rph pengajaran makro n mikro.docx

15
[NOR ROZITAAINI BT YAACOB] Tingkatan : 2 Ibnu Sina Bilangan Pelajar : 25 orang Tarikh: 17 Mac 2014 Masa: 60 init Tajuk:!arangan Ber"asarkan Bahan #angsangan $ Punca%&unca Berlakun'a Masalah Sosial "ala !alangan Pelajar Sekolah ( Bi"ang: Inter&ersonal "an akluat )*SI+ P,MB,+*-*#*. )/#*I*. )*SI+ P,MB,+*-*#*. !/S /T*M* )*SI+ P,MB,+*-*#*. )/#*I*. )*SI+ P,MB,+*-*#*. !/S /T*M* 2 1 Mencetuskan i"ea 'ang bernas seasa eberikan &en"a&at "ala &erbincangan !/S S*MPI.3*. 1 Menggunakan kata istilah rasa rangkaikata &eribahasa "an a'at 'ang te&at serta in"ah untuk en'a&aikan akluat secaratersusun "an kohesi *ras 1iii Meberikan &en"a&at "enganengeukakan contoh 'ang sesuai *ras 1i Meberikan &en"a&at "engan alasan 'ang sesuai untuk ebuat &ebentangan 2 1 Mencetuskan i"ea 'ang bernas seasa eberikan &en"a&at "ala &erbincangan !/S S*MPI.3*. 1 Menggunakan kata istilah rasa rangkaikata &eribahasa "an a'at 'ang te in"ah untuk en'a&aikan akluat secara tersusun "an kohesi *ras 1iii Meberikan &en"a&at "engan engeukakan contoh 'ang sesuai *ras 1i Meberikan &en"a&at "engan alasan'ang sesuai untuk ebuat &ebentangan bjekti : Pa"a akhir &elajaran &elajar "a&at 8 1 Meberikan sekurang%kurangn'a tiga &unca tentang asalah sosial "ala kalangan Pelajar Sekolah 2 Mengeukakan sekurang%kurangn'a tiga !ata !erja 'ang ter"a&at "ala keratan akhba 'ang "ie"arkan 9 Menulis !arangan +engka& Punca%Punca Berlakun'a Masalah Sosial "ala !alangan Pelajar Sekolah; Siste Bahasa :Tatabahasa $ !ata !erja ( "an Sintaksis !eahiran Bahasa:Men"engar Mebaca Bertutur "an Mebaca

Upload: nor-rozitaaini-yaacob

Post on 05-Oct-2015

56 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

NOR ROZITAAINI BT YAACOB

[NOR ROZITAAINI BT YAACOB]February 5, 2014

Tingkatan : 2 Ibnu SinaBilangan Pelajar : 25 orangTarikh: 17 Mac 2014Masa: 60 minitTajuk:Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan ( Punca-punca Berlakunya Masalah Sosial dalam Kalangan Pelajar Sekolah )Bidang: Interpersonal dan maklumatHASIL PEMBELAJARAN HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN FOKUS UTAMAHASIL PEMBELAJARANHURAIAN HASIL PEMBELAJARAN

FOKUS UTAMA2.1 Mencetuskan idea yang bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan

FOKUS SAMPINGAN9. 1 Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkaikata, peribahasa, dan ayat yang tepat serta indah untuk menyampaikan maklumat secaratersusun dan kohesifAras 1iii. Memberikan pendapat denganmengemukakan contoh yang sesuai

Aras 1iv. Memberikan pendapat dengan alasan yang sesuai untuk membuat pembentangan

2.1 Mencetuskan idea yang bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincanganFOKUS SAMPINGAN9. 1 Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkaikata, peribahasa, dan ayat yang tepat serta indah untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesifAras 1iii. Memberikan pendapat dengan mengemukakan contoh yang sesuaiAras 1iv. Memberikan pendapat dengan alasanyang sesuai untuk membuat pembentanganObjektif: Pada akhir pelajaran, pelajar dapat ;1. Memberikan sekurang-kurangnya tiga punca tentang masalah sosial dalam kalangan Pelajar Sekolah2. Mengemukakan sekurang-kurangnya tiga Kata Kerja yang terdapat dalam keratan akhbar yang diedarkan3. Menulis Karangan Lengkap Punca-Punca Berlakunya Masalah Sosial dalam Kalangan Pelajar SekolahSistem Bahasa :Tatabahasa ( Kata Kerja ) dan Sintaksis Kemahiran Bahasa:Mendengar, Membaca, Bertutur dan MembacaPengisian Kurikulumi. Nilai:Keyakinan, Keberanian, Kerjasama, Ketekunanii. Ilmu:Bahasa Melayu dan Pendidikan Sivikiii. KBT:KBKK ( Menjana Idea, Merumuskan )

LangkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran & PembelajaranABM/Nilai/KBT/Catatan

Set induksi ( 5 minit )

Lakonan( Buli )

-Pelajar melakonkan babak buli dalam kalangan pelajar sekolah.-Pelajar memberikan respons terhadap lakonan.i.Apakah yang berlaku dalam lakonan tersebut? ii.Apakah punca perkara tersebutberlaku ?- Apabila pelajar memberikan respons mereka terhadap lakoanan tersebut, guru mengaitkannya dengan pengajaran hari ini iaitu Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan (Punca-punca Berlakunya Masalah Sosial dalam Kalangan pelajar Sekolah )ABM :Lakonan Murid

Induksi Set Tercapai

Langkah 1( 10 minit )Tayangan Video( bercerita )- Tayangan video Ankku Sazali.- Murid bercerita salahlaku pelajar berdasarkan video.- Guru merangsang pelajar dengan beberapasoalan iaitu ;i. Berikan contoh masalah sosial yangberlaku dalam kalangan pelajarsekolah?ii.Apakah punca yangmenyebabkan masalah sosial berlaku ?iii. Apakah langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini daripada terus meruncing ?- Setelah itu, guru memilih seorang pelajarsecara rawak untuk memberikan pendapat tentang masalah sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah pada masakini.- Guru memberi respons terhadap pendapat pelajar tersebutBBM : ICT

Teknik :i.Berceritaii. Soal-jawab

Nilai :i.Keyakinanii.Keberanian

KBT :KBKK (PembelajaranKontekstual)

Objektif 1 tercapai

Langkah 2Kata Kerja- Guru meminta pelajar untuk mengenal pasti kata kerja yang terdapat dalam tayangan video tersebut. - Setelah itu, guru memilih lima pelajar secara rawak untuk mengemukakan Kata Kerja yang dicari. - Pelajar membina ayat menggunakan kata keja tersebut dalam buku latihan.- Guru memurnikan jawapan pelajar.BBM :Buku latihan( Kata Kerja )

Nilai :i.Keyakinanii. Keberanian

Objektif 2 tercapai

Langkah 3

TugasanKumpulan 1Pendahuluan, Punca Pertama, Punca Kedua,Punca Ketiga, Penutup.- Guru membahagikan pelajar kepada lima kumpulan- Setiap kumpulan perlulah dianggotai oleh lima orang ahli-Setiap kumpulan perlulah melantik ketua kumpulan, Pencatat, dan juga pembentang- Guru meminta wakil setiap kumpulan untuk mengambil pen marker dan kad manila di hadapan- Setiap kumpulan akan dibahagikan tugasan mengikut pecahan tajuk dan nomborkumpulan iaitu Pendahuluan, Punca Pertama, Punca Kedua,Punca Ketiga, dan Penutup.- Setiap kumpulan perlulah menulis satuperenggan berdasarkan tajuk yang mereka dapat.- Setiap kumpulan diberikan masa selama sepuluh minit untuk menyiapkan tugasan- Guru memanggil wakil setiap kumpulan untuk membentangkan hasil tugasan mereka- Pembentangan dimulakan oleh kumpulan satu, dua, tiga, empat dan diakhiri oleh kumpulan 5- Setelah itu, guru memberikan respons terhadap pembentangan setiap kumpulan dan memintapelajar untuk mencatatkan hasil perbincangan dalam buku latihan.-Guru memantau aktiviti pelajar

BBM- Pen maker- Kad manila- Sampul surat- gambar rangsangan-Papan putih- Buku latihan karangan

KBTKB- Menjana idea

Nilai :- Keyakinan- Keberanian

Objektif 3 tercapai

Langkah 4Cadangan Aktiviti

Pemulihan

Pengayaan

- Pelajar atau kumpulan yang kurang mahir dibantu oleh guru dengan tambahan perkataan yang berkaitan dengan tajuk.- Pelajar atau kumpulan yang mahir diminta mencari punca keempat berdasarkan situasi semasa.-Guru memungut tugasan pelajar

KBTKB- Menjana idea

Penutup( 5 minit )MERUMUSKAN PENGAJARAN-Seorang pelajar diminta untuk merumuskanpelajaran hari ini-Guru merumuskan secara keseluruhanpelajaran hari iniKBT :KBKK (Merumuskan )

PENDAHULUAN

Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat yang bermakna. Penulisan juga bermaksud penghasilan wacana yang bermakna dan bermaklumat.Ayat yang disusun ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan bercetak. Takrifan tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang yang memerlukan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya. Penulisan juga dirujuk kepada cara akal kita berfikir yang melangkaui apa yang terdaya olehnya sekiranya tanpa bantuan dan pena. Tulisan merujuk juga kepada bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi yang juga merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Rumusannya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi dan penting berbanding kemahiran bahasa lain, untuk dikuasai oleh murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk beberapa mata pelajaran lain. Dalam konteks bahasa Melayu dalam bidang penulisan agak rumit berbanding dengan lisan. Lisan boleh dipelajari dan dikuasai lebih awal iaitu peringkat umur bayi lagi berbanding dengan menulis.

KONSEP PENGAJARAN PENULISAN

Konsep penulisan yang diunjurkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan Dua menjurus kepada tiga bidang utama iaitu bidang interpersonal, maklumat, dan estetika yang berkaitan antara satu sama lain. Dalam bidang interpersonal membolehkan hubungan interaksi antara pelajar berlaku seperti perkongsian idea, secara sosial ataupun berurusan atas tujuan tertentu seperti tujuan komersial. Bahasa bertujuan menyampaikan maklumat dan ilmu kepada pihak tertentu. Penggunaan bahasa bahagian bidang estetika pula memungkinkan penguasaan dan peluang murid untuk menikmati karya sastera, bercerita, penjanaan idea secara kreatif. Bidang interpersonal menumpukan aktiviti lisan iaitu mendengar dan bertutur dan membaca dan bidang maklumat menjurus kepada membaca yang menekankan kepada dapatan ilmu dan bidang estetika pula kepada bidang menulis secara imaginatif. Walaubagaimanapun ketiga-tiga bidang ini mesti selari dan diterapkan bersama dalam pengajaran. Hasil perancangan yang kurang terancang dan mantap akan kurang mampu menghasilkan dan membina keupayaan berbahasa yang tinggi dalam kalangan murid. Konsep Pengajaran Penulisan

Bidang estetikaBidang maklumat

Bidang interpersonal

Bahasa bertujuan menyampaikan maklumat dan ilmu kepada pihak tertentu. Dan menjurus kepada membaca yang menekankan kepada dapatan ilmuMembolehkan hubungan interaksi antara pelajar berlaku seperti perkongsian idea, secara sosial ataupun berurusan atas tujuan tertentu seperti tujuan komersial. penguasaan dan peluang murid untuk menikmati karya sastera, bercerita, penjanaan idea secara kreatif.menghasilkan penulisan imaginatif.

Konsep Hasil Pembelajaran Utama Kemahiran Menulis

Hasil pembelajaran penulisan adalah berfokuskan kepada semasa proses pengajaran yang menyatupadukan penggunaan bahasa, kemahiran bahasa sistem bahasa, dan pengisisan kurikulum. Tumpuan kepada murid ini ialah penguasaan ini iaitu dua kompenan iaitu hasil pembelajaran utama dan pembelajaran khusus. Hasil pembelajaran utama merujuk kepada tafsiran objektif kurikulum dan kecekapan berbahasa dalam bidang interpersonal, maklumat, dan estetik. Hasil pembelajaran khusus pula ialah perincian kecekapan berbahasa bagi hasil pembelajaran utama iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Hasil penulisan dipertingkatkan daripada mudah kepada sukar. Murid mesti menguasai peringkat demi peringkat. Kata mudahnya hasil pembelajaran khusus itu terbina daripada hasil pembelajaran utama yang mesti dikuasai sepenuhnya oleh murid.

OBJEKTIF PENGAJARAN PENULISAN DAN HASIL PEMBELAJARAN UTAMA KEMAHIRAN MENULIS.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran pengajaran penulisan ini memudahkan guru merancang dan menyediakan satu pengajaran pembelajaran pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah murid dapat:i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan.i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

Objektif Pengajaran Penulisan dan Hasil Pembelajaran Utama Kemahiran Menulis.

ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;

iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan.

Apa yang diharapkan oleh guru ialah perubahan yang diharapkan berlaku dalam pemikiran, tindakan atau perasaan pelajar-pelajar akibat daripada perancangan pengajaran penulisan dan hasil pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dan diterimapakai oleh para pelajar. Para pelajar mampu menghasilkan sesuatu penulisan yang kreatif ataupun tidak kreatif tetapi mestilah memenuhi syarat yang betul seperti ayat yang gramatis, berilmiah, tanda bacaan yang betul, tulisan yang kemas dan jelas. Hasil penulisan juga mampu mengembangkan daya kreativiti, imaginasi,pemikiran kritis, penghayatan nilai murni melalui aktiviti menulis yang dijalankan.

Rasional Pengajaran Penulisan dan Hasil Pembelajaran Utama Kemahiran Menulis

Manusia dan illmu tidak dapat dipisahkan. Sudah menjadi resam kehidupan manusia kebanyakan daripada kita ingin berkongsi idea, perasaan, ataupun pengalaman dengan orang lain. Segala yang dilontarkan oleh penulis itu sebolehnya difikirkan ideanya oleh semua pembaca. Justeru dengan penulisan akan berlakulah penambahan pengetahuan dan maklumat baru, menyungguhkan kebenaran idea tentang sesuatu perkara yang tertentu seperti kes MH370 sekarang ini. Ada sahaja maklumat baru yang boleh kita baca dari hari ke hari. Pengajaran penulisan ini merupakan langkah kehidupan yang akan dihadapi oleh para pelajar pada suatu masa nanti apabila mereka meninggalkan alam sekolah dan menyertai kehidupan bermasyarakat. Bukankah mereka akan berhadapan dengan realiti yang sebenarnya seperti berhubung dengan pihak tertentu tentang kehidupan mereka. Contohnya penglibatan dalam perkara yang memerlukan pengesahan seperti perjanjian yang memerlukan jaminan secara putih seperti perjanjian jual beli dan sebagainya. Tak kan kita terikat dengan hanya janji mulut sahaja.Kemampuan seseorang murid di negara kita diukur dengan peperiksaan dengan cara menjawab soalan tersebut secara bertulis. Hampir semua kertas soalan perlu dijawab secara panjang lebar dalam bentuk ayat oleh calonnya. Dengan kedudukan kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa yang paling tinggi para pelajar mesti mahir menulis untuk menjawabnya. Terdapat pelajar yang gagal menjawab soalan peperiksaan bukan disebabkan mereka tidak bijak tetapi mereka gagal memiliki kemahiran menulis dengan baik sehingga mereka gagal meluahkan kebijaksanaan mereka.

(B.S.BLOOM(Ed.)(1956). TaxonomyOf Educational Objectives. Hanbook 1: Cognitive Domain) "Objektif pengajaran merupakan pernyataan yang menerangakn apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran." (R.J. Kibler, et.al(1981). Objectives for Instruction and Evaluation.) Tegasnya: Objektif pengajaran adalah suatu pernyataan yang menjelaskan hasil/produk pembelajaran yang diharapkan dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar pada akhir unit suatu pelajaran. Hasil/produk pembelajaran ini perlu dapat diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai suatu bukti objektif pembelajarn berlaku pada pelajar-pelajar. Objektif pengajaran TIDAK: memberitahu atau menerangkan kepada guru bagaimana hendak mengajar (apa kaedah/strategi pengajaran dan apa-apa jenis bantuan teknolgi yang patut di gunakan); memberitahu atau menerangkan kepada pelajar bagaimana hendak belajar.

Mengembangkan kreativiti, imaginasi,pemikiran kritis, penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis yang dijalankan.Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul.Menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, ejaan, kosa kata serta sebutan dengan intonasi yang betul dalam aktiviti bertutur, membaca dan menulis.

Hasil PembelajaranHasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang apa yang boleh dicapai oleh murid. Oleh itu, hasil pembelajaran memerlukan pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran murid. Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Selainitu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. Terdapat dua hasil pembelajaran dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu, iaitu Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus. Hasil Pembelajaran Utama dapat dicapai dengan menguasai Hasil Pembelajaran Khusus.

3.1.2 Fungsi Menulis

Ada lapan fungsi menulis kepada murid-murid dan guru, iaitu: 1 Memotivasi atau merangsang idea dan perasaan untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan. 2 Menjadikan diri mahir dalam penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata. 3 Murid-murid berpeluang untuk menerokai pelbagai bidang bahasa. 4 Memperluaskan pengetahuan dan melahirkan idea dalam bentuk penulisan. 5 Menggunakan seluruh anggota mekanis iaitu mata, tangan, akal dan lain-lain untuk merangsang pembelajaran. 6 Melatih murid mengeluarkan pendapat dan idea dalam bentuk tulisan. 7 Melatih murid menyusun huruf supaya menjadi suku kata, perkataan dan ayat. 8 Kepuasan diri kerana boleh mengemukakan idea secara bertulis untuk bacaan generasi akan datang.

3.1.3 Tujuan Menulis

Ada dua tujuan menulis, iaitu serta-merta dan lanjutan. Walau bagaimanapun, tujuan seseorang itu menulis harus dilihat dari aspek kenapa seseorang itu perlu menulis.

Tujuan Serta-merta

1 Mendirikan asas menulis yang cukup kukuh untuk membolehkan murid-murid menulis dengan baik, cekap dan pantas. 2 Membolehkan murid-murid mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembacanya. 3 Kanak-kanak mengulangi pelajaran dengan membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya. 4 Membolehkan murid-murid melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. 5 Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. 6 Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan. 7 Menyediakan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.

Tujuan Lanjutan

1 Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan. 2 Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. 3 Menyediakan murid-murid dengan pengetahuan supaya mereka dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, terutamanya untuk kepentingan diri sendiri dan masyarakat umum.

3.1.4 Jenis Kemahiran Menulis

Terdapat dua jenis kemahiran menulis, iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kedua, kemahiran menulis untuk pelahiran (mental).

1 Kemahiran menulis mekanis Merupakan kemahiran yang dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Antara aktiviti jenis ini termasuklah membuat corak, menekap dan membentuk huruf.

2 Kemahiran menulis untuk pelahiran (mental) Merupakan kemahiran menulis yang bertujuan pelahiran. Biasanya dikuasai setelah kanak-kanak memperoleh kemahiran menulis mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental dan terbahagi kepada empat bahagian, iaitu penyataan fikiran atau pendapat, pernyataan perasaan, pernyataan kehendak dan terakhir mengeluarkan pendapat yang asli.

3.1.5 Aktiviti Kemahiran Menulis

1 Kemahiran menulis mekanis (a) Latihan menulis berdasarkan beberapa bentuk geometri dan garisan yang ada mirip bentuk-bentuk huruf. Contohnya bulat (huruf O,D), segi empat sama (huruf H,L), segi tiga (A,V,W), garisan bengkok (S) dan lain-lain.

(b) Latihan menulis huruf daripada gambar. Contohnya bola sepak (O), payung (J), bumbung rumah (A), tangga (H), roti (D), tongkat (T) dan lain-lain.

(c) Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang atau huruf untuk nombor plat kenderaan.

(d) Menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.

(e) Latihan menulis huruf dalam bentuk suku mudah, iaitu seperti KV atau KVK.

(f) Latihan menamakan gambar secara terkawal. Contohnya A __ A M untuk gambar ayam, B __ L A untuk gambar bola, atau __ U K __ untuk gambar buku.

(g) Latihan menamakan gambar secara bebas, iaitu gambar dan eja.

(h) Latihan menyalin ayat atau frasa.

(i) Latihan menyalin ayat daripada buku teks.

2 Kemahiran menulis untuk pelahiran (mental)

(a) Aktiviti menyalin dan meniru lirik lagu, pantun, resipi masakan, sajak dan lain-lain.

(b) Aktiviti menghasilkan semula tulisan tanpa bahan berbentuk tulisan. Ini boleh dilaksanakan dengan memperdengarkan satu bahan mudah secara lisan menerusi pita rakaman, kemudian meminta murid menulis semula mengikut persepsi ayat sendiri sendiri.

(c) Aktiviti menggabungkan beberapa latihan. Caranya murid dikehendaki menggantikan beberapa perkataan tertentu, frasa atau perenggan dalam cerita yang diperdengarkan. Hal ini bermakna, murid menulis semula cerita atau puisi yang diperdengarkan dengan sedikit pengubahsuaian.

(d) Penulisan berpandu, iaitu murid diminta untuk menyudahkan cerita, memperluaskan perenggan atau ayat mudah dan sebagainya. Latihan pada peringkat ini memerlukan murid untuk bertindak balas secara individu.

(e) Aktiviti penulisan bebas dengan memberikan kebebasan kepada murid-murid mencipta ayat sendiri bagi melahirkan pendapat. Pada peringkat ini, hasil kerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks.

Definisi kemahiran menulis

Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi. Tulisan juga merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis juga bermaksud memzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang lain.

Konsep kemahiran menulis

Di sekolah, menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda bacaan dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Secara umumnya, terdapat beberapa konsep menulis iaitu :

menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis menulis merupakan hasil kerja penulis iaitu sebarang perkara yang diluahkan dalam bentuk huruf dan alfabet menulis merupakan huruf atau simbol yang dicetak bagi mewakili bunyi atau perkataan sesuatu bahasa menulis merupakan penggunaan huruf atau symbol bagi menggambarkan sesuatu makna menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi mempersembahkan idea dan pendapat

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Rain Shaari 2006 Dimensi Pengajaran Dan Pembelajaran, Utusan Publication & Distributor

Masalah penulisan di kalangan murid SMA Kota Gelanggi Tiga.1. Sebahagian pelajar mampu mengarang tanpa mengenalpasti isi-isi yang mempunyai pertautan dan aliran cerita yang menarik.2. Sebahagian pelajarlangsung tidak mampu mengenalpasti isi untuk digunakan untuk mengarang.3. Sebahagian pelajar kurang didedahkan dengan strategi dan teknik penulisan karangan untuk digunakan mengarang dengan baik.4.

KERATAN AKHBAR KES BULI DI SEKOLAH ( UTUSAN MALAYSIA 11/4/2013 )KUALA LUMPUR 10 April - Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kes buli pelajar di sebuah sekolah menengah di negeri itu pada awal Mac lalu yang klip rakamannya kini tersebar luas di laman sosial YouTube.Menurut kenyataan laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes itu yang berlaku di Seberang Jaya disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.Bagaimanapun, melalui maklumat diterima oleh polis, ketiga-tiga pelajar yang membuli itu telah dibuang sekolah selepas diputuskan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah," kata kenyataan itu.Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan klip video selama 1 minit 32 saat yang tersebar di laman sosial YouTube beberapa hari lalu.Rakaman itu memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah telah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di dalam sebuah bilik.Mangsa dilihat tidak melawan walaupun dia diserang secara bertubi-tubi oleh seorang remaja yang memakai baju T berwarna kelabu.Turut kelihatan di dalam klip itu ialah dua lagi remaja lain yang turut sama membelasah mangsa tanpa rasa belas kasihan dan menggunakan objek keras.Dipercayai pergaduhan itu disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan mereka hanya tertawa dan tidak membantu meleraikan pergaduhan tersebut walaupun mangsa dipukul bertubi-tubi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130411/je_01/Polis-siasat-kes-buli-pelajar#ixzz2wtYfFPgX Utusan Melayu (M) Bhd