rph bm bahanprojekmasalah

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 Cemerlang Tarikh : 10 Ogos 2013 Masa : 9.00 10.00 pagi Tahun : 2 Cemerlang Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tema : Kebudayaan Tajuk : Kuih oh Kuih! Fokus Utama Standard Kandungan: 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca. Standard Pembelajaran: 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan. Fokus Sampingan Standard Kandungan: 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. Standard Pembelajaran: 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran, murid-murid diharapkan dapat

Upload: lei-tao-yu

Post on 23-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

RPH BM Bahanprojekmasalah

TRANSCRIPT

Page 1: RPH BM Bahanprojekmasalah

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

TAHUN 2 Cemerlang

Tarikh : 10 Ogos 2013

Masa : 9.00 – 10.00 pagi

Tahun : 2 Cemerlang

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tema : Kebudayaan

Tajuk : Kuih oh Kuih!

Fokus Utama

Standard Kandungan: 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

Standard Pembelajaran: 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.

Fokus Sampingan

Standard Kandungan: 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Standard Pembelajaran: 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pelajaran, murid-murid diharapkan dapat

i. Membaca bahan bacaan untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bahasa.

ii. Menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dan secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal.

Page 2: RPH BM Bahanprojekmasalah

Kemahiran Bahasa: Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca

Sistem Bahasa: Kata Nama, Kata Kerja

Perisian Kurikulum:

Ilmu: Kajian Tempatan

Nilai: Rajin, Keyakinan Diri, Kerjasama, Bersyukur

Kemahiran Bernilai Tambah:

i. Kemahiran Berfikir - menjana idea dan membuat kesimpulan.ii. Kontekstual - menghubungkaitkan isi pelajaran dengan

pengalaman harian.iii. Kecerdasan Pelbagai - kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan

interpersonal.

Bahan Bantu Mengajar: Daun Pandan, LCD, Komputer, Latihan Nama Kuih, Menu Kuih Bergambar (hasil kerja murid), Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid pernah melihat dan makan pelbagai jenis kuih tradisional.

Page 3: RPH BM Bahanprojekmasalah

Langkah/Masa

(60 minit)

Isi Pelajaran Aktiviti CatatanGuru Murid

Set Induksi

(5 minit)

Pemerhatian Bahan Maujud:

Daun pandan

Soalan Guru:1) Apakah nama daun yang telah kamu nampak dan pegang tadi?

2)Apakah kegunaan daun ini?

3) Bagaimana cara menggunakan daun ini?

Guru memperkenal-kan daun pandan kepada murid.

Guru memberi peluang murid memerhati dan menyentuh daun tersebut.

Guru bertanya soalan kepada murid tentang daun tersebut.

Murid memperlihat-kan sejenis daun yang biasa dilihat.

Murid diberi peluang untuk memerhati, memegang dan menghidu bau daun tersebut.

Murid bersoal jawab tentang daun tersebut dan kaitannya dengan kuih tradisional.

Bahan Bantu Mengajar:Daun Pandan

Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Berfikir

Kemahiran PembelajaranKontekstual

Nilai:Toleransi

Bersyukur

EMK:Kreativiti dan Inovasi (Fasa Persediaan)

Langkah1

(10 minit)

Lagu Kuih Tradisional

Contoh Kuih: Kuih bahulu Kuih karipap Kuih buah

melaka Kuih keria Kuih

lempeng Kuih koci Kuih lepat

(Rujuk Lampiran 1)

Guru memaparkan seni kata lagu tersebut dan memainkannya untuk pendengaran murid melalui LCD.

Guru memainkan lagu tersebut kali kedua dan meminta murid mencatatkan nama-nama kuih yang ada dalam lagu tersebut.

Guru

Murid diminta mendengar lagu “Kuih Tradisional” untuk kali pertama dengan penuh perhatian.

Muriddiperdengar-kan lagu tersebut untuk kali kedua dan diminta mencatatkan nama-nama kuih pada kertas yangdiedarkan.

Murid

Bahan Bantu Mengajar:Latihan Nama Kuih

LCD, Komputer

Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Verbal Linguistik

Kecerdasan Muzik

Nilai:Disiplin

Bekerjasama

Page 4: RPH BM Bahanprojekmasalah

membimbing murid untuk menyanyikan lagu “Kuih Tradisional” berpandukan seni kata lagu yang dipaparkan.

Guru menerang kepada murid tentang cara pemasakan kuih-kuih tersebut.

dibimbing menyanyikan lagu “Kuih Tradisional” berpandukan seni kata lagu yang dipaparkan.

Murid mendengardan mengikut guru menyebut cara bagaimana kuih yang disebutkan itu dimasak sama ada goreng, rebus, bakar atau kukus.

Langkah2

(20 minit)

Projek Penghasilan Menu Kuih Bergambar

Guru menyuruh murid berada dalam kumpulan yang telah ditetapkan sebelum ini.

Guru meminta murid mengeluarkan gambar-gambar kuih yang telah mereka cari dan kumpulkan.

Guru mengedarkan sekeping kad manila kepada setiap kumpulan.

Guru memberi masa murid menghasilkan menu kuih bergambar

Murid berada dalam kumpulan masing-masing, iaitu 4 atau 5 orang dalam satu kumpulan.

Murid mengeluarkan gambar-gambar kuih, bahan dan alatan seperti gunting, glu, pensel warna dan sebagainya.

Murid dalam kumpulan bersama-sama menghasilkan menu kuih

Bahan Bantu Mengajar:Kad Manila

Gambar-gambar kuih tradisional

Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Berfikir

Kecerdasan Visual Ruang

Nilai:Bertanggungjawab

Bekerjasama

Page 5: RPH BM Bahanprojekmasalah

dengan menggunakan segala bahan yang ada.

bergambar dengan bimbingan guru.

Langkah3

(10 minit)

Aktiviti Bercerita BerdasarkanMenu Kuih Bergambar

Guru memaparkan menu kuih bergambar dari kumpulan masing-masing di hadapan papan hitam.

Guru meminta murid meneliti gambar dan menamakan kuih yang terdapat dalam menu.

Guru meminta beberapa orang murid daripada setiap kumpulan menceritakan dan memberikan pendapat atau pandangan mereka tentang salah satu kuih yang terdapat di dalam menu kuih bergambar tersebut.

Murid meneliti menu kuih bergambar dengan teliti dan menamakan makanan yang terdapat dalam menu tersebut.

2 orang murid dari setiap kumpulan dipilih untuk tampal ke hadapan kelas untuk menceritakan dan memberikan pendapat mereka tentang pilihan kuih mereka daripada menu bergambar tersebut.

Bahan Bantu Mengajar:Menu Kuih Bergambar (hasil kerja murid)

Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Interpersonal

Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme

Nilai:Keyakinan Diri

Langkah4

(10 minit)

Latihan Lembaran Kerja

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

Guru meminta murid melengkapkan lembaran kerja tersebutdengan

Murid masing-masing mendapatkan lembaran kerja tersebut.

Murid diminta mengkategori-kan cara- cara jenis kuih dimasak

Bahan Bantu Mengajar:Lembaran Kerja

Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Berfikir

Page 6: RPH BM Bahanprojekmasalah

mengkategori-kan cara- cara jenis kuih dimasak.

Guru berbincang jawapan bersama dengan murid.

dengan betul. Murid

menyemak jawapan sendiri masing-masing.

Nilai:Keyakinan diri

Penutup

(5 minit)

Penutup Sosial: Nyanyian Lagu

“Kuih Tradisional”

(Rujuk Lampiran)

Guru memaparkan seni kata lagu tersebut.

Guru membimbing murid untuk menyanyikan lagu tersebut.

Guru bersoal jawab dengan murid dan membuat kesimpulan.

Murid menyanyikan lagu tersebut dengan bantuan guru.

Murid menyenarai-kan nilai murni yang telah diperoleh hasil daripada pembelajaran mereka.

Bahan Bantu Mengajar:

Kemahiran Bernilai Tambah:Kecerdasan Muzik

Nilai:Kerjasama

Page 7: RPH BM Bahanprojekmasalah

LAMPIRAN 1: Seni Kata Lagu “Kuih oh Kuih”

Melodi: Papaku Pulang Dari Kota

Page 8: RPH BM Bahanprojekmasalah