report-l.i azri bagi.docx

21
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK FAKULTI SAINS SOSIAL SSF 3024 LATIHAN INDUSTRI LAPORAN AGENSI: IBU PEJABAT POLIS DAERAH BENTONG, PAHANG NAMA: SITI AISYAH BINTI SHAFIEE NO MATRIK: 28201 PENYELIA: SITI RABIAH BINTI SIDEK PENYELARAS PROGRAM: EN.STANLEY BYE KADAM KIAI TARIKH: 24.OGOS.2014

Upload: hunaidah-ahmad

Post on 18-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAKFAKULTI SAINS SOSIALSSF 3024 LATIHAN INDUSTRILAPORAN AGENSI: IBU PEJABAT POLIS DAERAH BENTONG, PAHANG

NAMA: SITI AISYAH BINTI SHAFIEENO MATRIK: 28201PENYELIA: SITI RABIAH BINTI SIDEKPENYELARAS PROGRAM: EN.STANLEY BYE KADAM KIAITARIKH: 24.OGOS.2014

Nama pelajar: SITI AISYAH BINTI SHAFIEENo. Matrik: 28201No. K/P: 901001-06-5614Program: KAJIAN POLITIK DAN PEMERINTAHAN (WA21)Tahun Pengajian: 4No. Telefon: 012-8723648Nama dan Alamat: IBU PEJABAT DAERAH POLIS DAERAH BENTONGOrganisasi JALAN ANUAR, POLIS DIRAJA MALAYSIA 28700 BENTONG, PAHANGNama Penyelia: SITI RABIAH BINTI SIDEKTempoh Latihan: 30.JUN. 2014 HINGGA 24.OGOS.2014

- Apakah struktur agensi tersebutPolis DiRaja Malaysia (PDRM) mempunyai empat susun lapis struktur organisasi iaitu peringkat pertama ialah pusat yang mana bertempat di Bukit Aman, ke dua peringkat negeri yang di wakili oleh Kontinjen atau Briged di setiap negeri di Malaysia, ketiga peringkat daerah yang diwakili oleh Ibu Pejabat Polis Daerah dan Batalion bagi setiap negeri dan peringkat adalah balai-balai yang ada di setiap daerah. Pelajar memilih Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong sebagai tempat menjalankan latihan industri.

Jadual 1: Carta Struktur Organisasi PDRM

Jadual 2: Carta Organisasi Ibu Pejabat Daerah Polis Daerah Bentong

Di bawah Ibu Pejabat Polis daerah Bentong terdapat 7 Balai Polis dan 9 Pondok Polis.Balai Polis Balai Polis Bentong Balai Polis Bukit Tinggi Balai Polis Genting Highlands Balai Polis Karak Balai Polis Lurah Bilut Balai Polis Manchis Balai Polis TelemongPondok Polis Pondok Polis Kg. Perting Pondok Polis Genting Sempah Pondok Polis Janda Baik Pondok Polis Kg. Sertik Pondok Polis Sg. Dua Pondok Polis Mempaga Pondok Polis Chemomoi Pondok Polis Felda Kemasul Pondok Polis Kg. Jawi-jawiVisi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ialah Agensi peneraju dalam menjadikan Malaysia negara selamat, aman dan sejahtera.Manakala misi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pula ialah Memberi perkhidmatan professional dan berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi masyarakat.

Dasar Utama Polis Diraja Malaysia mengikut Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 menggariskan bahawa demi kedaulatan negara dan kesejahteraan masyarakat dan kewibawaan pasukan, kewajipan asasi anggota Polis Diraja Malaysia adalah: Memelihara Undang-Undang dan Ketenteraman Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan Malaysia Mencegah dan Mengesan Penjenayah Menangkap dan Mendakwa Pesalah-Pesalah; dan Mengumpul Risikan Keselamatan.-Tujuan agensi ditubuhkanObjektif utama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ialah: Mengurangkan kadar jenayah ke tahap yang minimum ; Meningkatkan kecekapan serta keberkesanan perkhidmatan pembangunan sumber manusia Meningkatkan kadar penyelesaian kes dan pembanterasan jenayah terancang ; Mengurangkan bekalan dan permintaan dadah ; Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta keperluan logistik yang optima bagi menentukan kejayaan PDRM; Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, ketenteraman awam dan keselamatan negara dan Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan perolehan dan analisis risikan keselamatan bagi membanteras kegiatan yang mengancam keselamatan negara dan/atau ketenteraman awam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong mempunyai 7 jabatan yang berasingan fungsi dan tugas. Jabatan-jabatan tersebut ialah:1. Jabatan Pengurusan2. Cawangan Khas3. Jabatan Siasatan Jenayah4. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)5. Jabatan siasatan Jenayah Komersial6. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik7. Jabatan Logistik

1. Jabatan PengurusanJabatan Pengurusan diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh lima Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Timbalan Pengarah Pengurusan (Pekhidmatan/Perjawatan), Timbalan Pengarah Agama/Kuanseling dan Timbalan Pengarah Integriti/Displin. Pengarah jabatan pengurusan di IPD Bentong ialah Nik Azlan Bin Nik Ibrahim.FungsiLatihan: Merangkumi pengendalian-pengendalian Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi.Pentadiran: Merangkumi Pentadbiran Am (Urus setia, Kebajikan, Istiadat dan PEKEP) dan Keselamatan/Sukan/Rekreasi (Kem Komandan, Pancaragan, Muzium dan sukan.Perkhidmatan/Perjawatan: Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji / elaun dan persaraan.Agama/Kaunseling: Merangkumi Pembangunan model insan dan kaunseling, kerjasama sengan pelbagai pihak termasuk organisasi kerajaan serta mengadakan latihan dan kursus.Integriti/Disiplin: Merangkumi pengawalan mutu disiplin disemua peringkat anggota pasukan, menyelaras peraturan pasukan, menyelaras peraturan tindakan tatatertib dan menentukan hukuman tatatertib setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

2. Cawangan KhasCawangan Khas diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah I dan II. Selaras dengan penugasan kepolisan, fungsi utama Cawangan Khas adalah sebagai mana diperuntukkan dibawah seksyen 3(3) dan seksyen 20(3) Akta Polis 1967Pegawai dan anggota Cawangan Khas juga mempunyai kuasa-kuasa polis sepertimana termaktub dalam undang-undang negara ini.ObjektifCawangan Khas bertanggungjawab mengumpul dan memproses risikan keselamatan untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam serta mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia.Visi dan MisiUntuk menjadi agensi perisikan moden, kompeten, dihormati, berintegriti dan sebuah organisasi perisikan utama dalam mengekalkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.

3. Jabatan Siasatan JenayahAkta Polis 1967, Seksyen 3(3) menyebutkan bahawa antara tugas pasukan polis ialah mencegah, mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah. Jabatan Siasatan Jenayah dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakan tugas-tugas tersebut.Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh seorang Pengarah yang berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh empat orang Timbalan Pengarah dibawahnya, iaitu Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Risikan / Operasi), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Siasatan / Perundangan), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Jenayah Terancang), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Forensik / Databank / DNA / Perancangan Strategi).Bahagian di bawah Jabatan Siasatan Jenayah adalah:- Bahagian Urusetia Bahagian D1 (Kepolisan Kawalan Dalaman) Bahagian D2 (Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia & Singapura) Bahagian D3 (Naziran) Bahagian D4 (Risikan Jenayah) Bahagian D5 (Pendakwaan / Undang-Undang) Bahagian D6 (Bantuan Teknik) Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi & Maksiat) Bahagian D8 (Operasi Khas) Bahagian D9 (Siasatan Khas) Bahagian D10 (Forensik) Bahagian D11 (Siasatan Seksual / Kanak-Kanak) Bahagian D12 (Interpol) Bahagian D13 (Data Bank / DNA) STAFOC

4. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam diketuai oleh seorang pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh empat timbalan pengarah iaitu Timbalan Pengarah (Gerakan) JKDNKA (Deputi Komisioner), Timbalan Pengarah (PGA) JKDNKA (Deputi Komisioner), Timbalan Pengarah (Kepolisan Am) JKDNKA (Senior Asisten Komisioner) dan Timbalan Pengarah (PGK) JKDNKA (Senior Asisten Komisioner)MisiMemelihara keselamatan dan ketenteraman negaraVisiMemelihara undang-undang dan kedaulatan negaraFungsi Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara; Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penguatkuasaan, mutu siasatan serta kelancaran lalulintas; Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan bagi menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam; Meningkatkan tahap keselamatan daratan dan perairan negara; Meningkatkan keberkesanan tindakan menumpas keganasan; Meningkatkan pengurusan keselamatan dan ketenteraman awam.Cawangan-cawangan di bawah jabatan ini:- Pasukan Gerakan AM (PGA) Pasukan Gerakan Khas (PGK) Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pasukan Trafik

5. Jabatan Siasatan Jenayah KomersilJabatan Siasatan Jenayah Komersil diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah I (Siasatan) dan Timbalan Pengarah II (Pentadbiran).Visi Menjadi sebuah jabatan penyiasatan yang efisyen, berdaya saing dan proaktif dari aspek membendung penularan semua bentuk jenayah komersil di negara ini.MisiKomited dalam menjalankan siasatan secara profesional untuk meningkatkan masyarakat dan terus kekal releven. Fungsi Fungsi utama JSJK adalah , menangkap, menjalankan penyiasatan dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber dan lain-lain lagi samada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang perseorangan mahupun secara bersindiket.Objektif Menangani semua bentuk jenayah komersil dan peka terhadap perubahan persekitaran yang boleh mewujudkan bentuk jenayah komersil yang baru. Mempercepatkan siasatan dan menghasilkan kualiti siasatan yang bermutu untuk tujuan mendakwa pesalah di mahkamah dan juga dikenakan tindakan di bawah undang-undang pencegahan. Mengumpul seberapa banyak data mengenai kesalahan jenayah komersil masa kini. Data dikaji dengan teliti dari segi trend, modus operandi dan bentuk (syndicate or non-syndicate) bagi kesalahan yang berkaitan setelah data diproses, ianya di bentuk menjadi satu maklumat yang boleh membantu dalam penyempurnaan siasatan. Menjamin ketelusan penyiasatan di samping menggunakan semua kepakaran sumber manusia yang khusus secara optimum.Bahagian di bawah Jabatan ini adalah:- Siasatan Forensik Accounting. Siasatan Kewangan. Siasatan Koperat. Siasatan Lain-lain Pemalsuan. Siasatan Jenayah Siber & Multimedia. Operasi/Bantuan Teknik. Pentadbiran/Kerjasama Antarabangsa. Penyelidikan/Risikan. Naziran. Perundangan. Bahagian Urus Setia

6. Jabatan Siasatan Jenayah NarkotikJabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM ditubuhkan bagi membenteras gejala pengedaran dan penyalahgunaan dadah. Jabatan ini telah disusun semula pada 2 Januari 1996, diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan / Pencegahan / Kepolisan Am) dan Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta / Perundangan / Tahanan ). Matlamat utama Jabatan Narkotik ialah untuk mencapai perkhidmatan yang cekap dan cemerlang dalam menangani masalah dadah negara.MisiMemerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.Fungsi Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negara Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah Menyediakan latihan kepada pegawai / anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik samada di dalam dan luar negara Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negaraCawangan-cawangan di bawah jabatan ini ialah: Siasatan Khas Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa Pentadbiran Tahanan Perlucuthakan Harta Soalsiasat Pakar/Bantuan Teknik Rekod/Perangkaan Pendaftaran Logistik Petugas Lapangan Terbang

7. Jabatan LogistikJabatan Logistik diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh tiga Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah I (Pengangkutan /Teknologi Maklumat / Komunikasi / Pembangunan / Penyelenggaraan) Jabatan Logistik, Timbalan Pengarah II (Kewangan / Pengurusan Aset / Kepolisan Am) Jabatan Logistik dan Timbalan Pengarah III (Perolehan / Pusat Bekalan Polis / Persenjataan) Jabatan Logistik.MisiMenjamin bantuan logistik yang berkualiti dan cemerlang secara berterusan.Fungsi Mengendalikan belanjawan, mengurus dan pembangunan PDRM Merancang, mengurus, mengendali dan menyenggara semua aspek komunikasi, teknologi maklumat, pengangkutan dan persenjataan Mengurus projek dan menyenggara bangunan serta hartanah Menguruskan perolehan dan pembekalan kelengkapan am / teknikal PDRM Mengurus aset PDRMBahagian di bawah jabatan ini ialah:- Bahagian Pengangkutan Bahagian Teknologi Maklumat Bahagian Komunikasi Bahagian Bekalan Polis Bahagian Perolehan Bahagian Kewangan Bahagian Persenjataan Bahagian Pembangunan / Penyelenggaraan Bahagian Kepolisan Am Bahagian Pengurusan Aset

-Sumber KewanganSumber kewangan yang di perolehi oleh Ibu Pejabat Polis Bentong ialah hasil daripada bayaran kompoun dan saman yang di kenakan kepada pesalah. IPD Bentong tidak mempunyai bahagian yang menguruskan kewangan kerana, kewangan di urus dan kawal oleh Ibu Pejabat Kontinjen Pahang. Segala kutipan wang akan di hantar ke IPK untuk di audit. Satu unit kecil di wujudkan sebagai pusat pengumpulan wang iaitu di bahagian pengurusan IPD Bentong yang mana mewakili semua balai polis yang berada di bawah daerah Bentong. Segala aliran masuk dan keluar wang adalah dalam skala yang kecil. Secara keimpulan, sumber kewangan IPD Bentong adalah diperolehi daripada saman dan kompoun yang di bayar. Segala urusan berkaitan dengan kewangan dalam skala yang besar akan di ajukan kepada IPK Pahang untuk di proses atau di semak. IPD Bentong tidak menggunakan sumber luar.

-Hubungan dengan agensi luarIPD Bentong mengunakan jaringan kerjasama (networking) dengan lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan, masyarakat tempatan (community policing) dan Pasukan Polis serantau dan antarabangsa dalam membendung dan mengatasi ancaman serta masalah jenayah melalui kerjasama dua hala dan penglibatan dalam seminar-seminar berkaitan dengan perkembangan dalam bidang ilmu kepolisan.Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

-Suasana kerjaSuasana kerja di IPD Bentong adalah sangat selesa dan memenuhi kehendak pihak universiti dalam memberi peluang kepada pelajar untuk merasa pengalaman dan peluang dalam alam pekerjaan yang bakal di aplikasikan kelak selepas bergraduat. Organisasi juga menggunakan sistem berteknologi tinggi dalam setiap kerja, ini memudahkan kakitangan termasuk pelajar dalam menyiapkan tugasan yang di berikan.Selain suasana tempat kerja yang selesa, rakan sepejabat juga peramah dan sedia memberi tunjuk ajar apabila pelajar memerlukan pertolongan. Setiap jabatan yang di tempatkan memberikan pendedahan dan pengalaman baru kepada pelajar serta ilmu yang berguna untuk digunakan apabila pelajar memasuki alam pekerjaan. Setiap jabatan yang ditempatkan mempunyai fungsi dan tugas yang berbeza. Oleh itu, pelajar mempeoleh banyak ilmu dan kaedah yang digunakan oleh setiap jabatan. Secara kesimpulan, suasana kerja di IPD Bentong adalah sangat selesa, memuaskan dan telah memberikan gambaran kepada pelajar mengenai alam pekerjaan yang sebenar.

-PengubahsuaianPada pandangan pelajar, tiada sebarang pengubahsuaian yang perlu di lakukan berdasarkan pemerhatian. Sistem yang di gunakan adalah lebih efektif dan menggunakan teknologi yang memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja yang dilakukan. Oleh itu, organisasi perlu mengekalkan prestasi dan mutu kerja mereka supaya boleh meningkatkan lagi tahap kecekapan dan ketelusan kerja yang dijalankan.KESIMPULANSecara kesimpulan, latihan industri yang dijalankan selama lapan minggu di Ibu Pejabat Daerah Polis Daerah Bentong telah memenuhi syarat yang di kehendaki oleh pihak universiti. Pelajar telah mendapat pengalaman serta ilmu baru mengenai alam pekerjaan yang bakal di tempuh sejurus selepas bergraduat. Segala ilmu yang diperolehi akan di manfaatkan dan digunakan dengan sebaiknya pada masa hadapan. Segala tunjuk ajar dan perhatian yang diberikan oleh kakitangan serta anggota IPD Polis daerah Bentong sangat berguna dan akan dipraktikkan oleh pelajar semasa berada dalam alam pekerjaan.