rph-bab 5.1

25
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN Hari : Khamis Tarikh : 6 Disember 2012 Masa : 8.40 pagi – 10.00 pagi Tingkatan : 4 PD1 Bilangan Pelajar : 20 orang Tajuk : Bab 5 Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sub tajuk : 5.1 e. Kaitan IKS dengan industri berat f. Masalah IKS g. Cara mengatasi masalah IKS Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah didedahkan dengan pengetahuan IKS dalam sesi pembelajaran yang lepas. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat : Kognitif : Membezakan maksud pemasaran bersepadu, subkontrak dan pengaturan kontrak khas. (Aras Analisis) Menyenaraikan masalah yang dihadapi dalam IKS dan cara mengatasinya. (Aras Pengetahuan) Afektif : Memahami tentang kepentingan IKS kepada Industri Berat dalam pertumbuhan ekonomi negara ( Aras aplikasi)

Upload: najihah-sulaiman

Post on 10-Aug-2015

81 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perdagangan tingkatan 4

TRANSCRIPT

Page 1: RPH-bab 5.1

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Hari : Khamis

Tarikh : 6 Disember 2012

Masa : 8.40 pagi – 10.00 pagi

Tingkatan : 4 PD1

Bilangan Pelajar : 20 orang

Tajuk : Bab 5 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Sub tajuk : 5.1 e. Kaitan IKS dengan industri berat f. Masalah IKS g. Cara mengatasi masalah IKS

Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah didedahkan dengan pengetahuan IKS dalam sesi pembelajaran yang lepas.

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat :

Kognitif : Membezakan maksud pemasaran bersepadu, subkontrak dan pengaturan kontrak khas.

(Aras Analisis)

Menyenaraikan masalah yang dihadapi dalam IKS dan cara mengatasinya.

(Aras Pengetahuan)

Afektif : Memahami tentang kepentingan IKS kepada Industri Berat dalam pertumbuhan ekonomi

negara ( Aras aplikasi)

Psikomotor : Melibatkan diri dalam program pembangunan dan peningkatan kemahiran yang dianjurkan

oleh Kelab Keusahawan di sekolah. (Aras Aplikasi)

Pendekatan : Koperatif

Teknik / Kaedah : Sumbangsaran dan soal jawab

Aktiviti : Menyelesaikan masalah, mencari isi-isi penting

Bahan Bantu mengajar : : Kertas edaran,Kertas Mahjong, Pen marker dan pita pelekat

Nilai murni : Bekerjasama,Kerajinan

KBKK : Menjana idea, memberi pendapat.

Page 2: RPH-bab 5.1

LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJARPENDEKATAN/

STRATEGIKAEDAH/TEKNIK/ BBM/NILAI/KBKK

Set induksi

[ 5 minit ]

1. Guru mengedarkan lirik lagu kepada pelajar dan meminta pelajar untuk menyanyikan lagu.

2. Guru meminta pelajar memberikan pendapat tentang lirik lagu yang dimainkan.

Soalan: Bolehkah anda terangkan apa yang terkandung di dalam lirik lagu yang telah diedarkan tadi

3. Guru mengaitkan dengan pembelajaran

1. Pelajar menyanyikan lagu dengan diiringi muzik

2. Pelajar memberikan pendapat berdasarkan soalan yang dikemukan oleh guru.

3. Pelajar mendengar penerangan tentang tajuk yang ingin diajari oleh guru.

Kaedah/ Teknik:Sumbangsaran

BBM:Lirik lagu

Aktiviti 1

[ 30 minit ]

Kaitan IKS dengan Industri Berat:

1. Pemasaran bersepadu- IKS membekalkan

barang siap dan separa siap kepada firma yang besar

2. Pengaturan Kontrak Khas

- Perjanjian antara sebuah firma kecil dengan sebuah firma dimana firma kecil berjanji untyuk membekalkan keluaran mereka kepada forma besar mengikut syarat yang ditetapkan.

1. Guru menerangkan kepada pelajar tentang hubung jalin antara IKS dan industri berat

2. Guru mengedarkan satu contoh kajian kes dan membimbing pelajar dalam mencari isi penting berdasarkan petikan.

3. Guru menerangkan kepada pelajar tentang aktiviti yang akan dijalankan.

4. Guru membentuk pelajar kepada 4 kumpulan ( 5 orang).

4. Guru akan mengedarkan satu kertas edaran kajian kes kepada pelajar untuk mencari isi-isi penting yang terkandung di

1.Pelajar mendengar penerangan guru.

2. Pelajar mencari isi penting berdasarkan petikan.

3.Pelajar mendengar penerangan guru tentang aktiviti yang akan dijalankan.

4. Pelajar membentuk 4 kumpulan. .5. Pelajar mencari isi-isi penting.

Kognitif Kaedah/ Teknik:Perbincangan

BBM:Kertas EdaranKertas MahjongPen MarkerPita Pelekat

Nilai:Bekerjasama

KBKK:Memberi pendapat

Page 3: RPH-bab 5.1

3. Subkontrak- Perpindahan

pengeluaran satu unit kecil pengeluaran syarikat besar kepada syarikat IKS

dalam lembaran.

Arahan Aktiviti: Pelajar dikehendaki mengenal pasti hubung jalin IKS dengan Industri

Berat yang sesuai berdasarkan kajian kes yang diedarkan dan menerangkan ciri-ciri hubung jalin tersebut.

4. Guru mengarahkan pelajar untuk membuat pembentangan di hadapan kelas.

4. Pelajar membentangkan hasil perbincangan kumpulan di hadapan kelas.

Aktiviti 2

[30 minit]

Masalah IKS:a. Masalah modal dan

Pembiayaan-merupakan masalah utama dalam IKS kerana memerlukan modal yang besar untuk membuat modal pusingan dan sukar mendapatkan pinjaman dari bank di atas sebab-sebab tertentu seperti:-Tiada cagaran yang kukuh-Kos pentadbiran tinggi.

b. Produktiviti dan teknologi yang rendah

-Tenaga buruh yang kurang mahir dan kekurangan skim latihan menyukarkan IKS untuk meningkatkan produktiviti.

c. Kekurangan bahan mentah

1. Guru mengadakan aktiviti regangan untuk mengaitkan subtopik yang ingin diajar iaitu tentang masalah IKS dan cara mengatasinya.

2. Guru menerangkan kepada pelajar tentang aktiviti yang akan dijalankan.

3..Guru akan mengedarkan kertas edaran yang mengandungi satu situasi kepada setiap kumpulan

4. Guru mengarahkan pelajar untuk mengenal pasti masalah dan mencadangkan penyelesaian untuk mengatasi maslah yang dihadapi berdasarkan situasi yang diberi.

5.Guru meminta wakil kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan,

6. Guru memberi peneguhan tentang pembentangan pelajar dan menerangkan dengan lebih jelas

1. Pelajar melakukan aktiviti regangan.

2. Pelajar mendengar penerangan guru tentang aktiviti yang akan dijalankan.

3. Wakil kumpulan mengambil kertas edaran.

4.Pelajar memulakan aktiviti perbincangan secara berkumpulan.

5. Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

6. Pelajar mendengar penerangan guru.

Koperatif Kaedah/ Teknik:Perbincangan

BBM:Kertas EdaranKertas MahjongPen MarkerPita Pelekat

Nilai:Bekerjasama

KBKK:Menjana Idea

Page 4: RPH-bab 5.1

-Sumber yang tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan.

d. Masalah pemasaran-Kekurangan modal, sumber dan teknologi membataskan pengeluaran dan peluang meluaskan produk ke pasaran yang lebih luas.

e. Masalah pengurusan-Tahap pendidikan dan kemahiran yang rendah menyukarkan pengusaha IKS untuk menguruskan perniagaan mereka

f. Masalah lokasi-Kos sewa tapak yang tinggi membantutkan peluang IKS untuk mendapatkan tapak bangunan perniagaan yang lebih baik

Cara mengatasi masalah IKS :

a. Program Rantaian Industri (ILP)

-Merapatkan hubung jalin IKS dengan syarikat besar dan multinasioanal dengan menjadikan IKS sebagai pengeluar komponen penting dan kritikal kepada industri besar dalam sektor elektronok, aeroangkasa

tentang masalah dan cara mengatasi masalah IKS

Page 5: RPH-bab 5.1

dan semikonduktor.

b. Program Penyelidikan dan Pembangunan

-Mempertingkatkan kemampuan teknologi IKS melalui pembangunan reka bentuk, produk dan proses.

c. Program Pembangunan Infrastruktur

-Menyediakan prasarana yang baik dan tapak kilang yang sesuai bagi IKS.

d. Program Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran

-Meningkatkan kemhiran pekerja IKS

e. Pembangunan Pemasaran

-Membantu IKS meluaskan pasaran domestik dan antarabangsa melalui ekspo, pameran dan sebagainya.

f. Program Bantuan Kewangan

Page 6: RPH-bab 5.1

-Menyediakan bantuan kewangan dan pinjaman untuk IKS

Penilaian

[ 10 minit ]

Latihan (Formatif) 1. Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi perkataan tersembunyi sebagai latihan pengukuhan.

2. Guru mencabut nama pelajar melalui kotak yang disediakan untuk menjawab soalan

1. Pelajar mencari perkataan tersembunyidalam lembaram kerja yang telah diedarkan oleh guru secara individu.

2. Pelajar yang terpilih dikehendaki menjawab soalan yang diberikan.

BBM:Kertas Edaran

Nilai:Kerajinan

KBKK:Menjana Idea

Rumusan

[ 5 minit ]

1. Guru meminta seorang pelajar merumuskan hasil pembelajaran pada hari itu.

Soalan: Apa yang kita telah pelajari pada hari ini?

2. Guru merumuskan hasil pembelajaran pada haru itu.

1. Wakil pelajar menjawab soalan tersebut.

2.Pelajar mendengar rumusan daripada guru.

Soal jawab

Ulasan pensyarah / guru pembimbing:

...........................................................................................................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................................................................................................

Refleksi guru:

...........................................................................................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................................................................................

Page 7: RPH-bab 5.1

LAMPIRAN

Page 8: RPH-bab 5.1

SET INDUKSI

LAGU: INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

Industri Kecil Dan SederhanaMenceritakan hubungan dua saudaraIndustri berat peneraju utamaIKS pembantu yang setia.

Pengaturan kontrak khas yang pertamaPemasaran bersepadu yang keduaSubkontrak termasuk akhirnyaPenyatuan terpatri selamanya.

Oh..oh..IKS…(3x)Industri Kecil SederhanaOh..oh..IKS (3x)……singkatannya

SMIDEC, SIRIM, PAKSI dan juga MARABadan penjana ekonomi negaraMeringankan masalah peniagaModal, bahan mentah, teknologi semasa.

Diadaptasi daripada Lagu Balik Kampung (Sudirman Haji Arshad)

Page 9: RPH-bab 5.1

AKTIVITI 1

KAJIAN KES 1

Ruang IKS di Mydin bantu usahawan terus bernafas 

Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) komited menyediakan ruang untuk produk keluaran usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di pasar raya besar Mydin bagi membantu golongan itu supaya terus bernafas dalam kelembapan ekonomi. Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, ianya bertujuan bagi membantu usahawan-usahawan dalam industri berkenaan memasarkan produk-produk mereka.

“Apa yang berlaku ketika ini adalah kebanyakan pasar raya besar lain hanya akan mengambil produk usahawan IKS sekiranya ia dijual dahulu di Mydin,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini. Beliau berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM60 juta pada tahun lalu untuk membeli produk keluaran usahawan IKS dari seluruh negara. 

“Tiada cadangan untuk memperbanyakkan jumlah SKU (unit simpanan stor) pada tahun ini kerana keutamaan diberikan kepada matlamat untuk meningkatkan jualan. “Bilangan SKU tidak boleh ditambah ketika ini kerana ruangan untuk IKS sudah sedia ada, tetapi jualan produk usahawan IKS boleh dipertingkatkan terutama dalam keadaan ekonomi ketika ini melalui galakan Kempen Beli Barangan Malaysia,” katanya.

 Terdahulu, Ameer Ali berkata, Mydin juga bakal membuka dua cawangannya di Ipoh yang sedang dalam pembinaan iaitu di Meru Raya serta di Gugusan Manjoi. Katanya, dengan pembukaan dua cawangan itu kelak, ianya sekaligus bakal membuka peluang pekerjaan kepada lebih 600 pekerja termasuk membuka ruang perniagaan kepada orang ramai, khususnya usahawan dalam IKS. “Konsep ini sama seperti dengan pembukaan cawangan Mydin di seluruh negara yang sentiasa mengutamakan produk IKS”

-Sinar Harian.

Berdasarkan situasi di atas, apakah hubung jalin yang berlaku di antara Syarikat Mydin dan IKS ? Terangkan ciri-ciri hubung jalin ini.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 10: RPH-bab 5.1

KAJIAN KES 2

Encik Farid berhajat menjadi seorang usahawan yang berjaya. Beliau bersama beberapa orang rakannya telah menubuhkan Syarikat Farid dan Rakan Enterprise. Sebagai sebuah syarikat kecil, Farid menghadapi banyak masalah terutamanya masalah kekurangan modal dan kesukaran mendapatkan pinjaman daripada bank. Namun dengan keazaman yang kuat, syarikatnya berjaya mendirikan sebuah bengkel besi yang mengeluarkan skru dan nat untuk kegunaan industri. Baru-baru ini, syarikatnya dilantik oleh Proton untuk membekalkan skru dan nat sebagai alat ganti untuk memenuhi keperluan Proton. Syarikatnya diberi kontrak untuk membekalkan skru dan nat menurut spesifikasi yang ditetapkan oleh Proton. Syarikatnya juga diberi bantuan kewangan dan teknikal daripada Proton. Encik Farid berasa syukur dengan kontrak yang diberi oleh Proton. Kedudukan perniagaannnya kian pulih dan berjaya mengaut keuntungan yang berlipat ganda berbeza dengan keadaan sebelum ini.

Berdasarkan situasi di atas, apakah hubung jalin yang berlaku di antara Syarikat Farid dan Rakan Enterprise dan Proton ? Terangkan ciri-ciri hubung jalin ini.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 11: RPH-bab 5.1

KAJIAN KES 3

Puan Lina merupakan seorang usahawan pembuatan baju sukan yang berjaya . Dengan modal sebanyak RM200,000, beliau telah menubuhkan sebuah kilang baju sukan di pinggir bandar Kuala Lumpur. Pada awal operasi, beliau menghadapi kerugian untuk memasarkan baju sukan keluaran syarikatnya. Baru-baru ini, syarikatnya telah menandatangani perjanjian dengan Syarikat Adidas untuk membekalkan baju sukan untuk memenuhi keperluan Syarikat Adidas. Syarikatnya diberi kontrak selama 2 tahun untuk membekalkan baju sukan menurut spesifikasi yang ditetapkan oleh Adidas. Di dalam perjanjian yang ditandatangani juga lengkap menjelaskan tanggungjawab masing-masing yang berkaitan dengan bekalan barangan seperti harga dan kemudahan kredit. Puan Lina bertanggungjawab untuk membekalkan baju sukan kepada Adidas yang memenuhi kriteria yang termaktub di dalam perjanjian. Adidas memberi latihan dan bantuan mesin bagi menghasilkan bahan yang berkualiti.

Berdasarkan situasi di atas, apakah hubung jalin yang berlaku di antara Syarikat Lina dan dan Adidas ? Terangkan ciri-ciri hubung jalin ini.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 12: RPH-bab 5.1

AKTIVITI 2

Page 13: RPH-bab 5.1

LATIHAN PENGUKUHAN

MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

U K D V E N D O R N E V L F I

L A I R T S U D N I P M S E S

P R I G N U Y A P P E S N O K

A T K S H I L A D O M D A M A

H N Z P N A R S K I A T H I P

W O C M C E D I M S S N C R I

A K Y H T B G C S Y A A O I S

R B B R O S K A D O R M K S T

A U I S A R E N E G A P P O O

S S M B A H A N M E N T A H L

PEMBAYANG1. ____________ melibatkan perpindahan pengeluaran satu unit kecil pengeluaran daripada syarikat

besar kepada syarikat IKS.2. Hubung jalin ini bertindak sebagai pelindung kepada IKS dengan cara memberi pasaran terjamin

kepada IKS.3.

4. Salah satu badan yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran pekerja ialah ________.5. Masalah kekurangan ______ berlaku apabila tiada sumber yang mencukupi di pasaran untuk

memenuhi permintaan.6. Firma besar menyerahkan subkontrak kepada IKS untuk pengeluaran unit-unit kecil dikenali sebagai

________.7. _______ ialah badan yang member khidmat kejuruteraan, elektronik, reka bentuk dan sebagainya.8. Program pembangunan _______ membantu meluaskan pasaran IKS dengan mengadakan ekspo,

pameran, lawatan dan sebagainya.9. Masalah ____________ melibatkan penempatan aktiviti perniagaan IKS dari segi ruang pejabat,

bangunan atau tanah.10. ___________ yang dilancarkan oleh SMIDEC menyediakan 2 jenis kemudahan pinjaman iaitu

pembiayaan projek dan modal pusingan .

Syarikat Anchor (PROTON Syarikat A (IKS) Syarikat B ( syarikat _____ ) Kontrak Subkontrak

Page 14: RPH-bab 5.1

SKEMA JAWAPAN

AKTIVITI 1

KAJIAN KES 1

Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) komited menyediakan ruang untuk produk keluaran usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di pasar raya besar Mydin bagi membantu golongan itu supaya terus bernafas dalam kelembapan ekonomi. Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, ianya bertujuan bagi membantu usahawan-usahawan dalam industri berkenaan memasarkan produk-produk mereka.

“Apa yang berlaku ketika ini adalah kebanyakan pasar raya besar lain hanya akan mengambil produk usahawan IKS sekiranya ia dijual dahulu di Mydin,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini. Beliau berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM60 juta pada tahun lalu untuk membeli produk keluaran usahawan IKS dari seluruh negara. 

“Tiada cadangan untuk memperbanyakkan jumlah SKU (unit simpanan stor) pada tahun ini kerana keutamaan diberikan kepada matlamat untuk meningkatkan jualan. “Bilangan SKU tidak boleh ditambah ketika ini kerana ruangan untuk IKS sudah sedia ada, tetapi jualan produk usahawan IKS boleh dipertingkatkan terutama dalam keadaan ekonomi ketika ini melalui galakan Kempen Beli Barangan Malaysia,” katanya.

 Terdahulu, Ameer Ali berkata, Mydin juga bakal membuka dua cawangannya di Ipoh yang sedang dalam pembinaan iaitu di Meru Raya serta di Gugusan Manjoi. Katanya, dengan pembukaan dua cawangan itu kelak, ianya sekaligus bakal membuka peluang pekerjaan kepada lebih 600 pekerja termasuk membuka ruang perniagaan kepada orang ramai, khususnya usahawan dalam IKS. “Konsep ini sama seperti dengan pembukaan cawangan Mydin di seluruh negara yang sentiasa mengutamakan produk IKS”

Jawapan: Pemasaran Bersepadu Industri berat menjadi pelindung kepada IKS dengan memberi jaminan terjamin.

- Mydin menyediakan ruang untuk produk keluaran usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di pasar raya besar Mydin bagi membantu golongan itu supaya terus bernafas dalam kelembapan ekonomi untuk memasarkan produk-produk mereka.

- Mydin memperuntukkan sebanyak RM60 juta pada tahun lalu untuk membeli produk keluaran usahawan IKS dari seluruh negara. 

Pendapatan dan aliran modal pembeli dapat mengembangkan perniagaan IKS- Kebanyakan pasar raya besar lain hanya akan mengambil produk usahawan IKS

sekiranya ia dijual dahulu di Mydin

Page 15: RPH-bab 5.1

KAJIAN KES 2

Encik Farid berhajat menjadi seorang usahawan yang berjaya. Beliau bersama beberapa orang rakannya telah menubuhkan Syarikat Farid dan Rakan Enterprise. Sebagai sebuah syarikat kecil, Farid menghadapi banyak masalah terutamanya masalah kekurangan modal dan kesukaran mendapatkan pinjaman daripada bank. Namun dengan keazaman yang kuat, syarikatnya berjaya mendirikan sebuah bengkel besi yang mengeluarkan skru dan nat untuk kegunaan industri. Baru-baru ini , syarikatnya dilantik oleh Proton untuk membekalkan skru dan nat sebagai alat ganti untuk memenuhi keperluan Proton. Syarikatnya diberi kontrak untuk membekalkan skru dan nat menurut spesifikasi yang ditetapkan oleh Proton. Syarikatnya juga diberi bantuan kewangan dan teknikal daripada Proton. Encik Farid berasa syukur dengan kontrak yang diberi oleh Proton. Kedudukan perniagaannnya kian pulih dan berjaya mengaut keuntungan yang berlipat ganda berbeza dengan keadaan sebelum ini.

Jawapan : Subkontrak Proton memberi kontrak kepada Syarikat Farid dan Rakan Enterprise yang berfungsi

sebagai vendor Syarikat Farid dan Rakan Enterprise membekalkan skru dan nat menurut spesifikasi

yang ditetapkan oleh Proton. Syarikat Farid dan Rakan Enterprise juga diberi bantuan kewangan dan teknikal

daripada Proton

KAJIAN KES 3

Puan Lina merupakan seorang usahawan pembuatan baju sukan yang berjaya . Dengan modal sebanyak RM200,000, beliau telah menubuhkan sebuah kilang baju sukan di pinggir bandar Kuala Lumpur. Pada awal operasi, beliau menghadapi kerugian untuk memasarkan baju sukan keluaran syarikatnya. Baru-baru ini, syarikatnya telah menandatangani perjanjian dengan Syarikat Adidas untuk membekalkan baju sukan untuk memenuhi keperluan Syarikat Adidas. Syarikatnya diberi kontrak selama 2 tahun untuk membekalkan baju sukan menurut spesifikasi yang ditetapkan oleh Adidas. Di dalam perjanjian yang ditandatangani juga lengkap menjelaskan tanggungjawab masing-masing yang berkaitan dengan bekalan barangan seperti harga dan kemudahan kredit. Puan Lina bertanggungjawab untuk membekalkan baju sukan kepada Adidas yang memenuhi kriteria yang termaktub di dalam perjanjian. Adidas memberi latihan dan bantuan mesin bagi menghasilakna bahan yang berkualiti.

Jawapan: Pengaturan Kontrak Khas Syarikat Puan Lina telah menandatangani perjanjian dengan Syarikat Adidas untuk

membekalkan baju sukan untuk memenuhi keperluan Syarikat Adidas Syarikat Puan Lina diberi kontrak selama 2 tahun untuk membekalkan baju sukan

menurut spesifikasi yang ditetapkan oleh Adidas

Page 16: RPH-bab 5.1

Di dalam perjanjian yang ditandatangani juga lengkap menjelaskan tanggungjawab masing-masing yang berkaitan dengan bekalan barangan seperti harga dan kemudahan kredit.

Puan Lina bertanggungjawab untuk membekalkan baju sukan kepada Adidas yang memenuhi kriteria yang termaktub di dalam perjanjian.

Adidas memberi latihan dan bantuan mesin bagi menghasilkan bahan yang berkualiti.

AKTIVITI 2

Page 17: RPH-bab 5.1

AKTIVITI PENILAIAN (LATIHAN PENGUKUHAN)

1. SUBKONTRAK2. KONSEP PAYUNG3. VENDOR4. SMIDEC5. BAHAN MENTAH6. ANCHOR7. SIRIM8. PEMASARAN9. LOKASI10. PAKSI