rancangan pengajaran latihan olahraga fasa larian pecutan

12
RANCANGAN PENGAJARAN LATIHAN OLAHRAGA Tahun :4 Arif Masa : 7.45 Pagi – 8.15 Pagi Bil. Murid : 30 Orang Tajuk : Olahraga Sub-tajuk : Fasa Larian -Pemecutan Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran : 1. Murid dapat melakukan dua aktiviti ansur maju fasa larian iaitu pemecutan menerusi teknik yang baik dan betul. 2. Murid dapat mempraktikkan fasa larian iaitu pemecutan dengan teknik yang betul. Langkah Aktiviti Butir mengajar/ focus pdp Organisasi Alatan/ catatan Permulaan (5 minit) Memanask an badan Memanaskan badan - Kepala - Bahu - Pinggan g - Kaki Kepala bergerak mengikut pusingan arah jam diikuti pusingan lawan arah jam sebanyak 4 kali. Bahu dan tangan bergerak mengikut pusingan arah jam diikuti lawan arah jam sebanyak 4 kali. - Pinggang dan pinggung bergerak

Upload: mohd-aqil

Post on 01-Oct-2015

124 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

rpt

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN LATIHAN OLAHRAGATahun :4 ArifMasa : 7.45 Pagi 8.15 PagiBil. Murid : 30 OrangTajuk : OlahragaSub-tajuk : Fasa Larian -PemecutanObjektif Pengajaran Dan Pembelajaran :1. Murid dapat melakukan dua aktiviti ansur maju fasa larian iaitu pemecutan menerusi teknik yang baik dan betul.2. Murid dapat mempraktikkan fasa larian iaitu pemecutan dengan teknik yang betul.

LangkahAktivitiButir mengajar/ focus pdpOrganisasi Alatan/catatan

Permulaan (5 minit)

Memanaskan badanMemanaskan badan Kepala Bahu Pinggang Kaki

Kepala bergerak mengikut pusingan arah jam diikuti pusingan lawan arah jam sebanyak 4 kali.Bahu dan tangan bergerak mengikut pusingan arah jam diikuti lawan arah jam sebanyak 4 kali. Pinggang dan pinggung bergerak mengikut arah jam diikuti lawan arah jam sebanyak 4 kali. Kaki bergerak dengan membentuk bulatan dan bertukar arah sebanyak 4 kali.

Ansur maju (latih tubi)(10 minit)

Fasa Larian(10minit)

a)Lutut ke atas

b) Tendangan kaki ke belakang

c) Lutut ke atas dan luruskan

a) Pemecutan

1. Atlit berada dalam posisi berdiri tegak.2. Berlari secara perlahan.3. Dalam keadaan berlari secara perlahan, lutut(kiri atau kanan) diangkat sehingga mencapai paras 90 darjah. Kaki kiri/kanan ditegakkan. Perbuatan ini dilakukan sambil tangan dihayunkan.4. kemudian ditukar lutut kiri/kanan dan lutut diangkat sehingga mencapai 90 darjah. Kaki kiri/kanan ditegakkan. Perbuatan ini dilakukan sambil tangan dihayunkan5. Perlakuan ini diulang sehingga sampai ke jarak yang telah ditetapkan

1. Atlit berada dalam posisi berdiri tegak.2. Berlari secara perlahan.3. Dalam keadaan berlari secara perlahan, lutut(kiri atau kanan) diangkat sehingga mencapai paras 90 darjah. Kaki kiri/kanan ditegakkan. Perbuatan ini dilakukan sambil tangan dihayunkan.4. kemudian ditukar lutut kiri/kanan dan lutut diangkat sehingga mencapai 90 darjah. Kaki kiri/kanan ditegakkan. Perbuatan ini dilakukan sambil tangan dihayunkan.5. Perlakuan ini diulang sehingga sampai ke jarak yang telah ditetapkan.

1. Atlit berada dalam posisi berdiri tegak.2. Berlari secara perlahan.3. Dalam keadaan berlari perlahan , lutut kiri/kanan diangkat sehingga mencapai 90 darjah kemudian kaki yang diangkat itu diluruskan. Perbuatan ini dilakukan sambil tangan dihayunkan.4. Kemudian ditukar lutut kiri/kanan diangkat sehingga mencapai 90 darjah kemudian kaki yang diangkat itu diluruskan.5. Perlakuan ini diulang sehingga sampai ke jarak yang telah ditetapkan.

1. Kaki hadapan dengan cepat diletakkan di atas bebola kaki untuk memulakan langkah kaki. 2. Badan masih condong ke hadapan.3. Kaki bawah adalah selari dengan permukaan trek semasa pemulihan.4. Jarak dan frekuensi langkah meningkat pada setiap langkah.5. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. 6. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

1. Permainan kecil(20 minit)

Aktiviti Susun dan Pecut

1. Bahagikan murid kepada dua kumpulan dan namakan kumpulan tersebut kumpulan A dan kumpulan B.2. Lantik seorang ketua bagi setiap kumpulan.3. Ketua kumpulan perlu membuat undi untuk menentukan sama ada menjadi kumpulan yang membina susunan objek(menggunakan botol dan kon) atau menjadi kumpulan lawan yang menentang.4. Kumpulan A (sebagai kumpulan yang membina semula objek yang runtuh)5. Kumpulan B (sebagai kumpulan yang menyerang ahli kumpulan A dengan bola)6. Objek akan dibina daripada botol dan juga kon.7. Apabila objek selesai dibina, ahli kumpulan A akan berdiri jauh sedikit daripada objek mengikut pada jarak yang ditetapkan. Jarakdari tempat ahli kumpulan A berdiri kira-kira dalam 30 meter daripada tempat objek dibina.8. Seorang wakil daripada kumpulan A akan membuat balingan pada objek yang dibina menggunakan bola.9. Apabila balingan mengena pada sasaran, maka kumpulan B akan mula menyerang ahli kumpualan A dengan membuat balingan menggunakan bola untuk mematikan ahli kumpulan A.10. Balingan bola untuk menyerang pihak lawan dibenarkan daripada paras pinggang ke bawah supaya tidak membahayakan pihak lawan.11. Kumpulan B tidak dibenarkan membuat balingan secara berlari kerana dikuatiri akan memberi momentum balingan yang kuat kepada pihak lawan.12. Kumpulan A akan dikira menang apabila selesai membina semula objek yang runtuh.13. Kumpualan B pula akan dikira sebagai pemenang sekiranya berjaya mematikan kesemua ahli kumpulan A sebelum ahli kumpulan A berjaya membina semula objek yang disediakan mengikut binaan asal.

Penutup (5minit)Pengenduran Anggota Badan-Tangan-Kaki-Tarik nafas

REFLEKSI:

Kekuatan :

Semasa menjalankan aktiviti ansur maju murid dapat memberikan kerjasama yang baik dalam aktiviti tersebut. Tambahan lagi murid dapat melaksanakan teknik fasa pemecutan dengan baik dan mampu mempraktikkannya.

Kelemahan :

Murid sukar memberi kerjasama dalam permainan kecil. Hal ini kerana bilangan murid yang ramai dan pembahagian kumpulan yang kurang baik menyukarkan akativiti permainan kecil tersebut dijalankan. Cadangan :

Pembahagian kumpulan semasa permainan kecil sewajarnya dibahagikan dalam kumpulan yang banyak. Sebagai contoh satu kumpulan ahlinya terdiri seramai lima murid. Sebelum ini ahlinya seramai 15 murid.