rph bola sepak

Upload: babyin-low

Post on 08-Mar-2016

24 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

LAU SIEW HUNGPISMP SEMESTER 2 PJK/ SJK (C) AMBILAN JUN 2014LOW YING YINRancangan Pembelajaran Harian Pendidikan Jasmani Tahun 3Mata Pelajaran: Pendidikan JasmaniTarikh: 14 APRIL 2015 Waktu: 7.55 pagi 8.55 pagi (1 jam)Kelas: 5 ANGGERIKBil Murid: 20Umur: 11 tahunTunjang Kemahiran: Bola SepakKemahiran: Tandukan BolaPengalaman sedia ada: 1. Murid pernah membelajari kemahiran menendang, menahan dan mengelecek bola sepak pada pengajaran kemahiran asas bola sepak sebelum itu.Standard Kandungan: 2.6 Berkebolehan mengaplikasi konsep dan prinsip dalam kemahiran asas permainan kategori serangan.Standard Pembelajaran: 2.6.4 Mengenal pasti kemahiran dalam kategori serangan.Objektif Pembelajaran:Di akhir pembelajaran ini, murid-murid dapat:Psikomotor: Melakukan kemahiran menanduk dengan bahagian kepala.Kognitif: Menyatakan kemahiran lain yang terdapat dalam permainan bola sepak.Afektif: Bekerjasama semasa melakukan aktiviti.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):Keusahawanan: Berani mengambil risikoNilai Murni : Bekerjasama, mengikut arahanKemahiran Berfikir:Menganalisis lakuan yang diperlukan untuk menanduk bola dengan betul.Alatan: Padang bola sepak, bola sepak, marker.BAHAGIAN/MASAAKTIVITIBUTIR MENGAJARORGANISASICATATAN

Permulaan 8 minitAktiviti memanaskan badan1. Guru memberi penerangan tentang kemahiran yang akan diajari.2. Cikgu memberi arahan kepada murid supaya berdiri dalam bentuk U untuk melakukan aktiviti regangan.Aktiviti regangan :a. Kepala didongakkan, ditundukkan dan ditoleh ke kiri dan kanan selama 10 saat untuk setiap tolehan kepala.b. Kepala dipusingkan ke arah kanan sebanyak 8 kali dan kemudiannya ditukar arah pusingannya.c. Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu. Luruskan kedua-dua belah tangan ke belakang. Tolak tangan ke atas perlahan-lahan dan kekalkan posisi tersebut selama 10 saat.d. Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu. Tangan kanan menyilang ke kiri di hadapan. Tangan kiri memegang siku kanan dan tarik ke arah bahu kiri. Ulang dengan tangan kiri. Setiap aktiviti dilakukan sepanjang 10 saat.e. Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu. Bongkokkan badan ke depan, bawah dan kemudian ke belakang menerusi tengah kaki. Seterusnya, tangan cuba menyentuh kaki kiri dengan tangan dan kaki diluruskan. Aktiviti ini ditukar ke kaki kanan selepasnya. Setiap aktiviti dilakukan sepanjang 10 saat.

M G M M M M M M M M M M M

Penglibatan otot-frontalis-trapezius-deltoid

G = GuruM = Murid

Perkembangan8 minit

Langkah 1Memberi penerangan dan membuat demontrasi kepada murid1. Guru menerangkan kemahiran tandukan bola.2. Guru meminta setiap murid untuk mendapatkan sebiji bola dan membuat tandukan bola dengan dahi secara ringan bagi memberi keyakinan kepada para murid.3. Guru membuat demontrasi tentang cara tandukan bola yang betul : Kaki dibuka seluas bahu Mata dibuka, Kaki dibengkokkan dan berat badan sama rata pada kedua-dua belak kaki. Badan condong sedikit ke hadapan. Mata pandang pada bola sehingga sentuhan berlaku. Kepala digerak ke belakang dan kemudian ke hadapan. Leher dan kaki diluruskan. Berat badan dipindahkan ke kaki4. Murid diminta membuat secara berseorangan di mana setiap murid mempunyai ruang latihan yang mencukupi. M M M M M M M M M M M MM = Murid-Tandukan statik

Langkah 2(10 minit)Aktiviti berpasanganMenanduk bola ke hadapan.1. Guru membahagi sebanyak 2 orang dalam satu kumpulan.2. Guru menjelaskan peraturan aktiviti kepada murid.3. Murid hanya boleh melambung bola ke depan pasangannya.4. Guru memilih seorang murid yang pernah wakil pasukan bola sepak sekolah untuk melakukan demontrasi bersama.5. Murid melakukan aktiviti secara berpasangan.Kedudukan murid yang berdepanan antara satu sama lain.M M M M M M M M M M M M Jarak tandukan sepanjang 5 meter.

Langkah 3(10 minit)Aktiviti berkumpulan1. Guru membahagi 4 kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada 5 ahli. 2. Setiap kumpulan berdiri dalam satu bulatan. 3. Setiap ahli harus menanduk bola sebanyak lima kali di posisi masing-masing.4. Selepas lima kali tandukan bola bagi setiap ahli, ahli dikehendaki menukar posisi.Kedudukan setiap kumpulan. MM M M M

Kemuncak(14 minit)Permainan kecilMenanduk bola

1. Guru membahagikan sebanyak sepuluh ahli untuk membentuk dua kumpulan.2. Guru menerangkan peraturan permainan kepada murid.3. Setiap kumpulan menghantar satu wakil penjaga gol.4. Setiap murid dikehendaki menggunakan tandukan bagi menghantar bola sehingga menjaringkan gol.5. Pasukan yang dapat menjaringkan gol yang paling banyak dikira sebagai pemenang.6. Murid hanya boleh menanduk bola sekali sahaja bagi membuat hantaran bola.7. Peraturan ditegaskan bahawa hantaran bola hanya boleh dilakukan menerusi tandukan bola di mana murid-murid dilarang melakukan body contact dengan pasukan lawan.8. Guru berperanan sebagai pengadil.

Gol A A A A A A A A A A

B B B B B B B B BGol B

Penutup 10 minit-Aktiviti menyejukkan badan-Soal jawab secara spontan.1. Guru mengetuai aktiviti menyejukkan badan.2. Regangan statik di kepala, tangan, pinggang, kaki, dan paha akan dilakukan mengikut kiraan 10 saat.

Soalan:(a) Apakah perlakuan yang harus dilakukan apabila menanduk bola?(b) Bagaimanakah pergerakan aksi kaki semasa menanduk bola?

- Guru menjelaskan kesilapan yang dilakukan oleh murid jika ada dan merumuskan proses Pengajaran dan Pembelajaran serta menyuruh murid untuk mengemaskan peralatan yang telah digunakan.Nilai -bekerjasama,keberanian, kesungguhanObjektif kognitif dinilai.