rumusan eksekutif-atikah's rp

28
Rumusan Eksekutif Syarikat Pada 16 November 2009, Keropok Sedap Sokmo Enterprise telah didaftar di bawah Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pada 4 Januari 2010, Keropok Sedap Sokmo Ent. memulakan operasi pengeluaran keropok mengikut permintaan pelanggan dan pasaran di Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Keropok Sedap Sokmo Ent. merupakan sebuah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menjual keropok lekor rebus, keropok lekor goreng, keropok keeping, kerepek pisang, dan juga jus buah. Sasaran pelanggan kami ialah penduduk tempatan di sekitar kawasan perniagaan dan pelancong-pelancong, iaitu sama ada dari negeri berdekatan mahupun negara lain. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat perkongsian yang mempunyai lima orang rakan kongsi. Pada mulanya, kami menghadapi masalah untuk mencari sumber kewangan. Setelah berusaha beberapa kali mencari, akhirnya kami berjaya mengatasi masalah mencari modal dan hasrat untuk menubuhkan syarikat tersebut tercapai. Visi kami ialah menjadi pembekal keropok yang terbesar di Malaysia. Misi Keropok Sedap Sokmo Ent. adalah untuk memproses dan mengeluarkan keropok yang bermutu tinggi. Strategi Pemasaran Keropok Sedap Sokmo Ent. menjual produk-produk kepada pelanggan tempatan dan juga pelanggan asing. Untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Keropok Sedap Sokmo Ent.

Upload: nooratikah-mohd-nasir

Post on 02-Aug-2015

201 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

Rumusan Eksekutif

Syarikat

Pada 16 November 2009, Keropok Sedap Sokmo Enterprise telah didaftar di

bawah Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pada 4 Januari 2010, Keropok

Sedap Sokmo Ent. memulakan operasi pengeluaran keropok mengikut permintaan

pelanggan dan pasaran di Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Keropok Sedap

Sokmo Ent. merupakan sebuah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menjual

keropok lekor rebus, keropok lekor goreng, keropok keeping, kerepek pisang, dan

juga jus buah. Sasaran pelanggan kami ialah penduduk tempatan di sekitar kawasan

perniagaan dan pelancong-pelancong, iaitu sama ada dari negeri berdekatan

mahupun negara lain. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat perkongsian yang

mempunyai lima orang rakan kongsi. Pada mulanya, kami menghadapi masalah

untuk mencari sumber kewangan. Setelah berusaha beberapa kali mencari, akhirnya

kami berjaya mengatasi masalah mencari modal dan hasrat untuk menubuhkan

syarikat tersebut tercapai. Visi kami ialah menjadi pembekal keropok yang terbesar

di Malaysia. Misi Keropok Sedap Sokmo Ent. adalah untuk memproses dan

mengeluarkan keropok yang bermutu tinggi.

Strategi Pemasaran

Keropok Sedap Sokmo Ent. menjual produk-produk kepada pelanggan

tempatan dan juga pelanggan asing. Untuk memastikan produk dan perkhidmatan

yang ditawarkan oleh Keropok Sedap Sokmo Ent. diketahui oleh orang ramai,

beberapa strategi dilakukan iaitu strategi barangan, strategi harga, strategi

pengedaran dan strategi promosi. Bagi menarik perhatian pelanggan, jualan murah

pemberian harga durian runtuh dilaksanakan sempena musim cuti sekolah, musim

perayaan dan pada akhir hujung tahun. Selain itu, perniagaan Keropok Sedap

Sokmo Ent. bukan sahaja memasarkan keropok malah turut menjual kerepek

pisang dan juga jus buah-buahan untuk menarik pelanggan yang berlainan citarasa.

Page 2: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

Operasi

Perniagaan Keropok Sedap Sokmo Ent. menghasilkan kira-kira dalam 500 batang

keropok rebus dan lebih kurang dalam 200 bungkus keropok keping dalam sehari.

Manakala bagi kerepek pisang, kilang kami mengeluarkan kira-kira 300 bungkus

setiap hari. Untuk memproses keropok,bahan-bahan seperti ikan tamban, tepung

sagu, garam, dan air diperlukan. Manakala mesin dan peralatan seperti mesin

pengadun, penapis dan alatan dapur yang lain diperlukan untuk menghabiskan

pemprosesan keropok. Masa pemprosesan keropok adalah berbeza mengikut jenis

keropok yang ingin dihasilkan. Sebanyak 5 orang pekerja sahaja yang diperlukan

untuk setiap proses pengeluaran keropok.

Kumpulan Pengurusan

Keropok Sedap Sokmo Ent. mempunyai lima orang anggota perkongsian yang

juga merupakan pengurus kepada syarikat ini.Tanggungjawab dibahagikan

berdasarkan pengalaman dan keupayaan mereka.NurulJannah binti Juahir sebagai

pengurus besar, Hazwani binti Nawawi sebagai pengurus kewangan, Nooratikah

binti Mohammad Nasir sebagai pengurus pemasaran, Sit i Nabilah Ainsyah binti

Pauzi sebagai pengurus pengeluaran dan Nabilah Mokhtar sebagai pengurus

pentadbiran. Kumpulan pengurusan ini mempunyai objektif untuk membuka

cawangan Keropok Sedap Sokmo Ent. di setiap bandar-bandar di Malaysia dan

memberi peluang kepada semua orang untuk menikmati keenakan rasa keropok

yang berasal dari Kuala Terengganu dengan harga yang berpatutan dan mudah

didapati.

Pertimbangan Kewangan

Ramalan jualan untuk Keropok Sedap Enterprise untuk tahun yang pertama

dijangkakan sebanyak RM632,285.00 dan akan bertambah sebanyak 5% untuk

tahun –tahun yang seterusnya.

Page 3: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

1.0 PENGENALAN

Perniagaan yang hendak ditubuhkan adalah berdasarkan sumber yang dikenal pasti iaitu keropok. Perniagaan yang ditubuhkan adalah hasil idea daripada lima orang rakan dan jenis perniagaan juga adalah idea daripada perbincangan kumpulan. Pada mulanya perniagaan yang ingin dijalankan mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan iaitu masalah kewangan. Oleh sebab kekurangan sumber kewangan untuk memulakan perniagaan, kami mula mencari inisiatif sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Akhirnya pada 16 November 2006, perniagaan keropok berjaya didaftarkan di Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat tersebut didaftarkan di bawah nama Keropok Sedap Sokmo Ent. Pada 4 Januari 2007, Keropok Sedap Sokmo Ent. memulakan operasi pengeluaran keropok mengikut permintaan pelanggan dan pasaran.

Perniagaan pengeluaran keropok adalah kerana keropok adalah salah satu makanan kegemaran penduduk di Malaysia. Selain itu, bahan utama untuk menghasilkan keropok mudah didapati. Contoh utama ialah negeri Terengganu yang mempunyai banyak hasil laut, khususnya ikan. Perniagaan keropok berpotensi tinggi untuk berkembang kerana permintaan yang tinggi dalam kalangan penduduk tempatan dan dari luar negeri Terengganu.

2.0 TUJUAN

Matlamat rancangan perniagaan yang dibuat adalah untuk mendorong usahawan lebih berusaha dalam menjalankan perniagaan. Selain itu, rancangan perniagaan akan menjadikan seorang individu berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan idea-idea perniagaan.

Jumlah kos yang diperlukan untuk melaksanakan projek perniagaan dianggarkan RM 20,000. Jumlah pembiayaan diperlukan RM120,000.00. Pembiayaan akan digunakan untuk menjalankan operasi pengeluaran. Pembiayaan ini dapat memberikan kebaikan kepada perniagaan dari segi perjalanan dan perlaksanaan operasi pengeluaran.

Pembiayaan yang diberikan kepada perniagaan akan dibayar balik dengan pelbagai kaedah.Kaedah yang sering diilakukan oleh perniagaan adalah melalui pembayaran secara bulanan. Sumber lain yang digunakan oleh perniagaan ialah bantuan daripada keluarga masing-masing serta rakan-rakan niaga yang lain.Selain itu, perniagaan tersebut mendapat bantuan khas ialah khidmat nasihat daripada agensi bukan kerajaan.

Page 4: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

3.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama Syarikat : Keropok Sedap Sokmo Ent.

Alamat Syarikat :

No. Telefon : 09-6315464

Bentuk Syarikat : Perkongsian

Tarikh Daftar : 16 November 2009

Tarikh Mula Operasi : 4 Januari 2010

No. Pendaftaran Syarikat : 001597164-M

Jenis Industri : Industri Kecil dan Sederhana

Jenis Produk : Keropok Lekor Rebus, Keropok Lekor Goreng, Keropok Keping dan Jus buah-buahan

Page 5: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

4.0 LATAR BELAKANG ANGGOTA KONGSI

1) Nama Penuh : NurulJannah bt Juahir

No. Kad pengenalan : 910605-06-5774

Tarikh Lahir : 5 Jun 1991

Umur : 21 Tahun

Jantina : Perempuan

Alamat Tetap : No. 460, Jalan Temalian Felda Sungai

Retang, 27000, Jerantut, Pahang.

No. Telefon : 014-5007962

Taraf Perkahwinan : Bujang

Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sains Gunan (Fizik

Elektronik dan Instrumentasi)

Pengalaman : Menjalankan Perniagaan Kek & Pastri di

Felda Padang Piol, Jerantut Pahang

Pekerjaan Sekarang : Peniaga Keropok Lekor

Perniagaan Yang : Perniagaan Kek & Pastri

Pernah Diceburi

Page 6: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

2) Nama Penuh : Hazwani bt Nawawi

No. Kad pengenalan : 880411-03-5172

Tarikh Lahir : 11 April 1988

Umur : 24 Tahun

Jantina : Perempuan

Alamat Tetap : 5011, Taman Chukai , 24000 Kemaman,

Terengganu.

No. Telefon : 017-9103952

Taraf Perkahwinan : Bujang

Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sains Gunan

(Fizik Elektronik dan Instrumentasi)

Pengalaman : Menjalankan perniagaan Kain Batik selama 2

tahun di Kemaman Terengganu.

Pekerjaan Sekarang : Peniaga Keropok Lekor

Perniagaan Yang : Perniagaan Kain Batik

Pernah Diceburi

Page 7: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

3) Nama Penuh : Nooratikah bt Mohammad Nasir

No. Kad pengenalan : 910131-11-1991

Tarikh Lahir : 31 Januari 1991

Umur : 21 Tahun

Jantina : Perempuan

Alamat Tetap : 38, Jalan Wangsa Melawati, 21030 , Kuala

Terengganu

No. Telefon : 012-9687742

Taraf Perkahwinan : Bujang

Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sains Gunan

(Fizik Elektronik dan Instrumentasi)

Pengalaman : Supervisor Pasaraya Mydin

Pekerjaan Sekarang : Peniaga Keropok Lekor

Perniagaan Yang : Perniagaan menjual aksesori untuk wanita.

Pernah Diceburi

Page 8: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

4) Nama Penuh : Siti Nabilah Ainsyah bt Pauzi

No. Kad pengenalan : 910920-06-5384

Tarikh Lahir : 20 September 1991

Umur : 21 Tahun

Jantina : Perempuan

Alamat Tetap : 469, Jalan Temalian, Felda Sungai Retang,

27000 Jerantut, Pahang

No. Telefon : 019-9195241

Taraf Perkahwinan : Bujang

Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sains Gunan

(Fizik Elektronik dan Instrumentasi)

Pengalaman : Supervisor pasaraya

Pekerjaan Sekarang : Peniaga Keropok Lekor

Perniagaan Yang : Perusahaan restoran.

Pernah Diceburi

Page 9: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

5) Nama Penuh : Nabilah bt Mokhtar

No. Kad pengenalan : 910925-06-5146

Tarikh Lahir : 25 September 1991

Umur : 21 Tahun

Jantina : Perempuan

Alamat Tetap : Kampung Berchang, 27200 Kuala Lipis, Pahang.

No. Telefon : 019-9996581

Taraf Perkahwinan : Bujang

Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sains Gunan

(Fizik Elektronik dan Instrumentasi)

Pengalaman : Perusahaan makanan ringan

Pekerjaan Sekarang : Peniaga Keropok Lekor

Perniagaan Yang : Perusahaan makanan ringan.

Pernah Diceburi

Page 10: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

5.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Premis Pengeluaran

Lokasi pengeluaran keropok terletak di Kuala Ibai. Kawasan pengeluaran keropok tersebut mempunyai keluasan 20x40 kaki persegi dan 100% kegunaannya untuk memproses keropok sehingga menjadi barangan siap. Premis tersebut terletak di antara jalan penghubung bandar dan kampung.Premis pengeluaran keropok tersebut disewa dengan kadar RM1,500 sebulan. Kedudukan premis pengeluaran tersebut adalah sangat strategik iaitu menjadi laluan pengguna jalan raya dan masyarakat setempat di Kuala Ibai.

NO.175B, KG LOSONG HJ SU, 21000 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN

Page 11: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

Pelan Lokasi

JALAN TUNKU ISMAIL JALAN TUNKU RAHMAN

JALAN BUDIMAN

TAMAN PERUMAHAN PERDANA

SEKOLAH MENENGAH

WARUNG MAK SU

Keropok Sedap Sokmo

Ent.NO.175B,KG LOSUNG HJ. MAT

SHAFIE, 21000 KUALA TERENGGANU,

TERENGGANU DARUL

KEDAI RUNCIT

INDUSTRI KAIN BATIK

WARUNG ABKAN

Page 12: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

Susun Atur Premis

Kemudahan Asas

Kemudahan yang terdapat di dalam premis pengeluaran keropok ialah kemudahan asas yang biasa terdapat di kawasan tempat tinggal seperti air dan elektrik. Oleh sebab kedudukannya yang strategik menjadi penghubung antara jalan kampung ke bandar, kemudahan jalan raya tidak menjadi masalah kepada premis pengeluaran untuk menjalankan operasi pengeluaran keropok.Kemudahan asas yang sedia ada di dalam premis perniagaan keropok tersebut amat memudahkan proses pengeluaran. 4 Januari 2007 ialah di mana premis pengeluaran keropok telah beroperasi dan berjalan dengan lancar kerana terdapatnya pelbagai kemudahan asas yang lengkap.

Ruang pemprosesan

Stor menyimpan

bahan mentah

pejabat

Rak bungkusan ikan masin

Tempat jualan keropok lekor rebus dan keropok

lekor goreng

Rak bungkusan

keropok keping

Page 13: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

6.0 ASPEK PEMASARAN

Analisis Pemasaran

Setelah beberapa penyelidikan dan tinjauan telah dijalankan, Keropok Sedap Sokmo Ent. berpendapat bahawa Industi Kecil Sederhana(IKS) yang diceburi ini mempunyai peluang dan potensi yang baik untuk berkembang pada masa hadapan.Mengikut penyelidikan yang telah dijalankan di Kuala Terengganu, didapati bahawa permintaan terhadap keropok amat tinggi dan memuaskan. Selain itu, analisis pasaran juga telah dilakukan terhadap pasaran, pelanggan, barangan dan juga perkhidmatan.Hal ini dapat dibuktikan apabila peratusan penjualan bagi keropok telah meningkat sebanyak 30% secara keseluruhan.

Bentuk Pasaran

Peniagaan yang dijalankan adalah jenis perkongsian di mana perniagaan ini adalah menghasilkan keropok. Bentuk pasaran yang ditawarkan adalah berbeza berbanding pesaing-pesaing lain kerana perniagaan Keropok Sedap Sokmo Ent. bukan sahaja menjual di Kuala Terengganu tetapi cuba untuk memasuki pasaran di negeri- negeri lain seperti di Kelantan,Pahang,dan Kedah. Keropok Sedap Sokmo Ent.adalah kedai yang baru dibuka tetapi perniagaan keropok bukan perniagaan baru di Kuala Terengganu. Terdapat banyak juga kedai keropok di kawasan ini. Hal ini demikian kerana negeri ini dikenali sebagai negeri warisan pesisir pantai itu. Walaupun begitu, keropok kedai kami masih menjadi pilihan utama kerana ikan-ikan yang digunakan untuk membuat keropok adalah segar. Selain itu, keropok lekor adalah jualan terbaik di kedai ini kerana keropok lekor yang dijual adalah rangup dan boleh dijadikan ‘snack’.Tambahan pula, gabungan idea-idea antara pihak pembekal dan pengedar adalah dijangkakan dapat menembusi pasaran dan menangani pesaing-pesaing dalam pasaran yang sama.Oleh sebab itu, mustahillah Keropok Sedap Sokmo Ent.. tidak dapat bersaing dengan pesaing-pesaing yang menjurus dalam bidang yang sama di kawasan ini. Pada masa yang sama, keuntungan yang diperoleh berganda pada masa akan datang.

Page 14: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

Keropok Lekor goreng yang rangup

Keropok lekor dihidang menarik

Page 15: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

Saiz PasaranPemasaran merupakan satu proses di mana kita cuba untuk memuaskan keperluan dan kehendak mereka melalui pertukaran barang-barang. Aspek pemasaran dalam penghasilan keropok ialah bagaimana cara untuk memenuhi kehendak pelanggan dalam memberi kepuasan dan keseleraan hasil daripada keluaran Keropok Sedap Sokmo Ent..

Sasaran PelangganKeropok Sedap Sokmo Ent. telah menjalankan kaji selidik terhadap pelanggan untuk mengenal pasti sasaran pelanggan. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat supaya membeli jualan keropok di Keropok Sedap Sokmo Ent.Setelah penyelidikan dijalankan, Keropok Sedap Sokmo Ent. mendapati sasaran pelanggan secara keseluruhan.

Ciri-ciri ProdukKeropok Sedap Sokmo Ent. menawarkan pelbagai keropok yang berlainan seperti keropok rebus, keropok lekor goreng dan keropok keping. Selain itu, kedai ini juga menawarkan makanan sampingan seperti kerepek dan minuman jus buah-buahan berperisa mangga dan epal.

Keropok Lekor Rebus Keropok rebus yang dihasilkan oleh Keropok Sedap Sokmo Ent.. diperbuat daripada isi ikan tamban dan campuran sagu dan sedikit garam.Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Ramuan keropok rebus tersebut ialah isi ikan tamban akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus di dalam air panas. Keropok lekor rebus boleh tahan lama jika dimasukkan ke dalam peti ais.

Page 16: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

Keropok Lekor Goreng Keropok lekor goreng atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok Sedap Sokmo Ent. diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran tepung sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Keropok akan dipotong kepada batang kecil dan digoreng sebelum dijual.Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor ke beberapa negeri lain.

Keropok lekor goreng yang telah dipotong-potong dan digoreng

Page 17: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

Keropok KepingKeropok keping yang dijual di Keropok Sedap Sokmo Ent.. adalah hasil proses dari keropok lekor yang telah direbus dan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping.Keropok keping tahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul. Keropok keping perlu disimpan di tempat yang kering dan mempunyai edaran udara yang baik. Ia juga perlu diletakkan jauh daripada bahan yang berbau kuat bagi mengelakkan bau tersebut diserap oleh keropok itu.Bagaimanapun, keadaan ini mungkin boleh dimajukan di masa hadapan bagi menghasilkan keropok berperisa oren atau strawberi dengan menyimpan keropok kering tersebut dengan buah-buahan bagi membenarkan keropok kering tersebut menyerap haruman buah-buahan tersebut.

Keropok keping yang belum digoreng

Page 18: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

PENGENALAN ANALISIS PESAINGMemahami pelanggan adalah penting tetapi ia masih tidak mencukupi di dalam proses pemasaran, Keropok Sedap Sokmo Ent. mendapat kelebihan daya saing dengan memuaskan segala keperluan pelanggan sasaran dalam cara yang lebih baik daripada pesaing. Strategi pemasaran harus dipertimbangkan bukan sahaja untuk keperluan pengguna sasaran, tetapi juga untuk strategi-strategi pihak pesaing.

Definisi PersainganPersaingan adalah syarikat lain yang menawarkan keluaran atau perkhidmatan yang hampir sama kepada pelanggan yang sama pada harga yang hampir sama. Dalam menilai pesaing, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti iaitu:

i. Mengenalpasti para pesaing syarikatii. Menilai objektif para pesaing, strategi, kekuatan, kelemahan

dan corak reaksiiii. Memilih para pesaing yang ingin diserang atau dielakkan

Kekuatan Dan Kelemahan PesaingDalam menilai kekuatan dan kelemahan para pesaing yang berada disekitar perniagaan ini, terdapat beberapa kesan positif dan negatif yang dapat memberikan peluang bagi perniagaan yang dijalankan. Oleh itu, Keropok Sedap Sokmo Ent. telah merebut peluang yang ada daripada pesaing-pesaing yang ada untuk menaikkan lagi taraf perniagaan. Terdapat beberapa kesan daripada kekuatan dan kelemahan pesaing iaitu:

Kelemahan Pesaing:

Menjatuhkan prestasi kedai keropok lain Memberi ancaman kepada kedai keropok lain Menyebabkan kedai keropok sukar untuk mengekalkan keuntungan Tidak dapat mempromosikan atau menarik minat pelanggan pada peratus

yang tinggi Terpaksa memilih pelbagai cara atau kaedah supaya dapat melariskan

keluaran Pelanggan keliru untuk memilih produk kerana terlalu banyak pilihan Tidak dapat mengekalkan hubungan yang baik antara pesaing Mengurangkan harga bagi menarik pelanggan

Kekuatan Pesaing: Supaya kedai keropok mempunyai cabaran untuk meningkat produktiviti dari

pesaing Dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri Kedai keropok akan sentiasa mengikut citarasa pengguna Kedai keropok sentiasa mengikuti perkembangan pesaing

Page 19: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

Kedai keropok akan menjadi lebih maju Lebih kreatif dan inovatif Mutu keluaran akan meningkat Pelanggan akan mempunyai banyak pilihan Dapat membentuk kerjasama di antara pelanggan Mewujudkan lebih banyak perbezaan produk Harga barang menjadi rendah Penjual tidak boleh menaikkan harga kerana pembeli akan membeli dari

penjual lain pada harga yang rendah

Pesaing-pesaing Utama:

NAMA PESAING % SYER PASARAN

ANGGARAN JUALAN

SEBULAN (RM)Warung Keropok Mak Su 40 % 104,000.00Warung Abkan 30 % 78,000.00Warung Keropok Zainal Abidin 30 % 78,000.00JUMLAH 100 % 260,000.00

Keropok Sedap Sokmo Ent. menganggarkan mampu menguasai 25% daripada pasaran berdasarkan analisa kekuatan dan kelemahan perniagaan pesaing.

NAMA PESAING % SYER PASARAN

ANGGARAN JUALAN

SEBULAN (RM)

% KAKITANGAN

Warung Mak Su 35 % 91,000.00 9 %Warung Abkan 20 % 52,000.00 8 %Warung Zainal Abidin

20 % 52,000.00 8 %

Keropok Sedap Ent.

25 % 65,000.00 0 %

JUMLAH 100 % 260,000.00 25 %

Pesaing-pesaing bagi Keropok Sedap Sokmo Ent.

Page 20: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

1. Warung Keropok Mak Su No.388B,Kg. Losong Haji Mat Shafie,

21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

09-6178998

Kelebihan:

Warung Keropok Mak Su merupakan pengeluar batik yang terlebih dahulu dikenali ramai memandangkan perniagaan ini telah lama berada di dalam pasaran dan mempunyai pelanggan tetap dan potensi yang tersendiri. Keropok Mak Su mempunyai kelebihan dari segi kedudukan yang strategik untuk menjalankan perniagaaan kerana terletak berdekatan kawasan industri kain batik dan menjadi sasaran pelanggan. Selain itu, antara kelebihan utama Warung keropok Mak Su ialah mempunyai satu cawangan di Kota Bharu, Kelantan.

Kelemahan:

Kelemahan bagi perniagaan Warung Keropok Mak Su ialah tidak memasarkan produk tersebut di luar kawasan utama. Oleh itu, perniagaan ini terkenal di kawasan utama sahaja.Selain itu, perniagaan ini kurang menjalankan promosi di pasaran bagi bersaing dengan para pesaing yang lain untuk memperkenalkan produk mereka selain harga yang diletakkan terlalu tinggi.

2. Warung Abkan No.236B, Kg. Mesra, 21000 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman. 09-6179936

Kelebihan:Warung Abkan merupakan sebuah perniagaan keropok yang beroperasi di Kampung Losung diasaskan oleh pengarah urusan perniagaan tersebut iaitu Muhamad Abkan Bin Haji Zukifri. Keunikan Warung Abkan pelbagai jenis keropok seperti keropok sira ikan, keropok udang dan sebagainya. Keropok Abkan ini turut mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan berikutan mutu keropok dan perkembangan yang baik dari masa ke semasa. Selain itu, keropok yang dihasilkan oleh Warung Abkan sentiasa mengikut kehendak pelanggan.

Page 21: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

Kelemahan:Kelemahan Warung Abkan ialah dari segi kurang membuat promosi jualan. Dengan ini, para pengguna tidak mengetahui tentang keropok tersebut di pasaran serta keadaan lokasinya yang agak jauh dari pusat bandar menjadikan pelanggan biasa kurang mengetahui tentang produk ini kecuali pelanggan tetap Warung Abkan. Penggunaan tenaga kerja yang digunakan adalah sedikit dan tidak mencukupi untuk membantu dan melancarkan proses penghasilan keropok.Malahan tidak mempunyai teknologi mesin untuk memudahkan operasi dan juga kerja-kerja yang dijalankan adalah lambat. Tambahan pula, warungnya kecil dan jauh dari bandar. Lantaran itu, keuntungan warungnya tidak memuaskan.

3. Warung Keropok Zainal AbidinNo.397B,Kg. Teman,21000 Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman.09-6179798

Kelebihan:Warung Zainal Abidin merupakan perniagaan yang paling lama dijalankan di kawasan tersebut. Perniagaan tersebut sudah lama bertapak di sana. Ini kerana perniagaan itu adalah warisan turun-temurun keluarganya.Selain itu, perniagaan yang dijalankan juga mendapat sambutan daripada pelanggan.

Kelemahan:Perniagaan Zainal Abidin adalah hanya menjalankan satu jenis perniagaan sahaja, iaitu keropok lekor.Selain itu, mesin dan peralatan yang digunakan oleh mereka adalah jenis lama dan tidak dapat mengeluarkan pengeluaran yang banyak pada satu-satu masa.

PENYATA ALIRAN WANG TUNAI PADA TAHUN 2011

Page 22: Rumusan Eksekutif-Atikah's RP

Ramalan Jualan

Bulan JualanJanuari 52,000.00Februari 52,300.00April 52,450.00Mei 52,600.00Jun 52,750.00Julai 52,900.00Ogos 53,000.00September 53,420.00Oktober 53,350.00November 50,250.00December 53,715.00JUMLAH JUALAN TAHUN 1 632,285.00JUMLAH JUALAN TAHUN 2 635,250.00JUMLAH JUALAN TAHUN 3 639,275.00