rima edisi april 2015

21
1

Upload: gptd-unisel

Post on 06-Feb-2016

109 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Di bawah sentuhan editor yang terbaharu, rima tampil bagi mengisi kekosangan/ masa lapang pelajar. Menghidangkan isu-isu yang yang berkaitan, terutamanya dalam peperiksaan. Rima pasti dapat mengajak para pembaca dekat dengan ilmu. Selamat membaca

TRANSCRIPT

1

2

APRIL 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

MENARIK BULAN INI

Fokus-Antarabangsa-

Islamophobia @

Westerophobia

Fokus-Isu bulanan- Minggu Peperiksaan

Tips - Persediaan menghadapi

peperiksaan

Aktiviti GPTD- -Kem Motivasi

Kecemerlangan

- Sukan Go-kart

3

APRIL 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

RISALAH MADANI E-mel: [email protected]

Penasihat

En.Izwan Suhadak Bin Ishak

Editor

AKMAL ADLI BIN AHMED

Kolumnis Edisi April

MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN

NUR BALQIS HANNAH BT MOHD JAMIL

EKA SRI WAHYU BT IMAN SYAIFFUDIN

MUHAMMAD SYAHMI BIN MUSTAPA

Diterbitkan Oleh: GRUP PENGKAJI TAMADUN

DUNIA (GPTD) UNISEL

TEL : 013-3917122

FB : Gptd Unisel

E-mel : [email protected]

4

Assalamualaikum ... Minggu peperiksaan tiba lagi setelah 14 minggu

sesi kuliah berjalan. Seluruh pelajar Unisel pastinya tera-

sa dengan kedatangan minggu peperiksaan ini.

Peperiksaan bagaikan ‘medan perang’ bagi seorang yang

bernama pelajar. Ia tidak dapat dielakkan. Pastinya

tujuan peperiksaan itu diadakan untuk menguji sejauh

mana kefahaman seseorang itu tentang apa yang dipela-

jari. Ada yang berasa takut dengan peperiksaan. Namun,

bagi yang sudah membuat persediaan, ‘perang’ ini dapat dihadapi dengan tenang.

Oleh itu, persediaan itu amatlah penting untuk menghadapi apa saja. Jika peperangan

sebenar memerlukan teknik, senjata dan strategi untuk menang, sama juga untuk

mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sebagai seorang muslim

pula, perlulah berdoa serta bertawakkal kepada Allah setelah berusaha kerana apa

yang diinginkan pastinya bukan sekadar kecemerlangan, akan tetapi berkat serta rah-

mat Allah s.w.t. Hanya ini sebagai penjamin kejayaan seseorang itu di dunia dan juga

akhirat.

Risalah Madani kali ini terbit dengan tema peperiksaan. Oleh itu, pihak penerbitan

menyediakan beberapa tips serta panduan untuk menghadapi ‘peperangan’ bagi pela-

jar ini. Selamat membaca dan semoga bermanfaat….InsyaAllah...

Selamat Menghadapi Peperiksaan

&

Selamat Berjaya!!

APRIL 2015 Tutur Editor

Salam Ceria

Akmal Adli Ahmed

-Editor Risalah Madani -

Pelajar vs peperiksaan!

5

APRIL 2015 Nukilan Presiden

Bangsa Melayu lahir dari pengkisahan sejarahnya yang begitu hebat. Bangsa Melayu cukup

terkenal dengan kualiti hidup berteraskan kekuatan budaya keilmuan dan ketinggian

komitmen keagamaan. Tulisan Dato Dr Siddiq Fadhil dalam buku karangan beliau Islam Dan

Melayu, Martabat Umat Dan Daulat Rakyat menyatakan “Andainya sumpah pahlawan ‘Takkan

Melayu Hilang Di Dunia!’ mahu diletakan dalam konteks perjuangan memaknai kehidupan,

maka ungkapan tersebut seharusnya dilengkapkan dengan menyebut syaratnya, “selagi

mereka berilmu dan beriman!’. Inilah yang menjadi keperihatinan bersama ketika bangsa ini

mengalami penjajahan yang sangat kuat daripada barat.

Persoalan yang timbul mengenai jati diri Bangsa Melayu ketika dunia menyedari proses gejala

globalisasi yang dianggap sebagai budaya penjajahan baru. Dalam hal ini, timbulnya pelbagai

istilah seperti borderless world (dunia tanpa sempadan), global village (desa buana), global

culture (kebudayaan global) dan lain-lain yang mengesankan seola-olah segalanya sudah

serba global, tidak ada lagi negara nasional yang bersifat kebangsaan, tidak ada budaya

tempatan serta hilang nilai jati diri bangsa. Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi

telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh media Barat untuk memperluas serta memperhebatkan

promosi dan menjual idea dan budayanya.

Bermula pada abad ke 13 masihi, rantau ini menyaksikan suatu gerakan pengislaman secara

menyeluruh hingga ke pelusuk dunia. Seluruh kepulauan Melayu yang meliputi hampir

seluruh lapisan masyarakat rumpun Melayu. Transformasi ini berlaku dan telah melahirkan

perbezaan sosial yang baru berasaskan prinsip dan nilai keadilan sebagaimana yang tertulis di

dalam ungkapan Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Proses pembinaan watak

Melayu dengan nilai-nilai baru keislaman itu terganggu dengan kedatangan kuasa-kuasa

penjajah Barat mulai abad ke 16 masihi. Dengan ancaman penjajahan waktu itu sekaligus

membangkitkan semangat mempertahankan jati diri keislaman dan kemelayuan.

Perkembangan ini telah menjadi suatu fenomena tumpuan mengumpul kekuatan Umat

Melayu menentang kezaliman dengan berperang mengangkat senjata melawan penjajah.

JATI DIRI MELAYU DALAM CITRA KEILMUAN

Oleh : MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) Teknologi Industri, Fakulti Sains & Bioteknologi

Universiti Selangor Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD Unisel) Jurulatih dalam Bidang Modul Latihan & Pembangunan

6

Justeru itu, orang mudalah yang harus fahami sejarah serta tidak hilang nilai jati diri

Bangsa Melayu. Bukan bermakna kita memperkecilkan bangsa yang lainya akan tetapi

sejarah bangsa kita serta nilai keislaman itulah yang mengangkat Karamah Insaniah

(Kemulian Keinsanan). Bangsa ini mula bangkit dengan sumber rujukan dan budaya ilmu

seperti pembacaan, kuliah-kuliah dan aktiviti perkumpulan organisasi. Perintah membaca

merupakan kata pertama dari wahyu pertama yang diterima oleh baginda Nabi Muhammad

saw. Kata ini sedemikian pentingnya sehingga diulang dua kali dalam rangkaian wahyu

pertama.

Mungkin menghairankan bahwa perintah tersebut ditujukan pertama kali kepada seseorang

yang tidak pernah membaca suatu kitab sebelum turunnya Al-Qur’an (Q.S. 29:48), bahkan

seorang yang tidak pandai membaca suatu tulisan sampai akhir hayatnya. Suruhan

membaca inilah menjadi kayu ukur terpenting dalam sejarah peradaban bangsa. Perkataan

iqra’ terulang tiga kali dalam Al-Qur’an, pada surat ke-17 ayat 14 dan surat ke-96 ayat 1

dan 3. Perkataan iqra’ (qoro’a) pada mulanya bererti “menghimpun”. Dalam kamus-kamus

bahasa, dapat ditemui seperti dari kata tersebut, antara lain: menyampaikan, menelaah,

membaca, mendalami, meneliti, mengetahui ciri-cirinya, dan sebagainya yang kesemuanya

dapat dikembalikan kepada hakikat “menghimpun” yang merupakan erti akar kata tersebut.

Justeru itu, mewakili seluruh barisan kepimpinan Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD

Unisel) merakamkan ucapan tahniah kepada jawatankuasa penerbitan Risalah Madani yang

telah berjaya menerbitkan Risalah ini. Risalah Madani ini merupakan hasil tulisan daripada

semua aktivis GPTD serta pelbagai tajuk yang menarik minat seperti travelog Relawan,

Catatan Puisi, artikel dan idea yang dapat dikongsikan kepada pembaca terutamanya

mahasiswa. Semoga Risalah Madani ini terus menjadi bahan pembacaan yang bermanfaat

untuk semua.

Akhir kata, sempena minggu peperiksaan yang akan tiba ini, saya wakil dari GPTD Unisel

mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan selamat maju jaya kepada semua

pelajar Unisel.

7

APRIL 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

8

APRIL 2015 FOKUS- TEMA BULAN INI

PEPERIKSAAN OH PEPERIKSAAN.

Eka Sri Wahyu binti Iman Syaiffudin

Tahun 2, ISM Psikologi Industri

Minggu peperiksaan semakin hampir. Mereka

yang mula sedar statusnya seorang pelajar akan

mula mengorak langkah awal membuat pem-

bacaan awal. Pelbagai perbincangan, perkongsian

dan persoalan akan diutarakn kepada pensyarah,

senior dan rakan kuliah. Semua yang dil-

aksanakan diharapnya mampu keluar ketika hari

peperiksaan. Ketika ini suasana demam peperik-

saan mula terasa hangatnya. Di perpustakaan,

kumpulan studi grup sepertinya semakin serius

dengan perkara yang berkaitan dengan matapela-

jaran yang didaftarkan.

Peperiksaan merupakan antara satu cara yang per-

lu dilalui dalam pendidikan di Malaysia bagi

menguji tahap kefahaman pelajar tentang ilmu

yang ditelaah. Justeru itu, adalah harapan setiap

pelajar yang normal fikrahnya untuk mendapat

keputusan peperiksaan yang cemerlang dengan

harapan mampu memberi pulangan yang is-

timewa kepada diri sendiri, keluarga dan

masyarakat.

Islam telah menyediakan satu konsep dan garis

panduan yang cukup baik untuk menghadapi

situasi penting ini. Dalam Al-Quran, suruh Al-

Alaq, ayat 1 -5 :

Dalam ayat ini, dapat menerangkan tips-tip yang

boleh diamalkan bagi menghadapi peperiksaan.

Bermula dengan ayat pertama yang membawa

maksud “ bacalah dengan nama Tuhanmu yang

menciptakan”

Justeru itu, menurut Kamaruddin Toyo, dalam

penulisan blognya menyatakan, adalah perlu kita

seorang pelajar memulakan apa jua amalan teruta-

manya memahami dan mencerdikkan pemikiran

dengan memulakan setiap perkara yang baik

sekurang-kurangnya dengan lafaz bismillah.

Adalah lebih baik, dalam memulakan perb-

incangan atau studi , ditambah dengan membaca

doa belajar atau al-fatihah. Seterusya, “ mencip-

takan manusia dari sebuku darah beku”

Menurut beliau lagi, dalam sistem badan manusia,

segumpal darah adalah elemen penting dalam

melengkapkan pembinaan organisasi bernama

manusia. Begitulah juga dalam mendalami sesua-

tu ilmu, perlulah mendalaminya dengan mencari

point-point penting dahulu. Biasanya, isi-isi

penting hanya lah sedikit, tetapi huraian yang

banyak menyebabkan kita sepertinya keliru untuk

memahami konsepnya. Dengan cara mencari isi-

isi penting seterusnya diterangkan atau digaris-

kan isi-isi penting memudahkan proses me-

nangkap konsep sebenar topik yang dipelajari.

Ketiga, “Bacalah, dan Tuhanmu Maha Pemurah”

Maka, setelah digariskan atau diterangkan isi-isi pent-

ing, bacalah dengan jelas apa yang ditegaskan dalam

topik itu. Bacalah sehingga faham dan melekat dihati

dan fikiran.

Dalam ilmu psikologi dan pemikiran, Hukum Pengu-

langan (Law of Repetition) pengulangan mampu men-

jadikan sesuatu pembacaan kekal lebih lama dan

pemahaman yang lebih jelas.

9

APRIL 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

Keempat, “yang mengajar manusia melalui pena dan penulisan”

Setelah dibaca, difahamkan kehendak topik, tulis semula pada kertas untuk meguji kefahaman kita dalam membu-

at pembacaan.

Konsep memori model kognitif menjelaskan tiga peringkat tahap memori diproses. Pertama, memori sensoris,

iaitu informasi yang diterima, bersifat sangat lemah dan tiada jaminan untuk melalui memori jangka pendek dan

jangka panjang. Seterusnya, perkara yang difaham dan dihafal akan melalui memori jangka pendek dan jangka

hayatnya kurang dari satu minit. Tetapi pengulangan yang dibuat dengan lebih serius , seperti menulis semula

pemahaman akan menggalakkan proses mengingat melalui memori jangka panjang yang bersifat lebih kekal ber-

banding memori sensoris atau memori jangka pendek.

Dalam konteks menulis perlulah diketahui tekniknya supaya berkualiti hasilnya. Membuat nota ringkas dengan

memahami kemahiranya seperti menyimbolkan isi-isi penting dengan sesuatu yang digemari atau mudah diingati.

Membuat peta minda dan kad kecil (flashcard) supaya mudah dibawa kemana-mana. Teknologi juga boleh mem-

bantu kita. Antaranya, menangkap gambar nota yang sudah dihasilkan. Jadi, sementara menanti kehadiran rakan,

atau tempahan makanan, nota tadi boleh menjadi selingan.

Tips kelima, “ia mengajar manusia apa yang tidak diketahui “.

Tips kelima adalah, ilmu itu adalah milik Allah. Selayaknya, kita sebagai hambanya, memohon dan berdoa, semo-

ga apa yang dipelajar mampu difahami dan dikuasai dengan baik. Disinilah konsep tawakal harus dipraktikkan.

Setelah berusaha sedaya dan semampunya, berdoa adalah jalan terbaik supaya diberikan kefahaman dan

kekuatan ingatan yang baik. Menjaga kesihatan otak, jasmani dan rohani juga antara usaha yang perlu dipraktik-

kan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan berkesan.

Islam sudah menyediakan manual sebagai panduan hidup yang harmoni dan sejahtera. Semoga dengan sedikit

perkongsian ini, kita dapat bersama-sama mendapatkan pencerahan dan pencerdasan seharian yang lebih

berkualiti. Sekian, terima kasih.

10

APRIL 2015 FOKUS- TEMA BULAN INI

Tips Menghadapi Peperiksaan

Disediakan oleh:

MUHAMMAD SYAHMI BIN MUSTAPA

Exco Kajian GPTD Unisel

Bachelor Of Library Science

Semester 1, Tahun 1

Bersempena dengan ‘final exam’, nak kongsi beberapa tips menghadapi exam. Setiap orang ada cara

masing-masing. Di bawah ini ada beberapa tips yang sangat ringkas boleh diikuti.

Ulangkaji Pantas

Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita mem-

buat ulangkaji lebih pantas tetapi memberi kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan

dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek. Hal ini

penting kerana secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun

ianya tidak terperinci.

Buat soalan final

Lepas habis satu bab yang dah diulangkaji, jawablah soalan final yang lepas-lepas. Jawab seberapa

yang boleh. cuba buat walaupun belum tentu apa jawapan sebenarnya. Jawapan nanti kena berband-

ing dengan member la sebab memang takde skema jawapan atau pergi Tanya pensyarah. Apa pun

sekurang-kurangnya kita familiar dengan bentuk soalan yang ditanya.

Mengajar Orang lain

Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita ta-

hu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar

orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman

yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan

membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini

hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

11

APRIL 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

Jaga Pemakanan

Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela

ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu

kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan.

Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah

sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh

meningkatkan daya ingatan serta kekacang.

Mohon Maaf

Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang

baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa

serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan

anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda

sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tid-

ak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apa-

bila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik

dengan orang lain terutama ibu bapa akan membu-

atkan kita rasa tenang hinggakan memberi

ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun

dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.

Berdoa

Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa pent-

ing kerana kita hidup di dunia ini semuanya diten-

tukan oleh pencipta. Segala usaha atau apa yang

kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.

Bertawakallah kepada Allah sesudah kita berusaha

untuk mencapai kejayaan dan mesti ikhlas dalam

menuntut ilmu keranaNya.

Hanya enam tips sahaja yang saya buat.

Masing-masing ada cara tersendiri untuk memper-

siapkan diri dalam mengahadapi exam. Pakar moti-

vasi bagi tips pun hanya mampu memberi panduan

sahaja dan terpulang kepada diri sendiri untuk

melaksanakannya. Semua ada cara sendiri. Moga

ianya bermanfaat.

Akhir sekali selamat berjuang diucapkan

kepada semua mahasiswa dan mahasiswa yang akan

menghadapi exam. Semoga usaha kita dipandang

Allah dan diberikan kejayaan yang setimpal dengan

kepayahan yang kita hadapi. Jangan lupa doakan

kita semua berjaya.

-Allah humma yassir wala tu’asir

12

APRIL 2015 FOKUS ! - ANTARABANGSA

Islamophobia atau Westernophobia?

penulis: Aile Strike

Kini perpecahan masayarakat barat

kepada ummat islam kian menjadi dan

semakin ekstrim. Meraka

menggamabarkan bahawa ajaran islam

ialah ajaran yang berkisar dengan

fahaman keganasan dan pembunuhan.

Gejala yang diberi nama Islamophobia ini

menular keseluruh pelusuk hati

masyarakat barat dengan kadar yang

sangat membimbangkan. Seaakan-akan

perundangan di barat kini menyekat dan

mencabuli hak asasi ummat islam

Kes-kes penindasan yang berbentuk

provokasi seolah-olah didiamkan oleh

masyarakat disana seperti seorang

pemandu teksi yang beragama islam

dipukul beramai-ramai, hari pembakaran

Al-Quran beramai-ramai, dan bermacam

lagi bentuk penghinaan yang diberi ruang

dan kesempatan didalam media. Denmark

Kurt Westergaard, seorang kartunis telah

dianugerahkan atas karyanya yang

menghina Nabi Muhammad yang

digambarkan sebagai pengganas. Begitu

juga dengan Salman Rushdi yang menulis

buku Satanic Verses yang diberkan

anugerah oleh kerajaan British dengan

gelaran ‘Sir’. Pengkristianan seorang

muslim mendapat liputan meluas media

yang diskriminasi. Pendek kata, sesiapa

sahaja yang bertandang ke barat yang

manghina dan mencela Islam akan diberi

penghargaan dan penghormatan.

Jelas nyata bahawa sikap meraka ini

dapat ditafsirkan dan difahami oleh

ummat islam seantero dunia. Sikap benci

dan bias yang kuat dapat digambarkan

dengan insiden-insiden tersebut. Jika

mereka membicarakan tentang insiden

11 Semptember, adakah nyawa yang

terkorban tidak merangkumi nyawa

ummat islam? Penubuhan sebuah pusat

islam berhampiran dengan ground zero

telah menimbulkan pelbagai spekulasi

dan kontroversi. Mereka mengatakan

sikap mereka ini dilakukan atas nama

kebebsan, tetapi kebebasan terhadap

apa? Penganaian da kezaliman terpaksa

diempuhi oleh ummat islam setiap hari.

Jika orang bukan islam melakukan

sebuah jenayah, ia kekal jenayah namun

apabila oang islam melakukannya, ia

digelar terrorism.

Kenyataan dari mantan perdana menteri

Britain Tony Blair juga mempunyai unsur-

unsur perlecehan yang menganggap

bahawa ummat islam ini ummat yang

rendah martabatnya. Pemimpin–pemimpin

barat ini merasakan bahawa diri mereka

begitu suci dan bersih manakala agama

islam ini kotor dan keji. Pemimpin islam

kini dituduh dengan fitnah yang dahsyat

bahawa mereka melakukan penyeksaan

rakyat jelata dan melanggar setiap satu

hak asasi manusia dengan mengikut

hukum syariah. Mengapa seringkali islam

dan pengikutnya disalahkan sedangkan

pemimpin lain diluar sana terlepas dari

tuduhan ini walhal mereka ialah dalang

sebenar dalam jenayah kemanusian?

Tidak akan ada keadilan dan

kesejahteraan serta jurang yang rapat

antara dunia islam dan dunia barat selagi

mereka masih dalam igauan islamphobia

ini. Isu penderitaan ummat di timur

tengah juga akan menjumpa jalan buntu

sekiranya “parasit” ini masih bersarang

dihati mereka. Ditengah kemelut ini,

ummat islam seharusnya bingkas bangun

dan membuka mata bahawa masalah ini

dapat dihapuskan dengan ummat islam

itu sendiri bersatu membuktikan

islamophobia ini hanyalah rekaan media

untuk menjatuhkan sebuah ketamadunan.

13

APRIL 2015 GPTD SANA SINI

25 Mac 2015,Rabu, Unisel- Motivasi Kecemerlangan Pelajar anjuran Grup Pengkaji Tamadun Dunia

(GPTD) dengan kerjasama Persatuan Penggerak Mahasiswa Unisel (PPMU) dan Mahasiswa Psychology

Industry (Psy-Inc) telah berjaya dilaksanakan pada 25 Mac 2015 bertempat di LT1 Fakulti Pendidikan dan

Sains Sosial Unisel. Program ini disertai oleh pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya. Objektif

utama program ini dilaksanakan adalah untuk membangunkan potensi diri serta meningkatkan disiplin

diri pelajar. Program ini dibuat khusus untuk murid-murid yang akan mengambil peperiksaan Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah tersebut dan berumur 12 tahun.

Seramai 28 orang murid telah menyertai program ini serta terdiri daripada pelajar Melayu dan India.

Program bermula pada jam 8.00 pagi dimulakan dengan ucapan aluan daripada wakil sekolah, Pn. Hjh

Norhasimah Bt Ismail seterusnya ucapan perasmian oleh Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains

Sosial, Dr. Jamilah. Pelajar dipecahkan kepada 4 kumpulan masing-masing terdiri daripada 7 orang

pelajar. Bagi slot ceramah diisi oleh saudara Mohamad Fakhrul Amiruddin bin Hamdan yang bertajuk

Potensi Diri serta Tn Hj. Osman yang juga merupakan pensyarah Psychology Industry. Pelbagai lagi tips

belajar didedahkan kepada para pelajar bagi membangkitkan semangat mereka dalam mengahadapi

peperiksaan yang bakal menjengah pada september nanti.

Majlis penutup diadakan pada jam 4.30 petang dan telah dihadiri oleh wakil MPP, Saudara Arif Zaki

sendiri selaku Yang Di Pertua dan bersurai pada jam 5.00 petang. Sedikit cenderamata disampaikan oleh

pihak sekolah kepada wakil fasilitator Unisel.

KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN SK BESTARI JAYA

14

APRIL 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

15

APRIL 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

16

APRIL 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang

isu ikthilat di UNISEL. Majlis Perwakilan Pela-

jar (MPP) juga telah mengambil satu

langkah kehadapan bagi menangani ma-

salah ini dengan memperkenalkan OPS

Ikhtilat, Rokok dan Aurat. Namun begitu, ha-

ruslah ditegaskan bahawa pihak MPP

sebenarnya tiada kuasa untuk mendenda

seseorang pelajar itu melainkan mem-

berinya amaran terlebih dahulu jika

didapati pelajar tersebut telah melakukan

salah satu daripada tiga ops berkaitan. Ini

kerana bidang kuasa MPP tidak mencakupi

untuk melakukan ‘Operasi’ ke atas pelajar

mereka melainkan wakil MPP hanya me-

manjangkan perkara ini kepada pihak pen-

tadbiran pelajar dan pensyarah.

Kali ini, isu yang ingin di angkat adalah ten-

tang konsep ikhtilat itu sendiri. Ada yang

mengatakan 'ikhtilat' dibolehkan, dan seba-

hagian yang lain pula mengatakan tidak

boleh. Ini kerana tidak ramai di kalangan

umat Islam yang betul-betul memahami

apa itu 'ikhtilat' dari segi hukum dan syariat,

adakah ianya dibenarkan atau tidak.

Ramai hanya mengambil konsep selapis

makna sahaja akan pengertian ikhtilat itu

sendiri, iaitu pergulan antara lelaki dan per-

empuan.Bagi menjelaskan hal ini, gemar

saya memetik pendapat daripada Dr Yusuf

Al-Qaradhawi, ulama kontemporari masa

kini dalam menjelaskan masalah

ikhtilat.Menurut beliau pertemuan/

perjumpaan dan perhubungan antara lelaki

dan perempuan tidaklah diharamkan

secara mutlak. Dalam keadaan yang lain,

perhubungan seperti ini diharuskan jika

tujuannya adalah mulia (seperti menuntut

ilmu), memberi manfaat, dan menjaga ba-

tas-batas pergaulan antara lelaki dan per-

empuan. Ia juga diharuskan dalam

keadaan di mana terdapat sesuatu perkara

yang berhajatkan bantuan dan pertolon-

gan dari kedua-dua belah pihak (lelaki dan

perempuan), tetapi dengan syarat mestilah

berlandaskan batas-batas yang telah

ditetapkan oleh syarak, tujuan yang betul

dan pelaksanaannya yang berkesan. Oleh

itu Ikhtilat ini terbahagi kepada dua bentuk :

1) Ikhtilat Ghoiru Syar’ie (tidak mengikut

syariat Islam)

Apa yang dimaksudkan dengan ikhtilat

ghoiru syar’ie adalah percampuran yang

boleh menjatuhkan maruah dan yang

boleh menimbulkan fitnah. Contohnya sep-

erti perhubungan antara lelaki dan per-

empuan di tempat yang sunyi dan ia

selalunya bercanggah dengan adat dan

adab etika Islam, seperti bergurau senda

antara lelaki dan perempuan yang ajnabi.

Bukan berhajat, yakni tidak mempunyai seb-

arang hajat yang perlu melibatkan hub-

ungan antara lelaki dan perempuan.

IKHTILAT DAN KITA

Nur Balqis Hannah Bt Mohd Jamil

Naib Presiden 1 GPTD UNiSEL

17

2) Ikhtilat Syar’ie (berlandaskan syariat Islam)

Manakala pergaulan jenis ini pula lebih tertumpu kepada perkara yang mempunyai

hajat, iaitu perkara yang perlu melibatkan kaum lelaki dan perempuan, seperti

menjalankan tuntutan dakwah, yakni amar makruf nahi mungkar, atau menghadiri

jemputan, misalnya: kenduri kahwin dan menunaikan haji atau umrah. Namun harus

diingatkan, setiap ikhtilat pula mestilah mematuhi syarat berikut iaitu tidak bersentu-

han, menjaga aurat, menjaga adab bercakap dan mengasingkan tempat (pada

tempat-tempat tertentu).

Dalam mengadili isu ikhtilat , terdapat tiga golongan dalam menghukum dan mengadili

permasalahan ini:-

Pertama adalah golongan Mutasyaddidun. Golongan ini amat keras dan syadid dalam

berhukum sehingga menfatwakan kesemua ikhtilat itu haram dalam apa jua keadaan

sekalipun. Contohnya Sekolah perlu diasingkan antara lelaki dan perempuan hatta sekolah

rendah/tadika sekalipun. Malah guru perempuan hanya boleh mengajar di sekolah per-

empuan sahaja dan begitulah sebaliknya. Di Arab Saudi, ayah dilarang untuk menghadiri

majlis di sekolah bagi pihak anak perempuannya. Golongan Mutasyaddidun ini juga turut

mendakwa memakai niqab adalah wajib selain menutup seluruh aurat.

Golongan kedua pula adalah daripada golongan Mutasahhilin. Golongan ini pula terlalu

memudah-mudahkan urusan agama sehingga soal aurat dan ikhtilat ini dipandang en-

teng. Aurat bagi mereka boleh didedahkan dan percampuran lelaki dan perempuan di-

bolehkan tanpa batasan atas dasar kebebasan dan hak individu. Hal ini ternyata amat ter-

pesong dengan landasan agama yang menitik beratkan soal akidah.

Akhir sekali adalah golongan Mutawasitthin. Golongan ini adalah golongan pertengahan

yang menjadi pegangan akidah kita iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Golongan ini berseder-

hana dalam pengamalan. Tidak terlalu keras/syadid atau tidak terlalu memudahkan da-

lam pergaulan lelaki dan perempuan. Tidak mengharamkan dan tidak menghalalkan terus

secara mutlak percampuran lelaki dan perempuan malah meletakkan garis panduan dan

syarat-syarat tertentu dalam pengamalan ikhtilat.

Daripada tiga golongan tersebut, kita perlu berpegang dan berhukum dengan golongan

yang ketiga dan menolak pegangan golongan pertama dan kedua. Kita boleh berikhtilat

lelaki dan perempuan tetapi mestilah disertai dengan etika garis panduan yang ditetap-

kan. Jika kita mengatakan haram berikhtilat secara mutlak,maka apa hikmahnya pencip-

taan kaum wanita oleh Allah di muka bumi ini. Jika begitu,adalah munasabah jika kaum

wanita berada di planet lain yang mana dikhususkan hanya untuk kaum wanita. Begitulah

sebaliknya. Islam membenarkan ikhtilat bukan secara mutlak tetapi haruslah berpandu dan

terarah strukturnya.

18

APRIL 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

Sukan Bermotor Go-kart

Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Islam mengga-

lakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), me-

merintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan

menunggang kuda.” Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan

kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas.

Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.”

Imam Ibnul-Qayyem menyatakan pergerakkan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membu-

ang sisa makanan dengan cara tabii. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan

melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai dengannya. Bagi

menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan sukan yang memberi manfaat

kepada seluruh badan.

Umat Islam tanpa mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan

melakukan riadah dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan. Selain itu, untuk

melakukan ibadah yang sempurna, kita memerlukan kesihatan yang mantap samada dari segi jasma-

ni, emosi, rohani dan intelek.Maka perlulah kita melakukan aktiviti sukan dan riadah untuk men-

capai ibadah yang sempurna.

Terdapat pelbagai bentuk aktiviti yang boleh dijalankan, antaranya adalah seperti bersenam,

berbasikal , berenang dan sebagainya. Go-kart juga merupakan satu jenis sukan bermotor. Ia sama

seperti sukan-sukan bermotor yang lain seperti kereta dan motosikal. Mungkin ada sesetengah pihak

menganggap sukan seperti berlumba ini merbahaya.Namun, jika segala aspek keselamatan dijaga

dengan teliti seperti berlumba di litar, memakai topi keledar, ada pasukan medik yang menunggu

serta di lakukan secara positif makaia diharuskan.

Kesimpulannya, aktiviti sukan dan riadah ini terdapat banyak kebaikan. Ia mampu mencer-

gaskan jasmani, membentuk diri untuk berfikiran positif di samping kita dapat mengeratkan sila-

turrahim. Justeru, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi per-

hatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal.

19

APRIL 2015 GPTD SANA SINI

RIADAH GPTD UNISEL Pada 18 April 2015 yang lalu, Gptd Unisel telah menganjurkan aktiviti riadah

sukan bermotor go-kart.Tujuan aktiviti ini dianjurkan adalah untuk mem-

berikan 1 pengalaman baru kepada ahli Gptd serta pelajar-pelajar Unisel. Selain

itu, aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan silaturrahim sesame pelajar selain

menyihatkan badan.

Aktiviti ini disertai Oleh 44 orang peserta dan bertempat di Kelab G0-kart Tan-

jung Malim,Perak. Semua peserta bergerak menaiki bas pada pukul 9 pagi dan

sampai di Tanjung Malim pada Pukul 9,30 pagi.

Setelah mendengar sedikit taklimat dari pihak pengurusan kelab go-kart, lebih

kurang pukul 10.00 pagi aktiviti bermain go-kart bermula. Setiap peserta diberi-

kan peluang untuk memandu g0-kart sebanyak 4 pusingan.

Rata-rata peserta berasa teruja dan gembira kerana ini adalah kali pertama mere-

ka mencuba permainan ini. Malah, program seperti ini adalah kali pertama yang

dianjurkan oleh Gptd Unisel. Pelbagai aksi dan ragam para peserta dapat dilihat

ketika memandu gokart. Selain itu, pihakpengurusan kelab gokart tersebut juga

menyediakan hadiah bagi peserta yang menang dalam perlumbaan yang dianjur-

kan pada hari itu.

Secara keseluruhan, program ini mendapat sambutan yang amat baik dari para

pelajar Unisel serta mencapai objektif penganjuran. Malah ada respon yang ber-

harap program seperti ini diadakan lagi di masa hadapan!! InsyaAllah….

20

APRIL 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

21

GPTD UNISEL membuka keahlian kepada mana-mana individu

yang berminat menjadi sukarelawan GPTD. Sesiapa yang

berminat boleh emailkan (nama, no matrix, nombor telefon

dan email) anda ke [email protected] ataupun sms ke

nombor:

013-3917122