report jabatan logistik

Upload: shahrul-imman-senan

Post on 14-Jul-2015

73 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pengenalan Semasa saya menjalankan tugas di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selama 6 bulan dari 13 disember 2011 hingga 11 jun 2012. Saya telah dibahagikan kepada tiga jabatan yang berlainan iaitu jabatan logistik , jabatan kesihatan dan perlesenan dan jabatan pegindahan Bandar. Untuk jabatan logistik saya telah diberikan seorang ketua bahagian iaitu en noor azran bin nordin. Manakala untuk jabatan kesihatan dan perlesenan saya teah diberikan tiga orang pegawai mengikut unit yang telah disediakan iaitu unit premis makanan Pn.Norzilah bt. Salleh, penjaja/ vektor Pn Nur Helina Ngabong bt Abdullah dan unit untuk penguatkuasaan En Noramirul Nizam bin Kamis. PROFIL SYARIKAT Latar belakang MBMB Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) lahir bersama sejarah Melaka. Walaupun Melaka telah melalui zaman jatuh bangunnya, Perbandaran Melaka terus wujud. Pada tahun 1824, Perbandaran Melaka dinamakan sebagai "The Town and The Fort of Malacca", ditadbir oleh "Comittee of Assessors" di bawah Kerajaan Inggeris. Pada tahun 1848, Akta East India XIX, telah menekankan supaya diwujudkan "Jawatankuasa Perbandaran" bagi menggantikan "The Committee of Assessors". Akta ini memperuntukkan lima orang Ahli Majlis yang diketuai oleh seorang "Resident Counsillor" yang dikenali sebagai Pesuruhjaya Perbandaran Akta East India XXVII 1856 telah memberi kuasa kepada Pesuruhjaya-pesuruhjaya Perbandaran menjadi pemegang amanah dan boleh mendakwa dan didakwa. Pada 1 Januari 1887, Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat telah meluluskan sempadan perbandaran seluas 1.4 batu persegi dan diperluaskan kepada 4.2 batu persegi pada tahun 1930 di bawah Akta 133 pada tahun 1913.

Pada 1 Januari 1977 melalui Akta 171 (1976), kawasan Perbandaran Melaka telah dicantumkan dengan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) dengan kawasan pentadbirannya seluas 114.7 batu persegi (303 km persegi). MPMBB merupakan penggerak utama dalam menjadikan Melaka sebagai sebuah bandaraya yang dinamik, maju dan indah. Kawasan pentadbirannya maju serentak dengan pembangunan di keseluruhan negeri Melaka, dimana tumpuan ditekankan kepada sektor-sektor pertanian, perindustrian dan yang terkini perlancongan. Pembangunan infrastruktur begitu menonjol sekali, menandingi negeri yang paling maju di Malaysia. Keadaan ini mempercepatkan aliran masuk pelaburpelabur untuk menanam modal lantas mewujudkan peluang perkerjaan kepada pendudukpenduduknya. Pada 15 April 2003, Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Dengan pengiktirafan ini, MBMB akan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat di Melaka khususnya dan para pelancong amnya. Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai sungguh luar biasa Pada 1 Januari 2010, satu lagi Pihak Berkuasa Tempatan diwujudkan iaitu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). Kawasan pentadbiran MPHJT ini meliputi 57.66 km persegi daripada kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Manakala bagi kawasan MBMB adalah 277 km persegi. Kawasan pentadbiran baru MBMB pula adalah sebanyak 30.86 km persegi. Objektif MBMB 1. Menjadikan MBMB sebuah organisasi yang kukuh, dinamik dan cemerlang. 2. Menjadi penggerak utama ke arah Melaka Bandaraya Bersejarah yang lebih maju dan dinamik. 3. Memaksimumkan tahap perkhidmatan kepada masyarakat. 4. Menggemblengkan peranan masyarakat dengan lebih cemerlang.

Visi dan Misi Visi Menjadikan Melaka sebagai sebuah Bandaraya Warisan, Maju dan Indah. Misi

Menjadikan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sebagai penggerak utama ke arah kewujudan Bandaraya Dinamik, Maju dan Cemerlang.

Logo Logo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah direka khas bagi menandakan bermulanya era Melaka diisytihar sebagai sebuah bandaraya bersejarah. Logo melambangkan satu kerjasama antara rakyat dan pentadbiran ke arah pembangunan dan kemakmuran. Rekaan logo bertemakan peralihan sejarah daripada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, keruntuhan, penjajahan dan kemunculan kembali ke era pembangunan moden menuju Wawasan 2020.

SESI LATIHAN DI BAHAGIAN JABATAN LOGISTIK DAN PERLESENAN (13-disember 2011 13 january 2012) Ketua bahagian : En. Noor Azran bin Nordin PENGENALAN Jabatan Logistik dan Fasiliti ditubuhkan pada 16 Jun 2006 oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan tujuan meningkatkan lagi efisiensi perkhidmatan Majlis kepada pihak awam.Terdiri daripada 133 anggota, jabatan ini bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara kenderaan, pembaikan jalan, stor, kemudahan fasiliti, sistem pembentungan dan membekal peralatan logistik untuk kegunaan rasmi / awam dalam kawasan tadbir Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Jabatan ini juga bertanggungjawab merancang dan melaksanakan penguatkuasaan terhadap isu alam sekitar yang tidak digunapakai oleh Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). MATLAMAT Memastikan kemudahan logistik dan fasiliti diselenggarakan dengan baik ke arah mencapai Melaka Bandaraya Maju. MOTTO "SELENGGARA DEMI RAKYAT" OBJEKTIF 1.Menyelenggara kemudahan logistik dan fasiliti MBMB dengan cekap dan berkesan. 2.Menjadi peneraju dalam penyelenggaraan logistik dan fasiliti dan memacu budaya kerja yang sistematik dan optimum. STRATEGI Menyelenggara dan menyediakan kemudahan logistik yang kondusif. Memastikan kenderaan dan jentera diselenggara dengan cekap dan berkualiti tinggi. Meningkatkan serta mengekalkan kualiti persekitaran Bandaraya dengan melaksanakan penguatkuasaan terhadap isu alam sekitar. Memastikan penyelenggaraan fasiliti dilaksanakan mengikut masa dan spesifikasi yang ditetapkan. Mengwujudkan pengurusan stor yang sistematik

FUNGSI 1. Merancang dan melaksanakan penyelenggaraan fasiliti yang melibatkan kerja-kerja pembaikan perabot jalan, pondok bas dan tampal jalan yang dilaksanakan secara pembahagian dalam kawasan bandar. 2. Menyediakan segala peralatan logistik (khemah / pentas) untuk kegunaan rasmi dan awam setelah mendapat tempahan daripada Jabatan Hal Ehwal Korporat & Antarabangsa MBMB 3. Bertanggungjawab merancang dan menguatkuasa isu alam sekitar seperti effluent kumbahan premis perniagaan di kawasan tadbir MBMB. 4. Memantau dan menyelenggara Loji Rawatan Kumbahan MBMB supaya mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh SPAN / JAS. 5. Menyelenggara, mengurus dan mentadbir pembelian kenderaan, jentera dan mesin MBMB dengan berkesan. 6. Mentadbir dan mengurus sistem penyimpanan & penyelenggaraan bekalan stok yang selamat, sistematik dan berkesan.

LOG KERJA MINGGUAN Pada minggu pertama, hari selasa, 13.12.2011 saya telah dihantar ke jabatan logistik selama sebulan, saya telah diberikan penerangan tentang jabatan logistik dan tugasan yang perlu dilakukan sebagai seorang penolong pegawai kesihatan persekitaran (PPKP) di jabatan tersebut. Saya juga telah berbincang mengenai jadual penempatan bagi sesi latihan praktikal di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah(MBMB) bersama pengarah di jabatan logistik iaitu Cik Siti Asurah. Pada hari rabu saya telah berjumpa dengan PPKP kanan pegindahan Bandar iaitu Haji Kamaruzaman untuk membincangkan mengenai penempatan bagi sesi latihan praktikal di Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah. Pada hari khamis dan jumaat saya telah berjumpa dengan PPKP Kanan di jabatan pegindahan Bandar iaitu En Haji Ramadan dan Puan Norzilah di jabatan perlesenan dan kesihatan. Pihak pentadbiran telah meluluskan jadual penempatan saya bagi sesi latihan di MBMB. Saya telah diberikan kepada tiga jabatan yang berlainan iaitu jabatan logistik, jabatan perlesenan dan kesihatan dan jabatan pegindahan bandar. Semasa berada di jabatan logistik saya telah diberikan ketua bahagian iaitu En Noor Azran bin Nordin, Saya telah diberikan fail meja PPKP Azran untuk dijadikan bahan rujukan dan tugasan IK semasa berada dijabatan logistik. Semasa berada di jabatan logistik saya telah mencari maklumat untuk membuat (final projek). Pada minggu yang ke-2 pada hari isnin saya tidak hadir ke jabatan logistik kerana mempunyai urusan universiti di shah alam, cuti telah diluluskan oleh PPKP Azran. Pada hari selasa saya telah diberikan tugasan untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa teknikal perlesenan permohonan lesen iklan dan premis yang dipengerusikan oleh pengarah perlesenan iaitu Tuan Haji Abdul Aziz bin Majid. Mesyuarat tersebut diadakan pada setiap minggu. Pada hari rabu pula saya telah berjumpa dengan En Hisyam untuk mendapatkan idea berkenaan dengan perangkap minyak. Pada hari khamis saya telah diberikan tugasan oleh pembantu tadbir awam untuk membuat laporan kerja di jabatan logistik .Pada hari jumaat saya telah menghadiri perhimpunan bulanan di Dewan Taming Sari yang diadakan pada setiap bulan di MBMB. Pada minggu yang ke-3 pada hari isnin 26.12.2011 adalah cuti am bagi negeri Melaka sempena hari khristmas. Pada hari selasa ,saya telah mencari maklumat dan bahan bacaan di bilik sumber untuk membuat final projek. Saya juga telah berbincang dengan PPKP Azran dan PPKP Ana untuk membuat final projek saya semasa berada di jabatan logistik selama sebulan. Semasa berada di jabatan logistik saya telah memilih tajuk perangkap minyak

untuk dijadikan tajuk final projek saya, PPKP Azran dan PPKP Ana telah bersetuju dengan tajuk final projek yang saya akan buat. Saya telah diberikan masa selama 2 minggu oleh PPKP Azran untuk menyiapkan proposal projek saya sebelum dihantar kepadanya. Pada hari rabu saya telah menghadiri perhimpunan rasmi di jabatan logistik selepas menghadiri perhimpuanan saya telah diberikan kebenaran oleh PPKP Azran untuk mendapatkan datadata daripada jabatan logistik berkenaan dengan perangkap minyak. Saya juga telah mendapat bahan bacaan dari bilik sumber berkenaan dengan kajian pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air sungai Melaka untuk dijadikan bahan rujukan final projek saya. Pada hari khamis pula saya membaca bahan bacaan yang disediakan di jabatan logistik seperti buku-buku akta ,membaca laporan kerja PPKP Azran ,membaca fail meja PPKP Ana dan laporan kajian pencegahan pencemaran sungai Melaka dan mencari maklumat berkenaan dengan occupational safety and health (OSHA). Pada hari jumaat saya juga telah membuat pemeriksaan perangkap minyak di caf jabatan logistik untuk mengetahui bagaimana perangkap minyak berfungsi. Pada minggu yang ke -4 pada hari isnin 2.1.2012 adalah cuti am bagi negeri Melaka sempena tahun baru. Hari selasa saya telah mengumpul maklumat di internet dan bilik sumber untuk dijadikan rujukan soal kaji selidik bagi perangkap minyak. Selain itu saya telah membuat tinjauan perangkap minyak di bengkel jabatan logistik. Pada hari rabu saya telah diberikan tugasan untuk membuat laporan berkenaan dengan kesihatan dan keselamatan di jabatan logistik dan membuat semakan pada proposal perangkap minyak untuk disemak oleh PPKP Azran sebelum dihantar kepada supervisor saya di universiti Shah Alam iaitu En Azam mustafa pada 20 january 2012. Pada hari khamis saya telah diberikan laporan oleh PPKP Azran untuk dijadikan bahan rujukan final projek, selain itu saya telah menunjukan diari harian saya kepada PPKP Azran untuk ditandatangan. Pada hari jumaat saya telah membaca fail keratan akhbar aduan MBMB dan membaca kertas kerja tentang isu pencemaran alam sekitar (effluent dan kumbahan). Pada minggu yang ke-5 , minggu terakhir di jabatan logistik pada hari isnin saya perlu menyiapkan proposal perangkap minyak untuk dihantar kepada PPKP Azran dan PPKP Ana untuk semakan yang terakhir sebelum saya mengahantar proposal saya pada pihak Universiti sebelum 20 jan 2012. Selain itu saya telah diberikan tugasan untuk menyiapkan laporan (contractor work permit (safety) untuk penolong pengarah iaitu Puan Aznitah. Pada hari selasa saya menunjukan laporan cadangan perangkap minyak kepada PPKP Ana dan telah membuat semula pembetulan laporan cadangan perangkap minyak yang dibaiki oleh PPKP

Ana. Saya juga mencari maklumat berkenaan dengan perangkap minyak di jabatan logistik untuk mendapatkan indeks kualiti air (IKA) bagi tahun 2009 sehingga 2010. Selain itu saya juga telah merangka borang kaji selidik mengenai perangkap minyak untuk dihantar kepada premis makanan di MBMB untuk mendapatkan keputusan final projek saya. Pada hari rabu saya menghantar laporan (contractor work permit (safety) kepada Puan Aznitah. Membaiki semula laporan cadangan perangkap minyak , dan membaca rekod keputusan sampel loji rawatan kumbahan (MBMB) dan menyemak fail kompaun yang telah diberikan oleh PPKP Ana. Pada hari khamis saya telah berjumpa dengan Puan Aisyah dan Puan Juhaini di pejabat pengurusan untuk membincangkan penempatan bagi sesi latihan praktikal di jabatan perlesenan dan kesihatan pada 16 jan 2012. Pada hari terkahir saya di jabatan logistik saya telah berjumpa dengan En Hairol (juruteknik mekanikal) untuk berbincang mengenai (water sampling) penerangan telah diberikan oleh En Hairol. Keputusan sampel inlet dan outlet loji rawatan kumbahan telah diberikan oleh PPKP Ana untuk dijadikan bahan rujukan final projek saya.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(MOHAMAD SHAHRUL IMMAN BIN SENAN)