pelaksanaan solat bagi murid-murid bermasalah …€¦ · saya tidak memplagiat dan a-apa...

223
PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN ARNIE BINTI ADNAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2016

Upload: others

Post on 29-Jul-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

PELAKSANAAN SOLAT BAGI

MURID-MURID BERMASALAH

PEMBELAJARAN

ARNIE BINTI ADNAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2016

Page 2: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

PELAKSANAAN SOLAT BAGI

MURID-MURID BERMASALAH

PEMBELAJARAN.

ARNIE BINTI ADNAN

DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK

MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)

(MOD PENYELIDIKAN DAN KERJA KURSUS)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2016

Page 3: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

UPSI/IPS-3/BO 32 Pind : 00 m/s: 1/1

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Perakuan ini telah dibuat pada ………(hari bulan)…………….. (bulan) 20……..

i. Perakuan pelajar :

Saya, _______________________________________________________________________________________ (SILA NYATAKAN NAMA PELAJAR, NO. MATRIK DAN FAKULTI) dengan ini mengaku bahawa disertasi/tesis yang bertajuk ____________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ adalah hasil kerja saya sendiri. Saya tidak memplagiat dan apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya

_________________________

Tandatangan pelajar

ii. Perakuan Penyelia:

Saya, _______________________________________________________ (NAMA PENYELIA) dengan ini

mengesahkan bahawa hasil kerja pelajar yang bertajuk ___________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________________

(TAJUK) dihasilkan oleh pelajar seperti nama di atas, dan telah diserahkan kepada Institut

Pengajian Siswazah bagi memenuhi sebahagian/sepenuhnya syarat untuk memperoleh Ijazah

__________________________________________________________________________________ (SLA NYATAKAN NAMA

IJAZAH).

____________________ ________________________

Tarikh Tandatangan Penyelia

Sila tanda (√) Kertas Projek Sarjana Penyelidikan Sarjana Penyelidikan dan Kerja Kursus Doktor Falsafah

Page 4: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

iii

PENGHARGAAN

بسم هللا الرحمن الرحيم

Puji-pujian dipanjatkan kepada Allah S.W.T.. Dengan izinNya, dapat saya

menyempurnakan disertasi ini dengan baik. Saya merakamkan ucapan penghargaan

setinggi-tinggi terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Haniz b. Ibrahim, penyelia utama

dan Profesor Madya Dr. Siti Eshah bt. Mohshein, penyelia bersama yang begitu gigih

memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Tanpa bimbingan dan cadangan tersebut, saya pasti menghadapi kesukaran dalam

menyiapkan penyelidikan ini.

Penghargaan juga saya rakamkan buat pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak atas keizinan untuk menjalankan kajian di sekolah

terlibat. Begitu juga kepada pihak sekolah dan responden kajian yang terlibat, pentadbir

sekolah dan guru-guru Pendidikan Khas yang sentiasa memberi kerjasama serta

membantu memudahkan setiap tugasan di sekolah sepanjang penyelidikan ini dilakukan.

Tanpa kesefahaman dan tolak ansur semua, sukar bagi saya membahagikan masa antara

tanggungjawab sebagai pendidik dan pelajar sarjana.

Tidak lupa juga, ribuan terima kasih buat suami tercinta, Wan Kamal Nadzif b.

Wan Jamil serta anak-anak Aufa, Aysar, Amni dan Afnan yang sentiasa memahami dan

memberikan sokongan serta sabar dengan kesibukan dan tugasan yang ada. Begitu juga,

penghargaan kepada bonda Asiah dan ayahanda Adnan serta mama Nadzriah dan arwah

abah Wan Jamil (sentiasa memberikan semangat dan kepercayaan sehingga kembali ke

rahmatullah pada Disember 2014), keluarga dan semua yang sentiasa memberi dorongan

dan bantuan sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini.

Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan semua pihak

terutama anak-anak pendidikan khas.

Page 5: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

iv

ABSTRAK

Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengkaji tuntutan dan tatacara solat murid

bermasalah pembelajaran dalam Program j-QAF di Program Pendidikan Khas serta aspek

rukhsah dalam pelaksanaannya. Responden terdiri daripada tiga orang pakar bidang

agama dan dua orang guru di sebuah Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah

Pembelajaran Daerah Perak Tengah. Pengumpulan data menggunakan teknik temu bual

dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan tuntutan solat murid bermasalah

pembelajaran adalah, pertama gugur bagi terencat akal teruk, kedua memiliki sebahagian

kelayakan melaksana bagi yang berakal tetapi tidak mencapai tahap normal dan ketiga

memiliki kelayakan melaksana sempurna bagi yang memiliki akal normal tetapi

bermasalah tingkah laku dan kesukaran mengingat. Tatacara solat murid bermasalah

pembelajaran menekankan aspek rukhsah dan tahap kemampuan murid. Kajian turut

mencadangkan aspek pengajaran bacaan mudah dalam solat. Kesimpulan daripada kajian

menunjukkan tuntutan solat bagi murid bermasalah pembelajaran adalah berdasarkan

tahap akal dan kemampuan. Implikasi kajian menunjukkan pengetahuan tentang tuntutan

dan aspek kemampuan serta pelaksanaan Program j-QAF boleh membantu meningkatkan

penguasaan solat murid.

Page 6: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

v

PERFORMING OF PRAYERS FOR LEARNING DISABILITY PUPILS

ABSTRACT

The aim of this qualitative study is to investigate the requirements and solat procedures

for pupil with learning disabilities in j-QAF Program within the Special Education

Program and the facet of rukhsah in its implementation. Respondents consisted of three

experts in religious affairs and two special education teachers from an Integrated Special

Education Program in the district of Perak Tengah. Data collection involved interview

protocol and documents analysis. The findings indicates that the requirements for solat

for pupils with learning disabilities are, firstly, null and void for those with severe

cognitive problems, secondly, partially required for those with moderate cognitive issues

that is considered to be below the normal standard, and thirdly, is compulsory for those

who have normal intelligence but suffering from behavioral and short term memories

issues. Solat procedure for pupil with learning disabilities emphasizes the aspect of

rukhsah and the degree of the child’s abilities to perform. The study suggested that

special efforts be made to teach the child simple recitation for solat. The study concluded

that the requirements for solat for pupils with learning disabilities are based on the degree

of their cognitive challenges and abilities to perform it. Implications of the study indicate

that knowledge on the requirements and child’s ability to perform solat plus the

implementation of the j-QAF will improve pupils’ solat performances.

Page 7: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

vi

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang Kajian 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Tujuan Kajian 8

1.5 Objektif Kajian 9

1.6 Persoalan Kajian 10

1.7 Kerangka Konseptual Kajian 11

1.8 Kepentingan Kajian 14

Page 8: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

vii

1.9 Skop Kajian 15

1.10 Batasan Kajian 17

1.11 Definisi Operasional 17

1.12 Rumusan 19

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 22

2.2 Definisi Masalah Pembelajaran 23

2.3 Kategori-kategori Murid Bermasalah Pembelajaran 28

2.4 Kedudukan Murid Bermasalah Pembelajaran Menurut Syarak 35

2.5 Isu-isu Berkaitan Solat 51

2.6 Rukhsah Menurut Syariat Islam 56

2.7 Tatacara Solat Murid Bermasalah Pembelajaran 57

2.8 Program Pendidikan Islam di Pendidikan Khas 72

2.8.1 Negara-negara Asia Tenggara 72

2.8.2 Malaysia 76

2.9 Model PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas 81

2.10 Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam Topik Ibadah 86

(Wuduk dan Solat) Murid Bermasalah Pembelajaran

2.11 Kajian Pengajaran Pendidikan Islam Bagi Murid Bermasalah 95

Pembelajaran

2.12 Kajian Program j-QAF 98

2.13 Rumusan 102

Page 9: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

viii

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 107

3.2 Reka Bentuk Kajian 110

3.3 Lokasi Kajian 115

3.4 Responden Kajian 115

3.5 Instrumen Kajian 118

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 120

3.7 Prosedur Kajian 124

3.7.1 Kajian Lapangan 124

3.7.1.1 Prosedur Temu bual Pakar 125

3.7.1.2 Prosedur Temu bual Guru Pendidikan Khas 126

3.7.2 Penganalisaan Data 127

3.8 Rumusan 128

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 130

4.2 Tuntutan solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 131

4.2.1 Tuntutan solat 132

4.2.2 Halangan Syarak 134

4.2.3 Hukum Solat Jumaat 135

4.2.4 Isu-isu Didikan dan Qada Solat 136

4.3 Tatacara Solat Termudah Murid Bermasalah Pembelajaran 138

Mengikut Hukum Islam

Page 10: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

ix

4.3.1 Rukhsah 138

4.3.2 Bacaan Dalam Rukun Solat 139

4.4 Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran Yang Terlibat Dalam 140

Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF

4.5 Aspek Rukhsah Dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF 142

Terhadap Kemudahan Penguasaan Solat Murid Pendidikan Khas

4.6 Rumusan 145

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 147

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 148

5.2.1 Tuntutan Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah 148

Pembelajaran

5.2.2 Tatacara Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah 151

Pembelajaran

5.2.3 Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran Yang Terlibat 152

Dalam Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF

5.2.4 Aspek Rukhsah Dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF 153

Terhadap Kemudahan Penguasaan Solat Murid Pendidikan

Khas

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 154

5.3.1 Tuntutan Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah 155

Pembelajaran

5.3.2 Halangan Syarak Bagi Murid Pendidikan Khas 157

Bermasalah Pembelajaran

5.3.3 Hukum Solat Jumaat Murid Pendidikan Khas Bermasalah 159

Pembelajaran

Page 11: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

x

5.3.4 Isu-isu Didikan dan Qada Solat Murid Pendidikan Khas 162

Bermasalah Pembelajaran

5.3.5 Tatacara Solat Temudah Murid Bermasalah Pembelajaran 163

Mengikut Hukum Islam

5.3.6 Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran Yang Terlibat 165

Dalam Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF

5.3.7 Aspek Rukhsah Dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF 167

Terhadap Kemudahan Penguasaan Solat Murid Pendidikan

Khas

5.4 Kesimpulan dan Implikasi Kajian serta Cadangan Kajian Lanjutan 170

5.5 Rumusan 174

RUJUKAN 176

LAMPIRAN

Page 12: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

xi

SENARAI JADUAL

No. Jadual Muka Surat

2.1 Kategori Tuntutan Solat Murid Bermasalah Pembelajaran mengikut syarak 50

2.2 Tatacara Solat Murid Bermasalah Pembelajaran 70

2.3 Penglibatan Murid dan Aspek Rukhsah dalam Model PdP Amali Solat j-QAF 84

di Pendidikan Khas

2.4 Pengajaran Solat dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas 85

3.1 Profil Responden Kajian 118

4.1 Tuntutan Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 133

4.2 Halangan Syarak bagi Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 134

4.3 Hukum Solat Jumaat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 136

4.4 Tatacara Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 140

4.5 Tuntutan Solat Murid Bermasalah Pembelajaran dan Aplikasi dalam Model 142

Kelas PdP Amali Solat j-QAF

4.6 Pelaksanaan dan Aspek Rukhsah dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF 144

5.1 Bacaan Ringkas Ketika Solat 164

5.2 Perbandingan Analisis Dokumen dengan Temu bual Kategori Murid 166

Bermasalah Pembelajaran dalam Program j-QAF Amali Solat

Page 13: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

xii

SENARAI RAJAH

No. Rajah Muka Surat

1.1 Kerangka Konseptual Kajian Pelaksanaan Solat Bagi Murid-murid 13

Bermasalah Pembelajaran

Page 14: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

xiii

SENARAI SINGKATAN

& Dan

2nd

Second

3rd

Third

4th

Fourth

3M membaca, menulis, mengira

AAMR American Association on Mental Retardation

ABM Alat Bantu Mengajar

ADHD Attention Deficit Hyperactive Disorder

BBM Bahan Bantu Mengajar

BP Bermasalah Pembelajaran

BPK Bahagian Pendidikan Khas

DCD Developmental Co-ordination Disorder

DI Direct Instruction

dll. dan lain-lain

ed. Edisi

Eds. Editors

GPI Guru Pendidikan Islam

GPIPK Guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas

Page 15: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

xiv

GTPI Guru Tambahan Pendidikan Islam

hal. Halaman

html hypertext

http hypertext transfer protocol

IDEA 04 Individuals with Disabilities Education Act of 2004

IPT Institut Pengajian Tinggi

IQ Intelligence quotient (darjah kecerdasan otak)

Jil. Jilid

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

j-QAF jawi, al-Quran, Arab dan Fardhu Ain

KBS Kem Bestari Solat

KHEU Kementerian Hal Ehwal Ugama

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

KSSRPK Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas

LAC Learning Assistance Centre

MPA Malaysian Psychiatric Association

MTQ Majlis Tilawah al-Quran

NJCLD The National Joint Committee in Learning Disabilities

No. Nombor

OKU Orang Kelainan Upaya

PI Pendidikan Islam

Page 16: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

xv

PK Pendidikan Khas

PPKIBP Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran

PdP Pengajaran dan Pembelajaran

RTI Response to Intervention

S.A.W. Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

SDLB Sekolah Dasar Luar Biasa

SENA Special Education Needs Assistance

SK Sekolah Kebangsaan

SKPK Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

SLB Sekolah Luar Biasa

SRSD Self-regulated Strategy Development

S.W.T. Subhanahu Wa Ta’ala

Terj. Terjemahan

TMm Teknologi Multimedia

UNESCO United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization

UPK Unit Pendidikan Khas

UPKU JPI Unit Pendidikan Khas Ugama Jabatan Pengajian Islam

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris

USIM Universiti Sains Islam Malaysia

USM Universiti Sains Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

xvi

SENARAI LAMPIRAN

A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di Sekolah, Institut Perguruan, Jabatan

Pelajaran Negeri dan Bahagian-bahagian di Bawah Kementerian Pelajaran

Malaysia

B Surat Pengesahan Pelajar untuk Membuat Penyelidikan

C Surat Kelulusan Menjalankan Kajian di Sekolah-sekolah di Negeri Perak

di Bawah Jabatan Pelajaran Negeri Perak

D1 Soalan Temu bual Responden Pakar (Kajian Rintis)

D2 Soalan Temu bual Responden Pakar

E1 Soalan Temu Bual Responden Guru (Kajian Rintis)

E2 Soalan Temu Bual Responden Guru

F1 Transkrip Responden Pakar

F2 Transkrip Responden Guru

G Rumusan Senarai Semak Pencapaian Amali Solat Murid (Jan –Julai 2013)

H Panduan Penilaian Bulanan Amali Solat

I Borang Senarai Semak Penilaian Bulanan Amali Solat

Page 18: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Solat merupakan ibadah utama dan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap

umat Islam yang mukalaf (baligh dan berakal) dan suci berdasarkan beberapa ayat di

antaranya (al-Zuhayli, 2010):

الراكعي مع واركعوا الزكاة وآتوا الصالة اوأقيمو

(Al-Quran, Surah al-Baqarah 2:43)

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah

kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

Page 19: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

2

Pelaksanaannya yang berbentuk wajib ini bagi mendekatkan diri kepada Allah.

Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) menyatakan berdasarkan dalil al-Quran, penjagaan

solat misalnya mampu mencorakkan seorang yang dinamik, progresif, berdaya tahan,

berkarisma dan soleh lagi bertakwa. Menurut mereka lagi berdasarkan beberapa ayat al-

Quran yang lain, kelalaian terhadap solat pula menjadikan seseorang itu lemah pendirian,

mudah terpedaya, sakit nuraninya dan rosak amalnya.

Selain itu, pensyariatan solat telah wujud sejak nabi-nabi sebelum nabi

Muhammad S.A.W.. Malah ia merupakan kefarduan amali pertama dalam setiap

pengutusan para rasul sebagai bukti kepada keimanan dan pengabdian diri kepada Allah

(Anisah, 2008). Didikan terhadap solat perlu dilakukan sejak anak-anak masih kecil. Ini

juga merupakan salah satu pendidikan keimanan yang diketengahkan oleh Abdullah

(2010) mengenai pendidikan anak-anak menurut Islam. Hal ini adalah bertepatan dengan

hadis Rasulullah S.A.W. yang bersabda:

ها وهم أب ناء عشر سني مروا أوالدكم بلصالة وهم أب ناء سبع سني واضربوهم علي ن هم ف المضاجع وف ر قوا ب ي

(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, jil.1, hal.185, no.495, hadis hasan)

Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukullah

dia jika meninggalkan sembahyang pada usia sepuluh tahun dan pisahkan antara

mereka di tempat tidur.

Page 20: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

3

Pengajaran secara berperingkat bermula dari kecil sebagai persediaan untuk

membiasakan anak-anak bagi melaksanakan ibadah yang disyariatkan apabila mereka

mencapai umur baligh (Abdullah, 2010).

Ini bermakna, kewajipan solat terhadap setiap mukalaf termasuk yang

berkeperluan khas tidak gugur secara mudah. Menurut Ab. Aziz, Mohamad Kamil,

Anisah, Mohd Fauzi Hamat, dan Nor Raudah Siren (2009), tuntutan tersebut dengan

mengambil kira syarat-syarat mukalaf, jenis-jenis kelayakan dan halangan-halangan

mendapatkan kelayakan untuk melaksanakan tuntutan ibadah menurut syarak. Selain itu,

pengajaran dan penekanan terhadap orang kelainan upaya (OKU) ini adalah berdasarkan

tahap kemampuan mereka (Ab. Aziz et al., 2009).

1.2 Latar belakang kajian

Kurikulum murid pendidikan khas bermasalah penglihatan dan pendengaran

menggunakan kurikulum kebangsaan dengan pengubahsuaian dari sudut penyampaian

aktiviti bagi memenuhi objektif pembelajaran berdasarkan keperluan murid. Bagi murid

bermasalah pembelajaran pula, mereka boleh memilih menggunakan kurikulum

kebangsaan atau kurikulum alternatif kebangsaan bergantung kepada kesesuaian dan

tahap kemampuan murid (Jamila, 2005).

Page 21: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

4

Pendidikan Islam turut diajar di sekolah-sekolah Pendidikan Khas. Sebagaimana

dinyatakan, murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran menggunakan

kurikulum kebangsaan. Tumpuan utama Pendidikan Islam sekolah rendah adalah kepada

bidang Asuhan Tilawah al-Quran, bidang Asas Ulum Syariah, bidang Asas Adab dan

Akhlak Islamiah serta Jawi. Pengajaran solat termasuk dalam topik ibadah di bawah

bidang Asas Ulum Syariah (Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, 2002).

Ketiga-tiga bidang ini merupakan fardu ain kepada setiap murid (Ahmad, 2008). Bagi

murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran pula, terdapat empat bidang

pembelajaran utama. Salah satunya ialah bidang kerohanian dan nilai-nilai murni.

Pendidikan Islam dan pengajaran ibadah solat termasuk di dalam bidang ini (Jabatan

Pendidikan Khas, 2005).

Penekanan terhadap ibadah solat dalam sistem pendidikan negara semakin

ditingkatkan dengan pelaksanaan program j-QAF. Perkataan j-QAF tersebut merujuk

kepada penekanan program tersebut dalam empat bidang utama iaitu jawi, al-Quran,

Bahasa Arab dan Fardu Ain. Ibadah solat termasuk di bawah aspek fardu ain (Ahmad,

2008). Perluasan program j-QAF kepada murid pendidikan khas sesuatu yang amat baik

dan sedang diperluaskan ke 2,366 kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah

Pembelajaran (PPKIBP) serta 28 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) secara

berperingkat mulai tahun 2008 hingga 2014 (Rosniza, 2008). Projek rintis di bawah

Program Pendidikan Khas telah dilaksanakan di 12 buah sekolah di Kelantan, Selangor,

Page 22: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

5

Kedah dan Melaka bermula Julai 2007 (“j-QAF bagi 12,000 murid bermasalah,” 2007).

Dua aspek diberikan tumpuan iaitu al-Quran dan fardu ain. Modul yang digunakan iaitu

Modul Amali Solat bagi fardu Ain dan Modul Kaedah Iqra’ untuk tilawah al-Quran

(Bahagian Pendidikan Khas, 2008a).

1.3 Pernyataan masalah

Rasulullah S.A.W. menyatakan tuntutan ibadah ke atas seseorang hanya gugur atas tiga

sebab iaitu orang yang tidur, gila dan kanak-kanak sebagaimana hadis di bawah:

رفع القلم عن ثالثة عن النائم حت يست يقظ وعن الصب حت يتلم وعن المجنون ح ت ي عق

(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Jil.4, hal.245, no.4405,hadis sahih)

Diangkat pena (terangkat taklif) dari tiga golongan: orang yang tertidur sampai dia

terjaga, orang yang gila sampai dia sedar dan anak kecil sampai dia baligh.

Ini bermakna setiap tuntutan ibadah dalam Islam terhadap setiap mukalaf tidak

hilang dengan mudah. Apatah lagi, ibadah solat yang merupakan teras kedua dalam rukun

Islam yang wajib ditunaikan. Maka, timbul permasalahan di sini akan kewajipan solat

murid-murid bermasalah pembelajaran kerana masalah yang dihadapi mereka berkait

rapat dengan syarat utama mukalaf iaitu berakal. Tambahan daripada itu, terdapat juga

Page 23: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

6

segelintir ibu bapa dan masyarakat yang kurang jelas akan kewajipan ibadah ke atas

golongan berkeperluan khas (Fauziah Hanim Jalal et al., 2012). Kajian oleh Fauziah

Hanim Jalal et al. (2012) mendapati kurang 50% ibu bapa yang terlibat dalam kajian

tersebut menganggap solat kurang penting bagi anak-anak berkeperluan khas (bermasalah

pembelajaran). Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan bagi mengkaji tuntutan solat murid-

murid bermasalah pembelajaran yang terdiri daripada pelbagai kategori iaitu terencat

akal, autisme, ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik berdasarkan perbahasan-

perbahasan fiqh dan penulisan-penulisan ilmiah merangkumi syarat-syarat mukalaf,

jenis-jenis kelayakan dan halangan dalam pelaksanaan taklif serta kemampuan yang

diambil kira mengikut pandangan fiqh.

Permasalahan kedua yang timbul adalah berkaitan tatacara solat bagi murid-murid

bermasalah pembelajaran. Terdapat enam rukun solat sahaja yang disepakati oleh

keempat-empat mazhab iaitu takbiratulihram, berdiri (bagi yang mampu), membaca ayat

al-Quran, rukuk, bangkit daripada rukuk dan iktidal dan sujud dua kali bagi setiap rakaat

(Zaharuddin, 2008). Bagaimanapun, menurut mazhab Syafi’i, rukun solat terdapat

sebanyak tiga belas. Kajian oleh Fauziah Hanim Jalal et al. (2012) mendapati bacaan

dalam solat antara masalah dialami anak-anak berkeperluan khas bermasalah

pembelajaran. Tambahan daripada itu, pelaksanaan syariat dalam Islam turut menjadikan

kemampuan sebagai syarat dalam pentaklifan sesuatu syariat (al-Mutawalli, 2001; al-

Syatibi, 2001; al-Suyuti, 2004). Selain itu, terdapat pelbagai perbahasan fiqh antaranya

Page 24: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

7

oleh al-Albani, (2000); al-Khin, al-Bugha, dan al-Syarbaji, (2000); al-Jauziyyah, (2006);

al-Zuhayli, (2010) berkaitan tatacara solat Rasulullah S.A.W. dari segi niat, perlakuan

dan bacaan berdasarkan hadis-hadis baginda yang sahih. Oleh itu, kajian adalah perlu

untuk mengkaji secara mendalam tatacara solat yang paling mudah dan ringan dari segi

niat (qalbi), perbuatan (fi’li) dan bacaan (qauli) menurut hadis Rasulullah S.A.W. untuk

diaplikasikan terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran.

Permasalahan terakhir adalah berkaitan pelaksanaan Model Kelas PdP Amali

Solat j-QAF di Pendidikan Khas dari segi kategori murid bermasalah pembelajaran yang

terlibat dan modul tatacara solat yang digunakan. Model ini merupakan salah satu

daripada dua model yang digunakan dalam program j-QAF di Pendidikan Khas. Program

ini secara umumnya memberikan impak yang positif terhadap tahap penguasaan solat

murid khas sebagaimana dapatan daripada Program Kem Bestari Solat (KBS) j-QAF

Pendidikan Khas Zon Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah) yang diadakan pada 17-20

Oktober 2011 di Perak iaitu terdapat peningkatan tahap penguasaan murid sebelum dan

selepas mengikuti program bagi amali wudhuk dan solat (Unit Pengurusan Pendidikan

Islam dan Moral, 2012). Kajian-kajian mengenai j-QAF di aliran perdana khusus

berkaitan amali solat juga, secara umumnya menunjukkan hasil yang positif.

Bagaimanapun, berdasarkan carian penulis terhadap kajian-kajian lepas di institut

pengajian tinggi (IPT) tempatan, belum terdapat satu kajian khusus mengenai j-QAF di

Pendidikan Khas. Selain itu, adakah modul perlakuan dan bacaan murid yang digunakan

Page 25: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

8

sesuai dan mudah dikuasai oleh murid? Oleh itu, kajian ini mengkaji secara khusus

pelaksanaan program dari segi kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dan

tatacara solat yang diaplikasikan dalam Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF di

Pendidikan Khas.

1.4 Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tuntutan solat bagi murid bermasalah pembelajaran

berdasarkan empat jenis kategori murid iaitu terencat akal, autisme, ADHD dan

bermasalah pembelajaran spesifik. Selain itu, kajian mengetengahkan aspek rukhsah

(keringanan) dan tatacara solat yang paling mudah untuk diaplikasikan oleh murid-murid

tersebut dari segi niat, bacaan dan perbuatannya berdasarkan perbahasan fiqh dan dalil-

dalil sahih daripada hadis Rasulullah S.A.W.. Berdasarkan tuntutan dan tatacara solat

tersebut, kajian ini mengambil satu program di Pendidikan Khas yang memfokuskan

khusus kepada pelaksanaan pengajaran solat iaitu melalui Model Kelas PdP Amali Solat

j-QAF di Pendidikan Khas dari segi kategori murid bermasalah pembelajaran yang

terlibat dan modul tatacara solat yang digunakan.

Page 26: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

9

1.5 Objektif kajian

Kajian ini menggariskan beberapa objektif kajian untuk dicapai seperti berikut:

1.5.1 Mendapatkan pandangan pakar terhadap tuntutan solat (kewajipan solat,

hukum Solat Jumaat dan qada solat) mengikut kategori murid bermasalah

pembelajaran berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan halangan-halangan

syarak.

1.5.2 Mengenalpasti aspek rukhsah dalam niat, perlakuan dan bacaan solat yang

paling mudah untuk diajar dan diaplikasikan oleh murid bermasalah

pembelajaran mengikut pandangan pakar.

1.5.3 Mengkaji kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam

Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas berdasarkan

tahap kelayakan melaksana (ahliyyatul ada’).

1.5.4 Mengkaji aspek rukhsah (keringanan) dalam niat dan perlakuan solat yang

digunakan dalam Modul PdP Amali Solat Program j-QAF di Pendidikan

Khas bagi memudahkan penguasaan solat murid.

1.5.5 Mengkaji aspek rukhsah (keringanan) dalam bacaan solat yang digunakan

dalam Modul PdP Amali Solat Program j-QAF di Pendidikan Khas bagi

memudahkan penguasaan solat murid.

Page 27: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

10

1.6 Persoalan kajian

Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini merangkumi beberapa aspek seperti

berikut:

1.6.1 Sejauh manakah tuntutan solat dari segi kewajipan solat, hukum Solat

Jumaat dan qada solat mengikut kategori murid bermasalah pembelajaran

berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan halangan-halangan syarak

menurut pandangan pakar?

1.6.2 Apakah aspek rukhsah dalam niat, perlakuan dan bacaan solat yang paling

mudah yang dibenarkan mengikut hukum Islam menurut pandangan

pakar?

1.6.3 Apakah kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam

Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas berdasarkan

tahap kelayakan melaksana (ahliyyatul ada’)?

1.6.4 Sejauh manakah aspek rukhsah (keringanan) dalam niat dan perlakuan

solat yang digunakan dalam Modul PdP Amali Solat Program j-QAF di

Pendidikan Khas bagi memudahkan penguasaan solat murid?

1.6.5 Sejauh manakah aspek rukhsah (keringanan) dalam bacaan solat yang

digunakan dalam Modul PdP Amali Solat Program j-QAF di Pendidikan

Khas bagi memudahkan penguasaan solat murid?

Page 28: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

11

1.7 Kerangka konseptual kajian

Perbahasan mengenai mukalaf sebagaimana dalam kitab-kitab usul fiqh seperti Usul al-

Fiqh (Abu Zahrah, t.t.), al-Ahkam fi Usul al-Ahkam (Al-Amidy, 1967), al-Wajiz fi Usul

Fiqh (Zaydan, 2000) dan Usul Fiqh al-Islami (Al-Zuhayli, 2001) merangkumi beberapa

perkara utama iaitu syarat-syarat mukalaf, jenis-jenis kelayakan dan halangan-halangan

mendapatkan kelayakan untuk melaksanakan tuntutan ibadah menurut syarak. Ini juga

sebagaimana kajian terkini oleh Ab. Aziz et al. (2009) dan Azman, Zulkifli, dan

Mohammad Naqib (2015) dalam kajian mereka berkaitan tuntutan ibadah OKU.

Perbahasan mengenai tatacara solat merangkumi niat (qalbi), perbuatan (fi’li) dan

bacaan (qauli) mengambil kira aspek rukhsah dalam pelaksanaan ibadah berdasarkan

kitab-kitab fiqh antaranya oleh al-Mutawalli, (2001); al-Syatibi, (2001); al-Suyuti, (2004)

dan bacaan mudah daripada hadis-hadis sahih daripada Rasulullah S.A.W. antaranya oleh

al-Albani, (2000); al-Khin et al., (2000); al-Jauziyyah, (2006); al-Zuhayli, (2010). Ini

juga seperti yang dinyatakan oleh Ab. Aziz et al., (2009) di mana pengajaran dan

penekanan terhadap orang kelainan upaya (OKU) ini adalah berdasarkan tahap

kemampuan mereka. Menurut al-Mutawalli (2001), kemampuan (al-istito‘at) menjadi

syarat dalam pentaklifan sesuatu syariat iaitu kewajipan melakukan solat adalah kekal

selama seseorang itu masih berakal, yakni akalnya masih sedar dan dapat memahami niat

dan perbuatan-perbuatan solat seperti orang sakit diberi rukhsah untuk mengerjakan solat

Page 29: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

12

sambil duduk atau sambil berbaring dan melentang atau hanya dengan isyarat (kepala

atau mata), iaitu mengikut kadar yang termampu olehnya. Hal ini sebagaimana firman

Allah S.W.T.:

ال يكل ف هللا ن فسا اال وسعها

(Al-Quran, Surah al-Baqarah 2:286)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya

Oleh itu, beberapa aspek yang menjadi asas dalam kajian ini berkaitan tuntutan

solat murid pendidikan khas meliputi definisi mukalaf, syarat-syarat mukalaf, jenis

kelayakan dan halangan-halangan mendapat kelayakan. Kategori tuntutan solat murid

pendidikan khas dibuat berdasarkan perbahasan usul fiqh tersebut. Tatacara solat yang

mudah dan meraikan kemampuan mereka adalah berdasarkan kitab-kitab fiqh dan hadis-

hadis sahih Rasulullah S.A.W. Pandangan pakar diperolehi untuk memurnikan dapatan

kajian literatur berkaitan tuntutan dan tatacara solat tersebut.

Analisis dokumen terhadap Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF Pendidikan

Khas berdasarkan Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan j-QAF di

Pendidikan Khas dan Buku Panduan Pelaksanaan Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas

dilakukan untuk mendapatkan garis panduan berkaitan murid-murid bermasalah

pembelajaran yang terlibat dalam Program j-QAF Pendidikan Khas. Maklumat yang

Page 30: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

13

diperoleh dibandingkan dengan dapatan sekolah kajian serta kategori kelayakan murid

bermasalah pembelajaran berdasarkan tuntutan solat murid menurut syarak dan

pandangan pakar. Manakala analisis dokumen terhadap Modul PdP Amali Solat Program

j-QAF di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang digunakan dalam Model Kelas

PdP Amali Solat j-QAF Pendidikan Khas pula dibandingkan dengan dapatan sekolah

kajian serta tatacara solat termudah menurut syarak dan pandangan pakar. Secara

ringkasnya kerangka konseptual kajian ini sebagaimana berikut:

dibandingkan

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian Pelaksanaan Solat Bagi Murid-murid

Bermasalah Pembelajaran

Murid Bermasalah Pembelajaran

Tatacara Solat

(rukhsah dan mudah)

Tuntutan Solat

(Tahap kelayakan)

Bermasalah

Pembelajaran Spesifik

Terencat

Akal

ADHD Autisme

Syarat-syarat mukalaf

Jenis-jenis kelayakan

Halangan-halangan

syarak

Gugur

Sebahagian kelayakan

Perlakuan

Niat

Model PdP Amali Solat j-QAF di

Pendidikan Khas (di sekolah kajian)

Bacaan

Pandangan Pakar

Berdasarkan tahap

kelayakan dan mudah

dikuasai murid

Kelayakan sempurna

Page 31: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

14

1.8 Kepentingan kajian

Kajian ini mengkaji mengenai tuntutan solat murid bermasalah pembelajaran berdasarkan

tahap kelayakan menurut syarak dan tatacara solat yang paling mudah, bersesuaian

dengan keperluan mereka dalam melaksanakan ibadah solat menurut pandangan pakar.

Dapatan mengenai tuntutan dan tatacara solat murid bermasalah pembelajaran tersebut

digunakan untuk mengkaji kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam

Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas serta kesesuaian modul solat

yang digunakan dari aspek keringanan dan kemudahan murid untuk menguasainya. Oleh

itu, diharapkan kajian ini dapat:

1.8.1 Memberi manfaat kepada pihak sekolah untuk memperbaiki pelaksanaan

model tersebut seterusnya meningkatkan penguasaan dan pengamalan

murid terhadap amalan solat.

1.8.2 Mengetengahkan rukhsah (keringanan) ibadah solat dan tatacara solat yang

paling mudah bagi murid pendidikan khas.

1.8.3 Menyediakan maklumat dan rujukan kepada guru-guru Pendidikan Islam

di Pendidikan Khas mengenai tuntutan ibadah dan tatacara pengajaran

solat bersesuaian dengan murid pendidikan khas.

Page 32: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

15

1.8.4 Menyediakan maklumat sebagai penambahbaikan dapatan pelaksanaan j-

QAF di Pendidikan Khas di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM).

1.8.5 Menambahkan kajian khusus berkaitan j-QAF di Pendidikan Khas dan

secara umum kajian pendidikan Islam di pendidikan khas.

1.9 Skop kajian

Kajian ini hanya mengkaji tuntutan solat bagi murid pendidikan khas bermasalah

pembelajaran berdasarkan empat kategori murid iaitu terencat akal (termasuk sindrom

down), autisme, ADHD, dan bermasalah pembelajaran spesifik. Ini kerana kategori ini

secara umum termasuk dalam ketetapan KPM iaitu sindrom down, autisme ringan,

ADHD, terencat akal minimum dan bermasalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.

Murid masalah pendengaran dan penglihatan tidak termasuk dalam kajian ini.

Terdapat dua model yang digunakan dalam Program j-QAF di Pendidikan Khas

iaitu Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF dan Model Kelas PdP Kaedah Iqra’ dan

Tasmik. Kajian ini hanya mengkaji satu daripada dua model tersebut iaitu Model Kelas

PdP Amali Solat j-QAF bersesuaian dengan objektif dan persoalan kajian.

Page 33: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

16

Terdapat empat buah sekolah yang menjalankan program j-QAF di Pendidikan

Khas dalam Daerah Perak Tengah di negeri Perak semasa kajian ini dijalankan iaitu dari

2010-2013 (pengkaji namakan sebagai Sekolah A, B, C, D, E). Kajian hanya dijalankan

kepada sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah A berdasarkan beberapa faktor iaitu sekolah

tersebut merupakan sekolah yang pertama dan paling lama mempunyai PPKIBP dalam

Daerah Perak Tengah. Selain itu, Sekolah A telah mula menjalankan program j-QAF

pada tahun 2011 berbanding Sekolah C pada tahun 2012 dan Sekolah D serta E pada

2013. Walaupun Sekolah B mula menjalankan program j-QAF pada tahun 2011, namun

begitu program j-QAF hanya dijalankan oleh seorang guru j-QAF sahaja. Ini kerana

dalam pelaksanaan j-QAF, perlunya guru Pendidikan Islam (GPI) dan guru j-QAF

mengajar bersama dalam kelas-kelas yang terlibat dengan Program j-QAF. Pemilihan

sekolah mengambil kira faktor keberadaan GPI bersama guru j-QAF semasa waktu PdP

dijalankan. Ini hanya ada di Sekolah A. Pandangan guru Pendidikan Islam diperlukan

dalam kajian ini. Berdasarkan tinjauan awal pengkaji, kempat-empat sekolah tersebut

(Sekolah B,C,D,E) tidak mempunyai Guru Pendidikan Islam yang telah terlatih dalam

pendidikan khas sebelum adanya guru j-QAF Pendidikan Khas. Subjek Pendidikan Islam

diajar oleh guru Pendidikan Khas biasa. Walaupun di Sekolah D mempunyai Guru

Tambahan Pendidikan Islam (GTPI), namun begitu guru terbabit baru sahaja bertugas di

pendidikan khas pada tahun 2013.

Page 34: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

17

1.10 Batasan kajian

Kajian ini hanya melibatkan tiga orang responden pakar dalam bidang agama bagi

menjawab persoalan kajian satu dan dua. Persoalan kajian tiga, empat dan lima hanya

melibatkan dua orang responden guru iaitu seorang guru Pendidikan Islam dan seorang

guru j-QAF Pendidikan Khas. Oleh itu, kajian ini tidak berhasrat untuk menguji sebarang

teori dan menggariskan sebarang generalisasi terhadap pelaksanaan model tersebut di

sekolah-sekolah lain. Pengumpulan data pula hanya dijalankan selama tempoh tiga bulan

daripada bulan Mei hingga Julai 2013. Murid bermasalah pembelajaran di sekolah kajian

hanya terlibat secara tidak langsung melalui analisis dokumen terhadap rekod senarai

semak penilaian amali solat murid.

1.11 Definisi operasional

Definisi-definisi istilah yang akan diterangkan dalam bahagian ini merupakan istilah-

istilah yang bersesuaian dengan konteks kajian ini sahaja. Definisi operasional ini

bertujuan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pembaca.

Page 35: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

18

1.11.1 Tuntutan solat

Tuntutan solat merujuk kepada tahap kelayakan melaksanakan ibadah

menurut syarak mengikut kategori murid bermasalah pembelajaran iaitu

terencat akal, autisme, ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik

berdasarkan syarat-syarat mukalaf, jenis-jenis kelayakan dan halangan-

halangan mendapat kelayakan.

1.11.2 Tatacara solat

Tatacara solat merujuk kepada rukun solat merangkumi niat, perbuatan

dan bacaan dalam solat yang mudah dan mengambil kira aspek rukhsah,

dan kemampuan serta sesuai untuk murid bermasalah pembelajaran

berdasarkan dalil-dalil hadis Rasulullah S.A.W. yang sahih.

1.11.3 Murid bermasalah pembelajaran

Istilah murid bermasalah pembelajaran dalam kajian ini merujuk kepada

empat kategori murid iaitu terencat akal (termasuk sindrom down),

autisme, ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik berdasarkan

kategori yang dinyatakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

iaitu sindrom down, autisme ringan, ADHD, terencat akal minimum dan

bermasalah pembelajaran spesifik seperti disleksia (Portal rasmi

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).

Page 36: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

19

1.11.4 Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas

Model ini merupakan salah satu daripada dua model utama Program j-

QAF di Pendidikan Khas. Kajian hanya kepada Model Kelas PdP Amali

Solat j-QAF yang dijalankan di sebuah Program Pendidikan Khas

Intergrasi Bermasalah Pembelajaran( PPKIBP ). Aspek yang dikaji ialah

dari segi kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dan modul

amali solat yang digunakan.

1.12 Rumusan

Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang

mukalaf. Kepentingan solat antaranya sebagai benteng kepada seseorang daripada

melakukan perbuatan keji dan mungkar. Solat juga dapat mendekatkan diri seseorang

kepada Allah S.W.T.. Hasilnya akan terbentuknya peribadi mukmin yang soleh lagi

bertakwa, dinamik, progresif, berdaya tahan dan berkarisma. Mereka yang lalai terhadap

kewajipan solat bukan sahaja berdosa di sisi Allah S.W.T. malah akan mudah terpedaya

dan terpengaruh dengan perbuatan maksiat dan mungkar yang akhirnya merosakkan diri

dan amal ibadah yang dikerjakan.

Page 37: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

20

Tuntutan mengerjakannya tidak gugur secara mudah walaupun terhadap mereka

yang sakit. Ini dijelaskan lagi berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. di mana tuntutan

ibadah ke atas seseorang hanya gugur atas tiga sebab iaitu orang yang tidur, gila dan

kanak-kanak. Ini bermakna mereka yang berkeperluan khas turut tidak terkecuali

mengerjakan ibadah solat. Oleh itu, kefahaman tentang syarat-syarat mukalaf, jenis-jenis

kelayakan dan halangan-halangan mendapatkan kelayakan untuk melaksanakan tuntutan

ibadah menurut syarak dapat menjelaskan kedudukan murid-murid pendidikan khas

khususnya bermasalah pembelajaran terhadap tuntutan melaksanakan ibadah solat.

Namun begitu terdapat keringanan syarak untuk mereka melaksanakannya mengikut

kadar kemampuan mereka. Di samping itu juga, pemahaman terhadap pelaksanaan

ibadah solat mengikut tatacara solat Rasulullah S.A.W. yang paling mudah dan

bersesuaian dengan mereka akan memudahkan lagi pelaksanaan ibadah solat.

Selain itu, kewujudan Program j-QAF di Pendidikan Khas yang dilaksanakan

pada tahun 2008 di mana salah satu modul digunakan adalah berkaitan amali solat dilihat

sebagai cara membantu melaksanakan ibadah solat bagi murid-murid pendidikan khas.

Kajian memfokuskan kepada murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran kerana

salah satu syarat mukalaf adalah berakal dan berkait langsung dengan murid bermasalah

pembelajaran. Bagaimanapun, kajian terhadap Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF di

Pendidikan Khas yang digunakan perlu dilakukan untuk mengkaji amalan

pelaksanaannya dari aspek penglibatan murid dan modul solat yang digunakan di

Page 38: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

21

peringkat sekolah untuk menilai kesesuaian dan memberi kemudahan kepada penguasaan

ibadah solat murid-murid bermasalah pembelajaran sebagaimana tuntutan dan tatacara

solat yang mudah menurut syarak.

Page 39: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Sebagai seorang insan, kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran juga berhak

mendapatkan pendidikan yang sempurna tidak terkecuali dalam ilmu agama bagi

membolehkan mereka menjalankan kewajipan pada kadar kemampuan mereka. Antara

kewajipan tersebut termasuklah menunaikan solat. Tinjauan literatur dalam bab ini

disusun mengikut objektif kajian. Kajian literatur terhadap murid masalah pembelajaran

dan perbahasan fiqh berkaitan tuntutan solat meliputi syarat-syarat mukalaf, jenis-jenis

kelayakan dan halangan dalam pelaksanaan taklif serta kemampuan yang diambil kira

mengikut pandangan fiqh dilakukan sebelum rumusan terhadap kategori tuntutan solat

Page 40: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

23

murid masalah pembelajaran dibuat. Perbahasan mengenai tatacara solat dengan bacaan

termudah menurut sunnah turut dikemukakan. Kajian literatur selanjutnya merangkumi

Pendidikan Islam di Pendidikan Khas termasuk Model PdP Amali Solat j-QAF di

Pendidikan Khas.

2.2 Definisi masalah pembelajaran

Pada asasnya, masalah pembelajaran diterima umum berlaku secara neurobiologikal yang

melibatkan proses kognitif dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran (Gartland

& Strosnider, 2011). Samuel Kirk (merupakan pengasas Institut Penyelidikan Kanak-

kanak Luar Biasa di Universiti Illinois) telah mengemukakan satu definisi mengenai

terma ‘learning disabilities’ dalam satu perjumpaan ibu bapa di New York pada awal

tahun 1960an iaitu menggambarkan kanak-kanak dengan kepintaran yang normal yang

mengalami masalah dalam pembelajaran (Hallahan & Kauffman, 2000).

Masalah pembelajaran juga sering dikaitkan dengan ‘discrepancy creation’ yang

merujuk kepada a) kanak-kanak yang tidak mencapai tahap setimpal dengan umur dan

keupayaannya setelah disediakan dengan pengalaman pembelajaran yang sepatutnya b)

kanak-kanak tersebut mempunyai percanggahan yang teruk di antara pencapaian dengan

kemampuan intelektual dalam satu atau lebih bidang yang berkait dengan kemahiran

Page 41: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

24

komunikasi dan kebolehan matematik (Kavale, Spaulding, & Beam, 2009).

Bagaimanapun pada tahun 2004, kaedah untuk mengenalpasti kanak-kanak bermasalah

pembelajaran tidak hanya terikat dengan percanggahan tersebut tetapi menggunakan

pendekatan response to intervention (RTI). RTI ialah satu analisis pencapaian akademik

dari semasa ke semasa untuk mengenalpasti sama ada kanak-kanak mempunyai kedua-

dua tahap pencapaian yang rendah dan kadar perkembangan yang tidak mencukupi

setelah disediakan dengan pengajaran yang bersesuaian dan intervensi yang sepatutnya

(Gartland & Strosnider, 2011).

Murid bermasalah pembelajaran menurut maksudnya yang khusus berdasarkan

Individuals with Disabilities Education Act of 2004 (IDEA 04) pula, merujuk kepada

kecelaruan satu atau lebih proses psikologi asas yang terlibat dalam memahami atau

penggunaan bahasa, percakapan atau penulisan yang memberikan kesan kepada

kemampuan yang kurang sempurna dari segi mendengar, berfikir, bercakap, membaca,

menulis dan membuat pengiraan matematik. Kecelaruan tersebut turut merangkumi

kesukaran persepsi, kecederaan mental, gangguan mental minima, disleksia dan

perkembangan afasia (ketakupayaan berkomunikasi, sama ada melalui pertuturan, tulisan

dan isyarat, atau ketakupayaan untuk memahami pertuturan dan bahasa bertulis yang

disebabkan kecederaan pada otak). Kecelaruan yang dinyatakan tidak termasuk masalah

pembelajaran disebabkan oleh masalah penglihatan, pendengaran atau ketidakmampuan

Page 42: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

25

motor, kecacatan mental, gangguan emosi dan kekurangan dari segi persekitaran, budaya

atau ekonomi (Prater, 2007; Taylor, Smiley & Richards, 2009).

The National Joint Committee in Learning Disabilities (NJCLD) iaitu sebuah

jawatankuasa kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1975; yang diwakili oleh 12

organisasi yang komited kepada pendidikan dan kebajikan individu dengan masalah

pembelajaran (Gartland & Strosnider, 2011) pula mentakrifkan masalah pembelajaran

sebagai suatu terma yang umum merujuk kepada kumpulan kecelaruan yang pelbagai

berdasarkan kesukaran yang signifikan dalam kemahiran dan penggunaan pendengaran,

percakapan, pembacaan, penulisan, memberi alasan atau kebolehan matematik.

Kecelaruan tersebut merupakan sebahagian daripada sifat atau ciri individu yang

dianggap berdasarkan gangguan sistem saraf pusat dan boleh berlaku sepanjang masa

hidupnya. Masalah-masalah tingkah laku kendiri, persepsi dan interaksi sosial boleh

wujud bersama dengan masalah pembelajaran tetapi bukan dengan sendirinya

menyebabkan masalah pembelajaran. Walaupun masalah pembelajaran boleh berlaku

dengan keadaan kecacatan yang lain (seperti masalah sensori, kerencatan akal, gangguan

emosi yang serius) atau dengan pengaruh luaran (seperti perbezaan budaya, atau

pengajaran yang tidak sesuai), mereka bukan terhasil kesan daripada keadaaan atau

pengaruh tersebut.

Page 43: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

26

Menurut Hallahan dan Kauffman (2000), terdapat empat faktor yang

mempengaruhi kepelbagaian maksud masalah pembelajaran iaitu ketidaksamaan

pencapaian IQ (Achievement Discrepancy) yang merujuk kepada kanak-kanak yang

mempunyai tahap pencapaian akademik lebih rendah daripada sepatutnya. Pengukuran

biasanya dilakukan berdasarkan ujian kepintaran yang standard. Selain itu disebabkan

oleh gangguan sistem saraf pusat (Central Nervous System Dysfunction). Kanak-kanak

bermasalah pembelajaran lebih dikenali sebagai mengalami gangguan sistem saraf pusat

berbanding kerosakan otak melainkan terdapatnya bukti secara ujian neurologikal.

Seterusnya ialah kecelaruan pemprosesan psikologi (Psychological Processing

Disorders) di mana mereka yang bermasalah pembelajaran mengalami masalah dalam

mengatur dan mentafsir rangsangan secara visual dan auditori. Mereka juga turut

mengalami masalah memproses maklumat. Faktor keempat disebabkan oleh persekitaran

yang kurang baik, kerencatan akal dan gangguan emosi (Environmental Disadvantage,

Mental Retardation, Emotional Disturbance). Ini kerana, kanak-kanak yang mempunyai

latar belakang kurang bernasib baik sering menunjukkan masalah pembelajaran manakala

kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal atau gangguan emosi pula selalu

mempamerkan sebahagian daripada ciri-ciri tingkah laku yang sama dengan mereka yang

bermasalah pembelajaran.

Di Malaysia, murid bermasalah pembelajaran merupakan mereka yang telah

dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan

Page 44: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

27

yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan

mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut iaitu kebolehan

kognitif, tingkah laku sosial/perkembangan sosial, penguasaan bahasa (lisan/pertuturan),

keupayaan membaca, kemahiran perkembangan (Development Skills) dan kemahiran

matematik (Unit Pendidikan Khas, 2012). Oleh itu, masalah pembelajaran ini terdiri

daripada kategori murid yang rencam dengan pelbagai jenis kecacatan termasuk terencat

akal ringan, sindrom down, autisme, sereberal palsi, masalah dalam komunikasi dan

perkembangan bahasa, bermasalah emosi dan tingkah laku, kecacatan anggota, hiperaktif,

hipoaktif, keupayaan mental yang rendah dan pintar cerdas (Jamila, 2005).

Daripada segi perkhidmatan bagi kanak-kanak kurang upaya pula, terdapat tiga

kementerian yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Walau bagaimanapun, hanya dua kementerian terlibat iaitu Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam

menyediakan perkhidmatan pendidikan. Kanak-kanak di bawah kategori cacat fizikal

teruk, kerencatan akal sederhana dan teruk serta pelbagai kecacatan lain (seperti spastik

atau sereberal palsi) yang tidak membolehkan mereka belajar di sekolah-sekolah yang

disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menerima perkhidmatan

pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang

diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sementara itu, KPM menyediakan

Page 45: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

28

perkhidmatan pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas

yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggung jawab KPM

terdiri daripada sindrom down, autisme ringan, ADHD, terencat akal minimum dan

bermasalah pembelajaran spesifik seperti disleksia (Kementerian Pendidikan Malaysia,

2012). Penentuan kesesuaian murid tersebut untuk mengikuti pembelajaran di sekolah

pendidikan khas seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 di mana program

pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid

dengan keperluan khas yang boleh dididik iaitu jika dia mampu mengurus diri tanpa

bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri

daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai

daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan

kebangsaan.

2.3 Kategori-kategori murid bermasalah pembelajaran

a) Terencat akal

Terencat akal atau dikenali sebagai mental retardation mengikut definisi American

Association on Mental Retardation (AAMR) merujuk kepada fungsi kecerdasan akal

Page 46: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

29

yang berada di bawah kecerdasan purata yang turut menyebabkan kekurangan dalam

penyesuaian tingkah laku seperti kemahiran menguruskan diri, bersosial, keselamatan

dan bekerja serta dapat dilihat sebelum berumur 18 tahun (Hallahan & Kauffman, 2000;

Fetsco & McClure, 2005). Murid terencat akal juga menunjukkan pelbagai kesukaran

dengan ingatan seperti memindahkan pembelajaran baru kepada keadaan serupa yang

lain dan gagal dalam membangunkan strategi pembelajaran kognitif dan metakognitif

(Hallahan & Kauffman, 2000; Fetsco & McClure, 2005). Antara penyakit yang berkaitan

dengan terencat akal seperti sereberal palsi dan sindrom down.

Menurut Jamila (2005), terdapat tiga kategori terencat akal yang dibahagikan

berdasarkan ujian IQ iaitu:

i) Terencat akal ringan–skor IQ 50 hingga 75. Mereka mengalami perkembangan

mental yang lambat, namun begitu masih berpotensi untuk berkembang dalam

tiga bidang pembelajaran iaitu akademik, sosial dan vokasional. Mereka juga

mampu berdikari dengan pendidikan dan latihan yang sesuai.

ii) Terencat akal sederhana–skor IQ 30 hingga 50. Mereka mampu mencapai

tanggungjawab sosial, menguasai kemahiran asas akademik dan kemahiran

vokasional. Mereka juga mampu berdikari seperti menguruskan diri, melindungi

Page 47: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

30

diri daripada bahaya, menyesuaikan diri dalam situasi sosial dan menjalankan

tugas dengan pengawasan.

iii) Terencat akal teruk–skor IQ 30 ke bawah. Mereka yang dalam kategori ini

mempunyai pekembangan potensi yang terhad dan memerlukan persekitaran serta

program yang khusus untuk membantu perkembangan potensi tersebut. Mereka

juga biasanya mengalami masalah lain seperti tingkah laku, pendengaran,

penglihatan, perubatan, masalah bahasa, pertuturan, kesukaran memberi tumpuan

dan dalam kemahiran motor.

Oleh itu, hanya kategori pertama dan kedua dikendalikan oleh pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia manakala kategori terencat akal teruk dan sangat teruk di bawah

kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

b) Autisme

Autisme membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan

perhatian dalam dunianya sendiri. Istilah ini berasal daripada perkataan autos iaitu diri

sendiri dan isme yang bererti suatu aliran (K.A Razhiyah, 2008). Ia adalah suatu bentuk

gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak yang menyebabkan mereka

Page 48: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

31

mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi sosial, pemikiran, perilaku emosi,

pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku luar biasa (K.A Razhiyah, 2008).

Dianggarkan 75 peratus kanak-kanak autisme mempunyai masalah kerencatan akal

daripada peringkat ringan hingga serius. Sebanyak 25 peratus pula memiliki IQ seperti

kanak-kanak biasa (K.A Razhiyah, 2008). Menurut Rudy (2013), autisme adalah satu

bentuk gangguan spektrum di mana darjah gangguan tersebut boleh berlaku sama ada

sedikit atau banyak. Spektrum autisme menggambarkan satu set kelewatan

perkembangan dan masalah yang memberi kesan kepada kemahiran sosial dan

komunikasi pada tahap yang lebih besar atau lebih kecil, kemahiran motor dan bahasa. Ia

adalah satu penyakit yang luas serta boleh melibatkan sama ada mereka yang memiliki

tahap IQ yang tinggi atau terencat akal. Terdapat tiga terma yang biasanya digunakan

bagi memudahkan guru dan ibu bapa memahami tahap kategori murid autisme iaitu high

functioning autism, mild autism dan severe autism (Rudy, 2013).

Severe autism turut dikenali dengan autisme teruk, berfungsi rendah dan klasik

autisme. Mereka ini memiliki masalah verbal dan intelek dan bertingkah laku mencabar.

Mild autism pula biasanya merujuk kepada individu yang mempunyai tanda-tanda

spektrum autisme tetapi mempunyai kemahiran lisan yang baik dan beberapa masalah

tingkah laku. Bagaimanapun, individu tersebut bermasalah dengan komunikasi sosial

serta dalam menangai pelbagai input deria seperti bunyi bising dan cahaya lampu (Rudy,

2013). High functioning autism atau autisme berfungsi tinggi mengikut Autism Speaks

Page 49: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

32

(2013) memiliki ciri-ciri yang sama dengan sindrom asperger iaitu individu yang

mengidapnya memiliki tahap pemikiran normal atau lebih tinggi tetapi bermasalah dalam

isu berkaitan interaksi sosial dan komunikasi. Perbezaan utama antara autisme berfungsi

tinggi dengan sindrom asperger ialah masalah bahasa yang lambat dapat didiagnos pada

awal perkembangan kanak-kanak autisme berfungsi tinggi manakala kanak-kanak

sindrom asperger tidak menunjukkan kelewatan ketara dalam perkembangan bahasa.

Antara ciri-ciri kanak-kanak autisme seperti suka melakukan aktiviti rutin, tidak

suka apabila berlaku perubahan pada persekitaran atau rutin hariannya serta memberikan

tindak balas yang berbeza pada pengalaman sensori (Fetsco & McClure, 2005). Selain itu

juga, mereka memiliki tumpuan yang singkat, mudah jemu dan kurang berminat dengan

teori. Mereka juga tidak gemar bergaul, sukar mempamerkan emosi sama ada suka atau

tidak. Namun tidak bermakna mereka tidak mempunyai perasaan kerana rasa suka

mungkin ditunjukkan dengan bertepuk tangan atau membaling barang yang dekat

dengannya tanda protes. Mereka juga menyukai sesuatu benda yang pelik seperti bermain

garfu, botol kosong dan benda berpusing. Kanak-kanak ini juga suka mengulang

perkataan yang didengar atau ekolalia seperti guru bertanya ‘Awak mahu duduk?’. Murid

akan menjawab ‘Awak mahu duduk?’ atau ‘Awak mahu duduk?’ ‘Ya’ (K.A Razhiyah,

2008). Perkara yang perlu difahami, kebanyakan mereka mampu belajar mengikut tahap

autisme yang dialami dan mempunyai perkembangan bahasa verbal yang normal tetapi

Page 50: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

33

bermasalah menggunakan bahasa yang tepat dalam situasi sosial yang sesuai serta

masalah komunikasi menggunakan gerak badan dan mata (K.A Razhiyah, 2008).

c) Hiperaktif

Hiperaktif dan gangguan penumpuan atau Attention Deficit Hyperactive Disorder

(ADHD) merupakan salah satu masalah yang turut dihadapi oleh murid masalah

pembelajaran. Tingkah laku seperti kurang tumpuan, mudah terganggu, impulsif dan

hiperaktif mungkin ditunjukkan oleh kanak-kanak normal tetapi bagi kanak-kanak yang

mengalami ADHD akan mempamerkannya lebih kerap dan teruk berbanding kanak-

kanak lain seusianya (Malaysian Psychiatric Association [MPA], 2012). Antara simptom

ADHD yang dapat dikesan ialah kurang tumpuan seperti gagal menyiapkan tugasan,

sukar menerima arahan dan sukar memberi tumpuan pada satu-satu aktiviti. Impulsif pula

seperti bertindak tanpa berfikir, sukar mengendali satu-satu aktiviti, perlu diberi perhatian

lebih dan sukar menunggu giliran. Hiperaktif seperti berlari atau memanjat perabot atau

sebarang objek tanpa terkawal, sukar duduk di satu tempat dengan tenang dan sentiasa

aktif sepanjang masa (Jamila, 2005).

Page 51: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

34

d) Masalah pembelajaran spesifik

Masalah pembelajaran spesifik dikenali sebagai gangguan dalam perkembangan,

mengalami pelbagai masalah berkaitan neurologi dan kecacatan tersembunyi. Mereka

digambarkan sebagai 'tersembunyi' kerana kecacatan mereka tidak nampak jelas kepada

orang lain. Namun begitu, kesukaran yang dialami boleh memberi kesan kepada

pembelajaran kemahiran yang berkaitan dengan literasi, numerasi, bersosial, memberi

tumpuan, perancangan dan kordinasi (Kirby & Smythe, 2012). Terdapat beberapa jenis

masalah pembelajaran spesifik iaitu disleksia, diskalkulia, disgrafia dan dispraksia.

Disleksia adalah mereka yang mempunyai masalah dalam menulis, membaca dan

mengeja (Jamila, 2005; Rajesvari, 2008). Ia boleh berlaku pada mereka yang mempunyai

kecerdasan mental yang biasa atau purata dan yang lebih tinggi daripada ketinggian biasa

(Rajesvari, 2008). Antara masalah-masalah yang dihadapi seperti kesukaran membaca

dan mengambil masa yang lama untuk membaca, kesukaran dalam mengeja dan

bermasalah untuk mengingat serta menulis (Kirby & Smythe, 2012). Diskalkulia pula

adalah mereka yang bermasalah dalam matematik secara amnya dan dalam operasi

matematik khasnya. Mereka sering bermasalah untuk mengecam nombor seperti nombor

yang hampir sama dan selalu mencampur adukkan nombor. Mereka juga sukar menyusun

maklumat, mengingati fakta dan formula matematik (Jamila, 2005).

Page 52: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

35

Disgrafia pula melibatkan masalah dalam merancang dan mengatur pergerakan

fizikal yang memberi kesan kepada kemahiran menulis. Ia turut melibatkan masalah

pengamatan yang mengakibatkan menulis secara terbalik dan tulisan yang buruk (Jamila,

2005). Mengikut Dyspraxia Foundation (2012), dispraksia secara umumnya adalah

kemerosotan atau ketidakmatangan organisasi pergerakan. Ketidakmatangan tersebut

melibatkan cara pemprosesan maklumat oleh otak yang menyebabkan mesej yang

dihantar tidak betul atau tidak sepenuhnya. Ia turut menyebabkan masalah bahasa,

persepsi dan pemikiran. Dispraksia turut dikenali sebagai Clumsy Child Syndrome,

Developmental Co-ordination Disorder; Minimal Brain Dysfunction, Motor learning

Difficulty, dan Pereceptuo-motor Dysfunction. Masalah dispraksia berbeza daripada

gangguan motor yang lain seperti seberal palsi dan strok (Kirby & Smythe, 2012).

Antara simptom-simptom yang dapat dilihat pada murid dispraksia seperti tulisan tangan

yang buruk, masalah dengan motor halus, sukar menerima pelbagai arahan dalam satu

masa, sukar bergaul dengan rakan sebaya, kurang tumpuan dan lemah dalam kemahiran

mendengar dan menyalin (Dyspraxia Foundation, 2012).

2.4 Kedudukan murid bermasalah pembelajaran menurut syarak

Perbincangan berikut akan menghuraikan kedudukan murid bermasalah pembelajaran

dari sudut syarak iaitu meliputi definisi mukalaf, syarat-syarat mukalaf, jenis kelayakan

Page 53: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

36

dan halangan-halangan mendapat kelayakan berdasarkan kategori masalah pembelajaran

yang telah dibincangkan.

a) Definisi mukalaf

Mukalaf dalam perbahasan usul fiqh juga dikenali sebagai al-makhkum ‘alaih iaitu

seseorang yang perbuatannya berkait dengan khitab Allah atau hukum Allah (Zaydan,

2000) yakni individu yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T. untuk

melaksanakan segala perintahNya (Ab. Aziz, Mohamad Kamil, Anisah, Mohd Fauzi

Hamat, & Nor Raudah Siren, 2009).

b) Syarat-syarat mukalaf

Bagi melaksanakan tuntutan syarak tersebut, seseorang itu dikira mukalaf apabila

memenuhi dua syarat iaitu pertama mestilah mampu memahami dalil taklif yakni nas al-

Quran atau al-Sunnah (al-Zuhayli, 2001). Kemampuan untuk memahami dalil tersebut

adalah dengan akal kerana ia merupakan alat kefahaman dan pengetahuan (al-Zuhayli,

2001). Ini kerana taklif merupakan bebanan ke atas sesuatu tuntutan dan mustahil untuk

membebani sesuatu yang tidak berakal dan tidak faham seperti orang gila dan kanak-

kanak yang hanya mempunyai pemahaman secara umum terhadap tuntutan tanpa

memahami bahawa tuntutan itu merupakan perintah atau larangan yang mempunyai

Page 54: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

37

pahala dan disiksa (al-Amidy, 1967). Akal merupakan sesuatu yang abstrak dan berbeza

bagi setiap individu, maka syarak menjadikan baligh sebagai kayu ukuran iaitu baligh

berakal (Zaydan, 2000; al-Zuhayli, 2001). Ini sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W.:

ي عقل ح تالم جنونو ع ني ت لم ،ح تالصب،و ع ني ست يقظ ح تالنائمع نث ال ث ة:ع نالق ل مرفع

(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, jil.4, hal.245, no.4405, hadis sahih)

Diangkat pena (terangkat taklif) dari tiga golongan: dari orang yang tertidur sampai

dia terjaga, dari anak kecil sampai dia bermimpi (baligh) dan dari orang yang gila

sampai dia sedar.

Syarat kedua ialah mukalaf mestilah memiliki kelayakan (ahliyyah) untuk taklif

(al-Zuhaily, 2001) iaitu seseorang itu berupaya untuk menanggung hak-hak orang lain,

menerima hak-hak atas orang lain dan mampu untuk melaksanakannya (Abu Zahrah, t.t.).

c) Jenis-jenis kelayakan

Menurut istilah ulama usul, kelayakan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu ahliyyatul

wujub dan ahliyyatul ada’(Zaydan, 2000):

Page 55: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

38

i) Ahliyyatul wujub (Kelayakan untuk menerima)

Kelayakan untuk menerima bermaksud kelayakan seseorang untuk menerima

segala hak dan tanggungjawab syarak atau dhimmah. Asas kepada kelayakan

untuk menerima ialah hidup (Zaydan, 2000). Ini bermakna setiap insan memiliki

kelayakan ini bermula dari peringkat janin hingga mati pada setiap peringkat

kehidupan (al-Zuhayli, 2001).

ii) Ahliyyatul ada’ (Kelayakan untuk melaksana)

Kelayakan untuk melaksana ialah kelayakan untuk menunaikan segala hak dan

tanggungjawab syarak di mana ucapan dan perbuatannya diambil kira oleh syarak

dan mempunyai hukum. Asas kepada kelayakan untuk melaksana adalah

mumaiyiz (Zaydan, 2000) iaitu tahap seseorang itu dapat memahami segala

tindakan yang dilakukan dan kesan yang akan timbul (Ab. Aziz et al., 2009).

d) Tahap perkembangan hidup manusia

Bagi menentukan sama ada kedua-dua kelayakan tersebut sempurna atau tidak, ia

bergantung kepada tahap perkembangan hidup manusia iaitu bermula peringkat janin,

Page 56: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

39

peringkat mula dilahirkan sehingga umur mumaiyiz, umur mumaiyiz hingga baligh dan

peringkat keempat umur baligh dan berakal (Zaydan, 2000; al-Zuhayli, 2001).

i) Peringkat janin

Janin mempunyai dua ciri yang memberi kesan kepada kelayakannya iaitu

pertama sebagai sebahagian daripada ibunya dan kedua sebagai insan yang

berasingan dan mempunyai kehidupan berasingan daripada ibunya (Zaydan,

2000). Oleh itu jika dilihat pada ciri yang pertama, si janin tidak memiliki

dhimmah malahan tidak pasti akan hidup atau tidak maka dia tidak mempunyai

kelayakan menerima. Manakala ciri kedua pula si janin memiliki dhimmah yang

tidak sempurna yang membolehkannya memiliki sebahagian kelayakan menerima

atau ahliyyatul wujub an-naqisah (al-Zuhayli, 2001). Maka janin hanya

mempunyai ahliyyatul wujub an-naqisah iaitu kelayakan menerima hak-hak yang

tidak memerlukan kepada qabul (jawapan penerimaan) seperti pusaka dan wasiat

tanpa sebarang kewajipan ke atasnya manakala ahliyyatul ada’ tidak ada kerana

syarat utamanya adalah berakal dan mumaiyiz (Zaydan, 2000).

Page 57: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

40

ii) Peringkat mula dilahirkan sehingga umur mumaiyiz

Bayi yang dilahirkan hidup mempunyai dhimmah yang sempurna; maka dia

mempunyai ahliyyatul wujub kamilah iaitu kelayakan menerima sepenuhnya

kerana asas kelayakan ini adalah hidup. Dia berhak menerima segala hak yang

diperuntukkan kepadanya dan menanggung semua kewajipan syarak yang

berkaitan dengan hak-hak manusia. Namun begitu, hak-hak tersebut dilakukan

oleh walinya seperti wali membayarkan ganti rugi kerosakan yang dilakukan oleh

kanak-kanak. Bagi yang melibatkan hukuman seperti qisas, ia tidak diwajibkan ke

atas kanak-kanak tersebut kerana setiap percakapan dan perbuatannya tidak

diambil kira mengikut syarak (Zaydan, 2000). Ini bermakna jika kanak-kanak

tersebut melakukan jenayah terhadap jiwa atau harta milik orang lain, maka

hukum yang dikenakan adalah hartanya bukan fizikalnya yakni dikenakan

hukuman berbentuk denda atas perbuatannya sama ada bunuh atau merosakkan

harta tersebut. Begitu juga hak-hak Allah S.W.T. seperti solat dan puasa juga

tidak diwajibkan. Manakala ahliyyatul ada’ tidak ada kerana syarat utamanya

adalah berakal dan mumaiyiz (Zaydan, 2000).

Page 58: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

41

iii) Peringkat umur mumaiyiz hingga baligh

Peringkat ini bermula apabila kanak-kanak memasuki umur tujuh tahun dan

mempunyai ahliyyatul wujub kamilah. Kanak-kanak pada tahap ini hanya

mempunyai ahliyyatul ada’ naqisah kerana akalnya kurang (Zaydan, 2000). Al-

Zuhayli (2001) membahagikan kelayakan tersebut kepada hak-hak Allah S.W.T.

iaitu sah ibadah kanak-kanak tersebut malahan dituntut melakukan ibadah seperti

solat dan puasa atas dasar didikan dan bukan kewajipan. Keduanya ialah hak-hak

sesama manusia. Menurut Imam al-Syafiʻi segala tindakan dan akad yang

dilakukan kanak-kanak pada tahap ini adalah tidak sah walaupun dengan izin

wali. Bagi mazhab Hanafi, tindakan yang berkaitan dengan harta hanya boleh

dilakukan sekiranya mendatangkan manfaat kepadanya seperti menerima hibah,

sedekah dan wasiat. Tindakan yang boleh mendatangkan kerugian dan mudarat

seperti memberi sedekah dan hibah tidak sah sekalipun mendapat keizinan wali

manakala tindakan yang berkemungkinan untung dan rugi seperti sewa dan jual

beli boleh dilakukannya dengan izin wali (Zaydan, 2000; al-Zuhayli, 2001).

iv) Peringkat umur baligh dan berakal

Pada peringkat ini, seseorang itu telah mendapat kedua-dua kelayakan dengan

sempurna iaitu ahliyyatul wujub kamilah dan ahliyyatul ada’ kamilah. Pada

Page 59: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

42

asalnya kelayakan melaksana akan dimiliki apabila sempurna akal tetapi

disebabkan akal merupakan sesuatu yang abstrak, maka baligh dijadikan ukuran

sebagai sempurnanya akal. Seseorang itu dianggap baligh sama ada mengalami

tanda-tanda semulajadi (seperti haid bagi perempuan atau bermimpi bagi lelaki)

atau genap umur 15 tahun menurut jumhur fuqaha (al-Zuhayli, 2001). Pada tahap

ini, seseorang itu dipertanggungjawabkan dengan semua tanggungjawab syariah

serta sah segala akad dan yang berkaitan dengan urusan harta tanpa perlu kepada

kebenaran orang lain (Zaydan, 2000).

e) Halangan terhadap kelayakan

Apabila seseorang itu telah mendapat kelayakan menerima dan melaksana yang

sempurna, adakala kelayakan tersebut boleh hilang sepenuhnya atau sebahagiannya jika

terdapatnya halangan yang boleh menjejaskan kelayakannya. Halangan tersebut disebut

sebagai halangan kelayakan atau al-‘awaridh al-ahliyyah. Halangan ini terbahagi kepada

dua iaitu al-‘awaridh al-samawiyyah atau halangan semulajadi dan al-‘awaridh al-

muktasabah atau halangan mendatang.

Page 60: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

43

i) Al-‘awaridh al-samawiyyah

Halangan semulajadi ialah halangan yang wujud tanpa daya usaha manusia. Ia

dinisbahkan kepada sama’ atau langit kerana halangan-halangan yang timbul di

luar kemampuan manusia iaitu gila, terencat akal (‘atah), lupa, tidur dan pengsan,

sakit, mati (Zaydan, 2000) dan haid serta nifas (al-Zuhayli, 2001).

ii) Al-‘awaridh al-muktasabah

Halangan mendatang ialah halangan yang wujud dengan pilihan dan usaha

manusia. Ia terbahagi dua iaitu halangan yang berlaku disebabkan diri manusia

sendiri iaitu jahil, tersalah (al-khata’), bergurau, bodoh dan mabuk. Kedua ialah

halangan yang terjadi kerana orang lain iaitu paksaan (Zaydan, 2000).

f) Halangan mengikut kategori murid bermasalah pembelajaran

Kajian selanjutnya akan hanya menumpukan kepada beberapa halangan yang dikira

relevan untuk dibahaskan bersesuaian dengan persoalan kajian iaitu berkaitan tuntutan

solat bagi murid bermasalah pembelajaran. Melaluinya akan dapat diketahui sama ada

halangan-halangan yang wujud akan menjejaskan kelayakan mereka sebagai mukalaf dan

Page 61: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

44

memberi kesan kepada pelaksanaan ibadah. Oleh itu, halangan-halangan yang akan

dibahaskan adalah gila, ‘atah (terencat akal), jahil dan bodoh.

i) Gila

Gila merujuk kepada kecacatan akal yang menghalang perbuatan dan perkataan

seseorang berjalan seperti sepatutnya (tidak seperti orang yang sejahtera akalnya)

melainkan sekali sekala (Zaydan, 2000; al-Zuhayli, 2001). Gila terbahagi kepada

dua iaitu gila sejak asal yakni sejak dilahirkan dan gila yang berlaku kemudian

yakni dilahirkan dengan akal yang sempurna tetapi menjadi gila kemudiannya.

Kedua-duanya pula terbahagi kepada dua jenis iaitu gila berterusan yakni gila

sepanjang hayatnya dan gila tidak berterusan yakni gila pada waktu tertentu

sahaja. Setiap kategori gila tersebut memiliki ahliyyatul wujub kerana sabit

dengan dhimmah di mana asas pensabitannya adalah hidup (Zaydan, 2000).

Bagaimanapun dari segi ahliyyatul ada’, bagi gila yang berterusan adalah gugur

kewajipan melaksanakan perintah syariat sepenuhnya kerana gila merosakkan

akal dan menghilangkan ciri tamyiz yang merupakan asas kepada kelayakan ini.

Golongan ini adalah sama seperti kanak-kanak yang belum mumaiyiz. Gila yang

tidak berterusan pula wajib melaksanakan kewajipan syarak semasa dia sihat

seperti perlu mengqada solatnya apabila dia sedar jika ia tidak membebankan

serta sah akad jual belinya ketika akalnya sihat (Zaydan, 2000).

Page 62: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

45

ii) Terencat akal

Terencat akal atau al-‘atah adalah mereka yang cacat akalnya sehingga

menyebabkan seseorang itu memiliki kefahaman yang kurang, percakapan yang

tidak betul dan tidak pandai mengurus diri (Zaydan, 2000). Golongan ini

terbahagi kepada dua kategori iaitu terencat akal yang hilang daya kefahaman dan

tidak dapat membezakan antara perkara baik dan buruk (al-tamyiz). Golongan ini

disamakan seperti orang gila. Oleh itu segala bentuk kelayakan dan hukum sama

seperti hukum ke atas orang gila yakni hanya kehilangan ahliyyatul ada’ sahaja.

Manakala kategori kedua adalah terencat akal yang masih mempunyai daya faham

dan dapat membezakan perkara baik dan buruk tetapi keupayaan mereka tidak

sampai kepada tahap keupayaan orang yang normal. Mereka ini dihukumkan

sama seperti kanak-kanak mumaiyiz iaitu memiliki ahliyyatul wujub kamilah

manakala kelayakan melaksana hanya sebahagian atau ahliyyatul ada’ naqisah

(al-Zuhayli, 2001).

iii) Jahil

Golongan yang jahil pula tidak menafikan kedua-dua kelayakan. Namun begitu,

dalam keadaan tertentu mereka diberi pelepasan keuzuran sama ada ia berlaku

dalam negara Islam atau negara bukan Islam (Zaydan, 2000). Sekiranya kejahilan

Page 63: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

46

berlaku dalam negara Islam, ia tidak dikira sebagai keuzuran yakni hukum-hukum

yang jelas diketahui umum sama ada yang sabit dengan al-Quran, al-Sunnah atau

ijmak ulama seperti kewajipan solat, puasa pengharaman arak dan zina. Selain itu

kejahilan seseorang terhadap ijtihadnya yang jelas bertentangan dengan nas

seperti mengatakan halal memakan binatang yang disembelih tanpa membaca

basmalah dengan sengaja kerana diqiyaskan dengan meninggalkan bacaan

tersebut secara tidak sengaja (Zaydan, 2000). Kejahilan yang dikira sebagai

keuzuran seperti dalam perkara ijtihad yang sahih yang tidak bertentangan dengan

nas dan juga dalam perkara syubhah seperti orang berbekam membatalkan

puasanya kerana menyangka berbekam membatalkan puasa serta tidak dikenakan

kafarah kerana berlaku syubhah di mana terdapat pendapat oleh Imam al-‘Auza’i

bahawa berbekam membatalkan puasa (al-Zuhayli, 2001). Begitu juga seseorang

yang mengahwini wanita tanpa mengetahui bahawa wanita tersebut adik beradik

susuannya tidak dikenakan had zina (Zaydan, 2000).

Keadaan kedua apabila kejahilan berlaku dalam negara bukan Islam.

Kaedah yang dipakai ialah menuntut ilmu untuk mengetahui hukum-hukum

syariat tidak difardukan dalam negara bukan Islam. Oleh itu, jika seseorang

memeluk Islam dan tidak mengetahui perkara-perkara yang diwajibkan ke atasnya

seperti solat dan puasa maka dia tidak wajib mengqadakannya apabila telah

mengetahuinya. Ini kerana tidak sampai dakwah kepadanya kerana negara bukan

Page 64: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

47

Islam tidak menjadi tempat di mana hukum-hukum syarak dikenali atau masyhur

sedangkan pentaklifan hanya sabit apabila sampai dakwah kepadanya sama ada

secara langsung atau secara andaian yakni melalui kemasyhuran kewajipan

tersebut di tempatnya (Zaydan, 2000).

iv) Bodoh

Istilah bodoh atau al-safih dari segi bahasa ialah kurang manakala menurut istilah

fuqaha merujuk kepada penggunaan harta yang menyalahi kehendak syarak dan

akal sedangkan dia berakal (Zaydan, 2000) yakni menurut Imam al-Bazdawi

sebagai perbuatan membazir dan merosakkan harta yang menyalahi kehendak

akal dan syarak (al-Zuhayli, 2001). Bodoh dianggap sebagai halangan yang

diusahakan oleh manusia sendiri kerana seseorang yang bodoh bertindak dengan

pilihan dan keredaannya sendiri tanpa mengikut kehendak akal. Oleh itu, orang

yang bodoh mempunyai kedua-dua kelayakan yang sempurna dan dikenakan

dengan semua tanggungjawab syarak melainkan dalam sesetengah hukum seperti

larangan menyerahkan harta kepada kanak-kanak yang baligh tetapi bodoh.

Begitu juga orang yang bodoh walaupun telah baligh (Zaydan, 2000).

Page 65: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

48

g) Kategori tuntutan solat murid bermasalah pembelajaran mengikut syarak

Isu utama murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah mengenai tahap

akalnya. Oleh itu, mereka boleh dibahagikan kepada tiga kategori umum iaitu mengalami

kerencatan akal yang teruk iaitu murid terencat akal dan autisme teruk. Keduanya berakal

tetapi tidak mencapai tahap normal iaitu terencat akal ringan dan sederhana serta autisme

sederhana. Ketiga memiliki akal normal tetapi bermasalah tingkah laku iaitu murid

ADHD. Murid autisme berfungsi tinggi memiliki akal normal tetapi bermasalah interaksi

sosial manakala murid bermasalah pembelajaran spesifik memiliki akal normal tetapi

bermasalah dari segi pembelajaran melibatkan bacaan dan daya mengingat.

Berdasarkan halangan-halangan yang wujud, tuntutan ibadah terhadap murid-

murid bermasalah pembelajaran dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu mempunyai

kelayakan menerima dan melaksana yang sempurna (ahliyyatul wujub kamilah dan

ahliyyatul ada’ kamilah), kedua mempunyai kelayakan menerima yang sempurna tetapi

memiliki sebahagian kelayakan melaksana (ahliyyatul wujub kamilah dan ahliyyatul ada’

naqisah) dan ketiga hanya mempunyai kelayakan menerima yang sempurna (ahliyyatul

wujub kamilah) tetapi gugur tuntutan ibadah ke atasnya.

Murid bermasalah pembelajaran yang mengalami autisme berfungsi tinggi dan

sindrom asperger serta murid ADHD dan masalah pembelajaran spesifik mempunyai

kedua-dua kelayakan sempurna. Ini kerana masalah yang dialami tidak melibatkan

Page 66: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

49

kehilangan fungsi akal dalam memahami hukum syarak. Walau bagaimanapun, guru

perlu mengenalpasti pendekatan, kaedah dan teknik PdP yang bersesuaian dengan

kepelbagaian tahap kemampuan mereka. Selain itu, bagi pengajaran ibadah solat fokus

diberikan kepada rukun wuduk dan solat. Setelah mereka menguasainya barulah diajar

perbuatan dan bacaan yang sunat berdasarkan kemampuan mereka.

Bagi murid-murid bermasalah pembelajaran kategori terencat akal ringan dan

sederhana termasuk sindrom down dan murid yang bermasalah autisme sederhana,

mereka menerima pakai hukum seperti mana halangan disebabkan oleh terencat akal

jenis kedua yakni mempunyai kelayakan menerima yang sempurna tetapi memiliki

sebahagian kelayakan melaksana. Ini bermakna mereka tidak diwajibkan melaksanakan

tuntutan syariat termasuk solat tetapi digalakkan diajar dan melaksanakannya sebagai

suatu didikan agama. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu mengajar mereka mengenai

ibadah khususnya solat dan puasa tetapi mengikut kemampuan mereka seperti dilakukan

secara solat berjemaah agar anak tersebut tahu waktu dan bilangan rakaatnya manakala

dari segi bacaan, membaca bacaan yang paling mudah.

Manakala bagi murid terencat akal dan autisme teruk, mereka mengguna pakai

halangan gila dan terencat akal jenis pertama iaitu hilang akal dan daya kefahaman

sepenuhnya. Oleh itu, mereka hanya mempunyai kelayakan menerima sempurna kerana

syaratnya adalah hidup seperti kanak-kanak yang belum mumaiyiz serta gugur tuntutan

Page 67: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

50

ibadah ke atas mereka. Bagi murid yang turut mengalami sawan, ia bergantung kepada

kategori utama kecacatan seperti jika melibatkan murid terencat akal dan autisme teruk

maka hukum diguna pakai seperti di atas kerana mereka yang mengidap epilepsi atau

sawan biasanya turut dihidapi oleh mereka yang terencat akal teruk, autisme dan

sereberal palsi (Parkinson & Johnson, 2006). Bagaimanapun sekiranya mereka yang

dikategorikan sebagai wajib menunaikan solat mengalami sawan atau tidak sedarkan diri

dalam jangka masa yang lama, mereka tidak wajib mengqadakan solat sama seperti

hukum orang yang gila dan kanak-kanak yang belum baligh (al-Zuhayli, 2001).

Jadual 2.1

Kategori Tuntutan Solat Murid Bermasalah Pembelajaran Mengikut Syarak

Tahap akal Kategori murid Halangan syarak Kelayakan

bermasalah

melaksanakan ibadah

pembelajaran

Terencat akal Terencat akal dan Terencat akal yang Gugur

teruk autisme teruk hilang daya kefahaman

dan ciri tamyiz

Gila

Berakal tetapi

tidak mencapai

tahap normal

Terencat akal dan

autisme ringan

dan sederhana

Terencat akal yang

masih memiliki daya

kefahaman dan ciri

tamyiz tetapi tidak

mencapai tahap normal

Memiliki sebahagian

kelayakan melaksana

(ahliyyatul ada’

naqisah)

Akal normal tetapi

bermasalah

tingkah laku

ADHD

tiada

Memiliki sebahagian

kelayakan melaksana

(ahliyyatul ada’

naqisah)

(sambungan)

Page 68: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

51

Jadual 2.1, (sambungan)

Tahap akal Kategori murid Halangan syarak Kelayakan

bermasalah

melaksanakan ibadah

pembelajaran

Akal normal tetapi Bermasalah tiada Memiliki kelayakan

bermasalah pembelajaran

melaksana sempurna

pembelajaran spesifik

(ahliyyatul ada'

kamilah)

Akal normal tetapi Autisme berfungsi tiada Memiliki kelayakan

bermasalah tinggi / Sindrom

melaksana sempurna

interaksi sosial asperger

(ahliyyatul ada'

kamilah)

2.5 Isu-isu berkaitan solat

Antara isu yang berkaitan dengan kewajipan solat adalah mengenai solat Jumaat yang

merupakan solat yang wajib dilaksanakan bagi setiap orang lelaki beragama Islam. Dalil

kewajipannya seperti dalam Surah al-Jumu’ah ayat 9:

ةنودي إذ اآ م نواالذين أ ي ه اي اللذكرإل ف اسع واالمع ةي وممنللصال ي ر ذ لكمالب يع و ذ روا تمإنل كمخ ت عل مون كن

(al-Quran, Surah al-Jumu’ah 28:9)

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan

sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk

Page 69: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

52

mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah

berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu

mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Begitu juga hadis Riwayat Abu Dawud mengenai kewajipan solat Jumaat:

لوك ع بد أ رب ع ة إلاج اع ةفمسلمكلع ل ىو اجب ح ق المع ة م ريضأ وص ب أ وامر أ ة أ وم

(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, jil.1, hal.412, no.1069, hadis sahih)

Sembahyang Jumaat itu hak yang wajib ke atas setiap orang Islam secara berjemaah kecuali

empat (iaitu) hamba yang dimiliki atau perempuan atau kanak-kanak atau orang sakit.

Syarat-syarat yang mewajibkan seseorang itu menunaikan solat Jumaat ialah

Islam, baligh (tidak wajib bagi kanak-kanak), berakal (tidak wajib bagi orang gila dan

pengsan), merdeka, lelaki, sihat tubuh badan, bermukim (al-Khin, al-Bugha, & al-

Syarbaji, 2000; al-Zuhayli, 2010), mampu mendatanginya (tempat solat Jumaat diadakan)

dan bebas dari segala macam halangan yang membolehkan untuk tidak mengerjakannya

seperti sakit yang berat dan orang berhutang yang takut dipenjarakan serta orang yang

bersembunyi daripada penguasa yang zalim (al-Rahbawi, 1998). Bagi orang perempuan

dan kanak-kanak, solat Jumaat mereka sah dilakukan tetapi tidak diwajibkan serta tidak

dikira bilangan ahli jemaah.

Page 70: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

53

Antara syarat-syarat sah solat Jumaat pula, ia mesti dilakukan secara berjemaah

dan bilangan jemaah tersebut sekurang-kurangnya 40 orang dan disyaratkan lelaki,

mukalaf (baligh dan berakal), merdeka dan bermukim (al-Zuhayli, 2010; al-Khin et al.,

2000; al-Rahbawi, 1998 ). Walau bagaimanapun, menurut ulama mazhab Hanafi, solat

Jumaat sah dilakukan tiga orang tidak termasuk imam kerana tiga orang sudah dikira

sebagai jemaah manakala ulama Maliki berpegang, jumlah minimum ahli jemaah adalah

dua belas orang selain imam (al-Rahbawi, 1998).

Berdasarkan syarat-syarat tersebut, jelas menunjukkan bahawa murid khas

bermasalah pembelajaran yang wajib menunaikan solat turut wajib mengerjakan solat

Jumaat. Namun begitu, halangan gila yang menggugurkan syarat berakal dalam

kewajipan menunaikan solat Jumaat dan kesahan bilangan jemaah menimbulkan

persoalan kedudukan solat Jumaat bagi murid autisme berfungsi tinggi dan sindrom

asperger. Ini kerana akal mereka normal tidak seperti orang gila tetapi memiliki masalah

tingkah laku dari segi interaksi sosial dan adakala terlalu menumpukan dunia mereka

sendiri sedangkan solat Jumaat mesti didirikan secara berjemaah termasuk mendengar

khutbah.

Tiada perbahasan khusus mengenai masalah murid autisme dalam solat Jumaat

bagaimanapun terdapat kajian mengenai kedudukan orang pekak dan buta. Walau

bagaimanapun, hukum yang terhasil adalah ijthad ulama dan berdasarkan cara mereka

Page 71: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

54

memahami sesuatu dalil hukum. Bagi orang pekak yang mukalaf, terdapat dua pendapat

mengenai kewajipannya kerana perbezaan pendapat dari segi mereka dikira atau tidak

dalam bilangan minimum solat Jumaat iaitu pendapat pertama daripada Mazhab Hanafi,

Maliki, satu pandangan Mazhab Syafi’i dan Hanbali menyatakan mereka dikira bilangan

solat Jumaat manakala pendapat kedua dari Mazhab Syafi’i yang menyatakan kehadiran

mereka tidak diambil kira dalam bilangan solat Jumaat kerana penekanan kepada syarat

sah solat Jumaat iaitu lelaki yang sihat dan normal (Azman, Zulkifli, & Mohammad

Naqib, 2015).

Bagi permasalahan solat Jumaat melibatkan orang buta pula, perbahasan berkisar

kepada kewajipan mereka hadir solat jemaah iaitu pendapat pertama majoriti ulama

berpendapat mereka tidak wajib kerana menimbulkan kesulitan kepada mereka manakala

pendapat kedua yang menyatakan wajib berdasarkan hujah hadis di mana orang buta turut

diwajibkan berjemaah sekiranya mendengar azan. Bagaimanapun, pendapat yang lebih

kuat adalah pendapat pertama kerana meraikan prinsip Islam yang tidak membebankan

penganutnya dan situasi di zaman Rasulullah S.A.W. di mana hanya orang munafiq dan

sakit sahaja yang tidak solat di masjid (Azman et al., 2015). Tambahan kepada

perbahasan mengenai solat Jumaat orang buta adalah kewujudan pembantu yang dapat

memudahkan mereka ke masjid dan terpelihara keselamatan. Maka ketika itu, hukum

solat Jumaatnya adalah wajib (Azman et al., 2015).

Page 72: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

55

Selain itu, berkaitan kesukaran mengawal diri bagi murid ADHD yang biasanya

gemar bergerak. Antara perkara membatalkan solat adalah apabila melakukan pergerakan

besar sebanyak tiga kali berturut-turut (al-Khin et al., 2000). Pergerakan tersebut tidak

termasuk jenis perbuatan solat iaitu perbuatan yang memberi kesan kepada orang yang

melihatnya seakan-akan pelakunya itu bukan sedang solat (al-Rahbawi, 1998) seperti

melompat (al-Zuhayli, 2010), melangkah atau berjalan (Zaharuddin, 2008). Hal ini

kerana terdapat hadis menunjukkan Rasulullah S.A.W. pernah mendukung cucunya

bernama Umamah ketika solat seperti riwayat Abu Qatadah al-Ansari:

ع ل يهو س لم ص لىالل الل ح امل أ نر سول ع ل يهو س لم و ل بز ي ن ب أم ام ة بنتك ان يص ليو هو ص لىالل بنتر سولاللح ل ه اام الع اصبنر بيع ة بنع بدش سف إذ اس ج د و ض ع ه او إذ اق

(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil.1, hal.193, no. 494)

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung)

Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasulullah S.A.W. dengan suaminya al-As bin Rabiah

bin Abd Syams. Apabila sujud, baginda meletakkannya dan apabila bangun, baginda

mendukungnya semula.

Oleh itu, pergerakan murid ADHD tidak menggugurkan kewajipan solatnya

termasuk solat Jumaat. Namun begitu, mereka perlu dididik cara menunaikan solat

dengan betul serta perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan solatnya seperti berlari

ketika solat.

Page 73: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

56

2.6 Rukhsah menurut syariat Islam

Tatacara solat murid-murid pendidikan khas mengambil kira aspek rukhsah dan

kemampuan. Ini kerana pelaksanaan syariat dalam Islam turut menjadikan kemampuan

sebagai syarat dalam pentaklifan sesuatu syariat (al-Mutawalli, 2001; al-Syatibi, 2001; al-

Suyuti, 2004). Allah S.W.T. tidak membebankan (taklif) sesuatu dengan kesusahan dan

kepayahan (al-Syatibi, 2001) sebagaimana yang terdapat dalam kaedah fiqh Syafi’i

iaitu kesukaran mendatangkan kesenangan (kemudahan) (al-Suyuti, 2004) املشقةجتلبالتيسر

berdasarkan firmanNya:

العسر بكميريدو ل اليسر بكمالليريد

(Al-Quran, Surah al-Baqarah 2:185)

Allah S.W.T. menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.

Selain itu, rukhsah atau keringanan turut sabit di dalam syariat seperti adanya

jamak dan qasar serta berbuka ketika musafir dan makan makanan haram ketika darurat

(al-Syatibi, 2001). Antara tujuh sebab-sebab keringanan (rukhsah) dalam ibadah ialah

musafir, sakit, paksaan, lupa, jahil, kesukaran dan ‘umum al-balwa (keperluan diberikan

keringanan dalam keadaan umum yang sukar dielakkan) serta al-naqsu iaitu kekurangan

kepada kesempurnaan taklif seperti kanak-kanak kurang kerana belum aqil baligh dan

gila kurang kerana tidak sempurna akal (al-Suyuti, 2004). Al-Suyuti (2004) menjelaskan

Page 74: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

57

antara rukhsah dalam solat ketika sakit ialah dibolehkan duduk, baring dan menggunakan

isyarat berdasarkan hadis:

ات ست طعل ف إن،ق ائم اص لف ق ال الصال ةع نوسلمعليههللاصلىالنبف س أ لتب و اسيبك ان ت ،ف ق اعد ج نبف ع ل ىت ست طعل ف إن

(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil.1, hal.376, no.1066)

Aku menderita penyakit buasir lalu aku bertanya Nabi S.A.W. perihal solatku. Maka

baginda berkata: ‘Solatlah secara berdiri, jika tidak mampu maka secara duduk, jika

tidak mampu juga maka sambil berbaring mengiring.

2.7 Tatacara solat murid bermasalah pembelajaran

Terdapat enam rukun solat sahaja yang disepakati oleh keempat-empat mazhab iaitu

takbiratulihram, berdiri (bagi yang mampu), membaca ayat al-Quran, rukuk, bangkit

daripada rukuk dan iktidal dan sujud dua kali bagi setiap rakaat (Zaharuddin, 2008).

Oleh sebab Malaysia mengamalkan mazhab Syafiʻi maka perbincangan selanjutnya

berfokus kepada rukun solat mengikut mazhab Syafiʻi iaitu sebanyak tiga belas.Turut

dibawakan bacaan-bacaan mudah dan ringkas bagi setiap rukun tersebut.

Rukun pertama ialah niat yang merupakan satu-satunya rukun qalbi (hati). Niat

bermaksud ‘menyengaja’ (al-Zuhayli, 2010) iaitu suatu keazaman dalam hati untuk

Page 75: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

58

melaksanakan solat dengan ikhlas, yang merupakan arahan Allah S.W.T. (Zaharuddin,

2008) yakni semata-mata kerana Allah S.W.T.(Anisah, 2008). Tempat letaknya niat

adalah di dalam hati (al-Khin et al., 2000; al-Rahbawi, 1998). Tiga perkara yang perlu

ada semasa berniat melakukan solat fardu iaitu menyengaja (al-qasd), menentukan (al-

taʻyin) dan menyebutkan kefarduan (al-taʻrid) (al-Zuhayli, 2010). Al-Qasd bagi

membezakan perbuatan solat dengan amalan lain. Al-Taʻyin pula perlu bagi

membezakannya dengan solat-solat yang lain iaitu seperti solat Asar atau Maghrib

(Zaharuddin, 2008). Manakala solat sunat mutlak seperti solat tahiyatul masjid dan solat

sunat wuduk memadai berniat menunaikan solat (al-qasd) sementara solat sunat yang

mempunyai sebab tertentu seperti solat istisqa, solat gerhana matahari, solat hari raya

atau yang terikat waktunya seperti solat Dhuha, solat Tahajud niat terdiri daripada al-

qasd dan al-taʻyin (al-Zuhayli, 2010).

Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah S.A.W., amalan para sahabat dan tabiin tidak

wujud amalan melafazkan niat kerana Rasulullah S.A.W. apabila menunaikan solat terus

dimulai dengan ucapan ‘Allahu Akbar’ (Anisah, 2008; al-Albani,2000; al-Jauziyyah,

2006; Zaharuddin, 2008). Walau bagaimanapun perbincangan lafaz niat ditimbulkan oleh

ulama dalam mazhab Syafiʻi bukan daripada Imam al-Syafiʻi sendiri (Anisah, 2008;

Zaharuddin, 2008) dan anjuran kepada melafaz niat tersebut hanyalah sebagai penguat

kepada niat dan tidak menyebabkan terbatalnya solat tanpa lafaz niat (Zaharuddin, 2008;

al-Rahbawi, 1998;al-Zuhayli, 2010).

Page 76: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

59

Oleh itu, dalam pengajaran solat murid-murid khas perkara utama ditekankan

bahawa solat adalah kerana Allah S.W.T. dan waktu-waktu solat fardu. Kaedah yang

boleh digunakan untuk mengingat waktu-waktu solat fardu seperti menggunakan gambar

iaitu bangun tidur bagi solat Subuh, pulang sekolah bagi solat Zohor, pergi bermain di

waktu petang bagi solat Asar, makan malam bagi solat Maghrib dan sebelum tidur malam

bagi solat Isyak. Selain itu, nasyid berkaitan solat juga boleh digunakan untuk

memudahkan murid menghafalnya. Oleh itu, lafaz-lafaz niat tidak perlu ditekankan

apatah lagi mengikut cara solat Nabi S.A.W., baginda tidak memulakan dengan sebarang

lafaz bacaan niat solat tertentu (al-Jauziyah, 2006). Malahan menisbahkan solat adalah

‘kerana Allah’, ‘bilangan rakaat’ dan ‘tunai’ bukan merupakan asas utama di dalam niat.

Oleh itu, jika ia tertinggal atau ditinggalkan tidak memberi kesan kepada niat

(Zaharuddin, 2008).

Rukun kedua ialah takbiratulihram iaitu takbir permulaan solat manakala takbir-

takbir lain dalam solat dipanggil takbir intiqal iaitu takbir sebagai pemberitahuan untuk

perpindahan daripada satu pergerakan ke satu pergerakan solat yang lain (Zaharuddin,

2008). Rasulullah S.A.W. melakukannya apabila hendak memulakan solat dengan

melafazkan kalimah ‘Allahu Akbar’ (Anisah, 2008; al-Albani,2000; al-Jauziyyah, 2006;

Zaharuddin, 2008; al-Rahbawi, 1998; al-Zuhayli, 2010; al-Khin et al., 2000) sebagaimana

hadis Nabi S.A.W.:

Page 77: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

60

يك ب ف ي ض ع الوضوء ث ي ت و ضأ الناسح ت ت تمص ال ة ل ح دمن إنهل

(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, jil.1, hal.137, no.857, hadis sahih)

Sesungguhnya tidak sempurna solat seseorang antara manusia sehinggalah ia

berwuduk dan menyempurnakan anggota-anggota wuduknya, kemudian (di

permulaan solat) ia mengucapkan Allah Akbar.

Seterusnya ketiga ialah berdiri tegak bagi yang berkuasa atau qiyam (Zaharuddin,

2008; Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen, 2009; al-Zuhayli, 2010; al-Rahbawi, 1998).

Perbuatan ini berlaku serentak dengan syarat ketika takbiratulihram iaitu berdiri dan

mengadap kiblat (Anisah, 2008; al-Khin et al., 2000; al-Jauziyyah, 2006).

Bagaimanapun, terdapat keringanan bagi mereka yang sakit dan tidak mampu berdiri

seperti hadis di bawah daripada ʻImran b. Husain r.a katanya:

ات ست طعل ف إن،ق ائم اص لف ق ال الصال ةع نوسلمعليههللاصلىالنبف س أ لتب و اسيبك ان ت ،ف ق اعد ج نبف ع ل ىت ست طعل ف إن

(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil.1, hal.376, no.1066)

Aku menderita penyakit buasir lalu aku bertanya Nabi S.A.W. perihal solatku.

Maka baginda berkata: ‘Solatlah secara berdiri, jika tidak mampu maka secara

duduk, jika tidak mampu juga maka sambil berbaring mengiring.

Oleh itu, ia adalah mengikut kemampuan murid-murid khas. Sekiranya mereka

tidak mampu berdiri maka secara duduk. Namun begitu, dalam pengajaran guru perlu

mengajar cara berdiri yang betul.

Page 78: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

61

Rukun keempat adalah membaca al-Fatihah. Bacaan al-Fatihah adalah rukun pada

setiap rakaat (al-Zuhayli, 2010; al-Rahbawi, 1998; al-Khin et al., 2000; al-Albani,2000).

Kewajipan membacanya berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa

Rasulullah S.A.W. bersabda:

الكت اببف ات ةي قر أل لم نص ال ة ل

(Muslim, Sahih Muslim, jil.2, hal.8, no.900)

Tidak ada (tidak sah) solat bagi orang yang tidak membaca Fatihah al-Kitab

(surah al-Fatihah).

Al-Mutawalli (2001) membawakan pendapat mazhab dalam perbahasan membaca

al-Fatihah sebagai rukun solat bagi mereka yang dipanggil al-akhras iaitu orang yang

tidak boleh bercakap tetapi memahami percakapan orang lain. Bagi Mazhab Hanafiah,

golongan ini perlu menggerakkan lidahnya walaupun tidak mampu menyebutnya ketika

bacaan al-Fatihah kerana tiada ganti untuk perkara tersebut (seperti wuduk boleh

digantikan dengan tayamum). Mazhab Syafiʻi pula membahagikannya kepada dua iaitu

bukan secara semulajadi (seperti bisu setelah kemalangan, terkena penyakit) dan kedua

bisu secara semulajadi. Bagi yang bisu bukan secara semulajadi, perlu menggerakkan

lidah atau mengisyaratkan huruf-huruf dalam hati sekiranya mengetahui tentang al-Quran

dan zikir-zikir sebelum menjadi bisu. Manakala mereka yang bisu semulajadi tidak perlu

menggerakkan lidahnya memadai sekadar diam pada kadar kebiasaan bacaan al-Fatihah

Page 79: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

62

tanpa perlu kepada sebarang isyarat. Hal ini kerana pada asalnya mereka sememangnya

tidak tahu atau tidak pernah mendengar bacaan al-Fatihah. Bagaimanapun, ada pendapat

menyatakan mengenai isyarat tersebut merujuk kepada menggerakkan lidah atau isyarat

dengan gerakkan jari pada kadar kemampuannya (al-Mutawalli, 2001).

Mazhab al-Malikiyah pula menyatakan gugur kewajipan membaca atau

menggerakkan lidahnya. Bagi Mazhab Hanbali, golongan pekak, bisu dan al-akhras

terdiri daripada mereka yang tidak mampu menyebut. Oleh itu tidak perlu bacaan al-

Fatihah melainkan jika mereka dapat memahaminya dengan isyarat maka dilaksanakan

sekadar mengikut kemampuan mereka (al-Mutawalli, 2001).

Bagaimanapun, bagi seseorang yang langsung tidak mengetahui bacaan al-Fatihah

boleh membaca mana-mana tujuh ayat daripada al-Quran yang diingati dan jika tidak

menghafaz satu pun maka berzikir kepada Allah sekadar bacaan al-Fatihah sebelum

rukuk (al-Zuhayli, 2010; al-Khin et al., 2000) iaitu dengan bertakbir, bertahmid dan

bertahlil (Anisah, 2008; al-Albani, 2000;al-Zuhayli, 2010) :

هالل ف اح دو إلبهف اق ر أق رآن م ع ك ك ان ف إن للهو ك ب و ه

(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, jil.1, hal.137, no.861, hadis sahih)

Jika kamu hafal suatu ayat al-Quran, bacalah ayat itu, jika tidak, bacalah tahmid,

takbir dan tahlil.

Page 80: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

63

Terdapat juga pendapat seperti mazhab Hanafi dan Hanbali (salah satu

pendapatnya) yang berpegang dibolehkan membaca mana-mana ayat selain al-Fatihah

berdasar ayat 20 Surah al-Muzammil (al-Rahbawi, 1998; Anisah, 2008) dan hadis

daripada Abu Hurairah yang menceritakan mengenai pengajaran Rasulullah S.A.W.

kepada seorang yang mengerjakan solat secara salah, sabda baginda:

ئنح تارك عثالقرآنمن م ع ك ت ي سر م اأق ر أثف ك بالصال ةإل قمت إذ ا ت عت دل ح تارف عثر اكع ات طم ات طم ئنح تاسجدثق ائم ا ئنح تاجلسثس اجد كله اص ال تك فذ لك اف ع لثج الس ات طم

(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, jil.1, hal 136, no 856, hadis sahih)

Jika kamu berdiri solat maka bertakbirlah, kemudian bacalah ayat al-Quran yang

mudah bagimu, kemudian rukuklah dengan tamakninah, kemudian bangkitlah

hingga engkau berdiri tegak, kemudian sujudlah dengan tamakninah, kemudian

duduklah dengan tamakninah. Dan lakukanlah cara itu dalam semua solatmu.

Oleh sebab al-Fatihah satu-satunya bacaan al-Quran yang diwajibkan dan

mengikut sebagaimana amalan Rasulullah S.A.W., adalah digalakkan para pendidik

sentiasa melaziminya agar lekat diingatan murid sebagaimana mudahnya mereka

mengingat bait-bait lagu. Bagi murid-murid bermasalah pembelajaran terutama yang

mengalami masalah pertuturan memadai dapat menyebut pada kadar kemampuannya.

Rukun yang kelima adalah rukuk beserta tamakninah. Cara Rasulullah S.A.W.

melakukan perbuatan rukuk berdasarkan hadis-hadis yang sahih adalah dengan

meletakkan dua tapak tangan di atas dua lutut tanpa merapatkan jari-jarinya serta

Page 81: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

64

meluruskan belakang badannya sama rata di antara kepala, belakang dan punggung (al-

Khin et al., 2000) serta tidak mendongak atau menunduk tapi sederhana antara keduanya

(Anisah, 2008; al-Albani, 2000; Zaharuddin, 2008; al-Jauziyyah, 2006) beserta

tamakninah (Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen, 2009; al-Khin et al., 2000; Anisah,

2008; al-Albani, 2000; Zaharuddin, 2008; al-Jauziyyah, 2006 ). Tamakninah ialah

berhenti dengan tenang setelah bergerak yang merupakan rukun tersendiri bagi setiap

rukun yang berdiri sendiri seperti rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud (al-

Rahbawi, 1998). Perkara utama yang ditekankan adalah cara rukuk yang betul manakala

bacaan mengikut kemampuan murid. Terdapat pelbagai bacaan yang dibaca oleh Nabi

S.A.W. ketika rukuk. Antara bacaan yang paling mudah ialah (Zaharuddin, 2008; al-

Jauziyah, 2006; Anisah, 2008; al-Albani, 2000;al-Zuhayli, 2010):

سبح ان ر ب الع ظيم

(al-Nasa’i, Sunan al-Nasa’i, jil.1, hal.174, no.1069, hadis sahih)

Rukun keenam ialah iktidal beserta tamakninah iaitu mengembalikan semula

posisi badan sebelum rukuk (al-Zuhayli, 2010) iaitu baginda berdiri tegak dengan

mengangkat kedua-dua tangan hingga sampai ke bahu atau telinga dengan jari-jari

terbuka sedikit seraya membaca tasmiʻ iaitu: ‘ د ه ح لم ن الل ع س ’ (Zaharuddin, 2008; al-

Albani, 2000; al-Jauziyyah, 2006; Anisah, 2008). Setelah berdiri betul pada

Page 82: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

65

kedudukannya, terdapat pelbagai versi bacaan oleh Rasulullah S.A.W.. Bacaan paling

ringkas adalah: ‘ ال م ل ك dan (al-Albani, 2000; al-Jauziyyah, 2006; Anisah, 2008) ’ در ب ن ا

ال مد ‘ :berdasarkan hadis (Zaharuddin, 2008) ’ر ب ن او ل ك

ع هلم ناللس د ال مدو ل ك ر ب ن ا،ح

(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil.1, hal.257, no.702)

Walau bagaimanapun, pengkaji menemukan bacaan lain yang lebih mudah seperti

dinyatakan dalam hadis riwayat al-Nasa’i dan Ibn Majah:

لر ب ال مد,لر ب ال مد

(al-Nasa’i, Sunan al-Nasa’i, jil.1, hal.174, no.1069, hadis sahih)

Penekanan pada cara iktidal serta tamakninah dengan betul sebelum bacaan berdasarkan

kemampuan.

Seterusnya rukun ketujuh iaitu sujud dua kali (al-Zuhayli, 2010; al-Khin et al.,

2000) beserta tamakninah. Perkara utama ditekankan adalah cara sujud yang betul iaitu di

Page 83: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

66

atas tujuh anggota yakni dahi, kedua-dua tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung

kaki sebagaimana hadis Nabi S.A.W. bersabda:

ب ع ةأ عظمع ل ىال ب ه ة بي دهع ل ىأ نفه-أمرتأ نأ سجد ع ل ىس ين،و الركب ت يو أ طر اف-و أ ش ار و الي د م ي الق د

(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil.1, hal.280, no.779)

Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota: di atas dahi (dan baginda

menunjukkan dengan tangannya ke arah hidungnya) dan kedua-dua tapak tangan,

dan kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki.

Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah S.A.W., cara sujud baginda dengan

meletakkan tujuh anggota tersebut di bumi, merapatkan jarinya mengadap kiblat,

meregangkan sedikit tangannya, mengangkat siku (Zaharuddin, 2008; al-Albani, 2000;

al-Jauziyyah, 2006) serta punggungnya (Anisah, 2008;al-Zuhayli, 2010; al-Khin et al.,

2000). Manakala bacaan yang paling ringkas yang dilakukan Rasulullah S.A.W. ialah (al-

Jauziyah, 2006; al-Khin et al., 2000; Zaharuddin, 2008; al-Albani, 2000; Anisah, 2008):

سبح ان ر ب ال عل ى

(al-Nasa’i, Sunan al-Nasa’i, jil.1, hal.174, no.1069, hadis sahih)

Rukun berikutnya yang kelapan ialah duduk antara dua sujud beserta tamakninah.

Perkara utama diajar adalah cara duduk yang betul iaitu secara duduk iftirasy di mana

Page 84: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

67

tapak kaki yang kiri diduduki dan menjadi seperti alas (firasy) serta tapak kaki yang

kanan ditegakkan di atas lantai. Sementara hujung jari kaki pula mengadap ke arah kiblat

(Zaharuddin, 2008; Anisah, 2008; al-Albani, 2000;al-Zuhayli, 2010). Jari jemari tangan

pula diletakkan di atas peha mengadap kiblat (al-Zuhayli, 2010).

Cara duduk yang ditegah secara al-iqʻa’ iaitu meletakkan kedua-dua punggung di

atas lantai dan menegakkan kaki kerana ia seperti duduknya anjing (Zaharuddin, 2008).

Bacaan yang biasa dibaca agak panjang. Namun terdapat bacaan lain yang agak mudah

berdasarkan hadis riwayat Ibn Majah dan al-Nasa’i iaitu:

ر باغفرلر باغفرل

(al-Nasa’i, Sunan al-Nasa’i, jil.1, hal.174, no.1069, hadis sahih)

Rukun kesembilan adalah duduk tahiyat / tasyahud akhir beserta tamakninah.

Perkara utama diajar adalah cara duduk yang betul iaitu duduk secara tawaruk di mana

punggung didudukkan di atas lantai, kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan dan kaki

kanan ditegakkan (Zaharuddin, 2008;al-Zuhayli, 2010).

Rukun kesepuluh adalah membaca tahiyat / tasyahud akhir. Terdapat pelbagai

riwayat berkaitan bacaan Nabi S.A.W. yang diamalkan oleh para sahabat. Mengikut

mazhab Syafiʻi bacaannya berdasarkan hadis daripada Ibn ʻAbbas sebagaimana yang

Page 85: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

68

biasa diamalkan (Zaharuddin, 2008; al-Albani, 2000; Anisah, 2008; al-Rahbawi, 1998)

iaitu:

أي ه االنب ،السالمع ل يك بار كاتالصل واتالطيباتللاته،السالمع ل يناوعلىالتحياتامل و ب ر ك و ر ح ةالل

ر سولالل ،و أشه دأنم مدا الل عباداللالصالي ،أشه دأنلإله إل

(Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, jil.1, hal.154, no.974, hadis sahih)

Bacaan mudah seperti diriwayatkan oleh al-Nasa’i seperti di bawah, namun begitu ia

tidak banyak berbeza dengan yang biasa dibaca:

، اته،مال سو الصل و اتو الطيب ات,ال التحياتلل و ب ر ك أي ه االنبو ر ح ةالل ناوعلىعباداللالصالي ،ع ل يمال سال ع ل يك ،و أشه دل أشه دأن الل هر سولع بدهو أنم مدا إله إل

(al-Nasa’i, Sunan al-Nasa’i, jil.1, hal.190, no.1162, hadis sahih)

Rukun yang kesebelas adalah membaca selawat ke atas nabi pada tahiyat /

tasyahud akhir. Dalam bacaan selawat ini terdapatnya selawat ke atas nabi dan selawat

ibrahimiyyah. Selawat yang ringkas iaitu: ممد ع ل ى صل manakala bacaan yang اللهم

sempurna seperti yang biasa kita amalkan menurut mazhab Syafiʻi (al-Khin et al., 2000;

al-Zuhayli, 2010).Walau bagaimanapun, dalam hadis-hadis nabi berkaitan selawat dalam

tasyahud sama ada tasyahud awal atau akhir, kesemuanya menunjukkan selawat yang

dituntut adalah merangkumi daripada selawat nabi hingga selawat ibrahimiyyah serta

Page 86: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

69

tidak mengandungi kalimah sayidina (al-Albani, 2000; Anisah, 2008). Bacaan yang biasa

dibaca adalah seperti berikut (Zaharuddin, 2008; al-Albani, 2000; al-Khin et al., 2000; al-

Zuhayli, 2010; Anisah, 2008; al-Rahbawi, 1998):

ك اللهمص ع ل ىممدوع ل ىآلممد ع ل ىإب ر اهيم وع ل ىآلإب ر اهيم و اص م ل مدوع ل ىآلكع ل ىم رب ليت ك ع ل ىإب ر اهيموع ل ىآلكر اب م ممد العإب ر اهيمفت

ح ي امل يد يد م إنك

Terdapat bacaan yang merangkumi selawat ke atas nabi dan selawat ibrahimiyyah

yang agak ringkas berdasarkan riwayat al-Nasa’i dengan sanad yang sahih iaitu:

رك،آلإب ر اهيم ع ل ىص ليت ك م ام مدع ل ىص لاللهم ر كت ك م ام مدع ل ىاللهمب إب ر اهيم ع ل ىآلب (al-Nasa’i, Sunan al-Nasa’i, jil.1, hal.209, no.1286, hadis sahih)

Rukun yang kedua belas adalah memberi salam iaitu salam yang pertama

(Zaharuddin, 2008; Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen, 2009; al-Rahbawi, 1998; al-

Khin et al., 2000) dengan bacaan yang ringkas seperti berikut (al-Khin et al., 2000):

ع ل يكم Bagaimanapun, cara yang lebih sempurna dengan menoleh ke kanan . ا لسال م

sehingga menampakkan pipi dari arah belakang dengan mengucapkan salam dan diikuti

ke kiri (al-Khin et al., 2000; al-Zuhayli, 2010; al-Albani, 2000; Anisah, 2008) dengan

bacaan yang sempurna (al-Khin et al., 2000) ا لسال مع ل يكمو ر ح ةهللا .

Page 87: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

70

Rukun yang terakhir iaitu tertib yakni mengerjakan rukun solat secara berurutan

(al-Zuhayli, 2010; al-Khin et al., 2000; Zaharuddin, 2008) sebagaimana hadis dari Abu

Hurairah r.a (lihat perbahasan rukun keempat bacaan al-Fatihah halaman 56) yang

menjadi rujukan; menghimpunkan sebahagian besar rukun solat (al-Rahbawi, 1998;

Anisah, 2008) mengenai teguran Rasulullah S.A.W. kepada seorang lelaki yang

menunaikan solat secara salah.

Duduk tahiyat awal adalah sunat kerana itu jika mampu memadai diajar cara

duduk yang sama seperti duduk antara dua sujud manakala bacaan seperti tahiyat akhir

sehingga selawat ke atas Nabi S.A.W..

Jadual 2.2

Tatacara Solat Murid Bermasalah Pembelajaran

Rukun solat Pengajaran mudah/ Bacaan mudah / ringkas

rukhsah

Niat Tidak perlu dilafazkan tiada

Memadai mengetahui kefarduan,

waktu dan bilangan rakaat solat

Takbiratulihram Perlu menyebut Allahu Akbar tiada

Berdiri tegak (qiyam) Mengikut kemampuan murid tiada

Membaca al-Fatihah Sebutan mengikut kemampuan murid bacaan biasa

Rukuk serta

tamakninah

Mengikut kemampuan murid

سبح ان ر ب الع ظيم

(sambungan)

Page 88: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

71

Jadual 2.2, (sambungan)

Rukun solat Pengajaran mudah/ Bacaan mudah / ringkas

rukhsah

Iktidal serta

tamakninah

Mengikut kemampuan murid

د ه ع الللم نح س

Sujud serta

tamakninah

Mengikut kemampuan murid

سبح ان ر ب ال عل ى

Duduk antara dua

sujud serta tamakninah

Mengikut kemampuan murid

ر باغفرلر باغفرل

Duduk tahiyyat akhir Mengikut kemampuan murid tiada

Membaca tahiyat / Mengikut kemampuan murid bacaan biasa

tasyahud akhir

Membaca selawat ke

atas nabi pada tahiyat/

tasyahud akhir

Mengikut kemampuan murid

ك م ا ع ل ىم مد ع ل ىآلاللهمص ل ص ليت ر كت ك م اب ركع ل ىم مد إب ر اهيم اللهمب

ع ل ىآلإب ر اهيم

Memberi salam Mengikut kemampuan murid ا لسال مع ل يكمو ر ح ةهللا

yang pertama

Tertib Mengikut kemampuan murid tiada

Page 89: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

72

2.8 Program Pendidikan Islam di pendidikan khas

Kajian literatur mengenai program Pendidikan Islam yang dijalankan di negara-negara

Asia Tenggara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan di Malaysia sendiri.

2.8.1 Negara-negara Asia Tenggara

Di rantau Asia Tenggara, hanya terdapat dua buah negara selain Malaysia yang

menjadikan Islam sebagai agama rasmi mereka iaitu Brunei dan Indonesia. Pendidikan

khas di negara Brunei dikelolakan oleh Unit Pendidikan Khas (UPK) yang ditubuhkan

pada 1994 di bawah Pejabat Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan. UPK berperanan

dalam merancang program-program pendidikan khas dan melaksanakan perkhidmatan-

perkhidmatan bantuan yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan khas para pelajar

yang terdiri dari berbagai peringkat keupayaan (Portal Rasmi Kementerian Pendidikan

Brunei, 2012). Berlainan dengan program pendidikan khas di Malaysia, pendidikan khas

di Brunei dijalankan secara pendidikan inklusif sepenuhnya di mana murid-murid khas

belajar bersama murid-murid normal dalam kelas biasa di peringkat rendah dan

menengah. Brunei juga telah tersenarai sebagai ahli UNESCO ke-91 yang melaksanakan

pendidikan inklusif (Ariffin Mohd Noor, 2012). PdP murid-murid khas tersebut dibantu

oleh guru pendidikan khas yang dipanggil sebagai Special Education Needs Assistance

Page 90: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

73

(SENA). Guru SENA berperanan membantu guru-guru dengan murid khas secara

individu atau berkumpulan sama ada di dalam bilik darjah atau di Learning Assistance

Centre (LAC). LAC merupakan tempat di mana guru SENA menjalankan pengajaran

secara khusus dan menyimpan pelbagai jenis bahan pengajaran. Mereka juga

bekerjasama dengan guru kelas dan membantu guru dengan memberikan nasihat,

menunjukkan teknik pengajaran dan memantau keberkesanan program yang dijalankan

untuk murid khas. Pendidikan Islam dipelajari di bawah matapelajaran Pengetahuan

Agama Islam (Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Brunei, 2012).

Pendidikan Islam bagi murid khas di Brunei semakin diberi perhatian dengan

pelancaran Unit Pendidikan Khas Ugama Jabatan Pengajian Islam (UPKU JPI) pada 28

Februari 2012 di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) setelah ramai ibu bapa

yang mempunyai anak-anak khas turut menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah

agama (Ariffin Mohd Noor, 2012). Antara tujuan penubuhan UPKU JPI untuk

memberikan pendidikan inklusif kepada semua pelajar termasuk yang berkeperluan khas.

Pada dasarnya Pendidikan Khas Agama telah dijalankan di sekolah-sekolah agama

semenjak tahun 2004. Sebanyak 22 buah sekolah agama telah menjalankan Program

Pendidikan Khas iaitu 18 buah di daerah Brunei dan Muara manakala empat buah di

daerah Tutong. Namun begitu pelaksanaannya kurang teratur sehinggalah tertubuhnya

UPKU (Ariffin Mohd Noor, 2012).

Page 91: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

74

Perkembangan pendidikan khas di Indonesia pula bermula seawal tahun 1901

dengan pembukaan sekolah murid bermasalah penglihatan di Bandung diikuti dengan

sekolah murid terencat akal pada tahun 1927 dan 1930 pula sekolah bagi murid pekak

bisu (Rochmat Wahab, 2005; Sunardi, Mucawir, Gunarhadi, Priyono, & L.J, 2011).

Seterusnya pada tahun 1945 iaitu selepas kemerdekaan Indonesia, semakin banyak

sekolah-sekolah khas terdiri daripada pelbagai kategori kecacatan yang kebanyakannya

dikelolakan oleh pihak persendirian dibuka (Rochmat Wahab, 2005; Sunardi et al.,

2011).

Murid-murid pendidikan khas mendapat pendidikan dalam dua bentuk sistem

persekolahan iaitu pertama disebut sebagai Sekolah Luar Biasa (SLB) yang

menempatkan murid dengan masalah yang khusus seperti masalah penglihatan dalam

satu sekolah merangkumi peringkat rendah dan menengah (Sunardi et al., 2011) atau juga

dinamakan sekolah khas (Rochmat Wahab, 2005). Keduanya dikenali sebagai Sekolah

Dasar Luar Biasa (SDLB) yang menempatkan murid sekolah rendah daripada pelbagai

jenis kecacatan (Sunardi et al., 2011) yang dikenali dengan sekolah intergrasi atau

inklusif (Rochmat Wahab, 2005).

Pendidikan khas di Indonesia diletakkan di bawah Seksyen Pendidikan Khas,

Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan pada tahun 1965 yang kemudiannya dinaik

taraf kepada Bahagian Pendidikan Khas dan menjadi Sub-Direktorat Pendidikan Khas di

Page 92: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

75

bawah Direktorat Pendidikan Rendah pada tahun 1975 sebelum menjadi Direktorat

Pendidikan Khas pada tahun 2000 (Rochmat Wahab, 2005). Direktorat

bertanggungjawab menyediakan pendidikan untuk semua kanak-kanak istimewa

termasuk kanak-kanak berbakat dan pintar cerdas, kanak-kanak yang mengalami masalah

pembelajaran dan kanak-kanak autistik (Rochmat Wahab, 2005).

Pada asasnya sistem persekolahan bagi murid yang kurang upaya intelek

(termasuk bermasalah pembelajaran) di Indonesia bertujuan untuk menyediakan mereka

ke arah hidup berdikari dari segi ekonomi dan bebas melakukan pelbagai aktiviti harian.

Oleh itu, tiada penyataan secara khusus bagi murid bermasalah pembelajaran dalam

pengajaran Pendidikan Islam. Tumpuan diberikan kepada kurikulum berasaskan

kemahiran vokasional seperti pengajaran vokasional di peringkat menengah rendah,

kewujudan bengkel praktikal, program kurikulum tambahan kepada kemahiran

vokasional, sistem perantis melalui kerjasama dengan kilang-kilang atau syarikat-syarikat

perniagaan serta penyediaan sijil vokasional setelah mengikuti sesuatu program

vokasional (Rochmat Wahab, 2005). Bagaimanapun, bagi yang mengikuti pendidikan

inklusif pembelajaran Pendidikan Islam turut diajar sebagai salah satu kurikulum di

sekolah.

Page 93: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

76

2.8.2 Malaysia

Program pendidikan khas di Malaysia dijalankan dalam tiga keadaan iaitu pertama

program pendidikan khas yang disediakan di sekolah khas bagi murid yang mengalami

masalah penglihatan dan pendengaran. Kedua suatu program percantuman di sekolah

biasa bagi murid-murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran iaitu

program pendidikan khas intergrasi. Ketiga adalah program pendidikan inklusif bagi

murid-murid dengan keperluan khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa

bersama-sama dengan murid biasa (Jamila, 2005). Berdasarkan tiga program tersebut,

terdapat dua kurikulum pendidikan yang diguna pakai oleh murid-murid pendidikan khas

iaitu kurikulum kebangsaan dan kurikulum kebangsaan alternatif (Jamila, 2005).

Kurikulum kebangsaan merujuk kepada kurikulum biasa yang digunakan oleh murid-

murid normal di sekolah manakala kurikulum alternatif kebangsaan hanya disediakan

bagi murid bermasalah pembelajaran iaitu menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran. Murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran

menggunakan kurikulum kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara umumnya, pengajaran Pendidikan Islam khususnya bagi murid bermasalah

pembelajaran menggunakan dua kurikulum iaitu Kurikulum Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) manakala

Page 94: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

77

satu program khusus yang menumpukan kepada al-Quran dan solat berdasarkan program

j-QAF di Pendidikan Khas. Pelaksanaan setiap satunya adalah seperti berikut:

2.8.2.1 Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Kurikulum ini digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas

yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Reka

bentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru

mengembangkan bakat dan potensi sedia ada (Jabatan Pendidikan Khas, 1997).

Kurikulum ini mengandungi empat bidang utama iaitu Pengurusan Kehidupan, Akademik

Berfungsi, Kerohanian dan Nilai - nilai Murni, serta Sosial, Riadah dan Kreativiti. Setiap

bidang tersebut terdiri daripada komponen-komponen kecil. Di bawah bidang Pengurusan

Kehidupan terdapat komponen Pengurusan Diri, Kemahiran Manipulatif, Pengurusan

Tingkah laku dan Kemahiran Hidup. Manakala bidang Akademik Berfungsi terdiri

daripada komponen Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Multimedia. Bagi

bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni pula, mengandungi komponen Pendidikan

Agama Islam dan Pendidikan Moral. Komponen-komponen di bawah bidang Sosial,

Riadah dan Kreativiti ialah Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik,

Gerakan dan Drama serta Sains, Sosial dan Alam Sekitar (Jabatan Pendidikan Khas,

1997).

Page 95: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

78

Pendidikan Islam merupakan antara mata pelajaran asas yang dipelajari oleh

murid-murid khas beragama Islam di sekolah. Bagi murid bermasalah penglihatan dan

pendengaran, mereka mempelajarinya di bawah subjek Pendidikan Islam menggunakan

kurikulum kebangsaan di peringkat rendah dan menengah. Tumpuan utama Pendidikan

Islam sekolah rendah adalah kepada bidang Asuhan Tilawah al-Quran, bidang Asas Ulum

Syariah, bidang Asas Adab dan Akhlak Islamiah serta Jawi manakala di peringkat

menengah pula tumpuan kepada bidang Tilawah al-Quran, Ulum Syariah dengan

penambahan tamadun Islam di bawahnya serta Adab dan Akhlak Islamiyah (Bahagian

Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, 2002). Murid bermasalah pembelajaran pula,

mempelajari Pendidikan Islam di bawah bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni dalam

komponen Pendidikan Agama Islam. Komponen ini dibahagikan kepada tiga bahagian

iaitu Asuhan Tilawah al-Quran, Asas Ulum Syariah dan Asas Akhlak Islamiah (Jabatan

Pendidikan Khas, 2005).

Asuhan Tilawah al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian iaitu tilawah al-Quran

merangkumi pengenalan huruf-huruf hijaiyyah dan bacaan kalimah-kalimah serta ayat-

ayat al-Quran, hafazan surah-surah pendek dan doa-doa harian serta kefahaman daripada

surah dan doa tersebut. Bidang Asas Ulum Syariah terdiri daripada aqidah seperti rukun

iman dan Islam, ibadah antaranya bersuci, solat dan puasa serta sirah mengenai

Rasulullah S.A.W.. Manakala Asas Akhlak Islamiah meliputi adab-adab seharian seperti

Page 96: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

79

adab terhadap ibu bapa dan menuntut ilmu (Jabatan Pendidikan Khas, 2005). Masa

pengajaran bagi Pendidikan Islam adalah lima waktu seminggu.

2.8.2.2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah

Pembelajaran

KSSRPK Masalah Pembelajaran bermula pada tahun 2011. Terdapat enam tunjang yang

merupakan domain utama yang saling menyokong bagi membentuk modal insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek iaitu Komunikasi, Kerohanian,

Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Literasi Sains dan Teknologi, Fizikal dan Estetika dan

Keterampilan Diri (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Kurikulum ini digubal dalam

bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai

oleh murid. Standard Kandungan merupakan pernyataan disiplin ilmu di mana murid

patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi

aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu

penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap

Standard Kandungan yang dinyatakan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan kemahiran dan amalan yang

disarankan dalam Tunjang Kerohanian iaitu Sikap dan Nilai yang menyumbang ke arah

Page 97: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

80

melahirkan murid yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertakwa dan beramal soleh.

Seperti Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran sedia ada, mata pelajaran

Pendidikan Islam KSSRPK Masalah Pembelajaran dibahagikan kepada empat bidang

utama iaitu Asuhan Tilawah al-Quran, Asas Ulum Syariah, Asas Akhlak Islamiah dan

Jawi bagi tahap satu manakala tambahan satu bidang iaitu Sirah bagi tahap dua

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Bezanya KSSRPK Masalah Pembelajaran

diajar bermula dari tahun satu, oleh itu pecahan topik-topik kecilnya adalah mengikut

tahun seperti wuduk diajar di tahun satu manakala solat pada tahun dua. Masa

pengajarannya pula adalah enam waktu seminggu.

2.8.2.3 Program j-QAF di Pendidikan Khas

Suatu usaha telah dilakukan oleh pihak KPM bagi memperkasakan lagi penguasaan

murid di peringkat rendah dalam subjek Pendidikan Islam iaitu dengan mengadakan

program j-QAF pada tahun 2005. Perkataan j-QAF tersebut merujuk kepada penekanan

program tersebut dalam empat bidang utama iaitu jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu

Ain (Ahmad, 2008). Pada tahun 2008 pula, program ini telah diperluaskan di Pendidikan

Khas. Tumpuan j-QAF Pendidikan Khas hanya kepada al-Quran dan fardu ain. Modul

yang digunakan iaitu Modul Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Amali Solat bagi fardu

ain dan Modul PdP Kaedah Iqra’ untuk tilawah al-Quran. Di bawah Modul PdP

Page 98: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

81

Pembelajaran Amali Solat terdapatnya Model Kelas PdP Amali Solat (teori dan amali)

manakala di bawah Modul PdP Kaedah Iqra’ pula, terdapatnya Model Kelas PdP Kaedah

Iqra’ serta Model Tasmik. Modul-modul ini telah diubahsuai mengikut tahap penguasaan

dan keupayaan murid berkeperluan khas (Bahagian Pendidikan Khas, 2008a).

Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada dengan

penambahan satu waktu dalam waktu kelas Pendidikan Islam iaitu sebanyak enam waktu

berbanding lima waktu bagi jadual kelas biasa. Program ini dimulakan di Program

Pendidikan Khas Intergrasi secara berperingkat mulai 2008 hingga 2014 manakala di

SKPK dilaksanakan pada tahun 2009. Pihak KPM turut mengadakan program

pengukuhan kepada program j-QAF Pendidikan Khas sebagai usaha untuk menggalakkan

dan memberi pengiktirafan kepada guru, murid berkeperluan khas dan masyarakat

melalui Majlis Khatam al-Quran dan Kem Amali Solat Pendidikan Khas Peringkat

Kebangsaan (Bahagian Pendidikan Khas, 2008a).

2.9 Model PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas

Terdapat tiga buku yang perlu dirujuk dalam pelaksanaan model ini iaitu Buku Panduan

Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan j-QAF di Pendidikan Khas, Buku Panduan

Pelaksanaan Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas, dan Modul PdP Amali Solat

Page 99: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

82

Program j-QAF di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Model PdP Amali Solat j-

QAF di Pendidikan Khas adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan

dalam bilik darjah bagi memastikan murid-murid dapat mengambil wuduk dan

menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini

dilaksanakan secara kelas yang melibatkan teori dan amali dan mengikut kesesuaian

sesebuah sekolah. Objektif pelaksanaan model ini agar murid dapat mengetahui anggota

wuduk dan melakukan perbuatan berwuduk. Selain itu, murid juga dapat mengetahui

bilangan rakaat solat fardu, melakukan perlakuan solat dan dapat menyebut serta

membaca bacaan dalam solat (Bahagian Pendidikan Khas, 2008b).

Kumpulan sasaran bagi model ini merangkumi semua murid pendidikan khas

yang beragama Islam sekolah rendah yang boleh menguasai kemahiran solat sama ada di

Program Pendidikan Khas Intergrasi dan Sekolah Pendidikan Khas serta dijalankan

sepanjang tempoh mereka belajar di sekolah rendah. Jika terdapat 10 orang murid, pihak

sekolah perlu membuka dua kelas untuk pelaksanaan program ini. Nisbah untuk satu

kelas adalah antara empat hingga enam orang murid. Setiap sekolah yang terpilih

disarankan membuka sekurang-kurangnya tiga kelas. Program ini dilaksanakan mengikut

Modul PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas dengan peruntukan masa dua kali

seminggu (teori dan amali) (Bahagian Pendidikan Khas, 2008b).

Page 100: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

83

Daripada segi perjalanan proses PdP pula adalah mengikut turutan berikut iaitu

pada peringkat permulaan, semua murid didedahkan dengan Modul PdP Amali Solat.

Setelah itu, setiap bacaan dan perlakuan murid direkodkan dalam buku rekod senarai

semak pencapaian murid (disediakan oleh pihak KPM). Bagi murid yang tidak menguasai

kemahiran hendaklah diulang sehingga dapat menguasai kemahiran amali dan teori.

Murid yang telah menguasai kemahiran pula, diberikan aktiviti serta kemahiran tambahan

semasa proses PdP contohnya pengayaan, Fardu Ain, Ulum Syariʻah, Doa-doa Harian

dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti pemulihan seperti kelas pemulihan perlu diadakan

kepada murid yang tidak dapat menguasai kemahiran. (Bahagian Pendidikan Khas,

2008b).

Model ini menekankan penguasaan teori dan amali. Oleh itu turut dinyatakan

berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas (2008)

kaedah PdP dilakukan iaitu murid mendengar penerangan guru dan membaca dengan

bimbingan guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF. Seterusnya, murid melakukan

perbuatan dan bacaan dalam wuduk dan solat. Guru perlu menunjukcara perbuatan dan

perlakuan tersebut. Guru juga perlu mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) atau

Alat Bantu Mengajar (ABM). Selain itu, pelbagai kaedah dan pendekatan PdP perlu

digunakan semasa proses PdP berjalan.

Page 101: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

84

Penilaian terhadap penguasaan murid dari segi bacaan dan perbuatan wuduk serta

solat turut dilakukan secara harian dan mingguan. Penilaian tersebut direkodkan oleh

guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF di Pendidikan Khas. Manakala satu penilaian

menyeluruh hendaklah dilakukan dua kali setahun bagi menentukan tahap pencapaian

penguasaan setiap murid dan salinan penilaian tersebut dihantar ke Jabatan Pelajaran

Negeri (JPN) dan Bahagian Pendidikan Khas (BPK). Penilaian tersebut hendaklah

berdasarkan kemampuan bacaan dan perlakuan wuduk dan solat murid. Guru perlu

mengambil kira keupayaan murid berdasarkan tahap penguasaan mereka kerana

keupayaan murid Pendidikan Khas tidak sama di antara satu sama lain seperti panduan di

Lampiran H. Borang senarai semak bagi penilaian tersebut diberikan dalam Buku

Panduan Pelaksanaan Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas seperti di bahagian

Lampiran I (Bahagian Pendidikan Khas, 2008b). Berikut dinyatakan penglibatan murid

dan aspek rukhsah yang diambil kira dalam pelaksanaan program ini serta modul

pengajaran solat yang digunakan.

Jadual 2.3

Penglibatan Murid dan Aspek Rukhsah dalam Model PdP Amali Solat j-QAF di

Pendidikan Khas

Indikator Model PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas

Penglibatan

Murid

Semua murid beragama Islam

Boleh menguasai kemahiran

solat perlakuan dan bacaan

Sepanjang tempoh

pembelajaran di sekolah rendah

(sambungan)

Page 102: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

85

Jadual 2.3, (sambungan)

Indikator Model PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas

Aspek rukhsah

Pengajaran berdasarkan kemampuan

murid

Penilaian berdasarkan kemampuan

murid mengikut garis panduan KPM

Jadual 2.4

Pengajaran Solat dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas

Tajuk Isi pengajaran

Niat Solat Lafaz solat fardu lima waktu

Takbiratulihram Sebutan هللااكب beserta perlakuan

(termasuk berdiri betul)

Membaca al-Fatihah Ayat surah al-Fatihah

Rukuk Perlakuan dan bacaan rukuk:

سبح ان ر ب الع ظيمو ب مده

Iktidal Perlakuan dan bacaan iktidal:

د ه ع الللم نح س

Sujud Perlakuan dan bacaan sujud:

سبح ان ر ب ال عل ىو ب مده

Duduk antara dua sujud Perlakuan dan bacaan duduk antara dua sujud:

اغفرلو ارح نو اجب رنو ارف عنو ارزقنو اهدنر ب

و ع افنو اعفع ن

(sambungan)

Page 103: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

86

Jadual 2.4, (sambungan)

Tajuk Isi pengajaran

Tahiyat akhir Perlakuan dan bacaan tahiyat akhir:

هلل،السال م ا ي ه اا لتحياتالمب ار ك اتالصل و اتالطيب ات ع ل يك

النبو ر ح ةهللاو ب ر ك اته،السال مع ل ي ن او ع ل ىعب ادهللا

ار سولهللا، الصالي ،أ شه دا نآلإل ه إلهللاو ا شه دأ نم مد

ع ل ىا للهمص لع ل ىم مدو ع ل ى ك م اص ليت آلم مد،

ركع ل ىم مدو ع ل ىآلم مد اب ر اهيم و ع ل ىآلاب ر اهيم و ب

إنك ع ل ىاب ر اهيم و ع ل ىآلاب ر اهيم فالع ال مي ك م اب ر كت

يد يد م ح

Selawat ke atas nabi Bacaan selawat ke atas nabi:

ا للهمص لع ل ىم مدو ع ل ىآلم مد

Salam Bacaan salam:

ا لسال مع ل يكمو ر ح ةهللا

2.10 Kaedah pengajaran Pendidikan Islam topik ibadah (wuduk dan solat) murid

bermasalah pembelajaran

Perbincangan akan mengetengahkan kaedah PdP Pendidikan Islam dalam topik ibadah

dan kaedah PdP bagi murid bermasalah pembelajaran secara umum sebelum dihuraikan

aplikasi keduanya sebagai kaedah PdP Pendidikan Islam topik ibadah murid-murid

bermasalah pembelajaran.

Page 104: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

87

2.10.1 Kaedah pengajaran Pendidikan Islam topik ibadah (wuduk dan solat)

Pengajaran dan pembelajaran topik ibadah melibatkan gabungan hafazan, fakta dan

aplikasi amalan. Oleh itu, kaedah pengajaran juga perlu dipelbagaikan mengikut

kesesuaian isi pengajaran (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007). Terdapat beberapa

kaedah pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam topik Ibadah seperti tajuk bersuci dari

hadas kecil (wuduk) antaranya secara kuliah, sumbang saran / perbincangan kumpulan,

soal jawab (al-hiwar), tunjuk cara / demonstrasi dan latih tubi (al-mulazamah) (Ahmad,

2008).

Kaedah kuliah memerlukan penglibatan guru yang lebih banyak dalam memberi

huraian, penjelasan dan penerangan kepada murid (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007).

Kaedah ini amat sesuai bagi memberikan penjelasan yang tepat kepada murid mengenai

wuduk dan solat secara teori. Kaedah sumbang saran adalah satu bentuk interaksi

kumpulan yang mengandungi cadangan, fakta, pendapat, pengalaman dan sebagainya

untuk menyelesaikan sesuai topik yang diberi (Esah Sulaiman, 2003). Guru berperanan

sebagai fasilitator sahaja manakala penglibatan murid lebih banyak (Ahmad, 2008).

Kaedah soal jawab pula melibatkan interaksi antara guru dengan pelajar sama ada guru

mengajukan soalan dan murid menjawab atau sebaliknya (Kamarul Azmi & Ab. Halim,

2007). Penggunaan kaedah ini dalam PdP ibadah tajuk wuduk dan solat dapat

memberikan kefahaman mendalam kepada murid setelah diberikan penerangan berbentuk

Page 105: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

88

kuliah. Kaedah menyoal juga dapat merangsang minda, membetulkan kesilapan dan

kefahaman murid, mengekalkan perhatian dan minat murid, mengalakkan interaksi,

menyelesaikan masalah dan mengaitkan dengan tajuk sebelumnya (Ramayulis, 2001).

Kaedah tunjuk cara / demonstrasi pula bermaksud pertunjukan dan penerangan

mengenai cara untuk melakukan sesuatu. Kaedah ini melibatkan kemahiran guru

menunjuk cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid (Esah

Sulaiman, 2003). Pendekatan demonstrasi adalah antara kaedah yang paling banyak

digunakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam PdP ibadah seperti baginda mengajar cara

berwuduk dan solat (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007).

Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) menjelaskan beberapa prinsip dalam

melaksanakan demonstrasi kepada murid antaranya sebelum memulakan demonstrasi,

guru perlu menentukan tajuk yang hendak diajar. Setelah itu, penyediaan bahan atau

alatan yang diperlukan serta tempat yang sesuai ditetapkan. Guru juga perlu menerangkan

tujuan demonstrasi dilakukan agar murid dapat melihat dan melakukan dengan betul.

Semasa proses demonstrasi dilakukan, guru harus memandang ke arah murid dan

menerangkan setiap langkah yang dilakukan. Kaedah soal jawab boleh diselitkan untuk

memastikan murid faham. Selepas demonstrasi selesai, kaedah perbincangan boleh

digunakan bagi memastikan murid memerhatikan demonstrasi dengan betul. Aktiviti

Page 106: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

89

pengukuhan seperti demonstrasi oleh murid pula di hadapan kelas boleh dilakukan untuk

meningkatkan kefahaman dan ingatan murid.

Kaedah latih tubi atau al-mulazamah ialah pengulangan fakta-fakta atau

kecekapan yang dipelajari untuk mencari taraf penguasaan kemahiran serta menjamin

kekekalannya (Ahmad, 2008). Selain kaedah-kaedah tersebut, beberapa kaedah lain turut

sesuai diaplikasikan dalam PdP ibadah tajuk wuduk dan solat seperti kaedah hafalan,

ulangan dan praktikal. Kaedah hafalan merupakan satu aktiviti PdP yang banyak

menggunakan ingatan secara langsung serta merupakan salah satu kaedah yang penting

dalam PdP ibadah kerana setiap niat dan bacaan dalam ibadah perlu kepada hafalan

(Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007). Bagi meningkatkan hafalan, kaedah ulangan atau

al-tikrar perlu disekalikan. Kaedah ini dapat meningkatkan kefahaman dan daya ingatan

murid. Namun begitu, pengulangan yang terlalu kerap boleh menimbulkan kebosanan

(Ahmad, 2008). Jika demonstrasi melibatkan guru menunjuk cara perbuatan wuduk dan

solat, kaedah praktikal melibatkan murid melakukan semula apa yang ditunjukkan oleh

guru. Kaedah ini lebih berkesan kerana murid dapat melalui pengalaman dan melakukan

sendiri sesuatu kemahiran (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007).

Selain mempelbagaikan kaedah PdP, guru juga perlu menyelitkan aktiviti-aktiviti

yang dapat menarik minat dan memberikan kefahaman murid seperti melalui aktiviti

permainan dan kuiz serta penggunaan BBM seperti penggunaan media elektronik. Antara

Page 107: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

90

bentuk media elektronik yang boleh digunakan dalam pengajaran ibadah ialah tayangan

video dan radio atau kaset (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007).

2.10.2 Kaedah PdP murid bermasalah pembelajaran

Secara umumnya, murid bermasalah pembelajaran mempunyai beberapa ciri psikologi

dan tingkah laku yang perlu difahami oleh guru antaranya mengalami masalah

pencapaian akademik dalam membaca, menulis, bercakap dan berkaitan matematik.

Selain itu, mereka juga mengalami masalah persepsi, motor-persepsi dan koordinasi

umum, gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) serta masalah memori,

kognitif dan metakognitif. Murid bermasalah pembelajaran juga mengalami masalah

sosial-emosi dan motivasi (Hallahan & Kauffman, 2000).

Hallahan dan Kauffman (2000) mengemukakan dua pendekatan utama yang boleh

digunakan dalam mengurangkan masalah akademik murid bermasalah pembelajaran iaitu

latihan kognitif dan pengajaran secara langsung.

Page 108: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

91

a) Latihan kognitif (Cognitive training)

Jika pendekatan modifikasi tingkah laku melibatkan perubahan pada tingkahlaku dilihat,

pendekatan latihan kognitif menumpukan kepada pengubahsuaian proses pemikiran yang

tidak dapat dilihat yang secara tidak langsung akan menyebabkan perubahan kepada

tingkah laku yang dapat dilihat (Hallahan & Kauffman, 2000). Antara kaedah yang boleh

diaplikasikan menggunakan pendekatan latihan kognitif seperti berikut:

i) Arahan kendiri (Self-Instruction)

Kaedah ini merupakan teknik latihan kognitif pertama yang perlu dibangunkan. Ia

membolehkan murid menyedari pelbagai tahap tugasan penyelesaian masalah. Secara

tipikalnya, pada mulanya guru akan menunjukkan penggunaan rutin verbal semasa

menyelesaikan masalah. Kemudian, guru akan memantau penggunaan rutin verbal murid

semasa melakukan tugasan. Setelah itu barulah murid melakukannya sendiri (Hallahan &

Kauffman, 2000).

ii) Strategi mnemonik (Mnemonic Strategies)

Tujuan penggunaan strategi mnemonik sebagai cara yang konkrit untuk mengingat

sesuatu maklumat. Strategi mnemonik memerlukan guru mengubah sesuatu maklumat

Page 109: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

92

yang abstrak kepada gambar konkrit yang boleh memberikan maklumat yang lebih

bermakna kepada murid bermasalah pembelajaran (Hallahan & Kauffman, 2000).

iii) Pembangunan strategi kawalan kendiri (Self-regulated Strategy Development-

SRSD)

SRSD menggabungkan beberapa teknik latihan kognitif merangkumi arahan kendiri,

penetapan matlamat, kawalan kendiri dan scaffolded instruction iaitu guru memberikan

bimbingan sementara sepanjang murid menyelesaikan sesuatu tugasan dan bimbingan

tersebut akan dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga murid boleh melakukan tugasan

diberi dengan sendiri (Hallahan & Kauffman, 2000).

b) Pengajaran Secara Langsung (Direct Instruction-DI)

Pendekatan ini menumpukan kepada proses pengajaran secara mendalam iaitu penekanan

kepada latih tubi dan maklum balas segera di mana guru membetulkan setiap kesilapan

atau memberikan pujian pada jawapan yang betul dengan segera, pengajaran mengikut

urutan yang betul dan pantas di mana dilakukan dalam kumpulan kecil dan bacaan secara

jelas oleh guru seperti guru membacakan satu tugasan secara jelas dan murid mengikut

arahan guru di mana isyarat tangan digunakan untuk turut serta atau memberikan respon

(Hallahan & Kauffman, 2000). Analisis tugasan atau task analysis merupakan komponen

utama dalam DI iaitu melibatkan pemecahan sesuatu aktiviti yang lebih kompleks kepada

Page 110: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

93

langkah-langkah kecil yang ringkas. Langkah-langkah tersebut kemudian diorganisasi

mengikut urutan yang bersesuaian sehingga mereka menguasai keseluruhan kemahiran

sasaran (Fetsco & McClure, 2005; Hallahan & Kauffman, 2000).

2.10.3 Aplikasi kaedah PdP Pendidikan Islam topik ibadah murid

bermasalah pembelajaran

Garis Panduan umum kaedah PdP sebagaimana yang terdapat dalam Buku Panduan

Pelaksanaan Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas (2008) dapat dijadikan panduan

dalam pelaksanaan topik ibadah solat. Proses PdP dimulakan dengan penerangan guru.

Ini menggunakan kaedah kuliah yang sesuai dalam memberi penerangan terlebih dahulu

untuk murid memahami isi pengajaran yang berkaitan dengan teori seperti maksud solat

dan bilangan solat fardu. Seterusnya murid membaca dengan bimbingan guru bacaan

dalam solat. Membaca dan membaca secara berulang-ulang antara gaya pembelajaran

yang banyak ditunjukkan oleh murid bermasalah pembelajaran dalam mempelajari topik

ibadah (Mohd Razimi Husin, 2012). Hal ini kerana mereka sukar memahami dan

mengingat sesuatu pelajaran baru serta perlu kepada pengulangan (Jamila, 2005). Kaedah

scaffolded instruction boleh diaplikasikan di sini iaitu guru membimbing bacaan dan

perlakuan murid sehingga mereka mampu membaca dan melakukan praktikal solat

sendiri tanpa bimbingan guru. Arahan kendiri juga boleh digunakan di mana guru

Page 111: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

94

menyatakan secara verbal urutan rukun solat diikuti murid menyebutnya dengan kuat

sebelum melakukan perlakuan solat. Dalam melakukan amali solat, ia melibatkan banyak

pergerakan dan bacaan. Oleh itu analisis tugasan seperti membahagikan bacaan yang

panjang kepada beberapa bahagian dan diulang-ulang sehingga murid dapat menguasai

bacaan yang sepatutnya sesuai digunakan. Pembetulan pada setiap kesilapan bacaan perlu

dibetulkan terus oleh guru selain memberi pujian dan dorongan kepada bacaan yang

betul. Ini kerana dorongan sosial antara gaya pembelajaran yang sering dipaparkan oleh

murid bermasalah pembelajaran (Mohd Razimi Husin, 2012).

Guru juga perlu menunjukkan cara perlakuan solat dan diikuti oleh murid. Kaedah

demonstrasi merupakan kaedah yang banyak digunakan oleh Rasulullah S.A.W. ketika

mengajar cara beribadah seperti solat dan wuduk (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007).

Kaedah praktikal pula amat sesuai dalam memantapkan penguasaan murid terhadap amali

solat dan wuduk kerana mereka melakukan sendiri apa yang telah dilihat dan dipelajari.

Selain itu, guru juga perlu mempelbagaikan BBM dan ABM serta menggunakan

pelbagai kaedah dan pendekatan yang bersesuaian. Di sini memerlukan kebijaksanaan

guru menyesuaikan BBM dan ABM serta kaedah PdP yang bersesuaian dengan tahap dan

keperluan murid seperti penggunaan gambar dan video perlakuan solat, menggunakan

kaedah mnemonik untuk mengingat waktu solat seperti gambar bangun tidur waktu pagi

untuk solat subuh dan sebagainya. Hal ini kerana kebanyakan murid bermasalah

Page 112: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

95

pembelajaran mempunyai tumpuan yang singkat dan mudah bosan. Kaedah latih tubi atau

al-mulazamah digunakan untuk meningkatkan lagi penguasaan dan ingatan murid

terhadap amali solat.

2.11 Kajian pengajaran Pendidikan Islam bagi murid bermasalah pembelajaran

Terdapat kajian-kajian dalam bidang Pendidikan Islam Pendidikan Khas seperti kajian

oleh Hajarul Bahti, Mohd Huzairi, Bani Hidayat, Nor Hayati Fatmi Talib, dan Nabiroh

Kassim (2010) mengenai Isu dan Cabaran Guru dalam Pendidikan al-Quran Pelajar

Bermasalah Penglihatan. Selain itu, Persepsi Pelajar Bermasalah Pendengaran Terhadap

Pembelajaran Fardu ‘Ain oleh Mohd Huzairi, Hajarul Bahti, Bani Hidayat, Nor Hayati

Fatmi, dan Nabiroh Kassim (2010) dan kajian mengenai Persekitaran Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Masalah

Pendengaran) oleh Hamdi Ishak (2012). Selain itu, Hamdi Ishak (2010) turut menulis

sebuah buku yang berjudul Pekak dan Bisu Menurut Perspektif Islam. Begitu juga kajian

yang telah dibukukan bertajuk Dakwah Islam Terhadap Orang Kurang Upaya oleh Ab.

Aziz et al. (2009) ada menyentuh serba sedikit mengenai golongan bermasalah

pembelajaran dari segi hukum. Kajian tersebut menyatakan bahawa kewajipan ibadah

wajib bagi OKU fizikal, penglihatan dan pendengaran manakala OKU terencat akal,

sindrom down dan autisme diklasifikasikan sebagai terencat akal ringan, sederhana dan

Page 113: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

96

teruk. Tuntutan ibadah mereka pula mengikut dua kategori terencat akal di dalam

perbahasan ilmu usul fiqh iaitu golongan pertama gugur sepenuhnya iaitu terencat akal

teruk dan kedua memiliki sebahagian kelayakan melaksana iaitu terencat akal ringan dan

sederhana. Walau bagaimanapun, kajian mendalam yang dilakukan lebih kepada

golongan cacat anggota, bermasalah pendengaran dan penglihatan serta bertumpu kepada

aspek dakwah.

Selain itu, kajian oleh Azman Ab Rahman et al. (2015) bertajuk Fiqh Ibadah

Orang Kelainan Upaya (OKU). Kajian ini banyak memetik pendapat daripada kajian

sebelumnya oleh Ab. Aziz et al. (2009) dalam perbincangan mengenai OKU bermasalah

pembelajaran. Kajian ini juga lebih menumpukan perbincangan fiqh ibadah OKU

bermasalah pendengaran, penglihatan dan fizikal. Walau bagaimanapun, pengkaji turut

menyatakan kepada keperluan kajian secara terperinci terhadap kanak-kanak yang

mempunyai tahap IQ 40-70 dari sudut ketaklifan kerana kelainan keupayaan yang

dimiliki mereka seperti autisme, sindrom down, lembam dan murid berkeperluan khas

lain.

Kajian murid bermasalah pembelajaran seperti kajian Fauziah Hanim Jalal et al.

(2012) mengenai Pendidikan Solat dalam kalangan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Berdasarkan Pendekatan Keibubapaan Luqman Al-Hakim. Para ulama salaf berbeza

pendapat tentang Luqman al-Hakim sama ada seorang nabi atau seorang hamba yang

Page 114: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

97

soleh. Bagaimanapun, majoriti berpendapat beliau seorang hamba yang soleh yang

dikurnaikan kebijaksanaan oleh Allah (Tafsir Ibnu Katsir, 2010). Kajian melibatkan tiga

buah keluarga yang mempunyai kanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada mereka

yang mengalami, autisme, kerencatan akal dan lembam serta tiga orang guru pendidikan

khas yang mengajar pendidikan Islam. Hasil kajian mendapati, seorang daripada kanak-

kanak berkeperluan khas ini berjaya melaksanakan ibadah hasil daripada galakkan ibu

bapa. Majoriti ibu bapa dan guru-guru tidak pasti mengenai kepentingan pelaksanaan

solat bagi kanak-kanak keperluan khas dan mengalami kesukaran untuk mengajar kanak-

kanak ini. Majoriti ibu bapa dan guru-guru juga berpendapat kanak-kanak ini tidak dapat

bersolat dengan sempurna dari segi raakat (bilangan dalam solat) dan bacaan semasa

solat. Antara faktor permasalahan tersebut ialah ketidakupayaan kanak–kanak itu sendiri,

kekurangan sokongan dari segi kemudahan fizikal, bahan bacaan dan bimbingan.

Selain itu, kajian bertajuk Model Islam dan Barat dalam Mengenal Pasti Gaya

Pembelajaran Murid Sukar Belajar oleh Mohd Razimi Husin (2012). Murid sukar belajar

di sini merujuk kepada murid dalam kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang

sebahagian daripada mereka menerima program separa inklusif. Mereka mempunyai ciri-

ciri seperti boleh menguasai sebahagian 3M, mampu urus diri, bertingkah laku baik,

boleh dengar arahan dan tidak menganggu orang lain. Model Islam yang digunakan ialah

Model Gaya Pembelajaran Razimi yang dibentuk oleh pengkaji sendiri berdasarkan teori-

teori pembelajaran Islam berasaskan al-Quran dan hadis serta tokoh-tokoh Islam

Page 115: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

98

manakala Model Barat menggunakan Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn. Kajian

dilakukan dalam waktu PdP Pendidikan Islam tajuk solat. Hasil kajian mendapati terdapat

sembilan ciri gaya pembelajaran utama wujud pada murid-murid ini berdasarkan model

Islam iaitu aktiviti akal, membaca, membaca berulang-ulang, talaqqi musyafahah, aktiviti

melibatkan penggunaan bahan bantu mengajar, pergaulan, aktiviti berkumpulan dan

dorongan sosial iaitu galakan dan adil. Bagi gaya pembelajaran berdasarkan Model Dunn

dan Dunn terdapat enam unsur wujud pada murid-murid tersebut iaitu melalui stimulus

persekitaran unsur pola, stimulus fisiologi unsur persepsi, stimulus psikologi unsur

reflektif, stimulus emosi unsur bertanggungjawab dan stimulus sosiologi unsur

berpasangan dan rakan sebaya.

2.12 Kajian Program j-QAF

Terdapat beberapa kajian berkaitan program j-QAF aliran perdana antaranya oleh Amri

Daud (2005) yang mengkaji Keberkesanan Pelaksanaan Program j-QAF di Dua Buah

Sekolah Rintis di Terengganu. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan

program dan modul yang digunakan, masalah-masalah yang dihadapi serta cadangan-

cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Dapatan kajian beliau mendapati guru-guru

mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan program j-QAF. Selain itu, kaedah-

kaedah yang dijalankan di dalam model-model j-QAF dilaksanakan. Pelajar turut

Page 116: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

99

mendapat sokongan ibu bapa. Hasil kajiannya juga mendapati 92.7% pelajar menguasai

berwuduk sempurna, 91.5% pelajar kuasai bacaan dalam solat, 60% pelajar tasmik

khatam al-Quran dan 75.8% pelajar 6 bulan khatam al-Quran mendapat gred A. Walau

bagaimanapun, Model Peluasan Bahasa Arab Komunikasi dan Model Pemulihan Jawi

pada tahap yang tidak memuaskan.

Menurut Rafidah Mohamed Noor (2009) dalam kajian beliau mengenai Kaedah

Pelaksanaan Program j-QAF dan Penguasaannya Dalam Kalangan Pelajar SK Sri

Laksamana, Masjid Tanah, Melaka pula, pengetahuan dan penjelasan pelajar terhadap

kaedah pelaksanaan j-QAF berada pada tahap tinggi. Selain itu, penguasaan pelajar

dalam program j-QAF juga berada pada tahap tinggi. Tinjauan Terhadap Pelaksanaan

Kem Bestari Solat (KBS) oleh Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2009) pula

mendapati majoriti guru-guru j-QAF berpendapat murid minat atau suka mengikuti KBS.

Murid-murid juga menunjukkan kesungguhan ketika program serta banyak bertanya

mengenai perkara yang kurang jelas berkaitan solat. Di samping itu, KBS juga sebagai

cara menggalakkan murid-murid bersolat di sekolah. Secara umumnya juga, tiada

masalah besar dalam pelaksanaannya. Kekangan yang timbul hanya dari segi kewangan

dan bilangan fasilitator sementara kerjasama pihak sekolah sangat baik dan memuaskan.

Dapatan mengenai minat dan impak positif yang diperoleh daripada KBS selari dengan

kajian terbaru oleh Asmawati Suhid (2013). Walau bagaimanapun, beliau antara lain

Page 117: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

100

turut mencadangkan kepada kerjasama pihak ibu bapa dalam meningkatkan penguasaan

solat dan keberkesanan program KBS tersebut.

Hasil kajian Noor Azimah Surip dan Ab. Halim Tamuri (2012) mengenai

Penilaian Pelaksanaan KBS j-QAF di Sekolah Rendah daerah Selangor mendapati

majoriti guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF mempunyai penilaian yang positif

terhadap program KBS. Ini kerana program ini dapat meningkatkan penguasaan amali

solat dan wuduk murid. Selain itu, pelaksanaannya juga berjalan lancar. Dari segi

persediaan guru juga pada tahap yang baik. Walau bagaimanapun, mereka kurang

mengkaji latar belakang murid sebelum KBS dijalankan. Masalah yang dapat dikenal

pasti dalam pelaksanaan KBS antaranya bilangan murid yang kurang sesuai dalam

kumpulan latihan dalam kumpulan , peralatan dan kemudahan yang kurang mencukupi,

kurangnya bilangan guru sebagai fasilitator (melibatkan guru akademik) serta peruntukan

kewangan yang kurang mencukupi. Dapatan ini selari dengan hasil kajian sebelumnya

oleh Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2009). Selain itu, masalah utama

yang dikesan adalah kurangnya penglibatan ibu bapa, jawatankuasa masjid dan

masyarakat setempat dalam pelaksanaan KBS.

Kajian oleh Siti Fatimah dan Ab. Halim (2010) berkaitan Persepsi Guru Terhadap

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia (TMm) dalam

Pengajaran j-QAF mendapati guru j-QAF mempunyai persepsi yang tinggi terhadap

Page 118: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

101

penggunaan BBM berasaskan TMm dalam PdP seperti minat menggunakan komputer

dalam pengajaran, dapat meningkatkan interaksi dengan murid, murid juga minat

mengikuti PdP berbantukan TMm serta guru j-QAF peka dengan isu-isu semasa dalam

sistem pendidikan melibatkan TMm. Kajian ini yang dilakukan di sekolah bandar dan

luar bandar di Sarawak mendapati, faktor jantina, lokasi sekolah dan bidang

pengkhususan guru tidak memberi kesan yang signifikan kepada persepsi guru terhadap

penggunaan BBM berasaskan TMm.

Akmariah Mamat dan Sofiah Ismail (2010) menyatakan bahawa meskipun

program j-QAF telah dijalankan namun, penguasaan jawi di kelas pemulihan jawi perlu

diberi perhatian. Kelemahan murid mengenal huruf hijaiyah dan lemah dalam bacaan

jawi menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan murid membaca al-Quran. Mereka

mencadangkan kaedah belajar sambil bermain sebagai satu kaedah yang sesuai diguna

pakai di kelas pemulihan Jawi.

Kajian berskala besar oleh Misnan Jemali et al. (2013) bertajuk Perlaksanaan dan

Pencapaian Program j-QAF: Kajian Seluruh Malaysia mendapati salah satu tumpuan

kajian berkaitan amali solat menunjukkan amali solat dalam j-QAF di sekolah rendah

berjaya dalam memberi ilmu dan kemahiran secara teori dan praktikal di mana

pencapaian murid lulus dalam ujian amali solat secara keseluruhan ialah 95.8% manakala

hanya 4.2% gagal.

Page 119: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

102

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan, program j-QAF di aliran perdana

memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Satu kajian deskriptif oleh Abdullah

Yusoff et al. (2013) berkaitan j-QAF di pendidikan khas memfokuskan kepada

pengetahuan tentang pendidikan khas dalam kalangan guru pelatih program j-QAF minor

pendidikan khas sebelum dan selepas mengikuti latihan perguruan. Dapatan kajian

menunjukkan perubahan pengetahuan guru j-QAF sebelum dan selepas mengikuti latihan

perguruan. Namun begitu, tiada kajian khusus mengenai program ini terhadap murid di

pendidikan khas. Selain itu, kajian berbentuk penulisan ilmiah seumpama ini berkaitan

Pendidikan Islam di pendidikan khas masih perlu diperbanyakkan. Oleh hal yang

demikian, pengkaji merasakan perlunya kajian terhadap j-QAF Pendidikan Khas

dilakukan menggunakan Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF Pendidikan Khas dalam

Daerah Perak Tengah di Negeri Perak dari segi kategori murid bermasalah pembelajaran

yang terlibat dan kesesuaian modul solat yang digunakan dari aspek keringanan dan

kemudahan murid untuk menguasainya berdasarkan syarak.

2.13 Rumusan

Murid bermasalah pembelajaran merupakan salah satu kategori murid pendidikan khas.

Masalah pembelajaran merupakan masalah yang timbul berkaitan dengan masalah

neurobiologikal yang melibatkan proses kognitif dan seterusnya memberi kesan kepada

Page 120: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

103

pembelajaran. Secara umumnya, kanak-kanak yang mengalami masalah ini menunjukkan

tahap pencapaian yang tidak bersesuaian dengan kemampuan intelek pada tahap umur

yang sepatutnya. Masalah yang dihadapi melibatkan pelbagai kesukaran dalam

kemahiran dan penggunaan pendengaran, percakapan, pembacaan, penulisan, memberi

alasan atau kebolehan matematik. Walau bagaimanapun, masalah yang dihadapi bukan

disebabkan masalah penglihatan, pendengaran atau faktor persekitaran seperti

kemiskinan. Selain itu, ia turut melibatkan masalah tingkah laku kendiri, persepsi dan

interaksi sosial. Di Malaysia, murid bermasalah pembelajaran merupakan mereka yang

telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami

kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh

dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut iaitu

kebolehan kognitif, tingkah laku sosial/perkembangan sosial, penguasaan bahasa

(lisan/pertuturan), keupayaan membaca, kemahiran perkembangan (Development Skills)

dan kemahiran matematik. Kajian ini menumpukan kepada murid-murid bermasalah

pembelajaran di bawah kelolaan KPM iaitu terdiri daripada sindrom down, autisme

ringan, ADHD, terencat akal minimum dan bermasalah pembelajaran spesifik seperti

disleksia.

Dari segi tuntutan syariat, mereka juga merupakan insan biasa. Bagi yang muslim

mereka turut memiliki hak-hak serta kewajipan yang diperuntukkan dalam syariat.

Pengetahuan tentang syarat-syarat mukalaf iaitu baligh berakal dan memiliki kelayakan

Page 121: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

104

serta halangan-halangan dalam mendapat kelayakan amat penting kerana ia memberi

kesan kepada hak dan kewajipan syariat tersebut. Setelah dianalisis, tuntutan ibadah

terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran terbahagi kepada tiga kategori iaitu

pertama mendapat ahliyyatul wujub kamilah atau kelayakan menerima sempurna dan

ahliyyatul ada’ naqisah atau sebahagian kelayakan melaksana. Kategori kedua pula

memiliki kedua-dua kelayakan secara sempurna manakala kategori ketiga hanya

memiliki ahliyyatul wujub kamilah atau kelayakan menerima sempurna tetapi gugur

tuntutan ke atasnya.

Kategori pertama terdiri daripada mereka yang bermasalah terencat akal

minimum termasuk sindrom down dan autisme sederhana yang mengguna pakai halangan

‘atah jenis kedua. Oleh itu, mereka layak menerima semua hak yang diperuntukkan

kepadanya dan dipertanggungjawabkan dengan segala tanggungjawab syarak yang

diwajibkan ke atasnya seperti menerima sedekah, zakat dan perlu membayar ganti rugi

oleh wali bagi pihaknya apabila melakukan kerosakan harta. Walau bagaimanapun, dari

segi melaksanakan kewajipan tersebut tidak diwajibkan seperti solat dan puasa kerana

akalnya kurang. Namun begitu, sah ibadahnya sekira dilakukan mencukupi syarat dan

dilakukan atas dasar didikan; bukan kewajipan.

Kategori kedua pula merangkumi murid-murid bermasalah autisme berfungsi

tinggi dan sindrom asperger, ADHD dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia,

Page 122: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

105

diskalkulia dan disgrafia. Mereka dikira sebagai mukalaf dan menerima kedua-dua

kelayakan secara sempurna. Namun begitu, guru perlu mengambil kira tahap kemampuan

mereka dalam menyampaikan pengajaran yang bersesuaian serta mudah difahami oleh

murid-murid tersebut. Begitu juga dalam melaksanakan ibadah solat, pengajaran

mengenainya sama ada bagi kategori pertama mahu pun kedua adalah dengan mengambil

pendapat yang paling mudah dari segi bacaan manakala perbuatan dengan menumpukan

kepada rukun solat. Bagi kategori ketiga terdiri daripada murid terencat akal dan autisme

teruk di mana mereka layak menerima segala hak dalam syarak kerana syarat ahliyyatul

wujub kamilah adalah hidup tetapi tidak wajib menunaikan tuntutan syarak kerana hilang

syarat utama mukalaf iaitu berakal.

Kepentingan Pendidikan Islam dalam membentuk peribadi muslim yang beriman

dan beramal soleh berdasarkan al-Quran dan sunnah di Pendidikan Khas semakin

diberikan perhatian melalui pelaksanaan program j-QAF di Pendidikan Khas. Dua modul

utama digunakan iaitu Modul PdP Amali Solat bagi fardu ain dan Modul PdP Kaedah

Iqra’ untuk Tilawah al-Quran. Di bawah Modul PdP Amali Solat terdapatnya Model

Kelas PdP Amali Solat (teori dan amali) manakala di bawah Modul PdP Kaedah Iqra’

pula, terdapatnya Model Kelas PdP Kaedah Iqra’ serta Model Tasmik. Modul-modul ini

telah diubahsuai mengikut tahap penguasaan dan keupayaan murid berkeperluan khas

(Bahagian Pendidikan Khas, 2008a). Bagaimanapun, kajian ini hanya menumpukan

kepada Model PdP Amali Solat bersesuaian dengan persoalan dan objektif kajian.

Page 123: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

106

Kewujudan program ini amat bersesuaian dengan keperluan murid keperluan khas

terutama bermasalah pembelajaran di mana tuntutan ibadah tetap wajib bagi mereka

sebagaimana dibincangkan sebelum ini. Namun begitu, program ini masih tidak terdapat

di semua sekolah pendidikan khas, oleh itu guru masih perlu memainkan peranan agar

kewajipan murid-murid terhadap pelaksanaan syariat tidak dipandang mudah walaupun

mereka disifatkan sebagai golongan orang kelainan upaya atau OKU. Terdapat bacaan

dan keringanan atau rukhsah dalam menunaikan solat sebagaimana yang dilakukan dan

dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadis-hadis baginda yang sahih; yang sesuai

untuk diaplikasikan kepada mereka berdasarkan tahap kemampuan murid. Pengajaran

yang lebih fleksibel tanpa terikat dengan amalan dalam solat yang biasa diamalkan dapat

dimanfaatkan kepada murid-murid khas.

Page 124: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Penyelidikan biasanya dikategorikan sebagai penyelidikan kualitatif atau kuantitatif.

Kajian kuantitatif bukan sekadar merujuk kepada penggunaan data bersifat angka tetapi

keseluruhan kajian dijalankan atau pendekatan digunakan yang melibatkan pengumpulan

atau kelompok kaedah serta data dalam bentuk angka (Punch, 2014). Kajian kuantitatif

merupakan suatu pendekatan untuk menguji teori-teori objektif dengan menguji

hubungan antara pembolehubah. Pembolehubah-pembolehubah tersebut boleh diukur,

biasanya menggunakan instrumen di mana nombor-nombor pada data boleh dianalisis

menggunakan prosedur statistik. Laporan penulisan akhir mempunyai satu set struktur

Page 125: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

108

yang mengandungi pengenalan, literatur dan teori, metodologi, dapatan dan perbincangan

(Creswell, 2014). Teddlie dan Tashakkori (2009), menggambarkan pengkaji kuantitatif

dalam dua keadaan iaitu sebagai Profesor Eksperimen di mana beliau menggunakan

model hipotetiko-deduktif dan menjana hipotesis dan kedua sebagai Profesor Numerik.

Beliau menggunakan prosedur statistik yang kompleks untuk meramalkan tingkah laku

peserta kajian berdasarkan beberapa faktor penting yang berpotensi.

Begitu juga dengan kajian kualitatif di mana ia bukan sekadar penggunaan data

bukan bersifat angka malah lebih daripada itu. Ia melibatkan keseluruhan kajian

dijalankan atau pendekatan digunakan yang melibatkan pengumpulan atau kelompok

kaedah serta data dalam bentuk bukan angka atau secara kualitatif (Punch, 2014). Proses

kajian kualitatif melibatkan persoalan-persoalan dan prosedur-prosedur yang muncul,

data yang biasanya dikumpulkan dalam suasana subjek kajian, analisis data secara

induktif yang dibina daripada tema yang khusus kepada umum dan pengkaji membuat

interprestasi terhadap data yang diperoleh. Laporan penulisan akhirnya pula mempunyai

struktur yang fleksibel (Creswell, 2014). Antara ciri lain kajian kualitatif ialah lebih

bertujuan menjawab soalan seperti apa, mengapa dan bagaimana berbanding

berkemampuan melahirkan deskripsi secara terperinci dalam bentuk perangkaan yang

digunakan dalam statistik (Idris, 2001). Prototaip pengkaji kualitatif digambarkan sebagai

Profesor Holistik yang sedang membina teori untuk menjelaskan tingkah laku individu-

individu yang dikenali secara mendalam. Masa yang lama diambil dalam pengumpulan

Page 126: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

109

data dan membentuk hubungan kepercayaan dengan setiap responden serta perlu berhati-

hati untuk mengekalkan keyakinan mereka. Pengumpulan data dilakukan secara naratif

dan mengenal pasti tema yang muncul. Bagi memastikan kebolehpercayaan dapatannya,

beliau membentangkannya kepada ahli kumpulan tersebut di mana proses ini dikenali

sebagai pemeriksaan rakan sebaya (Teddlie & Tashakkori, 2009).

Terdapat juga penyelidikan menggunakan kaedah campuran (mixed methods

research) iaitu menggabungkan kedua-dua pendekatan tersebut. Kajian kaedah campuran

didefinisikan sebagai suatu kajian di mana pengkaji mengumpul dan menganalisis data,

mengintegrasi dapatan dan membuat kesimpulan menggunakan kedua-dua pendekatan

kualitatif dan kuantitatif (Punch, 2014) dan menggunakan reka bentuk berbeza yang

melibatkan andaian falsafah serta kerangka teori (Creswell, 2014). Andaian teras kajian

ini ialah gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif menyediakan pemahaman yang

lebih lengkap tentang masalah yang dikaji berbanding hanya menggunakan satu

pendekatan sahaja (Creswell, 2014). Prototaip pengkaji kaedah campuran pula

digambarkan sebagai Profesor Elektika di mana kajian beliau berkaitan pencegahan

diabetes kanak-kanak melibatkan hipotesis berkaitan kehilangan berat badan dan

persoalan berkaitan kenapa sebahagian intervensi berkesan. Kajiannya melibatkan

intervensi pelbagai jenis makanan di kafeteria dan jenis regimen pendidikan jasmani yang

berbeza. Beliau memperuntukkan masa berada di padang menemubual dan memerhati

Page 127: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

110

pelajar-pelajar untuk mengenalpasti kenapa sebahagian intervensi berkesan dan

sebahagiannya tidak. Analisisnya terdiri daripada campuran prosedur kualitatif dan

kuantitatif. Beliau menjelaskan kajiannya sebagai pengesahan iaitu hipotesis kajian

tentang berat dan penerokaan iaitu persoalan kajian tentang kenapa intervensi berlainan

berjaya atau gagal (Teddlie & Tashakkori, 2009).

Pengkaji telah menentukan jenis penyelidikan yang akan digunakan serta proses

pengumpulan dan penganalisisan data kajian. Bab ini akan menjelaskan reka bentuk

kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian ini. Turut dibincangkan mengenai

lokasi, responden, instrumen, prosedur pengumpulan dan analisis data kajian.

3.2 Reka bentuk kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bagi memenuhi setiap persoalan kajian.

Persoalan pertama kajian yang bertujuan untuk mengkaji tuntutan solat dari segi

kewajipan solat, hukum Solat Jumaat dan qada solat mengikut kategori murid bermasalah

pembelajaran berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan halangan-halangan syarak

menurut pandangan pakar, melibatkan pengumpulan data secara mendalam melalui

tinjauan literatur terhadap isu-isu berkaitan seperti syarat-syarat kelayakan dan halangan-

Page 128: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

111

halangan syarak dan pandangan pakar mengenainya serta tidak memerlukan kepada

jawapan berbentuk angka dan statistik. Ini bersesuaian dengan pendekatan kualitatif yang

melibatkan pengumpulan atau kelompok kaedah serta data dalam bentuk bukan angka

atau secara kualitatif (Punch, 2014). Selain itu, hukum berkaitan mukalaf yang digariskan

di dalam syarak tidak membahaskan secara khusus berkaitan kategori-kategori murid

khas bermasalah pembelajaran dan kesannya terhadap tuntutan solat. Ini bersesuaian

dengan ciri utama kajian kualitatif yang melibatkan proses induktif iaitu pengkaji

mengumpulkan data untuk membina konsep-konsep, hipotesis atau teori-teori kerana

terdapatnya kekurangan teori atau teori sedia ada gagal menjelaskan sesuatu fenomena

dengan tepat (Merriam, 2009) berbanding secara deduktifnya menguji hipotesis dalam

kajian kuantitatif (Klenke, 2008). Persoalan kedua kajian yang bertujuan mengenalpasti

aspek rukhsah dalam niat, perlakuan dan bacaan solat yang paling mudah yang

dibenarkan mengikut hukum Islam menurut pandangan pakar turut melibatkan

pengumpulan data secara kualitatif melalui tinjauan literatur terhadap kitab-kitab fiqh dan

hadis serta pandangan pakar terhadap isu-isu yang diketengahkan.

Persoalan kajian berikutnya berkait dengan persoalan pertama dan kedua kajian

dengan menjadikan sebuah sekolah dalam Daerah Perak Tengah yang melaksanakan

Model Kelas PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas untuk dikaji dari aspek kategori

murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam program tersebut berdasarkan tahap

kelayakan melaksana (ahliyyatul ada’). Kajian juga bertujuan menjawab persoalan

Page 129: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

112

berkaitan aspek rukhsah (keringanan) dalam niat, perlakuan dan bacaan solat yang

digunakan dalam Modul PdP Amali Solat Program j-QAF di Pendidikan Khas bagi

memudahkan penguasaan solat murid di sekolah tersebut. Pengumpulan data bagi setiap

persoalan tersebut menggunakan kaedah temu bual dan perbandingan terhadap analisis

dokumen yang dilakukan terhadap tiga dokumen utama yang digunakan dalam

pelaksanaan program serta senarai semak pencapaian murid. Fokus kajian ini bersesuaian

dengan objektif sesuatu kajian kualitatif iaitu antaranya untuk memahami dan membuat

deskripsi (Merriam, 2009) terhadap fenomena dalam seting yang dikaji (Idris, 2001) iaitu

dalam keadaan semula jadi mereka (Punch, 2009) kerana ciri utama kajian kualitatif

adalah sifat naturalistiknya (Klenke, 2008).

Kesemua persoalan kajian juga tidak bertujuan untuk menguji sebarang hipotesis

kerana tujuan kajian kuantitatif untuk menguji hipotesis atau membuat sesuatu jangkaan

manakala kajian kualitatif lebih kepada mendapatkan penjelasan, pemahaman dan

membina makna terhadap setiap persoalan yang dikaji (Klenke, 2008). Kajian ini juga

hanya melibatkan jumlah responden yang sedikit iaitu seramai lima orang; tiga orang

pakar dalam bidang agama bagi pengumpulan data persoalan kajian pertama dan kedua

manakala dua orang guru terdiri daripada guru Pendidikan Islam dan j-QAF di sekolah

kajian bagi pengumpulan data persoalan kajian ketiga, keempat dan kelima. Ini

bersesuaian dengan ciri kajian kualitatif yang biasanya melibatkan bilangan sampel yang

sedikit (Chua, 2006; Merriam, 2009) dan bergantung kepada tujuan dan persoalan kajian

Page 130: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

113

(Punch, 2009) kerana dalam kajian kualitatif bilangan saiz responden tidak menjadi

masalah (Klenke, 2008).

Pengumpulan data kajian menggunakan protokol temu bual semi struktur

terhadap lima orang responden dan analisis dokumen. Temu bual dan analisis dokumen

antara cara pengumpulan data digunakan dalam kajian kualitatif. Dokumen terdiri rekod

yang bertulis dan tidak bertulis yang dapat membantu dalam memberikan kefahaman

terhadap keseluruhan kajian (Majid, 2000). Analisis dokumen dalam kajian ini

melibatkan kitab-kitab usul, fiqh dan hadis serta dokumen berkaitan Program j-QAF di

Pendidikan Khas dan senarai semak pencapaian murid. Kaedah temu bual digunakan

dalam kajian ini untuk menjawab persoalan kajian secara mendalam. Ini kerana, temu

bual digunakan bagi meneroka persoalan kajian secara mendalam dan berdasarkan

pengalaman individu yang terbabit (Seidman, 2013). Selain itu, temu bual merupakan

salah satu ciri utama pengumpulan data kajian kualitatif (Klenke, 2008; Merriam, 2009).

Ia juga merupakan cara utama seseorang pengkaji dapat mengkaji organisasi, institusi

atau proses pendidikan, adalah melalui pengalaman setiap individu, mereka yang

membentuk organisasi atau yang menjalankan proses (Seidman, 2013).

Terdapat tiga jenis bentuk temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi

struktur dan temu bual tidak berstruktur (Chua, 2006; Gill, Stewart, Treasure, &

Chadwick, 2008). Walau pun temu bual dibahagikan kepada berstruktur, semi struktur

Page 131: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

114

dan tidak berstruktur, secara umumnya dalam kajian kualitatif, kebanyakan temu bual

mempunyai sedikit fleksibiliti dan pengkaji menjalankan sama ada temu bual semi

struktur atau tidak berstruktur (Lodico, Spaulding, & Voegtle, 2010). Kajian ini

menggunakan temu bual semi struktur secara individu yang dijalankan terhadap setiap

pakar dan guru-guru terlibat oleh pengkaji. Temu bual semi struktur tersebut dirancang

dengan teliti sebelum dijalankan. Pengkaji perlu membina protokol temu bual yang

mengandungi senarai soalan dan topik yang akan dibincangkan dengan responden

(Lodico et al., 2010). Selain itu, sebagai pengkaji baru temu bual semi struktur sesuai

digunakan kerana temu bual tidak berstruktur memerlukan tahap kemahiran yang tinggi

sebagai penemubual. Temu bual tidak berstruktur juga biasanya sangat memakan masa

dan boleh menjadi sukar untuk diurus serta kesukaran pengkaji atau responden

mengambil bahagian dalam temu bual dijalankan kerana kurangnya soalan temu bual

yang telah ditentukan dan memberikan sedikit panduan tentang apa yang harus dijawab di

mana peserta mendapati ia mengelirukan dan tidak membantu (Gill et al., 2008).

Analisis data temu bual dinyatakan secara deskriptif berdasarkan kod dan tema-

tema yang ditetapkan dalam transkrip temu bual. Hal ini bertepatan dengan ciri kajian

kualitatif itu sendiri yang kaya dengan deskriptif di mana kata-kata dan gambaran

digunakan untuk menyampaikan apa yang telah dipelajari oleh pengkaji terhadap sesuatu

fenomena berbanding angka secara statistik (Merriam, 2009). Selain itu, setiap dapatan

temu bual dibandingkan dengan analisis dokumen sebelum dirumuskan secara deskriptif

Page 132: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

115

bagi menjawab setiap persoalan kajian. Ini kerana kajian kualitatif turut melibatkan

analisis data secara induktif yang dibina daripada tema yang khusus kepada umum dan

pengkaji membuat interprestasi terhadap data yang diperoleh (Creswell, 2014). Laporan

penulisan akhirnya pula mempunyai struktur yang fleksibel.

3.3 Lokasi kajian

Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah Program Pendidikan Khas Intergrasi

Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) yang menjalankan program j-QAF Pendidikan Khas

di Daerah Perak Tengah Negeri Perak.

3.4 Responden kajian

Responden kajian dipilih menggunakan persampelan bukan rawak iaitu secara

persampelan bertujuan. Ini kerana dalam kajian kualitatif, antara ciri utamanya untuk

mendapatkan maklumat mendalam tentang fenomena dikaji daripada responden kajian

(Klenke, 2008) dan sampel biasanya bukan secara rawak, bertujuan dan kecil (Merriam,

2009). Responden kajian terdiri daripada dua kategori. Kategori pertama terdiri daripada

tiga orang pakar bidang agama dengan kepelbagaian kepakaran dan pengalaman untuk

Page 133: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

116

saling melengkapi dan memberikan maklumat yang mendalam kepada persoalan kajian

pertama dan kedua. Responden pertama seorang pensyarah senior dalam bidang hadis di

IPT tempatan. Rasional pemilihan beliau kerana kebanyakan hukum dalam al-Quran

yang didatangkan secara umum dapat dijelaskan melalui penerangan hadis terutama

berkaitan tuntutan dan tatacara solat. Responden kedua merupakan seorang mufti.

Rasional pemilihan beliau untuk mendapatkan sudut pandang yang luas dalam bidang

fiqh dan hadis. Responden ketiga adalah seorang pensyarah Pendidikan Islam di sebuah

maktab perguruan. Rasional pemilihan beliau kerana penglibatan beliau secara langsung

sebagai tenaga pengajar dan pembimbing guru-guru j-QAF Pendidikan Khas. Oleh itu, ia

bersesuaian dengan fokus kajian dengan harapan beliau dapat memberikan maklum balas

dari sudut pandangan syarak dan pengetahuan mengenai murid khas.

Pengkaji telah mendapatkan terlebih dahulu maklumat pengetahuan setiap pakar

mengenai murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Hasilnya adalah dua orang

responden mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang murid pendidikan khas

bermasalah pembelajaran iaitu sorang responden mempunyai ahli keluarga sindrom down

manakala seorang lagi mengajar guru-guru j-QAF dan terlibat dalam menilai guru j-QAF

praktikal di sekolah pendidikan khas. Selain itu, beliau turut terlibat dengan pembinaan

kurikulum Program j-QAF Pendidikan Khas dan merupakan panel penilai buku teks

untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). Seorang lagi

Page 134: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

117

responden tidak mengetahui dan tiada pengalaman mengenai murid pendidikan khas

bermasalah pembelajaran.

Responden bagi kategori kedua pula terdiri daripada guru-guru sebuah sekolah

Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) yang

menjalankan Program j-QAF Pendidikan Khas di Daerah Perak Tengah. Pemilihan

sekolah ini kerana sekolah ini sahaja yang memenuhi keperluan kajian iaitu mempunyai

guru j-QAF dan guru Pendidikan Islam serta merupakan sekolah terawal melaksanakan

Program j-QAF di Daerah Perak Tengah. Kajian ini hanya melibatkan dua orang

responden yang terlibat dengan Program j-QAF bagi memenuhi keperluan persoalan

kajian ketiga, keempat dan kelima. Mereka adalah guru Pendidikan Islam (GPI) dan guru

j-QAF Pendidikan Khas yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program ini.

Setiap responden diberikan kod khas sebagai identiti. Jadual 3.1 menyatakan

profil tiap-tiap responden.

Page 135: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

118

Jadual 3.1

Profil Responden Kajian

Pengalaman murid

pendidikan khas

Jantina Umur Jawatan Kepakaran Maklumat Mengajar Kod

Lelaki 65 Profesor Hadis Ada Tiada R1

Madya

Lelaki 75 Mufti Syariah Tiada Tiada R2

Lelaki 48 Pensyarah Pendidikan Islam Ada Tiada R3

Perempuan 29 Guru j-QAF Syariah Ada Ada RG1

Perempuan 32 Guru Undang-undang Ada Ada RG2

Pendidikan

Islam

3.5 Instrumen kajian

Instrumen kajian menggunakan dua set protokol temu bual. Satu instrumen dibina untuk

menemu bual responden yang pakar dalam bidang agama. Satu lagi dihasilkan bagi

tujuan menemu bual responden guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF. Setiap instrumen

mengandungi item-item demografi responden.

Page 136: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

119

i. Instrumen Temu bual Pakar Agama

Item instrumen ini dibina untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian pertama

dan kedua. Item instrumen dibina berasaskan fakta-fakta dan teori-teori dalam usul fiqh

berkaitan tuntutan ibadah, perbahasan-perbahasan fiqh, kitab-kitab hadis berkaitan

tatacara dan tuntutan solat dan maklumat berkaitan murid pendidikan khas. Pengetahuan

seorang pakar agama adalah terhad dalam bidang pendidikan khas. Justeru bagi

mengelakkan kekeliruan, item instrumen difokuskan kepada murid-murid pendidikan

khas berdasarkan tahap andaian keupayaan akal mereka. Bagi pakar yang mempunyai

pengetahuan tentang murid pendidikan khas, item–item akan menjurus kepada kategori

murid-murid pendidikan khas. Item-item instrumen dipecahkan kepada tiga bahagian:

a. Pengetahuan pakar mengenai murid-murid pendidikan khas bermasalah

pembelajaran.

b. Tuntutan Solat bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran

berasaskan keupayaan akal mereka. Item-item juga merangkumi halangan-

halangan syarak dan kewajipan solat bagi murid-murid tersebut termasuk

solat Jumaat dan qada solat.

c. Tatacara solat yang sesuai bagi murid-murid tersebut, yang merangkumi

rukhsah dalam solat, mengenai isu niat dan lafaz niat serta berkaitan

bacaan-bacaan mudah dalam solat mengikut susunan rukun solat.

Instrumen temu bual dengan pakar agama adalah seperti Lampiran D2.

Page 137: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

120

ii. Instrumen Temu bual Guru Pendidikan Khas

Item instrumen ini dibina untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian tiga,

empat dan lima. Item-item dibina berdasarkan tiga dokumen utama yang diedarkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia ke sekolah-sekolah sebagai panduan pengajaran amali

solat kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Dokumen tersebut

adalah Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan j-QAF di Pendidikan Khas,

Buku Panduan Pelaksanaan Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas, dan Modul PdP

Amali Solat Program j-QAF di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Item-item

instrumen berkaitan murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam Model Kelas

PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas berdasarkan tahap kelayakan melaksana

(ahliyyatul ada’) dan aspek rukhsah (keringanan) dalam niat, perlakuan dan bacaan solat

yang digunakan dalam Modul PdP Amali Solat Program j-QAF di Pendidikan Khas bagi

memudahkan penguasaan solat murid. Instrumen temu bual guru pendidikan khas adalah

seperti Lampiran E2.

3.6 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen

Beberapa tindakan diambil sebagai cara untuk memastikan kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen kajian iaitu pertama dengan melakukan kajian rintis (Lodico

Page 138: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

121

et al., 2010). Ini kerana antara tujuan kajian rintis untuk mengesahkan instrumen dan

prosedur penyelidikan dalam kajian yang amat terancang (Teddlie & Tashakkori, 2009)

iaitu untuk meningkatkan kesahan dalaman instrumen kajian (Chua, 2006). Kesahan

dalaman merupakan kekuatan kajian kualitatif kerana manusia itu sendiri merupakan

sumber utama dalam instrumen pengumpulan dan analisis data di mana realiti diperolehi

secara langsung daripada responden (Merriam, 2009). Hasilnya terdapat item-item

instrumen dibuang, diubah suai atau ditambah (Teddlie & Tashakkori, 2009) sebelum

pengumpulan data sebenar dijalankan (Lodico et al., 2010).

Kajian rintis bagi responden pakar dijalankan terhadap seorang pensyarah kanan

bidang agama di sebuah universiti tempatan bagi mengesahkan instrumen kajian (lihat

Lampiran D1 soalan kajian rintis dan Lampiran D2 soalan temu bual). Dapatan daripada

kajian rintis menunjukkan pakar bidang agama kurang pasti dan tidak tahu mengenai

kategori khusus murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Tetapi bagi pakar yang

mempunyai pengetahuan tentang murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran, item

ditanya mengikut kategori murid khas secara spesifik. Pakar bersetuju dengan item temu

bual tersebut, skor yang diberi 6/10. Selain itu, tambahan item A2 di bahagian

pengetahuan mengenai murid pendidikan khas. Soalan item 2 pula dipecahkan kepada

beberapa soalan berasingan agar jelas dan tidak bercampur beberapa soalan dalam satu

item. Item-item yang telah dibina seterusnya diberikan kepada dua orang pakar dalam

bidang sains sosial. Dapatan daripada keduanya dimurnikan bagi membentuk item-item

Page 139: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

122

yang jelas, mudah difahami dan menepati persoalan kajian berdasarkan pemboleh ubah

yang terdapat di dalamnya. Hasilnya, setiap item diberikan nombor bilangan mengikut

Bahagian A, B dan C. Item Bahagian B disusun semula mengikut tiga bahagian iaitu

tuntutan solat (B1, B2, B3, dan B5), halangan syarak (B6, B7) dan isu-isu berkaitan solat

(B4-didikan solat, B8 hingga B11– solat Jumaat dan B12, B13 – qada solat). Item

Bahagian C bagi bacaan surah al-Fatihah dijadikan satu item berasingan (C3) manakala

soalan doa qunut tidak dimasukkan kerana fokus kepada rukun solat (item 16 dibuang).

Kajian rintis dijalankan semula kepada pakar yang berlainan pula. Hasil kajian ini

kesemua pakar bersetuju dengan item yang dibina ini dengan skor 9/10 setiap bahagian.

Kajian rintis bagi responden guru dijalankan terhadap guru Pendidikan Islam

untuk menyemak dari segi kandungan dan isi soalan yang menepati persoalan kajian tiga,

empat dan lima. Dapatan daripada kajian rintis menunjukkan guru kurang pasti mengenai

halangan-halangan syarak secara khusus. Oleh itu, item B2 dibuang dan ditukar kepada

kategori murid khas yang wajib solat. Item-item bahagian C mengenai rukhsah disusun

dan dimurnikan semula dengan penambahan pengetahuan guru mengenai bacaan ringkas

selain modul yang dibekalkan pada C4. Beliau bersetuju dengan item temu bual tersebut,

skor yang diberi 8/10. Kajian rintis dijalankan semula kepada pakar yang berlainan iaitu

seorang guru j-QAF bagi menilai kesesuaian kandungan soalan dan seorang guru Bahasa

Malaysia bagi memastikan penggunaan ayat yang tepat, jelas dan mudah difahami (lihat

Page 140: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

123

Lampiran E1 soalan kajian rintis dan Lampiran E2 soalan temu bual). Hasil kajian ini

kesemua pakar bersetuju dengan item yang dibina ini dengan skor 8/10 setiap bahagian.

Selain itu, kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif dibuat dengan melakukan

triangulasi. Triangulasi sebagai satu strategi untuk meningkatkan tahap kesahan dan

kebolehpercayaan sesuatu kajian atau dapatan kajian (Nahid, 2003). Antara kaedah

triangulasi ialah triangulasi data iaitu melibatkan pelbagai sumber data (Guion, Diehl, &

McDonald, 2013). Dalam kajian ini, triangulasi pelbagai sumber data digunakan iaitu

dapatan daripada tiga responden pakar dan dua orang guru yang dikumpul dan dianalisis

serta dibuat perbandingan. Selain itu, transkrip temu bual turut diberikan kepada

responden untuk pengesahan. Walau bagaimanapun ia hanya dapat dilakukan kepada

responden guru manakala responden pakar mengalami kesukaran kerana kekangan

waktu. Dapatan daripada setiap temu bual pula dilakukan perbandingan dengan analisis

dokumen yang telah dilakukan. Rumusan dibuat setelah perbandingan terhadap dapatan

setiap responden dan analisis dokumen yang dilakukan. Bagi mengelakkan kekeliruan

dan maklumat tertinggal, rakaman terhadap perbualan dan catatan bertulis turut

dilakukan.

Page 141: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

124

3.7 Prosedur kajian

Prosedur kajian meliputi pengumpulan data kajian lapangan dari aspek teknikal dan

responden pakar serta guru dan penganalisaan terhadap data yang telah dikumpulkan.

3.7.1 Kajian lapangan

Beberapa perkara telah dilakukan daripada aspek teknikal sebelum kajian lapangan

dijalankan, iaitu mengemukakan satu permohonan untuk menjalankan kajian kepada

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui

Fakulti Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), mendapatkan surat

pengesahan pelajar dari Institut Pengajian Siswazah, UPSI serta meminta kebenaran dari

Jabatan Pelajaran Negeri Perak untuk menjalankan penyelidikan ke atas sekolah yang

terpilih. Kesemuanya terdapat pada Lampiran A, B dan C.

Langkah pertama selepas mendapat kebenaran untuk menjalankan kajian adalah

membuat temu janji dengan responden-responden kajian. Keizinan dipohon daripada

responden untuk merakamkan temu bual yang dijalankan bagi mengelakkan maklumat

penting tertinggal dan memudahkan pengkaji menilai kembali maklumat yang telah

diperoleh. Responden juga dimaklumkan bahawa identiti mereka akan rahsiakan semasa

Page 142: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

125

penulisan laporan akhir kajian ini. Selain daripada rakaman, pengkaji juga membuat

catatan sebagai rujukan semasa data analisis.

3.7.1.1 Prosedur temu bual pakar

Proses pengumpulan data dimulakan dengan mengenal pasti pakar bidang agama yang

bertauliah bagi menjawab persoalan kajian satu dan dua setelah diteliti dan ditimbang

daripada aspek kepakaran dan kemudahan untuk berhubung serta mahu ditemu bual.

Pengkaji telah membuat temu janji terlebih dahulu dengan setiap pakar.

Perubahan-perubahan tarikh berlaku mengikut kesesuaian dan kelapangan waktu

responden. Maklumat temu bual diberikan lebih awal melalui e-mel kecuali kepada

responden pertama kerana pengkaji mendapat peluang di saat akhir melalui pertemuan

profesional beliau dengan seorang pelajar doktor falsafah. Bagaimanapun, tujuan

pengkaji telah dimaklumkan lebih awal oleh pelajar tersebut dan mendapat persetujuan

responden.

Temu bual secara bersemuka hanya dapat dijalankan kepada responden pertama

manakala responden dua dan tiga melalui perbualan telefon. Hal ini disebabkan kekangan

dari segi masa dan tugasan antara pengkaji dan responden. Perbualan telefon

Page 143: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

126

menggunakan mod loud speaker dan dirakam menggunakan pita rakaman dengan

persetujuan responden. Perbualan dijalankan menggunakan Bahasa Malaysia. Secara

purata, setiap temu bual mengambil masa selama 50-60 minit.

Semasa temu bual, pengkaji telah menjelaskan item-item yang menimbulkan

kekeliruan kepada setiap responden. Selain itu, ketika temu bual dijalankan soalan

adakala perlu diubah untuk memudahkan pemahaman responden.

3.7.1.2 Prosedur temu bual guru pendidikan khas

Pengkaji telah memaklumkan lebih awal hasrat untuk membuat kajian di sekolah kajian

dan mendapatkan persetujuan setiap responden untuk ditemu bual ketika kajian ini masih

di peringkat cadangan. Sebelum temu bual dilakukan, pengkaji mendapatkan keizinan

daripada pihak pentadbir sekolah dahulu. Temu janji dengan setiap responden dibuat

lebih awal dan mengambil kira waktu yang sesuai memandangkan sekolah banyak

terlibat dengan aktiviti di peringkat daerah dan negeri. Tempat untuk ditemu bual

ditentukan oleh responden sendiri mengikut keselesaan mereka.

Temu bual secara bersemuka dijalankan terhadap kedua-dua orang responden dan

dilakukan secara individu. Rakaman dibuat dengan keizinan setiap responden. Temu bual

Page 144: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

127

dijalankan di bilik guru kerana kebanyakan guru tiada ketika waktu tersebut dan keadaan

sesuai untuk dijalankan temu bual. Setiap temu bual dijalankan dalam Bahasa Malaysia.

Disebabkan semua responden terdiri daripada guru perempuan, maka perbualan lebih

mudah dan terbuka. Perbualan dilakukan sendiri oleh pengkaji, oleh itu sebarang

ketidakjelasan dapat dijelaskan dan mendapat maklum balas yang baik daripada setiap

responden. Temu bual yang berjalan mengambil masa di antara 25–30 minit.

3.7.2 Penganalisaan data

Data berkaitan analisis dokumen dilakukan dalam dua keadaan iaitu pertama

mengumpulkan maklumat berkaitan tuntutan ibadah meliputi syarat mukalaf, halangan

dan keringanan serta kemampuan menurut syarak dalam pelaksanaan ibadah serta

tatacara solat sebagaimana Rasulullah S.A.W. daripada tesis, kajian dan penulisan ilmiah

dan perbahasan usul fiqh serta kitab-kitab hadis. Setelah itu, maklumat yang diperolehi

dianalisis dengan mengambil pendapat yang paling rajih (tepat) dan mudah serta

bersesuaian dengan golongan kelainan upaya. Dapatan yang diperoleh seterusnya dibuat

perbandingan dengan dapatan melalui temu bual pakar dalam bidang agama. Keduanya

analisis terhadap dokumen berkaitan program j-QAF di mana dapatan yang diperoleh

kemudiannya dibandingkan dengan temu bual dengan guru. Rumusan secara deskriptif

dilakukan setelah dianalisa dapatan daripada analisis dokumen dan temu bual responden.

Page 145: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

128

Analisis data bagi temu bual pula dijalankan dengan memberikan kod pengenalan

diri bagi setiap responden terlebih dahulu (lihat Jadual 3.1, halaman 109). Temu bual

dianalisis melalui beberapa peringkat. Peringkat pertama, setiap temu bual ditranskripkan

dalam bentuk bertulis. Transkripsi tersebut meliputi interaksi lisan yang dirakam semasa

sesi temu bual dijalankan dan catatan pengkaji. Peringkat kedua ialah membuat reduksi,

iaitu menyaring semula transkrip agar kandungan temu bual yang benar-benar bermakna

dan berkaitan sahaja diterima. Peringkat ketiga melibatkan pengekodan pada data yang

dikumpulkan dengan menginterpretasikan transkrip untuk menentukan tema. Setiap kod

yang disediakan diberi definisi operasi daripada perspektif kajian pengkaji. Perbandingan

secara berterusan digunakan untuk menganalisis data. Seterusnya, pengkaji membuat

pentafsiran data secara deskriptif dan penerangan berasaskan transkrip dan catatan

pengkaji sendiri. Suntingan pandangan responden terhadap persoalan kajian yang sesuai

juga dilaporkan.

3.8 Rumusan

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bagi memenuhi setiap persoalan kajian.

Pengumpulan data menggunakan analisis dokumen dan temu bual semi struktur. Bagi

persoalan pertama dan kedua kajian, analisis dokumen terhadap tuntutan ibadah meliputi

syarat mukalaf, halangan dan keringanan serta kemampuan menurut syarak dalam

Page 146: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

129

pelaksanaan ibadah serta tatacara solat sebagaimana Rasulullah S.A.W. daripada tesis,

kajian dan penulisan ilmiah dan perbahasan usul fiqh serta kitab-kitab hadis. Temu bual

pula dijalankan kepada tiga orang responden pakar.

Persoalan ketiga, keempat dan kelima kajian pula, menggunakan analisis

dokumen terhadap tiga dokumen utama di Program j-QAF Pendidikan Khas serta senarai

semak penilaian murid. Temu bual dijalankan kepada dua orang guru. Setiap responden

diberikan kod identiti masing-masing bagi memudahkan analisis data. Triangulasi data

daripada pelbagai sumber iaitu dapatan daripada responden berbeza dan perbandingan

dapatan kajian daripada analisis dokumen ditriangulasikan dengan dapatan daripada temu

bual responden.

Page 147: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian bagi memenuhi setiap persoalan

kajian. Ia terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu pertama berkaitan tuntutan dan

tatacara solat bagi murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Hasil kajian

bagi tuntutan solat disusun mengikut empat kategori iaitu 1-tuntutan solat, 2- halangan

syarak, 3-hukum solat Jumaat dan 4-isu-isu berkaitan solat. Tiga kategori umum murid

bermasalah pembelajaran ditetapkan sebagai A-Terencat akal teruk, B- Memiliki akal

kurang daripada tahap normal, C- Memiliki akal sempurna tetapi bermasalah tingkah laku

termasuk interaksi sosial dan kesukaran mengingat. Hasil kajian tatacara solat pula

Page 148: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

131

disusun mengikut turutan iaitu rukhsah dalam solat dan diikuti dengan niat dan bacaan

yang termudah pada setiap rukun solat.

Bahagian kedua adalah hasil kajian mengenai program j-QAF di Pendidikan Khas

yang dibahagikan berdasarkan persoalan kajian iaitu kategori murid bermasalah

pembelajaran yang terlibat dalam Model PdP Amali Solat j-QAF dan aspek rukhsah

dalam Modul PdP Amali Solat terhadap kemudahan penguasaan solat murid pendidikan

khas. Setiap transkrip responden pakar dinyatakan dalam Lampiran F1 dan transkrip

responden guru dalam Lampiran F2. Hanya maklum balas yang berbeza dimasukkan.

Sekiranya sama, satu yang paling lengkap dinyatakan. Rumusan terhadap dapatan kajian

turut diketengahkan.

4.2 Tuntutan solat murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran

Seramai tiga orang pakar telah di temu bual bagi mendapatkan pandangan terhadap

tuntutan solat bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Seperti yang telah

dinyatakan (lihat Jadual 3.1, halaman 109). Seorang pakar (R1) mempunyai seorang ahli

keluarga yang menghadapi masalah sindrom down. Seorang lagi pakar (R2) merupakan

seorang mufti dan tidak mempunyai sebarang pengetahuan serta pengalaman tentang

murid-murid pendidikan khas. Walau bagaimanapun beliau merupakan pakar dalam

Page 149: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

132

hukum-hukum agama Islam. Responden ketiga (R3) merupakan seorang pensyarah

Institut Perguruan; yang turut mengajar bakal guru-guru j-QAF Pendidikan Khas dan

telah terlibat dalam penghasilan Kurikulum j-QAF bagi murid-murid bermasalah

pembelajaran yang kini digunakan oleh guru-guru dalam mata pelajaran Pendidikan

Islam di sekolah-sekolah KPM.

4.2.1 Tuntutan solat

Semua pakar bersetuju bahawa tuntutan solat murid khas yang memiliki masalah terencat

akal teruk dan sangat teruk adalah gugur sama sekali kerana tiadanya akal iaitu syarat

utama mukalaf (Lampiran F1-B1). Terdapat perbezaan pendapat mengenai tuntutan solat

murid khas yang memiliki akal kurang daripada tahap normal iaitu terencat akal dan

autisme ringan dan sederhana. Dua orang responden berpendapat mereka masih

mempunyai ahliyyatul ada’’ naqisah kerana masih memiliki daya kefahaman akal dan

boleh dilatih sementara seorang responden berpendapat tuntutan solat mereka gugur sama

sekali kerana tidak sempurna akal dan tidak boleh membezakan (Lampiran F1-B2).

Maklum balas setiap responden menunjukkan kesemua mereka tidak bersetuju murid B

disamakan dengan hukum yang terpakai bagi kanak-kanak mumaiyiz kerana menurut R1

dan R3 kanak-kanak mumaiyiz disebabkan faktor usia tetapi murid terencat akal tersebut

disebabkan halangan kecacatan yang dimiliki manakala respon R2 selari dengan jawapan

Page 150: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

133

sebelumnya iaitu mereka sememangnya tidak memiliki ciri tamyiz iaitu membezakan

antara baik dengan buruk (Lampiran F1-B3).

Bagi kategori murid C iaitu memiliki akal sempurna tetapi bermasalah tingkah

laku termasuk interaksi sosial dan kesukaran mengingat, mereka memiliki ahliyyatul ada’

kamilah iaitu wajib menunaikan solat. Ini kerana mereka masih memiliki akal yang

sempurna tetapi bermasalah dari segi mengawal pergerakan dan berinteraksi serta

penerimaan sesuatu pembelajaran seperti melibatkan ingatan dan bacaan (Lampiran F1-

B5). Jadual 4.1 di bawah menunjukkan pandangan pakar mengenai hukum menunaikan

solat tehadap murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

Jadual 4.1

Tuntutan Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Bilangan responden

Kategori murid Gugur Ada Ahliyyatul Ada Ahliyyatul

Ada’ Naqisah Ada’ Kamilah

A.Terencat akal teruk 3 tiada tiada

B.Memiliki akal kurang

daripada tahap normal 1

2

tiada

C.Memiliki akal sempurna

tetapi bermasalah tingkah laku

/kesukaran mengingat 3 tiada tiada

Page 151: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

134

4.2.2 Halangan syarak

Semua responden bersetuju bahawa halangan gila dan atah sesuai digunakan bagi murid

bermasalah pembelajaran mengikut tahap kecacatan akal mereka kerana perkara utama

yang diketengahkan adalah tahap kewarasan akal mereka. Walau bagaimanapun, R3 tidak

setuju disamakan halangan gila dan atah bagi murid ADHD dan disleksia (masalah

pembelajaran spesifik) iaitu murid kategori C dalam kajian ini kerana mereka hanya

lambat dalam pembelajaran dan boleh menguasai sesuatu kemahiran tetapi lambat

(Lampiran F1-B6). Persoalan mengenai halangan syarak jahil dan bodoh digunakan bagi

murid bermasalah pembelajaran mendapat maklum balas yang berbeza iaitu R1 bersetuju

digunakan kedua-dua halangan bagi murid khas yang memiliki akal normal tetapi

terhalang mungkin disebabkan sukar faham seolah-olah dakwah tidak sampai manakala

R2 dan R3 tidak bersetuju kerana akal mereka masih ada cuma lambat sedangkan jahil

disebabkan tidak diajar (Lampiran F1-B7).

Jadual 4.2

Halangan Syarak bagi Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Bilangan Responden

Halangan Syarak Setuju Tidak setuju

Gila dan atah bagi terencat akal 3 tiada

Jahil dan bodoh bagi murid khas

memiliki akal sempurna 1 2

Page 152: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

135

4.2.3 Hukum solat Jumaat

Persoalan hanya dikemukakan bagi murid kategori C iaitu memiliki akal sempurna tetapi

bermasalah tingkah laku termasuk masalah interaksi sosial dan kesukaran mengingat. Ini

kerana tuntutan solat murid tersebut adalah wajib, maka soalan berkaitan hukum solat

Jumaat yang wajib bagi setiap mukalaf lelaki turut ditanya. Kesemua responden bersetuju

hukum adalah wajib bagi bermasalah pembelajaran yang sukar mengingat berdasarkan

jawapan pada tuntutan solat selain tidak melibatkan masalah berkaitan rukun (Lampiran

F1-B8).

Soalan spesifik iaitu jenis tingkah laku sukar mengawal pergerakan. Mengikut

ketiga-tiga responden, tuntutan solat bagi mereka adalah wajib apabila telah mukalaf

seperti jawapan bagi tuntutan solat. Selain itu, isu pergerakan dalam solat menurut

responden adalah dimaafkan melainkan melibatkan pergerakan besar seperti berlari.

Tambahan pula, sikap hiperaktif tersebut akan semakin berkurang apabila mereka

semakin besar (Lampiran F1-B9).

Bagi jenis tingkah laku yang melibatkan interaksi sosial di mana murid sukar

berinteraksi dan memberi respon kepada jemaah lain serta terlalu menumpukan dunianya

sendiri sehingga sukar menumpukan perhatian ketika khutbah dengan bertindak seolah-

olah berada di dunia lain, bagi R1 dan R2 solat Jumaat mereka sah dan digalakkan tetapi

Page 153: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

136

tidak termasuk dalam bilangan ahli Jumaat kerana kurang kesempurnaannya manakala

R3 berpandangan wajib solat Jumaat kerana berdasarkan jawapan pada tuntutan solat

sebelumnya (Lampiran F1-B10).

Jadual 4.3

Hukum Solat Jumaat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Bilangan Responden

Kategori Murid Wajib Tidak wajib

Akal sempurna tetapi bermasalah

kesukaran mengingat 3 tiada

Akal sempurna tetapi sukar

mengawal pergerakan 3 tiada

Akal sempurna tetapi bermasalah

interaksi sosial 1 2

4.2.4 Isu-isu didikan dan qada solat

Isu yang dikemukakan pertama mengenai didikan solat bagi murid khas yang masih

boleh dididik walaupun hukum solat tidak wajib bagi mereka yang memiliki akal kurang

daripada tahap normal. Kesemua responden bersetuju mereka perlu dididik mengenai

solat dan menjadi satu tanggungjawab ibu bapa yang memiliki anak-anak kurang upaya.

Page 154: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

137

Setiap responden juga menyatakan didikan berdasarkan tahap kemampuan mereka

(Lampiran F1-B4).

Bagi murid khas bermasalah pembelajaran yang mungkin mengidap sawan, setiap

responden bersetuju wajib solat mereka diqada jika termasuk kategori C. Namun begitu,

mengikut kemampuan kerana hukum solat asal mereka adalah wajib sebagaimana orang

gila yang wajib solatnya ketika waras yakni bagi murid khas apabila sedar daripada

sawannya (Lampiran F1-B11).

Persoalan ditimbulkan bagi murid yang memiliki akal sempurna tetapi bermasalah

dalam tingkah laku sosial/interaksi sosial seperti terlalu menumpukan diri dan berada

dalam dunianya sehingga terlepas waktu solat. Kesemua responden menyatakan tuntutan

solat masih ada dan wajib qada pada kadar kemampuannya iaitu apabila sedar dan

terlepas jika tiada siapa menyedarkannya seperti menghampiri orang gila bagi R1 dan

orang mabuk bagi R3 (Lampiran F1-B12).

Page 155: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

138

4.3 Tatacara solat termudah murid bermasalah pembelajaran mengikut hukum

Islam

Tatacara solat dimulakan dengan rukhsah dalam solat dan diikuti dengan niat dan bacaan

yang termudah pada setiap rukun solat.

4.3.1 Rukhsah

Soalan mengenai rukhsah atau kelonggaran yang dibenarkan syarak, menurut kesemua

responden ia dilakukan mengikut kemampuan murid pendidikan khas. Ia merangkumi

sama ada rukun qauli (bacaan) atau fi’li (perbuatan) menurut R3. Menurut R1 dan R2

pula, guru perlu mengajar cara yang sempurna namun begitu dari segi praktikal adalah

berdasarkan kemampuan murid. Oleh itu, dari segi rukun qauli dan fi’li, pengajaran

secara sempurna ditekankan tetapi dilakukan berdasarkan kemampuan murid (Lampiran

F1-C1).

Page 156: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

139

4.3.2 Bacaan dalam rukun solat

a) Niat

Ketiga-tiga responden berpendapat bahawa pengajaran lafaz niat sebagaimana sedia ada

tidak perlu. R1 berpandangan pengajaran secara tepat mengenai niat perlu dijelaskan. R1

dan R2 menjelaskan cukup sekadar menyebut ‘Sahaja aku sembahyang Subuh (waktu

solat)’ (Lampiran F1-C2).

b) Membaca al-Fatihah

Setiap responden memberikan pandangan wajib membaca al-Fatihah kerana ia salah satu

rukun solat dan tiada ganti kepada bacaan lain. Isu yang timbul bagi bacaan yang kurang

sempurna dari segi sebutan dan ingatan seperti tertinggal atau berulang-ulang. Pandangan

responden adalah berdasarkan kemampuan murid-murid (Lampiran F1-C3).

c) Bacaan-bacaan mudah dalam solat untuk murid pendidikan khas

Berikut adalah tatacara solat sesuai untuk murid pendidikan khas dan cadangan bacaan-

bacaan mudah bagi setiap rukun solat yang dicadangkan oleh responden untuk murid

pendidikan khas. Pandangan setiap responden di (Lampiran F-C4).

Page 157: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

140

Jadual 4.4

Tatacara Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Rukun solat Responden 1 Responden 2 Responden 3

Niat Tidak perlu diajar Tidak perlu diajar Tidak perlu diajar

lafaz lafaz lafaz

Membaca Wajib baca Wajib baca Wajib baca

al-Fatihah ikut kemampuan ikut kemampuan ikut kemampuan

sebutan dan ingatan sebutan dan ingatan sebutan dan ingatan

Rukuk Subhana rabbiyal azim Subhana rabbiyal azim Subhana rabbiyal azim

Iktidal Sami’ allahu liman Sami’ allahu liman Sami’ allahu liman

hamidah hamidah hamidah

Sujud

Subhana rabbiyal a’la

Subhana rabbiyal a’la

Tasbih (subhanallah)

Duduk antara

dua sujud

Baca mana yang ingat Selawat sahaja Baca mana yang boleh

Tahiyat akhir Sehingga selawat Sehingga selawat Sehingga selawat

ibrahimiyyah ke atas nabi ke atas nabi

Ikut kemampuan

4.4 Kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam Model Kelas PdP

Amali Solat j-QAF

Dapatan kajian menunjukkan responden mengetahui syarat-syarat utama mukalaf iaitu

Islam, baligh dan berakal (Lampiran F2-B1). Dari segi kategori murid-murid khas yang

Page 158: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

141

wajib solat, kedua-dua responden bersetuju murid khas yang berakal adalah wajib iaitu

murid khas yang bermasalah pembelajaran seperti slow learner dan disleksia, autisme

yang memiliki tahap akal yang normal dan ADHD. RG1 berpandangan, apabila murid

tersebut berumur 10 tahun mesti diajar solat (Lampiran F2-B2).

Murid yang terlibat dalam program j-QAF di sekolah pula menurut semua

responden ia berasaskan kepada kaedah penempatan murid mengikut kelas iaitu hanya

mereka yang berada di kelas 1, 2, dan 3 sahaja manakala kelas 4 perlu mengikuti KSSR.

Kelas 1, 2 dan 3 terdiri daripada majoriti murid bermasalah pembelajaran spesifik dan

seorang autisme manakala kelas 4 terdiri daripada murid yang lemah keupayaan kognitif

iaitu sindrom down (Lampiran F2-B3). Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua

responden bersetuju murid lemah dan sangat lemah keupayaan kognitif tidak mengikuti

program ini (Lampiran F2-B3). Murid-murid tersebut hanya mengikuti kurikulum agama

sedia ada di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran (KSSRPKBP) di mana pengajaran solat turut diajar kepada mereka

(Lampiran F2-B4).

Page 159: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

142

Jadual 4.5

Tuntutan Solat Murid Bermasalah Pembelajaran dan Aplikasi dalam Model Kelas PdP

Amali Solat j-QAF

Tuntutan solat murid bermasalah pembelajaran

Wajib Tidak wajib

Menurut guru bermasalah pembelajaran lemah tahap akalnya

seperti slow learner dan seperti sindrom down

disleksia

umur 10 tahun perlu diajar

Pelaksanaan j-QAF

di sekolah

21 orang murid

slow learner dan disleksia

serta seorang murid autisme

6 orang murid sindrom down

menggunakan silibus solat

dalam KSSRPKBP

4.5 Aspek rukhsah dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF terhadap kemudahan

penguasaan solat murid pendidikan khas.

Kedua-dua responden bersetuju masalah yang dihadapi murid dalam pengajaran solat

ialah mudah lupa dan perlu latih tubi (Lampiran F2-C1). RG1 berpendapat murid kurang

bermasalah dalam menguasai bacaan dalam solat dan sentiasa perlu kepada latih tubi

berterusan melainkan murid yang mempunyai masalah pertuturan. RG2 pula

Page 160: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

143

berpandangan murid mengalami kesukaran menguasai bacaan yang panjang (Lampiran

F2-C1). Kedua-dua responden bersetuju ada murid bermasalah menguasai pergerakan

dalam solat disebabkan masalah fizikal murid seperti gemuk, namun begitu dilakukan

mengikut kemampuan murid (Lampiran F2-C1).

Dapatan kajian menunjukkan semua responden menggunakan Modul PdP Amali

Solat yang dibekalkan sepenuhnya (Lampiran F2-C2). Dari aspek rukhsah yang

diketengahkan dalam pengajaran solat, kedua-dua responden bersetuju diajar mengikut

modul secara lengkap tetapi mengikut kemampuan murid dari segi sebutan dan perlakuan

solat (Lampiran F2-C3). Hal yang sama dalam membuat penilaian iaitu dilakukan

berdasarkan kemampuan bacaan dan perlakuan wuduk dan solat murid yang berbeza

(Lampiran F2-C1) berdasarkan panduan penilaian murid bulanan KPM seperti di

Lampiran H (Lampiran F2-C3).

Kedua-dua responden menyatakan tiada bacaan lain selain yang biasa diamalkan

dan seperti dalam modul. Menurut RG1 murid bermasalah bagi bacaan panjang seperti

duduk dua sujud dan tahiyat manakala bacaan bagi rukun yang lain agak mudah dikuasai

kerana biasa didengar dan dibaca. Bagi RG2 pula sekiranya ada bacaan yang lebih

mudah, adalah lebih baik dan mudah dikuasai murid (Lampiran F2-C4). Kedua-dua

responden guru menyatakan bahawa murid tidak menghadapi kesukaran dalam

menguasai lafaz niat solat dan lafaz niat tetap perlu diajar (Lampiran F2-C5).

Page 161: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

144

Kesemua responden berpandangan j-QAF Amali Solat membantu meningkatkan

penguasaan murid terhadap solat. Bagi guru j-QAF beliau berdasarkan peningkatan

penguasaan pada rekod penilaian murid. Bagi GPI pula, beliau dapat melihat perubahan

sebelum dan selepas adanya j-QAF di mana penguasaan solat murid lebih baik (Lampiran

F2-C6).

Jadual 4.6

Pelaksanaan dan Aspek Rukhsah dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF

Indikator Modul PdP Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas

Pelaksanaan di sekolah dilaksanakan sepenuhnya

termasuk lafaz niat

tiada maklumat bacaan ringkas

selain dalam modul

Aplikasi rukhsah dalam

pelaksanaan j-QAF

PdP dijalankan mengikut

kemampuan murid

Penilaian mengikut kemampuan

murid seperti garis panduan KPM

Page 162: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

145

4.6 Rumusan

Analisa data dilakukan terhadap transkrip temu bual melibatkan responden yang terdiri

daripada pakar bidang agama dan guru-guru pendidikan khas. Dapatan kajian

menunjukan tuntutan solat bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah

bergantung kepada tahap kefahaman akal mereka. Oleh itu, tuntutan solat murid terencat

akal dan autisme teruk dan sangat teruk adalah gugur sama sekali. Bagi yang ringan dan

sederhana, tuntutan solat masih ada tetapi tidak kepada wajib. Walau bagaimanapun,

aspek didikan solat kepada mereka masih perlu ditekankan oleh guru dan ibu bapa

berdasarkan kemampuan mereka. Tuntutan solat adalah wajib bagi murid autisme

berfungsi tinggi dan sindrom asperger. Begitu juga bagi murid ADHD dan bermasalah

pembelajaran spesifik. Pengajaran terhadap murid pendidikan khas perlu mengambil kira

tahap kemampuan dan kekurangan diri mereka. Dari segi pengajaran bacaan dan

pergerakan solat, fokus adalah kepada rukun solat. Pengajaran lafaz niat tidak perlu,

memadai memahami apa yang dimaksudkan dengan niat dan penjelasan waktu dan

bilangan rakaat bagi setiap solat. Bacaan solat yang wajib hanyalah al-Fatihah dan tahiyat

akhir serta selawat dalam tahiyat akhir. Namun begitu, dalam pelaksanaannya adalah

mengikut kemampuan murid. Oleh itu, guru dan ibu bapa yang memiliki anak-anak

istimewa perlu mengambil berat soal solat mereka kerana ia termasuk salah satu rukun

Islam yang tidak boleh diremehkan.

Page 163: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

146

Kategori murid khas yang terlibat dalam Program j-QAF di sekolah kajian adalah

sebagaimana menurut syarak iaitu berakal dan melibatkan semua murid Islam manakala

murid yang tidak mengikutinya tetap diajar mengenai solat menggunakan silibus solat

dalam KSSRPKBP. Guru-guru menggunakan sepenuhnya modul solat yang dibekalkan

tetapi menekankan aspek kemampuan murid dalam melaksanakannya sama ada dari segi

bacaan dan perbuatan. Penilaian murid juga menekankan soal kemampuan dan dinilai

menggunakan garis panduan KPM.

Page 164: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bahagian terakhir dalam penulisan kajian ini. Ulasan dan

perbincangan terhadap dapatan kajian akan dibentangkan. Berdasarkan rumusan dan

analisis daripada hasil kajian dan perbandingan terhadap kajian literatur, beberapa

saranan berkaitan perkara yang dikaji dikemukakan. Cadangan kajian lanjutan turut

dinyatakan. Penulisan bab ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu pertama

rumusan dapatan kajian mengikut persoalan kajian yang digariskan bab satu. Bahagian

kedua perbincangan dapatan kajian. Bahagian ketiga kesimpulan dan implikasi kajian

serta cadangan kajian lanjutan yang berkaitan.

Page 165: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

148

5.2 Rumusan dapatan kajian

Rumusan dapatan kajian dinyatakan mengikut persoalan kajian satu hingga lima dan

dipecahkan mengikut topik-topik kecil yang telah ditetapkan bagi setiap persoalan kajian.

5.2.1 Tuntutan solat murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran

Syarat utama kewajipan solat adalah mukalaf iaitu baligh dan berakal. Oleh kerana murid

bermasalah pembelajaran mempunyai perkaitan dengan masalah akal mereka, maka

setiap jenis kecacatan murid khas bermasalah pembelajaran dibahagikan kepada tiga

kategori utama iaitu pertama terencat akal teruk, kedua memiliki akal kurang daripada

tahap normal dan ketiga memiliki akal sempurna tetapi bermasalah tingkah laku dan

interaksi sosial serta kesukaran mengingat.

Dapatan kajian menunjukkan tuntutan solat bagi kategori pertama adalah gugur

iaitu murid bermasalah pembelajaran terencat akal teruk dan autisme teruk. Terdapat dua

pendapat mengenai tuntutan solat bagi kategori kedua iaitu pertama gugur sepenuhnya

kerana kurang kesempurnaan akal dan kedua memiliki sebahagian tuntutan melaksanakan

solat iaitu tidak diwajibkan tetapi digalakkan kerana masih mempunyai daya kefahaman

Page 166: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

149

akal dan boleh dididik walaupun tidak mencapai tahap normal. Murid terencat akal dan

autisme sederhana serta ringan termasuk dalam kategori ini. Bagaimanapun kedudukan

mereka tidak sama dengan kanak-kanak mumaiyiz kerana mereka terhalang oleh

kecacatan yang dimiliki sedangkan kanak-kanak mumaiyiz memiliki akal normal tetapi

tidak wajib kerana belum baligh. Tuntutan solat bagi kategori ketiga pula adalah wajib

iaitu murid bermasalah pembelajaran spesifik dan ADHD serta autisme berfungsi tinggi

termasuk sindrom asperger. Ini kerana syarat berakal dipenuhi cuma bermasalah dalam

pembelajaran dan berkaitan interaksi sosial.

Selain itu, kewajipan ibadah di dalam Islam akan gugur apabila terdapatnya

halangan seperti dinyatakan dalam syarak. Dapatan kajian menunjukkan hanya dua

halangan syarak iaitu ‘atah yakni terencat akal dan gila yang bersesuaian diguna pakai

sebagai kayu ukur kepada tuntutan solat murid bermasalah pembelajaran. Terdapat dua

pandangan mengenai dua halangan syarak lain yang diketengahkan iaitu jahil dan bodoh.

Pertama kedua-duanya tidak sesuai digunakan kerana masalah kejahilan berlaku

sekiranya tidak sampai seruan Islam sedangkan murid masih mampu menerima sekiranya

mendapat pendedahan manakala bodoh atas pilihan mereka sendiri manakala pendapat

kedua menerima halangan tersebut apabila murid tidak faham dan seolah-olah seruan

Islam itu tidak sampai sepenuhnya.

Page 167: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

150

Selain solat fardu lima waktu yang ditetapkan, solat Jumaat bagi yang lelaki turut

dikaji. Hasilnya kesemua bersetuju adalah wajib bagi murid khas yang mengalami

ADHD dan murid bermasalah pembelajaran spesifik. Daripada segi masalah mengawal

pergerakan semua bersetuju ia tidak membatalkan solat selain kebiasaannya masalah

tersebut semakin hilang apabila meningkat dewasa. Terdapat dua pendapat mengenai

kewajipan solat Jumaat bagi murid autisme berfungsi tinggi iaitu pertama tidak

diwajibkan kerana kurang kesempurnaan tetapi digalakkan dan sah solat yang dilakukan

dengan betul serta tidak dikira dalam bilangan ahli jemaah. Pendapat kedua pula

bersandarkan kewajipan asalnya yang wajib menunaikan solat maka solat Jumaatnya juga

adalah wajib.

Dua isu diketengahkan iaitu berkaitan didikan solat bagi murid khas yang masih

boleh dididik walaupun tidak wajib. Kajian mendapati kesemua responden bersetuju

mereka perlu dididik dan digalakkan solat. Bagi masalah sawan berkaitan qada solat,

dapatan kajian menunjukkan ia dilakukan berdasarkan kemampuan mereka.

Page 168: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

151

5.2.2 Tatacara solat murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran

Dapatan kajian menunjukkan semua responden bersetuju pelaksanaan ibadah murid khas

mengambil kira tahap kemampuan dan rukhsah atau keringanan dalam syarak iaitu rukun

fi’li (perbuatan) dan qauli (bacaan) dalam solat diajar secara sempurna tetapi secara

praktikal adalah mengikut kemampuan mereka.

Tatacara solat yang dikaji meliputi rukun fi’li dan qauli rukun solat iaitu sebanyak

tiga belas rukun mengikut Mazhab Syafi’i. Rukun solat pertama iaitu niat. Menurut setiap

responden, perkara utama yang perlu ditekankan pertamanya kefahaman kepada murid

apa yang dimaksudkan dengan niat iaitu di dalam hati. Kedua kefahaman mengenai

waktu, bilangan rakaat dan fardu serta tidak boleh dilakukan solat fardu di luar waktunya.

Ketiga setelah murid memahami konsep niat dan waktunya, pengajaran cukup kepada

menyebut nama solat seperti ‘Sahaja aku solat Maghrib .’ Hal ini kerana jelas, apabila

hendak solat Maghrib ia hanya merujuk kepada waktu maghrib, solat fardu, tiga rakaat

dan dilakukan kerana Allah.

Bacaan-bacaan sunat yang diketengahkan oleh responden ketika rukuk, iktidal,

sujud, dan duduk antara dua sujud adalah bacaan yang biasa dibaca dalam masyarakat

tetapi dengan lafaz yang lebih pendek atau cukup dengan bertasbih dan berselawat (lihat

Page 169: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

152

Jadual 4.4, halaman 130). Bacaan ketika tahiyat akhir yang merupakan rukun pula terdiri

daripada bacaan tahiyat iaitu penghormatan (.. tasyahud iaitu dua kalimah ,(التحيات

syahadah ( هللا) اال اله آل ان ..اشهد dan selawat ( عل صل م مدالله م ى ). Walau bagaimanapun

dapatan menunjukkan ada yang berpandangan ia perlu diajar dan dibaca sehingga selawat

ibrahimiyyah, tidak cukup terhenti pada selawat nabi sahaja. Namun begitu, daripada segi

praktikal adalah mengikut kemampuan murid.

5.2.3 Kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam Model Kelas

PdP Amali Solat j-QAF

Dapatan kajian menunjukkan, guru-guru mengetahui syarat mukalaf secara umum iaitu

Islam, baligh dan berakal. Dalam penentuan murid khas yang wajib solat menurut mereka

adalah bergantung kepada tahap akalnya dan perlu diajar apabila mencecah umur 10

tahun. Dalam pelaksanaan program j-QAF pula, penglibatan murid berdasarkan

penempatan mengikut kelas yang ditetapkan berdasarkan tahap kecerdasan akal murid

iaitu melibatkan murid disleksia dan slow learner (merujuk kepada murid bermasalah

pembelajaran spesifik) serta autisme (istilah digunakan autisme yang memiliki akal

normal). Murid yang lemah dan sangat lemah keupayaan kognitif tidak mengikuti

Page 170: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

153

program ini iaitu murid sindrom down. Namun begitu, mereka tetap diajar mengenai solat

menggunakan silibus KSSRPKBP.

5.2.4 Aspek rukhsah dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF terhadap kemudahan

penguasaan solat murid pendidikan khas

Hasil kajian mendapati, masalah yang dihadapi murid dalam penguasaan solat melibatkan

faktor murid sendiri yang mudah lupa dan perlu kepada latih tubi. Dari segi bacaan solat,

kesukaran melibatkan bacaan panjang seperti duduk antara dua sujud dan tahiyat serta

yang bermasalah pertuturan manakala penguasaan pergerakan dalam solat melibatkan

masalah fizikal murid yang gemuk.

Aspek rukhsah yang diaplikasikan dalam pengajaran guru adalah dengan

mengambil kira kemampuan murid di mana pengajaran menggunakan modul diberikan

sepenuhnya dan diajar secara lengkap tetapi dari segi pelaksanaan, murid mengikut

kemampuan mereka. Oleh itu, pengajaran lafaz niat turut dilakukan kerana guru

berpandangan perlu dan tidak menjadi masalah kepada murid untuk menguasainya

memandangkan majoriti murid adalah bermasalah pembelajaran spesifik. Selain itu,

aspek rukhsah yang diguna pakai adalah dari segi penilaian murid di mana guru-guru

Page 171: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

154

menjalankannya dengan mengambil kira keupayaan murid dan mencatatnya dalam

senarai semak pencapaian murid seperti yang digariskan oleh pihak KPM.

Setiap responden menyatakan bahawa kewujudan program j-QAF Amali Solat

amat membantu penguasaan dan minat murid terhadap solat. Berdasarkan maklumat

senarai semak pencapaian murid sekolah juga jelas menunjukkan adanya peningkatan

penguasaan setiap kemahiran bagi setiap murid (lihat rumusan senarai semak pencapaian

murid pada Lampiran G). Bagi guru Pendidikan Islam yang memiliki pengalaman

sebelum dan selepas adanya program j-QAF juga dapat melihat perubahan penguasaan

solat murid dan keperluan program j-QAF di pendidikan khas. Tambahan pula, murid

mengikuti program ini sehingga tamat pembelajaran di sekolah rendah.

5.3 Perbincangan dapatan kajian

Perbincangan dapatan kajian disusun mengikut persoalan kajian dengan mengambil kira

dapatan daripada temu bual dan analisis dokumen serta kajian literatur yang telah

dilakukan.

Page 172: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

155

5.3.1 Tuntutan solat murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran

Tuntutan solat murid khas bermasalah pembelajaran diukur berdasarkan dua perkara

utama iaitu daripada segi kewarasan dan tahap akalnya serta halangan yang terdapat pada

mereka. Dapatan kajian tuntutan solat bagi kategori murid terencat akal dan autisme teruk

adalah selari dengan kajian oleh Ab. Aziz, Mohamad Kamil, Anisah, Mohd Fauzi Hamat,

& Nor Raudah Siren (2009) (lihat Bab 2 halaman 88) dan perbahasan ilmu Usul Fiqh

iaitu gugur tuntutan solat dan mengguna pakai halangan syarak gila dan ‘atah (lihat Bab

2 halaman 41). Mereka hanya mempunyai kelayakan menerima yang sempurna

(ahliyyatul wujub kamilah) tetapi gugur tuntutan ibadah ke atasnya.

Terdapat perbezaan pandangan antara responden kajian bagi kategori murid yang

berakal tetapi tidak mencapai tahap normal iaitu terencat akal dan autisme ringan dan

sederhana iaitu pertama gugur kerana tidak memiliki akal yang sempurna dan kedua

hanya memiliki kelayakan menerima yang sempurna tetapi memiliki sebahagian

kelayakan melaksana (ahliyyatul wujub kamilah dan ahliyyatul ada’ naqisah) iaitu dari

segi tuntutan ibadahnya tidak diwajibkan tetapi digalakkan kerana masih boleh dididik

dan menerima pengajaran. Berdasarkan kajian literatur dijalankan, pengkaji cenderung

dengan pandangan kedua dengan menggunakan halangan gila dan ‘atah jenis kedua di

mana mereka masih mempunyai daya faham dan dapat membezakan perkara baik dan

Page 173: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

156

buruk tetapi keupayaan mereka tidak sampai kepada tahap keupayaan orang yang normal.

Mereka ini dihukumkan sama seperti kanak-kanak mumaiyiz (lihat Bab 2 halaman 42).

Walau bagaimanapun, kedudukan murid khas ini tidak menyamakan keadaannya dengan

kanak-kanak mumaiyiz dari segi akalnya kerana mereka terhalang disebabkan kecacatan

manakala kanak-kanak mumaiyiz disebabkan faktor usia yang muda dan boleh

memahami sesuatu tuntutan apabila telah mencapai usia baligh.

Dapatan kajian bagi tuntutan solat murid khas yang memiliki akal normal tetapi

bermasalah tingkah laku dan kesukaran mengingat iaitu murid ADHD, autisme berfungsi

tinggi serta murid bermasalah pembelajaran spesifik selari mengikut perbahasan ilmu

Usul Fiqh iaitu wajib dan memiliki ahliyyatul ada’ kamilah kerana memiliki akal yang

sempurna tetapi hanya melibatkan masalah pengawalan diri dan lambat dalam menguasai

sesuatu kemahiran seperti mengira dan membaca serta bermasalah dalam interaksi sosial

(lihat Bab 2 halaman 45). Walau bagaimanapun, ia berbeza dengan kajian Ab. Aziz et al.

(2009) yang meletakkan secara umum kategori autisme di bawah terencat akal dan

mengguna pakai hukum bagi terencat akal sedangkan autisme berfungsi tinggi tidak

termasuk di dalam kategori terencat akal.

Baligh menjadi kayu ukur terhadap kewajipan menunaikan sesuatu tuntutan

syarak bagi setiap muslim yang berakal disebabkan tahap perkembangan akal yang

abstrak dan berbeza antara setiap individu (Zaydan, 2000; al-Zuhayli, 2001).

Page 174: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

157

Bagaimanapun, dalam kes murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran, sesetengah

mereka memiliki tahap perkembangan akal yang lambat berbanding murid normal

malahan ada yang telah baligh tetapi tidak mencapai tahap pemikiran selari dengan tahap

umurnya. Oleh itu, pengkaji bersetuju dengan pendapat yang diketengahkan oleh R1 di

mana terdapat perbezaan hukum antara yang baligh dan belum baligh iaitu bagi murid

pendidikan khas yang memiliki tahap perkembangan akal normal seperti autisme

berfungsi tinggi, sindrom asperger, murid ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik,

kayu ukur kewajipan solat apabila mencapai baligh. Walaupun begitu, mereka masih

dituntut untuk solat sebelum mencapai umur baligh dan perlu dididik. Bagi murid

pendidikan khas yang memiliki tahap perkembangan akal rendah daripada murid normal

seperti sindrom down ringan dan sederhana serta autisme sederhana, kayu ukur baligh

tidak sesuai digunakan malahan hukum solat mereka tidak wajib tetapi perlu dididik.

5.3.2 Halangan syarak bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran

Beberapa halangan terhadap tuntutan syarak yang digariskan secara umum boleh diguna

pakai bagi murid-murid pendidikan khas seperti halangan gila dan atah (terencat akal)

mengikut perbahasan ilmu Usul Fiqh bagi murid terencat akal dan autisme teruk. Ini

dipersetujui oleh setiap responden. Halangan terencat akal jenis kedua iaitu yang masih

mempunyai daya faham dan dapat membezakan perkara baik dan buruk tetapi keupayaan

Page 175: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

158

mereka tidak sampai kepada tahap keupayaan orang yang normal sesuai bagi murid

terencat akal ringan dan sederhana dan autisme sederhana. Dapatan ini turut selari dengan

kajian Ab. Aziz et al. (2009). Bagaimanapun, apakah kedudukan bagi murid autisme

berfungsi tinggi yang bermasalah tingkah laku dari segi interaksi sosial? Halangan syarak

yang ada iaitu terencat akal tidak sesuai diguna pakai memandangkan mereka memiliki

tahap akal yang normal tetapi tumpuan kepada dunianya menyebabkan mereka seolah-

olah kelihatan seperti gila. Adakah halangan gila sementara sesuai diguna pakai terhadap

mereka? (lihat Bab 2 halaman 41).

Halangan syarak iaitu jahil dan bodoh pula, kurang sesuai diguna pakai kepada

murid bermasalah pembelajaran yang dikategorikan memiliki akal normal seperti ADHD

dan masalah pembelajaran spesifik sebagaimana pendapat pendapat R2 dan R3. Hal ini

kerana Malaysia merupakan negara Islam dan sewajarnya dakwah Islam sampai dan

boleh difahami oleh murid-murid kategori ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik

melainkan mereka tidak diberikan pendedahan langsung dan sukar faham sebagaimana

pendapat R1 mengenai halangan jahil. Begitu juga dengan halangan bodoh mengikut

syarak adalah merujuk kepada masalah berkaitan pengurusan harta dan kewangan pada

cara yang menyalahi menurut syarak dan akal (Zaydan, 2000; al-Zuhaily, 2001). Oleh itu,

halangan ini sesuai diguna pakai bagi murid khas dalam masalah pengurusan harta tetapi

bukan sebagai penghalang dalam tuntutan ibadah (lihat Bab 2 halaman 43).

Page 176: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

159

5.3.3 Hukum solat Jumaat murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran

Berkaitan kewajipan solat Jumaat pula, antara syarat kewajipannya adalah berakal (al-

Zuhaily, 2010; al-Khin, al-Bugha, & al-Syarbaji, 2000; al-Rahbawi, 1998). Oleh itu,

kesemua murid bermasalah pembelajaran yang dikategorikan memiliki akal normal

seperti ADHD dan masalah pembelajaran spesifik adalah wajib. Namun begitu, masalah

pergerakan seperti dialami murid ADHD tidak menggugurkan kewajipannya

sebagaimana pendapat kesemua responden yang bersetuju masalah pergerakan murid

ADHD tidak mengganggu sahnya solat kerana terdapat dalil-dalil yang menunjukkan

pergerakan seperti mendukung cucu oleh Rasulullah S.A.W. ketika solat seperti yang

diungkap dalam hadis sahih oleh al-Bukhari (1987) (lihat Bab 2 halaman 51).

Pengkaji bersetuju dengan pandangan ini sekiranya melibatkan pergerakan kecil

seperti gerakan jari jemari dan menggaru. Hal yang sama bagi murid khas seperti

pengidap sereberal palsi yang mengalami gangguan saraf sehingga menyebabkan

pergerakan anggotanya sukar dikawal. Ini kerana antara perkara membatalkan solat

adalah apabila melakukan pergerakan besar sebanyak tiga kali berturut-turut (al-Khin et

al., 2000) yang tidak termasuk jenis perbuatan solat iaitu perbuatan yang memberi kesan

kepada orang yang melihatnya seakan-akan pelakunya itu bukan sedang solat (al-

Page 177: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

160

Rahbawi, 1998; al-Zuhaily, 2010 dan Zaharuddin, 2008). Selain itu, terdapat perbezaan

tuntutan bagi mereka sebelum dan selepas baligh iaitu wajib setelah baligh.

Bagi murid yang memiliki masalah interaksi sosial di mana murid sukar

berinteraksi dan memberi respon kepada jemaah lain serta terlalu menumpukan dunianya

sendiri sehingga sukar menumpukan perhatian ketika khutbah dengan bertindak seolah-

olah berada di dunia lain, menurut R1 dan R2 hukum solatnya sah namun begitu tidak

wajib dan tidak dikira bilangan ahli solat Jumaat manakala R3 berpendapat tetap wajib

solat Jumaat namun begitu bergantung pada tahap kesedarannya. Di sini pengkaji

cenderung dengan pandangan pertama kerana solat Jumaat adalah wajib bagi orang Islam

lelaki yang akil baligh, merdeka, sihat dan bermukim serta bebas dari segala macam

halangan yang menghalangnya untuk mengerjakannya. Solat Jumaat tidak wajib bagi

anak kecil dan orang gila kerana tidak memenuhi syarat wajib solat Jumaat iaitu berakal

(al-Zuhaily, 2010; al-Khin et al., 2000; al-Rahbawi, 1998 ). Namun begitu, solat Jumaat

anak kecil dan perempuan adalah sah tetapi tidak dikira dalam bilangan jemaah solat

Jumaat (lihat Bab2 halaman 48).

Masalah ini biasanya dihadapi murid autisme berfungsi tinggi yang wajib

menunaikan solat. Walaupun solat fardu lima waktu wajib dilaksanakan oleh mereka

tetapi berbeza dalam hukum solat Jumaat. Ini kerana solat Jumaat mempunyai syarat

Page 178: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

161

sahnya tersendiri iaitu antaranya lelaki, mempunyai akal yang sihat dan bebas dari segala

halangan untuk ke tempat solat Jumaat. Selain itu, ia dilaksanakan secara berjemaah dan

bilangan ahli jemaah tersebut pula mesti memenuhi syarat sah tersebut. Di sini boleh

dikatakan tuntutan solat murid khas berbeza antara solat yang wajib didirikan secara

individu dengan berjemaah khususnya bagi murid autisme berfungsi tinggi. Hal ini

sebagaimana perbahasan mengenai solat Jumaat orang buta dan pekak yang dilihat dari

dua sudut iaitu keselamatan diri atau tidak memudaratkan diri serta penekanan kepada

syarat sah solat Jumaat iaitu lelaki yang sihat dan normal (Azman, Zulkifli, &

Mohammad Naqib, 2015). Walau bagaimanapun, menurut Azman et al. (2015), tiada

perbahasan khusus mengenai hukum orang kelainan upaya seperti pekak dan buta dan

hukum yang terhasil adalah ijtihad ulama dan cara mereka memahami sesuatu dalil

hukum (lihat Bab2 halaman 49). Oleh itu, bagi murid autisme yang memiliki kekurangan

pada syarat sah dari segi kesempurnaan akalnya apabila terlalu menumpukan kepada

dunianya menjadikan solat Jumaatnya sah tetapi tidak dikira dalam bilangan jemaah solat

Jumaat. Namun begitu, sekiranya mereka berada dalam keadaan sedar dan tidak

bermasalah menunaikan solat Jumaat serta tidak memudaratkan dirinya untuk ke tempat

solat, maka hukumnya menjadi wajib.

Selain itu, pengkaji turut berpandangan mereka perlu digalakkan walaupun

tuntutan itu tidak mencapai kepada wajib kerana solat Jumaat yang dilakukan mereka

Page 179: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

162

dengan sempurna tetap sah seperti orang perempuan dan kanak-kanak. Manakala

kewajipan solat Jumaat murid ADHD dan bermasalah pembelajaran pula adalah wajib

setelah mencapai umur baligh sebagaimana pendapat ketiga-tiga responden pakar.

5.3.4 Isu-isu didikan dan qada solat murid pendidikan khas bermasalah

pembelajaran

Isu didikan solat bagi kategori murid yang berakal tetapi tidak mencapai tahap normal

iaitu terencat akal ringan dan sederhana serta autisme sederhana adalah digalakkan

kerana masih boleh dididik dan menerima pengajaran sebagaimana yang dibincangkan

pada bahagian tuntutan solat murid khas.

Bagi murid khas yang memiliki masalah sawan, ia bergantung kepada masalah

utama yang dimilikinya sekiranya murid seorang terencat akal teruk maka tiada tuntutan

solat di situ tetapi bagi murid ADHD dan bermasalah pembelajaran adalah wajib

menunaikan solat yang tertinggal setelah sedar dari sawan mengikut kemampuan

mengikut pendapat R1 dan R3. Sekiranya lama, tidak wajib mengqadakan solat sama

seperti hukum orang yang gila dan kanak-kanak yang belum baligh (Zaydan, 2000; al-

Zuhaily, 2001). Isu turut ditimbulkan bagi murid autisme berfungsi tinggi apabila terlalu

Page 180: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

163

menumpukan diri dan dunianya sehingga terlepas solat apabila tiada orang

menyedarkannya. R1 dan R3 berpandangan halangan gila dan mabuk sekali lagi diguna

pakai. Namun persoalannya kewarasan akal mereka masih ada tidak seperti orang gila

dan mabuk yang hilang ketika menjadi gila dan mabuk. Mungkin hukum yang terpakai

adalah menggunakan kedua jenis halangan ini tetapi tidak menyamakan kedudukannya

sama seperti orang gila dan mabuk dari segi kewarasan akalnya.

5.3.5 Tatacara solat termudah murid bermasalah pembelajaran mengikut hukum

Islam

Dapatan kajian berkaitan rukhsah dalam solat bagi murid pendidikan khas menunjukkan

faktor kemampuan diambil kira dalam pelaksanaan ibadah mereka sama ada dari segi

rukun qauli (bacaan) atau fi’li (perbuatan). Ini adalah selari dengan pensyariatan dalam

Islam yang tidak bertujuan membebankan umatnya dan meraikan kemampuan seseorang

dalam melaksanakannya (al-Mutawalli, 2001; al-Syatibi, 2001; al-Suyuti, 2004)

sebagaimana yang terdapat dalam kaedah fiqh Syafi’i التيسر جتلب iaitu kesukaran املشقة

mendatangkan kesenangan (kemudahan) (al-Suyuti, 2004).

Dapatan berkaitan tatacara solat termudah bagi murid pendidikan khas pula selari

dengan kajian literatur dilakukan terhadap perbahasan ilmu Usul Fiqh dan kitab-kitab

Page 181: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

164

hadis (lihat Bab 2 halaman 53-65). Walau bagaimanapun, di sini pengkaji merumuskan

dapatan tersebut dengan beberapa bacaan lain yang termudah dalam setiap rukun solat

seperti berikut:

Jadual 5.1

Bacaan Ringkas Ketika Solat

Rukun solat Bacaan ringkas/mudah

Rukuk س بحانرب العظيم

Iktidal

ده لمنح عالل س

Sujud س بحانرب االعلى

Duduk antara dua sujud رباغفرلرباغفرل

Selawat dalam Tahiyat Akhir كماصليتعلىآلالله م صل علىم مد

كمابركت إب راهيم،الله مبركعلىم مد

علىآلإب راهيم

Page 182: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

165

5.3.6 Kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam Model

Kelas PdP Amali Solat j-QAF

Dapatan kajian menunjukkan syarat utama dalam penentuan kategori murid untuk

mengikuti program j-QAF adalah tahap akal murid iaitu selari dengan syarat utama

mukalaf itu sendiri iaitu berakal (lihat Bab 2 halaman 34). Kesemua murid yang

dilibatkan adalah mengikut ketetapan KPM iaitu semua murid yang beragama Islam dan

mampu menguasai perlakuan dan bacaan solat (Jadual 2.3, halaman 78). Mereka terdiri

daripada murid bermasalah pembelajaran spesifik dan autisme ringan. Walaupun seolah

terdapat percanggahan dari segi tuntutan solat murid autisme ringan kerana yang wajib

adalah autisme berfungsi tinggi namun istilah tersebut yang biasa digunakan di sekolah

bagi murid autisme berfungsi tinggi yang boleh menerima dan memahami pengajaran

tetapi agak lambat dalam pembelajaran. Selain itu, murid lemah dan sangat lemah

keupayaan kognitif tidak mengikuti program ini iaitu murid sindrom down. Murid-murid

tersebut diajar mengenai solat menggunakan kurikulum agama sedia ada di dalam

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

(KSSRPKBP).

Page 183: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

166

Jadual 5.2

Perbandingan Analisis Dokumen dengan Temu bual Kategori Murid Bermasalah

Pembelajaran dalam Program j-QAF Amali Solat

Kategori murid Analisis dokumen Temu bual

bermasalah

pembelajaran

Menurut

syarak

Garis panduan

KPM

Guru

Bermasalah

pembelajaran

Wajib

Islam; boleh

kuasai perlakuan/

Wajib

terlibat j-QAF

spesifik

bacaan solat

Autisme berfungsi

tinggi

Wajib

Islam; boleh

kuasai perlakuan/

Wajib

terlibat j-QAF

bacaan solat

ADHD Wajib Islam; boleh

Wajib

kuasai perlakuan/

tiada di sekolah

bacaan solat

Terencat akal dan

autisme ringan

Tidak wajib

digalakkan solat

Tidak terlibat

Tidak wajib

Diajar solat guna

dan sederhana

KSSRPKBP

Sindrom down

ringan dan

sederhana

Terencat akal dan

autisme teruk

Tidak wajib

Tidak terlibat

Tidak wajib

tiada di sekolah

dan sangat teruk

Page 184: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

167

5.3.7 Aspek rukhsah dalam Modul PdP Amali Solat j-QAF terhadap kemudahan

penguasaan solat murid pendidikan khas

Dapatan kajian menunjukkan masalah utama dihadapi murid bermasalah pembelajaran

dalam menguasai kemahiran solat adalah mudah lupa dan perlu kepada latih tubi. Ini

merupakan antara ciri murid bermasalah pembelajaran iaitu kesukaran yang dihadapi

memberi kesan kepada pembelajaran kemahiran yang berkaitan dengan literasi, numerasi,

bersosial, memberi tumpuan, perancangan dan kordinasi (Kirby & Smythe, 2012). Murid

disleksia antara kategori yang terdapat di sekolah kajian di mana mereka mempunyai

masalah dalam menulis, membaca dan mengeja (Jamila, 2005; Rajesvari, 2008) serta

bermasalah untuk mengingat (Kirby & Smythe, 2012).

Keperluan kepada latih tubi adalah selari dengan kaedah PdP yang biasa

digunakan dalam PdP amali solat sebagaimana menurut Ahmad (2008) dan Kamarul

Azmi & Ab. Halim (2007). Latih tubi memerlukan murid melakukan perlakuan dan

bacaan solat berulang-ulang dan dengan bimbingan. Membaca dan membaca secara

berulang-ulang antara gaya pembelajaran yang banyak ditunjukkan oleh murid

bermasalah pembelajaran dalam mempelajari topik ibadah (Mohd Razimi Husin, 2012).

Hal ini kerana mereka sukar memahami dan mengingat sesuatu pelajaran baru serta perlu

kepada pengulangan (Jamila, 2005).

Page 185: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

168

Aspek rukhsah yang diaplikasikan dalam pelaksanaan program j-QAF Amali

Solat bagi murid masalah pembelajaran adalah dengan mengambil kira kemampuan

murid walaupun pengajaran solat diajar secara lengkap mengikut modul. Hal ini adalah

selari dengan pandangan pakar pada perbincangan tatacara solat dan rukhsah dalam

pelaksanaan setiap syariat Islam sebagaimana menurut al-Mutawalli (2001); al-Syatibi,

(2001) dan al-Suyuti (2004).

Berdasarkan pandangan responden guru, murid bermasalah dalam penguasaan

bacaan panjang seperti duduk antara dua sujud dan tahiyat. Ini sebagaimana yang

ditunjukkan dalam rumusan senarai semak pencapaian murid (lihat Lampiran G).

Responden juga tidak mengetahui bacaan mudah selain yang biasa diamalkan. Selain itu,

seperti dinyatakan pandangan pakar di mana pengajaran niat diutamakan bukan lafaz niat.

Ini adalah selari dengan perbahasan kitab-kitab Usul Fiqh oleh al-Zuhaily (2010); al-Khin

et al. (2000); al-Rahbawi (1998) dan kajian semasa oleh Anisah (2008); al-Albani (2000);

al-Jauziyyah (2006) dan Zaharuddin (2008). Hal ini agak berbeza dengan pandangan

guru-guru yang berpendapat lafaz niat perlu diajar. Tambahan daripada itu, dalam senarai

semak pencapaian dan modul diberikan, lafaz niat turut dimasukkan. Timbul persoalan

adakah bagi murid yang agak sukar menghafal lafaz niat tetapi boleh memahami apa

yang dimaksudkan dengan solat maghrib daripada segi waktu dan bilangan rakaatnya

dianggap tidak menguasai sedangkan yang termasuk di dalam rukun dan hadis adalah niat

Page 186: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

169

bukan lafaznya? Mungkin di sekolah kajian tidak menghadapi masalah tetapi kita sedia

maklum murid-murid agak sukar mengingat dengan baik dan mungkin dapat menyatakan

ketika waktu dinilai tetapi lupa kemudiannya.

Pelaksanaan j-QAF memberikan impak yang positif terhadap penguasaan solat

murid berdasarkan pencapaian murid pada senarai semak pencapaian amali solat dan

pengalaman responden yang mengajar sebelum dan selepas adanya program j-QAF di

sekolah. Walaupun kajian-kajian sedia ada tertumpu kepada KBS yang berjalan dalam

tempoh jangka pendek, pelaksanaan j-QAF sepanjang murid di sekolah rendah sudah

tentu turut memberikan impak yang positif sebagaimana kajian-kajian literatur yang

menunjukkan keperluan dan keberkesanan program KBS di aliran perdana (Asmawati

Suhid & Lukman Abdul Mutalib, 2009; Noor Azimah Surip & Ab. Halim Tamuri, 2012).

Dapatan ini juga selari dengan dapatan pencapaian yang ditunjukkan di KBS Zon Utara

di mana adanya peningkatan penguasaan murid sebelum dan selepas mengikuti program

(Unit Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, 2012).

Page 187: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

170

5.4 Kesimpulan dan implikasi kajian serta cadangan kajian lanjutan

Kepentingan memahami tuntutan ibadah bagi murid-murid pendidikan khas dapat

menjelaskan akan tanggungjawab ibu bapa, guru dan masyarakat umum agar tidak

mengenepikan keperluan golongan ini dalam melaksanakan ibadah khususnya solat

fardu. Hal ini kerana, kewajipan solat tidak hilang dengan mudah malahan mereka yang

sakit masih dituntut mengerjakannya mengikut kemampuan mereka. Tuntutan solat murid

khas dilihat dalam dua keadaan iaitu sebelum akil baligh dan selepas akil baligh serta

solat yang wajib dilakukan secara berjemaah dan tidak.

Sebelum akil baligh, penekanan syariat Islam terhadap pendidikan solat sejak

kanak-kanak mumaiyiz perlu diterapkan juga kepada murid-murid khas. Pada tahap ini,

kanak-kanak memiliki ahliyyatul ada’ naqisah iaitu sebahagian kelayakan untuk

menunaikan sesuatu tuntutan syariah. Apabila dikerjakan dengan sempurna mengikut

kemampuannya, mereka diberi ganjaran pahala. Kanak-kanak khas di tahap ini meliputi

mereka yang mengalami terencat akal ringan dan sederhana (termasuk sindrom down),

autisme berfungsi tinggi dan sederhana, ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik.

Setelah mereka mencapai akil baligh, maka tuntutan sebagai mukalaf telah ada. Namun ia

hanya bagi murid-murid khas yang memiliki akal normal seperti autisme berfungsi tinggi,

ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik. Bagi kanak-kanak yang mengalami

Page 188: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

171

terencat akal dan autisme teruk, tuntutan solat terhadap mereka gugur sama sekali kerana

tiadanya syarat utama mukalaf iaitu berakal walaupun mereka telah baligh.

Perlu difahami, kajian ini memberikan satu perspektif terhadap tuntutan solat

murid khas secara umum. Ini bermakna, sekiranya murid mengalami kepelbagaian

kecacatan maka kecacatan yang dominan sebagai ukuran. Contohnya sekiranya murid

seorang autisme dan ADHD, perlu dilihat tahap autismenya. Jika murid disahkan autisme

sederhana maka tuntutan solat yang terpakai seperti murid autisme sederhana iaitu

memiliki ahliyyatul ada’ naqisah walaupun murid ADHD wajib menunaikan solat.

Syarak juga hanya menetapkan garis panduan halangan terhadap pelaksanaan tuntutan

syarak secara umum. Tiada perbahasan khusus mereka yang mengalami sindrom down,

ADHD mahupun autisme. Dalam kes murid khas bermasalah pembelajaran yang

memiliki kepelbagaian kecacatan, halangan syarak seperti gila dan atah atau terencat akal

boleh digunakan dalam penentuan hukum bagi mereka.

Pengajaran solat bagi murid-murid khas tertumpu kepada rukun solat yang wajib.

Guru mahupun ibu bapa perlu mendidik anak-anak khas ini dengan bacaan paling mudah

yang juga diajar oleh Rasulullah S.A.W. Persoalan lafaz niat yang tidak termasuk dalam

rukun malah tidak pernah dinyatakan oleh Baginda S.A.W. seharusnya tidak diberat-

Page 189: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

172

beratkan walaupun masyarakat umum telah terbiasa dengannya. Rukhsah atau keringanan

dalam pelaksanaan sesuatu syariat sememangnya diambil kira dalam Islam. Oleh itu,

pengajaran formal guru sebolehnya menyampaikan pengisian secara sempurna tetapi

daripada segi praktikal murid bergantung pada tahap kemampuan mereka. Adalah suatu

bonus kepada murid yang boleh melaksanakan solat dengan bacaan dan perlakuan yang

sempurna ditambah dengan bacaan-bacaan sunat seperti doa iftitah. Namun begitu, tidak

bermakna kurangnya mereka yang hanya boleh menguasai apa yang wajib kerana

sekurang-kurangnya walaupun mereka tidak memiliki penguasaan akademik yang baik,

pengajaran agama yang menjadi bekalan akhirat ada pada mereka.

Program j-QAF yang diperluaskan ke sekolah-sekolah pendidikan khas dilihat

sebagai satu inisiatif bagi memenuhi keperluan pengetahuan agama Islam murid-murid

khas. Ini kerana dengan adanya program j-QAF di mana guru yang terlibat sememangnya

memiliki kelulusan bidang agama membolehkan pengajaran Pendidikan Islam

disampaikan dengan baik. Perluasan program j-QAF ke sekolah-sekolah pendidikan khas

suatu usaha murni oleh pihak KPM bagi menampung keperluan guru agama di

pendidikan khas yang sebelum ini terpaksa meminjam guru Pendidikan Islam daripada

aliran perdana yang tidak memiliki pengetahuan tentang murid khas dan pengajaran oleh

guru pendidikan khas yang memiliki latar belakang pengajian agama walaupun bukan

opsyen. Bagaimanapun keperluan di peringkat sekolah menengah masih belum

Page 190: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

173

mencukupi. Tambahan pula kewajipan solat telah ada bagi murid khas di sekolah

menengah.

Kewujudan Akademi Fakih Intelek di Petaling Jaya yang menyediakan kepakaran

dan kemudahan bagi orang kelainan upaya termasuk kanak-kanak mempelajari ibadah

dan al-Quran mendapat kerjasama daripada pensyarah-pensyarah dan siswazah di

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Hal ini menunjukkan keperluan kerjasama

dengan pihak profesionalisme seperti institut-institut pengajian tinggi yang terdapat di

sekitar Daerah Perak Tengah seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Teknologi

Petronas dan Kolej Profesional MARA yang memiliki pensyarah-pensyarah dalam

bidang agama untuk membantu peningkatan penguasaan murid-murid khas dalam ibadah

dan al-Quran.

Tiada kajian khusus berkaitan program j-QAF di Pendidikan Khas dan kajian ini

hanya sebahagian usaha kecil pengkaji untuk menyumbangkan idea terutama dalam

perkembangan ilmu berkaitan bidang Pendidikan Islam di pendidikan khas khususnya.

Oleh itu, pengkaji mencadangkan beberapa cadangan kajian akan datang yang boleh

memberi manfaat dalam perkembangan ilmu pendidikan dan pendidikan khas iaitu:

Page 191: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

174

1. Kajian Perbandingan Penguasaan Solat Murid Pendidikan Khas Menggunakan

Bacaan-bacaan Mudah Dalam Solat.

2. Kajian Perbandingan Pelaksanaan Program j-QAF Pendidikan Khas di sekolah-

sekolah bandar dan luar bandar.

3. Kajian Keberkesanan dan Keperluan Program j-QAF Pendidikan Khas Menurut

Perspektif Ibu Bapa.

4. Kewajipan Ibadah Murid Autisme Menurut Perspektif Syarak.

5.5 Rumusan

Pengajaran solat kepada murid-murid khas bermasalah pembelajaran perlu diberikan

mengikut tahap kemampuan mereka dengan mengambil kira rukhsah dan keringanan

yang ada di dalam syarak. Walau bagaimanapun, ia tidak menafikan hak mereka untuk

menerima pengajaran solat secara sempurna sekiranya mampu melakukannya.

Kajian ini mencadangkan kepada pengajaran solat melibatkan bacaan dalam

rukun solat dipermudahkan dengan bacaan-bacaan yang mudah dan ringkas tetapi tidak

Page 192: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

175

bertentang dengan nas syarak kerana terdapatnya bacaan-bacaan lain yang turut dibaca

oleh Rasulullah S.A.W.. Selain itu, pendedahan dan pengetahuan mengenai tuntutan solat

anak-anak istimewa ini diharap dapat memberikan kesedaran akan peranan dan

tanggungjawab keluarga, guru dan masyarakat terhadap golongan ini dalam beribadah.

Usaha kerajaan memperluaskan Program j-QAF di pendidikan khas seharusnya

dijadikan suatu pemangkin kepada usaha memperkasakan penguasaan solat dan

Pendidikan Islam itu sendiri dalam diri murid-murid berkeperluan khas. Kekurangan guru

agama di pendidikan khas juga secara tidak langsung dapat dipenuhi dengan wujudnya

program ini. Oleh itu, pengetahuan yang diterima perlu dimantapkan lagi oleh ibu bapa

dan keluarga di rumah kerana golongan ini perlu sentiasa dibimbing dan diberi motivasi.

Sokongan masyarakat turut diperlukan seperti mewujudkan suatu institusi sokongan

kepada mereka dalam mendalami ilmu agama kerana kekurangan diri mereka adakala

menjadi penghalang untuk mereka mengikuti pembelajaran di kelas-kelas biasa. Kajian-

kajian berkaitan Pendidikan Islam dan hukum-hukum yang melibatkan murid-murid

berkeperluan khas boleh diperluaskan dan diperbanyakkan dari pelbagai sudut dengan

tujuan untuk memenuhi keperluan mereka dalam menjalani kehidupan insan yang

beragama.

Page 193: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

176

RUJUKAN Ab. Aziz Mat Zin, Mohamad Kamil Ab. Majid, Anisah Ab Ghani, Mohd Fauzi Hamat,

Nor Raudah Hj Siren. (2009). Dakwah Islam terhadap Orang Kurang Upaya.

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Abdullah Nasih Ulwan. (2010). Tarbiyatul awlad fil Islam. Syed Ahmad Semait (Terj.),

Pendidikan anak-anak dalam Islam. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.

Abu Dawud, Sulayman bin al-Asy’ath al-Sajistani. (t.t.). Sunan Abi Dawud. Tahqiq:

Muhammad Nasir al-Din al-Albani. Riyadh: Maktabah al-Ma’arif Lil Nasyr wa at-

Tauzi’.

Abu Zahrah, Muhammad. (t.t.). Usul al-fiqh. Beirut: Dar al-Fikr al-‘Arabi.

Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian agama islam & j-QAF metodologi dan pedagogi

pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din. (2000). Shifatu shalaati an-Nabiyyi s.a.w min

takbiiri ilaa at-tasliimi ka annaka taraaha. Muhammad Thalib (Terj.), Sifat shalat

nabi. Yogyakarta: Media Hidayah.

Al-Amidy, Ali Bin Abi Ali. (1967). al-Ahkam fi usul al-ahkam. Al-Qahirah: Muassasah

al-Halabi.

Al-Bukhari, Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim. (1987). Sahih al-Bukhari. Tahqiq:

Mustafa al-Bugha. Beirut: Dar Ibn Kathir.

Al-Jauziyah, Ibnu Qayyim. (2006). Kitabus Shalah wa Hukmu Tarikihi. Amir Hamzah

Fachruddin & Kamaluddin Sa’diatulharamaini (Terj.), Rahsia shalat dan hukum

meninggalkannya. Selangor: Pustaka Dini.

Al-Khin, Mustafa, Al-Bugha, Mustafa & As-Syarbaji, Ali. (2000). Al-fiqh al-manhaji ala

mazhab al-imam as-syafi’i. (Jil.1). Beirut: Dar Asy-syamiyyah.

Al-Mutawalli, Misbah Al-Sayyid Hammad. (2001). Al-istita’ah wa atharuha fi al-taklif

al-syar‘iyyah: Dirasah fiqhiyyah muqaranah (2nd

ed.). Kaherah: Dar al-Nahdah

al-‘Arabiyyah.

Al-Nasa’i, Abu Abd al-Rahman Ahmad bin Syuaib. (t.t.). Sunan an-Nasa’i. Tahqiq:

Muhammad Nasir al-Din al-Albani. Riyadh: Maktabah al-Ma’arif.

Page 194: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

177

Al-Syatibi, Abi Ishaq. (2001). al-Muwafaqat fil usul al-syariah. Beirut: Darul Kutub al-

Ilmiyah.

Al-Suyuti, Jalaluddin Abdul Rahman. (2004). Al-asybah wa an-nazoir fi qawaid wa

furu’ as-syafi’iyyah. Kaherah: Darussalam Littiba’ah Wannasyr Wattauzi’

Wattarjamah.

Al-Zuhayli, Wahbah. (2001). Usul fiqh al-Islami. Damsyik: Darul Fikr.

_________________. (2010). Al-fiqhu asy-syafi’i al-muyassar. Muhammad Afifi &

Abdul Hafiz (Terj.), Fiqih imam syafi’i. Jakarta: al-Mahira.

Amri Daud. (2005). Keberkesanan pelaksanaan program j-QAF di dua buah sekolah

rintis di Terengganu. (Tesis Master). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Anisah Ab. Ghani. (2008). Konsep dan pengamalan solat satu kajian di zaman

Rasulullah, sahabat dan tabi’in. Kuala Lumpur: al-Hidayah Publication.

Al-Rahbawi, Abdul Qadir. (1998). As-Solatu ‘alal mazahibil arba’ah. Zeid Husein & M.

Hasanudin (Terj.), Solat empat mazhab. Jakarta: P.T.Pustaka Litera AntarNusa.

Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib. (2009). Tinjauan terhadap pelaksanaan

kem bestari solat. Journal of Islamic and Arabic Education (1)1,15-28.

Azman Ab Rahman, Zulkifli Mohamad al-Bakri & Mohammad Naqib Hamdan. (2015).

Fiqh ibadah orang kelainan upaya (OKU). Negeri Sembilan: Penerbit USIM.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

(2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Satu. Selangor:

KPM.

Bahagian Pendidikan Khas KPM. (2008a). Buku panduan dasar, pelaksanaan dan

pengurusan j-QAF di pendidikan khas. Kuala Lumpur: Straits Digital Sdn. Bhd.

_____________________________. (2008b). Buku Panduan Pelaksanaan Amali Solat j-

QAF di Pendidikan Khas . Kuala Lumpur: Straits Digital Sdn. Bhd.

_____________________________. (2008c). Modul PdP Amali Solat Program j-QAF di

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur: Straits Digital Sdn. Bhd.

Page 195: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

178

Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011).

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Pendidikan Khas) Masalah Pembelajaran.

Kuala Lumpur: KPM.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill Sdn. Bhd.

Creswell, John W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods

approaches (4th

ed.). Thousand Oaks: SAGE Publication Inc.

Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan pedagogi. Skudai: Penerbit UTM.

Fauziah Hanim Jalal, Marzaida Badaruddin, Ibrahim Hashim, Nazariah Abd Samad,

Haniz Ibrahim, Melati Sumari. (2012, April). Pendidikan solat dalam kalangan

kanak-kanak berkeperluan khas berdasarkan pendekatan keibubapaan Luqman al-

Hakim. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas Univeristi

Pendidikan Sultan Idris, Melaka.

Fetsco, T. & McClure, J. (2005). Educational psychologhy: An intergrated approach

to classroom decisions. Boston: Allyn & Bacon.

Hamdi Ishak. (2010). Pekak dan bisu menurut perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

___________. (2012, April). Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

Islam di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas ( Masalah Pendengaran). Prosiding

Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas Univeristi Pendidikan Sultan Idris,

Melaka.

Hallahan, Daniel P. & Kauffman, James M. (2000). Exceptional learners introduction to

special education. Boston: Allyn & Bacon.

Idris Awang. (2001). Kaedah penyelidikan: Suatu sorotan. Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya.

Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. (2009). Indahnya hidup bersyariat.

Selangor: Telaga Biru.

Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. (1997). Sukatan pelajaran

pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah dan menengah. Kuala

Lumpur: KPM.

Page 196: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

179

Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Buku panduan

Pendidikan Islam pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah dan

menengah. Kuala Lumpur; KPM.

Jamila K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala

Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

K.A Razhiyah. (2008). Apa itu autisme?. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing

Sdn. Bhd.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam kaedah pengajaran

dan pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.

Klenke, Karin. (2008). Qualitative research in the study of the leadership. UK: Emerald

Group Publishing Limited.

Lodico, Marguerite G., Spaulding, Dean T. & Voegtle, Katherine H. (2010). Methods in

educational research: From theory to practice (2nd

ed.). San Francisco: Jossey-

Bass.

Merriam, Sharan B. (2009). Qualitative research: A guide to design and implementation.

San Francisco: Jossey-Bass.

Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Muslim, Abu al-Husayn al-Imam Muslim al-Naysaburi. (t.t.). Sahih Muslim. Beirut: Dar

al-Jil Beirut.

Parkinson, Gill & Johnson, Mike. (2006). Epilepsy. London: Continuum International

Publishing Group.

Prater, Mary Anne. (2007). Teaching strategies for students with mild to moderate

disabilities. Boston: Pearson Education.

Punch, K.F. (2009). Introduction to research methods in education. London: SAGE

Publications.

_________. (2014). Introduction to social research: quantitative and qualitative

approaches (3rd

ed.). Thousand Oaks: SAGE Publications Inc.

Rafidah Mohamad Noor. (2009). Kaedah pelaksanaan program j-QAF dan penguasaan-

Page 197: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

180

nya dalam kalangan pelajar SK Sri Laksamana, Masjid Tanah,Melaka. (Kajian

Ilmiah Ijazah Sarjana Muda). UTM, Johor.

Rajesvari a/l Ramasamy. (2008). Masalah disleksia dalam kalangan murid-murid

pemulihan di sekolah rendah, Pulau Pinang. (Tesis Master). USM, Pulau Pinang.

Ramayulis. (2001). Metodologi pengajaran agama Islam (3rd ed.). Jakarta: Kalam

Mulia.

Seidman, Irving. (2013). Interviewing as qualitative research: a guide for researchers in

education and the social sciences (4th

ed.). New York:Teachers College Press.

Siti Fatimah & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan

bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Journal

of Islamic and Arabic Education (2)2,53-64.

Tafsir al-Quran al-Karim Rasm Uthmani Bahasa Melayu. (2010). Selangor: al-Hidayah

House of Quran Sdn. Bhd.

Tafsir Ibnu Katsir. (2010). Jakarta: Pustaka Imam Asy-Syafi’i.

Taylor, Ronald L., Smiley, Lydia R. & Richards, Stephen B. (2009). Exceptional

students: Preparing teachers for 21st century. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Teddlie, Charles & Tashakkori, Abbas. (2009). Foundations of mixed methods research:

Integrating quantitative and qualitative approaches in the social and behavioral

sciences. Thousand Oaks: SAGE Publication Inc.

Unit Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian

Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Pencapaian penguasaan murid pendidikan

khas dalam kem bestari solat j-QAF 2011 zon selatan.

Zaharuddin Abd. Rahman. (2008). Formula solat sempurna. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Zaydan, Abdul Karim. (2000). al-Wajiz fi usul fiqh. Lebanon: Resalah Publisher.

Internet

Abdullah Yusoff, Che Rabiaah Mohamed, Che Noorwani Che Wil, Azhari Muhamood &

Page 198: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

181

Halim bin Wan Ibrahim. (2013). Pengetahuan tentang pendidikan khas dalam

kalangan guru pelatih program j-QAF minor pendidikan khas. Dalam Ahmad

Munawar Ismail, Ab. Halim Tamuri, Mohd Yusof Othman, Jawiah Dakir,

Kamarulzaman Abd. Ghani, Othman Loman,… Mohd Izzuddin Mohd Pisol (Eds.),

Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF pada 19-20 Jun 2013 (hal.

109-126). Diakses dari https://www.academia.edu/4514588/SKP_j-QAF_2013.

Akmariah Mamat & Sofiah Ismail. (2010, November). Kaedah pengajaran dan

pembelajaran guru pemulihan jawi di Malaysia. Proceedings of The 4th

International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI,

Bandung Indonesia. Diakses dari http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING

/UPIUPSI/2010/Book%202/KAEDAH%20PENGAJARAN%20DAN%20PEMBE

LAJARAN%20GURU%20PEMULIHAN%20JAWI%20DI%20MALAYSIA.PDF

pada 30 Mac 2011.

Akta Pendidikan. (1996). Diakses dari http://jpt.mohe.gov.my/ RUJUKAN/akta/akta%20

pendidikan%201996.pdf pada 22 Februari 2012.

Ariffin Mohd. Noor. (2012). Majlis pelancaran unit pendidikan khas ugama jabatan

pengajian islam (UPKU JPI). Diakses dari

http://www.information.gov.bn/pressroom/index pada 13 November 2012.

Asmawati Suhid. (2013). Penelitian dan pemahaman terhadap model program j-QAF.

Dalam Ahmad Munawar Ismail, Ab. Halim Tamuri, Mohd Yusof Othman, Jawiah

Dakir, Kamarulzaman Abd. Ghani, Othman Loman,… Mohd Izzuddin Mohd Pisol

(Eds.), Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF pada 19-20 Jun 2013

(hal. 19-36). Diakses dari https://www.academia.edu/4514588/SKP_j-QAF_2013.

Autism Speaks. (2013) What is autism?. Diakses dari https://www.autismspeaks.org/

pada 15 Februari 2013.

Dyspraxia Foundation. (2012). Dyspraxia at a glance...What is dyspraxia?. Diakses dari

http://www.dyspraxiafoundation.org.uk/services/dys_glance.php pada 13

September 2012.

Gartland, D. & Strosnider, R. (2011). Learning disabilities: Implications for policy

regarding research and practice: A report by the NJCLD March 2011. Learning

Disability Quarterly (34) 4, 237-241. doi: 10.1177/0731948711421756

Gill, P., Stewart, K., Treasure, E. & Chadwick, B. (2008). Methods of data collection in

qualitative research: Interviews and focus group. British Dental Journal 204, 291-

295. doi: 10.1038/bdj.2008.192.

Page 199: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

182

Guion, L.A, Diehl, D.C & McDonald, D. (2011). Triangulation: Establishing the Validity

of Qualitative Studies. Diakses dari http://edis.ifas.ufl.edu/pdffiles/FY/FY39400.pdf

pada 20 Oktober 2013.

Hajarul Bahti, Mohd Huzairi, Bani Hidayat, Nor Hayati Fatmi Talib, Nabiroh Kassim.

(2010, November). Isu dan Cabaran Guru dalam Pendidikan al-Quran Pelajar

Bermasalah Penglihatan. Proceedings of The 4th International Conference on

Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI, Bandung Indonesia. Diakses dari

http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPI-UPSI/2010/Book_5/ISU_DAN_

CABARAN_GURU_DALAM_PENDIDIKAN_AL-QURAN_PELAJAR_

BERMASALAH _PENGLIHATAN.PDF pada 30 Mac 2011.

j-QAF bagi 12,000 murid bermasalah. (2007, 13 November). Utusan Online. Diakses dari

http://ww1.utusan.com.my/utusan.

Kavale, Kenneth A., Spaulding, Lucinda S. & Beam, Andrea P. (2009). A time to define:

Making the specific learning disability definitions prescribe specific learning

disability. Learning Disability Quarterly (32) 1, 39-48. Diakses dari

http://digitalcommons.liberty.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1125&context=educ_

fac_pubs.

Kirby, A. & Smythe, Ian. (2012). Specific learning difficulties: A guide for employers.

Do-IT Solutions LTD. Diakses dari http://www.doitprofiler.info/media/ 8979/do-

it_solutions_-_a_guide_for_employers.pdf pada 21 September 2012.

Malaysian Psychiatric Association [MPA]. (2012). ADHD. Diakses dari

http://www.psychiatry-malaysia.org/article.php?aid=810. Diakses pada 2 Disember

2012.

Misnan Jemali, Ibrahim Hashim, Zanariah Noor, Muhammad Akramin Kamarulzaman,

Abdul Nasir Abdul Latif, Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi, … Hasanudin Abd.

Hamid. (2013). Perlaksanaan dan pencapaian program j-QAF: Kajian seluruh

Malaysia. Dalam Ahmad Munawar Ismail, Ab. Halim Tamuri, Mohd Yusof

Othman, Jawiah Dakir, Kamarulzaman Abd. Ghani, Othman Loman,… Mohd

Izzuddin Mohd Pisol (Eds.), Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF

pada 19-20 Jun 2013 (hal. 51-82). Diakses dari

https://www.academia.edu/4514588/SKP_j-QAF_2013.

Mohd Huzairi Awang@Hussain, Hajarul Bahti Zakaria, Bani Hidayat Mohd. Shafie, Nor

Hayati Fatmi Talib & Nabiroh Kassim. (November, 2010). Persepsi pelajar

bermasalah pendengaran terhadap pembelajaran fardhu ‘ain. Proceedings of The

Page 200: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

183

4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI,

Bandung Indonesia. Diakses dari http://file.upi.edu

/Direktori/PROCEEDING/UPIUPSI/2010/Book%202/PERSEPSI%20PELAJAR%

20BERMASALAH%20PENDENGARAN%20TERHADAP%20PEMBELAJAR

AN%20%20FARDU%20AIN%20CABARAN%20TERHADAP%20GURU. PDF

pada 30 Mac 2011.

Mohd Razimi Husin. (2012). Model Islam dan barat dalam mengenal pasti gaya

pembelajaran murid sukar belajar. Diakses dari http://seminar.ipislam.edu.my/wp-

content/uploads/2012/07/26-MODEL-ISLAM-DAN-BARAT-DALAM-

MENGENAL-PASTI-GAYA-PEMBELAJARAN-MURID-SUKAR-

BELAJAR.pdf pada 20 Ogos 2012.

Nahid Golafshani. (2003). Understanding Reliability and Validity in Qualitative

Research. The Qualitative Report (8), 4, 597-607. Diakses dari

http://www.nova.edu/ssss/QR/QR8-4/golafshani.pdf pada 20 September 2013.

Noor Azimah Surip & Ab. Halim Tamuri. (2012). Penilaian pelaksanaan KBS j-QAF di

sekolah rendah Daerah Selangor. Diakses dari http://seminar.ipislam.edu.my/wp-

content/uploads/2012/07/43-PENILAIAN-PELAKSANAAN-KBS-J-QAF-DI-

SEKOLAH-RENDAH-DAERAH-SELANGOR.pdf pada 20 Ogos 2012.

Norzila Zakaria. (2009). Kanak-kanak berkeperluan khas. Diakses dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info pada 3 September 2012.

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Brunei. Diakses dari

http://www.moe.edu.bn/web/moe/dept/coreedu/seu/progss pada 13 November

2012.

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Diakses dari

http://www.moe.gov.my/bpkhas/ pada 10 November 2012.

Rochmat Wahab. (2005). Country report on education provisions for the children with

intellectual disabilities in Indonesia. Diakses dari

https://www.nise.go.jp/kenshuka/josa/kankobutsu/pub_d/d-240/d-240_13.pdf pada

15 Februari 2014.

Rosniza Mohd Taha. (2008, 17 Januari). j-QAF pendidikan khas:Dakwah anak murid

OKU program j-QAF diperluas ke kelas pendidikan khas. Diakses dari

www.bharian.com.my pada 3 Mac 2011.

Page 201: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

184

Rudy, Lisa Jo. (2013). What is Autism?. Diakses dari

http://autism.about.com/od/whatisautism/a/whatisautism2.htm pada 22 Mac 2013.

Sunardi, Mucawir Yusuf, Gunarhadi, Priyono & L.J, Yearger. (2011). The

implementation of inclusive education for student with special need in Indonesia.

Excellence in Higher Education (2), 1-10. Diakses dari

http://ehe.pitt.edu/ojs/index.php/ehe/article/view/27/25.

Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran

Negeri Wilayah Persekutuan. (2012). Pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

Diakses dari http://www.upkkl.com/2011/04/pendidikan-khas-bermasalah-

pembelajaran.html pada 18 Julai 2012.

Page 202: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

Lampiran D1

Soalan Temu bual Responden Pakar (Kajian Rintis)

Temu bual ini dijalankan bagi memenuhi keperluan kajian yang bertajuk ‘Tuntutan Pelaksanaan

Solat Bagi Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran’. Temu bual ini bertujuan untuk

mendapatkan pandangan mengenai dua perkara iaitu:

1.Tuntutan solat mengikut kategori murid bermasalah pembelajaran berdasarkan syarat-syarat

kelayakan dan halangan-halangan syarak.

2.Tatacara solat yang paling mudah dan bersesuaian mengikut syarak bagi murid pendidikan khas

bermasalah pembelajaran untuk diajar dan diaplikasikan oleh murid bermasalah pembelajaran.

Murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang terlibat di dalam skop kajian merupakan

mereka di bawah kelolaan KPM iaitu murid-murid sindrom down, Austisme ringan, ADHD,

terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik. Kerjasama daripada pihak tuan amat

dihargai. Terima kasih.

A. Pengetahuan Mengenai Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Item 1: Adakah Tuan mengetahui mengenai murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran?

Sekiranya ya, jelaskan mengenainya.

Sekiranya tidak atau kurang jelas, saya akan memberikan penerangan bagi setiap kategori yang

termasuk di dalam kajian ini sebelum menyentuh mengenai tuntutan ibadah solat dan tatacara

termudah yang dibenarkan syarak untuk dikerjakan bagi golongan ini.

B. Tuntutan Solat Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

1) Terencat akal .

Terencat akal atau dikenali sebagai mental retardation mengikut definisi American Association

on Mental Retardation (AAMR) merujuk kepada fungsi kecerdasan akal yang berada di bawah

kecerdasan purata. Antara jenis-jenis murid berkeperluan khas terencat akal adalah murid

sindrom down dan sereberal palsi. Tahap IQ mereka berada pada skor 75 ke bawah. Mereka

terdiri daripada tiga kategori berdasarkan tahap IQ iaitu terencat akal ringan, sederhana, teruk dan

sangat teruk.

Bagi terencat akal ringan, mereka mengalami perkembangan mental yang lambat, namun begitu

masih berpotensi untuk berkembang dalam tiga bidang pembelajaran iaitu akademik, sosial dan

vokasional. Mereka juga mampu berdikari dengan pendidikan dan latihan yang sesuai serta

bercampur dengan masyarakat. Kategori kedua iaitu terencat akal sederhana, mereka mampu

mencapai tanggungjawab sosial, menguasai kemahiran asas akademik dan kemahiran vokasional.

Mereka juga mampu berdikari seperti menguruskan diri, melindungi diri daripada bahaya,

Page 203: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

menyesuaikan diri dalam situasi sosial dan menjalankan tugas dengan pengawasan. Boleh pergi

ke sesuatu tempat yang biasa dengannya secara sendiri.

Kategori ketiga dan keempat iaitu teruk dan sangat teruk mempunyai pekembangan potensi yang

terhad dan memerlukan persekitaran serta program yang khusus untuk membantu perkembangan

potensi tersebut. Mereka juga biasanya mengalami masalah lain seperti tingkah laku,

pendengaran, penglihatan, perubatan, masalah bahasa, pertuturan, kesukaran memberi tumpuan

dan dalam kemahiran motor.

Item 2: Berdasarkan empat tahap murid terencat akal tersebut, boleh Tuan jelaskan adakah

tuntutan ibadah bagi setiap kategori iaitu terencat akal ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk

gugur sama sekali (tiada ahliyyatul ada’)seperti orang gila dan anak kecil atau boleh disamakan

dengan kedudukan kanak-kanak mumaiyyiz iaitu mempunyai ahliyyatul ada’ naqisah seperti

dalam hadis rasulullah s.a.w iaitu:

ل غ رفع القلم عن ثالثة: النائم حت يست يقظ، والمجن ون حت يفيق، والصغي حت ي ب

(Riwayat Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Jilid 4, hal. 245, no.hadis 4405)

Diangkat pena (terangkat taklif) dari tiga golongan: orang yang tertidur sampai

dia terjaga, orang yang gila sampai dia sedar dan anak kecil sampai dia baligh

Sekiranya gugur sama sekali kenapa?

Sekiranya tidak gugur sepenuhnya (tetapi masih perlu dididik seperti kanak-kanak

mumaiyiz) kenapa?

Item 3: Boleh Tuan jelaskan, adakah halangan syarak iaitu gila (sejak lahir atau kemudian) dan

atah (terencat akal-satu hilang ciri tamyiz dan satu masih ada tapi tidak mencapai seperti

pemikiran normal) dan kesannya terhadap tuntutan ibadah boleh terpakai bagi golongan terencat

akal ini?

Item 4: Bagaimana pula Tuan, bagi murid-murid pendidikan khas yang memiliki IQ normal

tetapi adakalanya turut diserang sawan. Adakah solat mereka perlu diqada’?

2. Autisme

Autisme bererti keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam

dunianya sendiri. Ia adalah suatu bentuk gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak

yang menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi sosial,

pemikiran, perilaku emosi, pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku luar biasa. Autisme

tidak dapat disembuhkan tetapi melalui terapi yang bersesuaian ia dapat dibantu.

Kebanyakan mereka turut mengalami masalah kerencatan akal. Antara ciri-ciri murid autisme

seperti suka melakukan aktiviti rutin, tidak suka apabila berlaku perubahan pada persekitaran atau

rutin hariannya, tidak gemar bergaul, sukar mempamerkan emosi sama ada suka atau tidak,

menyukai sesuatu benda yang pelik seperti bermain garfu dan suka mengulang perkataan yang

didengar atau echolalia seperti guru bertanya ‘Awak mahu duduk?’ murid akan menjawab ‘Awak

mahu duduk?.

Page 204: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

Namun begitu, dianggarkan 25 peratus dikategorikan sebagai High Functioning Autisme

(Autisme Berfungsi Tinggi) iaitu mempunyai IQ yang normal dan adakalanya melebihi tahap IQ

biasa. Satu penyakit lain yang dinamakan sebagai sindrom Asperger mempunyai ciri-ciri yang

rapat dengan Autisme Berfungsi Tinggi tersebut tetapi hanya berbeza dari segi perkembangan

pertuturan iaitu kanak-kanak Autisme Berfungsi Tinggi mempunyai masalah perkembangan

pertuturan yang dikesan sejak kecil tetapi kanak-kanak sindrom Asperger tidak mengalaminya.

Mereka hanya dikenalpasti setelah memasuki alam persekolahan.

Mereka juga adakalanya memiliki kemahiran atau minat yang luar biasa dalam sesuatu bidang.

Namun begitu, kedua-duanya memiliki ciri-ciri autisme yang sama dalam tiga masalah utama

iaitu bermasalah dalam komunikasi sosial seperti tidak tahu untuk memulakan perbualan, sukar

memahami maksud gerak badan, bercakap sesuatu yang fakta dan adakalanya keluar dari topik

perbualan serta tidak tahu menggunakan perkataan dan intonasi yang betul seperti bercakap kuat

dalam majlis atau masjid.

Keduanya bermasalah dalam interaksi sosial seperti mereka tidak tahu untuk bertingkah laku

dengan cara yang sepatutnya, sukar memahami peraturan sosial yang tidak bertulis dan boleh

menyebabkan orang lain berasa kurang senang.

Ketiganya bermasalah dalam imaginasi sosial iaitu sukar untuk membuat jangkaan terhadap

sesuatu situasi, sukar untuk memahami tindakan, perasaan dan pemikiran orang lain serta kurang

daya imaginasi dan gemar melakukan perkara yang sama terutama perkara yang diminatinya

sahaja.

Item 5: Berdasarkan dua kategori utama murid Austisme tersebut, boleh Tuan jelaskan adakah

hukum ibadah solat bagi kanak-kanak autisme yang memiliki IQ rendah boleh disamakan dengan

hukum yang terpakai bagi murid terencat akal?

Sekiranya ya, kenapa?

Sekiranya tidak, kenapa?

Item 6:Boleh Tuan jelaskan bagaimana pula hukum bagi murid Autisme Berfungsi Tinggi dan

murid Sindrom Asperger yang memiliki IQ normal atau lebih?

Item 7: Walau bagaimanapun, murid Autisme berfungsi Tinggi dan murid sindrom asperger

memiliki masalah komunikasi dan interaksi sosial yang boleh mengganggu ibadah yang

dilakukan secara berjemaah seperti solat jemaah dan solat Jumaat yang wajib bagi orang lelaki.

(tidak gemar bergaul, tidak suka diganggu, mudah jemu dan tidak beri fokus seperti khutbah).

Boleh Tuan jelaskan bagaimana dengan hukum bagi solat jemaah dan solat Jumaat?

3. ADHD

ADHD adalah singkatan kepada Attention Deficit Hyperactive Disorder atau Hiperaktif dan

gangguan penumpuan. Mereka tidak memiliki masalah tetapi bermasalah dalam memberi

tumpuan dan mengawal diri. Antara simptom ADHD yang dapat dikesan ialah kurang tumpuan

seperti gagal menyiapkan tugasan, sukar menerima arahan dan sukar memberi tumpuan pada

satu-satu aktiviti. Impulsif pula seperti bertindak tanpa berfikir, sukar mengendali satu-satu

aktiviti, perlu diberi perhatian lebih dan sukar menunggu giliran. Hiperaktif seperti berlari atau

Page 205: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

memanjat perabot atau sebarang objek tanpa terkawal, sukar duduk di satu tempat dengan tenang

dan sentiasa aktif sepanjang masa.

Item 8: Bagaimana hukum ibadah solat bagi murid ini?

Item 9:Berdasarkan keadaan mereka yang sukar mengawal diri dan suka bergerak, bagaimana

dengan hukum membatalkan solat apabila terdapat banyak pergerakan. Boleh Tuan jelaskan?

Item 10: Bagaimana dengan hukum solat jemaah dan solat jumaat bagi lelaki?

4. Masalah Pembelajaran Spesifik.

Mereka yang mempunyai kecerdasan mental yang biasa atau purata dan ada yang lebih tinggi

daripada ketinggian biasa tetapi memiliki masalah yang spesifik seperti disleksia iaitu kesukaran

membaca dan mengambil masa yang lama untuk membaca, kesukaran dalam mengeja dan

bermasalah untuk mengingat serta menulis. Diskalkulia iaitu mereka yang bermasalah dalam

matematik secara amnya dan dalam operasi matematik khasnya. Mereka sering bermasalah untuk

mengecam nombor seperti nombor yang hampir sama dan selalu mencampuradukkan nombor.

Mereka juga sukar menyusun maklumat, mengingati fakta dan formula matematik. Disgrafia pula

melibatkan masalah dalam merancang dan mengatur pergerakan fizikal yang memberi kesan

kepada kemahiran menulis. Ia turut melibatkan masalah pengamatan yang mengakibatkan

menulis secara terbalik dan tulisan yang buruk. Dispraksia secara umumnya adalah kemerosotan

atau ketidakmatangan organisasi pergerakan. Ketidakmatangan tersebut melibatkan cara

pemprosesan maklumat oleh otak yang menyebabkan mesej yang dihantar tidak betul atau tidak

sepenuhnya. Ia turut menyebabkan masalah bahasa, persepsi dan pemikiran. Antara simptom-

simptom yang dapat dilihat pada murid dispraksia seperti tulisan tangan yang buruk, masalah

dengan motor halus, sukar menerima pelbagai arahan dalam satu masa, sukar bergaul dengan

rakan sebaya, kurang tumpuan dan lemah dalam kemahiran mendengar dan menyalin.

Item 11: Bagaimana hukum ibadah solat bagi murid ini?

Item 12: Pada pandangan Tuan adakah murid ADHD dan bermasalah pembelajaran spesifik

boleh disamakan dengan halangan syarak disebabkan jahil dan bodoh? Sekiranya ya kenapa?

Sekiranya tidak kenapa?

C. Tatacara Solat Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Item 13: Dengan kekurangan yang ada pada diri mereka, agak sukar untuk mereka melaksanakan

ibadah solat secara sempurna seperti murid normal. Boleh Tuan jelaskan kelonggaran-

kelonggaran atau rukhsah yang boleh diberikan kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah

pembelajaran dalam pelaksanaan ibadah?

Item 14: Dalam pengajaran ibadah di sekolah termasuk di pendidikan khas, lafaz niat antara yang

ditekankan. Bagaimana pandangan Tuan mengenainya untuk pengajaran kepada murid

pendidikan khas?

Item 15: Boleh Tuan jelaskan bacaan-bacaan yang mudah untuk diaplikasikan kepada mereka

untuk:

Page 206: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

1. al-Fatihah.

2. Rukuk.

3. Iktidal.

4. Duduk antara dua sujud.

5. Sujud.

6. Tahiyyat akhir.

Item 16: Bagaimana dengan pengajaran doa Qunut?

Terima kasih Tuan atas kerjasama yang diberikan.

Page 207: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

Lampiran D2

Soalan Temu bual Responden Pakar

Temu bual ini dijalankan bagi memenuhi keperluan kajian yang bertajuk ‘Tuntutan Pelaksanaan

Solat Bagi Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran’. Temu bual ini bertujuan untuk

mendapatkan pandangan mengenai dua perkara iaitu:

1. Tuntutan solat mengikut kategori murid bermasalah pembelajaran berdasarkan syarat-

syarat kelayakan dan halangan-halangan syarak.

2. Tatacara solat yang paling mudah dan bersesuaian mengikut syarak bagi murid

pendidikan khas bermasalah pembelajaran untuk diajar dan diaplikasikan oleh murid

bermasalah pembelajaran.

Murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang terlibat di dalam skop kajian merupakan

mereka di bawah kelolaan KPM iaitu murid-murid sindrom down, Austisme ringan, ADHD,

terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik. Kerjasama daripada pihak tuan amat

dihargai. Terima kasih.

A. Pengetahuan Mengenai Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

A1: Adakah tuan mengetahui mengenai murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran?

Jelaskan.

A2: Adakah tuan mempunyai pengalaman dengan murid pendidikan khas bermasalah

pembelajaran? Jelaskan.

B. Tuntutan Solat Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Secara umumnya, murid khas bermasalah pembelajaran terbahagi kepada tiga kategori

berdasarkan tahap akalnya iaitu pertama terencat akal teruk, kedua memiliki akal kurang daripada

tahap normal iaitu masih mempunyai daya kefahaman tetapi tidak mencapai tahap normal dan

ketiga memiliki akal sempurna tetapi bermasalah tingkah laku/kesukaran mengingat.

B1: Apakah tuntutan solat bagi murid terencat akal teruk? Jelaskan.

B2: Apakah tuntutan solat bagi murid khas yang memiliki akal kurang daripada tahap normal

iaitu masih mempunyai daya kefahaman tetapi tidak mencapai tahap normal? Jelaskan.

B3: Adakah tuntutan solat murid tersebut boleh disamakan dengan kedudukan kanak-kanak

mumaiyyiz iaitu mempunyai ahliyyatul ada’ naqisah seperti dalam hadis Rasulullah s.a.w

iaitu:

ل غ رفع القلم عن ثالثة: النائم حت يست يقظ، والمجن ون حت يفيق، والصغي حت ي ب

Diangkat pena (terangkat taklif) dari tiga golongan: orang yang tertidur sampai

dia terjaga, orang yang gila sampai dia sedar dan anak kecil sampai dia baligh

B4: Adakah murid khas tersebut masih perlu dididik tentang solat? Jelaskan.

Page 208: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

B5: Apakah tuntutan solat bagi murid khas yang memiliki akal sempurna tetapi bermasalah

tingkah laku (hiper) termasuk masalah interaksi sosial dan kesukaran mengingat? Jelaskan.

B6: Adakah halangan syarak gila dan atah serta kesannya terhadap tuntutan ibadah sesuai

digunakan bagi murid bermasalah pembelajaran mengikut tahap kecacatan akal mereka?

Jelaskan.

B7: Adakah murid khas yang memiliki akal sempurna tetapi bermasalah tingkah laku/kesukaran

mengingat boleh menggunakan halangan syarak disebabkan jahil dan bodoh? Jelaskan.

B8:Apakah hukum solat Jumaat bagi murid khas yang memiliki akal sempurna tetapi bermasalah

tingkah laku/kesukaran mengingat? Jelaskan.

B9:Apakah hukum solat Jumaat mereka jika tingkah laku dimaksudkan seperti sukar mengawal

diri dan suka bergerak? Jelaskan.

B10:Apakah hukum solat Jumaat mereka jika tingkah laku dimaksudkan melibatkan interaksi

sosial di mana murid sukar berinteraksi dan memberi respon kepada jemaah lain serta terlalu

menumpukan dunianya sendiri sehingga sukar menumpukan perhatian ketika khutbah

dengan bertindak seolah-olah berada di dunia lain? Jelaskan.

B11: Adakah perlu qada solat bagi murid-murid pendidikan khas yang wajib solat tetapi

adakalanya turut diserang sawan?

B12: Bagaimana pula bagi murid khas yang wajib solat tetapi bermasalah interaksi sosial tadi

sehingga terlepas waktu solat apabila tiada orang mengingatkannya? Jelaskan.

C. Tatacara Solat Bersesuaian Bagi Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran.

C1: Dengan kekurangan yang ada pada diri mereka, agak sukar untuk mereka melaksanakan

ibadah solat secara sempurna seperti murid normal. Apakah rukhsah yang boleh diberikan

kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran dalam pelaksanaan ibadah?

C2: Dalam pengajaran ibadah di sekolah termasuk di pendidikan khas, lafaz niat antara yang

ditekankan. Bagaimana pandangan tuan mengenainya untuk pengajaran kepada murid

pendidikan khas?

C3: Bagaimana dengan bacaan al-Fatihah dalam solat kerana bacaan yang kurang sempurna dari

segi sebutan dan ingatan seperti tertinggal atau berulang-ulang ? Jelaskan.

C4: Boleh tuan jelaskan bacaan-bacaan yang mudah untuk diaplikasikan kepada mereka untuk:

1. Rukuk.

2. Iktidal.

3. Sujud

4. Duduk antara dua sujud.

5. Tahiyyat akhir

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Page 209: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

Lampiran E1

Soalan Temu Bual Responden Guru (Kajian Rintis)

Temu bual ini dijalankan bagi memenuhi keperluan kajian yang bertajuk ‘Tuntutan Pelaksanaan

Solat Bagi Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran’. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji

kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam Model Kelas PdP Amali Solat j-

QAF di Pendidikan Khas berdasarkan syarak dan mengkaji aspek rukhsah (keringanan) dalam

niat, perlakuan dan perbuatan solat yang digunakan dalam Modul PdP Amali Solat Program j-

QAF di Pendidikan Khas bagi memudahkan penguasaan solat murid. Kerjasama daripada pihak

puan amat dihargai. Terima kasih.

A) Maklumat Demografi.

A1. Nyatakan latar belakang puan (umur, pengalaman mengajar, pengalaman terlibat dengan

Program j-QAF, tahap pendidikan tertinggi dan pengkhususan serta kelayakan ikhtisas).

B) Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran Yang Terlibat Dalam Model Kelas PdP

Amali Solat j-QAF

B1. Adakah Puan tahu mengenai syarat-syarat mukalaf? Nyatakan.

B2. Adakah Puan tahu mengenai halangan-halangan syarak? Jelaskan.

B3. Pada pandangan Puan,apakah kategori murid-murid pendidikan khas yang terlibat dalam

program j-QAF Pendidikan Khas dan kenapa?

B4. Bagaimanakah proses pemilihan murid dilakukan untuk mengikuti program j-QAF? Jelaskan.

B5. Adakah murid yang tidak terpilih diajar mengenai solat? Jelaskan.

C) Aspek Rukhsah dalam Modul PdP Amali Solat terhadap Kemudahan Penguasaan Solat

Murid Pendidikan Khas.

C1. Adakah pengajaran solat menggunakan Modul PdP Amali Solat dibekalkan sepenuhnya?

C2. Bagaimana aspek rukhsah dalam pengajaran solat diaplikasikan?

C3. Bagaimana aspek rukhsah diketengahkan dalam penilaian penguasaan solat murid?

C4. Pada pendapat puan, adakah lafaz niat solat wajar diajar atau memadai memahami intipati

niat solat?

C5. Pada pendapat puan, adakah murid bermasalah menguasai bacaan dalam solat?

C6.Pada pendapat puan, adakah murid bermasalah menguasai pergerakan dalam solat?

C7. Pada pandangan puan, adakah program j-QAF Pendidikan Khas membantu meningkatkan

penguasaan murid terhadap solat?

Page 210: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

Lampiran E2

Soalan Temu Bual Responden Guru

Temu bual ini dijalankan bagi memenuhi keperluan kajian yang bertajuk ‘Tuntutan Pelaksanaan

Solat Bagi Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran’. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji

kategori murid bermasalah pembelajaran yang terlibat dalam Model Kelas PdP Amali Solat j-

QAF di Pendidikan Khas berdasarkan syarak dan mengkaji aspek rukhsah (keringanan) dalam

niat, perlakuan dan perbuatan solat yang digunakan dalam Modul PdP Amali Solat Program j-

QAF di Pendidikan Khas bagi memudahkan penguasaan solat murid. Kerjasama daripada pihak

puan amat dihargai. Terima kasih.

A) Maklumat Demografi

A1. Nyatakan latar belakang puan merangkumi perkara-perkara berikut :

Umur: ___________________

Pengalaman mengajar di Pendidikan Khas dan Program j-QAF:________________

Tahap pendidikan tertinggi dan bidang pengkhususan:___________________

Kelayakan ikhtisas:______________

B) Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran Yang Terlibat Dalam Model Kelas PdP

Amali Solat j-QAF

B1. Adakah Puan tahu mengenai syarat-syarat mukalaf? Nyatakan.

B2. Pada pandangan Puan, apakah kategori murid-murid pendidikan khas (terencat akal, autisme,

ADHD, masalah pembelajaran spesifik) yang wajib solat?

B3. Jelaskan murid khas yang terlibat dalam program j-QAF di sekolah Puan.

B4. Adakah murid yang tidak terpilih diajar mengenai solat? Jelaskan.

C) Aspek Rukhsah dalam Modul PdP Amali Solat terhadap Kemudahan Penguasaan Solat

Murid Pendidikan Khas.

C1. Pada pendapat puan, apakah masalah yang dihadapi murid pendidikan khas dalam menguasai

pengajaran solat (seperti bacaan, pergerakan dan lain-lain)?

C2. Adakah pengajaran solat menggunakan Modul PdP Amali Solat dibekalkan sepenuhnya?

C3. Boleh puan jelaskan bagaimana aspek rukhsah atau keringanan yang puan gunakan dalam

pengajaran dan penilaian murid khas?

C4 Adakah puan mengetahui sebarang bacaan mudah selain yang terdapat dalam modul?

C5. Pada pendapat puan, adakah lafaz niat solat wajar diajar atau memadai memahami intipati

niat solat?

C6. Pada pandangan puan, adakah program j-QAF Pendidikan Khas membantu meningkatkan

penguasaan murid terhadap solat?

Page 211: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

Lampiran F1 Transkrip Responden Pakar

B1: Apakah tuntutan solat bagi murid terencat akal teruk? Jelaskan.

R1 ‘Kalau kecacatan atau kekurangannya teruk mungkin dia ke tahap gugur. Dia tiada akal.

sama dengan orang gila.’

B2: Apakah tuntutan solat bagi murid khas yang memiliki akal kurang daripada tahap

normal iaitu masih mempunyai daya kefahaman tetapi tidak mencapai tahap normal?

Jelaskan.

R1 ‘Dia ada (ahliyyatul ada’ naqisah) sekadar yang dia mampulah. Kes yang selepas akil baligh,

bagi kes-kes sindrom down ni yang melibatkan kita kata akal ni, boleh jadi taklif dia tu on

off, on off, on off. Tengok keslah, kalau kes yang teruk tu offlah (gugur tuntutan). Kalau

bila dia siuman balik, dia kembali normal atau hampir-hampir normal taklif dia kembalilah.

Itu kita kata sembahyang dia tak sah..’

R3 ‘Bagi saya tetap ada tuntutan (naqisah) bagi yang ringan dan sederhana. Sebab mereka ni

masih boleh diajar, dilatihkan? Ajar tentang ibadah. Dia boleh baca quran. Macam dia

terencat akal tapi dalam majlis tilawah tu dia bolehlah boleh sampai ke tahap itu (boleh

dilatih) baca quran...maknanya dia masih ada kewajipanlah tu untuk laksanakan tapi tidak

wajib...’

R2 ‘Tidak, dia tetap tiada ahliyyatul ada’ (walaupun naqisah)..dia ahliyyatul ada’ ni mesti

sempurna akal. Kalau kadang-kadang ada, kadang-kadang tidak, tak wajib..Dia faham tapi

tidak boleh ingat tidak boleh membezakan (mumaiyiz).’

B3: Adakah tuntutan solat murid tersebut boleh disamakan dengan kedudukan kanak-

kanak mumaiyyiz iaitu mempunyai ahliyyatul ada’ naqisah

R1 ‘Dia tak..mumaiyiz ni bukan kerana kecacatan dia tapi kerana usianya masih terlalu muda

tapi yang terencat akal ni barangkali usianya dah lanjut tapi masalah kecacatan dia tu

menyebabkan dia terkebelakang dan mungkin kadar tu berbeza-beza..Dia tak sama..kerana

mumaiyiz tu disebabkan usia dia muda tapi bila kita ajar dia, dia boleh menerima,dan

kefahaman dia sahaja belum kesampaian tapi sindrom down tu memang dia terhalang

disebabkan oleh kecacatan dia sehingga pendidikan dia pun kena pendidikan khas. Dia tak

boleh sama macam yang biasa. Maknanya benda tu menghalang dia..di luar pilihan

dia..mumaiyiz tu dak..dia tiada halangan tapi keahlian dia belum sampai.. Yang mumaiyiz

kalau duduk sama-sama mumaiyiz dia ok. Cuma bila dia diletak dengan orang yang lebih

berusia daripada dia, dia tak boleh lah..tapi ada juga yang cerdik macam Adi Putra. Jadi untuk

kita mengguna pakai hukum tu tak berapa kena..’

R3 ‘Tak sesuai..yang tu pada saya kalau kanak-kanak mumaiyiz tu kita ajar sampai tahap dia tu

dia boleh faham, buat (sampai satu tahap dia baligh dia boleh faham dan laksanakan). Dia

budak kita ( murid terencat akal) akalnye memang tak sempurna tapi mungkin pada satu

tahap yang lain tu dia boleh ikuti dan boleh berubah kepada ...maksudnye dia tak kekal tak

sempurna(boleh ikut apa yg diajar tapi lambat).’

Page 212: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

B5: Apakah tuntutan solat bagi murid khas yang memiliki akal sempurna tetapi

bermasalah tingkah laku (hiper) termasuk masalah interaksi sosial dan kesukaran

mengingat?Jelaskan.

R1 ‘..(angguk)..masih..masih dituntut..ikut kemampuan... dan dia biasa bila semakin besar makin

hilanglah dia tu (sikap hiperaktif)..’

R2 ‘Akal ok..takde masalah..wajiblah... Cuma kene latih lah lari-lari tu’

R3 ‘Wajib ..bacaan mana dia ingat dan mampu...yang mudah lupa tu...’

B6: Adakah halangan syarak gila dan atah serta kesannya terhadap tuntutan ibadah sesuai

digunakan bagi murid bermasalah pembelajaran mengikut tahap kecacatan akal

mereka? Jelaskan.

R1 ‘Boleh..boleh (halangan gila dan atah sesuai digunakan).. R3 ‘Yang teruk ya...tapi hiper, disleksia tak..budak kita akal dia di bawah paras normal, usia

mental tak sama dengan usia kronologi..takleh sama gila dan atah..pada satu tahap mereka

boleh ikut tapi lambat..’

B7: Adakah murid khas yang memiliki akal sempurna tetapi bermasalah tingkah

laku/kesukaran mengingat boleh menggunakan halangan syarak disebabkan jahil dan

bodoh? Jelaskan.

R1 ‘Ya..(sesuai kerana tidak sampai dakwah pengajaran solat)..tak faham..(angguk) hmm..’

R2 ‘Tak berapa sesuai...sebab budak-budak ni bukan bodoh tapi tabiat..akal masih ada...Jahil

pula sebab tak diajar...’

R3 ‘Jahil ni takde maklumat..bodoh pula tak sesuai kerana masih boleh dibimbing. Budak

masalah pembelajaran ni bukan tak tahu cuma IQ kurang,lambat, susah nak ingat.’

B8: Apakah hukum solat Jumaat bagi murid khas yang memiliki akal sempurna tetapi

bermasalah tingkah laku/kesukaran mengingat? Jelaskan.

R1 ‘Wajib..macam tadi..akal ada..aih takda masalah... ikut kemampuan

B9: Apakah hukum solat Jumaat mereka jika tingkah laku dimaksudkan seperti sukar

mengawal diri dan suka bergerak? Jelaskan.

R1 ‘Wajib..akal ada ..kalau dia berlari tu dah batal terus lah.....memang budak-budak normal pun

sama jugak..budak normal bergerak jugak tapi dia bergerak lagi aktif..dia budak-budak ni,

kita nak kata ni sangat pun tak jugak..sebab hadis nabi dengan cucu-cucu dia tu macam tak

diambil kira...macam langsung tak diambil kira...dia budak..dia belum mencapai tahap

mukalaf tapi kalau yang dah mukalaf..yang kes-kes ni,yang hiperaktif-hiperaktif ni, bila

mukalaf tu dah ok dah..’

Page 213: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

R3 Akal ada...wajib..tapi kene latih...sebab mereka ni semakin besar,semakin kuranglah hiper

dia..Hmm...kene latihlah’

B10:Apakah hukum solat Jumaat mereka jika tingkah laku dimaksudkan melibatkan

interaksi sosial di mana murid sukar berinteraksi dan memberi respon kepada jemaah

lain serta terlalu menumpukan dunianya sendiri sehingga sukar menumpukan

perhatian ketika khutbah dengan bertindak seolah-olah berada di dunia lain?

Jelaskan.

R1 ‘Tidak diambil kira..bagi dia ok lah (sembahyangnya sah) tapi kita tak boleh mengambil kira

dia .Katakanlah kita ada 11 orang, jumlah yang paling sedikit lah kita ambil, dan dia yang ke

12, tak boleh (dikira) walaupun dia ahli kariah. Kalau sampai 40 tu ok lah..ada 39 dan dia ke

40..boleh..boleh..tapi tidak dikira untuk jumlah minima 12 orang.’

R2 ‘Solat jumaat.. dia asalkan tak mengganggu orang lain walaupun khutbah dia tak dengar...Tapi

dia tak cukup (tak dikira ahli jemaah solat Jumaat)..sembahyang tu takpe(sah)..tapi

kesempurnaannya kurang kira dia tidak wajib ..dia tak sempurna penuh..tapi boleh

digalakkan..’

R3 ‘Wajib sembahyang bila ok bergantung tahap kewarasan atau kesedaran akal.’

B4: Adakah murid khas tersebut (akal kurang daripada tahap normal) masih perlu dididik

tentang solat? Jelaskan.

R1‘Dia berbeza di antara kes yang di bawah umur dengan kes yang lepas umur (sebelum dan

selepas baligh). Sebab cacat dan baligh ni lah..yang bawah umur ni dia..tak begitu jelas

sangat kawalan syarak terhadap dia..tidak bermakna kita tak perlu didik dia. budak-budak ada

yang sah dan tak sah kan..tapi kita kena suruh dia sembahyang..kita kena ajar dia

sembahyang..walaupun dia sembahyang tu tak sah..sah tu kemudianlah..kalau sah mak ayah

dialah dapat habuan (bila solat)..tapi kalau tak sah mak bapak dia tak salah..tapi kalau mak

bapak dia tak ajar dia sembahyang, tak asuh dia sembahyang, salahlah..salahlah..katakanlah

orang-orang yang ada anak sindrom down ni dia tidak berusaha untuk mendidik...salahlah

dia..salahlah.’

R3 ‘Berdasarkan kemampuan dia..maksudnye wajib ikut kategori dialah..sindrom pun ada

kategori dia kan? Maksudnye dia masih diajar tapi kalau yang dah tak boleh tu takde

kewajipan dah lah...’

B11: Adakah perlu qada solat bagi murid-murid pendidikan khas yang wajib solat tetapi

adakalanya turut diserang sawan?

R1 ‘Hukumnya seperti orang gila. Bila sedar solat..(hadis iza zukira...) kalau lama tak

perlulah..dia qada solat tu takda tapi yang berlaku diqiyas dengan puasa. Tetapi puasa dan

solat itu berbeza. La qiyas fil ibadah sepakat semua mazhab. Jadi kita kata sedar solatlah..’

B12: Bagaimana pula bagi murid khas yang wajib solat tetapi bermasalah interaksi sosial

tadi sehingga terlepas waktu solat apabila tiada orang mengingatkannya? Jelaskan.

Page 214: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

R1 ‘seperti tadi...Hukumnya seperti orang gila. Bila sedar solat..(hadis iza zukira...) kalau lama

tak perlulah..’

R2 ‘mmm..dia kena..(ada ahliyyatul ada’).. terlepas le (kalau tiada orang sedarkan..)

Ya..ya..(bergantung tahap kesedaran)’

R3 ‘Wajib solat..Ya ya macam hadis berkaitan mabuk (hilang akal) la taqrabu solat wa antum

sukara...bila sedar wajiblah...’

C1: Dengan kekurangan yang ada pada diri mereka, agak sukar untuk mereka

melaksanakan ibadah solat secara sempurna seperti murid normal. Apakah rukhsah

yang boleh diberikan kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah

pembelajaran dalam pelaksanaan ibadah?

R3 ‘Rukun qauli ni bacaan tak betul macam normal tapi sekurang-kurang boleh baca boleh

terima. Rukun fi’li (perbuatan) takleh nak buat secara sempurna boleh buat setakat ikut yang

mampu.’

R1 ‘Buat sekadar yang mampu... sebenarnya kita kene ajar juga (yang sempurna).. tapi bila

praktik tu setakat mana dia boleh dah ok..’

C2: Dalam pengajaran ibadah di sekolah termasuk di pendidikan khas, lafaz niat antara

yang ditekankan. Bagaimana pandangan tuan mengenainya untuk pengajaran

kepada murid pendidikan khas?

R1 ‘Emm tak payah.. Kita ajar yang betul ja kat dia..niat dalam hati bagi dia faham

macamana..bila kita bagi pendekatan kerana kita nak rai dia pasal (lafaz) niat akhirnya dia

dapat satu pendedahan yang tak tepat .. kita kena bagi tau dia contoh macamana nak niat bagi

contoh sampai dia faham..dia tak semestinya niat tu dilafazkan.. kene jelas waktu maghrib

bila, tak kan maghrib sembahyang waktu subuh...kita mengajar dia pasal waktu tu satu hal..

fahamkan maghrib tu apa , zohor tu apa..terangkan maghrib tu berapa rakaat dan bila

dilakukan bagi dia faham betul-betul..kita bagitau kat dia,sembahyang maghrib ni 3 rakaat

sahaja, yang tuntutan sembahyang ni fardu wajib kene buat, tak boleh tak buat kalau tak buat

nanti salah dosa, dia nanti faham. Satu-satu kita bagi..last sekali bila nak sembahyang

maghrib tu cane? Dia kene niat saja aku sembahyang maghrib. Cukup..mana ada maghrib

yang tak fardu, mana ada maghrib lain dari 3 rakaat sama juga yang lain-lain tapi kene

fahamkan waktu bila dibuat..’

R2 ‘Sebut sahaja aku sembahyang subuh cukup..Tak, tak payah usolli.. kita ni (orang normal) pun

tak perlu..lafaz tu cuma nak ingat sahaja. Cukup ajar sahaja aku sembahyang subuh cukup

kerana rakaat semua dah tetap...subuh memang dua rakaat dan kerana Allah. Rakaat tak sebut

pun takpe...’

C3: Bagaimana dengan bacaan al-Fatihah dalam solat kerana bacaan yang kurang

sempurna dari segi sebutan dan ingatan seperti tertinggal atau berulang-ulang ?

Jelaskan.

R1 ‘Fatihah mestilah..baca fatihah saja pun takpa..tak baca surah pun takpa..nak baca surah..bagi

surah yang pendek-pendek..Budak biasa pun sebutan tak tepat tapi kena diajar yang

betul..bila praktikal ikut kemampuan.’

C4: Boleh tuan jelaskan bacaan-bacaan yang mudah untuk diaplikasikan kepada mereka

Page 215: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

untuk:

1. Rukuk.

R1 ‘Subhana rabbiyalazim’ .

R2 ‘Bacaan biasa sampai azim sahaja pun cukup’.

R3 ‘Subhanallah..tasbih je pun takpe’

2. Iktidal.

R1 ‘Dia sunat je baca..kalau nak sampai hamidah cukup.’

R2 ‘Bacaan biasa sampai hamidah pun cukup.’

R3 ‘Sami’ allahu liman hamidah.’

3. Sujud

R1 ‘Sujud pun subhanarabbiyal‘a’la.’

R2 ‘Sama macam rukuk sampai a’la sahaja pun cukup.’

R3 ‘Sama macam rukuk (tasbih)..sunat je bacaan ni.’

4. Duduk antara dua sujud.

R1 ‘Mana yang dia ingat..kalau dia tak baca apa pun takpa..’

R2 ‘Dia bacaan ni sunat tapi kalau nak baca selawat sahaja pun takpe..kalau tak baca pun yang

penting berhenti sekejap..sama macam rukuk, sujud.’

R3 ‘Mana yang boleh.’

5. Tahiyyat akhir

R1 ‘Baca sampai habis..selawat ibrahimiyyah kerana solawatulibrahimiyyah tu juga

termasuk..solawat ibrahimiyyah tu hanya dibaca dalam sembahyang sahaja..yang di akhir tu

lah..mana ada masa lain..takdak..dan itu sebenarnya yang ditekankan..dia takyah lah baca

sayyidina sayyidina..tak payahlah..(baca allahumma salli ala muhammad hingga innaka

hamidummajid)cukuplah.sebenarnya kita kene ajar juga..kene ajar..tapi bila praktik tu setakat

mana dia boleh dah ok..’

R2 ‘Baca sampai selawat allahumma solli ala muhammad wa ala ali muhammad sahaja pun

cukup. Selawat ibrahimiyah tak baca pun takpe..’

R3 ‘Sampai selawat atas nabi cukup.’

Page 216: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

Lampiran F2

Transkrip Responden Guru

B1: Adakah Puan tahu mengenai syarat-syarat mukalaf? Nyatakan.

RG1 ‘ mm…Islam, baligh, berakal lah..’

B2: Pada pandangan Puan, apakah kategori murid-murid pendidikan khas (terencat akal,

autisme, ADHD, masalah pembelajaran spesifik) yang wajib solat?

RG1 ‘ yang akal ok tu wajiblah…macam slow learner, disleksia..autisme yang ok tu..budak

ADHD..yang teruk tu taklah..sindrom ke..10 tahun je kira kene ajarlah budak-budak tu..’

RG2 ‘ ikut tahap IQ..akal dialah..mm yelah sindrom tu taklah.. slow learner, disleksia..ADHD..

mm kalau ok (autisme) wajiblah..macam budak kami..

B3: Jelaskan murid khas yang terlibat dalam Program j-QAF di sekolah Puan.

RG1 ‘penyelaras dah tetapkan kelas yang ikut (Program j-QAF) iaitu semua yang slow learner,

autis, disleksia (kelas 1, 2 dan 3). Kelas semua ada empat. Sindrom down yang kelas akhir

(kelas 4) ikut KSSR..tak ikut j-QAF. Kalau tambah budak baru pun berdasarkan kelas yang

ditetapkan kerana kelas ikut tahap (IQ) murid so siapa yang masuk dalam tiga kelas tadi

(kelas 1, 2 dan 3) kene ajar j-QAFlah..sini majoriti slow learner.’

B4. Adakah murid yang tidak terpilih diajar mengenai solat? Jelaskan.

RG2 ‘depa ikut KSSR..ada (belajar solat)..guna silibus KSSR tahun 1 dan 2…bacaan takde

lagi..perlakuan dulu.. dibimbing..

C1. Pada pendapat puan, apakah masalah yang dihadapi murid pendidikan khas dalam

menguasai pengajaran solat (seperti bacaan, pergerakan dan lain-lain)?

RG1 ‘depa cepat lupa..amali solat seminggu dua waktu je..minggu depan kena ulang semula…

kalau bacaan tu takde sangat(murid yang sukar kuasai bacaan dalam solat) …kalau ada pun

yang memang masalah pertuturan…kene latih tubilah..pergerakan solat ada gak (murid

bermasalah menguasai pergerakan dalam solat) tapi suruh buat gak tapi yang ada tu buat

ikut kemampuan.’

RG2 ‘budak kita cepat lupalah..kene ulang selalu lah.. kalau bacaan solat tu ada juga (murid yang

sukar kuasai bacaan dalam solat)..kalau kalimah panjang-panjang…tersekat-sekat lah contoh

asyhadu dia tersekat-sekat asyh…hadu…tak sekali bacanye…pergerakan solat yang tu ada

(murid bermasalah menguasai pergerakan dalam solat) …yang mana yang obes tu ke…nak

duduk..nak lipat kaki..nak rukuk…kaki tu kita kene lipat kaki dia..perbetulkan…ikut mana

boleh.’

C2. Adakah pengajaran solat menggunakan Modul PdP Amali Solat dibekalkan

sepenuhnya?

RG1 ‘ya..guna macam dalam modul lah..ajar lengkap..’

Page 217: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

C3. Boleh puan jelaskan bagaimana aspek rukhsah atau keringanan yang puan gunakan

dalam pengajaran dan penilaian murid khas?

RG1 ‘ajar memang ikut modul..lengkaplah..tapi ikut kemampuan murid lah..sebutan mana yang

memang masalah tu..perlakuan pun yang takleh sangat ikut yang mana depa boleh

buat..penilaian pun ikut tahap budak kalau lemah..sederhana.. macam dalam buku

panduan.’

C4 Adakah puan mengetahui sebarang bacaan mudah selain yang terdapat dalam modul?

RG1 ‘mm..takdelah..yang tulah (seperti yang biasa dibaca)..ikut modul tulah…budak pun yang

susah sikit kuasai bacaan panjang macam duduk dua sujud, tahiyat ke..lain (rukun selain

keduanya) bolehlah sebab dah biasa dengar..

RG2 ‘ada ke?..tau yang biasa kita bacalah..macam dalam modul tu lah..tapi elok juga kalau ada

bacaan-bacaan lain lebih mudah..permudahkan…seronok juga budak-budak dapat.’

C5. Pada pendapat puan, adakah lafaz niat solat wajar diajar atau memadai memahami

intipati niat solat?

RG1 ‘Lafaz tu perlu ajar, yelah nak solat.. Takde masalah (untuk murid ingat)…budak majoriti

slow learner.. Perlu ajar dulu pasal waktu, rakaat , niat dalam hati...pastu baru ajar lafaz…

RG2‘Tapi kalau sini macam usolli tu buat cam lagu tau…benda tu juga yang tarik minat

budak..tu yang rasa nak ajar jugak tu..tapi kita ajar juga di samping tu benda ni niat..niat

katne? Kat hati..lagipun budak-budak ramai slow learner jadi takde masalah sangat kalau

lafaz tu (untuk murid ingat)…’

C6. Pada pandangan puan, adakah program j-QAF Pendidikan Khas membantu

meningkatkan penguasaan murid terhadap solat?

RG1 ‘Ya (membantu meningkatkan penguasaan solat murid)…ada perubahan (peningkatan pada

rekod penilaian murid)…lagipun dia sepanjang depa ada kat sekolah belajar..kira ulang-

ulang selalu..’

RG2 ‘Ya sangat-sangat (membantu meningkatkan penguasaan solat murid)…sebelum ni takde

(Program j-QAF)..ada, budak lagi dekat dengan solat..al-Quran.’

Page 218: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

Lampiran G

Rumusan Senarai Semak Pencapaian Amali Solat Murid (Jan –Julai 2013)

Tajuk

Bilangan Pencapaian Murid ( jumlah murid 22 orang )

Jan

Feb Mac Apr Mei Jun Jul

1. Niat Solat

10 22

2. Takbiratulihram

10 22

100%

capai

3. Membaca al-Fatihah

17 22

100%

capai

4. Rukuk

15 22

100%

capai

5. Iktidal

13 22

100%

capai

6. Sujud

10 22

100%

capai

7. Duduk antara dua sujud

8 18

baki 4

8. Tahiyat akhir

2

baki

20

9. Selawat ke atas nabi

Belum diajar

10. Salam

Belum diajar

Page 219: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

Lampiran A

Page 220: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

Lampiran B

Page 221: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

Lampiran C

Page 222: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

Lampiran H

Page 223: PELAKSANAAN SOLAT BAGI MURID-MURID BERMASALAH …€¦ · Saya tidak memplagiat dan a-apa penggunaan mana-mana pa ... 5.5 Rumusan 174 RUJUKAN 176 LAMPIRAN . xi SENARAI JADUAL No

Lampiran I