laporan unit logistik

Upload: azmiaina

Post on 01-Mar-2016

232 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

PENDAHULUAN

Seminar yang diadakan ini, merupakan satu program wajib yang harus dilaksanakan oleh Tenaga Pengajar GIATMARA Program Diploma Pendidikan Teknik dan Vokasional (PDPTV) untuk mendapat kelayakan serta memenuhi kehendak proforma bagi subjek Pengajian Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional. Tenaga Pengajar GIATMARA akan melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa masing-masing seperti yang telah dirancang lebih awal bagi menlancarkan program ini.

Pada dasarnya program ini akan dilaksanakan dan dikendalikan oleh jawatankuasa yang terlibat mengikut terma dan syarat penggunaan kawasan sekitar kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai Negeri Sembilan. Segala pelaksanaan program ini juga akan dipantau oleh pengerusi dari semasa ke semasa bagi memastikan program ini terlaksana dan berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki.

SKOP TUGASAN UNIT LOGISTIK SEMINAR PENGAJIAN KURIKULUM

Mendapatkan senarai keperluan dewan kuliah, bilik mesyuarat & menguruskan tempahan bilik tersebut dengan pengurusan pihak IPGM Teknik. Memastikan penyediaan signage bagi lokasi dan tempat majlis berlangsung Menyediakan dan memasang backdrop, banting dan juga banner Menyediakan keperluan untuk seminar seperti kemah, kerusi, meja dan sebagainya. Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa seminar dijalankan dan dikemas dan dikembalikan semula ke tempat asal. Memastikan kawalan keselamatan dan trafik teratur di kawasan letak kenderaan dan kemah pameran di luar dewan seminar. Memastikan kebersihan bilik-bilik VIP, tandas, tempat makan dan lain-lain . Memastikan semua keperluan bilik seminar dan bilik makan tersedia dan mencukupi. Menguruskan keperluan dan melantik individu yang bertanggungjawab (pasukan bantuan teknikal) ke atas pengawalan keperluan teknikal semasa majlis berlangsung.

LAPORAN PENUH AKTIVITIUnit logistic yang ditubuhkan oleh jawatankuasa seminar telah mula bergerak sebelum mesyuarat pertama diadakan iaitu selepas perlantikan oleh pengerusi program. Jawatankuasa yang dilantik telah memahami skop tugas serta tanggaungjawab yang telah diberi. Ini kerana , setiap AJK yang dilantik merupakan pemegang amanah di dalam bidang yang diberikan. Tiada permasalahan yang berlaku di peringkat perbincangan, mesyuarat dan juga perlaksanaan . Sebelum mesyuarat jawatankuasa seminar diadakan buat kali pertama, unit teknikal telah berbincang mengenai pembahagian skop tugasan. En Salehuddin Bin Mohamed Sowami telah di lantik sebagai Ketua Penyelaras Unit Logistik, manakala En Mohd Azmi Bin Ismail telah dilantik sebagai ajk kebersihan dan manakala En. Shamsul Azhar Bin Toyeban telah dilantik sebagai ajk keselamatan. Namun demikian kami semua bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan tugasan dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan logistic, kebersihan dan keselamatan.Unit Logistik telah memutuskan bahawa cadangan peralatan dan keperluan yang berkaitan dengan keperluan Seminar Pengajian Kurikulum akan dibentangkan mengikut kesesuaian dan keperluan seminar tersebut. Oleh yang demikian cadangan sumber peralatan dan keperluan juga telah dicadangkan dan dibentangkan agar kos yang dikeluarkan oleh unit logistik tidak terlalu tinggi dan tidak di anggap membazir.Proses pergerakan dan perlaksanaan unit logistik berjalan dengan sangat baik seperti yang di arahkan oleh Pengerusi Seminar dan seperti yang terkandung dalam tugasan unit logistik. Tugasan logistic sangat besar dan berat kerana bukan sahaja melaksanakan tugasan semasa sebelum seminar berlangsung, bahkan juga semasa seminar berjalan dan sehinggalah seminar tamat dan selesai. Tugas unit logistic bukan hanya tertumpu kepada di dewan seminar bahkan luar dewan termasuk ditapak pameran. Perjumpaan, kerjasama dan koloborasi bersama beberapa pihak yang di anggap tunjang kepada Unit Logistik telah dilaksanakan bagi memudahkan segala urusan serta mengelakkan kesukaran serta kesulitan yang boleh menjejaskan perjalan seminar pengajian kurikulum dengan baik. Proses lawatan tapak serta pinjaman pelbagai peralatan dan keperluan dengan pihak yang berkaitan semasa melaksanakan tugasan unit logistic ini juga telah di buat agar proses tersebut tidak lewat dan menjejaskan perlaksanaan seminar ini. Setelah dibuat perbincangan dan dianalisa keperluan yang berkaitan dengan seminar pengajian kurikulum ini, maka unit logistic memerlukan kos tambahan untuk menampung segala keperluan peralatan. Tetapi oleh budget dan peruntukan adalah terhad maka kos tersebut telah dipotong oleh pihak bendahari. Sebagai alternatif, unit logistic terpaksa menjimatkan kos kepada peruntukan zero dan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk mendapatkan bantuan dan keperluan peralatan yag akan digunakan semasa seminar tersebut. Contohnya untuk mendapatkan bantuan kemah, pihak unit logistic akan bekerjasama dan meminta bantuan daripada pihak pengurusan stor IPGM. Peralatan kebersihan, unit logistic telah bekerjasama dengan pihak penyelia tukang cuci untuk membantu dan menyediakan peralatan kebersihan tersebut. Untuk kawalan keselamatan, unit logistic telah bekerjasama dengan pihak kawalan keselamatan IPGM untuk mengawal lalulintas dan mengawal keselamatan perjalanan seminar sehingga selesai. Pihak IPGM juga telah bersetuju untuk memberi kebenaran dengan menggunakan sumber-sumber yang ada di IPGM Teknik ini dalam menyediakan keperluan-keperluan lain untuk majlis seminar seperti penggunaan dewan kuliah, penggunaan bilik mesyuarat, penggunaan bilik unit kaunseling, penggunaan bilik kuliah dan tutorial, penggunaan kerusi, meja dan sebagainya dalam memenuhi tuntutan dan keperluan program seminar tersebut. Sesi perbincangan akhir bagi unit logistic telah dilaksanakan sebelum seminar berlangsung dengan menyiapkan tugasan jawatankuasa. Sesi pemasangan kemah, penyediaan kerusi dan meja, pemasangan papan tanda arah, keperluan di dewan seminar telah dilaksanakan pada 24 September 2014 yang dilakukan sendiri oleh Unit Logistik Jawatankuasa Seminar Pengajian Kurikulum itu sendiri. Perjalanan, pergerakan dan perlaksanaan unit teknikal pada seminar ini berlangsung dengan baik dan teratur. Ini adalah disebabkan jawatankuasa logistik telah bergerak pada peringkat awal serta mengikut perancangan yang telah dipersetujui bersama. Pihak logistic berusaha untuk mengatasi segala masalah yang berkaitan dengan unit ini dan mengelakkan daripada melakukan kerja dan tugasan pada saat akhir. Ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan perjalanan seminar tersebut. Namun beberapa aspek masalah yang berkaitan dan dihadapi oleh unit logistic juga tidak dapat dielakkan. Ini berlaku apabila tarikh perlaksanaan majlis seminar ini terpaksa ditunda daripada 23 September kepada 25 september diatas beberapa sebab dan masalah yang tidak boleh dielakkan. Pihak logistic terpaksa turun naik di pejabat pengurusan IPGM untuk merangka plan baru kepada perkara yang dirancang untuk ditunda tarikhnya kepada tarikh yang baru. Antara masalah lain yang dihadapi oleh unit logistic adalah bebanan kerja yang bertambah kerana melibatkan program diluar dewan iaitu pelbagai pameran yang dianjurkan oleh pelajar GIATMARA bagi menyerikan lagi majlis. Perkara yang diluar jangkaan ini untuk menganjurkan seminar yang lebih besar menyebabkan unit logistic dengan jumlah tenaga kerja yang seramai tiga orang tidak mampu untuk menampung semua bebanan dan tekanan kerja yang berlebihan. Tetapi Alhamdulillah dari usaha gigih yang tidak pernah mengenal erti jemu dan putus asa serta kerjasama daripada kawan-kawan, segala masalah dan bebanan kerja tersebut dapat diatasi dengan baik dan dijayakan bersama. Inilah merupakan cabaran dan dugaan yang perlu kami tempuh bagi menjayakan program yang telah kami rancang sekian lama. Selain daripada itu semasa seminar sedang berlangsung, jawatankuasa unit logistic kena sentiasa bersedia dengan keperluan tambahan yang diperlukan oleh jawatankuasa urusetia seminar yang lain, peserta seminar serta peserta yang terlibat dengan pameran. Setiap keperluan dan tuntutan mereka terpaksa dan perlu diatasi dan dilaksanakan oleh jawatankuasa logistic dengan baik dan berhemah. Setelah seminar berakhir dan selesai dilaksanakan, sekali lagi jawatankuasa unit logistic perlu mengerah keringat yang semakin letih tidak bermaya memastikan dewan seminar atau dewan kuliah dibersihkan daripada sampah sarap dan segala keperluan dan peralatan dikemaskan dan dipulangkan kepada tempat yang sepatutnya. Dibahagian luar dewan seminar pula segala banner, banting dan kemah perlu dibuka dan dikemaskan. Segala kerusi meja bilik kuliah dan bilik tutorial juga perlu dikemaskan dan dibersihkan dengan baik bagi mengelakkan sebaran aduan dan komplen sesetengah pihak. Secara ironinya tugasan logistic ini sangat berat, banyak dan mencabar untuk dilaksanakan apatah lagi tenaga kerjanya hanya lah seramai tiga orang tidak sepert pelajar PISMP IPGM Teknik yang jumlah tenaga kerjanya terlalu ramai dan sangat kompetetif dalam menganjurkan dan melaksanakan program seminar yang besar seperti Seminar Pengajian Kurikulum PTV2012.

KESIMPULAN KESELURUHANSekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa Unit Logistik yang telah membanting tulang serta berhempas pulas di dalam menyempurnakan tugasan yang telah diberikan. Semoga jawatankuasa logistik yang dilantik pada program seminar ini dapat bekerjasama di masa akan datang walaupun di lain program. Ini adalah kerana, di antara kami yang dilantik telah mendapat satu keserasian, kerjasama yang baik dan persefahaman yang padu di antara kami. Walaupun kami berlainan usia , namun itu bukan merupakan batasan untuk unit kami bekerja dengan lebih baik lagi. Asas di dalam kerja berkumpulan adalah mengetahui tanggungjawab masing-masing dan amanah untuk melaksanaknnya dengan baik seperti yang telah diberi. Setiap amanah dan tugasan yang diberikan perlulah dilaksanakan dan diselesaikan sebelum sesuatu majlis bermula, semasa dan hinggalah sesuatu majlis tersebut selesai. Pihak kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak IPGM, kawan-kawan seperjuangan serta pihak-pihak yang berkaitan samaada terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kami. Laporan ini telah disediakan oleh saudara Mohd Azmi Bin Ismail, iaitu salah seorang jawatankuasa unit logistic. Semoga kami semua dapat bekerjsama lagi serta meningkatkan mutu yang lebih berkualiti di masa akan datang. Insyallah. Sekian terima kasih.

REFLEKSIBersyukur kepada Tuhan kerana kami telah diberi peluang untuk melaksanakan Program Seminar Pengajian Kurikulum 2014 bagi Subjek PTV2012 di bawah pengendalian pensyarah yang berbahagia Tuan Haji Suhaimy Bin Ahmad yang telah dijalankan di Isntitut Perguruan Malaysia, Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Program Seminar ini telah dilaksanakan dan dianjurkan oleh pelajar-pelajar semester 1 Program Diploma Pendidikan Teknik dan Vokasional GIATMARA (PDPTDV 1 GIATMARA). Program seminar ini telah dilaksanakan dan dijayakan pada 25 September 2014, Khamis, jam 8.30.am di Dewan Kuliah IPGM Teknik itu sendiri.Alhamdulillah, Seminar Pengajian Kurikulum Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV2012) dibawah lembayung tajuk tema semianar iaitu Kemahiran Teknikal Merealisasikan Wawasan 2020 telah berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya. Seminar ini merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Pelajar GIATMARA sebagai memenuhi syarat didalam proforma subjek Pengajian Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional PTV2012 yang memberikan tugasan penganjuran Seminar Pengajian Kurikulum ini yang memperuntukkan markah wajaran 40% daripada 50% markah tugasan projek atau kerja kursus. Manifesto seminar ini dilaksanakan adalah dalam usaha melahirkan tenaga pengajar yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi dalam melaksanakan ilmu yang telah disampaikan oleh pensyarah kami yang arif lagi bijaksana iaitu Tuan Haji Suhaimy Bin Ahmad dan En. Muharam Bin Gaya. Kami dikehendaki merancang dan menganjurkan satu seminar dalam bentuk kelas seperti yang diminta oleh pensyarah dengan menjemput pakar-pakar dari pelbagai bidang kurikulum bagi mendapatkan maklumat mengenai pengurusan, pengorganisasian, rekabentuk dan penilaian, seterusnya isu-isu semasa dalam perlaksanaan kurikulum PTV ini. Bagi menjayakan program seminar ini seperti yang dirancang oleh pensyarah kami, maka kami perlu membuat pemerhatian awal dalam penyediaan seminar kajian kurikulum ini. Pemerhatian yang kami lakukan mestilah merangkumi aspek rekabentuk seminar, organisasi jawatankuasa, pengurusan keselamatan, kewangan dan personel serta pengendalian bahan dan alatan. Diakhir tugasan seminar ini kami perlu merangka satu cadangan dan pelan tindakan untuk penambahbaikan dalam pengurusan seminar pengajian kurikulum tersebut. Yang pastinya kami pelajar-pelajar GIATMARA bukan hanya sekadar perlu mempunyai kekuatan menguasai ilmu daripada pensyarah subjek PTV2012 ini bahkan perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya iaitu dengan penguran seminar kurikulum 2014 ini. Skop tugasan seminar pada semester satu kali ini telah mengkehendaki kami melaksanakan tugasan sebagai jawatankuasa unit logistik setelah dilantik oleh Pengerusi Seminar iaitu saudara Harfic Hanifah Bin Suhaili. Dalam unit ini kami telah diberikan tiga ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Saudara Salehuddin Bin Mohamed Sowami sebagai ketua penyelaras unit logistik, Saudara Mohd Azmi bin Ismail sebagai AJK Kebersihan dan saudara Shamsul Azhar Bin Toyeban sebagai AJK Keselamatan. Seminar ini merupakan tugasan yang wajib yang perlu dijalani oleh semua pelajar PDPTDV-GIATMARA Semester 1 yang merupakan fasa terakhir dalam melengkapkan tugasan projek dan kerja kursus subjek PTV2012. Oleh itu, kami telah diberikan tugasan dalam unit logistik dan dua jawatankuasa kecil bagi menguruskan program tersebut. Beberapa mesyuarat telah diadakan bagi melancarkan program ini. Tuan Haji Suhaimy Bin Ahmad dan Encik Muharam Bin Gaya selaku pensyarah dan pegawai penilai kami dari Jabatan Mekanikal, Unit Rekabentuk Teknologi yang telah berusaha gigih tanpa rasa jemu membimbing, banyak membantu dan menjadi rujukan ahli jawatankuasa sepanjang program seminar ini dijalankan. Kami sangat menghargai dan mengucapkan jutaan terima kasih yang terhingga kepada Tuan Haji Suhaimy dan En. Muharam diatas segala jasa baik dan sumbangan yang telah diberikan.Program Seminar Pengajian Kurikulum Pendidikan Teknik Dan Vokasional ini telah memberikan impak positif yang sangat besar dalam diri saya sebagai orang yang bertanggungjawab menyiapkan laporan ini serta kepada dua orang rakan saya iaitu Saudara Salehuddin dan Saudara Shamsul sebagai seorang pelajar di dalam IPGM Teknik dan Tenaga Pengajar di GIATMARA Malaysia. Dimana penganjuran seminar ini telah mendidik saya dan dua orang rakan saya agar senantiasa bersedia berhadapan dengan pelbagai cabaran yang semakin mencabar dalam pelbagai aspek. Pertama sekali, saya sedar bahawa dalam hidup ini manusia perlu membuat suatu perubahan untuk menjadi yang lebih baik. Hal ini demikian kerana ia akan menentukan siapa diri kita pada masa hadapan. Begitulah apa yang saya dan dua orang rakan saya didalam jawatankuasa unit logistik ini rasakan. Menurut teori dan konsep Tnj. HJ. Ishak bin Ali Shah, beliau mendefinisikan perubahan sebagai satu penukaran atau satu pelakuan yang tidak stabil kepada yang lebih stabil. Perubahan juga merupakan suatu yang kekal dan ia bukannya sementara. Perubahan ini merupakan suatu proses yang panjang dan secara umumnya perubahan biasanya untuk ke arah yang lebih baik. Hal ini bermakna kita perlu mencari kelemahan yang perlu dilakukan agar perubahan kita menjadi lebih baik. Jadi, sekiranya kita sebagai seorang guru dan tenaga pengajar dapat memberikan didikan yang sempurna kepada pelajar-pelajar, seperti membantu mereka membanding beza antara kebaikan dan keburukan, cara yang sopan dan beretika dalam melakukan semua perkara, dengan pengisian dan analisis kurikulum yang komprohensif maka adalah tidak menjadi masalah bagi mereka apabila mereka pergi ke kumpulan masyarakat yang lebih besar, bekerja di sektor industri dan ketika bersosial dengan orang ramai.Melaksanakan seminar pengajian kurikulum ini juga telah memberikan kesan positif yang amat mendalam terhadap kerjaya saya sebagai tenaga pengajar. Hal ini demikian kerana daripada penganjuran seminar ini, saya sedar bahawa sebagai seorang tenaga pengajar yang mempunyai etika sosial yang sempurna, kita haruslah sentiasa mengamalkan sifat tawaduk, atau sikap merendah diri tidak kira di mana sahaja. Apatah lagi untuk bekerjasama dan meminta pertolongan daripada orang lain. Sememangnya semua orang harus bersikap merendah diri dan tidak sombong, terutamanya terhadap pihak yang berkuasa mengorganisasi sesuatu jabatan di IPGM Teknik, orang yang lebih tua, berpengalaman dan veteren daripada kita. Jika tidak, kita akan sentiasa dilebelkan dengan istilah angkuh, sombong dan banyak lagi perkataan yang tidak sedap didengar dan negatif. Yang lebih teruk lagi, sekiranya kita tidak dapat bekerjasama dengan mereka dan permintaan kita terhadap sesuatu perkara tidak mereka endahkan atau pedulikan kerana kita dilebelkan dengan istilah-istilah yang disebutkan di atas. Oleh yang demikian, saya dan dua orang kawan saya perlu sentiasa mengawal tingkah laku, pertuturan dan pemikiran dengan rendah diri agar dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan semua pihak meskipun tarafnya hanyalah seorang pengawal keselamatan dan tukang cuci. Selepas mendengar ceramah yang disampaikan oleh panel-panel didalam seminar pengajian kurikulum ini saya dapat menyedari bahawa seorang pendidik tugasnya bukan hanya sekadar mengajar, malah turut mendidik pelajar di GIATMARA agar menjadi modal insan yang berguna selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini bermakna betapa pentingnya Pengurusan Kurikulum, Pembangunan Kurikulum, Analisis Huraian Sukatan Kurikulum, Penilaian Kurikulum dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa objektif penganjuran seminar ini berjaya dicapai di mana pensyarah kami yang bijaksana dan tegas Tuan Haji Suhaimy Bin Ahmad telah membuat posmotem dan memberikan maklumbalas yang sangat positif diatas usaha dan penat lelah kami selama berminggu-minggu. Usaha dan penat lelah kami tidak menjadi sia-sia setelah pensyarah kami memberi penilaian dan memberikan markah yang baik kepada kami semua. Pensyarah kami Tn. Haji Suhaimy Bin Ahmad telah menunjukkan ciri-ciri kualiti peribadi pensyarah dan pegawa penilai yang profesional kerana dengan jelas dan terperinci melaksanakan tanggungjawabnya mendidik dam membimbing kami sehingga berjaya menganjurkan program seminar yang sangat besar. Pensyarah kami juga telah menyuntik inspirasi kepada kami agar dapat mengaplikasikan segala apa yang telah diajar semasa di GIATMARA masing-masing kelak. Besar harapan saya agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana begitu banyak manfaat yang diperoleh. Melalui program ini, pelajar seperti saya dapat mengenal diri serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah membina Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional dengan lebih baik secara berterusan. Sekian penulisan refleksi daripada saya, Mohd Azmi Bin Ismail.

lampiran

AKTIVITI DAN TUGASAN SEBELUM SEMINAR BERLANGSUNG

AKTIVITI DAN TUGASAN SEBELUM SEMINAR BERLANGSUNG

21