revisi akhir komsas

Upload: chaa2003

Post on 02-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 REVISI AKHIR KOMSAS

    1/2

    REVISI AKHIR KOMSAS

    KATA KUNCI CONTOH CERPEN DAN DRAMA

    1. Kasih sayang(KS)

    2. Bertanggungjawab (BT)3. Kegigihan(KG)

    (a) Cerpen Ibu dan Ceper

    KSPenulis sayang akan ibu dan bapa yang sudah tua dan uzur.

    BTPenulis merupakan seorang anak yang bertanggungjawab dengan membantu orang tuanya

    bekerja dan menjaga ibu bapanya semasa mereka sudah uzur.

    KGIbu gigih bekerja di sawah membanting tulang empat kerat untuk menyara keluarganya.

    (b) Cerpen Memori Seorang Tua

    KSPak Itam amat menyayangi isteri dan dua orang anaknya yang telah meninggalkannya semasadia berada di dalam penjara dan dia menanti kehadiran isterinya pada majlis hari jadinya sehinggalah

    dia menghembuskan nafas terakhirnya.

    BTPak Itam bertanggungjawab terhadap bangsa dan negaranya dengan menentang penjajahInggeris melalui mata penanya dan juga penentangan secara terus.

    KGTuk Mat dan keluarganya gigih membantu Pak Itam dalam membuat persiapan untuk

    mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam yang ke-85.

    (c) Cerpen Israk

    KSWah, nenek Israk dan Mikraj tetap menyayangi cucunya, Israk walaupun cucunya bersikap

    agresif dan menyakitkan hatinya.

    BTMikraj menasihati abangnya, Israk supaya menghormati Wah kerana Wah lebih tua daripada

    mereka.

    KGWah gigih membesarkan membesarkan Adam tanpa bantuan seorang suami kerana suaminyatelah meninggalkan dunia ketika kandungannya berusia sembilan bulan tiga hari.

    (d) Cerpen Pemain Catur

    KSUj amat sayang akan ibunya yang menghidapi penyakit darah tinggi.

    BTUm seorang anak yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Dia kurang

    mengambil berat hal ibu kerana menganggap bahawa telah ada doktor yang diupah untuk merawat

    sakit ibunya.

    KGUj gigih menerangkan sejarah keturunan moyangnya yang berketurunan juara catur terkemuka

    dunia sebelum abad ke-17 dengan panjang lebar.

    (e) Melissa KSMelissa menyayangi Hisyam, kawannya semasa kecil walaupun Hisyam telah terkorban dalam

    rusuhan kaum 13 Mei 1969.

    BTMelissa menyertai angkatan tentera untuk menjaga keamana negara.

    KGMelissa gigih berusaha untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan latihan ilmiahnya /

    tesisnya.

    (f) Biarkan Samudera

    KSAmirah amat sayang akan ayahnya dan sentiasa mengenangkan nasib ayahnya.

    BTHakimah seorang kawan yang bertanggungjawab. Dia membawa Amirah ke rumahnya untukbertemu dengan ibunya yang mahu membantu untuk memulihkan semangat Amirah.

    KGAyah Amirah seorang nelayan yang gigih kerana sudah bertahun-tahun lamanya, ayahnya

    bergelumang dengan laut dan ombak untuk menyara kehidupannya.

  • 7/27/2019 REVISI AKHIR KOMSAS

    2/2

    (g) Drama Tiang Cengal Dinding Sayung

    KSMak Jimah menunggu suaminya, Pak Jumaat di tepi pantai walaupun suaminya dikatakan telah

    meninggal dunia akibat bencana tsunami.

    BTAnak-anak Mak Jimah dan Pak Jumaat balik ke kampung apabila mengetahui ayah mereka

    telah hilang akibat bencana tsunami.

    KGPak Jumaat gigih mencari nafkah dengan turun ke laut walaupun anak-anaknya ada

    memberinya wang belanja pada setiap bulan.

    (h) Drama 1400

    KSSiti Rahimah sangat mengasihi Dolah dan sanggup menunggunya di tepi pantai apabiladiberitahu Dolah telah karam.

    BTApabila Dolah tahu bahawa isterinya, Intan Siti Rahimah mengandung, dia telah meminta

    isterinya menjaga diri dan menambah orang gaji untuk menjaga isterinya dan kandungannya.

    KeinsafanAbu Lahab menyatakan keinsafannya di hadapan hakim. Dolah juga insaf akanperbuatannya selepas membaca surah al-Falaq

    (i) Drama Dato Onn

    KSHalimah tetap mengasihi suaminya walaupun mereka dalam keadaan susah semasa Onn

    menjadi nelayan di Singapura selepas dibuang kerja. BTSebagai Pegawai Daerah Batu Pahat, Dato Onn bertanggungjawab menghalang Kiai Salleh

    daripada menyerang kampung orang Cina di Bagan.

    KGDato Onn ternyata gigih dalam memperjuangkan penentangan terhadap Malayan Union

    sehingga mencapai kejayaan.