatan masalah vandalisme, suatu penyelesaian segera amat diperlukan untuk menghapuskan masalah ini. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak agar menghargai harta benda awam. Anak-anak perlu diterapkan nilai menyayangi harta benda awam seperti menyayangi harta benda sendiri. Apabila anak-anak ini meningkat remaja diharapkan mereka tidak melakukan gejala vandalisme ini.

Dalam masa yang sama juga, pihak sekolah harus memberikan bimbingan dan nasihat tentang pentingnya menjaga harta benda awam. Hal ini dapat dilakukan melalui mata pelajaran Sivik dan Kemwarganegaraan. Sehubungan dengan itu, remaja sedar akan tanggungjawab mereka terhadap negara tercinta. Sesungguhnya pihak sekolah merupakan agen mendidik remaja melalui nilai-nilai murni. Kempen “Masyarakat Penyayang” harus dihidupkan semula supaya para remaja sedar akan peranan mereka selaku pembela bangsa pada hari muka. Kempen ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutama sekali pihak swasta. Kempen ini wajar dilaksanakan secara berterusan untuk membuktikan keberkesanannya.

Masyarakat merupakan mata kepada pihak kerajaan. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlu bersikap proaktif terhadap gejala vandalisme yang dilakukan di kawasan mereka. Mereka harus peka dengan kejadian yang berlaku di sekeliling mereka. Seandainya ada remaja yang melakukan vandalisme maka mereka harus bertindak dengan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Langkah drastik, iaitu mengenakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang melakukan vandalisme perlu melalui Akta Kerajaan Tempatan yang menetapkan sesiapa yang merosakkan harta benda awam boleh didenda RM2000.00 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan perlu dikuatkuasakan. Undang-undang yang mantap mampu mendidik remaja supaya menghargai harta benda awam. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa disarankan agar membuat rondaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan remaja. Rondaan anggota polis akan menyebakan remaja berfikir dua kali sebelum melakukannya.

Pesalah-pesalah vandalisme wajar didenda supaya melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Kerja kemasyarakatan ialah aktiviti yang harus dilakukan remaja di rumah orang tua-tua atau anak yatim. Melalui aktiviti ini remaja akan sedar bahawa mereka harus membuang sikap negatif ini. Selain itu, langkah bersama yang boleh diambil ialah mengadakan program tindakan bersama seperti menganjurkan pameran yang melibatkan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Tindakan tegas amat perlu supaya dapat menimbulkan keinsafan dan memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme. Secara tidak langsung, hal ini dapat menjimatkan kos kerajaan untuk membaiki kerosakan terhadap harta awam..