panduan pengurusan semakan tahun 2017 - moe.gov.my · 8.1 menjaga keselamatan dan kebersihan...

45

Upload: trannhi

Post on 22-Apr-2019

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis
Page 2: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

PANDUAN PENGURUSAN SKIM PINJAMAN KOMPUTER RIBA (SPKR)

SEMAKAN TAHUN 2017

Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 3: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

2

Panduan Pengurusan Program Pembekalan Komputer Riba Untuk

Kegunaan Murid-Murid Tingkatan Lima (5) Di Sekolah-Sekolah KPM

Secara Rintis Di Negeri Sarawak

BAHAGIAN A: PENGENALAN

1.0 Latar Belakang …………………………………………………………… 4

2.0 Matlamat ….........………………………………………………………… 4

3.0 Objektif …............………………………………………………………… 4

4.0 Dasar/Punca Kuasa……………………………………………………… 4

5.0 Dasar kelayakan ……….………………………………………………… 5

BAHAGIAN B: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1.0 Pengetua ..………………………………....…......……………………… 6

2.0 Penyelaras Projek ..……………………………………………………… 6

3.0 Guru Kelas ..…………………………….......………….………………… 7

4.0 Guru Mata Pelajaran ...……………………………………………..…… 7

5.0 Warden (Sekolah Berasrama) ………………………….....…………… 7

6.0 Juruteknik Komputer (Sekiranya ada) …………………....…………… 7

7.0 Ibu bapa/penjaga ………………………………………………………… 8

8.0 Murid ...............…………………………………………………………… 8

BAHAGIAN C: PENGURUSAN KOMPUTER RIBA DI SEKOLAH

1.0 Penentuan Kelayakan Murid ..........………....…………....…………… 9

2.0 Pengurusan Komputer Riba ………………....…………....…………… 10

2.1 Persediaan Awal……....…....………………..............…....…………… 10

2.1.1 Pelantikan Pegawai Penerima …............……....…………… 10

2.1.2 Penubuhan Jawatankuasa ..……................…....…………… 10

2.1.3 Makluman kepada ibubapa/penjaga …............…......……… 10

2.2 Penerimaan Harta Kerajaan …………………....…...............………… 10

2.2.1 Panduan Penerimaan …....................…………....…………… 10

2.2.2 Pengujian dan Pentauliahan .................………....…………… 12

2.2.3 Taklimat Penggunaan ………........................…....…………… 12

2.3 Pendaftaran ...............………………………….……….......…………… 13

2.4 Penyimpanan ...............…………………….....…………....…………… 13

Page 4: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

3

2.5 Penggunaan ........……....…....………………..............…...…………… 14

2.5.1 Pengagihan …….…....……………….....................…………… 14

2.5.1.1 Pinjaman ……....…....……………….......…………… 14

2.5.1.2 Pemulangan ……....…....……………….....………… 16

2.5.1.3 Perpindahan/Pertukaran murid .....…....…………… 18

2.5.1.4 Agihan Semula .……....…..............…....…………… 20

2.5.2 Tatacara Penggunaan Di Sekolah ……....…....……………… 20

2.6 Penyelenggaraan ……....…....………………..............…......………… 22

2.6.1 Penyelenggaraan pemulihan (CM) dalam tempoh waranti … 22

2.6.2 Penyelenggaraan pencegahan (PM) oleh pihak sekolah ….. 24

2.7 Kehilangan ........……....…....………………................…...…………… 25

2.7.1 Syarat Gantian Bagi Kehilangan ...……....…....……………… 25

2.7.2 Syarat Penambahan Komputer Riba ..……......……………… 25

2.7.3 Kehilangan yang dilindungi insurans …....…....……………… 26

2.7.4 Kehilangan yang tidak dilindungi insurans .......……………… 29

2.8 Pengurusan Aset .........…......……......…………....…....……………… 30

2.9 Meja Bantuan .......……........……........…………....…....……………… 31

3.0 Carta Alir dan Ringkasan Proses Pengurusan Sekolah …...………… 33

BAHAGIAN D: PANDUAN KESELAMATAN

1.0 Jenis-Jenis Bencana .....……....…....……………….......…………… 39

2.0 Langkah Pencegahan Awal ......…....……………….......…………… 39

3.0 Tindakan Semasa Berlaku Bencana ……....…....………………...... 39

4.0 Selepas Berlaku Bencana ……....…....……………….......…………. 40

BAHAGIAN E: PANDUAN PENCEGAHAN KEHILANGAN

1.0 Jenis-Jenis Kehilangan ……....…....……………….......…………….. 41

2.0 Langkah Pencegahan Awal ……....…....……………….......……….. 41

3.0 Selepas Berlaku Kehilangan ……....…....……………….......………. 41

Page 5: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

4

BAHAGIAN A: PENGENALAN

1.0 Latar Belakang

Program Pembekalan Komputer Riba Untuk Kegunaan Murid-Murid Tingkatan Lima (5) Di Sekolah-Sekolah KPM Secara Rintis Di Negeri Sarawak merupakan satu program untuk membantu murid-murid ini belajar dengan lebih berkesan khususnya dalam aspek peningkatan akses kepada sumber pendidikan.

Komputer riba ini adalah Hak Milik Sekolah untuk dipinjamkan kepada murid-murid tingkatan 5 sahaja. Komputer riba tersebut akan dikumpulkan kembali dan dipinjamkan kepada murid-murid tingkatan 5 tahun berikutnya.

Komputer riba ini mengandungi e-bahan pembelajaran peringkat menengah yang bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada capaian internet dan membolehkan murid-murid tingkatan 5 mengulangkaji bahan pembelajaran tambahan tanpa bergantung kepada buku teks.

2.0 Matlamat

Memastikan semua murid tingkatan lima (5) di sekolah-sekolah KPM di

Negeri Sarawak dapat menikmati kemudahan pembelajaran berbantu

teknologi melalui Program Pembekalan Komputer Riba Untuk Kegunaan

Murid-Murid Tingkatan Lima (5) Di Sekolah-Sekolah KPM Secara Rintis Di

Negeri Sarawak.

3.0 Objektif

● Merapatkan jurang digital dan kualiti bahan pembelajaran antara murid-murid bandar, luar bandar dan pedalamanan; dan

● Memperluas akses dan menambah baik pengajaran dan pembelajaran berbantu ICT bagi memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21.

4.0 Dasar/Punca Kuasa

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Aku Janji Kerajaan Persekutuan (AKP) Bil.1/2015 bertarikh 25 November 2015 yang

Page 6: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

5

dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, menetapkan bahawa inisiatif Skim Pemilikan Komputer Riba Di Sekolah dapat dikekalkan sebagai AKP.

Pada 17 April 2016, YAB Perdana Menteri Malaysia dalam siri Walkabout beliau ke SK Sungai Ladong, Simunjan, Sarawak telah mengumumkan Program Pembekalan Komputer Riba Untuk Kegunaan Murid-Murid Tingkatan Lima (5) Di Sekolah-Sekolah KPM Secara Rintis Di Negeri Sarawak.

5.0 Dasar kelayakan

Komputer riba ini adalah Hak Milik Sekolah untuk dipinjamkan kepada

murid-murid tingkatan 5 di sekolah-sekolah KPM di Negeri Sarawak.

Semua murid Tingkatan 5 yang mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) serta warganegara Malaysia tanpa mengambil kira

pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah

Kerajaan dan sekolah bantuan Kerajaan.

Page 7: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

6

BAHAGIAN B: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH

1.0 Pengetua

1.1 Menubuhkan Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba Untuk

Murid-Murid Tingkatan 5 untuk mengurus projek dan melantik ahli

Jawatankuasa secara bertulis.

1.2 Menetapkan peraturan/polisi sekolah mengikut kesesuaian dalam

projek ini.

1.3 Memastikan penyampaian maklumat kepada ibubapa/ penjaga

tentang Skim Pinjaman Komputer Riba (SPKR) dilaksanakan.

1.4 Menetapkan lokasi yang sesuai dan selamat untuk menempatkan

Charging Cart supaya memudahkan murid mengecaj semasa atau

sebelum PdP, waktu rehat atau selepas PdP.

1.5 Menentukan lokasi yang sesuai dan selamat untuk menyimpan

komputer riba semasa cuti persekolahan sekiranya disimpan di

sekolah.

1.6 Membuat laporan polis bagi kes kehilangan komputer riba.

2.0 Penyelaras projek

2.1 Guru yang bertanggungjawab (yang dilantik) perlu menyemak

peralatan pembekalan. Sekiranya memerlukan bantuan atau

nasihat, sekolah boleh mendapatkan khidmat PKG untuk

membantu menyemak peralatan pembekalan.

2.2 Menyemak senarai peralatan yang diterima adalah lengkap

2.3 Mengesahkan penerimaan peralatan yang lengkap dengan

menandatangani dokumen Delivery Order (DO) dan dan Sijil Akuan

Penerimaan (SAP).

2.4 Memperakui peralatan adalah berfungsi setelah pemasangan dan

pengujian dilaksanakan dengan menandatangani Sijil Pengujian

dan Pentauliahan (SPP)

2.5 Memperakui taklimat yang telah disampaikan oleh Kontraktor

dengan menandatangani Sijil Penerimaan Latihan (SPL).

2.6 Menyelaras pengurusan dan penggunaan charging cart di sekolah,

khususnya memastikan supaya komputer riba yang dicaj

menggunakan Charging Cart tidak melebihi tempoh pengecaj untuk

menjaga tempoh hayat bateri.

2.7 Membuat aduan ke Meja Bantuan Kontraktor sekiranya berlaku

kerosakan atau kehilangan.

2.8 Mengurus penggantian komputer riba yang rosak/ hilang.

2.9 Menjadi admin kepada Sistem Pengurusan SPKR.

Page 8: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

7

2.10 Menyelaras dan menguruskan Surat Akuan Murid Dan Persetujuan

Ibubapa/Penjaga (SPKR-01).

2.11 Menganggotai Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba Untuk

Murid-Murid Tingkatan 5.

3.0 Guru Kelas

3.1 Mengedar dan mengumpulkan semula Surat Akuan Murid Dan

Persetujuan Ibubapa/Penjaga (SPKR-01).

3.2 Mengagih atau mengumpul semula komputer riba kepada/daripada

murid.

3.3 Memaklumkan kepada murid tentang peraturan pinjaman dan

tatacara penjagaan komputer riba.

3.4 Melaporkan kehilangan kepada penyelaras projek.

3.5 Menganggotai Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba Untuk

Murid-Murid Tingkatan 5.

4.0 Guru Mata Pelajaran

4.1 Memaklumkan murid tentang e-bahan/ perisian yang telah

dipasang oleh pihak sekolah dalam komputer riba.

4.2 Membantu pihak sekolah memilih bahan yang sesuai untuk

dipasang dalam komputer riba.

4.3 Membantu menyediakan jadual penggunaan komputer riba

mengikut kesesuaian.

5.0 Warden (Sekolah Berasrama - di asrama)

5.1 Membantu menyedia dan menyelaras pelaksanaan jadual

penggunaan komputer riba mengikut kesesuaian.

5.2 Membantu menjaga penyimpanan komputer riba.

5.3 Mengawal selia penggunaan komputer riba.

6.0 Juruteknik Komputer (Sekiranya ada)

6.1 Menganggotai Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba Untuk

Murid-Murid Tingkatan 5.

6.2 Membantu penyelaras projek menyemak peralatan pembekalan.

6.3 Membantu proses pemeriksaan dan penyelenggaraan.

6.4 Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pencegahan/

preventive maintenance (PM).

Page 9: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

8

6.5 Membantu penyelaras pengurusan dan penggunaan charging cart

di sekolah.

6.6 Melaksanakan sepenuhnya arahan jawatankuasa SPKR.

7.0 Ibu bapa/penjaga

Ibu bapa/penjaga murid perlu bertanggungjawab dan menghargai

kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan. Oleh itu, ibu bapa/penjaga

mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti yang berikut:

7.1 Memberi kebenaran kepada anak/ tanggungan mereka untuk

menerima kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan pada

Bahagian B dalam Surat Akuan Murid Dan Persetujuan

Ibubapa/Penjaga (SPKR-01).

7.2 Memastikan komputer riba yang dipinjam oleh anak/ tanggungan

mereka dikembalikan pada masa yang ditetapkan.

7.3 Memastikan anak/ tanggungan menjaga keselamatan komputer riba

dengan baik.

7.4 Memastikan anak/ tanggungan melaksanakan pembelajaran kendiri

dengan bahan e-bahan/ bahan pembelajaran yang dimuatkan

dalam komputer riba.

8.0 Murid

Dalam pelaksanaan Skim Pinjaman Komputer Riba di sekolah, kesedaran

dalam kalangan murid untuk menghargai kemudahan yang diberikan

kepada mereka adalah amat penting. Mereka seharusnya dipupuk dengan

rasa kesedaran atas kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan dalam

pendidikan mereka. Oleh itu, murid mempunyai peranan dan

tanggungjawab seperti yang berikut:

8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba.

8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang

jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan komputer

riba.

8.3 Mematuhi peraturan/ polisi sekolah yang ditetapkan.

8.4 Menggunakan sebaik boleh untuk pembelajaran kendiri.

Page 10: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

9

BAHAGIAN C: PENGURUSAN KOMPUTER RIBA DI SEKOLAH

1.0 Penentuan kelayakan murid

Penentuan kelayakan berdasarkan taraf kewarganegaraan murid. Semua

murid tingkatan 5 warganegara Malaysia di sekolah-sekolah Kerajaan dan

bantuan Kerajaan di Negeri Sarawak layak menerima Skim Pinjaman

Komputer Riba Untuk Murid-Murid Tingkatan 5.

Mula

Pendaftaran murid dalam Buku Daftar Masuk Murid / Sistem Maklumat Murid (SMM) / Aplikai Pangkalan Data Murid

(APDM)

Warganegara Bukan Warganegara

Layak Tidak Layak

Tamat

Page 11: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

10

2.0 Pengurusan Komputer Riba

2.1 Persediaan Awal

2.1.1 Pelantikan Pegawai Penerima

Pengetua perlu melantik pegawai penerima yang bertanggungjawab untuk menerima dan memeriksa aset alih yang diterima, bagi aset teknikal, Pegawai Penerima yang dilantik hendaklah memiliki kepakaran dalam bidang berkaitan. Sekiranya sekolah tidak mempunyai kepakaran, boleh rujuk kepada PKG atau PPD.

2.1.2 Penubuhan Jawatankuasa

Pengetua perlu menubuhkan Jawatankuasa Skim Pinjaman

Komputer Riba di sekolah.

2.1.3 Makluman kepada Ibubapa/ Penjaga

2.1.3.1 Penyelaras Projek mencetak Surat Akuan Murid

Dan Persetujuan Ibubapa/Penjaga (SPKR-01)

melalui Sistem Pengurusan SPKR untuk diedarkan

kepada ibubapa/penjaga murid melalui guru kelas.

2.1.3.2 Hanya murid yang mendapat persetujuan/

kebenaran daripada ibubapa/penjaga sahaja

(Bahagian B: SPKR-01) yang boleh membawa

pulang pinjaman komputer riba ke rumah.

2.1.3.3 Sekiranya berlaku kehilangan/kerosakan yang

disebabkan kecuaian, ibubapa/ penjaga perlu

bertanggungjawab membayar pampasan kerugian

mengikut kadar yang diputuskan oleh pihak KPM.

2.2 Penerimaan Harta Kerajaan

2.2.1 Panduan Penerimaan

2.2.1.1 Peralatan yang diterima oleh pihak sekolah adalah

seperti berikut:

a) Perkakasan

o Komputer riba

o Charging Cart

Page 12: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

11

b) Perisian

o Microsoft Windows 10 Home Edition

(Dinaik taraf kepada Education Edition)

o Bahan PdP terbitan KPM untuk

Tingkatan 4 dan 5 (e-bahan)

o Pihak sekolah dibenarkan memasang

perisian/ aplikasi/ bahan pembelajaran

yang lain tertakluk kepada:

- pemasangan adalah di bawah

tanggungjawab pihak sekolah;

- memiliki lesen (jika ada) yang sah/

dibenarkan;

- disokong spesikasi komputer riba

yang sedia ada; dan

- tidak menjejaskan perlindungan

insurans yang disediakan.

2.2.1.2 Waktu dan hari penghantaran adalah bermula dari

jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang mengikut hari

bekerja negeri seperti berikut:

NEGERI HARI BEKERJA

Sarawak Isnin – Jumaat (Kecuali cuti am negeri atau kebangsaan)

2.2.1.3 Penghantaran ke sekolah adalah berdasarkan

jadual yang diedarkan melalui JPN. Sekiranya

sekolah tidak dapat menerima pembekalan pada

tarikh yang ditetapkan, pihak sekolah perlu

memaklumkan kepada JPN supaya penjadualan

semula boleh dilaksanakan.

2.2.1.4 Kontraktor akan menghubungi pihak sekolah

sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum tarikh

pembekalan untuk pengesahan temujanji.

2.2.1.5 Kontraktor perlu menyerahkan senarai semak

seperti DO dan SAP kepada pegawai penerima di

sekolah.

2.2.1.6 Pihak sekolah perlu menyemak bilangan peralatan

seperti yang terdapat dalam DO dan SAP. Jika

Page 13: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

12

terdapat kerosakan, kekurangan atau tidak

menepati spesifikasi, pihak sekolah perlu mengisi

borang KHK-01 melalui Sistem Pengurusan

SPKR.

2.2.1.7 Borang KHK-01 yang telah diisi perlu dicetak dan

disahkan oleh pihak sekolah untuk diserahkan

kepada Kontraktor (satu salinan disimpan oleh

sekolah).

2.2.1.8 SAP akan ditandatangani oleh pihak sekolah

apabila proses pengujian dan pentauliahan

selesai. Pihak sekolah berhak tidak

menandatangani SAP sekiranya terdapat

peralatan yang rosak dan tidak dapat diganti oleh

Kontraktor.

2.2.2 Pengujian dan Pentauliahan

2.2.2.1 Pihak sekolah perlu melakukan pengujian dan

pentauliahan ke atas semua peralatan yang

dipasang di premis sekolah.

2.2.2.2 Pengujian yang dilaksanakan perlu menggunakan

borang User Acceptance Test (UAT) yang

disediakan oleh Kontraktor. Borang UAT

hendaklah disahkan selepas semua peralatan

telah diuji dan diperiksa.

2.2.2.3 Kontraktor akan menggantikan mana-mana

peralatan yang tidak berfungsi dengan baik atau

tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan semasa

pengujian dibuat. Sekiranya peralatan ganti tidak

mencukupi, pihak sekolah perlu mengisi borang

KHK-01 melalui Sistem Pengurusan SPKR dan

diserahkan kepada Kontraktor (satu salinan

disimpan oleh sekolah).

2.2.2.4 Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) akan

ditandatangani oleh pihak sekolah setelah segala

kerja-kerja pemasangan telah diuji lari dan

didapati berfungsi dengan sempurna.

2.2.3 Taklimat Penggunaan

2.2.3.1 Kontraktor akan mengadakan taklimat

penggunaan kepada pihak sekolah.

Page 14: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

13

2.2.3.2 Sekurang-kurangnya taklimat tersebut dihadiri

oleh dua (2) orang wakil sekolah yang

bertanggungjawab.

2.2.3.3 Selepas taklimat dilaksanakan, pegawai yang

hadir perlu menandatangani Sijil Penerimaan

Latihan (SPL).

2.2.3.4 Pegawai yang telah menerima taklimat tersebut

perlu memberi taklimat kepada guru-guru dan

murid-murid yang terlibat.

2.3 Pendaftaran

2.3.1 Pendaftaran peralatan ICT perlu didaftarkan mengikut Garis

Panduan Skim Pinjaman Komputer Riba dan perlu

menggunakan borang pendaftaran kawalan harta Kerajaan

yang disediakan melalui Sistem Pengurusan SPKR dan

pendaftaran dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA) diurus

di peringkat Kementerian.

2.3.2 Bagi penerimaan baharu, setiap harta kerajaan hendaklah

didaftarkan dan diagihkan oleh pihak sekolah dalam

tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengesahan

penerimaan.

2.3.3 Pihak sekolah perlu menggunakan Borang Kawalan Harta

Kerajaan (KHK-02) bagi komputer riba dan Borang Kawalan

Harta Kerajaan (KHK-03) bagi charging cart melalui Sistem

Pengurusan SPKR.

2.3.4 Borang KHK-02 dan KHK-03 yang telah diisi perlu dicetak

dan disahkan oleh pihak sekolah.

2.4 Penyimpanan

2.4.1 Charging cart hendaklah disimpan di tempat yang selamat

dan sentiasa di bawah kawalan pegawai/guru yang

bertanggungjawab.

2.4.2 Komputer riba yang dalam simpanan sekolah perlu

diletakkan di tempat yang selamat (seperti laci besi berkunci,

Page 15: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

14

bilik khas berkunci dan sebagainya) dan sentiasa di bawah

kawalan pegawai/guru yang bertanggungjawab.

2.4.3 Komputer riba yang dalam simpanan murid (sama ada di

rumah atau asrama) perlu dipastikan/ dijelaskan bahawa

komputer riba yang tidak digunakan disimpan di tempat yang

selamat atau telah diambil langkah-langkah keselamatan

yang sewajarnya (seperti mengunci almari, memasang kunci

kensington dan sebagainya).

2.4.4 Pemeriksaan aset dalam SPKR secara berkala perlu

dilaksanakan dari semasa ke semasa. Kekerapan

pemeriksaan aset mengikut keperluan dan kesesuaian yang

ditentukan oleh pihak sekolah.

2.4.5 Arahan keselamatan Kerajaan hendaklah sentiasa dipatuhi

bagi mengelak berlakunya kerosakan atau kehilangan.

2.5 Penggunaan

2.5.1 Pengagihan

Penyelaras projek bertanggungjawab untuk memaklumkan

kepada Pengetua agar melaksanakan Mesyuarat

Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba Untuk Murid-

Murid Tingkatan 5 serta tindakan berikut:

2.5.1.1 Pinjaman

(a) Komputer riba yang dibawa balik ke rumah

• Memastikan murid mendapat persetujuan/

kebenaran daripada ibubapa/ penjaga.

• Menyediakan dan mengedarkan bahan-

bahan berikut untuk taklimat kepada guru-

guru kelas:

o Jadual Pengagihan Komputer Riba

o Borang KHK-02

o Borang SPKR-02

• Memberi taklimat kepada guru-guru kelas

tingkatan 5.

Page 16: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

15

• Memantau/ membantu guru kelas membuat

agihan pinjaman komputer riba kepada

murid tingkatan 5 dan memastikan semua

murid menandatangani Borang KHK-02.

• Mencetak borang SKPR-02 untuk disahkan

oleh pihak sekolah.

(b) Komputer riba yang dipinjam untuk

kegunaan di sekolah

• Memastikan komputer riba yang dipinjam

oleh murid tingkatan lima untuk kegunaan

di sekolah didaftarkan atas nama murid

tersebut dalam SPKR.

• Menyediakan dan mengedarkan bahan-

bahan berikut untuk taklimat kepada guru-

guru kelas:

o Borang KHK-02

o Borang SPKR-02

o Jadual/ tatacara mengambil,

menggunakan dan memulangkan

komputer riba di sekolah.

• Memberi taklimat kepada guru-guru kelas

tingkatan 5.

• Memantau pendaftaran pinjaman komputer

riba kepada murid tingkatan 5 dan

memastikan semua murid menandatangani

Borang KHK-02.

• Mencetak borang SKPR-02 untuk disahkan

oleh pihak sekolah.

Page 17: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

16

Pinjaman Komputer Riba di Sekolah

2.5.1.2 Pemulangan

• Mengenal pasti murid yang meminjam

komputer riba yang dibawa balik ke rumah/

asrama.

• Menyediakan jadual pemulangan mengikut

kelas.

• Menyediakan dan mengedarkan bahan-bahan

berikut untuk taklimat kepada guru-guru kelas:

o Jadual pemulangan Komputer Riba

o KHK-02

o SKPR-03

Mula

Penyelaras projek memberi taklimat kepada guru kelas tingkatan 5

Guru kelas memastikan murid yang mendapat persetujuan/kebenaran daripada ibubapa/penjaga

sahaja diberi pinjaman dengan menggunakan borang SPKR-02 melalui Sistem Pengurusan SPKR

Semua murid yang telah menerima komputer riba perlu tandatangani di borang KHK-02

Selesai

Pihak sekolah melaksanakan penyelarasan sebelum agihan kepada murid melalui Mesyuarat

Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba

Pengetua mengesahkan borang SPKR-02

Page 18: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

17

• Penyelarasan/ taklimat pemulangan komputer

riba.

• Memantau/ membantu guru kelas membuat

ambilan semula komputer riba daripada murid

tingkatan 5 dan memastikan semua murid

menandatangani Borang KHK-02.

• Memastikan komputer riba yang dipulangkan

dalam keadaan berfungsi supaya dapat

dipinjamkan semula kepada murid tingkatan 5

tahun berikutnya.

• Mencetak borang SKPR-03 untuk disahkan

oleh pihak sekolah.

Mula

Penyelaras projek menyediakan jadual pemulangan

Penyelaras projek memberi taklimat kepada guru kelas tingkatan 5

Guru kelas mengambil semula komputer riba daripada murid tingkatan 5 dan memastikan semua murid telah menandatangani borang KHK-02 serta maklumat komputer riba yang dipulangkan melalui

Sistem Pengurusan SPKR

Pengetua mengesahkan borang SPKR-03

Selesai

Page 19: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

18

2.5.1.3 Perpindahan/ Pertukaran Murid

(a) Perpindahan dalam negeri

Murid dikehendaki membawa bersama

komputer riba ke sekolah baru bersama Borang

Kebenaran Membawa Bersama Komputer Riba

(SPKR-04) yang disediakan melalui Sistem

Pengurusan SPKR.

Tatacara pindah sekolah:

i. Mengemaskini borang KHK-02 di

bahagian Pindah Sekolah.

ii. Pengesahan oleh Pengetua.

iii. Salinan asal perlu disimpan di sekolah

asal. Satu salinan dibawa bersama ke

sekolah baharu.

iv. Sekolah baharu perlu membuat

pendaftaran baharu menggunakan borang

KHK-02 melalui Sistem Pengurusan

SPKR.

(b) Perpindahan antara negeri/negara

Murid tersebut tidak dibenarkan membawa

bersama komputer riba dan perlu kembalikan

komputer riba mengikut peraturan pemulangan

yang ditetapkan.

(c) Pertukaran ke sekolah swasta

Murid tersebut perlu kembalikan komputer riba

mengikut peraturan pemulangan yang

ditetapkan.

(d) Kes murid berhenti sekolah/ buang sekolah

Murid tersebut perlu kembalikan komputer riba

mengikut peraturan pemulangan yang

ditetapkan.

Page 20: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

19

Mula

Selesai

Perpindahan dalam negeri Perpindahan antara negeri/negara; Pertukaran ke sekolah swasta; dan Kes murid berhenti/ buang sekolah

Murid memulangkan komputer riba kepada pihak sekolah

menggunakan borang SPKR-03

Pihak sekolah mengemaskini borang KHK-02 dan disahkan oleh

Pengetua

Sekolah asal menyimpan salinan asal borang KHK-02 Pihak sekolah mengemaskini

borang KHK-02 sedia ada dan ditandatangani oleh murid

Murid membawa salinan borang KHK-02 dan komputer riba ke

sekolah baharu

Pihak sekolah baharu menerima dan mewujudkan borang KHK-02

baharu untuk pendaftaran komputer riba

Page 21: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

20

2.5.1.4 Agihan Semula

(a) Pengagihan semula komputer riba berdasarkan

bilangan komputer riba mengikut bilangan murid

Tingkatan 5 tahun semasa.

(b) Pihak sekolah perlu memastikan data murid

APDM tingkatan 5 tahun berikutnya

(berdasarkan enrolmen murid tingkatan 4 tahun

semasa) dikemaskini pada 31 Oktober tahun

semasa.

(c) Berdasarkan Perkara (b), bilangan murid

tingkatan 5 setiap sekolah pada tahun berikutnya

dapat dikenalpasti. Sekiranya bilangan komputer

riba sedia ada melebihi bilangan murid tingkatan

5 tahun berikutnya, pihak KPM berhak mengagih

semula komputer riba yang berlebihan ke

sekolah yang berkurangan komputer riba. Agihan

semula tersebut adalah tertakluk kepada surat

arahan yang dikeluarkan oleh pihak KPM.

2.5.2 Tatacara Penggunaan Di Sekolah

2.5.2.1 Penggunaan dengan kebenaran guru

Murid boleh dibenarkan menggunakan komputer

riba di dalam premis sekolah untuk:

(i) Penggunaan komputer riba hanya dengan

kebenaran guru sahaja untuk tujuan PdP di

dalam bilik darjah atau bilik-bilik khas

bergantung kepada kesesuaian PdP yang

dijalankan.

(ii) Murid boleh dibenarkan menggunakan

komputer riba untuk menyediakan pelbagai

bahan pembelajaran atau apa-apa tugasan

berkaitan kurikulum dan kokurikulum yang

diarahkan oleh guru dari semasa ke semasa.

(iii) Murid boleh dibenarkan menggunakan

komputer riba pada bila-bila masa di luar waktu

PdP bagi tujuan pembelajaran kendiri.

Page 22: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

21

2.5.2.2 Penggunaan Alternatif Oleh Guru

(i) Guru boleh merujuk/ menggunakan bahan

pembelajaran dalam komputer riba dalam tempoh terhad yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

(ii) Penggunaan komputer riba oleh guru hanya boleh berlaku di luar waktu penggunaan murid Tingkatan Lima (5) serta dalam kawasan sekolah sahaja.

2.5.2.3 Pematuhan Waktu Pengunaan

Mematuhi waktu dan tempoh penggunaan

(i) Waktu penggunaan komputer riba tertakluk

kepada sekolah berdasarkan keperluan dan

kegunaan alat peranti tersebut. Guru-guru

hendaklah memantau dan memastikan murid

menggunakan alat peranti tersebut mengikut

masa yang ditetapkan semasa PdP.

(ii) Tempoh penggunaan komputer riba adalah

seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan

murid wajib akur dengan tatacara yang telah

ditetapkan.

(iii) Sekolah boleh menetapkan larangan

penggunaan komputer riba sewaktu majlis

rasmi sekolah, peperiksaan, waktu PdP yang

tidak memerlukan komputer riba atau lain-lain

aktiviti yang tidak memerlukan.

(iv) Walau bagaimanapun, murid boleh

menggunakan komputer riba di luar waktu

pembelajaran bagi tujuan penyediaan kerja

kursus, mengulangkaji pelajaran, membuat

kerja rumah dan lain-lain keperluan

pembelajaran atau aktiviti kokurikulum.

Page 23: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

22

2.5.2.4 Penyalahgunaan Komputer Riba

Sekiranya berlaku pelanggaran syarat dan

penyalahgunaan komputer riba di sekolah, ia

merupakan satu kesalahan disiplin. Murid yang

telah disabitkan melanggar peraturan tersebut

boleh diambil tindakan berdasarkan Bahagian

B: Perkara 1.2.

2.6 Penyelenggaraan

2.6.1 Penyelenggaraan pemulihan / corrective maintenance

(CM) dalam tempoh waranti

2.6.1.1 Khidmat penyenggaraan pemulihan adalah meliputi

perkhidmatan seperti berikut:-

i. Mengenal pasti masalah ii. Penyelesaian masalah iii. Membekalkan peralatan pinjaman iv. Mengesan masalah (problem tracking) v. Ujian diagnostik vi. Mengganti alat ganti/peralatan

2.6.1.2 Sekiranya berlaku kerosakan pada komputer riba

atau kehilangan, pihak sekolah perlu menghantar

Laporan Aduan Kerosakan kepada Meja Bantuan

QsiT dan disalinkan kepada PKG, PPD, BTPN dan

KPM melalui e-mel.

2.6.1.3 Sekiranya Kontraktor mengenal pasti bahawa untuk

membaik pulih peralatan itu memerlukan

penggantian alat ganti, maka Kontraktor perlu

memaklumkan kepada Guru Penyelaras Bestari,

Guru ICT atau Juruteknik Komputer (FT17)

sekolah.

2.6.1.4 Kontraktor akan membekalkan unit pinjaman

(loaner unit) yang setara atau lebih baik untuk

menggantikan peralatan yang rosak sementara

menunggu ia dibaik pulih. Unit pinjaman yang

Page 24: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

23

secukupnya akan disediakan untuk memenuhi SLA

yang telah dipersetujui.

2.6.1.5 Semua kerosakan yang dilaporkan akan dibaik

pulih tanpa kos tambahan kepada Kerajaan

sekiranya:-

i. Kerosakan yang bukan berpunca daripada kelalaian pengguna.

ii. Kerosakan yang bukan berpunca daripada aksi keganasan dan jenayah.

iii. Kerosakan yang bukan berpunca dari bencana alam.

2.6.1.6 Kontraktor mestilah melaksanakan perkara-perkara

berikut:-

i. Semasa tempoh jaminan, Kontraktor

dikehendaki memberi perkhidmatan operasi dan sokongan teknikal peralatan di semua premis sekolah yang terlibat.

ii. Dalam tempoh jaminan semua khidmat baik pulih, dan lain-lain yang berkaitan hendaklah dibiayai oleh Kontraktor.

2.6.1.7 Sekiranya Kontraktor gagal mengganti/ membaiki

peralatan berkenaan dengan memuaskan, maka

Kerajaan boleh sama ada:-

(a) Mendapatkan mana-mana pihak berkelayakan

bagi mengganti/ membaiki peralatan di mana

semua kos terlibat adalah ditanggung oleh

Kontraktor; atau/dan

(b) Memulangkan alat berkenaan dan Kontraktor

hendaklah membayar denda, pampasan dan

kos-kos yang terlibat dengan pemulangan itu;

atau/dan

(c) Sekiranya kelambatan penggantian/

pembaikan mana-mana alat yang tidak

mengikut spesifikasi dengan memuaskan,

Page 25: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

24

maka Kerajaan boleh mengenakan denda

terhadap Kontraktor.

2.6.2 Penyelenggaraan pencegahan / preventive maintenance

(PM) oleh pihak sekolah

2.6.2.1 PM adalah satu aktiviti berkala yang dilaksanakan

mengikut tempoh tertentu bagi memastikan setiap

komputer riba yang dibekalkan berada dalam

keadaan yang baik dan optimum.

2.6.2.2 Aktiviti ini merangkumi aspek fizikal dan perisian di

mana komputer riba supaya komputer riba dapat

beroperasi dengan lebih baik dan mempunyai

jangkah hayat lebih lama berbanding dengan yang

tiada aktiviti penyelenggaraan.

2.6.2.3 Jadual dan aktiviti PM

Aktiviti PM akan dilakukan sebanyak dua (2) kali

setahun iaitu setiap 6 bulan sekali. Juruteknik FT17

atau Guru ICT boleh melaksanakan aktiviti PM

pada bulan Jun dan Bulan November. Pihak

sekolah perlu menyediakan jadual supaya murid

boleh menghantar untuk PM seperti jadual yang

ditetapkan untuk PM pertama. Semasa murid

Tingkatan 5 memulangkan semula komputer riba.

PM kedua dapat dilaksanakan untuk memastikan

semua komputer riba berfungsi sebelum

mengagihkan semula kepada murid tingkatan 5

yang akan datang.

2.6.2.4 Skop Kerja

Skop kerja adalah seperti yang berikut yang mana

ianya akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a. Fizikal

Perlu memastikan bahawa fizikal komputer riba

dalam keadaan yang baik terutama skrin LCD,

touch pad, port pada komputer riba.

Page 26: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

25

b. Perisian

Perlu melaksanakan (mengikut keperluan)

i. Disk cleaning

ii. Disk defragment

iii. Update/patching (Contoh: Windows,

Apps, antivirus dan sebagainya)

iv. Reset komputer riba jika perlu

2.7 Kehilangan*

2.7.1 Syarat Gantian Bagi Kehilangan

2.7.1.1 Gantian Akibat Kehilangan/Rosak

(i) Kecuaian Individu

Penggantian oleh pihak individu yang

bertanggungjawab.

(ii) Dilindungi Insurans

Penggantian oleh pihak Insurans yang

bertanggungjawab.

2.7.1.2 Gantian Akibat Bencana

(i) Yang Dilindungi Insurans

Penggantian oleh pihak Insurans yang

bertanggungjawab.

(ii) Tidak Dilindungi Insurans

Permohonan penggantian akibat bencana.

2.7.2 Syarat Penambahan Komputer Riba*

Penambahan komputer riba yang dibenarkan adalah

berdasarkan keperluan bilangan murid tingkatan 5 di sekolah

KPM yang menduduki Peperiksaan SPM.

* Penggantian dan penambahan komputer riba adalah tertakluk

kepada peruntukan semasa dan dasar pelaksanaan yang

berkuatkuasa.

Page 27: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

26

2.7.3 Kehilangan yang dilindungi insurans

2.7.3.1 Penggantian Komputer Riba Di Bawah

Perlindungan Insurans

(i) Guru-guru harus menasihatkan murid-

murid supaya mengambil segala langkah

pencegahan yang wajar dan munasabah

untuk menjaga keselamatan harta yang

diinsurankan.

(ii) Contoh senario- senario KERUGIAN/

KEROSAKAN yang BOLEH DITUNTUT:

(a) KERUGIAN / KEROSAKAN

diakibatkan oleh (melibatkan laporan

Polis):

o Bencana seperti kebakaran atau banjir

o Rompakan atau kecurian o Kemalangan lalulintas atau

kemalangan Kenderaan

(b) KEMALANGAN KEROSAKAN yang diakibatkan oleh (tidak melibatkan Polis, dikehendaki mengambil gambar dan menyimpan peralatan untuk pengesahan

o peralatan terjatuh dengan tidak

disengajakan

Page 28: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

27

CARTA ALIRAN TUNTUTAN INSURAN (KECURIAN/ROMPAKAN)

Tindakan oleh / Dokumen Diperlukan

- Pihak Sekolah membuat laporan Polis

- a) Laporan Polis

- Pihak Sekolah membuat laporan ke Meja Bantuan QSiT

(tempoh aduan ditetapkan dalam polisi adalah 30 hari tarikh kalendar

bermula dari tarikh aduan kehilangan/kerosakan daripada murid-murid)

- b) No laporan Meja Bantuan QSiT

- Tindakan oleh QSIT untuk melaporkan kepada TMIM dan salinan

kepada KPM

- c) No polisi, laporan kejadian

- Pihak QSIT melengkapkan Borang Tuntutan di sekolah

dengan butiran penuh

- d) Borang Tuntutan

- Pihak Adjuster / TMIM membuat penyiasatan dan pengesahan

- Pihak Sekolah/QSiT mestilah memberi kerjasama sepenuhnya

dengan Pihak Adjuster/TMIM

- Pihak Adjuster / TMIM membuat Laporan Taksiran

- Laporan Taksiran diserahkan kepada TMIM

- TMIM memberi Surat Tawaran atas tuntutan yang

diluluskan kepada pihak KPM/PADU

- Surat Tawaran Tuntutan TMIM

- TMIM membuat pembayaran pampasan kepada PADU melalui

e-bayaran dalam tempoh lebih kurang 14 hari bekerja setelah

menerima Surat Tawaran Tuntutan yang dikembalikan oleh PADU

- PADU akan dimaklumkan melalui e-bayaran

PADU : PADU Corporation

KPM : Bahagian Teknologi Pendidikan KPM

QSiT : QSiT Sdn Bhd = Pembekal

TMIM : Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad

Mula

Melapor kepada Pembekal(QSiT Sdn Bhd) melalui e-mel (dalam tempoh 30 hari tarikh kalendar)

Laporan Taksiran Adjuster/Penyiasat kepada Syarikat Insuran

Pembekal Memberitahu kepada Syarikat Insuran (Tokio Marine Insurans Malaysia Bhd) serta KPM & PADU

Adjuster/Penyiasat Membuat Pengesahan

Melengkapkan Borang Tuntutan Insuran(berserta dokumen sokongan)

Penilaian atas Tuntutan olehSyarikat Insuran

Tuntutan Kecurian/Rompakan (Buat Laporan Polis di dalam 24jam)

Pembayaran Pampasan

Tamat

Page 29: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

28

CARTA ALIRAN TUNTUTAN INSURAN (KEMALANGAN KEROSAKAN)

Tindakan oleh / Dokumen Diperlukan

- Pihak Sekolah melapor kepada Meja Bantuan

(tempoh aduan ditetapkan dalam polisi adalah 30 hari tarikh kalendar

bermula dari tarikh aduan kehilangan/kerosakan daripada murid-murid)

- Pihak Sekolah dikehendaki mengambil gambar dan simpan

barangan yang rosak untuk pemeriksaan oleh Pegawai Insurans

TMIM

- Pihak Sekolah menyertaikan gambar yang memaparkan kerosakan

peralatan.

- a) No tiket aduan

- Tindakan oleh QSIT untuk melaporkan kepada TMIM dan salinan

kepada KPM

- b) Laporan

- c) Gambar yang memaparkan kerosakan peralatan

- Pihak QSIT melengkapkan Borang Tuntutan di sekolah

dengan butiran penuh

- d) Borang Tuntutan

- Pihak QSIT melengkapkan Borang Tuntutan di sekolah

dengan butiran penuh

- Surat Tawaran Tuntutan TMIM

- TMIM memberi Surat Tawaran atas tuntutan yang

diluluskan kepada pihak KPM/PADU

- TMIM membuat pembayaran pampasan kepada PADU melalui

e-bayaran dalam tempoh lebih kurang 14 hari bekerja setelah

menerima Surat Tawaran Tuntutan yang dikembalikan oleh PADU

- PADU akan dimaklumkan melalui e-bayaran

PADU : PADU Corporation

KPM : Bahagian Teknologi Pendidikan KPM

QSiT : QSiT Sdn Bhd = Pembekal

TMIM : Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad

Mula

Melapor kepada Pembekal (QSiT Sdn Bhd) melalui e-mel (dalam tempoh 30hari tarikh kalendar) serta KPM & PADU

Pembekal Memberitahu kepada Syarikat Insuran (Tokio Marine Insurans Malaysia Bhd) melalui e-mel

Pegawai Insurans Membuat Pengesahan

Melengkapkan Borang Tuntutan Insuran(berserta dokumen sokongan)

Penilaian atas Tuntutan olehSyarikat Insuran

Tuntutan Kemalangan Kerosakan

Pembayaran Pampasan

Tamat

Page 30: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

29

2.7.4 Kehilangan yang tidak dilindungi insurans

2.7.4.1 Pengecualian utama:-

Insuran Polisi ini tidak melindungi kerugian,

kemusnahan atau kerosakan yang berpunca atau

disebabkan oleh atau timbul dari:

• jika mana mana ahli keluarga atau pekerja

perniagaan anda dianggap sebagai orang

utama atau bersuhabat.

• haus dan lusuh, susut nilai, beransur-ansur

buruk, berkulapuk, gegat, binatang perosak

atau mana-mana proses pembersihan,

pencelupan, pembaikan, pengembalian atau

pembaikpulihan; kerosakan atau gangguan

mekanikal atau elektrikal, calar atau kemik

pada mana-mana barang atau rekahan, atau

mana-mana barang yang mudah pecah,

melainkan disebabkan oleh pecah masuk,

kecurian, rompakan atau kebakaran.

• perang dan risiko berkaitannya peperangan,

penaklukan, tindakan musuh asing,

pertempuran atau operasi berupa perang

(sama ada peperangan diisytiharkan atau

tidak) atau perang saudara atau/dan risiko

berkaitannya.

• mogok, rusuhan dan kegemparan awam.

• penyitaan atau pemusnahan oleh atau di

bawah mana-mana Kerajaan atau pihak

berkuasa awam.

• pengionan, radiasi atau pencemaran radioaktif

daripada sebarang reaktor nuklear atau sisa

nuklear akibat daripada proses pembelahan

nuklear atau daripada sebarang bahan senjata

nuklear.

• muatan yang berlebihan atau terlalu berat.

• mendapan tanah, runtuhan tanah, atau

kebakaran semak lalang.

• mana-mana tindakan disengajakan atau

pecah amanah yang dilakukan oleh mana-

mana orang yang diamanahkan untuk

menjaga harta benda berkenaan.

Page 31: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

30

• sebarang tindakan keganasan.

2.7.4.2 Contoh senario-senario KERUGIAN/KEROSAKAN

yang TIDAK BOLEH DITUNTUT adalah

KEROSAKAN yang diakibatkan oleh kecuaian /

tindakan yang disengajakan:

o peralatan tertinggal di dalam kereta

menyebabkan kecurian .

o peralatan tidak diawasi dan dibiarkan di

tempat awam contohnya kafeteria,

perpustakaan dan lain-lain.

o peralatan pecah disebabkan 'Notebook

Lock/kabel keselamatan' yang tidak dikendali

dengan cermat.

o permukaan komputer riba/monitor/pad

sesentuh tercalar diakibatkan penjagaan yang

tidak cermat.

o muatan yang berlebihan diletakkan di atas

komputer riba dan menyebabkan skrin monitor

tidak berfungsi.

o "top cover/display" pecah disebabkan alat tulis

yang diletakkan atas papan kekunci semasa

merapatkan "top cover" komputer riba.

o kerosakan bateri disebabkan gangguan

mekanikal atau elektrikal.

o kerosakan monitor/papan kekunci disebabkan

peralatan dibersihkan dengan kain yang

basah.

2.8 Pengurusan Aset

2.8.1 Laporan berkaitan komputer riba (SPKR-05) boleh dijana

melalui Sistem Pengurusan SPKR untuk tujuan

dokumentasi sekolah.

2.8.2 Mulai tahun 2018, komputer riba turut didaftarkan di bawah

Sistem Pengurusan Aset (SPA) di peringkat Kementerian.

Setiap aset termasuk komputer riba yang telah didaftarkan

perlu disahkan oleh pihak sekolah melalui akses SPA

masing-masing. Sebarang pertanyaan mengenai akses

Page 32: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

31

SPA, pihak sekolah boleh hubungi PPD masing-masing

atau JPN Sarawak.

2.9 Meja Bantuan

2.9.1 Waktu dan hari meja bantuan (helpdesk) hendaklah boleh

dihubungi mulai 9.00 pagi hingga 5.00 petang mengikut hari

bekerja.

NEGERI HARI BEKERJA

Sarawak Isnin – Jumaat (Kecuali cuti am negeri atau kebangsaan)

2.9.2 Khidmat meja bantuan dilaksanakan sepanjang tempoh

jaminan.

2.9.3 Khidmat meja bantuan dapat dicapai oleh pengguna dan

KPM melalui sistem online, telefon, e-mel atau faks.

No. Telefon : 082-426300/411463

Faks : 082-251459

Alamat E-mel : [email protected]

Web URL : www.studenthelp.com.my/project

2.9.4 Peralatan komputer riba (waranti tiga tahun) dan charging

cart (waranti tiga tahun 6 bulan).

2.9.5 Tempoh membaik pulih peralatan yang rosak adalah

mengikut Service Level Agreement (SLA) seperti berikut:

i. Respond time : Meja bantuan akan memberi maklum

balas / jawapan / nombor tiket

kepada pengadu dalam tempoh 1

hari bekerja.

ii. Resolution time : Penyelesaian aduan dalam tempoh 3

hari bekerja.

iii. Loaner unit : Jika aduan belum selesai, alat ganti

sementara akan dipinjamkan kepada

sekolah sementara menunggu aduan

Page 33: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

32

selesai sehingga hari ke-14

kalendar.

a. Defect on Arrival (DOA)

Peralatan headphone dan computer lock hanya akan

diganti sekiranya rosak dalam tempoh dua (2) bulan dari

tarikh pembekalan. Selepas itu, tiada penggantian dari

pembekal.

Aduan pihak

sekolah

Respond Time

Resolution Time

(Hari bekerja)

Loaner Unit

(hari kalendar)

Denda Kelewatan

Ganti baharu / Denda

mengikut harga asal peralatan

0 1 2 - 4 5 - 14 15 - 30 31 – seterusnya HARI

Page 34: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

33

3.0 Carta Alir dan Ringkasan Proses Pengurusan Sekolah

Mula

Penyelaras projek menggunakan Sistem Pengurusan SPKR

Selesai

Pengetua menyediakan lokasi charging cart dan tempat

simpanan

Pegawai Penerima menerima atau menolak serta terlibat

dalam pengujian dan taklimat

Pengetua memastikan harta Kerajaan didaftarkan melalui

sistem

Penyelaras Projek menguruskan pengagihan komputer riba

Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba memantau

penggunaan riba oleh murid

Pengetua memastikan penyimpanan charging cart dan

komputer (jika ada) adalah selamat

Penyelaras projek melaksanakan pemeriksaan komputer riba dari

semasa ke semasa

Penyelaras Projek/Juruteknik (Jika ada) melaporkan kerosakan

kepada meja bantuan

Pengetua/Penyelaras projek menguruskan komputer riba yang hilang/kemalangan

sama ada melibatkan insurans atau tidak

Penyelaras Projek mengemaskini rekod komputer riba

Page 35: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

34

BIL ITEM PROSES

PROSES AGENSI/ PEGAWAI

DOKUMEN

2.1 Senarai penerimaan

Sekolah menyemak senarai nama murid melalui Sistem Pengurusan SPKR.

Penyelaras Projek

Penghantaran Sekolah perlu bersedia pada tarikh penerimaan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh KPM serta merancang perkara berikut:

- Lokasi Changing Cart - Tempat simpanan

Pengetua Jadual penghantaran

Penerimaan Langkah-langkah berikut hendaklah dipatuhi semasa menerima harta Kerajaan:-

- Sekiranya pengesahan tidak dapat dilakukan dengan serta merta maka dokumen penerimaan seperti nota serahan/hantaran hendaklah dicatatkan “Diterima dengan syarat ianya disahkan kemudian secara diperiksa, dikira dan diuji”

- Borang Penolakan hendaklah diisi oleh Pegawai Penerima melalui sistem jika terdapat kerosakan, kuantiti kurang atau lebih dan tidak mematuhi spesifikasi.

- Semakan dibuat berdasarkan kuantiti dan spesifikasi adalah lengkap dan sama dengan dokumen Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi sekolah dan Delivery Order (DO).

- Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) hanya akan ditandatangani selepas

Pegawai Penerima

Pegawai Penerima

Borang Penolakan (KHK-01)

SAP, DO

SPP

Page 36: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

35

BIL ITEM PROSES

PROSES AGENSI/ PEGAWAI

DOKUMEN

pengujian terhadap semua peralatan telah dilaksanakan.

- Sijil Penerimaan Latihan (SPL) hanya ditandangani selepas taklimat penggunaan oleh Kontraktor.

- Pastikan semua DO, SAP dan SPP, SPL adalah lengkap di isi dan ditandatangani serta menulis tarikh tandatangan.

- Kontraktor perlu menyediakan dan mengumpul semua dokumen di sekolah.

SPL

Pendaftaran Tempoh Pendaftaran - Setiap harta Kerajaan hendaklah

didaftarkan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan

Dokumen Pendaftaran - Borang Kawalan Harta Kerajaan

(KHK-02) bagi komputer riba; dan

- Borang Kawalan Harta Kerajaan (KHK-03) bagi charging cart.

Pengetua

Borang Pendaftaran (KHK-02 dan KHK-03)

Pengagihan Sekolah bertanggungjawab dalam pengurusan pengagihan.

Penyelaras Projek

Borang rekod pinjaman (SPKR-03)

Penggunaan Jawatankuasa Skim Pinjaman Komputer Riba perlu memantau penggunaan dan pengurusan dari semasa ke semasa. Status penggunaan komputer riba akan

Pengetua KPM

Page 37: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

36

BIL ITEM PROSES

PROSES AGENSI/ PEGAWAI

DOKUMEN

dipantau oleh KPM.

Penyimpanan di Sekolah

Harta Kerajaan hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa di bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab.

Pengetua

Pemeriksaan Penyelaras projek perlu melaksanakan pemeriksaan terhadap komputer riba untuk memastikan ia berfungsi dari semasa ke semasa.

Pemeriksaan aset dalam SPKR dilakukan ke atas:-

● Fizikal ● Berfungsi/ Tidak Berfungsi ● Perisian dan Bahan

Pembelajaran

Penyelaras projek

Borang Pendaftaran (KHK-02 dan KHK-03)

Tempoh waranti

Aduan kerosakan perlu dibuat oleh Penyelaras projek/Juruteknik (FT17) melalui e-mel, telefon, faks atau sistem. Pihak sekolah perlu mendapatkan nombor tiket aduan daripada Meja Bantuan QSiT.

Penyelaras projek/ Juruteknik

Kontrak

Kehilangan Penyelaras projek perlu melaporkan kepada Pengetua

Pengetua perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam

Pengetua/Penyelaras projek perlu membuat aduan ke Meja Bantuan Kontraktor bersama dengan Laporan Kehilangan Awal KEWPA 28 dan Laporan Polis.

Pengetua/ Penyelaras Projek

Kerosakan yang melibatkan

Penyelaras projek perlu mengenal pasti jenis kerosakan sama ada melibatkan tuntutan insurans atau tidak.

Penyelaras Projek

Garis Panduan Tuntutan

Page 38: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

37

BIL ITEM PROSES

PROSES AGENSI/ PEGAWAI

DOKUMEN

insurans Insurans

Kehilangan/ Kerosakan adalah disebabkan kecuaian pengguna

Penyelaras projek perlu menghantar surat makluman dan gantian kepada ibu bapa / penjaga atas kehilangan atau kerosakan komputer riba (SPKR-06) Mengumpul Surat Maklum balas Ibubapa/Penjaga (SPKR-07) berserta wang dalam bentuk wang pos/money order/cek atas nama PADU Corporation. Penerimaan wang tersebut perlu diserahkan kepada pegawai yang menjalankan tugas kewangan di sekolah dan disahkan oleh Pengetua. Pihak sekolah perlu menyimpan salinan penerimaan wang tersebut bersama Borang Gantian Komputer Riba Yang Hilang Atau Rosak. Semua bayaran masuk ke bank hendaklah mematuhi peraturan dan prosedur kewangan yang berkuatkuasa. Wang gantian tersebut perlu dimasukkan ke dalam akaun PADU Corporation. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh PADU kepada pembayar. Sekiranya murid tidak membuat bayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan, Surat Tuntutan Ulangan hendaklah dikeluarkan oleh pihak sekolah.

Penyelaras Projek

Borang SPKR-06 Borang SPKR-07

Mengemas kini rekod

Penyelaras projek perlu mengemas kini stok komputer riba dan menutup akaun

Penyelaras

Borang

Page 39: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

38

BIL ITEM PROSES

PROSES AGENSI/ PEGAWAI

DOKUMEN

kira-kira pada 15 Disember tahun semasa. Menyediakan Laporan Status Peralatan (SPKR-05) dan disahkan oleh Pengetua dan dihantar ke JPN untuk tindakan lanjut.

Projek SPKR-05

Page 40: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

39

BAHAGIAN D: PANDUAN KESELAMATAN

1.0 Jenis-jenis bencana

1.1 Banjir

1.2 Kebakaran

1.3 Puting beliung

2.0 Langkah pencegahan awal

2.1 Banjir

● Menyedia dan mengedar surat makluman kepada semua murid

untuk makluman persediaan menghadapi banjir (Terutama

pada musim hujan)

● Menempatkan bilik simpanan di tingkat atas bangunan,

terutama di kawasan yang sering dilanda banjir

2.2 Kebakaran

● Menyediakan alat pemadam api yang berfungsi.

● Sentiasa memeriksa sistem pendawaian elektrik.

● Sentiasa mematuhi arahan keselamatan kebakaran

● Mendapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Bomba dan

Penyelamat.

2.3 Puting beliung

● Pastikan komputer riba simpan di dalam almari tertutup.

● Sentiasa memastikan komputer riba dalam keadaan sedia

untuk diselamatkan (jika keadaan mengizinkan).

3.0 Tindakan semasa berlaku bencana

3.1 Banjir

● Mengikut nasihat pihak berkuasa

● Memindahkan komputer riba ke tempat yang selamat (jika

keadaan mengizinkan)

3.2 Kebakaran

● Menghubungi segera Bomba dan Penyelamat.

● Mencuba memadamkan kebakaran di peringkat awal sebelum

ketibaan pihak Bomba dan Penyelamat.

● Menyelamatkan komputer riba (jika keadaan mengizinkan)

Page 41: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

40

4.0 Selepas berlaku bencana

4.1 Memohon bantuan PKG menyemak/ menguji kefungsian aset

4.2 Membuat laporan dan anggaran jumlah kerosakan komputer riba

kepada PKG

Page 42: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

41

BAHAGIAN E: PANDUAN PENCEGAHAN KEHILANGAN

1.0 Jenis-jenis kehilangan

1.1 Kecurian

1.1.1 Dalam rumah

1.1.2 Dalam sekolah

1.1.3 Luar kawasan sekolah

1.2 Hilang tanpa disedari

1.2.1 Hilang semasa kemalangan

1.2.2 Hilang disebabkan kecuaian

2.0 Langkah pencegahan awal

2.1 Selepas penggunaan, perlu kemas dan simpan dengan baik.

2.2 Dibawa keluar sekiranya ada keperluan sahaja.

2.3 Sentiasa dalam kawalan semasa berada di luar.

2.4 Tidak tinggal di mana-mana selepas penggunaan.

3.0 Selepas berlaku kehilangan

3.1 Apabila pengguna telah memastikan kehilangan, perlu segera

melaporkan kepada pihak sekolah untuk tindakan seterusnya.

3.2 Sekolah perlu bertindak mengikut garis panduan yang ditetapkan

(penggantian menggunakan tuntutan insurans).

Page 43: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

42

SEKALUNG PENGHARGAAN

Penasihat YBhg. Dato’ Jamil Bin Rakon Pengerusi

Jawatankuasa Pemandu Program ICT Sekolah Tuan Haji Zaidi Bin Yazid Pengerusi

Jawatankuasa Teknikal Program ICT Sekolah Merangkap Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan

Penasihat Editorial

Encik Teoh Boon Hai Timbalan Pengarah Pembangunan Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan

Tuan Haji Mohd Haliza Bin Mohd Adnan Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari Bahagian Teknologi Pendidikan Merangkap Pengarah Program Pejabat Pengurusan Program ICT Sekolah

Encik Ahmad Izzat Bin ahmad Zaki Chief Financial Officer PADU Corporation

Editor

Cik Mak Sheau Yun Pengurus Projek Pasukan Projek Komputer Riba & Tablet Bahagian Teknologi Pendidikan

Encik Wan Mohd Mohyeddin Bin Wan Yacob Ketua Pasukan Komputer Riba Pasukan Projek Komputer Riba & Tablet Bahagian Teknologi Pendidikan

Penolong Editor Cik Tan Yen Ping Pegawai Teknologi Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Rekabentuk Kulit Encik Nazrul Hisham Bin Sain Jurufotografi

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Ahli Bengkel Garis Panduan SPKR Puan Hajah Shirini Mastura Mohd Zulkifli Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak Puan Azizah Mohamad Bee Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Puan Nornai’lah Binti Abdul Latiff Ketua Unit Penyelarasan Dasar

Bahagian Teknologi Pendidikan

Page 44: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis

Panduan Pengurusan Skim Pinjaman Komputer Riba di Sekolah Semakan Tahun 2017

43

Ahli Bengkel Garis Panduan SPKR

Encik Abang Othman Abang Masagus Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road

Tuan Haji Affandi Bin Rosli Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Penrissen

Encik Koh Chee Kiat Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Punjut

Puan Limok Anak Shem Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan St. Luke

Encik Isham Bin Ibrahim Penyelia Kumpulan Unit Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Encik Kushairi Bin Sidek Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Encik Ibrahim Bujang Penyelia Maklumat & ICT Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan

Encik Fadli Bin Ismail Penolong Penyelia Unit Pembangunan, Perolehan & ICT Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Cik Melissa Binti Mohd Nasir Eksekutif PADU Corporation

Puan Farahidah Binti Zool Beri Eksekutif PADU Corporation

Page 45: PANDUAN PENGURUSAN SEMAKAN TAHUN 2017 - moe.gov.my · 8.1 Menjaga keselamatan dan kebersihan komputer riba. 8.2 Memastikan komputer riba tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis