teori bunga kaitannya dengan riba yg diharamkan

Upload: wan-ashraf

Post on 18-Jul-2015

169 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TEORI BUNGA KAITANNYA DENGAN RIBA YANG DIHARAMKAN

Wan Mohd Ashraf Adlin Wan Draman

PENGENALAN

Era globalisasi yang dialami dunia masa kini memberi kesan langsung kepada aktiviti ekonomi serta memberi cabaran hebat kepada pelaksanaan sistem kewangan Islam sebagai alternatif kepada sistem kewangan konvensional. Globalisasi ekonomi merupakan senjata serampang dua mata yang digunakan oleh pengamal riba dan kuasa barat untuk memudahkan transaksi dan pengaliran keluar masuk modal. Dalam masa yang sama ia digunakan untuk menguasai ekonomi dunia dan dikaitkan dengan penjajahan bentuk baru secara tidak langsung. Masyarakat negara kita mula menyedari kesan buruk daripada sistem kewangan konvensional apabila ringgit mengalami kejatuhan mendadak dan kemelesetan ekonomi pada pertengahan tahun 1998.1 Meskipun banyak sebab yang menyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit dan kemelesetan ekonomi tetapi sistem kewangan antara sebab utama. Justeru, masing-masing cuba mencari jalan penyelesaian yang tersendiri tetapi hasilnya tidak seberapa. Penyelesaian sebenar yang ampuh ialah dengan mempraktikkan sistem kewangan Islam, namun sejak ia mula diwarta dan diperkenalkan melalui perbankan Islam dasawarsa yang lalu, ia mengalami cabaran yang hebat sama ada di peringkat dalaman ataupun luaran. Sungguhpun sistem kewangan Islam mempunyai falsafah, ciri-ciri dan

1

Muhamad Faisal Ashaari, Globalisasi Ekonomi Penjajahan Zaman Moden, Suara Kampus PMRAM, 1423H. 1

prinsip-prinsip yang tersendiri2 tetapi ia masih lagi tidak dapat memisahkan diri sepenuhnya daripada kongkongan dunia kewangan konvensional sekarang. Dominasi falsafah ekonomi dan sistem kewangan konvensional semakin mencengkam dalam era globalisasi sekarang apabila negara Islam tidak dapat melaksanakan sistem kewangan Islam mengikut acuan yang sebenarnya. Persoalan wang boleh dipinjamkan dengan pulangan bunga adalah salah satu daripada masalah moral dan ekonomi yang tertua di Tamadun Barat. Orang Yunani berhujah mengenai riba, Ibrani mengutuk, undang-undang Rom mengawal, dan Kristian mula memikirkan di dalam konteks Empayar Rom. Peguam Undang-Undang Medieval menyesuaikan idea Yunani dan Rom tentang riba kepada teologi Kristian, dengan mewujudkan satu badan undang-undang gereja yang direka untuk mengawal dosa riba.3 Menjelang awal era moden, konsep itu mula menjadi sekular, tetapi isu apa itu bunga dan bagaimana ia berlaku masih menyebabkan pertikaian dalam sistem undang-undang dan teologi moden khususnya dalam konteks ekonomi. Sesungguhnya bunga (riba) itu telah bertiup kencang ke negara-negara Islam melalui badan-badan ekonomi moden dan di bawah tekanan penjajahan pemikiran (ghazwat al-fikr) barat, sehingga sebahagian besar umat Islam telah terbawa-bawa oleh cara pemikiran Barat yang mengatakan: Sesungguhnya hutang tanpa faedah adalah sesuatu yang mustahil, kerana bunga itu adalah merupakan perkara penting yang tidak mungkin terlepas daripadanya. Uruf ini telah mengakar umbi dikalangan sebahagian besar umat Islam, walaupun ia secara nyata menyalahi syariat Islam. Untuk keperluan ini mereka mempelbagaikan dalil-dalil syarak untuk menghalalkan perbuatan haram ini, dan tidak syak lagi perbuatan seperti ini adalah kesalahan yang amat besar dan kesesatan yang nyata.

2 3

Nor Mohamed Yaakob, Sistem Kewangan Islam di Malaysia, Norman Jones, Usury, Utah State University, URL http://eh.net/encyclopedia/article/jones.usury 2

Tulisan ini cuba membincangkan perkara yang dimaksudkan dengan bunga yang diamalkan dalam sistem kewangan sekarang kerana teras kepada sistem kewangan Islam ialah penghapusan bunga. Dan bagaimana pula kaitannya dengan riba yang diharamkan oleh Islam.

ANALOGI BUNGA

Bunga adalah bayaran yang dibayar oleh peminjam aset kepada pemilik sebagai satu bentuk pampasan bagi penggunaan aset. Ia adalah harga yang dibayar bagi penggunaan wang yang dipinjam,4 atau wang yang diperolehi dengan dana deposit.5 Ini kerana keuntungan yang mungkin akan diperolehi oleh pemilik aset daripada penggunaan aset tersebut.6 Bunga dinyatakan dalam bentuk peratusan daripada modal yang dipinjamkan untuk tempoh tertentu dan dikenali dengan kadar bunga (interest rate). Sekiranya kadar ini terlampau tinggi sehingga melebihi had kadar yang dibenarkan oleh undang-undang, ia dikatakan usury.7 Definisi ini merupakan penakrifan yang dipelopori pakar-pakar ekonomi barat seperti Adam Smith8, David Ricardo9 dan yang lain-lain. Ahli-ahli falsafah Yunani berselisih faham dengan persoalan sama ada wang boleh dipinjamkan dengan faedah. Paling ketara, Aristotle membuat kesimpulan bahawa ia tidak boleh. Aristotle mentakrifkan wang sebagai, baik yang dimakan oleh penggunaan. Tidak seperti rumah-rumah dan bidang-bidang tanah, yang tidak dimusnahkan oleh penggunaan, wang mesti dibelanjakan untuk digunakan.10 Oleh itu, kita tidak boleh

4 5

Steven M. Sheffrin (2003), Economics: Principles in action, Pearson Prentice Hall. h. 261. Ibid, h. 506. 6 Anwar Iqbal Quresh (1974), Islam and the Theory of Interest. Lahore: Sh. Muhammad Ashraf, h. 11-12. 7 Muhammad Anwar (1987), Modelling Interest-Free Economy, A Study in Macro-Economics and Development. The International Institute of Islamic Thought, h. 1. 8 Adam Smith (1723-1790), terkenal dengan bukunya An Inquiry into the Nature and Causes of Wealth of Nations, 1776. 9 David Ricardo (1772-1823), mengemukakan teori sewa dan teori kos bandingan di dalam bukunya Principles of Political Economy and Taxation, 1817. 10 Aristotle (n.d), Ethica Nicomachea 4.1.40 f. (Loeb transl.). 3

menyewa makanan, jadi kita tidak boleh menyewa wang. Selain itu, wang tidak membiak. Sebuah rumah atau kawanan binatang boleh menghasilkan nilai baru oleh penggunaan, jadi ia tidak munasabah untuk meminta kembali pada penggunaan mereka. Wang, kerana mandul, tidak seharusnya, dijangka akan menghasilkan nilai yang berlebihan. Oleh itu, bunga adalah tidak semulajadi.11 Orang Yahudi berpegang kepada syariah yang mengatakan bahawa riba itu adalah haram di kalangan mereka secara tegas. Barangsiapa yang bermuamalah dengan riba dari kalangan mereka, baik orang yang memberi hutang atau orang yang berhutang, maka orang itu telah terkeluar daripada agama mereka. Bagi mereka, adalah wajib hukumnya bagi orang-orang Yahudi untuk memberi pinjaman kepada saudaranya sesama Yahudi kerana menolong orang yang berkeuzuran adalah lebih besar pahalanya daripada bersedekah kepada orang-orang miskin.12 Larangan ini banyak terdapat dalam kitab suci agama Yahudi, baik dalam Perjanjian Lama maupun undang-undang Talmud, di antaranya menyatakan: Jika engkau menghutangkan kepada orang miskin yang ada di sisi engkau, maka janganlah engkau menjadikan dirimu sebagai orang yang memakan riba padanya, dan janganlah engkau letakkan atasnya riba....13 Kitab Perjanjian Baru tidak menyebutkan permasalahan ini secara jelas. Namun, sebahagian kalangan Kristiani menganggap bahwa ayat yang terdapat dalam Lukas 6:34-5 sebagai ayat yang mengecam pengamalan pengambilan bunga. Ayat tersebut menyatakan : Dan jikalau kamu meminjamkan sesuatu kepada orang, karena kamu berharap akan menerima sesuatu daripadanya, apakah jasamu? Orang-orang berdosa pun meminjamkan kepada orang berdosa, supaya mereka menerima kembali

11

Ibid. Enciclopedia Americana, vol. 27, h. 608-612. 13 al-Muqaranat wa al-Muqabalat, h.478. Lihat juga al-Ishhah 22 dari Safar al-Khuruj (25-27), h.26. The Torah: Exodus, The Soncino Press, Dre. J. H. Hartz C. H. 1958. 412

sama banyak. Tetapi, kasihilah musuhmu dan berbuatlah baik kepada mereka dan pinjamkan dengan tidak mengharapkan balasan, maka upahmu akan besar

dan kamu akan menjadi anak-anak Tuhan Yang Mahatinggi, sebab Ia baik terhadap orang-orang yang tidak tahu berterimakasih dan terhadap orang-orang jahat.14 Dalam sistem ekonomi sekular moden, bunga memainkan peranan yang amat penting. Sehinggakan, orang-orang barat khususnya tidak boleh berfikir mana-mana sistem ekonomi yang tanpa bunga.15 Dari sudut pandangan teori, bunga telah menjadi satu topik yang diperdebatkan di kalangan ahli-ahli ekonomi dunia dari dulu hingga sekarang. Abu Saud mentakrifkan bunga sebagai the excess of money paid by the borrower to the lender over and above the principal for the use of the lenders liquid money over a certain period of time.16 Ahli-ahli ekonomi telah memberikan definisi yang berbeza mengenai bunga. Samuelson menyatakan bahawa "Bunga adalah harga sewa untuk penggunaan wang".17 Don Patinkin memberikan definisi yang berikut: "Bunga adalah salah satu bentuk pendapatan dari harta, dan juga bentuk-bentuk lain seperti dividen, sewa dan keuntungan ".18 Walau bagaimanapun, J. M. Keynes tidak mentakrifkan bunga tetapi menyebut kadar bunga sebagai The percentage of excess of a sum of units of money contracted for forward units of time over the spot or cash price of the sum thus contracted for forward delivery.19 Bunga yang dibayar semata-mata berdasarkan jumlah pinjaman (pokok) dinamakan sebagai bunga ringkas (simple interest). Pengiraan bagi bunga jenis ini sebagaimana formula berikut:20

14 15

Injil Lukas, al-Ishhah yang keenam, bil. 34-35, h. 70. Zahid Zamir, Prohibition of Interest (Riba) in Islam The Social, Moral and Economic Rationale (Part I), h. 2. 16 Abu Saud M., Money, Interest and Qirad in Islam, Studies in Islamic Economics, The Islamic Foundation, Leicester, UK, 1983. h. 64. 17 Samuelson, P., Economics, 10th Edition , McGraw Hill, New York, 1976, h. 50. 18 Patinkin, D., Studies in Monetary Economics , Harper and Row, New York, 1972, h. 118. 19 Keynes, J.M., The General Theory of Employment, Interest and Money, London, 1936, h. 22. 20 Ab. Mumin Ab. Ghani, Kaitan Bunga dengan Riba yang Diharamkan dalam Kewangan Islam. Dinamisne Kewangan Islam di Malaysia, Universiti Malaya, h. 36. 5

I=p r n

di mana; I = Bunga (RM) p = Pinjaman Pokok (RM) r = Kadar Bunga bagi sesuatu jangka masa n = Bilangan jangka masa pinjaman itu dibuat

(r dan n hendaklah konsisten, iaitu jika r disebut dalam jangka masa tahunan, maka n juga mestilah mengikut jangka masa tahunan). Bagi menjelaskan formula di atas kita ambil satu contoh. Katakan Najib meminjamkan wang kepada Anwar sebanyak RM5000 dengan syarat Anwar dikenakan kadar bunga ringkas sebanyak 10% setahun dalam tempoh masa tiga tahun. Bunga yang mesti dibayar oleh Anwar kepada Najib ialah:

I=p r n = (5000)(0.10)(3) = RM1500

Bayaran tambahan RM1500 ini dinamakan bunga, manakala RM5000 yang dipinjamkan itu ialah pokok. Anwar terpaksa membayar kepada Najib wang yang dipersetujui. Jumlah RM1500 wang tambahan daripada pinjaman asal itu merupakan 10% daripada jumlah pinjaman pokok. Peratusan ini dinamakan kadar bunga (interest rate) dan jika kadarnya terlalu tinggi ia dinamakan usury. Kedua-dua istilah usury dan bunga (interest) ini dalam bahasa Arabnya dinamakan riba.21

21

Ibid, h. 24. 6

Kesan pengiraan bunga yang paling penting ialah bunga kompaun atau bunga majmuk (compound interest), iaitu bunga atas bunga.22 Ini menunjukkan bahawa manamana prinsipal (pokok) dan kadar bunga akan menghasilkan jumlah yang lebih besar apabila semakin lama dikompaunkan.23 Bunga jenis ini selalunya digunapakai oleh bankbank atau institusi kewangan dalam urus niaga mereka. Formula pengiraannya ialah:24

S = P (1 + r)n

di mana: S = Jumlah yang dimakjukkan (Compound amount) P = Pokok r = Kadar bunga n = Bilangan tahun

Maka penyelesaiannya ialah:

S = P (1 + r)n

P = RM5000 (I + 0.10)3 = RM6655

I=SP = RM6655 RM5000 = RM1655

22 23

Azlan Khalili Shamsuddin, Riba: Alternatifnya dalam Sistem Bank Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, h. 2. Schott, F.H., Interest Rates, Dictionary of Economic Terms. 24 Ab. Mumin Ab. Ghani, op. cit, h. 36. 7

Perbezaan antara kedua-dua jenis bunga di atas dalam masa tiga tahun didapati sebanyak RM155. Ini disebabkan bunga majmuk menjadikan bunga bagi tahun pertama sebagai sebahagian daripada pokok untuk tahun yang kedua dan seterusnya. Keadaan ini boleh dilihat pada jadual di bawah:

Jangka Masa (n) 1 2 3

Pokok (p) 5000 5500 6050

Bunga (I) 500 550 605

Jumlah yang diMajmukkan (S = p + I) 5000 + 500 = 5500 5500 + 550 = 6050 6050 + 605 = 6655

Kesan bunga ke atas sesuatu pinjaman dapat dilihat apabila diteliti jadual pembayaran balik.25 Ia menunjukkan bahawa pada peringkat awal pembayaran balik pinjaman sebahagian besar jumlah bayaran ansuran itu adalah untuk bunga sahaja sedangkan bayaran untuk pokok amat sedikit. Walau bagaimanapun, Muslim, sosialis dan beberapa ahli ekonomi kapitalis telah mempersoalkan penjelasan ke atas alasan kedua-dua teori dan teknikal ini. Mereka sering menekankan bahawa modal wang yang tidak boleh dianggap sebagai barang-barang modal asas yang sama dengan barang-barang faktor yang produktif. Adalah penting untuk diberi perhatian di sini bahawa pinjaman wang untuk bunga adalah dibenci, dan dalam kebanyakan kes, ia dilarang oleh semua agama-agama monoteistik26. Tokoh ekonomi barat yang unggul Roy Harrod menegaskan penghapusan bunga adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan daripada keruntuhan kapitalisme. Bukan itu sahaja, tetapi dia bercakap dengan kekaguman besar bagi masyarakat yang mengamalkan tanpa bunga dalam amalan ekonomi yg dinamik (Economic Dynamics)27. Harrod dengan jelas menyatakan It is not the profit itself, earned by services, by assiduity, by imagination, or by courage, but the continued interest accruing from the accumulation that makes that25 26

Ibid, h. 44. Al-Harran, S., Islamic Finance: Partnership Finance, Pelanduk Publications, Kuala Lumpur, Malaysia, 1993, h. 6. 27 Harrod, R., Towards a Dynamic Economics, London, 1973, h. 58-81. 8

profit taker eventually appear parasitical28. Dan dia terus menegaskan bahawa sebuah masyarakat yang tanpa bunga merupakan generasi baru, ia akan menjadi jawapan yang betul dan muktamad kepada semua kritikkan-kritikkan oleh kapitalisme. Begitulah besarnya peranan bunga dalam sistem ekonomi konvensional. Mengikut teori, bunga wujud dalam peringkat mikro mahupun di peringkat makro.29 Satu-satunya alasan kenapa bunga perlu dibayar mengikut teori kewangan kerana adanya pendorong untuk mendapatkan keuntungan daripada menggunakan wang pinjaman itu.30 Umumnya justifikasi mengapa bunga dikenakan bagi setiap pengaliran wang berkisar kepada tiga perkara utama berikut:31

i.

Daya pengeluaran modal (The productivity of capital). Modal atau wang dari segi sifatnya boleh dikembangkan sekiranya ia dilaburkan dalam sektor perekonomian. Justeru adalah tidak wajar sebarang pemindahan wang kepada orang lain tanpa ada pulangan, yang sepatutnya diperoleh seandainya pemilik wang itu menggunakannya sendiri dalam aktiviti ekonomi.

ii.

Perbezaan nilai wang masa sekarang dengan nilai wang pada masa akan datang (Time value of money).32 Perbezaan ini selalunya diandaikan bahawa keadaan inflasi pasti berlaku daripada masa ke semasa. Inflasi menjadikan kuasa beli wang pada masa ini tidak lagi sama dengan kuasa beli pada masa hadapan.

iii.

Keutamaan kecairan (Liquidity preference). Wang yang berada di tangan pada hari ini boleh digunakan dengan segera adalah lebih bernilai daripada wang yang hanya boleh digunakan pada satu masa yang

28 29

Ibid. Ab. Mumin Ab. Ghani, op. cit, h. 34. 30 Anwar Iqbal Qureshi, op. cit, h. 28 31 Mohd. Ali Hj. Baharum (1990), Masalah Perumahan Penyelesaian Menurut Prespektif Islam, Kuala Lumpur: ABIM, h. 57. 32 Aswath Damodaran, John Wiley and Sons, Corporate Finance: Theory and Practice, New York, USA, 2001. Definisinya adalah satu dolar hari ini bernilai lebih daripada satu dolar pada masa hadapan. Kerana satu dolar boleh dilaburkan untuk mendapatkan pulangan keuntungan. 9

akan datang.

Oleh itu setiap penggunaan wang sekarang harus diberi imbuhan

kerana faktor menunggu.

ANALOGI RIBA

Al-Riba ialah kata nama (ism) yang bermaksud bertambah (kadar bertambah) atau kata nama terbitan (masdar) yang bermaksud tambahan.33 Mengikut pendapat yang masyhur ia ialah ism maqsur34 yang berasal daripada kata raba, yarbu, rabwan, wa rubuwwan wa ribaan yang bermaksud bertambah, mengembang, meningkat atau meninggi.35 Riba juga dari sudut bahasa adalah pertambahan dan peningkatan.36 Semua sarjana Islam bersetuju bahawa riba bermaksud pertambahan, pertumbuhan, perluasan dan pembesaran.37 Perkataan ra ba wa mempunyai enam pengertian, iaitu al-rabwah (tempat yang tinggi); rabiyah (kuat); Arba (lebih banyak bilangan); al-riba (pertambahan); al-ribbiyyun (terlalu banyak atau beribu-ribu); dan yurbi (menerima).38 Walau bagaimanapun bukan semua pertambahan atau pertumbuhan dilarang oleh Islam. Penambahan atau peningkatan ini sama ada asalnya daripada benda itu sendiri atau kerana urus niaga pertukaran atau jualan wang seperti menjual satu dirham dengan dua dirham atau urus niaga komoditi seperti dalam kes sistem barter di mana ukurannya melebihi satu pihak daripada satu pihak lain bagi barangan yang sama jenis.39 Para fuqaha berbeza pendapat berkenaan definisi riba dari sudut syarak. Sebahagian ahli fiqh Hanafiyah merumuskan, bahawa riba itu ialah, Kelebihan yang33

Kamal al-Din Muhammad bin Abd al-Wahid dikenali dengan Ibnu Humam (1316H), Syarh Fath al-Qadi, Beirut: Dar al-Sadir, juz. 5, h. 274. 34 Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad bin Mukarram al-Ansari Ibnu Manzur, Lisan al-Arab. Kaherah: al-Dar al-Misriyyah, juz. 19, h. 18. 35 Majd al-Din Muhammad bin Yaqub al-Fayruzabadi (1983), al-Qamus al-Muhit. Beirut: Dar al-Fikr, juz. 4, h. 332. 36 Ibn Faris, Mujam Maqayis al-Lughah, juz. 2, h. 483. 37 M. Omer Chapra, Towards a Just Monetary System (Leicester: The Islamic Foundation, 1985), h. 56-57. 38 Ab. Mumin Ab. Ghani, op. cit, h. 24. 39 Abdul Moneim Mahmud al-Gousi (1982), Riba Islamic Law and Interest. Michigan, USA: University Microfilms International, h. 122. 10

kosong daripada ganti yang disyaratkan dalam jual beli. Kerana jual beli yang halal itu menerima harta yang betul dengan harta yang betul dengan kelebihan yang kosong daripada gantian, apabila masuk ke dalam jual beli ia menjadi kebalikan daripada apa yang sudah ditetapkan dalam jual beli, maka ia haram.40 Sebahagian ulama pula mengatakan, bahawa dalam menerangkan penambahan atas asal harta tanpa akad jual beli apabila seseorang menjual 10 dirham dengan 11 dirham, maka sesungguhnya satu dirham yang lebih itu walaupun tidak termasuk dalam qabul sesuatu, maka ia adalah riba.41 Sebahagian ulama Syafi`iyah mereka membahagikan kepada tiga bahagian, iaitu: i. Riba Fadhal Iaitu menambah salah satu dari dua perkara yang ditukar, termasuk ke dalam riba ini qard (riba hutang), kerana mensyaratkan padanya sesuatu yang bermanfaat bagi orang yang memberi hutang. ii. Riba Yad Iaitu berpisah salah seorang daripada dua orang yang berakad daripada majlis akad sebelum penyerahan. iii. Riba Nasa Iaitu mensyaratkan tempoh pada salah satu daripada dua perkara yang ditukar.

Semua jenis riba yang disebutkan di atas telah disepakati oleh para ulama tentang kebatilannya.42 Sebahagian mereka pula mendefinisikan riba itu dengan tambahan terhadap sesuatu yang dikhususkan.43

40 41

Dr. `Ala al-Din Kharufah, `Akad al-Qard baina al-Syariah al-Islamiyah wa al-Qanun al-Wadh`ei, Crescent News (KL), h. 284. al-`Allamah al-Aini al-Hanafi, `Umdat al-Qari li Syarh Sahihal-Bukhari, jld. 5, h. 433. 42 Hasiyiyah Ianat al-Thalibin syarh Fath al-Muin, jld. h. 19. 43 Ibnu Qudamah, al-Mughni, jld.4 h.3. Dan lihat dalam perbahasan riba dalam mazhab Hambali; Kasyaf al-Qanna ala Matan alIqna. Dalil al-Thalib li Nail al-Mathalib, h. 37, dan al-Raudh al-Murbi Syarh Zad al-Mustaqna ala Hasyiyah al-Raudh al-Murba, jld. 2, h. 106. 11

Ulama dari kalangan Malikiyah pula mendefinisikan bahawa riba itu ialah tambahan dalam bilangan atau timbangan secara hakiki atau samar-samar dan melambatkan.44 Namun demikian, pengertian riba yang paling lengkap dan tepat (jami dan mani)45 ialah seperti takrifan berikut:

Maksudnya: Sebarang tambahan dalam item-item tertentu (ribawi) dan tambahan ke atas hutang akibat tempoh.46

Penelitian terhadap definisi yang diberikan oleh ulama-ulama, dapatlah dikatakan bahawa riba mengikut istilah syarak merangkumi tiga bentuk berikut:47 i. Bayaran lebihan daripada wang pokok (harta asal) mengikut perjanjian yang disyaratkan terlebih dahulu. ii. Kontrak ke atas pertukaran barangan tertentu yang tidak diketahui persamaannya pada timbangan atau sukatan yang diakui oleh syarak.iii.

Penangguhan serahan salah satu barangan yang ditukarkan atau yang diperdagangkan bagi pertukaran mata wang dan barangan ribawi (Naqd dan Matumah)

ETIMOLOGI

44 45

Hasyiyah Syaikh `Ali al-`Adawi ala syarh Mukhtashar Khalil, jld. 3, h. 412. Dr. Zaharuddin Abd. Rahman, Riba dan Isu Kewangan Semasa, Telaga Biru, h. 1. 46 Dr. Umar Abd. Aziz al-Matrak, al-Riba wa al-Muamalat al-Ribawiyyah, Dar al-Asimah, cet.3, Riyadh, h.43. Zaharuddin Abd. Rahman, Maqasid al-Shariah fi Ahkam al-Buyu, cet. IIUM, 2009, h. 150. 47 Ab. Mumin Ab. Ghani, op. cit, h. 25. 12

Perkataan Riba merujuk kepada bahasa yang digunakan oleh orang-orang Arab sebelum Islam untuk menunjukan kepada peningkatan dan pertambahan.48 Manakala dalam sistem kewangan kovensional, ia merujuk kepada peningkatan ke atas pinjaman, iaitu, bunga.49 Definisi riba pada sistem perundangan Islam adalah "surplus value without counterpart". Ia bertentangan dengan definisi pakar ekonomi barat seperti Karl Marx yang mengatakan "Surplus-value and the rate of surplus-value are... the invisible essence to be investigated, whereas the rate of profit and hence the form of surplus-value as profit are visible surface phenomena".50 Apabila mata wang berasaskan logam mula-mula diperkenalkan dalam dunia Islam, membayar hutang dengan harga yang lebih tinggi dalam bentuk wang fiat tidak dianggap sebagai riba, ulama-ulama mengatakan nilai sebenar wang (ditentukan oleh berat sahaja) dan bukannya ditentukan dengan nilai angka, kerana semua duit syiling atau wang fiat tidak membawa berat yang betul-betul sama, walaupun mempunyai nilai sebenar yang sama. Dari dua pengertian di atas mengenai bunga dan riba, keduanya jelas memiliki kesamaan iaitu sama-sama merupakan tambahan yang besarnya dihitung berdasarkan nilai barang atau wang tersebut. Secara teknikalnya riba itu membawa erti yang sama dan mempunyai satu tujuan dengan bunga sebagaimana yang dipersetujui oleh jumhur ahli feqh tanpa apa-apa pengecualian.51 Bahkan juga termasuk dalam pengertian bunga, riba dan lain-lain perolehan yang di ambil oleh orang yang melakukan riba daripada hutangnya dan ia merupakan pinjaman harta modal yang mengenakan bunga.52 Pengenaan bunga terhadap penggunaan wang sebagaimana yang diamalkan dalam urusan kewangan sekarang adalah termasuk dalam pengertian riba al-nasiah dan ulama semasa telah sepakat bahawa

48 49

Ibn Faris, op. cit., Michael R. Baye (Pennsyvania State University), Dennis W. Jansen (Texas A & M University), Money, Banking and Financial Markets: An Economics Approach, Houghton Mifflin Company, h. 73. 50 Karl Marx, Capital Vol. 3, Pelican edition, h. 134. 51 M. Omer Chapra, op. cit. 52 Ab. Mumin Ab. Ghani, Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia, JAKIM, h. 116. 13

bunga itu sama ada sedikit atau banyak kadarnya merupakan riba yang diharamkan.53 Islam dengan tegasnya mengharamkan semua bentuk bunga tanpa mengira apa nama yang diberikan. Kedua-dua istilah bunga dan usury dalam bahasa Arab dikenali sebagai riba.54 Sebenarnya istilah riba itu jauh lebih luas pengertiannya daripada usury dan bunga, bahkan menurut Ibn Hajar al-`Asqalani istilah riba itu boleh dipakai kepada semua jenis jual beli yang haram.55

RIBA DAN BUNGA : SATU PENILAIAN HUKUM

Riba dan Jual beli adalah sama?

Sejak zaman baginda Nabi s.a.w lagi, golongan kafir Quraisy dan munafiq mempertikaikan perbezaan di antara riba dan jual beli. Oleh yang demikian, tidak hairan terdapat individu di zaman moden, yang turut berfikiran seperti golongan Jahiliyah ini. Pertikaian mereka direkodkan oleh Allah swt sebagaimana berikut :-

Maksudnya :

53

Sila lihat ketetapan muktamar Islam kedua Majma al-Buhuth al-Islamiyyah di Kaherah 1965 dalam Dr. Yusuf al-Qardawi, Fawaid al-Bunuk Hiya al-Riba al-Haram, hh. 129-130. 54 Anwar, op. cit., h. 1. 55 Ibn Hajar al-`Asqalani (1978), Fath al-Bari, juz. 9, h. 163. 14

...disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba (Al-Baqarah : 275)

Melihat beberapa jawapan ulama silam, kita akan dapati bahawa Al-Qaffal AsSyafie telah berjaya menerangkan perbezaan antara jual beli dan riba dengan baik, beliau berkata:56

Di dalam jual beli : Apabila seseorang menjual sehelai pakaian yang bernilai (modal) sepuluh (dirham sebagai contoh), dengan harga dua puluh dirham, maka baju tersebut adalah sebab untuk pihak penjual memperolehi harga dua puluh dirham tadi. Oleh itu, sekiranya diperolehi redha dari kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli, akan termeterai kontrak pertukaran pemilikan harta (pada wang dan pakaian) di antara keduanya. Kedua-dua pihak tidak mengambil milik yang lain tanpa balasan material.

Di dalam pinjaman dengan faedah : jika seseorang memberikan pinjam sepuluh dengan mengambil lebih dari sepuluh dirham pula tanpa sebarang pertukran milik harta sebagai baju dalam kes jual beli di atas, kini apakah sebab yang membolehkan pemberi pinjam untuk mengambil lebih daripada apa yang diberi?

Kita tidak boleh mengatakan penangguhan pulangan' untuk sesutau tempoh itu sebagai harta, kerana penangguhan' itu sendiri adalah bukan sebuah harta yang mempunyai nilaian tersendiri. Atas sebab itu, tiada sebab untuk pemberi pinjam mendapat lebihan sebanyak sepuluh dirham tadi.

56

Muhammad Bin Umar Ar-Razi, Mafatihul Ghayb, Dar Kutub Ilmiah, Beirut, 2005, h. 3/277 15

Dengan itu, kita sepatutnya telah dapat memahami perbezaan antara jual beli tangguh yang berasaskan asset, berbanding pinjaman riba tangguh yang tidak didasari aset.

Selain Al-Qaffal, penjelasan tambahan:57

Fakhruddin Ar-Razi dan Al-Baidawi turut memberikan

Dalam jual beli; seseorang yang menjual sesuatu aset yang bermodal 10 dinar dengan harga 11 dinar, dia telah memberikan pembeli peluang dan kemudahan hasil dari barang yang dibeli sama ada untuk dirinya atau untuk diniagakan, atas sebab itu penjual berhak untuk mendapat bayaran lebih berpunca dari satu nilai kebaikan pada aset yang diberikan. Itu juga adalah sumber untuk perolehan keuntungan halal serta beredarnya harta di dalam sebuah masyarakat.

Dalam pinjaman : Seseorang peminjam yang membayar lebih atas pinjamannya, tidak beroleh sebarang manfaat kecuali hanya berpeluang memanfaatkan wang pinjaman yang diperolehinya. Walaupun dia boleh berniaga menggunakan wang tersebut sebagai modal lalu mendapat keuntungan, namun ia tidak dapat lari dari proses jual beli aset dan barang,

Mungkin ada yang mengatakan si peminjam boleh mendapat keuntungan dengan cara memberi pinjam kepada individu lain dengan riba. Jika begitu cara pendapatan keuntungan, bayangkan kesan yang akan berlaku kepada masyarakat. Pertumbuhan ekonomi di dalam sesebuah Negara akan pasti sukar disebabkan tiadanya proses jual beli berdasarkan real asset atau barangan sebenar. Atas sebab itu, jual beli amat berbeza dengan pinjaman dengan riba.

57

Ibid., 16

Isu Ad 'af Muda 'afah

Telah jelas apa yang dihuraikan sebelum ini, bahawa sebarang tambahan walaupun sedikit adalah haram, tidak halal bagi orang yang berhutang untuk membayarnya dan tidak halal pula bagi orang yang memberi hutang mengambilnya, kerana ia adalah riba yang diharamkan. Sesetengah ulama mempunyai kecenderungan untuk mengecualikan bunga pinjaman yang mempunyai kadar yang rendah seperti simpanan Pejabat Pos dan bankbank biasa - daripada termasuk di dalam pengertian riba yang diharamkan oleh alQuran.58 Menurut mereka, tambahan yang sedikit dan melebihi jumlah hutang itu adalah halal, kerana riba yang diharamkan itu ialah riba yang keji.59 Dengan demikian mereka berkata bahawa harus hukumnya membayar faedah atas modal, mereka berpegang kepada firman Allah S.W.T. yang berbunyi:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba yang berlipatganda. Bertaqwalah kamu kepada Allah, mudah-mudahan kami beroleh kejayaan. (Surah Ali Imran: 130)

Dan mereka berkata, jika memakan riba itu sekali ganda atau lebih sedikit daripada kadar modal, tidak ada syubhat padanya dan jika ia dibayar seperti ini tidak ada

58 59

Ab. Mumin Ab. Ghani, Peristilahan "Riba": Satu Analisis Hukum, Jurnal Syariah 5, Bil. 2, h. 192. Dr. `Ala al-Din Kharufah, op. cit., h. 302. 17

kekeliruan padanya.60 Golongan ini membuat kesimpulan bahawa ciri berlipat ganda merupakan teras kepada pengharaman riba dalam al-Qur' an. Pengharaman riba yang sedikit atau yang dikatakan tidak berbentuk berlipat ganda dikatakan tidak bersumberkan al-Qur'an tetapi sebaliknya kepada kaedah usul, iaitu hukum bagi yang sedikit adalah sebagaimana hukum yang banyak. Ia lebih kepada sadd li al-dhari 'ah.61 Tokoh-tokoh yang mengemukakan teori ini ialah; Hafni Nashif,62 Muhammad Abduh, Muhammad Rashid Rida, Syeikh Abd. Aziz Jawish, Abd al-Wahab Khallaf, Syeikh Mahmud Shaltut, dan Ali al-Khafif.63 Sebenarnya ayat 130 surah Ali-' Imran itu semata-mata menerangkan keadaan khusus ciri-ciri amalan riba yang berlaku di kalangan masyarakat Arab Jahiliah sebelum dan semasa turunnya ayat tersebut. Ia bukanlah bermaksud pengharaman itu berkait dengan ciri ad 'af muda 'afah sahaja. Sebaliknya ciri ad 'af muda 'afah yang dinyatakan itu adalah sebagai menjelaskan keadaan buruknya amalan riba. Perkataan

"Mengharamkan Riba" dalam ayat 275 surah al-Baqarah sebenarnya menjelaskan hukum riba yang mencakupi kadar bunga sarna ada sedikit ataupun banyak dan ini terbukti daripada penegasan Allah melalui ayat 279 surah al-Baqarah yang menggesa si piutang hanya mengambil balik setakat modal pokoknya sahaja. Berkata Mujahid: Adalah mereka menjual suatu jualan sehingga tempoh tertentu, apabila tempoh masa itu telah berlalu, maka mereka menambah harga atas orang yang melambatkan pembayaran, lantas Allah Taala menurunkan ayat ini.64 Al-Qurthubi berkata, ad 'af nashab atas hal dan mudaa 'afah adalah sifatnya dan dibaca dengan muda 'afah. Maknanya, riba yang digandakan oleh orang-orang Arab dalam hutang adalah diminta dengan mengatakan: Apakah anda akan membayarnya atau mahu riba? Ungkapan yang kuat ini menunjukkan keburukan dan kekejian perbuatan60 61

Ibid., Ab. Mumin Ab. Ghani, op. cit., 62 akhbar al-Liwa, 17 April 1908. Syeikh Muhammad Abu Zahrah, majallah al-`Arabi, Kuwait, bil.59 63 Abdel Moneim Mahmud al-Gousi (1982), Riba Islamic Law and Interest, Michigan, USA: University Microfilms International, h. 171. 64 Al-Qurthubi, jld. 4, h. 202. 18

mereka. Dan oleh yang demikian keadaannya disebutkan dengan berlipatganda secara khusus.65 Oleh itu dalam hal ini masalah pengkhususan tidak berbangkit. Tambahan pula hampir kesemua para pentafsir berpendapat bahawa perkataan ad 'af muda 'afah tidaklah menunjukkan sifat kadar bunga itu sebaliknya ia menunjukkan arah aliran bunga yang bersifat kumulatif mengikut tempoh masa pinjaman itu dibuat. Begitu juga pendapat ini sukar diterima kerana sepanjang sejarah didapati kadar bunga yang dikenakan berbeza-beza mengikut keadaan, masa dan tempat. Oleh itu sukar untuk menilai sama ada tinggi atau rendah kerana apa yang dikatakan rendah pada hari ini mungkin tidak lagi pada masa yang lain.

Dasar Darurat dan Berhutang yang Terpaksa

Di antara tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, Dia membolehkan bagi manusia makanan yang baik-baik, dan telah melarang daripada banyak perkara untuk kemaslahatan manusia, hingga ketika Allah Taala mengharamkan arak dan bangkai namun membolehkannya ketika darurat, sekadar untuk meneruskan kehidupan. Dan hukum seperti itu dalam bahagian ini termasuk kepada yang diharamkan, adalah riba, kerana orang terpaksa berhutang untuk dapatkan makanan kepada anak-anak serta ahli keluarganya dan dia tidak memperolehinya tanpa riba. Maka dibolehkan berhutang atas dasar darurat dan tidak berdosa. Terdapat sebilangan ulama yang cenderung untuk membolehkan pengenaan bunga atas alasan darurah dan hajah. Kedua-dua keadaan ini diberi kelonggaran beberapa hukum atau menerima keringanan hukum (rukhsah), yang dalam keadaan normalnya

65

Ibid., 19

adalah haram dan ditegah.66 Syeikh Muhammad Syaltout atas pendapat pertama beliau, mengatakan: Dan di antara mereka ada orang yang cenderung kepada mengiktibarkan dirinya darurat dari darurat-darurat dengan membandingkan dirinya dengan orang lain. Maka dia berkata selama mana umat itu baik dari segi ekonomi yang menghentikannya daripada bermuamalah dengan riba jika tidak lebih darurat di antara umat, maka masuklah dia ke dalam keadaan itu pada kaedah Darurat membolehkan yang dilarang dan ini juga adalah bercampur-campur, telah kami jelaskan bahawa kebaikan umat tidak terhenti atas muamalah ini, dan bahawasanya keadaan padanya hanyalah waham daripada beberapa waham, dan para penguasa lemah dalam menjalankan undang-undang atasnya sehingga mengalahkan kekuatan yang ada pada mereka.67 Umpamanya lagi sebagaimana fatwa oleh Majlis Ulama SeMalaysia dalam persidangannya pada 4 hingga 7 Mac 1969 memberi ketetapan bahawa: a. Bunga yang dibayar kerana berhutang atau lain-lain adalah haram, tetapi ia diharuskan kerana sebab-sebab darurah atau hajah yang amat sangat. b. Bunga di atas pinjaman wang untuk maksud-maksud memajukan perniagaan dan perusahaan umat Islam adalah harus kerana darurah.68

Mengikut Abd. al-Razzaq al-Sanhuri, riba al-jahiliyyah adalah haram kecuali dalam kes darurah. Tetapi bagi riba al-fadl dan riba al-nasiah dibolehkan hanya jika wujudnya al-hajah. Oleh itu selagi keperluan kepada modal wujud dan diperoleh sama ada melalui pinjaman atau cara-cara lain, maka pengenaan bunga ke atas modal ini adalah dibenarkan.69 Keperluan kepada kelonggaran hukum di bawah darurah adalah lebih mendesak lagi kerana sekiranya tidak dipenuhi, ia akan menyebabkan kesusahan yang amat berat66

Ab. Mumin Ab. Ghani, Kaitan Bunga dengan Riba yang Diharamkan dalam Kewangan Islam. Dinamisne Kewangan Islam di Malaysia, Universiti Malaya, h. 41. 67 Syeikh Mahmoud Syaltout, Tafsir al-Quran al-Karim, cet. 4, h. 15. 68 Mohd. Ali Hj. Baharum, op. cit., h. 66. 69 Abdel Moneim Mahmoud al-Gousi, op. cit., h. 181. 20

kepada seseorang itu seperti bertambah sakit, mencacatan tubuh badan atau menyebabkan kematian. Adakah keadaan seperti yang dinyatakan ini menepati dengan situsi ekonomi yang dihadapi oleh umat Islam sekarang. Muktamar Buhuts al-Islamiyyah yang kedua telah menetapkan perkara berikut: Berhutang dengan riba adalah haram, tidak diharuskan melakukannya dan tidak juga dalam keadaan darurat. Dan orang yang berhutang dengan riba juga diharamkan seperti itu, dan tidak terangkat dosanya apabila dia tidak benar-benar dalam keadaan darurat.70

Pinjaman Penggunaan dan Pinjaman Produktif

Syed Yaqub Shah berpendapat riba bermaksud tambahan ke atas modal. Oleh kerana penambahan ke atas modal tidak ditegah oleh Islam maka sudah pasti terdapat bentuk penambahan tertentu yang ditegahkan itu.71 Beliau membuat dua kesimpulan, iaitu pertama pada masa turunnya ayat riba tiada bukti yang menunjukkan wujudnya pinjaman secara komersial dalam kalangan orang Arab, sebaliknya segala pembiayaan dilakukan atas asas syirkah dan mudarabah. Kedua bunga pada kelazimannya semasa turun ayat riba ini ialah untuk pinjaman penggunaan (consumption loan) dan kadarnya terlalu tinggi. Inilah yang dikenali sebagai riba. Oleh itu bunga ke atas pinjaman produktif (productive loan) yang wujud pada masa ini tiada ditegah kerana ia terkeluar daripada maksud riba.72 Maududi, Mufti Shafi, Maulana Fazalur Rahman dan lain-lain lagi menolak pandangan yang mengatakan jenis bunga yang diamalkan sekarang tidak terdapat pada zaman Rasulullah dan ia tidaklah termasuk dalam maksud riba. Mereka berpendapat sekiranya prinsip ini diterima, maka masalah yang sama akan timbul tentang jenis judi

70 71

al-Allamah al-Sanhuri, Mashadir al-Haqq, jld. 3, h. 269-270. Ab. Mumin Ab. Ghani, op. cit., h. 38. 72 Lihat juga dalam Waqar Masood Khan (1985), Towards an Interest-Free Islamic Economic System. London: The Islamic Foundation, h. 26-27. 21

dan arak yang berbagai-bagai jenama sekarang mestilah diisytiharkan halal kerana jenisjenis jenama ini tidak terdapat pada zaman Rasulullah. Banyak bukti sejarah menunjukkan orang Arab semasa Rasulullah, mengadakan hubungan dengan Rom, Greece, Syria dan Parsi dan adalah diketahui umum bahawa memang terdapat pinjaman secara komersial di negeri-negeri tersebut.

Umum dan Ijmal

Bagi menghuraikan maksud ini, para ulama membahagi kepada dua, iaitu golongan pertama mengatakan perkataan riba dalam al-Quran adalah mujmal kerana jelas teksnya mengharamkan riba sedangkan perkataan ini di segi pengertian bahasanya bermaksud semata-mata tambahan dan bukanlah semua tambahan itu diharamkan syarak maka ia perlu kepada penjelasan oleh hadis Rasulullah. Dan golongan kedua pula menyatakan bahawa perkataan "al-Riba" itu ialah umum berasaskan kepada alif lam pada perkataan itu menunjukkan kepada jenis iaitu meliputi setiap jenis riba yang diharamkan syarak, menunjukkan peristiwa pada masa itu dan sahabat-sahabat memang sedia maklum maksud perkataan itu. Manakala hadis pula ialah hadis mengenai riba Abbas dalam ucapan Rasulullah semasa haji wida.73 Ulama Mazhab Syafi'i pula tidak sekata dalam menentukan perkara ini sebagaimana yang dipetik oleh al-Nawawi daripada al-Mawardi. Mereka terbahagi kepada dua golongan, iaitu:74 i) Pendapat yang menyatakan perkataan itu sebagai mujmal yang perlu kepada penjelasan daripada al-Sunnah.

73 74

Abu Sarie Muhammad Abd al-Hadi (1985), al-Riba wa al-Qard fi al-Fiqh al-Islami. Dar al-Itisam, h.142 dan 144. Muhyi aI-Din Abu Zakariyya Yahya Bin Syaraf al-Nawawi, al-Majmu' Syarh al-Muhadhdhab, juz 9, (Beirut: Dar al-Fikr, tt), h.391. 22

ii)

Pengharaman itu adalah merujuk kepada riba al-Jahiliyyah sebagaimana ayat ketiga pengharaman riba (ayat 130 surah Ali 'lmran). Kemudian Hadis menokok tambah pengharaman riba meliputi sama ada riba jual beli sebagai tambahan kepada riba yang terdapat di dalam al-Qur'an.

Kenyataan Ibn 'Arabi dan pendapat ulama mazhab Syafi' i di atas mengesahkan bahawa riba itu mencakupi apa yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah semasa ayat riba diturunkan yang dikenali dengan "Riba al-Jahiliyyah" atau dikenali juga dengan "Riba alNasi'ah" atau riba hutang dan juga meliputi bentuk-bentuk riba jual beli yang bersumberkan Hadis Nabi. Oleh itu jelaslah bahawa perkataan "al-Riba" lebih mirip kepada perkataan umum berbanding dengan mujmal atau hanya tertentu kepada "Riba alJahiliyyah".75

Persamaan dengan sewa

Sesetengah tokoh Islam menyamakan riba dengan sewa. Pendapat sebegini ditentang oleh kebanyakkan tokoh ekonomi Islam kerana sewa adalah untuk benda yang boleh dipergunakan faedahnya tanpa melibatkan pelaburan zat benda tersebut. Ia juga tidak hilang identitinya sedangkan wang yang dipinjamkan akan hilang identitinya. Faedah yang diperolehi penyewa adalah pasti, manakala produktiviti modal yang dipinjamkan itu belum pasti bentuknya. Selain itu benda yang disewakan terdedah kepada perkara-perkara kerosakan dan pemberi sewa bertanggungjawab mengganti atau membaikinya, sedangkan wang yang dipinjamkan kekal dalam keadaan selamat daripada sebarang kerosakan.76

75

Zaydan Abu al-Makarim, Bina' aL-lqtisad fi (Il-Islam (Min al-Qur 'an wa al-sunnah), cet. 2, (Kaherah: Maktabah Dar al-Turath, 1992), h. 170. 76 Ab. Mumin Ab. Ghani, op. cit., h. 40. 23

KESIMPULAN

Dari apa yang telah dibentangkan berkenaan dengan bunga atau riba tidak ada yang dapat dilakukan melainkan mentarjih pendapat yang mengatakan, bahawa bunga adalah riba sedikit atau banyak yang diharamkan dalam al-Kitab dan al-Sunnah, dan apa-apa yang menyokong pendapat ini. Keputusan Muktamar al-Buhuts al-Islamiyah Kedua yang bersidang pada Muharam 1385H bersamaan Mei 1965,77 bahawa bunga atas sebarang bentuk hutang semuanya adalah riba yang diharamkan, tidak ada bezanya apakah ia dinamakan al-qard al-istihlaki atau al-qard al-intaji kerana nas-nas al-Kitab dan al-Sunnah semuanya dengan tegas mengharamkan riba.78 Lembaga Fiqh Islam yang bernaung di bawah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam sidang Muktamar II di Jeddah, pada 10-16 Rabiu Akhir 1406H bersamaan 22-28 Disember 1985 telah memutuskan bahawa setiap tambahan atas hutang yang telah jatuh tempoh pembayaran dan orang yang berhutang tidak mampu membayarnya, dan sebagai imbalan atas penangguhan itu, demikian pula tambahan atas pinjaman yang ditetapkan di awal perjanjian, maka kedua-dua bentuk ini adalah riba yang diharamkan dalam syariat.79 Keputusan Lembaga Fiqh Islam Rabithah Alam Islami dalam persidangannya yang kesembilan, yang diselenggarakan di Aula Rabithah Alam Islami di Mekah pada 19 Rejab 1406H telah membahaskan wajib bagi kaum muslimin seluruhnya menghentikan praktik transaksi secara ribawi (baik memberi dan mengambil) yang dilarang oleh Allah dan saling membantu pelaksanaannya dalam bentuk apa pun. Dan juga haram hukumnya bagi seorang muslim berhubungan dengan bank-bank ribawi (konvensional) di dalam mahupun di luar negeri, selama memungkinkan baginya untuk berhubungan dengan bank77 78

Yusuf al-Qardhawi, Fawaid al-Bunuk hiya al-Riba al-Haram, h. 145 al-Taujih al-Tasyrii fi al-Islami, jld. 4, h. 217. 79 Yusuf al-Qardhawi, op. cit., h. 151. 24

Islam (syariah), kerana tidak ada alasan lagi baginya, setelah ada alternatif yang Islami. Wajib baginya meninggalkan yang haram setelah ditemukan yang halal dan bersih.80 Keputusan Muktamar Bank Islam II 1403H bersamaan 1983 di Kuwait cukup untuk menguatkan lagi hujah yang mana muktamar menekankan bahawa apa yang disebut dengan bunga (interest) menurut istilah para ekonomis Barat dan pengikut-pengikut mereka merupakan riba yang diharamkan secara syariat.81 Hati amat dukacita disebabkan hukum berkenaan dengan riba yang cukup terang daripada segala yang terang, bagaimana huraiannya itu masih menjadi arena perbalahan, ada yang menerima dan ada pula yang menolaknya.Masih ada manusia yang menyakini bahawa mereka tidak boleh lari dari bunga dan tidak ada tempat bagi mereka selain daripadanya. Seolah-olah ketika melarang mengambil yang lebih daripada modal dan meninggalkannya serta menunggu orang yang masih dalam kesempitan, Allah SWT memerintahkan perkara yang mustahil, dan inilah yang tidak dikatakan oleh orang-orang yang berakal. Orang Arab telah hidup selepas kedatangan Islam tanpa riba, dan mereka tetap berniaga secara bebas di Asia, Afrika dan Selatan Eropah, maka mereka tidak ragu terhadap kekuatan hukum fiqh yang datang bersama-sama dengan syariat Islam, namun muamalah mereka tidak tergendala bahkan perniagaan mereka tetap memperolehi keuntungan.82 Sesungguhnya tanggungjawab untuk membangun dan memajukan sistem kewangan alternatif tanpa pengamalan riba merupakan tanggungjawab semua individu Muslim dan sekiranya usaha ini dibuat dengan bersungguh-sungguh, tiada sebab hasilnya akan menemui kegagalan sebagaimana yang telah dibuktikan oleh negara kita sekarang.

80 81

Ibid., h. 155. Ibid., h. 157. 82 Ala al-Din Kharufah, op. cit., h. 396. 25

Mengakhiri pembicaraan ini dengan sedikit ungkapan, bahawa riba itu adalah penjajahan di akhir, kemudian berlakulah peperangan disebabkan penjajahan itu. Demikian diungkapkan oleh Sayid Qutub.83

83

Sayid Qutub, Tafsir Ayat al-Riba, Dar al-Buhuts al-Alamiyah, h. 14-16. 26