report kedua
TRANSCRIPT
Contoh Report Latihan Industri Politeknik
Salam semua, entry saya kali ni mengenai report latihan industri, kepada sesiapa yang pernah belajar sijil, diploma atau ijazah mesti korang pernah membuat report mengenai kerja yang anda lakukan sepanjang latihan industri.
Mood sekarang tengah berkobar-kobar nak buat report, yes! suka sangat buat last minit, itulah
semangat yang kita mahu!. Post kali ni cuma nak bagi peringatan kepada bakal atau sudah menjalani
yang baru nak buat report, sebelum korang semua buat report pastikan korang setting awal
dekat ,Microsoft Words Pastikan setting dahulu jarak mengikut format yang diberi, contoh bagi
politeknik muka surat pertama atas 10cm, bawah 3 cm, kiri 4 cm dan kanan 2.5 cm, page kedua
dan seterusnya 3cm, bawah 3 cm, kiri 4 cm dan kanan 2.5cm Bukan apa sekiranya korang semua
dah siap menaip dan last-last minit nak setting saiz dan format nanti takut semua gambar dan tanda
yang diletak akan lari dan tak pasal-pasal, korang kena adjust lain, dah buat kerja dua kali. Sebab
saya dah kena, letih nak setting report balik semula mengikut format yang diberikan.
Kepada korang yang tak tahu nak buat objektif dan kepentingan latihan industri, korang boleh copy
dan paste dari sini, tapi untuk report taknikal korang kena buat sendirila
1.1 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Latihan Industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak
dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri
sebelum dibenarkan memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulang
semula latihan industri.
Objektif latihan industri adalah seperti berikut :-
Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar.
Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubugan baik semasa pekerja.
Membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di kelas dengan kerja–kerja praktikal.
Untuk mengamalkan peraturan–peraturan keselamatan dalam industri.
Untuk meningkatkan pekerti amanah dan bertanggungjawab.
Untuk mengukuhkan keyakinan diri ke alam pekerjaan kelak.
Untuk menyediakan satu laporan latihan industri setelah tamat latihan.
1.2 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI
Program latihan industri ini merupakan sebahagian daripada kurikulum Politeknik di mana setiap
pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 6 bulan sebelum dianugerahkan Sijil /
Diploma Politeknik. Para pelajar juga akan dapat mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan
baru dari sesebuah syarikat berpandukan pembelajaran yang diperolehi semasa menjalani kuliah di
Politeknik. Pengalaman ini serba sedikit dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan
keyakinan diri pelajar ke alam pekerjaan sebenar.
Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam hal–hal
pekerjaan sebagai contoh kedatangan /kehadiran dan ketepatan masa, ketekunan dan minat
terhadap kerja yang dilakukan, menerima dan menjalankan arahan dengan baik, mempunyai
personaliti yang sesuai dengan pekerjaan yang dijalankan, mempunyai kemahiran berkomunikasi
yang baik, dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan, meningkatkan kualiti kerja
berpandukan pengalaman dan sebagainya.
Para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktis dan praktis kepada teori. Disamping itu,
pelajar dapat membina keyakinan diri di alam pekerjaan yang sebenar. Pentingnya Latihan Industri
bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada setiap pekerja kerana sesebuah syarikat memerlukan
pekerja yang mahir untuk meningkatkan mutu pencapaian syarikat mereka
Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
Program latihan industri ini merupakan sebahagian daripada kurikulum Politeknik di mana setiap
pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 6 bulan sebelum dianugerahkan Sijil /
Diploma Politeknik. Para pelajar juga akan dapat mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan
baru dari sebuah syarikat berpandukan pembelajaran yang diperolehi semasa menjalankan kuliah di
politeknik. Pengalaman ini serba sedikit dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan
keyakinan diri pelajar ke alam pekerjaan kelak.
Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam hal-hal
berkaitan pekerjaan contohnya kedatangan dan ketepatan masa, ketekunan dan minat terhadap kerja
yang dilakukan, menerima dan menjalankan arahan dengan baik, mempunyai personaliti yang sesuai
dengan pekerjaan yang dijalankan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, dapat
menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan, meningkatkan kualiti kerja berpandukan pengalaman
dan sebagainya.
Selain itu, para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktis dan praktis kepada teori. Dengan
demikian, pelajar dapat membina keyakinan diri di alam pekerjaan yang sebenar. Pentingnya Latihan
Industi bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada setiap pekerjaan kerana sesebuah syarikat
memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan mutu pencapaian syarikat.
P/s: Kepada semua pelajar yang akan menjalani latihan industri, semoga berjaya dan yang tengah
buat lagi report latihan industri dinasihatkan anda bersungguh, kerana usaha tangga kejayaan..lupa
kepada smua pelajar bejaya memasuki ipt. tahniah diucapkan. Mood bekobar-kobar buat report,
bulan 7 hantar.:DD Paling bagus report latihan industri korang buat sendiri baru nampak usaha dan
apa yang kita belajar kita paham.