rph pengajian am

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Pengajian Am Mata Pelajaran : Pengajian Am (Penggal 1) Tingkatan : 6 UKM Tarikh/ Hari : 1 Julai 2014 / Selasa Masa :8.00 pagi – 8.40 pagi (1 waktu P & P) Bilangan Pelajar : 30 orang : Lelaki : 10 orang Perempuan : 20 orang Topik : Malaysia dan Negara Luar Subtopik : Hubungan diplomatik - Faktor penentu dasar luar Objektif umum : Pada akhir pengajaran, pelajar dapat : 1) Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia. 2) Menjelaskan faktor kepimpinan dan perkembangan dasar luar Malaysia semasa era kepimpinan lima Perdana Menteri. 3) Menerangkan dasar-dasar luar yang dilaksana kerajaan demi menjaga kedaulatan negara..

Upload: syedsaifullah123

Post on 17-May-2017

812 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Pengajian Am

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANPengajian Am

Mata Pelajaran : Pengajian Am (Penggal 1)

Tingkatan : 6 UKM

Tarikh/ Hari : 1 Julai 2014 / Selasa

Masa :8.00 pagi – 8.40 pagi (1 waktu P & P)

Bilangan Pelajar : 30 orang

: Lelaki : 10 orang

Perempuan : 20 orang

Topik : Malaysia dan Negara Luar

Subtopik : Hubungan diplomatik

- Faktor penentu dasar luar

Objektif umum : Pada akhir pengajaran, pelajar dapat :

1) Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia.

2) Menjelaskan faktor kepimpinan dan perkembangan dasar luar Malaysia semasa era kepimpinan lima Perdana

Menteri.

3) Menerangkan dasar-dasar luar yang dilaksana kerajaan demi menjaga kedaulatan negara..

Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah tahu mengenai sejarah kemerdekaan negara.

KBKK : Menjana idea, kefahaman, membina pengetahuan, menerang dan membuat rumusan

Nilai murni : Menghormati guru, bekerjasama, bersemangat patriotik, menghargai keamanan, bersyukur

Page 2: RPH Pengajian Am

Strategi pengajaran : Berpusatkan guru dan pelajar.

Alat bantu mengajar/ ABM : Kertas mahjong, pen marker

Fasa/masa Kandungan CatatanAktiviti guru Aktiviti pelajar

Set Induksi(5 minit)

Pengenalan/Pra Pengajaran :Salam, Apa khabar semua? Sila duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk belajar.Doa mula pelajaran

Set Induksi :

Cikgu tulis perkataan “RAHMAN” di papan tulis. Kemudian cikgu tanya kepada pelajar apa yang cuba cikgu sampaikan.

1. Guru memberi salam dan bertanya khabar kepada pelajar. Guru arah murid duduk di tempat masing-masing dan sedia untuk belajar.2. Guru tulis perkataan “Rahman” pada papan putih.3. Guru bertanya kepada pelajar mengenai perkara yang dimaksudkan dengan perkataan berkenaan.

1. Pelajar menjawab salam dan duduk di tempat masing-masing.2.Pelajar sukarela/dipanggil untuk menjawab soalan guru.

Guru perlu mengetahui kesediaan murid belajar.

Nilai murni :Menghormati guru, bertanggungjawab

Kaedah :Soal jawab

KBKK : Menjana idea

Langkah 1(15 minit)

Tajuk pelajaran kita pada hari ini ialah perkembangan dasar luar negara.(faktor kepimpinan)

Perkembangan ialah perubahan dasar luar yang berlaku sepanjang era kepimpinan lima Perdana Menteri Malaysia.

Antara faktor penentu dasar luar negara ialah pemimpin dan beberapa faktor lain.Faktor lain seperti sejarah, faktor dalaman,

1) Guru memberitahu pelajar tajuk pelajaran pada hari ini.2) Guru menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia3) Guru menjelaskan perkembangan dasar setiap era pemimpin negara.

1) Pelajar mendengar penerangan guru mengenai tajuk pelajaran pada hari.2) Pelajar mendengar penjelasan guru mengenai beberapa faktor penentu dasar luar3) Pelajar mendengar penjelasan guru berkenaan perkembangan yang berlaku dalam dasar-dasar luar dan

ABM :Buku teks pengajian am penggal 3

Kaedah :Penerangan

KBKK :KefahamanMembina pengetahuan

Page 3: RPH Pengajian Am

dan faktor luaran.

Hari ini faktor kepimpinan.

Bermula dengan era Tunku Abdul Rahman sehingga sekarang Dato Seri Mohd Najib.

mencatat nota.

Langkah 2(10 minit)

Aktiviti perbincanganSetiap pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan mewakili setiap era kepimpinan kerajaan

Kumpulan1 : Era Tunku Abdul RahmanKumpulan 2 : Tun Abdul RazakKumpulan 3 : Tun Hussein OnnKumpulan 4 : Tun Dr MahathirKumpulan 5: Tun Abdullah BadwiKumpulan 6 : Dato Seri Najib

Setiap kumpulan perlu terangkan dasar-dasar yang dilaksanakan semasa era kepimpinan enam Perdana Menteri berkenaan. Hasil perbincangan perlu ditulis atas kertas mahjong.Guru akan pilih 2 kumpulan untuk buat perbentangan. Jadi setiap kumpulan perlu sedia.

Boleh merujuk buku.

1) Guru bahagikan pelajar kepada enam kumpulan.2) Setiap kumpulan dapat satu tajuk/era kepimpinan kerajaan.3) Guru memberikan masa kepada kumpulan untuk berbincang. 4) Guru memanggil kumpulan secara rawak untuk membuat perbentangan hasil perbincangan mereka.

1) Pelajar membentuk kumpulan masing-masing2) Pelajar mendapat tajuk perbincangan dalam kumpulan masing-masing.3) Pelajar berada dalam kumpulan dan berbincang tugasan yang diberikan.4) Kumpulan terpilih membuat perbentangan di hadapan kelas selama 3 minit.

Nilai :Bersemangat patriotikKerjasama

ABM Kertas mahjongMarker pen

Masa perbincangan selama 5 minit.Masa perbentangan 3 minit setiap kumpulan.Guru membetulkan jika terdapat kesilapan fakta.Kumpulan yang tidak membuat perbentangan perlu hantar hasil perbentangan kepada guru untuk disemak. Setelah disemak dan semua betul, hasil kerja pelajar berkenaan ditampal di dinding kelas.

Page 4: RPH Pengajian Am

Langkah 3(7 minit)

Pengukuhan (kuiz)Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan nama kumpulan misalnya nama haiwan kesayangan mereka/ lelaki lawan perempuan

Ketua kelas bertugas mencatat nama kumpulan dan markah pada papan putih. Guru akan memberikan soalan untuk dijawab secara terbuka oleh semua pelajar. Jawapan yang betul diberikan markah 10 untuk kumpulan masing-masing.

1) Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan2) Guru bertanya soalan terbuka untuk dijawab oleh semua pelajar.

1) Pelajar mula membentuk dan berada dalam kumpulan masing-masing.2) Pelajar menjawab soalan yang ditanya oleh guru.

Nilai :Kerjasama Menghargai keamanan Bersyukur

KBKK MenerangMembuat rumusan

Penutup(3 minit)

RumusanApakah dasar-dasar luar semasa keenam-enam Perdana Menteri yang kita telah bincangkan?

Setiap pemimpin walaupun berbeza idea mempunyai impian untuk menbangun dan memajukan negara.

1) Guru bertanya pelajar tentang dasar luar semasa era kepimpinan Perdana Menteri.2) Guru membuat rumusan keseluruhan isi pelajaran hari ini.

1) Pelajar menjelaskan dasar luar semasa era kepimpinan enam Perdana Menteri. 2) Pelajar mendengar rumusan guru dan membuat refleksi.

Nilai:Menghormati guru

Refleksi: