rph bahasa malaysia1

38
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh : 18 Febuari 2015 Kelas : 2 Zamrud Tempoh : 60 minit Masa : 8.10 – 9.10 pagi Bilangan Pelajar : 30 orang Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Sihat dan Cergas Tajuk : Makanan Bersih dan Berkhasiat ( Didik Hibur ) Standard Kandungan : Pengetahuan sedia ada pelajar : - Pelajar-pelajar telah mengetahui pelbagai jenis makanan. Objektif pengajaran : Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat:

Upload: putera-idaman

Post on 20-Nov-2015

67 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANTarikh

:18 Febuari 2015Kelas

:2 ZamrudTempoh

:60 minit Masa

:8.10 9.10 pagi

Bilangan Pelajar

:30 orang

Mata Pelajaran

:Bahasa Melayu

Tema

:Sihat dan CergasTajuk

:Makanan Bersih dan Berkhasiat

( Didik Hibur )Standard Kandungan

: Pengetahuan sedia ada pelajar:- Pelajar-pelajar telah mengetahui

pelbagai jenis makanan.

Objektif pengajaran

:

Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat:

Menyanyikan lagu dengan baik dan berbual tentang makanan seimbang dengan menggunakan ayat yang betul

Mengkelaskan makanan dan dan menulis 6 contoh makanan dengan betul mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda

Menggunting dan menampal gambar-gambar makanan dengan baik untuk dijadikan buku skrap.

Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 bagi setiap pengkelasan makanan dengan betul.

Menjelaskan 1 kepentigan makanan seimbang kepada manusia dengan betul berdasarkan penerangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Isi Pelajaran

Fokus utama

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi

yang baik dan jelas.

Aras 1

i. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul.

Fokus sampingan

8.1Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan majmuk.

Aras 1

i. Menulis dan membina perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan cantik.

Nilai-nilai murni :Bekerjasama , menjaga kebersihan dan bertanggungjawab

Alat bantu mengajar :Lembaran kerja, slaid power point, CD ROM, bahan-bahan maujud, seni kata lagu

Bahan rujukan:Buku teks Bahasa Melayu Tahun 2,

Buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2,

Buku kerja Bahasa Melayu Tahun 2.

Langkah keselamatan:Berhati-hati ketika menggunakan gunting.

Induksi Set:Guru memainkan lagu Makan yang

dipopularkan oleh Jalil Hamid. Guru bersoal

jawab dengan murid bagi mendekatkan

pemahaman murid dengan tajuk pembelajaran

yang diajar.

Langkah Penyampaian:

LangkahIsi pelajaranKaedah penyampaianCatatan

Set

Induksi

minit1.Nyanyian lagu

Makan

Senikata lagu Makan

CD ROM lagu Makan

2.Soal jawab antara

guru dan pelajar.1.Guru memperdengarkan lagu dan

memperlihatkan senikata bertajuk

Makan dipopularkan oleh Jalil

Hamid melalui CD.

2. Pelajar mendengar lagu sambil

menyanyi bersama-sama guru

serta memegang senikata yang diberi.

3.Guru dan murid bersoal jawab

tentang makanan yang terdapat

di dalam lagu yang telah

diperdengarkan .

Contoh soalan:

A.Apakah cerita yang disampaikan

dalam lagu ini?

B.Sebutkan contoh-contoh makanan

yang dipaparkan melalui tayangan

CD.

C.Apakah gambaran yang

ditunjukkan melalui tayangan

tersebut sekiranya kita tidak cukup

makan?

Strategi P &P

Kaedah:

Perbincangan

Teknik :

Soal jawab

Kecerdasan pelbagai

Muzik

Penggunaan media:

-CD ROM

-Seni kata lagu

Nilai:

Keyakinan

Langkah 1

10 minit1.Penerangan tentang

makanan dari segi

khasiat dan

kepentingan.

2.Penggunaan bahan

maujud.

3.Menyentuh dan

Menyebut bahan-

bahan maujud.

1.Pelajar-pelajar diperkenalkan dengan

tajuk yang akan diajar iatu

Makanan Seimbang sambil

mempamerkan contoh-contoh bahan

maujud (makanan sebenar) serta

menyebutkan khasiat dan

kepentingan makanan tersebut

kepada kesihatan manusia.

2.Guru juga bersoal jawab tentang

kepentingan pengambilan makanan

seimbang dalam menu seharian.

Contoh soalan:

Mengapakah kita perlu mengambil

makanan seimbang setiap hari?

3. Pelajar-pelajar melihat dan

menyentuh makanan yang

dipemerkan sambil menyebutkan

nama makanan tersebut secara

bergilir-gilir dengan kuat.Strategi P &P

Kaedah:

Demontrasi

Teknik:

Soal jawab

Bahan:

Bahan-bahan

maujud:

ikan, sotong,

telur, bayam,

epal, roti, majerin, kelapa, betik,

daging

Nilai:

Bersyukur

Langkah 2

15

minit1.Pelajar menonton

slaid powerpoint.

2.Pelajar mencatat

contoh makanan

yang dilihat melalui

slaid.1.Pelajar-pelajar menonton slaid

powerpoint tentang makanan yang

mengandungi khasiat tertentu.

2.Guru meminta pelajar mencatat jenis

makanan yang ditayangkan untuk

tujuan perbincangan.

Contoh :

Catatkan jenis-jenis makanan yang terdapat dalam slaid powerpoint yang

ditayangkan dalam lembaran kerja yang disediakan.

Kumpulan gambar pertama:

Telur, ayam, susu, ikan

Kumpulan gambar kedua:

Mee hoon, kentang, nasi, roti

Kumpulan gambar ketiga:

Kerang, sotong, ketam, kepah

Kumpulan gambar keempat:

Sayur-sayuran, buah-buahan,

majerin, minyak masak.

3.Guru mengimbas kembali ingatan

murid tentang penerangan secara

lisan oleh guru di langkah 1.

- Pelajar memperihalkan

tentang makanan seimbang

berdasarkan gambar yang telah

ditayangkan.

Contoh :

Murid menceritakan dengan

permulaaan ayat seperti berikut:

Makanan seimbang mestilah mengandungi karbohidrat seperti

nasi, roti, mee hoon, kentang.

Makanan seimbang mestilah

mengandungi protin seperti

telur, susu, ayam, ikan.Strategi P & P

Kaedah:

Bercerita

Teknik:

Soal jawab

Pengulangan

maklumat

Penggunaa

media:

-Slaid powerpoint

-Komputer

-Lembaran

Kerja

Nilai:

usaha

Langkah 3

15

minit

Langkah 4

25 minit

Langkah

5

10 minit

_______

Langkah

6

8 minit1.Penerangan guru

kepentingan khasiat

makanan kepada

kesihatan manusia.

2.Menulis maklumat

dalam bentuk peta

minda.

3.Murid menerangkan

hasil perbincangan

1.Murid dibimbing

membuat buku

skrap.

2.Murid membina ayat

tunggal

berdasarkan gambar

dalam buku skrap.

3.Murid membaca

ayat yang ditulis

dalam buku skrap.

1.Menyatakan satu kepentingan makanan seimbang.

2..Murid menjawab

menjawab soalan

dengan cepat dan

tepat.

___________________

1.Pelajar diberi

pengukuhan.

2.Melihat

penghasilan buku

skrap murid.

1.Pelajar-pelajar diberi bimbingan

tentang jenis-jenis makanan dan

kepentingan khasiatnya kepada

kesihatan manusia.

Contoh:

a. Nasi, roti, mee hoon yang mengandungi karbohidrat memberikan tenaga kepada tubuh badan manusia.

b. Telur, susu, ayam dan ikan yang mengandungi protein menggalakkan pertumbuhan

manusia.

c. Sayur-sayuran dan buah-buahan

yang mengandungi vitamin

dapat melindungi badan manusia

dari serangan penyakit.

d. Makanan laut seperti sotong dan

ketam yang mengandungi garam

mineral membantu pertumbuhan

tulang.

e. Marjerin dan minyak masak

memberikan lemak kepada

badan manusia.

2.Pelajar dibahagikan kepada 5

kumpulan dan setiap kumpulan

dikehendaki melantik seorang ketua.

3.Guru menerangkan dan membimbing

murid membuat peta minda sambil

mengedarkan kertas dan pen marker.

4.Guru melukis contoh peta minda di

papan putih serta memberikan

pengkelasan makanan kepada setiap

kumpulan.

5.Murid menyiapkan peta minda iaitu

contoh-contoh makanan mengikut

khasiatnya dalam bentuk peta minda.

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4

Kumpulan 5

6. Setiap ketua kumpulan

mempamerkan dan menerangkan

hasil perbincangan.

1.Guru membimbing murid cara-cara

untuk membuat buku skrap

berpandukan peta minda.

2. Guru mengedarkan kertas

warna , gam dan gambar- gambar

pelbagai jenis makanan kepada

setiap kumpulan.

3.Murid menggunting dan

mengkelas gambar mengikut

khasiatnya sambil dibimbing

oleh guru.

4.Murid menampal gambar untuk

dijadikan buku skrap.

5.Murid menamakan dan membina

ayat tunggal untuk setiap

gambar yang ditampal di dalam

buku skrap.

6. Murid membaca perkataan dan

ayat yang telah ditulis secara

bergilir-gilir dalam kumpulan

masing-masing.

1.Murid menjelaskan 1 kepentingan

makanan seimbang secara lisan

sebelum menjawab latihan yang diberi

2.Murid diedarkan lembaran kerja.

3.Murid diminta melengkapkan menu

makanan seimbang beserta dengan

contoh-contoh dengan cepat dan

tepat.

4.Contoh lembaran kerja seperti yang

dilampirkan.

__________________________________

1.Pelajar diberi pengukuhan positif

dengan cara guru memberi pujian

kepada kumpulan yang berjaya

menghasilkan buku skrap yang kemas

dan menarik.

2.Murid meletakkan buku skrap yang

telah dihasilkan di sudut pameran

untuk tujuan rujukan.Strategi P&P

Kaedah:

Demonstrasi

Perbincangan

Teknik :

Soal jawab

Penggunaan

Media :

Slaid power point

Peta minda

Nilai:

Bekerjasama

Kemahiran berfikir:

Kritis dan kreatif

Strategi P & P

Kaedah:

-Demonstrasi

Perbincangan

Teknik :

Bimbingan

Penggunaan

Media:

Majalah,

Gambar-gambar dari internet.

Bahan:

Gam, gunting,

kertas putih A4

Nilai:

Berhati-hati

(Keselamatan

ketika menggunakan gunting)

Bekerjasama

Strategi P&P

Kaedah:

Perbincangan

Teknik:

Menjawab soalan

Bahan media:

Lembaran kerja

_______

Strategi P &P

Kaedah:

Membuat rumusan.

Nilai:

Menghargai

Penilaian:Murid dapat menama dan mengkelaskan makanan mengikut

mengikut kumpulan makanan dengan betul.

Tugasan:Pelajar melengkapkan buku skrap degan baik.

1.0 Pengenalan

Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direka bentuk oleh R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancangan pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada setiap pelajar. Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan pengunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid di untuk lebih mengusai matapelajaran tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar dan Model Assur.

ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu:-

A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar )

S = State objective ( Nyatakan Objektif )

S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media

Dan Bahan )

U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan

Bahan )

R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan

Pelajar )

E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula)

Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap bagi satu sesi pengajaran.

2.0MODEL REKA BENTUK ASSURE

Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa Melayu tahun 2. Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian selama 90 minit untuk kelas 2 Arif yang memiliki seramai 30 orang pelajar.

2.1Analisis Pelajar (Analyze Learners)

Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku. Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar kita dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah :-

2.1.1 Ciri-ciri umum pelajar

Tajuk pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Arif adalah Makanan Seimbang yang diambil dari sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun 2. Pelajar berumur 8 tahun. Pelajar-pelajar ini mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana. Mereka sudah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Kebanyakan mereka adalah anak kepada penduduk kampung yang rata-rata menjalankan kerja di kebun dan menjadi penoreh getah dan bekerja sendiri. Mereka ini sudah terdedah kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah. Walaupun begitu mereka memerlukan perhatian dan aktiviti yang menarik dan mencabar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.1.2 Kompetensi khusus peringkat masuk

Guru juga perlu melihat pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar, selain daripada melihat ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan lepas ataupun pengetahuan sedia ada yang terdapat pada pelajar merujuk kepada aras kebolehan pelajar sebelum bermulanya pengajaran. Kebolehan intelek pelajar, apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras motivasi dan penentu-penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supaya pengajaran guru cepat ditangkapi dan difahami oleh pelajar.

Di sini murid-murid sememangnya telah sinonim dengan makanan, tetapi mereka tidak tahu tentang makanan yang mengandungi kebaikan-kebaikan tertentu. Mereka boleh menyebut pelbagai jenis makanan tetapi tidak tahu tentang kumpulan makanan yang mereka makan setiap hari.

2.1.3 Stail / Gaya Pembelajaran

Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun pergerakan murid inilah maka guru akan menentukan kaedah pengajaran, media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Kami mendapati murid-murid kami lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.

2.2 Nyatakan Objektif Pembelajaran

Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru kearah pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan sejajar dengan dan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perlu dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Malah panduan objektif yang diambil kira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience) , peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan tingkat prestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif tercapai. Perkara penting ialah guru tahu bagaimana hendak mempraktikkannya dan bagaimana objektif pengajaran boleh membantu guru untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan sebagai contoh :-

Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat :

1. Menyanyi mengikut lagu dengan baik dan berbual tentang makanan seimbang dengan menggunakan ayat yang betul.

Peringkat ini jelas dilihat pada Langkah Pertama Pengajaran di mana penglibatan semua pelajar dapat menyanyi dengan gembira dengan seni kata yang dibekalkan oleh guru. Malah aktiviti soal jawab juga dapat dilaksanakan apabila murid bertanya tentang perkara yang terdapat dalam CD yang ditayangkan beserta dengan soal jawab dari guru.

2. Mengkelaskan makanan dan menulis 6 contoh makanan dengan betul mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda.

Peringkat ini dilihat pada langkah ketiga, pelajar dapat melengkapkan contoh- contoh makanan berdasarkan pengkelasan yang diberi mengikut kumpulan.

3. Menggunting dan menampal ke semua gambar-gambar makanan yang diberi dengan baik untuk dijadikan buku skrap.

Peringkat ini dapat dilihat pada langkah 4, murid bekerjasama menggunting dan melengkapkan 5 pengkelasan makanan menggunakan gambar yang diberi dan mereka memastikan hasil kerja dibuat (buku skrap makanan seimbang ) dengan baik dan kemas.

4. Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 mengikut pengkelasan makanan dengan betul.

Peringkat ini juga dilihat pada langkah 4, di mana murid dalam satu kumpulan akan membina 1 ayat tunggal berdasarkan setiap gambar yang ditampal mengikut pengkelasan makanan. Di peringkat ini, pelajar cuba membina ayat tunggal dengan betul.

5. Menjelaskan 1 kepentigan makanan seimbang kepada manusia dengan betul berdasarkan penerangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Peringkat ini dilihat pada langkah kelima, pelajar cuba memberi 1 penjelasan tentang kepentingan makanan seimbang kepada manusia secara lisan.

2.3 Memilih Kaedah Pengajaran (Instruction Methods)

2.3.1 Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-beza. Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi dimulakan dengan simulasi, diikuti dengan demontrasi,latihan dan latih tubi.

Antara kaedah pengajaran yang kerap digunakan dalam pengajaran

Bahasa Melayu Tahun 2 ini ialah demonstrasi. Guru memberikan pen

marker serta kertas kepada setiap kumplan .

Guru memberi penerangan dan tunjuk cara bagaimana membuat peta minda untuk mengkelaskan makanan kepada kumpulannya dengan penggunaan 2 bahan yang diberikan oleh guru. Guru juga menunjuk cara membuat dan melengkapkan buku skrap kepada murid supaya murid dapat mempraktikkan untuk membuat buku skrap bagi kumpulan masing-masing.

Kaedah ini dipilih kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana perlukan sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama dengan aktiviti yang dirancang ini setelah masing-masing dapat melihat tugasan yang mereka perlu lakukan.

2.4 Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Instructional media)

2.4.1 Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Faktor asas dalam pemilihan media ialah bergantung kepada isi pelajaran, objektif, kaedah dan pelajar. Di dalam pengajaran ini, guru telah memilih untuk menggunakan CD-Rom,gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar. Ia juga dapat menggalakkan penglibatan keseluruhan pelajar. Penggunaan CD-ROM dilaksanakan aktivitinya sewaktu set induksi. Guru memasang CD yang mengandungi lagu Makan dengan tujuan menarik minat murid terhadap penagajaran dan pembelajaran ketika itu. Malah isi kandungan yang ditayangkan itu juga membantu guru untuk mengajak murid bertanya dan bersoal jawab bagi memudahkan pendekatan kepada memperkenalkan tajuk waktu itu iaitu Makan Seimbang.

2.4.2 Selain daripada penggunaan CD-ROM, guru juga menggunakan slaid powerpoint bagi menarik minat pelajar dan mereka dapat melihat dengan sebenarnya fizikal makanan ini.

Melalui penggunaan ini juga murid dapat mencatat contoh-contoh makanan disamping menarik minat murid dengan variasi gambar makanan yang berwarna-warni. Pengulang slaid boleh dilakukan sendiri oleh murid dengan bimbingan guru sekiranya pelajar ingin melihat berulang kali contoh-contoh makanan tersebut.

2.5 Pemilihan Bahan Pengajaran (Instructional materials)

2.5.1 Pemilihan media yang berasaskan teknologi pengajaran sebagai

Media utama dalam modul Assure ini yang berteraskan penggunaan bunyi dan gambar yang terhasil dalam slaid powerpoint adalah bertujuan membantu pelajar memahami dengan lebih mudah pengajaran waktu itu. Malah penggunaan lembaran kerja juga membantu murid dengan lebih cepat dan mudah mengingati dan memahami apa yang diajar oleh guru. Penggunaan bahan seperti gam dan gunting dalam aktiviti buka skrap juga dapat membantu murid menggunakan teknik yang betul ketika menggunting dan menggunakan kreativiti sendiri supaya lebih bahan yang digunting itu lebih menarik. Penggunaan bahan maujud juga membantu pelajar merasa dan melihat sendiri fizikal bahan yang dibawa supaya pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik.

2.6 Cadangan Penggunaan Bahan Media (Ultilize media and material)

2.6.1Memilih, mengubahsuaikan atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Seandainya seorang guru gagal untuk menentukan media yang sesuai, adalah penting untuk kita mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakan sendiri. Untuk melaksanakan tugasan ini, kaedah soal jawab, dan perbincangan dan digunakan bagi member kefahaman kepada pelajar.

Perbincangan

Perbincangan merupakan kaedah yang banyak digunakan di dalam rancangan pengajaran ini. Kaedah ini dipilih kerana bersesuaian dengan tempoh masa pengajarannya yang panjang dan memerlukan pelajar mencari seberapa banyak contoh untuk membina peta minda dan buku skrap. Soal jawab Soal jawab merupakan kaedah yang paling popular digunakan dalam kaedah pengajaran. Kaedah soal jawab digunakan di dalam rancangan pengajaran ini kerana ia berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan dan juga mudah dilaksanakan. Guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dengan tujuan :

i.Untuk mengesan pengetahuan pelajar

iiUntuk menggalakkan pelajar berfikir

iii.Untuk menggalakkan pelajar berfikir

Keadah ini digunakan di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dipilih ini.

Demonstrasi

Demonstrasi adalak kaedah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu demonstrasi kepada pelajar atau sekelompok pelajar. Kaedah ini dipilih bagi memudahkan murid melihat kemahiran yang perlu dipraktikkan. Kaedah ini berlaku ketika pelajar membuat peta minda dan buku skrap.

Penggunaan CD dan slaid powerpoint

Penggunaan media ini digunakan ketika set induksi dan sesi soal jawab bagi menarik minat pelajar dan pelajar membantu mencetus idea buat pelajar

2.7 Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)

2.7.1 Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, serta projek. Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran. Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam kumpulan. Untuk aktiviti seterusnya , murid-murid diminta menuliskan ayat tunggal berdasarkan gambar di dalam buku skrap.

2.8 Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise)

2.8.1Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.

Oleh yang demikian, guru boleh menilai sejauh mana keberkesanan rancangan pengajaran yang dibuat terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar tahun 2 Arif . Antaranya adalah seperti berikut:

2.8.2 Penilaian sebelum pembelajaran.

Penilaian dibuat dengan melihat analisis pelajar semasa sesi pembelajaran sebelum ini berlangsung. Kemudian, analisis baru dibuat ketika langkah 1 pengajaran dilaksanakan. Ketika ini, pelajar dapat bersoal jawab dengan guru dan menjawab soalan guru secara lisan serta merasai dan melihat sendiri jenis makanan tersebut melalui bahan maujud.

2.8.3 Penilaian semasa pembelajaran

Penilaian semasa pembelajaran dilakukan bermula langkah 2 pengajaran hingga langkah ke 5 apabila pelajar perlu melakukan pembelajaran aktif. Dalam setiap langkah pengajaran yang dilakukan, telah dapat dikenalpasti pelajar yang lemah dalam matapelajaran tersebut dengan melihat kemampuan mereka memberi respon terhadap setiap soalan dan aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, penerangan semasa pengajaran dapat dibuat, menjurus kepada memberi pemahaman pelajar yang bermasalah.

2.8.4 Penilaian setelah pembelajaran

Penilaian setelah pembelajaran pula dapat dilaksanakan dengan memberikan pelajar latihan melalui lembaran kerja serta meminta pelajar menyatakan kepentingan makanan seimbang mengikut pemahaman murid.

2.9 Menilai Dan Mengulang Kaji:Perancangan Guru (Evaluate and teachers

plan)

2.9.1 Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang

sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Namun keputusan ini bukan diambil apabila semuanya telah berakhir. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Penilaian diumpamakan sebagai cara untuk menuju ke garis penamat.

2.9.2 Menilai media dan kaedah

Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu, soalan berikut harus difikirkan :

a) Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai ?

b) Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses

pengajaran dan pembelajaran ?

c) Adakah semua pelajar menggunakan alat atau bahan dengan

cara yang betul ?

d) Adakah suasana pembelajaran selesa ?

e) Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi ?

2.9.3 Menilai pencapaian pelajar

Setelah sesi pembelajaran selesai , guru menyediakan lembaran kerja untuk menilai keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan. Walaupun tugasan hanya diberi pada akhir pengajaran, pelajar pelajar telah diuji dari awal sehingga akhir pengajaran. Latihan yang dibekalkan bukannya bertujuan untuk mencari kelemahan pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkah yang boleh membantu pelajar yang di bawah tahap penguasaan.

Di dalam contoh pengajaran dan pembelajaran ini, latihan diberikan bertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid terhadap proses pengajaran yang telah berlaku.

RUMUSAN

Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaran yang paling sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukan penggunaan media sebagai kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebih yakin untuk menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta dapat memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalah kerana di dalam model ini terkandung elemen-elemen penting seperti pernyataan objektif, kaedah penyampaian, pemilihan dan penggunaan media, analisis pelajar dan penilaian diambil kira sebelum proses pengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran yang dijalankan akan lebih efektif dan objektif pengajaran tercapai. Jika model ini dibandingkan dengan model SIM, ternyata model ASSURE adalah yang lebih baik . Model SIM hanya menitikberatkan interaksi guru, murid objektif serta isi pelajaran dan persekitaran sahaja tanpa mengambilkira kaedah dan penggunaan media. Penggunaan media dan alat tidak dititik beratkan dalam model ini, jadi keberkesanan proses pengajaran tidak dapat dimaksimumkan.

(3, 500 patah perkataan)

RUJUKAN / REFERENSI

1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Selangor : Amiza

Publishing Sdn.Bhd.

2. Ee Ah Meng (1998) . Pedagogi Untuk Bakal Guru. Selangor : Sri Pendidikan

Fajar Bakti.

3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam

Dalam Pengajaran . Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd.

6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah

Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran.

Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Makanan yang mengadungi karbohidrat

Makanan yang mmengandungi

protin

Makanan yang mengandungi vitamin

Makanan yang mengandungi lemak

Makanan yang mengandungi garam mineral