rph larian baton

9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tunjang : Kemahiran Kemahiran : Olahraga - Baton Tajuk : Pertukaran Baton Tarikh : 1 April 2008 Masa : 8.40 pagi – 9.40 pagi Tahun : 4 B Bilangan Pelajar : 30 0rang (14 lelaki dan 16 orang perempuan) Pengalaman lepas : 1 ) Murid-murid pernah menyertai acara larian berganti ganti dalam pasukan rumah – rumah sukan di sekolah. 2 ) Murid-murid mengetahui serba sedikit teknik dan undang – undang acara lari berganti - ganti. OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, diharapkan murid-murid dapat : A ) Psikomotor

Upload: mat-king

Post on 31-Jul-2015

263 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Larian Baton

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

Tunjang : Kemahiran

Kemahiran : Olahraga - Baton

Tajuk : Pertukaran Baton

Tarikh : 1 April 2008

Masa : 8.40 pagi – 9.40 pagi

Tahun : 4 B

Bilangan Pelajar : 30 0rang (14 lelaki dan 16 orang perempuan)

Pengalaman lepas : 1 ) Murid-murid pernah menyertai acara larian berganti ganti dalam pasukan rumah – rumah sukan di sekolah.

2 ) Murid-murid mengetahui serba sedikit teknik dan undang – undang acara lari berganti - ganti.

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, diharapkan murid-murid dapat :

A ) Psikomotor

- Murid-murid dapat melakukan ansur maju pertukaran baton menerusi teknik yang baik dan betul.

- Murid-murid dapat melaksanakan teknik pertukaran baton dengan baik dan berkesan.

B ) Kognitif

- Murid-murid dapat menyatakan pelbagai teknik untuk pertukaran baton semasa larian.

Page 2: RPH Larian Baton

- Murid-murid dapat membezakan teknik pertukaran baton yang betul atau yang salah.

C ) Afektif

- Murid-murid dapat membentuk sifat kerjasama di antara ahli kumpulan melalui aktiviti pertukaran baton.

- Murid-murid dapat menyemai semangat berpasukan, persefahaman dan perpaduan melalui aktiviti pertukaran

baton.

- Mampu melahirkan perasaan yakin terhadap keupayaan rakan sepasukan.

Penerapan Nilai : Bekerjasama

KBKK : Membuat analisis

Penggabungjalinan : Ansur maju

Kesepaduan :

Alat Bantu mengajar : - baton

- sketel

- wisel

Page 3: RPH Larian Baton

Bahagian / Masa

Aktiviti Butiran Mengajar Organisasi Alatan / Catatan

Set Induksi

Permulaan(5 minit)

Memanaskan badan

Regangan Kepala

Tangan

Badan dan pinggang

Kaki

Berlari setempat

Berdiri tegak dan buka kaki sedikit Dongakkan kepala ke atas, ke

bawah, ke kanan dan ke kiri dan kira dalam kiraan 8.

Berdiri tegak dan buka kaki seluas paras bahu

Luruskan tangan kanan ke depan dan tarik tapak tangan ke atas dan bawah dan kira dalam kiraan 8.

Luruskan tangan kiri ke depan dan tarik telapak tangan ke atas dan bawah dan kira dalam kiraan 8.

Membengkokkan pinggang ke kanan dan ke kiri dan kira dalam kiraan 8.

Hujung jari kaki kanan ke depan dan kira dalam kiraan 8

Hujung jari kaki kanan ke belakang dan kira dalam kiraan 8

Kaki kanan ke dalam dan ke luar dan kira dalam kiraan 8.

Tukar kaki kiri dan ulangi sama seperti kaki kanan.

Murid berlari secara bebas

Murid berbaris dalam empat barisan.

TKP~ Kinestetik~ Verbal Linguistik~ Intrapersonal

Page 4: RPH Larian Baton

Perkembangan

Langkah 1(10 minit)

Langkah 2(10 minit)

Cara memegang baton

Hayunan tangan ketika menghantar dan menerima baton

Penghantaran baton secara berlari

(dinamik)

Baton boleh dipegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari

Murid-murid melakukan hayunan tangan dalam keadaan static.

Seterusnya murid-murid akan diajar dua teknik hantaran baton iaitu “Upward” dan “Downward”

penghantaran baton adalah secara berselang- seli iaitu pelari pertama memulakan hantaran baton dengan menggunakan tangan kanan dan diikuti dengan pelari kedua menerima dengan tangan kiri, pelari ketiga akan menerima semula dengan tangan kanan dan diakhiri dengan pelari keempat dengan tangan kiri,

Ini bererti kedudukan tangan sepanjang larian ialah kiri – kanan –kiri – kanan, atau kanan- kiri – kanan – kiri. Dalam teknik menukar baton ini, tangan peserta sahaja yang bergerak tanpa memandangnya.

ketika penghantaran baton, murid-murid menyebut “up”.

Tangan yang menerima baton hendaklah dalam keadaan V-shape.

ketika masa reaksi penghantar baton haruslah memberi sebarang isyarat kepada penerima baton

contoh :- ‘up’

pelari terakhir akan menjatuhkan baton dan seterusnya akan dipungut oleh pelari pertama untuk meneruskan larian.

larian dalam jarak yang ditentukan oleh guru.

Page 5: RPH Larian Baton

Langkah 3(15 minit)

Pertandingan kecil

Pelari pertama akan memegang baton dengan cara yang betul sebelum memulakan larian.

Pelari pertama membawa baton dalam tangan kanan dan sambil berlari pelari kedua akan membuka jarinya bentuk V dalam posisi tapak tangan ke bawah. Manakala pelari pertama akan memberi baton dengan gerakan upward atau downward.

pelari ketiga akan bersedia untuk menerima baton daripada pelari kedua dengan menggunakan tangan kanan tanpa menoleh kebelakang dan hanya menerima isyarat dalam zon pertukaran baton..

bagi pelari keempat, ia merupakan asset yang paling utama dalam larian ini. Pelari akan memecut dengan kelajuan yang paing maksimum untuk sampai ke garisan penamat.

Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan itu dibatalkan.

Setiap peserta mestilah berlari pada lorong masing – masing.

Segala syarat dan peraturan perlumbaan yang telah ditetapkan perlu dipatuhi.

Page 6: RPH Larian Baton

Kemuncak

Permainan kecil(10 minit)

Penutup(10 minit)

“Pirates of Caribean”

Regangan Kaki

Badan dan pinggang

Tangan

Kaki kanan ke depan dan kira dalam kiraan 8

Kaki kanan ke belakang dan kira dalam kiraan 8

Kaki kanan ke dalam dan ke luar dan kira dalam kiraan 8.

Kaki kiri ke depan dan kira dalam kiraan 8

Kaki kiri ke belakang dan kira dalam kiraan 8

Kaki kiri ke dalam dan ke luar dan kira dalam kiraan 8.

Bengkok badan ke sisi kanan, tahan dan kira dalam kiraan 8

Bengkok badan ke sisi kiri, tahan dan kira dalam kiraan 8

Berdiri tegak dan buka kaki seluas paras bahu

Luruskan tangan kanan ke depan dan tarik tapak tangan ke atas dan bawah dan kira dalam kiraan 8.

Page 7: RPH Larian Baton

Kepala

Tarik nafas

Luruskan tangan kiri ke depan dan tarik telapak tangan ke atas dan bawah dan kira dalam kiraan 8.

Berdiri tegak dan buka kaki sedikit Dongakkan kepala ke atas, ke

bawah, ke kanan dan ke kiri dan kira dalam kiraan 8.

Tarik nafas dan tahan dengan kiraan 8.

Hembus perlahan-lahan Ulangi aktiviti sebanyak 3 kali.