(rumusan) ke mana dengan islam_syed hussein alatas

Upload: mohammad-hidir-baharudin

Post on 30-May-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 (Rumusan) Ke Mana Dengan Islam_Syed Hussein Alatas

    1/14

    Tajuk : Ke Mana Dengan Islam

    Karya : Dr. Syed Hussein Alatas

    Terbitan: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.

    Tahun : 2002

    Lafaz Segala Puji Bagi Allah s.w.t akan segala nikmat yang Dia berikan.

    Nikmat iman dan Islam ditambah lagi dengan nikmat akal fikiran dan nikmat

    usia muda, dapat juga penulis selesaikan membaca dan merumuskan buku

    ini.

    Bertajuk Ke Mana Dengan Islam adalah kumpulan artikel-artikel hasil

    karya Dr. Syed Hussein Alatas di dalam Utusan Malaysia sekitar tahun 1999

    hingga tahun 2002.

  • 8/14/2019 (Rumusan) Ke Mana Dengan Islam_Syed Hussein Alatas

    2/14

    Sebenarnya apabila terlihat penulis tajuk Ke Mana Dengan Islam, penulis

    menduga Dr. Syed Hussein Alatas akan membahaskan akan perihal penuntut

    ilmu dan Islam, menjadi dugaan penulis Ke Mana Penuntut Ilmu Dengan

    Islam. Tetapi dugaan penulis yang tidak pernah membaca artikel-artikel Dr.Syed Hussein Alatas di dalam Utusan Malaysia sebelum ini ternyata melesat.

    Selepas membaca, penulis memahami isi-isi kumpulan artikel lama Dr. Syed

    Hussein Alatas ini dengan tajuk Ke Mana Pas Dengan Islam.

    Penulis berpendapat buku ini mudah, membawa penulis untuk berfikir akan

    perbahasan-perbahasan sekitar yang dibahaskan oleh Syed Hussein Alatas.

    Bahasa yang digunakan oleh Dr. Syed Hussein Alatas tidaklah terlalu konkrit

    sehingga sukar difahami, tidak pula perbahasan-perbahasan di dalamnya

    terlalu tinggi untuk dicapai akal. Hanya yang utamanya ialah perbahasan

    politik pertembungan Umno dan Pas dan beberapa perbahasan perkara lain.

    Penulis memberi pendapat, terdapat perbahasan yang penulis setujui Dr.

    Syed Hussein Alatas dan terdapat banyak yang tidak penulis setujui bersama

    beliau. Juga beberapa perkara yang perlu penulis teliti kembali hujah-hujah

    di dalam Al-Quran. Penulis tegaskan penulis bukanlah ahli Umno, tidak juga

    ahli Pas. Dengan kehendak Allah s.w.t, suatu hari nanti penulis akan terjun

    ke dalam politik Islam.

    Tidaklah penulis berhajat merumus secara terperinci. Hanya beberapa kerat

    penulis sifatkan sudah mencukupi.

    Isi-Isi

    Terdapat 22 artikel Dr. Syed Hussein Alatas dikumpulkan yang hanya 133

    muka surat. Penulis menyoal sendiri kata-kata Dr. Syed Hussein Alatas

    apabila beliau berkata:

    Yang penting sekali perlunya keahlian berfikir semasa, bukan berfikir

    belakang masa. Usaha Pas untuk mendirikan undang-undang yang mereka

    namakan hudud dengan tafsiran ala Pas, merupakan suatu pemikiran kitar

    semula. Mereka yang ingin memimpin pemikiran agama janganlah menjadi

    kilang kitar semula.(m.s xi dan xii)

  • 8/14/2019 (Rumusan) Ke Mana Dengan Islam_Syed Hussein Alatas

    3/14

    Penulis tidak tahu apakah maksud Dr. Syed Hussein Alatas apabila beliau

    berkata: Usaha Pas untuk mendirikan undang-undang yang mereka

    namakan hudud dengan tafsiran ala Pas, merupakan suatu pemikiran kitar

    semula. Dengan ilmu penulis yang sedikit ini penulis berpendapat:

    Hudud adalah kata putus daripada Allah s.w.t. tidak terbukakepada penafsiran.

    Apakah kata-kata Dr. Syed Hussein Alatas di atas berunsurkanliberalism?. Semuanya ditafsirkan semula mengikut kesesuaian masa.

    Tugas penulis untuk meneliti lain-lain tulisan Dr. Syed.

    Kunokah tafsiran Pas berkenaan hudud apabila dikitar semula?Apakah Pas yang ketika itu dipimpin oleh Ustaz Fadzil Nor

    (Allahumma Yarhamhu) sebagai Presiden, Ustaz Hadi Awang sebagai

    Timbalan Presiden, dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai

    Mursyidul Am yang ketiga-tiganya lepasan ijazah agama terkhilaf

    dalam menafsirkan hudud. Mungkin Dr. Syed Hussein Alatas lebih

    belajar agama daripada pemimpin Pas bertiga. Tafsiran beliau perlu

    lebih diakui. Penulis berkata umat Islam dimestikan kitar semula dalam hal hudud.

    Segala yang dilakukan Rasulallah s.a.w dahulu, hudud di Madinah yang

    mempunyai penduduk berbilang bangsa dan agama mesti dilakukan

    kembali di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan

    agama. Tidak perlu kepada re-new undang-undang. Yang perlu adalah

    re-cycle undang-undang.

    1. Nik Aziz juga Bersifat Sekular, 14 Mac 1999Isunya apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Dr. Mahathir

    Mohamad seorang sekular:

    Tetapi bagi saya dia telah menyalahgunakan nikmat kepintarannya yang

    Allah Taala beri untuk secular (Mingguan Malaysia, 7 Februari 1999

    m.s 1)

  • 8/14/2019 (Rumusan) Ke Mana Dengan Islam_Syed Hussein Alatas

    4/14

    2. Peranan Syaitan Dalam Perjuangan Islam, 28 Mac 1999Isunya apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Pas bersedia

    untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menjatuhkan Barisan

    Nasional termasuklah DAP. Dan datang selepas ucapan Tuan Guru Ustaz

    Wan Ismail mempertahankan ucapan Tuan Guru dengan hujah-hujah Al-

    Quran dan tafsir yang pelik yang dibantah oleh Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad,

    Menteri Besar Terengganu.

    Penulis yang membaca berkata pelik penafsiran yang dilakukan oleh Ustaz

    Wan Ismail. Pelik seperti kucing bertanduk! Penulis dengan izin Allah s.w.t

    akan panjangkan di tulisan yang lain. Dan kini selepas diakui penafsiran

    pelik itu dengan perbuatan Pas yang bekerjasama dengan DAP, penulis

    melihat kesannya. Dan kesan kerjasama dibentangkan oleh seorang ahli

    akademik di Seminar Pas yang teruk dikecam oleh penyokong-penyokong

    fanatic Pas. Tidak juga mengaku salah. Penulis menyokong kerjasama Pas

    dan DAP di negeri-negeri yang ditunjangi oleh Pas tetapi tidak menyokong di

    negeri-negeri yang tidak ditunjangi oleh Pas. Kesannya reality untuk

    pembaca melihatnya.

    3. Islam Dan Doa Musnahkan Musuh, 18 April 1999Isunya apabila Ustaz Wan Ismail membenarkan untuk berdoa supaya musuh

    ditimpa bencana dan dimusnahkan (Mingguan Malaysia, 28 Mac 1999). Dan

    Dr. Syed Hussein Alatas sekali lagi membidas!

    Penulis lebih cenderung untuk berkata bahawa Rasulallah s.a.w tidak berdoa

    untuk kemusnahan dan di tempat yang lain Rasulallah s.a.w berdoa akan

    kemusnahan. Yang tidak didoakan oleh Rasulallah s.a.w seperti di Taif

    berbondong-bondong keturunan yang memeluk Islam. Yang didoakan

    Rasulallah s.a.w ketika qunut selepas pembunuhan sahabat-sahabat juru

    dakwah pun ramai yang memeluk Islam. Sampai kepada kita qunut nazilah

    mendoakan Zionis di Palestin. Doa yang sama tidak pula kita pernah

    qunutkan untuk MCA atau DAP. Tidak pula kita mendengar akan kebolehan

    berqunut nazilah untuk umat Islam yang rukun Islamnya sama 5 dengan kita

  • 8/14/2019 (Rumusan) Ke Mana Dengan Islam_Syed Hussein Alatas

    5/14

    dan rukun Imannya sama 6 dengan kita. Dan beberapa hari ini, isu ini timbul

    kembali.

    4. Pas Perlu Banyak Berfikir, 6 Jun 1999Isunya apabila Pas ingin membuka keahliannya kepada orang-orang yang

    bukan Islam.

    Penulis berpendapat isu ini sudah selesai apabila sudah terdapat Kelab

    Penyokong Pas. Khas untuk yang bukan Islam. Dan penulis teringat tulisan

    di dalam Harakah akan kata-kata Dr. Abdul Karim Zaidan: bahawa parti

    Islam mesti hanya dianggotai oleh orang Islam. Titik!

    5. Taraf Wanita Mengikut Acuan PasIsunya apabila Timbalan Presiden Pas ketika itu, Ustaz Abdul Hadi Awang,

    tidak menggalakkan wanita menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli

    Parlimen.

    Sebenarnya penulis menyokong kanyataan Uztaz Abdul Hadi Awang. Pas

    sesekali tidak merendahkan martabat wanita. Kenyataan Tidak digalakkan

    jauh berbeza dengan kenyataan Tidak boleh. Dan sekarang apabila terdapat

    Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen daripada wanita Pas maka

    terdiamlah kritikan dahulu. Jika kenyataan Tidak digalakkan diperincikan

    maka hanya beberapa bilangan wanita yang digalakkan. Tujuannya untuk

    melahirkan hak-hak wanita. Memang tidak sesuai apabila wanita menjadi

    kaum majority dalam Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. Sifat

    menjadikan mereka tidak sesuai. Sifat mereka secara fitrah untuk mendidik

    anak dan kasih sayang di rumah. Dan sekarang sudah tamat isu ini. Titik!

    6. Pas, Dap Kahwin Mutaah, 1 Oktober 1999Isunya apabila Pas hanya berkahwin dengan DAP ketika pilihanraya. Selepas

    pilihanraya maka bercerailah kedua-dua parti ini.

    Semenjak penulis pandai sedikit berfikir dalam hal kahwin Pas dan DAP,

    penulis secara peribadi tidak merestui sepenuhnya. Oleh kerana Pas di 2negeri menjadi suami dan DAP dan PKR menjadi isteri, penulis menyokong.

  • 8/14/2019 (Rumusan) Ke Mana Dengan Islam_Syed Hussein Alatas

    6/14

    Suami kalamnya di atas isteri. Kalam suami ketika itu ialah kalam yang

    veto. Tetapi di 3 negeri yang lain yang 1nya terlepas, Dap menjadi suami,

    Pas dan PKR menjadi isteri, penulis tidak menyokong. Ketika DAP menjadi

    isteri, Pas menjadi suami hanya pada nama, maka gejala queen control bermaharajalela. Kalam Pas ketika itu seperti kalam budak tadika. Syukur

    apabila Allah s.w.t menaikkan Umno sebagai suami. Suami yang diketui

    oleh bekas mahasiswa UIAM yang veto kalamnya. PKR pun penulis tidak

    pasti dengan cara mereka berfikir. Lompat sana, lompat sini, entah apa yang

    mereka fikir. Dan Khairi Jamaludin yang pintar akalnya bukan orang

    pertama berkata Pas dan DAP kahwin mutaah. Dan sekarang Pas dan DAP

    tidak lagi kahwin mutaah. Kahwin tak mutaah yang penulis harapkan merekabercerai talak 3. Selepas itu dimudahkan perkahwinan Pas dan Umno pula.

    Mungkin akan datang.

    7. Nik Aziz Salahkan Rasulallah s.a.w, 24 November 1999Isunya apabila Tuan Guru membahas akan peristiwa tahanan Perang Uhud

    yang akhirnya diturunkan ayat 67 Surah Al-Anfal. Dr. Syed Hussein Alatas

    berkata bahawa Nik Aziz salahkan Rasulallah s.a.w.

    Penulis perlu menyemak kembali tafsiran Surah Al-Anfal: 67. Untuk

    penilaian awal, penulis lebih canderung menilai Tuan Guru Nik Abdul Aziz

    Nik Mat TIDAK menyalahkan Rasulallah s.a.w. Dr. Syed Hussein Alatas yang

    tidak faham gamaknya. Orang yang ahli dikatakan kita lebih tahu. Apakah

    kita yang berkata itu lebih ahli?

    Dan inilah pemahaman penulis ketika membaca buku

    yang disyarahkan oleh Dr. Ghazali Jaapar. Adapun hal tahanan Perang Badar

    itu adalah ijtihad Rasulallah s.a.w. Ketika itu belum turun pentunjuk wahyu

    daripada Allah s.w.t. Oleh kerana itu, Rasulallah s.a.w bersyura bersama Abu

    Bakr r.a dan Umar r.a. Kata Abu Bakr r.a kita minta tebusan dengan mereka

    mengajar anak-anak orang Islam membaca dan menulis dan kata Umar r.a

    kita bunuh. Maka Rasulallah s.a.w berijtihad memilih kata-kata Abu Bakr r.a.

    Ijtihad Rasulallah s.a.w salah! Allah s.w.t menegur ijtihad Rasulallah s.a.w

    dengan kata Allah:

  • 8/14/2019 (Rumusan) Ke Mana Dengan Islam_Syed Hussein Alatas

    7/14

    Tidak patut, bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat

    melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta bendaduniawiyah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah

    Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Anfal: 67)

    Allah s.w.t membetulkan salah Rasulallah s.a.w kerana ijtihad baginda salah!8. Islam Dan Dosa Politik, 26 Disember 1999

    Isunya apabila Tuan Guru berkata yang mengundi Pas itu mendapat pahala.

    Isu pahala dan dosa menjadi siulan lagi. penulis tidak mahu melanjutkan

    oleh kerana perbahasan ini terlalu mudah untuk pembaca membuat

    penilaian sekalipun pembaca tidak pernah khusus belajar agama. Cumanya

    dalam artikel kali ini terdapat beberapa ayat yang ditulis oleh Dr. Syed yang

    mengelirukan penulis yang antaranya: Hukum yang dianjurkan oleh Al-

    Quran ialah potong tangan. Sangat mengelirukan.

    9. Perlunya Muzakarah Umno-Pas, 25 Februari 2001Ini artikel yang paling penulis minati. Seruan kepada kerjasaman diantara 2

    parti yang dipelopori oleh Islam, yang bersama-sama beriman rukun Islam

    itu 5 dan rukun Iman itu 6. Yang hanya berbeza pada perbezaan yang boleh

    dilapangkan dada.

    Dr. Syed Hussein Alatas mengesyorkan pendapat: Andai hendak dibuat

    muzakarah, tidaklah diatara dua pihak ini meletakkan syarat, yang patutnya

    adalah agenda. Beliau mengumpamakan:

    Sebelum saya membahaskan dari segi perundingan ini, saya ingin

    mengambil misalan dua pasukan bola sepak. Dalam perlawanan bola sepak,

    jika dua pasukan perlu mengadakan perundingan, itu adalah baik. Tetapi

    tujuan perundingan mereka itu bukan untuk menghapuskan pasukan lain,

    bukan untuk menarik pasukan lain kepada kelab mereka, bukan juga untuk

  • 8/14/2019 (Rumusan) Ke Mana Dengan Islam_Syed Hussein Alatas

    8/14

    berunding bagaimana hendak menggulingkan kapten lawan. Kalaulah

    kapten itu dan ini hendak digulingkan, apa tujuannya perundingan itu?.

    Bukan juga untuk bertanding sekadar menggalakkan perasaan penyokong

    yang suka merusuh, sebagaimana peminat bola sepak Inggeris. Bukan tujuan

    kita hendak satu pihak menghapuskan pihak yang lain, seperti hendak

    menggulingkan kapten pasukan. Bukan itu tujuannya.

    Apa sebetulnya tujuan perundingan antara dua pasukan ini? Tujuan yang

    sah dan murni antara untuk membahaskan cara-cara main bola yang

    pantas, yang mengikut peraturan, yang tidak dipengaruhi oleh unsure-unsur

    keganasan.

    Kalau perundingan yang sedemikian berlaku antara dua pasukan bola

    sepak, ini sangat baik untuk penonton. Dalam hal ini, rakyat boleh kita

    anggap sebagai penonton. Inilah yang kita kehendaki. Jadi, kalau

    perundingan ini terlaksana, kesannya adalah baik kepada masyarakat. (m.s

    53)

    Dapatkah Umno dan Pas lebih menghayati konsep persaudaraan dengan

    perumpamaan Dr. Syed Hussein Alatas ini? Mungkin tidak jika masih

    dikepalai oleh perasaan.

    10. Ke Mana Pergi Umno Dan Pas, 4 Mac 2001Isunya lanjutan daripada Muzakarah Umno dan Pas.

    11. Menentang Ketakburan Agama, 25 Mac 2001Isunya berkenaan dengan penggunaan perkataan Islam pada nama-nama

    persatuan, parti politik, badan-badan, dan lain-lain.

    Dan Dr. Syed Hussein Alatas membawakan hujah-hujahnya yang kurang

    menyetujui penggunaan kata Islam itu. Dan penulis berpendapat sebaliknya.

    Oleh kerana tidak ada larangan di dalam Al-Quran juga di dalam As-Sunnah

    yang mengharamkan, maka kita menghalalkan. Permudahkan jangam

    susahkan. Ini adalah perkara yang dibuka jalan untuk berpendapat, tidaklahmengapa jika berselisihan.

  • 8/14/2019 (Rumusan) Ke Mana Dengan Islam_Syed Hussein Alatas

    9/14

    12. Lembu Dan Pejuangan Islam, 16 April 2001Isunya apabila Ustaz Bunyamin Yaakub berkata:

    Lembu yang disembelih akan menuntut semula di depan Allah di akhirat

    kelak sekiranya orang yang terbabit dengan sembelihnya pada setiap Hari

    Raya Korban tidak ikhlas dengan tuntutan agama. Lembu pun marah pada

    orang Islam yang tidak menyokong perjuangan Islam, dan binatang itu akan

    menanduk orang berkenaan di akhirat kelak(m.s 70)

    Penulis tidak ingin bahas panjang oleh kerana sudah cukup untuk penulis

    berkata bahawa penulis tidak tahu inilah tugas lembu di hari akhirat. Penulis

    akan mencari lagi apakah tugas-tugas lembu yang lain di hari akhirat dalam

    hadith-hadith Nabi s.w.t.

    13. Lembu Sokong Parti Islam, 30 April 2001Lanjutan daripada isu lembu.

    14. Nilai Malu Dan Maruah Bangsa, 3 Jun 2001Tidak langsung berkait dengan pertembungan politik Umno dan Pas. Yang

    dibahaskan adalah sifat-sifat negative yang meruntun masyarakat Melayu

    dan pemimpin masyarakat Melayu yang menganggotai Umno. Asalnya

    daripada kenyataan Awang Sulung dalam rencana Bisik-Bisik Mingguan

    yang menyatakan berkenaan masalah pendidikan masyarakat Melayu yang

    sudah 43 tahun tetapi pelajar-pelajar Melayu masih belum menonjol.

    Terdapat beberapa perkara yang menarik dalam artikel kali ini yang

    antaranya:

    Peluang dan Ruang untuk Ahli Fikirperlunya golongan ahli fikir dalam masyarakat kita diakui peranannya

    dan disediakan saluran medianya supaya sampai kepada masyarakat buah

    pemikirannya(m.s 80)

    Semangat Berfikir

  • 8/14/2019 (Rumusan) Ke Mana Dengan Islam_Syed Hussein Alatas

    10/14

    Semangat berfikir ini (dalam bahasa Inggeris: spirit of inquiry) adalah punca

    daripada kemajuan sains dan perancangan masyarakat. (m.s 81)

    Ramalan akan kejatuhan Umno jikaJika Umno tidak diselamatkan dari gejala ini dengan segera, saya khuatir

    Umno akan hilang kuasa sekitar tahun 2010. Perubahan watak dalam Umno

    adalah satu-satunya jalan untuk menyelamatkannya. Yang dimaksudkan

    dengan watak ialah sikap yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.(m.s 83)

    15. Umno di Persimpangan Jalan, 24 Jun 2001Isunya yang lepas tetapi kali ini dibawakan petikan-petikan ucapan daripada

    Presiden Umno, Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad pada Persidangan Agung

    Umno 2001.

    Hari ini orang Melayu sudah dibiasakan dengan rasuah, dengan sogokan.

    Mereka sanggup menjual bangsa, agama, dan negara kepada sesiapa sahaja

    yang menghulurkan wang dan lain-lain. Penyangak, ulama songsang,

    pengamal rasuah, dan kaki maksiat juga bolah jadi pemimpin negara.

    Lihatlah negara-nagara yang mempunyai penyangak sebagai pemimpin.

    Hancur negara dibuatnya, tetapi masih ramai yang menyokong dan tidak

    mudah untuk menyingkirkannyaa.(m.s 88)

    16. Belajar Inggeris Melayu Maju, 1 Julai 2001Isunya dahulu terbawa-bawa kepada dasar PPSMI. Dan dikatakan akan

    dimansuhkan perlahan-lahan.

    Dr. Syed Hussein Alatas menyokong dan membawakan hujah-hujah yang

    menyokong. Tetapi penulis selepas membaca buku yang lain mengenai

    PPSMI, yang menolak PPSMI, dengan hujah-hujah yang jauh lebih kuat,

    hujah-hujah nombor yang jauh lebih konkrit, penulis menolak PPSMI!.

    Dan kini selepas 50 tahun merdeka, Malaysia masih terkial-kial mencari jalan

    pendidikan yang sesuai. Sepatutnya selepas 50 tahun merdeka difikirkan

  • 8/14/2019 (Rumusan) Ke Mana Dengan Islam_Syed Hussein Alatas

    11/14

    perkara yang tidak lagi asas tetapi yang berlaku sebaliknya. Jadilah seperti

    membina rumah yang teragak-agak tiang pandunya.

    Dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pandidikan sekarang

    berkata bahawa PPSMI akan dimansuhkan sedikit demi sedikit. Kita tunggu.

    17. Keganasan Dalam Sejarah Islam, 16 Disember 2001Isunya apabila terjadi peristiwa 11 September 2001, pengeboman WTC yang

    mendapat kesannya 5000 mangsa.

    Dr. Syed Hussein Alatas seperti biasa mendahului dengan takrif yang

    bersifat relatif. Sesuatu yang baik sebagai metod menulis. Dan selepas itu

    dihuraikan pendek akan contoh-contoh yang dilihat keganasan tetapi

    sebaliknya.

    18. Terrorisme Dan Isu KetidakAdilan, 23 Disember 2001Isu yang sama dan huraiannya seakan-akan sama.

    19. Tinjauan Sekitar Terrorisme, 30 Disember 2001Isu yang sama dan huraiannya seakan-akan sama.

    20. Sandiwara Tuduhan Sandiwara, 13 Januari 2002Isunya apabila Kumpulan Al-Maunah menyerang dan merompak Kem Askar

    Wataniah dan Pos Tentera di Grik Perak.

    Dan terlepas selepas peristiwa Al-Maunah ini cakap-cakap kacau yang

    bermacam-macam jenis teorinya pula yang banyaknya berkata bahawaperistiwa Al-Maunah ini hanya sandiwara kerajaan. Dan mereka ini berteori

    tidak melalui bukti-bukti yang jelas. Dan mengapa seandainya berlaku kata

    Dr. Syed Hussein Alatas:

    Yang menganggap bahawa peristiwa itu sandiwara didalangi pihak

    berkuasa ataupun pihak Umno, bersikap agak ganjil dan tidak jujur dan

    tidak cinta kepada Islam dan Malaysia. Jika ini yang mereka percaya dengan

    ikhlas, yakni jika mereka tidak bersandiwara, mengapa mereka tidak

  • 8/14/2019 (Rumusan) Ke Mana Dengan Islam_Syed Hussein Alatas

    12/14

    mengadakan laporan polis, mengapa mereka tidak mengadu kepada

    Suhakam, mengapa mereka tidam minta pertolongan Amnesty International

    dan badan-badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkenaan,

    mengapa tidak mereka bergerun kepada Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam?.(m.s 117)

    Cumanya penulis katakan terdapat manusia yang tidak mempercayai

    manusia pernah sampai ke bulan walaupun selepas mereka mendapat fakta-

    fakta lengkap dan selepas itu mereka mendatangkan hujah-hujah mereka

    pula. Hujah-hujah mereka tidaklah kukuh, rapuhnya hujah-hujah mereka

    seperti ranting kering. Dan mereka ini photocopy daripada orang-orang yang

    menuduh sandiwara kepada kerajaan.

    21. Ciri-Ciri Keganasan Fikiran, 20 Januari 2002Dr. Syed Hussein Alatas mendefinasikan keganasan fikiran sebagai:

    latar belakang tindakan-tindakan ganas walaupun ia belum merupakan

    program bertindak tertentu seperti pembunuhan, tekad korban diri, letupan

    bom dan sebagainya.(m.s 121)

    Dan keganasan fikiran dalam Islam adalah di dalam ruang lingkup silatur

    rahim yang antaranya adalah memutuskan hubungan kejiranan, tidak mahu

    berjabat tangan, mengsolatkan jenazah, tidak meraikan perkahwinan, fikiran

    ganas terhadap binatang dan lain-lain contoh yang dibawa Dr. Syed Hussein

    Alatas. Penulis mengungkapkan daripada Dr. Syed Hussein Alatas:

    Akhir sekali saya ingin sertakan di sini masalah keganasan fikiran tentang

    pengertian Islam. Segolongan pihak penganjur pengetahuan Islam

    berpendapat bahawa hanya merekalah yang faham tentang Islam dan patut

    memimpin pemikiran umat tentang agama. Yang tidak menerima pendidikan

    agama menurut tradisi lama dianggap buta huruf tentang agama.

    Direndahkan darjat mereka dengan tuduhan mereka dibentuk oleh didikan

    Barat yang dicemuh dengan tuduhan secular. Kalau sudah berates tahun

    alim ulama Islam mambahaskan tentang hadis yang sah dan palsu, kenapa

    pula kalau ada yang ikut serta sekarang terus dicurigai dan dianggap

  • 8/14/2019 (Rumusan) Ke Mana Dengan Islam_Syed Hussein Alatas

    13/14

    pengganggu ketenteraman agama? Ini adalah satu reaksi keganasan.

    Sepatutnya bukan hak membahaskan hadis yang digugat, tetapi keahlian

    yang berbahas tentang hadis. Kalau ini yang menjadi keberatan, ini bukan

    keganasan fikiran. Tetapi kalau hak membangkitkan perbahasan yangdigugat, ini merupakan keganasan fikiran.(m.s 125)

    22. Pahala Satu Hala, 3 February 2002Isunya apabila Tuan Guru mengatakan bahawa orang-orang yang mengundi

    Pas pada pilihanraya umum tahun 1990 yang membolehkan Pas membentuk

    kerajaan di Kelantan akan mendapat pahala daripada tuhan di akhirat

    kerana kerajaan Pas di Kelantan telah dapat mencegah yang haram dan

    menggalakkan yang baik (Laporan Bernama 23 Januari 2002).

    Datuk Hasbullah Mohd. Hassan Mufti Kerajaan Kelantan - berpendapat

    bahawa pahala itu berdasarkan keikhlasan niat dan tidak semestinya orang

    yang tidak mengundi Pas tidak mendapat pahala.

    Ustaz Abdul Hadi Awang yang ketika itu Timbalan Presiden Pas juga

    menitikberatkan akan niat. (m.s 126)

    Profesor Madya Mohd. Nor Deris menyifatkan kenyataan Tuan Guru sebagai

    penyelewengan akhidah. (m.s 126)

    Penulis Dan Kesimpulan

    Penulis menyakini terdapat diantara isu-isu di dalam buku ini yangsudah lama dilipat kemas dan disimpan di dalam memori perjuangan

    yang tidak diketahui oleh penulis. Dan oleh kerana itu penulis

    memohon maaf. Penulis berkomentar seolah-olah semua isu-isu di

    atas masih tidak diselesaikan. Hanya untuk kekuatan akal akhirnya.

    Pas sebenarnya daripada perkiraan penulis adalah semakin matangsaban hari. Mungkin terdapat diantara perbahasan-perbahasan diatas

    yang sudah dibaiki samada di pihak Pas atau Umno. Cadangan Datuk

    Dr. Mahmood Zuhdi kepada Pas [Mingguan Malaysia (15 November

    2009)];

  • 8/14/2019 (Rumusan) Ke Mana Dengan Islam_Syed Hussein Alatas

    14/14