rumusan kajian2 lepas

Upload: ccempayar-empayar

Post on 06-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Rumusan Kajian2 lepas

    1/3

    Rumusan Kajian Kajian Lepas

    Dimitri A. Christakis and Frederick J. Zimmerman ( 2007 ). Satu kajian telah dibuat dengan

    melihat kesan rancangan televisyen ganas pada tingkah laku kanak-kanak prasekolah yang

    berumur 2 hingga 5 tahun yang boleh dikaitkan dengan tingkahlaku antisosial di peringkat

    persekolahan 7 hingga 10 tahun. Dimitri dan Frederick mengaitkan kajian mereka dengan

    pemboleh ubah status ekonomi dan latarbelakang sosial sebagai sampel kajian. Daripada

    dapatan kajian ini, yang melibatkan seramai 184 kanak-kanak lelaki dan 146 kanak-kanak

    perempuan menampakkan keputusan bahawa rancangan television ganas sememangnya

    menunjukkan keputusan dimana melihatkan kanak-kanak kecil ini terpengaruh secara

    langsung dengan adegan ganas yang dpertontonkan dan mempengaruhi tingkahlaku mereka

    menjadi ganas dan tidak terkawal. Ujian dan pemerhatian kajian ini juga melihat hubungkait

    yang rapat dengan tingkahlaku murung dan antisosial kanak-kanak ini apabila mereka

    menempuh alam persekolahan peringkat rendah. ( 7 hingga 10 tahun ).

    Sumber :

    Behavior During School Age Violent Television Viewing During Preschool Is Associated

    With AntisocialDimitri A. Christakis and Frederick J. Zimmerman Pediatrics 2007;120;993

    Perubahan dasar kerajaan yang memberikan lesen untuk mengendalikan perkhidmatan siaran

    kepada beberapa stesyen televisyen dan radio swasta bagi merancakkan lagi perkembangan

    media massa di Malaysia. Hasilnya, media menjadi penyumbang utama kepada corak

    kehidupan belia hari ini (Samsudin A.Rahim, 1998 : 92). Abdullah Sulong & Mawaddah

    Abdullah ( 2010 ) membuat kajian bagi mengenal pasti pengaruh media elektronik terhadap

    keruntuhan akhlak pelajar Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan di dapati bahawa

    permasalahan akhlak pelajar dapat dilihat dengan kecenderungan pelajar menghabiskan masa

    untuk berhibur dan kurang menjalankan kerja-kerja yang berfaedah. Sebagai

    contohnya,sebanyak 89.7% pelajar lebih gemar menonton rancangan hiburan realiti seperti

    Akademi Fantasia Selain itu, sebanyak 89.6% pelajar lebih suka meluangkan masa

    menonton rancangan televisyen serta melayari internet atau berchattingbagi mengurangkan

    tekanan kerja yang mereka hadapi. Kesimpulan kajian ini melihat 4 pengaruh utama yang

    berkaitan dengan rancangan televisen.

  • 8/3/2019 Rumusan Kajian2 lepas

    2/3

    Pengaruh pertama yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah kandungan bahan-bahan yang

    ditayangkan sebanyak 87.3% pelajar sangat menyukai drama atau filem yang berunsurkan

    cinta dan komedi kerana bagi mereka ia sangat menghiburkan hati. Pengaruh kedua yang

    dibincangkan dalam bahagian ini ialah dari segi penayangan waktu siaran analisis bagi

    keseluruhan min yang diperolehi berada pada tahap yang sederhana iaitu 3.10. Berdasarkan

    analisis ini jelas menunjukkan bahawa penayangan waktu siaran boleh mempengaruhi

    keruntuhan akhlak pelajar di mana mempunyai nilai min keseluruhan yang berada pada tahap

    yang tinggi. Pengaruh ketiga yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah dari segi

    pemantauan ibu bapa berdasarkan peratusan ini jelas menunjukkan bahawa majoriti ibu bapa

    pelajar sangat prihatin dan mengambil berat akan setiap rancangan yang ditonton oleh anak

    mereka agar bersesuaian dengan peringkat umur mereka serta tidak merosakkan akhlak

    mereka. Pengaruh keempat yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah dari segi penampilan

    personaliti televisyen. Hasil kajian mendapati sebanyak 89.6% pelajar berminat dengan cara

    berpakaian yang disiarkan di dalam drama atau filem kerana bagi mereka ia mencerminkan

    fesyen berpakaian masa kini.

    Sumber : Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar

    Abdullah Sulong & Mawaddah Abdullah 2010

    Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

    http://eprints.utm.my/10835/1/Pengaruh_Media_Elektronik_Terhadap_Keruntuhan_Akhlak_Pelajar.pdf

    Samsudin A.Rahim (1998),Pembangunan,Ketembusan Media dan Identiti Budaya Remaja,Kumpulan Penyelidik IRPA Media dan Identiti Budaya, Universiti Kebangsaan

    Malaysia

    L. Rowell Huesmann, Jessica Moise-Titus, Cheryl-Lynn Podolski, and Leonard D. Eron

    ( 2003 ) mengkaji hubungan antara pendedahan kanak kanak kepada keganasan TV dan

    perlakuan agresif semasa mereka meningkat kealam usia remaja. Secara keseluruhan, kajian

    ini menunjukkan bahawa kedua-duanya kanak-kanak lelaki dan perempuan diletakkan ditahap yang tinggi untuk berisiko melakukan tingkahlaku agresif apabila meningkat ke alam

    remaja. Rowell dan rakan-rakannya menyarankan beberapa pandangan dalam kajiannya

    supaya menjadi panduan kepada masyarakat. Terdapat 4 rumusan dan cadangan beliau.

    Pertama, kita sentiasa peka terhadap rancangan yang ditonton oleh anak-anak. Kawalan

    keluarga terhadap apa yang dipertontonkan adalah memberi peratusan yang besar terhadap

    tingkahlaku kanak-kanak ini. Kedua, masyarakat juga perlu sedar bahawa keganasan dalam

    media boleh menjejaskan psikologi kanak-kanak muda ini. Kebanyakan teori dan pandangan

    ahli psikologi dan sosiologi menyokong pandangan ini. Ketiga, para remaja dan golongan

    http://eprints.utm.my/10835/1/Pengaruh_Media_Elektronik_Terhadap_Keruntuhan_Akhlak_Pelajar.pdfhttp://eprints.utm.my/10835/1/Pengaruh_Media_Elektronik_Terhadap_Keruntuhan_Akhlak_Pelajar.pdfhttp://eprints.utm.my/10835/1/Pengaruh_Media_Elektronik_Terhadap_Keruntuhan_Akhlak_Pelajar.pdfhttp://eprints.utm.my/10835/1/Pengaruh_Media_Elektronik_Terhadap_Keruntuhan_Akhlak_Pelajar.pdf
  • 8/3/2019 Rumusan Kajian2 lepas

    3/3

    dewasa juga perlu menghadkan untuk menonton rancangan-rancangan yang berunsurkan

    jenayah dan ganas. Hal ini boleh mengakibatkan situasi tersebut dijadikan contoh atau model

    maya dalam kotak fikran kanak-kanak. Secara tidak langsung, ia akan mengakibatkan kesan

    yang tidak baik suatu masa nanti. Akhir sekali, kita perlu sedar bahawa industri filem-filem

    jenayah dan ganas ini mempunyai kuasa ekonomi yang sangat besar. Oleh yang demikian,

    sebagai masyarakat umum perlu sentiasa peka dan bersungguh-sungguh untuk mengawal

    kanak-kanak supaya dapat membezakan rancangan tv yang baik dan berinformasi.

    Sumber : Longitudinal Relations Between Childrens Exposure to TV Violence and

    Their Aggressive and Violent Behavior in Young Adulthood: 19771992

    L. Rowell Huesmann, Jessica Moise-Titus, Cheryl-Lynn Podolski, and Leonard D. Eron

    University of Michigan . Developmental Psychology by the American Psychological

    Association, Inc.

    2003, Vol. 39, No. 2, 201221