ringkasan jurnal

5
SJH 1064 (Sejarah Malaysia Moden) RINGKASAN JURNAL Tajuk: Membina Semula Konsep Pembinaan Negara Bangsa di Malaysia Penulis: Suhana Saad Ahli Kumpulan: Chryilmix Tanis Asyraaf Bin Yusuf Mohd Hafiz Bin Yatin 1.0 PENGENALAN - Secara umumnya, negara Malaysia seringkali dikaitkan dengan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. - Melayu (58%), Cina (24%), India (8%) dan lain-lain (10%) - Perpaduan nassionalmerupakan asas kepada tema pembinaan negara bangsa semenjak kemerdekaan Tanah Melayu dan seterusnya pembentukan negara Malaysia pada 16 september 1963. - Setiap Perdana Menteri mempunyai harapan yang sama: Tunku Abdul Rahman – menggalakkan kerjasama politik sebagai sumber kekuatan dalam unsur-unsur politik negara. Tun Abdul Razak – Memperkenalkan Dasar EKonomi Baru (DEB), untuk menyusun semula petempatan masyarakat tanpa pengkelasan kaum.

Upload: hafiz-yatin

Post on 15-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

negara bangsa

TRANSCRIPT

SJH 1064 (Sejarah Malaysia Moden)RINGKASAN JURNAL

Tajuk: Membina Semula Konsep Pembinaan Negara Bangsa di MalaysiaPenulis: Suhana Saad

Ahli Kumpulan: Chryilmix Tanis Asyraaf Bin Yusuf Mohd Hafiz Bin Yatin

1.0 PENGENALAN Secara umumnya, negara Malaysia seringkali dikaitkan dengan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Melayu (58%), Cina (24%), India (8%) dan lain-lain (10%) Perpaduan nassionalmerupakan asas kepada tema pembinaan negara bangsa semenjak kemerdekaan Tanah Melayu dan seterusnya pembentukan negara Malaysia pada 16 september 1963. Setiap Perdana Menteri mempunyai harapan yang sama: Tunku Abdul Rahman menggalakkan kerjasama politik sebagai sumber kekuatan dalam unsur-unsur politik negara. Tun Abdul Razak Memperkenalkan Dasar EKonomi Baru (DEB), untuk menyusun semula petempatan masyarakat tanpa pengkelasan kaum. Tun Hussien Onn Mencuba untuk menyusun dan membina satu sintesis yang lebih kuat sebagai ransangan dalaman Tun Dr. Mahathir memperkenalkan Wawasan 2020, misi untuk mencapai taraf negara maju. Tun Abdullah Ahmad Badawi cuba untuk menekankan nilai-nilai dalaman di dalam konsep Islam Hadhari Datuk Seri Najib memperkenalkan gagasan 1 Malaysia2.0 KONSEP NEGARA BANGSA Konsep negara bangsa seringkali dikaitkan dengan pembinaan negeri (pentadbiran), demokrasi, modenisasi, perkembangan politik, pembinaan semula selepas konflik dan keamanan, namun setiap konsep adalah berbeza walaupun evolusinya saing berkaitan. Konsep pembinaan negara bangsa mula diguna pakai secara meluas di antara ahli sains politik Amerika selepas Perang Dunia Kedua untuk mengambarkan integrasi yang lebih besar mengenai negara dan masyarakat, sebagai warganegara di bawah kesetian kepada negara bangsa yang moden. Selain itu, negara bangsa juga merupakan konsep norma yang membawa makna yang berbeza bagi setiap individu. Ramai yang berpendapat bahawa pembangunan negara adalah suatu evolusi dan bukannya revolusi. Oleh itu, pembinaan negara bangsa akan mengambil masa yang lama perlu melalui proses dari A-Z. Konsep pembinaan neara bangsa sering digunakan silih berganti dengan integrasi nasional yang mengandungi sebahagian besar manusia (masyarakat) yang terdiri daripada sikap, etnik dan budaya yang berbeza. Menurut Sharom Ahmat (1980), di dalam konteks negara kita Malaysia, pembangunan negara bangsa dilihat sebagai proses di mana masyarakat yang stabil dan bersepadu akan muncul. Ini akan dicapai melalui cara-cara berikut; penciptaan ekonomi yang kukuh yang akan bertindak sebagai rangsangan di mana program-program lain boleh dibina; penstabilan puak dalaman dan promosi domestik dan ketenangan, penyatuan kecekapan budaya termasuk peningkatan kualiti kehidupan manusia, dan dengan itu tenaga negara.

3.0 PEMBINAAN NEGARA BANGSA DI MALAYSIA Proses pembinaan negara bangsa di Malaysia perlu dilihat sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada bulan Ogos 1957. Perlembangaan bertujuan untuk menyediakan asas yang berdaya maju untuk pemahaman etnik dan kerajaan yang baik. Namun disebaliknya, terdapat banyak tawar-menawar yang berlaku terutamanya di kalangan kumpulan etnik dan parti-parti politik. Dua perkara yang asas yang perlu diingat untuk memahami sifat dan kepentingan proses politik pada masa ini: Etnik adalah kunci Orang Melayu akan mengawal eksekutif Untuk mengendalikan sistem kerajaan selepas kemerdekaan, kumpulan etnik utama perlu bekerja bersama-sama, tetapi parti-parti tersebut telah dibina mengikut garis etnik. Menurut In-Won Hwang (2003), perjanjian asal kontrak perlembagaan adalah keseimbangan antara orang Melayu dan bukan Melayu. Pakej perlembagaan: Orang bukan melayu diberikan hak kerakyatan terbuka Orang Melayu mendapat hak istimewa di dalam aspek bahasa, agama dan status melayu. Peristiwa 13 Mei 1969 (berpunca daripada tiadanya persefahaman antara kaum Melayu dan Cina). Wawasan 2020 (cabaran yang pertama dan paling utama adalah dalam membentuk negara bangsa)

4.0 MENAMBAH BAIK PEMBINAAN NEGARA BANGSA DI MALAYSIA Konsep 1 Malaysia Ianya bersandarkan kepada tiga prinsip dalam meningkatkan perpaduan negara: Prinsip Penerimaan -bermakna walaupun rakyat Malaysia hidup di dalam aya hidup yang berbeza, amalan dan budaya, kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia. Prinsip semangat kebangsaan -melalui konsep perpaduan, nasionalisme dan cintakan negara telah dipupuk awal lagi oleh para pemimpin terdahulu. Prinsip keadilan sosial -setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama akan diambil kira secara adil dan saksama dalam kebajikan dan aspek sosial yang lain. Melalui 1 Malaysia, setiap wakil kaum perlu melangkaui sempadan kaum dan memperluaskan perkhidmatan mereka kepada kaum-kaum yang lain

5.0 CABARAN DALAM MENCAPAI TAHAP NEGARA BANGSA Jurang ekonomi bagi kaum bumiputera (masyarakat Sabah dan Sarawak) Tahap penerimaan masyarakat terhadap ideologi kebangsaan dan perlembagaan Konsep 1 Malaysia disamakan dengan konsep Malaysian Malaya

6.0 KESIMPULAN Konsep negara bangsa Malaysia adalah satu aspirasi dalam mengukuhkan hubungan antara masyarakat yang berbilang kaum. Memastikan wujudnya fahaman penyatuan di dalam diri setiap individu seperti di dalam prinsip nasional.