riba

42
RIBA Dr Salmy Edawati Yaacob Ahli Jawatankuasa Syariah Koperasi ANGKASA

Upload: salmy-edawati

Post on 07-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Perbicangan mengenai konsep riba dalam Islam

TRANSCRIPT

Page 1: Riba

RIBA

Dr Salmy Edawati YaacobAhli Jawatankuasa SyariahKoperasi ANGKASA

Page 2: Riba
Page 3: Riba

Apa itu Riba…

BungaFaedah InterestUsuryLebihan/manfaat dari

pinjaman/hutang

Page 4: Riba

Contoh….

Ali meminjam RM10 daripada Abu dan Abumensyaratkan pembayaran dengan tambahan RM1, menjadikan jumlah bayaran sebanyak RM11

RM1 adalah RIBA

Page 5: Riba

ب'ا الر( م' ر. و'ح' ال2ب'ي2ع' الل.ه5 ل. أ'ح' و'

Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba (al-Baqarah: 275)

Page 6: Riba

Apa sebenarnya riba? Lebihan atau pertambahan

Bayaran lebihan daripada asal kerana penangguhan atau perjanjian yg disyaratkan (riba hutang)

Pertukaran barang ribawi yg tidak sama kadar/nilai persamaannya atau diketahui tetapi berlaku penangguhan salah satu pertukaran dari jenis yang sama (riba jual beli).

Page 7: Riba

Jenis-jenis Riba

•Riba Jahiliyyah

•Riba Qard

Riba Hutan

g•Riba Fadl•Riba Nasiah

Riba Jual Beli

Page 8: Riba

Contoh Riba Hutang

Riba Qard

Sesuatu lebihan /manfaat /faedah terhadap hutang asal (pokok) yg disyaratkan semasa berhutang.

Aku hutangkan engkau RM1000.00 dgn syarat engkau bayar RM1200.00.

Riba Jahiliyyah

Sesuatu lebihan terhadap hutang asal kerana penangguhan atau kelewatan membayar hutang.

Ali berhutang RM1000.00 tetapi kerana lewat membayarnya dia dikehendaki membayar RM1200.00

Page 9: Riba

Contoh Riba Jual Beli

Riba Fadl

Pertukaran (jual beli) barangan ribawi yg sama jenis dgn lebihan pada salah satu barang

-Tukar 1kg beras dgn 1.5kg beras-Tukar RM50 dengan RM56.50

Riba Nasiah

Pertukaran barangan ribawi yg berbeza jenis dgn menetapkan penangguhan atau kelewatan serahan salah satu barang (mensyaratkan penangguhan)

-Tukar 1 kg gandum dengan 2.5 kg garam secara tangguh

Page 10: Riba

Barangan Ribawi

Emas dgn emas, Perak dgn perak, Gandum dengan gandum, Barli dgn barli, Tamar dgn tamar, Garam dgn garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yg sama secara tunai, sekiranya berlainan jenis maka jualbelilah sesuka hatimu selama mana Ia adalah pertukaran tunai (Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ahmad)

ع@ير5 و'الش. ب@ال2ب5ر( Cال2ب5ر و' ة@ ض. ب@ال2ف@ ة5 ض. ال2ف@ و' ب@الذ.ه'ب@ الذ.ه'ب5 Jاء و' س' Nث2ل ب@م@ ث2ال م@ ل2ح@ ب@ال2م@ ل2ح5 ال2م@ و' ر@ ب@الت.م2 ر5 الت.م2 و' ع@ير@ ب@الش.ك'ي2ف' ب@يع5وا ف' ن'اف5 ص2

األ' ذ@ه@ ه' ت2 ت'ل'ف' اخ2 إ@ذ'ا ف' Nب@ي'د ي'دJا Nاء و' ب@س'ب@ي'د ي'دJا ك'ان' @ذ'ا إ ئ2ت5م2 ش@

Page 11: Riba

‘Illah Barangan Ribawi

Emas dan Perak Jenis yg dibuat harga ( jins al-athman)

Gandum, Tamar, Barli, Garam

Barang yg boleh dijadikan makanan asasi, buah-buahan yg boleh dikering dan tahan lama dan makanan yg boleh dibuat ubat-ubatan. Illahnya ialah al-Tu`miyyah

Page 12: Riba

Pertukaran Barangan Ribawi Tidak Menjadi Riba

Barangan Ribawi Sama Jenis Barangan Ribawi

Berlainan Jenisal-Hulul: Secara tunai atau tidak sebut tempoh  sama sekali

al-Hulul: Secara tunai atau tidak sebut tempoh  sama sekali

al-Mumasalah: Sama banyak

al-Mumasalah tidak disyaratkan di sini. Boleh berlebih kurang.

al-Taqabud: serah terima dlm majlis

al-Taqabud: serah terima dlm majlis

Page 13: Riba

RIBA ADALAH HARAM

Page 14: Riba

Peringkat Pengharam Riba dalam al-Quran

1• Nasihat negatif

2• Sindiran

3• Larangan sebahagian

4

• Nas yang terang, tegas dan menyeluruh

Page 15: Riba

Peringkat Pertama:Nasihat Negatif

“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.

Surah al-Rum (30):39

Page 16: Riba

Huraian ayat…

Turun ayat- Rasulullah bersama org kafir dan menyeru untuk berbuat kebajikan dan menghindari kemungkaran (mekah).

Tiga perkataan: Riba, zakat, berganda-ganda – maksud yg hampir sama tp berbeza pengertian

Riba-Habuan yg byk drpd manusia (tambahan) Zakat-Habuan yg byk dari Allah (penyuburan) Ganda-maksud umum membenarkan menggandakan

harta tetapi cara penyuburan yang menjamin berlipat ganda ganjaran adalah daripada zakat.

Nasihat negatif-riba tak dapat pahala berganda dr Allah tp, al-Quran tidak sebut balasan penyeksaan.

Page 17: Riba

Peringkat Kedua:Sindiran

Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya dan disebabkan memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sabagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir di antara mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya”

Surah al-Nisa’(4):161

Page 18: Riba

Huraian ayat…

Turun ayat: selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah dlm suasana org Islam bergaul dengan org Yahudi dan berbuat urusniaga dengan mereka.

Riba telah diharamkan kpd kaum Yahudi (kitab Taurat mengharamkan riba)

Allah beri peringatan tentang tingkahlaku org Yahudi dan tipu helah dalam perniagaan.

Pengharaman dlm ayat ini-disebut secara tidak langsung secara sindiran dan tiada nas yang jelas larang-bawa cerita dan balasan bg org Yahudi amal riba.

Page 19: Riba

Peringkat Ketiga: Larangan sebahagian

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. Dan peliharalah diri kamu dari api neraka yang disediakan bagi orang-orang kafir” Surah al-‘Imran (3): 130-131

Page 20: Riba

Huraian ayat…

Turun- Tahun ketiga Hijrah ketika Rasulullah ke Madinah.

Ayat pertama secara nas menyatakan dgn terang pengharaman riba, yg ditujukan secara langsung kpd umat Islam.

Pengharaman ayat merujuk kpd pengamalan riba al-Jahiliyyah (Ad’af Muda’afah)

i-Penangguhan tempoh Ii-Harta berlipat ganda Pengharaman sebahagian-mengharamkan satu jenis

riba (riba al-fahisy:keji)-Hutang bertambah berlipat ganda

Ayat yang paling ditakuti-Allah janjikan neraka kpd mereka yg mengamalkan riba (dosa besar).

Page 21: Riba

Peringkat Keempat : Terang dan menyeluruh

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian disebabkan mereka dikatakan: “Bahawa sesungguhnya berjual-beli itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjualbeli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya, lalu ia berhenti (daripada mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka. Mereka kekal di dalamnya. 

Page 22: Riba

Peringkat Keempat

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba, dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa.

Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh; dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Page 23: Riba

Peringkat Keempat

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.

  Oleh itu, jika kamu tidak juga melakukan (perintah

mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu, akan adanya peperangan daripada Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan demikian) kamu tidak akan melakukan zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Surah al-Baqarah (2): 275-281

Page 24: Riba

Huraian ayat

Turun ayat: Selepas Islam tegak di seluruh Tanah Arab (3 bln sblm Rasulullah wafat)

Ayat terakhir mengenai riba dan ayat hukum terakhir kpd Nabi.

Ayat berbentuk penerangan am-keadaan golongan amal riba di akhirat kelak.

Allah memberi amaran dengan dengan pelbagai penyeksaan yang pedih.

Allah isytihar perang dengan pengamal riba yg tidak mematuhi amaran tersebut

Amaran yg amat keras dalam syariat Islam. Pengharaman riba secara total-apa shj bentuk riba:berlipat

ganda atau tidak. Sebarang bentuk tambahan atas modal pokok kecil atau

besar.

Page 25: Riba

Pengharaman riba dalam al-Quran menunjukkan:

• Allah bukan sahaja mengharamkan riba yang berlipat ganda shj malah menghapuskan sama sekali amalan riba tanpa pengecualian.

• Urusniaga yang berkaitan dengan hutang piutang bukan jual beli.

Page 26: Riba

Hadis Pengharaman Riba

Page 27: Riba

Contoh Riba dalam Kad Kredit Mail menggunakan kad kredit dari bank

konvensional. Setiap bulan, Mail hanya mampu membayar jumlah yang paling minima sahaja dan oleh sebab itu, Mail dikenakan membayar panalti sebanyak 1.5% ke atas baki tertunggak. Bulan depan, Mail berbelanja dengan lebih banyak dan hanya mampu membuat bayaran yang paling minima dan ini telah menambahkan lagi baki hutang tidak berbayar yang dikenakan panalti 1.5%

(Riba Jahiliyyah).

Page 28: Riba

Contoh Riba dalam Pinjaman

Denish membuat pinjaman peribadi dengan Koperasi A sebanyak RM50,000. Interest yang ditetapkan sebanyak 3.5% setahun. Oleh itu, bayaran balik pinjaman adalah sebanyak RM71,000 yang perlu dibayar dalam tempoh 12 bulan

(Riba Qard)

Page 29: Riba

Contoh Pelaburan Berunsur Riba Melabur di tempat/syarikat yang jelas

menjalankan kegiatan haram seperti syarikat arak, khinzir, perjudian dan syarikat yang tidak patuh syariah (konvensional).

Syarikat sebegini biasanya tidak ada pengawasan syariah yang sentiasa terdedah dengan pinjaman modal yang berasaskan interest/riba.

Page 30: Riba

Perbezaan Jual Beli & Riba

Jual Beli

• Beli tudung bawal dengan kos RM10, jual kepada kawan RM15

• Faedah RM5 adalah keuntungan

• HALAL

Riba

• Pinjam RM10 bayar RM15

• Faedah yang diperolehi RM5 adalah riba

• HARAM

Page 31: Riba

Institusi Kewangan Patuh Syariah

Hukum

• Halal• Haram• Sunat• Mubah• Makruh• Fasad• Tughyan• Zulm• Munkar• Munafiq• Dalal

Prinsip

• Prinsip Am-adil, bebas, berkorban dan persamaan

• Prinsip Khas- Kesucian, persaudaraan, ihsan dan jaminan/tanggungan

Peraturan

• Kepentingan diri• Kepentingan ramai

AKad

• Bay’ inah• Bay’ bithaman ajil

• Bay’ salam• Bay’ istisna’• Bay’ murabahah• Bay’ day• Ijarah• Qard hassan• dll

Page 32: Riba

Bagaimana Akad

Terbentuk?

Page 33: Riba

Teori Kontrak

Rukun

Sighah

Subjek Akad

Pelaku Akad

Pembentukan kontrak

Page 34: Riba

Definisi Akad

Bahasa

• Ikatan atau simpulan antara dua benda yang berbentuk fizikal

Istilah

• Makna umum: Tidakan yang dilakukan oleh seseorang sama ada secara individu atau dengan pihak yang lain.

• Makna khas: Tindakan yang memerlukan kehendak kedua-dua pihak (lebih diterima)

Page 35: Riba

Rukun Akad

Sighah•Ijab (tawaran) dan qabul (terimaan)•Syarat: kelayakan,persamaan kehendak ketika akad, memahami kehendak, terimaan berlaku dalam satu majlis (komunikasi akad:lisan/syarat, tulisan/surat, perbuatan/gelagat, sukuti), kenahuan (kemahuan zahir dan batin).

Subjek Akad

•Benda yang hendak dijadikan subjek kepada akad (ma’qud ‘alayh).-berbeza mengikut jenis akad.•Syarat: tidak bercanggah dengan kehendak akad dan syarak, wujud sewaktu akad berlangsung (tidak gharar), dimaklumi oleh pihak yg berakad, subjek boleh diserahkan kpd pihak berkenaan pada tempoh yg telah ditetapkan (hanya kepada akad ada balasan, sukarela xperlu) .

Pelaku Akad

•Mereka yg membuat tawaran dan penerimaan-Aqidan•Kelayakan (keupayaan/kebolehan) untuk menjadi akidan: kelayakan untuk menerima dan kelayakan untuk melaksana.•Kelayakan sempurna dan tidak sempurna: berdasarkan peringkat umur-janin, baru lahir-mumaiyyiz, mumaiyyiz-baligh, baligh-seterusnya.

Page 36: Riba

Bentuk Akad

•Akad jualan dengan kaedah pembayaran secara bertangguh yang dipersetujui oleh penjual dan pembeli.

Bay’ Bithaman Ajil

•Akad dgn kaedah tempahan di mana pembuat (pengilang, tukang, pembuat) bertanggungjawab ke atas proses penghasilan atau penyiapan untuk sesuatu barang.

Bay’ Inah

•Urusniaga yg menjual sesuatu barangan dengan harga kos dan menambah keuntungan yang dipersetujui oleh pihak yang berkontrak

Bay’ Murabahah

Page 37: Riba

Bentuk Akad

Ijarah •Upah kepada sesuatu kerja

Bay’ Salam

•Akad pembelian barang yang dilakukan dahulu, barang akan diserahkan kemudian

Qard Hasan

•Pinjaman yang dibayar adalah dengan nilai yang sama tanpa ada penambahan

Page 38: Riba

Akad yang membezakan

aktiviti koperasi patuh syariah dan

tidak patuh syariah.

Page 39: Riba

Bank Islam vs Bank Konvensional

Pembiayaan Hutang Islam•Akad jual beli bay’ inah.•Pembelian aset koperasi (RM14,500) secara hutang oleh pelanggan dgn bayaran tangguh selama 10 tahun kemudian aset tersebut dibeli semula oleh koperasi secara tunai dengan harga yg lebih rendah (RM10,000).

Pinjaman (konvensional)

•Perjanjian pinjaman•RM10k bayaran balik dengan interest 4.5% setahun selama 10 tahun (RM14,500)

Page 40: Riba

Penutup

Pengaplikasian sistem patuh syariah dalam institusi kewangan di Malaysia adalah menjadi tuntutan dalam Islam dan bukan lagi dengan alasan ‘darurat’ yg menidakkan patuh syariah dlm koperasi.

Ini dibuktikan dengan kejayaan pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia yg semakin berkembang maju dan diterima di seluruh dunia.

Page 41: Riba

Penutup

Elakkan rasa ‘complicated’ dlm merealisasikan sistem patuh syariah.

Peganglah teori “Lebih Ramai Pelanggan, Lebih Banyak Keuntungan dan Lebih Besar Pahala…”

Page 42: Riba

Sekian, terima kasih atas perhatian yang

diberikan…[email protected]