rph bm

13
1 Rancangan Pengajaran Harian Minggu 1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MINGGU 1 BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : Tahun 3 Bestari Masa : 10.30 – 11.30 Pagi Bil. Murid : 18 Orang Tarikh : 10 Mac 2015 Tema : Kesihatan Dan Kebersihan Tajuk : Badan Sihat Fikiran Cerdas Standard Kandungan : 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Standard Pembelajaran : 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. Objektif Pengajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid berupaya : 1. Membaca petikan dengan sebutan yang

Upload: masniah

Post on 17-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mengandungi rph lengkap bm terkini.

TRANSCRIPT

Page 1: RPH BM

1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MINGGU 1BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : Tahun 3 Bestari

Masa : 10.30 – 11.30 Pagi

Bil. Murid : 18 Orang

Tarikh : 10 Mac 2015

Tema : Kesihatan Dan Kebersihan

Tajuk : Badan Sihat Fikiran Cerdas

Standard Kandungan : 2.2Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Standard Pembelajaran : 2.2.1Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

Objektif Pengajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid berupaya :

1. Membaca petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.

2. Mengenal pasti dan menyenaraikan 5 perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat dan terlibat dalam aktiviti bersukan.

Rancangan Pengajaran Harian Minggu 1

Page 2: RPH BM

2

Sistem Bahasa : Kosa kata : bersenam, riadah, berpeluh, sihat

Elemen Merentas Kurikulum

: Ilmu : Pendidikan Jasmani Dan KesihatanNilai Murni : Tanggungjawab, perihatin Kreativiti : Memilih aktiviti yang bersesuaian.

Kemahiran Bernilai Tambah

: KB : Mengenal pasti, menyenaraiKP : Verbal, visualBCB : Bacaan intensif

Penilaian : Murid-murid dapat mengesan perkataan berimbuhan dalam bahan bacaan.

Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, LCD, carta petikan, lampiran latihan, kad perkataan.

Refleksi : Semua murid dapat membaca petikan dengan lancar.

Rancangan Pengajaran Harian Minggu 1

Page 3: RPH BM

3

Langkah-Langkah Pengajaran :

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi

(5 Minit)

-Tayangan Lagu Satu Murid Satu Sukan

( Tayangan Video)

1. Guru meminta murid melihat dan mendengar lagu daripada tayangan video yang dipaparkan di hadapan kelas.

2. Murid-murid memberi perhatian sambil mendengar Lagu Satu Murid Satu Sukan.

3. Guru mengemukakan soalan kepada murid-murid.

- Apakah jenis-jenis sukan yang diketahui ?

- Bilakah masa yang sesuai untuk bersukan ?

4. Murid-murid menjawab soalan guru.- Lumba lari, badminton, bola sepak,

ragbi dan lain-lain.

- Masa lapang, waktu petang.

5. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran iaitu ‘Badan Sihat Minda Cerdas’.

BBM :-Komputer riba, LCD.

Nilai :-Rajin Bersenam-Tanggungjawab-Perihatin

KP :-Interpersonal

KBT :-Menyenarai

Langkah 1

(15 Minit )

-Membaca Petikan Teks.

1. Guru mempamerkan petikan teks di hadapan kelas.

2. Guru meminta murid-murid membaca secara senyap.

3. Murid-murid membaca petikan secara senyap.

BBM :-Carta Petikan

Nilai :-Berani dan Yakin

Rancangan Pengajaran Harian Minggu 1

Page 4: RPH BM

4

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

-Rujuk Lampiran Petikan

Membaca dengan sebutan yang jelas dan intonasi betul.

4. Guru membimbing murid-murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

5. Murid-murid membaca petikan dengan bimbingan daripada guru.

6. Murid-murid membaca petikan secara kumpulan kecil.

7. Guru meminta beberapa orang murid untuk membaca petikan secara individu dengan sebutan yang betul dan lancar.

BCB :-Kemahiran Membaca

TKP :-Interpersonal

Langkah 2

(15 Minit )

Kata Berimbuhan :

pertandinganmenyihatkanbersenambermainberlumbapemain

-Aktiviti Kumpulan

1. Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan.

2. Guru meminta setiap kumpulan menyenaraikan 5 perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan yang telah dibaca.

3. Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan yang diperolehi daripada perbincangan kumpulan.

4. Guru meminta murid-murid menyebut dan membaca semula perkataan yang ditunjukkan oleh guru melalui kad perkataan.

5. Murid menyebut kata dasar daripada perkataan berimbuhan yang ditunjukkan oleh guru.

BBM :-Kad Perkataan

KP :-Intrapersonal

-Verbal Linguistik

KBT :-menyenarai

Rancangan Pengajaran Harian Minggu 1

Page 5: RPH BM

5

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

Langkah 3

(10 Minit)

Membina dan menulis ayat daripada perkataan berimbuhan.

-Aktiviti kumpulan

-Membaca ayat.

1. Guru meminta murid-murid membina dan menulis lima ayat daripada perkataan berimbuhan secara lisan dalam kumpulan.

2. Murid-murid berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk membina ayat .

3. Wakil kumpulan membaca ayat yang telah dibincangkan di hadapan kelas.

4. Guru membuat rumusan tentang ayat yang telah dibaca oleh wakil setiap kumpulan.

BBM :-Kad Perkataan

KP :-Intrapersonal

Langkah 4

(10 Minit)

Membaca dan menyenaraikan perkataan berimbuhan

1. Guru mengedarkan petikan pendek dan meminta murid-murid menyenaraikan 5 perkataan yang berimbuhan dalam petikan secara bertulis.

Penggayaan :

Murid-murid membina 5 ayat berdasarkan gambar secara bertulis.

Pemulihan :

Guru membimbing murid-murid membaca perkataan dengan sebutan yang betul.

2. Guru membuat penilaian berdasarkan pemerhatian dan latihan.

BBM :-Lampiran latihan

-Kad perkataan

Nilai :

-Berhati-hati-Rajin

Rancangan Pengajaran Harian Minggu 1

Page 6: RPH BM

6

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

Penutup

(5 Minit)

-Rumusan Isi Pelajaran

Menyatakan kepentingan bersukan.

1. Guru membuat rumusan isi pelajaran.

2. Guru memainkan semua video Lagu Satu Murid Satu Sukan .

3. Murid-murid menyanyi Lagu ‘Satu Murid Satu Sukan.

BBM:-Komputer riba

-LCD

Nilai :-Mementingkan kesihatan.

Rancangan Pengajaran Harian Minggu 1

Page 7: RPH BM

7

Arahan : Baca petikan di bawah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Rancangan Pengajaran Harian Minggu 1

Sukan

Sukan ialah aktiviti riadah. Aktiviti fizikal ini

dilakukan untuk pelbagai tujuan. Ada aktiviti yang

bertujuan untuk pertandingan dan ada pula untuk tujuan

rekreasi.

Ada juga orang yang menganggap sukan sebagai satu

hobi pada masa lapang. Pelbagai aktiviti sukan dapat

dilakukan seperti berlumba lari, bersenam, bermain bola,

bermain badminton dan sebagainya.

Semua jenis sukan yang dipertandingkan mempunyai

peraturan. Peraturan ini penting kepada pemain supaya

mereka dapat bermain dengan semangat kesukanan.

Bersukan dapat menyihatkan badan. Apabila badan

kita sihat, fikiran kita akan menjadi cerdas.

1.

Lampiran 1

Page 8: RPH BM

8Rancangan Pengajaran Harian Minggu 1

pertandingan

bersenammenyihatkan

pemain

berlumba

bermain

Contoh Kad Perkataan

Lampiran Latihan

Page 9: RPH BM

9

Arahan : Baca petikan dibawah. Kemudian senaraikan lima perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan tersebut.

Perkataan Berimbuhan :

1. …………………………………………

2. …………………………………………

3. …………………………………………

4. ………………………………………....

5. …………………………………………

Rancangan Pengajaran Harian Minggu 1

Aktiviti Di Padang Sekolah

Padang sekolah penting untuk kita melakukan aktiviti sukan. Padang yang luas dan bersih memberikan keselesaan kepada pengguna padang. Pemain pula dapat menumpukan perhatian semasa bersukan.

Pelbagai aktiviti sukan dapat dilakukan di padang. Kita boleh bersenam, bermain bola sepak dan berlumba lari. Bersukan merupakan satu aktiviti yang banyak mendatangkan kebaikan kepada kesihatan kita.

Aktiviti Pengayaan

Page 10: RPH BM

10

Bina ayat berdasarkan gambar di bawah .

1.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

2.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

3.

........................................................................................................................................................................

........................................................................................................................................................................

4.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

5.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Rancangan Pengajaran Harian Minggu 1

Aktiviti Pemulihan

Page 11: RPH BM

11

Bahan bacaan bimbingan murid pemulihan.

Rancangan Pengajaran Harian Minggu 1

bersukan bermain

berlari berpeluh

berehat berenang