rph putaran roda

3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Tahun 4 Kelas : Tahun 4A Tema/tajuk : Gimnastik asas / Putaran roda Masa : 7.30 pagi – 8.00 pagi (30 minit) Standard Pembelajaran : 1.4.1, 2.4.1, 5.4.3 Objektif Pembelajaran : Psikomotor : Berkebolehan melakukan sekurang-kurangnya 2 putaran roda dengan lakuan betul. Kognitif : Berkebolehan menyatakan langkah-langkah dan mengaplikasi konsep putaran dalam pergerakan Afektif : Mendisiplinkan diri ketika melakukan aktiviti dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kumpulan Elemen Merentas Kurikulum : KBKK : Mengkordinasikan anggota badan dengan teknik yang betul Penerapan Nilai : Keberanian, keyakinan, kerjasama Penggabungjalinan : Sains

Upload: mohd-shadon

Post on 23-Oct-2015

194 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

RPH kemahiran putaran roda PJ Tahun 4

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Putaran Roda

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Tahun 4

Kelas : Tahun 4A

Tema/tajuk : Gimnastik asas / Putaran roda

Masa : 7.30 pagi – 8.00 pagi (30 minit)

Standard Pembelajaran : 1.4.1, 2.4.1, 5.4.3

Objektif Pembelajaran :

Psikomotor : Berkebolehan melakukan sekurang-kurangnya 2 putaran roda dengan

lakuan betul.

Kognitif : Berkebolehan menyatakan langkah-langkah dan mengaplikasi konsep

putaran dalam pergerakan

Afektif : Mendisiplinkan diri ketika melakukan aktiviti dan mempunyai komitmen

yang tinggi terhadap kumpulan

Elemen Merentas Kurikulum :

KBKK : Mengkordinasikan anggota badan dengan teknik yang betul

Penerapan Nilai : Keberanian, keyakinan, kerjasama

Penggabungjalinan : Sains

Bahan Bantu Belajar : Peti lombol / bangku panjang, tilam gimnastik, kad tugasan, skital

Penilaian PdP : Pemerhatian dan senarai semak

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :

1. Memanaskan badan – Ikut ketua.

- Guru memberi 3 kad tugasan kepada ketua; burung, beruang, kanggaru

Page 2: Rph Putaran Roda

- Murid-murid melakukan pergerakan haiwan-haiwan tersebut mengikut ketua dalam

kawasan yang ditetapkan.

2. Guru demonstrasi putaran roda kepada murid.

- Dengan menjadikan seorang murid sebagai model, guru menunjukkan cara melakukan

putaran roda.

3. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil dan melakukan akiviti secara berpasangan.

- Guru mengawasi dan memberi bimbingan semasa murid melakukan aktiviti putaran roda.

4. Persembahan/ permainan kecil - Kereta bergerak.

- Murid berbaris dalam satu barisan panjang. Murid pertama membuat putaran roda dan

menyentuh tangan murid kedua. Aktiviti putaran roda berterusan hingga peserta yang

terakhir.

5. Menyejukkan badan.

Pergerakan robot –berjalan seperti robot

Refleksi : 25/30 orang murid dapat menguasai putaran roda. 5 orang murid perlu diberikan

latihan pemulihan.