rima ogos 2015

19
1

Upload: gptd-unisel

Post on 25-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 kali ini lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015.Oleh itu pihak GPTD Unisel dengan berbesar hatinya mengeluarkan RIMA pada kali ini sebagai satu wadah untuk memberikan input yang berguna tentang kemerdekaan disamping pelbagai bahan bacaan lain yang terkandung didalamnya

TRANSCRIPT

Page 1: Rima Ogos 2015

1

Page 2: Rima Ogos 2015

2

OGOS 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

MENARIK BULAN INI

Fokus-Antarabangsa - Bom di Bangkok Fokus-Isu bulanan-

Malaysia Sehati Sejiwa Tips -

Menghayati Kemerdekaan Sejarah–

Kemerdekaan Aktiviti GPTD- Tamrin Qiyadi

Page 3: Rima Ogos 2015

3

OGOS 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

RISALAH MADANI E-mel: [email protected]

Penasihat

En. Izwan Suhadak Bin Ishak

Editor

NUR SYAHIRAH BINTI ISMAIL

Kolumnis Edisi

MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN

NUR ASYILLA ASLINDA BT MOHD NASIR

Nor Azira Binti Bahari

Nurul Amirah Adilah Binti Jamidin

Diterbitkan Oleh: GRUP PENGKAJI TAMADUN

DUNIA (GPTD) UNISEL

TEL : 013-3917122

FB : Gptd Unisel

E-mel : [email protected]

Page 4: Rima Ogos 2015

4

Assalamualaikum ... Saya ingin mengucapkan selamat datang ke unisel bagi meneruskan pengajian setelah 3 minggu bercuti. Kini kita sudah memasuki bulan ogos dan akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos dan akan diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi

seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya. Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikeca-pi. Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 kali ini lebih menekankan kepada se-mangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015 Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek #sehatisejiwa juga mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

OGOS 2015 Tutur Editor!

Salam Sehati Sejiwa

Nur Syahirah -Editor Risalah Madani -

ERTI KEMERDEKAAN !

Page 5: Rima Ogos 2015

5

OGOS 015 Nukilan Naib Presiden

Hari kemerdekaan semakin dekat, pada hari yang sangat bermakna itu semua warga Malaysia diharap-

kan menghayati pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan. Adalah diharapkan, pejuangan mereka,

kita terus memperjuangkan dengan keyakinan keadilan pasti ditegakkan dan percayalah masa itu se-

makin dekat. Persoalannya, apakah perjuangan yang masih belum berjaya diimpikan? Ia ialah menga-

takan perkara yang benar walaupun pahit. Masyarakat hari ini semakin hilang sifat ini. Selain itu,

masyarakat juga sudah hilang nilai pertimbangan untuk mengatakan ia baik atau buruk dalam sesuatu

perkara dan masyarakat seakan-seakan sudah putus asa dengan perjuangannya dan lebih buruk lagi per-

juangannya sudah hilang arah daripada tujuannya yang kukuh dan mengakar.

Antara cara-cara mencapai solat khusyuk dan khuduk ialah dengan memberati adab-adab dalam

mengerjakan solat. Oleh itu, apabila kita rukuk mata kita mesti memandang kaki, apabila kita rukuk

juga tangan kita mesti merenggang dan mencengkam kepala lutut, apabila kita sujud tangan kita mesti

dirapatkan dan hidung mesti yakin mencecah tanah, apabila berdiri mata mestilah melihat tempat sujud.

Seorang sahabat Rasullullah, yang memiliki tabiat mencuri. Sahabat Radhiallhu Anhum ini, walaupun

dia mencuri,dia sangat istiqamah dalam mengerjakan solat Fardhu termasuk solat Fardhu Subuh. Lalu,

Rasullullah S.A.W menyebut bahawa solatnya itu akan membuatkan tabiat yang buruk akan hilang dari

sifat dirinya. Jadi, keberkatan solat itu akan membuang sifat buruk dalam diri kita.

Selain itu, umat ini mesti mempunyai sifat Ikram Muslimin iaitu menunaikan hak orang Islam yang lain

tanpa menuntut hak dia kembali. Ini adalah satu sifat yang sangat Mulia di Sisi Allah S.W.T. Umat ini

membantu sahabat mereka yang lain tanpa memikirkan perkara selain mendapat ganjaran daripada Al-

lah S.W.T sahaja. Sebagai contohnya, membantu dalam hal kebajikan, pendidikan, perubatan,

kesihatan, ketenteraan, keselamatan, kekuasaan, dan lain-lain. Maka wujudlah kesefahaman dalam

pergerakan kerja dakwah yang mana umat ini saling mempercayai-dipercayai antara satu sama lain.

Seorang Muslim percaya yakin Allah S.W.T penjaganya, Tuhan yang Agung, Tuhan yang Esa, Tuhan

yang satu. Samalah juga Muslim percaya yakin maksud-tujuan hidup dan matlamat akhirnya juga sama.

Seterusnya, Nabi S.A.W sentiasa memberikan khbar berita yang baik kepada sesiapa yang mengajak

melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Diriwayatkan juga, terdapat tempat yang khusus

Allah S.W.T jadikan di Syurga nanti kepada Umat Nabi Muhammad S.W.T yang belajar-belajar

mengamalkan usaha Dakwah. Allah juga sangat menyayangi Umat ini saling berkasih sayang yang apa-

bila berjumpa dan berpisah kerana Allah. Grup Pengkaji Tamadun Dunia, UNISEL, sentiasa komited

dalam berusaha mencapai Rahmatan Lil Alamin seperti Logonya. Semoga Allah S.W.T sentiasa mem-

berikan Hidayat dan Petunjuk Kepada Ahli dan Umat

ini supaya sentiasa mendapat rahmat-Nya.

KEMERDEKAAN SEMAKIN HAMPIR

Oleh : Muhammad Redhuan B. Mohammad Daud

Ijazah Sarjana Muda Matematik dan Statistik

Naib Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia(GPTD)

Page 6: Rima Ogos 2015

6

Adalah diharapkan, dengan cara penyampaian melalui lisan dan penulisan dapat memantap-

kan lagi kefahaman terhadap sesuatu Ilmu itu, supaya Ilmu dan Hikmah dapat dianugerahkan da-

ripada Allah S.W.T kepada insan penulis, penyampai yang Iklhas niat yang hanya mengharapkan

ganjaran semata-mata kerana Allah S.W.T. Allah S.W.T akan sentiasa menilai keikhlasan dalam hati

setiap hamba-Nya yang taat perintah-Nya yang melakukan amalan kebaikan seperti cara yang di-

tunjukkan oleh baginda Rasullullah S.W.T dan Para Sahabat Radhiallhu Anhum Ajmaiin. Jika bu-

daya baca dan tulis ini dapat disemai dalam diri ia akan tumbuh mendalam kukuh akarnya yang

membuahkan hasil yang memberi manfaat sepanjang zaman. Itulah sebenarnya budaya yang sentiasa

ditegaskan dalam Grup Pengkaji Tamadun Dunia, UNISEL.

Natijahnya, saya wakil kepada Grup Pengkaji Tamadun Dunia, UNISEL mengucapkan

selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara. Teruskan bersungguh-sungguh dengan apa yang se-

dang diusahakan, semoga Allah S.W.T terus memilih kita sebagai badan-badan yang menggerakkan

kerja dakwah Nubuwah ini. Teruskan juga meningkatkan akhlak diri dengan sentiasa sayang pada

orang Islam.

OGOS 2015 MENJEJAK, MENELADANI, MEMIMPIN

Page 7: Rima Ogos 2015

7

OGOS 2015 FOKUS ! ANTARABANGSA

Sumber :

Agensi/MYNEWSHUB.CC

Peristiwa yang menggemparkan masyarakat antarabangsa itu mengorbankan lebih 20 orang terma-

suk lima rakyat Malaysia selain ratusan lagi mangsa mengalami kecederaan di kawasan popular

tumpuan pelancong asing itu. Berdasarkan daripada gambar hasil lakaran elektronik itu, lelaki berke-

naan dilihat memakai cermin mata berbingkai hitam dan memiliki kulit yang agak cerah menerusi

rakaman kamera litar tertutup atau CCTV.

Namun, pihak berkuasa negara ‘gajah putih’ itu masih lagi tidak dapat mengenal pasti dengan

jelas warganegara suspek sama ada dia merupakan seorang pelancong asing ataupun memang

rakyat Thailand sendiri. Gambar lakaran lelaki ini dikeluarkan berdasarkan rakaman CCTV yang

dipantau pihak berkuasa tempatan sebelum kejadian letupan itu berlaku dekat dengan kawasan kuil

terkenal berkenaan.

Sementara itu, dalam usaha memberkas suspek tersebut, pihak berkuasa Thailand telah

menawarkan ganjaran sebanyak sejuta baht (kira-kira RM115,000) buat sesiapa yang mempunyai

maklumat mengenai lelaki itu. Menerusi rakaman CCTV, suspek yang memakai pakaian berwarna

kuning dilihat duduk di atas bangku kuil berkenaan sebelum menanggalkan beg galas lalu pergi

meninggalkan kuil berkenaan.

BOM DI BANGKOK

Page 8: Rima Ogos 2015

8

OGOS 2015 FOKUS- TEMA BULAN INI

MALAYSIA SEHATI SEJIWA

Oleh :

NURUL AMIRAH ADILAH BINTI JAMIDIN

Exco Media

ISM PAKK

Pada tahun ini tepat pada tanggal 31 ogos 2015 maka genaplah 58 tahun negara kita yang

tercinta iaitu Malaysia mencapai kemerdekaan ini merupakan satu petanda bahawa negara

sudah dewasa dan seharusnya juga jiwa dan pemikiran kita sebagai rakyatnya. Kedatangan

bulan Ogos setiap tahun yang begitu sinonim sebagai bulan kemerdekaan negara, bulan

memperkukuhkan jati diri dan semangat patriotisme.

Pada tahun ini “Malaysia Sehati Sejiwa” telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Ke-

bangsaan pada tahun ini yang melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama

di semenanjung , Sabah dan juga Sarawak. Tema ini juga dipilih adalah kerana ia menc-

erminkan kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan juga kemanusiaan bagi seluruh rakyat di

negara ini kerana ianya selaras dengan konsep 1 Malaysia sebelum ini yang mengutamakan

keharmonian dan juga semangat perpaduan di antara rakyat Malaysia tanpa mengira kaum

dan juga agama. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap individu untuk bersama-

sama memastikan keamanan yang dinikmati sepanjang 58 tahun merdeka agar terus terpeli-

hara.

Page 9: Rima Ogos 2015

9

OGOS 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

Menerusi logo kebangsaan yang terbaru dapat dilihat bahawa bentuk hati tersebut merupakan

lambang kesatuan rakyat Malaysia yang telah sekian lama hidup dalam aman, toleransi dan

juga harmoni manakala bulan adalah lambang metafora keluhuran islam sebagai agama rasmi

negara dan bintang pecah 14 adalah cerminan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan

persekutuan. Peta di dalam logo tersebut pula menggambarkan keakraban semua negeri

dibawah paying negara. Akhir sekali garis merah dibawah bentuk hati tersebut adalah imejan

rakyat Malaysia yang berani dan juga berjiwa besar disamping rentetan warnaa merah, putih,

biru dan kuning yang merupakan kombinasi warna jalur gemilang yang merupakan kebang-

gaan rakyat Malaysia.

Dalam konteks Malaysia, negara telah melahirkan ramai tokoh pejuang ke-

merdekaan yang boleh dijadikan suri teladan. Tidak akan lahir seorang Tok Janggut jika tidak

ada rasa sayang kepada tanah air, tidak akan bangun seorang Abdul Rahman Limbong jika

tiada cinta kepada tanah ibu pertiwi. Mereka, golongan inilah yang patut kita contohi. Pergo-

lakan di beberapa buah negara pada hari ini seharusnya dijadikan iktibar buat kita. Semangat

juang rakyat mereka dalam mencapai sebuah keamanan menunjukkan betapa peritnya dijajah

di tanah air sendiri.

Justeru, kita harus sedar disebalik kelegaan hembusan nafas kita pada hari

ini terdapat jutaan pengorbanan generasi datuk nenek kita yang telah berjuang untuk memasti-

kan anak cucu mereka dapat hidup dalam suasana aman, bebas, makmur dan merdeka. Ke-

merdekaan yang kita kecapi pada hari ini bukan datang secara percuma. Negara terpaksa

berhempas pulas selama 446 tahun untuk kembali merdeka bermula dengan kejatuhan em-

payar Kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis pada 1511. Kini kita baru merasai nikmat

kemerdekaan ini selama 58 tahun.

Page 10: Rima Ogos 2015

10

OGOS 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

MERDEKA !!!

Tarikh 31 Ogos 1957, jam 12 malam menjelang hari yang disifatkan sebagai tarikh keramat

bagi seluruh rakyat Malaysia, adalah saat paling bersejarah. Ia menandakan berakhirnya dilema za-

man penjajahan tentera British terhadap Negara kita, Malaysia. (sebelum ini Malaya). Tarikh itu dis-

ambut dengan laungan MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA oleh seluruh rakyat Malaysia sebagaii tanda

bebas dari belenggu penjajahan hasil daripda perjuangan gigih pejuang-pejuang tanah air dalam

menuntut kemerdekaan tanah melayu.

Semenjak mencapai kemerekaan tanggal 31 Ogos 1957, kita memilih system pemerintahan

Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berperlembagaan. Sistem beraja yang dahulunya bersifat mut-

lak di mana perintah raja menjadi undang-undang telah diganti dengan system beraja yang dipimpin

atau dipandu olehperlembagaan di mana tindakan Raja tidak boleh mengatasi perlembagaan.

Selain itu, kemerdekaan selalu dikaitkan dengan kebebasan. Tetapi kebebasan di sini masih

tertakluk kepada cara-cara yang dibenarkan. Kita tidak boleh melakukan sesuka hati hanya atas alas

an sudah bebas atau merdeka. Selain perlembagaan atau undang-undang kita tentu diikat oleh bata-

san yang ditentukan oleh batasan yang ditentukan oleh agama dan nilai hidup kita.

Jelaslah, Malaysia sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat yang mempunyai system un-

dang-undang dan urus tadbir yang perlu dihormati dan dipatuhi. Semoga Malaysia dapat menjadi

Negara maju dan berwawasan dalam mencapai wawasan 2020.

Oleh : Nur Asyilla Aslinda Binti Mohd Nasir

Penolong Setiausaha 2

ISM PAKK

Page 11: Rima Ogos 2015

11

OGOS 2015 HAI PENGEMBA-

Zahir Merdeka, Terjajah jiwanya

Tarikh 31 Ogos setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Kemerdekaan sejak tahun 1957. Setiap tahun, hari ini disambut

dengan meriah di seluruh Negara. Di tambah pula dengan kibaran bendera Jalur Gemilang serta laungan “merdeka” yang

pasti kedengaran dalam setiap acara sambutan kemerdekaan.

Tahun ini, negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke -58. Sudah hampir 60 tahun Malaysia merdeka.

Jika diukur pada umur manusia, tempoh ini sepatutnya sudah lebih mematangkan seseorang itu. Ini kerana tentu telah ban-

yak perkara yang dilalui serta dipelajari baik dari diri sendiri atau melihat kepada diri orang lain.

Tidak dinafikan, selama tempoh ini, negara kita telah banyak berubah. Positifnya berubahan itu semakin hari semakin baik

jika dibandingkan dengan zaman penjajahan dahulu. Negara kita juga semkin pesat membangun dengan adanya pelbagai

kemudahan, teknologi serta bangunan yang tinggi mencakar langit. Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan perdana

menteri Tun Mahathir juga semakin menghampiri.

Walaubagaimanapun, benarkah kita semakin maju? Dengan pelbagai isu-isu negatif yang kedengaran sejak kebelakangan ini,

mungkinkah wawasan itu tercapai? Jika diletakkan nama Malaysia disebelah nama mana-mana Negara maju, lalu dibanding-

kan ciri-cirinya,layakkah Malaysia digelar Negara maju?

Majunya sesebuah Negara itu bukan cukup diukur pada bangunan dan teknologi, tetapi merangkumi aspek-aspek lain seperti

jati diri, dan keperibadian. Antara contoh paling jelas hilangnya jati diri masyarakat Malaysia ialah kurangnya penggunaan

bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jika dilihat pada situasi sekarang,adalah bahasa melayu itu sudah dimartabatkan

oleh masyarakat Malaysia terutamanya bangsa melayu?

Yang banyak berlaku ialah bahasa melayu itu dipinggirkan. Golongan kelas atasan dan pertengahan lebih selesa

menggunakkan bahasa Inggeris untuk berbual. Masyarakat Cina dan India juga menggunakan bahasa Inggeris sesam mereka.

Malangnya apabila masyarakat melayu juga berbahasa Inggeris apabila bertutur dengan mereka. Lebih malang lagi apabila

sesame melayu juga ereka menggunakan bahasa Inggeris.

Tidak dinafikan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan ia amat penting. Namun sikap masyarakat

yang terlalu memandang tinggi penggunanya sehingga jika berbahsa melayu itu dianggap lekeh amat dikesali. Hal ini bukan-

lah sesuatu yang pelik tambahan pula di kawasan Bandar-bandar besar. Ini belum dilihat dari aspek lain seperti budaya dan

keperibadian. Masyarakat lebih banyak dipengaruhi elemen-elemen barat walaupun hampir 60 tahun barat ‘keluar’ dari

Negara ini.

Bagi sesetengah pihak, hal ini hanyalah perkara remeh sahaja. Namun, jika perkara remeh seperti ini pun tidak mampu di-

tangani, apa yang boelh diharapkan dalam perkara yang besar? Jika masyarakat Malaysia terutamanya orang melayu tidak

memartabatkan bahasa,budaya dan keperibadian, siapa lagi hendak diharapkan?

Inilah yang dinamakan sebagai ‘zahirnya merdeka, terjajah jiwanya.’

Oleh : Akmal Adli b. Ahmed @ Ahamed

Exco Penerbitan

ISM (Kepujian) TESL

Page 12: Rima Ogos 2015

12

OGOS 2015 TIPS BULAN INI

Menghayati Kemerdekaan

.

Tarikh 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai satu tarikh yang penuh bersejarah bagi seluruh rakyatMa-

laysiatidak mengira usia, keturunan, bangsa dan agama. Sesiapa sahaja yang merupakan rakyat Malaysia

akan berasa bangga apabila tiba sahaja hari terakhir di dalam bulan Ogos ini.

Jika dahulu sambutan mungkin dijalankan hanya pada tarikh 31 Ogos ini, tetapi kini sambutannya adalah

selama sebulan. Sambutan kemerdekaan selama sebulan ini, yang dikenali sebagai Bulan Kemerdekaan,

diadakan bagi tujuan mengingatkan kembali pengorbanan generasi terdahulu yang telah berjuang untuk

memastikan anak cucu mereka (iaitu kita semua yang ada hari ini) dapat hidup dalam suasana bebas,

aman, makmur dan merdeka. Itulah harapan generasi pejuang kemerdekaan agar keturunan mereka tidak

akan dijajah dan dibelenggu oleh kuasa luar.

Sebenarnya, perkara yang lebih utama dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ini adalah bagi

semua rakyat Malaysia untuk menterjemahkan sambutan ini ke dalam bentuk penghayatan, kesedaran dan

kesyukuran. Slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat Malaysia

tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai merdeka yang sebenarnya.

Generasi pascamerdeka hanya mengetahui tentang zaman sebelum merdeka dari buku-buku sejarah.

Mungkin kerana tidak dapat menghayati sendiri erti kemerdekaan yang sebenar, maka ada di kalangan

generasi pascamerdeka ini yang mengambil mudah sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.Ada yang

menganggap tarikh 31 Ogos hanya satu cuti umum semata-mata. Ini sememangnya amat menyedihkan

kerana ketiadaan penghayatan kemerdekaan yang sebenar boleh mengundang penjajah kembali ke negara

kita. Kita perlu sedar bahawa penjajahan yang boleh berlaku ini tidak lagi sama seperti bentuk penjajahan

ketenteraan seperti suatu masa dahulu. Walaupun penjajahan bentuk lama ini masih lagi boleh berlaku

seperti yang kita lihat berlaku di sesetengah negara di dunia ini, hakikatnya penjajahan bentuk baru lebih

merbahaya. Ini kerana penjajahan bentuk baru berlaku secara halus, tersembunyi dan tidak disedari. Anta-

ra bentuk penjajahan bentuk baru ialah penjajahan pemikiran, budaya dan ekonomi.

Page 13: Rima Ogos 2015

13

OGOS 2015 GPTD SANA SINI

Atas sebab inilah maka generasi pascamerdeka ini perlu lebih berhati-hati berbanding dengan generasi

terdahulu. Serangan ketenteraan dapat dilihat dan ditentang kembali. Persoalannya jika serangan yang dil-

akukan itu dalam bentuk serangan pemikiran, budaya dan ekonomi, bagaimana mungkin kita me-

nangkisnya?

Generasi pascamerdeka yang diracuni pemikiran menerusi penjajahan bentuk baru akan memperjuangkan

nilai-nilai Barat yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai ketimuran. Hakikatnya perada-

ban Barat sudah mula terhakis nilai-nilai murninya. Tidak wujud lagi sebenarnya peradaban barat yang

ada mungkin adalah “perbiadaban” Barat yang menjunjung nilai-nilai songsang yang merosakkan institusi

kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Keracunan pemikiran akibat penjajahan bentuk baru ini seterusnya boleh menyebabkan pencemaran bu-

daya. RakyatMalaysiaamat berbangga dengan kepelbagaian budaya dan adat resam pelbagai bangsa. Keu-

nikan ini boleh terhakis jika penjajahan budaya yang terkesan dari proses globalisasi membawa masuk

budaya-budaya negatif yang membawa kerosakan.

Kita mengambil masa 446 tahun lamanya untuk kembali merdeka. Kini kita baru merasai nikmat ke-

merdekaan ini selama 48 tahun. Sanggupkah kita menggadaikan kemerdekaan ini sekali lagi?

Ayuh,bersama-sama kita menghayati apa itu erti kemerdekaan sebenar yang telah kita kecapi!! …

Oleh : Nor Azira Binti Bahari

Exco Kajian

ISM PAKK

Page 14: Rima Ogos 2015

14

OGOS 2015 MENJEJAK, MENELADANI, MEMIMPIN

Dahulu negara kita pernah dijajah oleh kuasa Belanda,Inggeris dan Jepun. Sepanjang penja-jahan tersebut,ekonomi negara diragut dengan rakusnya sehingga rakyat menderita. Pejuang-pejuang kebangsaan seperti Dato Onn,Tunku Abdul Rahman dan lain-lain lagi telah memainkan peranan penting dalam memerdekakan tanah Melayu daripada penjajahan British. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada British.Antaranya ialah rombongan Parti Perikatan yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman,Dato’ Abdul Razak dan T.H Tan ke Lon-don. Malangnya,tuntutan kemerdekaan telah ditolak oleh British.

Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan

penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka

mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.

Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila

Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah

Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kebijaksaan Tunku Abdul Rahman untuk memujuk

British memberi kemerdekaan akhirnya membuahkan hasil.Pada2 Julai 1957,di atas kapal Alert di

Woodlands,tuntutan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu telah dipersetujui oleh British.

Pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman telah melaungkan kemerdekaan sambil disambut oleh rakyat di Stadium Merdeka. Kegembiraan ini disambut dengan tangisan dan rasa bersyukur rakyat untuk merdeka. Sejak pada itu, kerajaan yang ditubuhkan oleh Parti Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman telah merencanakan pelbagai agenda untuk menerajui negara dengan lebih baik lagi daripada British.

Oleh : Nur Syahirah Binti Ismail Exco Penerbitan ISM PAKK

SEJARAH KEMERDEKAAN

Page 15: Rima Ogos 2015

15

OGOS 2015 AKTIVITI GPTD !

Assalammualaikum, alhamdulillah pada 3 - 5 Julai 2015 yang lalu, saya telah menyertai Program

Tamrin yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) Program ini

telah melibatkan 8 orang mahasiswa dari Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya yang ber-

tempat di Maahad Tarbiyah Islamiah, Derang, Kedah. Objektif program ini adalah untuk

mengeratkan dan merapatkan tali persaudaraan di antara semua pelajar Islam Malaysia di

samping untuk melahirkan generasi muda yang berkualiti sebagai kesinambungan ketamadu-

nan bangsa, negara dan agama.

Pada hari Sabtu 4 Julai 2015, kuliah subuh disampaikan oleh Ustaz Hamidi Bin Abdul

Manan yang menerangkan tentang fiqh puasa dan pujian jiwa. Puasa diwajibkan kepada kita

supaya dapat merasai kehidupan orang miskin. Di samping itu, Menahan diri daripada

melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Seterusnya latihan dalam kumpulan

yang melibatkan semua peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan. Perbincangan dibuat dengan

menggunakan objek sekeliling sebagai lambang keislaman mengikut orientasi gerakan.

Seterusnya, slot bersama ustazah mentafsir hadis yang berkaitan dengan amar makruf

nahi mungkar dan slot ceramah bersama Presiden PKPIM. Pada 5 julai 2015, kuliah subuh oleh

Ustaz yang berkaitan dengan asas fardhu ain untuk daie dan pemimpin. Seterusnya, latihan da-

lam kumpulan dan majlis penutup.

Akhir kalam, dengan adanya program sebegini bukan sahaja memberikan pendedahan

kepada mahasiswa untuk menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan melalui pengalaman

malah dapat mengaplikasikan ilmu yang telah diperoleh dalam Program Tamrin untuk pada ma-

sa akan datang justeru sepanjang kehidupan mereka.

PROGRAM TAMRIN QIYADI

Page 16: Rima Ogos 2015

16

OGOS 2015 AKTIVITI GPTD !

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM TAMRIN QIYADI

SLOT TAFSIR HADIS BERSAMA USTAZAH

KULIAH SUBUH

Page 17: Rima Ogos 2015

17

OGOS 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

UCAPAN PRESIDEN PKPIM

ANTARA PESERTA UNISEL

Page 18: Rima Ogos 2015

18

OGOS 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KE-

MERDEKAAN !!!

Page 19: Rima Ogos 2015

19

GPTD UNISEL membuka keahlian kepada mana-mana individu

yang berminat menjadi sukarelawan GPTD. Sesiapa yang

berminat boleh emailkan (nama, no matrix, nombor telefon

dan email) anda ke [email protected] ataupun sms ke

nombor:

013-3917122