rumusan karangan

2
Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang mewujudkan semangat kejiranan dan kekangan dalam melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pelbagai usaha harus dilakukan untuk mewujudkan semangat kejiranan. Langkah primer yang harus diambil ilah mengadakan aktiviti gotong-royong dalam kalangan masyarakat. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal- kenalan antara satu dengan yang lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis rumah terbuka ketika sambutan hari perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga tanpa mengira usia dan latar belakang. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, dan terompah gajah. Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan dan pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Malah, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung- mengunjungi dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat. Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Selain itu, semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Proses ini perlu dilakukan secara berterusan, barulah kesannya dapat dilihat dalam jangka masa panjang. Bagi jiran yang telah berkeluarga, amalan saling membantu ketika menghadapi masalah juga dapat mewujudkan semangat kejiranan. Biasanya, bantuan atau pertolongan ketika menghadapi sesuatu bencana seperti kebakaran dan kemalangan lebih meninggalkan kesan yang berpanjangan dalam semangat keijranan. Masyarakat di sesuatu tempat boleh memupuk semangat kejiranan dengan menubuhkan pasukan Rukun Tetangga atau RELA. Badan sukarela ini pasti akan menyumbang kepada ikatan semangat kejiranan yang berpanjangan. Pasukan Rukan Tetangga atau RELA juga dapat melindungi masayarakat setempat daripada kegiatan jenayah seperti mencuri dan merompak. Apabila situasi ini berlaku, masyarakat hidup dalam keadaan yang selamat. Sama ada kita sedar atau tudak, media massa banyak mempengaruhi kehidupan seharian kita. Peranan yang boleh dimainkan oleh media seperti stesen televisyen menayangkan filem boleh memupuk semangat kejiranan. Selain itu, iklan dan lagu bermesej amalan semangat kejiranan juga boleh dijadikan sebagai program harian televisyen. Akhbar dan majalah juga perlu

Upload: shouqshuk

Post on 11-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ni afiq punya

TRANSCRIPT

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang mewujudkan semangat kejiranan dan kekangan dalam melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pelbagai usaha harus dilakukan untuk mewujudkan semangat kejiranan. Langkah primer yang harus diambil ilah mengadakan aktiviti gotong-royong dalam kalangan masyarakat. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat.Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis rumah terbuka ketika sambutan hari perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga tanpa mengira usia dan latar belakang. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, dan terompah gajah. Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan dan pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Malah, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat. Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Selain itu, semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Proses ini perlu dilakukan secara berterusan, barulah kesannya dapat dilihat dalam jangka masa panjang.Bagi jiran yang telah berkeluarga, amalan saling membantu ketika menghadapi masalah juga dapat mewujudkan semangat kejiranan. Biasanya, bantuan atau pertolongan ketika menghadapi sesuatu bencana seperti kebakaran dan kemalangan lebih meninggalkan kesan yang berpanjangan dalam semangat keijranan. Masyarakat di sesuatu tempat boleh memupuk semangat kejiranan dengan menubuhkan pasukan Rukun Tetangga atau RELA. Badan sukarela ini pasti akan menyumbang kepada ikatan semangat kejiranan yang berpanjangan. Pasukan Rukan Tetangga atau RELA juga dapat melindungi masayarakat setempat daripada kegiatan jenayah seperti mencuri dan merompak. Apabila situasi ini berlaku, masyarakat hidup dalam keadaan yang selamat.Sama ada kita sedar atau tudak, media massa banyak mempengaruhi kehidupan seharian kita. Peranan yang boleh dimainkan oleh media seperti stesen televisyen menayangkan filem boleh memupuk semangat kejiranan. Selain itu, iklan dan lagu bermesej amalan semangat kejiranan juga boleh dijadikan sebagai program harian televisyen. Akhbar dan majalah juga perlu memuatkan gambar dan rencana tentang aktiviti yang dapat memupuk semangat kejiranan. Pihak kerajaan pula boleh melaksanakan kempen Minggu Kesedaran Semangat Kejiranan. Sebenarnya, semangat kejiranan memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Mengukuhkan Hubungan Kejiranan,oleh Liaw Yung May, Dewan Siswa, April 2013)

Berdasarkan petikan rumusan, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1.Berikan maksud rangkai kata kesan yang berpanjangan.[ 2 markah ]2.Pengarang menyatakan beberapa faedah apabila wujudnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. [ 3 markah ]3.Pada pendapat anda, mengapakah semangat kejiranan masih terdapat di sesetengah kawasan luar bandar?Kemukakan dua pendapat anda.[ 4 markah ]