rph mt tahun 5 kbsr

Upload: nora-hafizah

Post on 09-Mar-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN(KBSR)Tarikh:21 April 2014 (Isnin)

Kelas:Tahun 5 Bestari

Mata Pelajaran:Matematik

Bilangan Murid:34 orang

Masa :9.00 pagi 10.00 pagi (1 jam)

Tajuk :Perpuluhan

Bidang Pembelajaran:Tolak Perpuluhan

Pengetahuan Sedia Ada Murid:Murid tahu bagaimana:i. Menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang melibatkan tambah nombor perpuluhan.

Objektif Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran ini, sekurang-kurangnyai. Murid dapat menjawab 8 daripada 12 soalan menolak satu nombor perpuluhan daripada nombor perpuluhan lain sehingga tiga tempat perpuluhan setelah mendapat bimbingan guru dengan betul dan jelas.ii. Murid dapat menjawab 8 daripada 12 soalan menolak mana-mana dua nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan setelah mendapat bimbingan guru dengan betul dan jelas.

Hasil Pembelajaran:Murid berupaya untuk: i. Menolak satu nombor perpuluhan daripada nombor perpuluhan lain sehingga tiga tempat perpuluhan.ii. Menolak mana-mana dua nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan.

Kemahiran Berfikir:Menjana idea, imbas kembali, membuat keputusan, menganalisis

Nilai-nilai Murni:Kerjasama, berbuat baik sesama rakan, berani, rajin.

Bahan Bantu Belajar (BBB):Wang kertas RM 10, beg, botol minuman, makanan, papan Rumah Nombor Perpuluhan, balang, sampul set soalan, lembaran kerja, papan tanda.

Kosa Kata:Nombor perpuluhan, nilai tempat, titik perpuluhan, bentuk persamaan, bentuk lazim, perbezaan.

NORA HAFIZAH BT SUHAILI (91111-12-5796)PISMP PEMULIHAN JAN. 2011

LANGKAHISIKANDUNGANPROSEDUR PELAKSANAAN GURUAKTIVITI MURIDCATATAN

Induksi Set(5 minit)Pengenalan tajuk penolakan perpuluhan (Unsur Suspens dan Demonstrasi)Contoh soalan dan jangkaan jawapan:G: Cuba teka, apa yang ada dalam beg cikgu?M: Makanan, buku dll.G:Nyatakan harga minuman dan makanan yang cikgu tunjukkan?M: RM 2.50 dan RM 2.25.G:Berapa jumlah wang cikgu yang tinggal selepas membeli minuman dan makanan?

1. Guru menunjukkan sebuah beg yang mengandungi botol minuman dan makanan yang bertanda harga RM 3.50 dan RM 5.50.2. Guru meminta murid meneka isi kandungan dalam beg.3. Guru memilih 2 orang murid secara rawak untuk menyatakan tanda harga yang terdapat pada botol minuman dan makanan tersebut.4. Kemudian guru mengeluarkan wang bernilai RM 10 untuk tujuan membeli makanan dan minuman. 5. Guru menulis nilai wang dan makanan dan minuman yang dibeli.6. Guru bersoal jawab dengan murid tentang jumlah wang yang tinggal jika guru menggunakan duit tersebut untuk membeli makanan dan minuman.7. Guru mengaitkan soalan yang ditanya kepada murid dengan pengajaran hari ini.1. Murid memerhatikan beg yang ditunjukkan oleh guru.2. Murid meneka isi kandungan beg tersebut.3. Murid yang dipilih secara rawak menyatakan tanda harga yang terdapat pada minuman dan makanan tersebut.4. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

Nilai murni:KeberanianKerjasama

Kemahiran berfikir:Menjana idea

BBB:Wang RM10BegBotol minumanMakanan

Langkah 1(15 minit)Cara menolak nombor perpuluhan1. Isikan nombor perpuluhan mengikut nilai tempat yang betul.2. Pastikan titik perpuluhan berada dalam satu garisan lurus sebelum penolakan dilakukan.3. Tolakkan nombor di bahagian kanan terlebih dahulu.4. Tolakkan nomboh yang bersebelahan.5. Nombor yang paling kiri adalah nombor akhir sekali yang ditolak.

Cara menolak nombor perpuluhan yang tidak sama rata1. Isikan nombor perpuluhan mengikut nilai tempat yang betul.2. Susun titik perpuluhan terlebih dahulu.3. Tulis angka sifar untuk memenuhi nilai tempat yang kosong.4. Tolakkan nombor di bahagian kanan terlebih dahulu.5. Tolakkan nombor yang bersebelahan.6. Nombor yang paling kiri adalah nombor akhir sekali yang ditolak.1. Guru menunjukkan papan Rumah Nombor Perpuluhan kepada murid.2. Guru menerangkan cara menolak satu nombor perpuluhan daripada nombor perpuluhan lain menggunakan papan Rumah Nombor Perpuluhan.Contoh soalan:a) 34.05 6.92 =b) 475.9 23.064 =c) 329.04 23.541 =3. Guru menerangkan cara menolak dua nombor perpuluhan sehingga dua tempat nombor perpuluhan menggunakan papan Rumah Nombor Perpuluhan.Contoh soalan:a) 76.3 5.04 -31.872 =b) 49.8 2.5 8.306 =c) 125.7 23.09 4.027 =4. Guru memberikan beberapa soalan menolak satu dan dua nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan kepada murid untuk menguji kefahaman murid.Contoh soalan:a) 8.637 0.015 =b) 89.49 51.731 12.268 =

1. Murid memerhati papan Rumah Nombor Perpuluhan yang ditunjukkan oleh guru.2. Murid mendengar dan memerhati cara menolak satu dan dua nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan menggunakan papan Rumah Nombor Perpuluhan. 3. Murid menyelesaikan soalan yang dikemukan oleh guru.Nilai murni:Kerjasama

Kemahiran berfikir:Menganalisis

BBB:Papan Rumah Nombor Perpuluhan

Langkah 2(20 minit)Aktiviti berkumpulanPermainan Bantu Cikgu Nora.- Jawab soalan dan perbincangan.1. Guru membahagikan murid-murid kepada 7 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid.2. Guru meminta ketua kumpulan untuk mengambil soalan yang terdapat di dalam balang.3. Setiap kumpulan akan menjawab soalan yang diperoleh. Kemudian, murid akan melengkapkan maze setelah murid selesai menjawab soalan.4. Apabila murid selesai menjawab soalan, guru mengarahkan setiap kumpulan bertukar-tukar kertas jawapan.5. Kumpulan yang berjaya menyiapkan semua soalan dengan betul dan tepat akan diberi ganjaran.1. Murid duduk dalam kumpulan masing-masing.2. Ketua kumpulan tampil ke hadapan kelas mengambil soalan yang terdapat di dalam balang.3. Murid secara berkumpulan menjawab soalan dan melengkapkan maze.4. Setiap kumpulan akan bertukar kertas jawapan dan menyemak jawapan bersama-sama guru.

Nilai murni:Kerjasama

Kemahiran berfikir:MenganalisisMenjana idea

BBB:BalangSet soalan

Langkah 3(15 minit)Lembaran Kerja1. Guru menyediakan lembaran kerja untuk menguji murid-murid bagi pengajaran dan pembelajaran hari ini adalah berkesan atau tidak.1. Murid menyiapkan latihan dalam kelas semasa waktu pdp.2. Murid bertanya kepada guru jika tidak faham akan soalan yang dikemukakan.Nilai murni:Rajin

Kemahiran berfikir:Menganalisis

BBB:Lembaran kerja

Penutup(5 minit)Rumusan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran menolak dua hingga tiga tempat nombor perpuluhan.Contoh soalan dan jawapan:G: Apakah yang kita pelajari hari ini?M: Menolak nombor perpuluhan dan nombor perpuluhan.G: Nyatakan cara-cara menolak nombor perpuluhan.Langkah 1:Isikan nombor perpuluhan mengikut nilai tempat yang betul.Langkah 2: Pastikan titik perpuluhan berada dalam satu garisan lurus sebelum penolakan dilakukan.Langkah 3:Tolakkan nombor di bahagian kanan terlebih dahulu.Langkah 4:Tolakkan nombor yang bersebelahan.Langkah 5:Nombor yang paling kiri adalah nombor akhir sekali yang ditolak.1. Guru membuat rumusan tentang P&P hari ini kepada semua murid.2. Guru memilih beberapa murid secara untuk memegang papan tanda cara menolak nombor perpuluhan.3. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan cara menolak nombor perpuluhan dan nombor perpuluhan.

1. Murid mengimbas kembali perkara yang dibelajari sepanjang sesi pdp pada hari ini.2. Murid bersedia untuk mempelajari subtopik perpuluhan seterusnya.Nilai murni:Rajin

Kemahiran berfikir:Imbas kembali

BBB:Papan tanda

Catatan Refleksi Guru Pelatih:Kekuatan:________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Kelemahan dan Penambahbaikan:________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Catatan Guru Pembimbing:_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Tandatangan Guru Pembimbing

___________________________( )

Tarikh:

Catatan Pensyarah Pembimbing:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Tandatangan Pensyarah Pembimbing

___________________________( )

Tarikh: