report ctu

17
PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahiim... Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan. Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kami Kumpulan 3 dari kumpulan AP220 3A Ijaah !arjana "uda !ains #kur dan $e%matik telah berjaya menyiapkan tugasan &'# ((( )"alaysian *ist%ry+ berdasarkan temp%h yang telah diberi. !etinggi tinggi penghargaan diucapkan kepada #staah -r Nur*idayah Bt *ashim, selaku pensyarah &'# ((( )"alaysian *ist%ry+ #ni ersiti 'ekn%l%gi "ara !hah Alam, yang telah banyak memberi panduan serta d%r%ngan dan bimbingan sepanjang kami menjalankan tugasan ini. Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya lap%ran kajian ini. #capan terima kasih ditujukan khas buat ahli kumpulan yang telah memberi kerjasama sepanjang menyiapkan tugasan ini. !ekalung budi juga buat sahabat sahabat dari kumpulan AP220 3A yang telah banyak memberi kerjasama dengan menumpukan perhatian sepanjang perbentangan dijalankan. Akhir kata , kami ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih dan hanya A//A* yang mampu membalas jasa baik semua.

Upload: nor-adira

Post on 04-Nov-2015

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahiim...Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan. Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kami Kumpulan 3 dari kumpulan AP220 3A Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik telah berjaya menyiapkan tugasan CTU 555 (Malaysian History) berdasarkan tempoh yang telah diberi.Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustazah Dr NurHidayah Bt Hashim, selaku pensyarah CTU 555 (Malaysian History) Universiti Teknologi Mara Shah Alam, yang telah banyak memberi panduan serta dorongan dan bimbingan sepanjang kami menjalankan tugasan ini.

Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya laporan kajian ini. Ucapan terima kasih ditujukan khas buat ahli kumpulan yang telah memberi kerjasama sepanjang menyiapkan tugasan ini.Sekalung budi juga buat sahabat-sahabat dari kumpulan AP220 3A yang telah banyak memberi kerjasama dengan menumpukan perhatian sepanjang perbentangan dijalankan. Akhir kata , kami ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih dan hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik semua.

USAHA KERAJAAN UNTUK MENINGGIKAN EKONOMI ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA

Dasar ekonomi merupakan satu dasar yang dirangka secara teratur dan tersusun oleh kerajaan bagi memastikan rakyat dapat menikmati kekayaan tanpa mengira kaum atau agama. Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah merancang dasar-dasar pembangunan ekonomi yang bersesuaian dengan pengalaman sejarah dan keperluan rakyatnya. Rancangan-rancangan tersebut telah menghasilkan keseimbangan ekonomi dan meletakkan negara di atas platform yang betul dalam memacu pembangunan negara. Proses perkembangan ekonomi juga dirangka bagi membolehkan semua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi.

SEJARAH STRUKTUR EKONOMI MALAYSIA1. ERA PRA PENJAJAHAN

Ekonomi tradisionalMengamalkan sistem ekonomi tradisional iaitu bersifat sara diri seperti melombong bijih timah, menanam padi, memungut hasil hutan, menternak binatang dan menangkap ikan. Lebihan hasil yang diperoleh akan ditukarkan dengan barangan lain menggunakan kaedah sistem barter.

Ekonomi daganganPenduduk tanah Melayu melakukan kegiatan pertanian dan perlombongan secara kecil-kecilan. Sebelum kedatangan British, orang Melayu telah memasarkan hasil bijih timah ke China, India dan Jepun. Masyarakat Melayu menggunakan bijih timah untuk membuat gendang gangsa, alatan senjata dan alatan muzik seperti gong.

2. ERA PENJAJAHANEkonomi tanah Melayu pada masa ini lebih bersifat dwi ekonomi iaitu tradisional dan kapitalis. Era Penjajah BritishEkonomi tanah Melayu pada mengamalkan Ekonomi Dagangan Komersial seperti sistem pertanian komersial, perusahanaan getah, penggunaan tenaga buruh luar, industri perlombongan, dasar British terhadap pekebun kecil serta institusi kewangan.

Era Penjajahan JepunPada era ini, tanah Melayu telah mengalami kemerosotan ekonomi. Inggeris telah menjalankan Dasar Bumi Hangus menyebabkan semua bekalan bahan mentah musnah. Tujuan Inggeris berbuat demikian adalah bagi menghalang pembangunan pertanian. Urusan perdagangan telah dihalang oleh tentera berikat menyebabkan ekonomi di Tanah Melayu semakin luput. Kesan kemerosotan ekonomi telah menyebabkan penduduk tanah Melayu terpaksa menjalankan ekonomi sara diri kerana berlakunya catuan makanan. Waktu itu nilai wang adalah terlalu rendah maka berlakulah peningkatan kadar inflasi. Masyarakat lebih tertumpu kepada pekerjaan sendiri. Disebabkan kesempitan hidup, telah berlaku kecurian atas desakan ketika itu.3. EKONOMI SELEPAS MERDEKASistem dasar ekonomi model telah diperkenalkan. Antaranya adalah :-

DASAR PECAH DAN PERINTAHAntara faktor wujudnya dasar pecah dan perintah :- Sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat usaha penyatuan Bagi mengekalkan penduduk peribumi di kampung Mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Dasar ini telah menjadi punca wujudnya pengelasan kaum dari segi pekerjaan dan sistem pelajaran di antara Melayu, Cina dan India. Orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan. Orang cina pula di bandar yang menjalankan perniagaan dan perlombongan. Manakala orang india sebagai buruh kasar dan pekerja ladang. Kepincangan ini telah menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ekoran daripada peristiwa tersebut kerajaan telah merangka satu dasar bersepadu iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB).

DASAR EKONOMI BARUSebelum tahun 1969, amalan DEB diberi keutamaan menyebabkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum di negara kita. Kesannya terdapat jurang sosioekonomi antara kaum dan berlaku RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969. Bagi mengatasi masalah tersebut, DEB secara keseluruhannya bermatlamatkan SERAMPANG DUA MATA.Antara matlamat tersebut adalah :- Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan tanpa mengira kaum. Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.MASALAH YANG BELUM DISELESAIKAN SEMASA RANCANGAN MALAYSIA (RMK) KEDUA :JURANG EKONOMI ANTARA : Bumiputera dengan bukan bumiputera Desa dan Bandar Negeri pantai barat dengan pantai timur Negeri di semenanjung tanah melayu dengan Sabah dan SarawakSTRATEGI DEB Meningkatkan taraf kehidupan orang miskin Menyeimbangkan penyertaan pelbagai kaum dalam semua sektor Menaik taraf kaum bumiputera dalam sektor produktif Memastikan 30% perdagangan dan perindustrian dikuasai orang melayu dan kaum bumiputera

Secara keseluruhannya, DEB telah berjaya meningkatkan taraf kehidupan kaum bumiputera dan mencapai matlamat membasmi kemiskinan, tetapi penyusunan semula guna tenaga kerja perlu diperhebatkan lagi memandangkan orang melayu masih kurang melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan pertanian.

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUNRANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960) Matlamat utama memulihkan perusahaan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk Tubuh RIDA untuk rancangan pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur masyarakat desa.(1966 ditukar kepada MARA) LKTP 1956 bagi membuka tanah baharu untuk tujuan penempatan semula, menambah hasil pertanian dan meningkatkan taraf hidup penduduk (1971 ditukar kepada FELDA)RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965) Digubal oleh pemerintah Malaya sendiri Menyediakan kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi Bermatlamat mengurangkan perbezaan taraf hidup, mewujudkan peluang pekerjaan dan kemudahan kesihatan, pelajaran dan perumahan Penubuhan sistem Bilik Gerakan bagi menyelaraskan kegiatan ekonomi di kampung dan daerahRM-1 (1966-1970)Bermatlamat : Mempelbagaikan kegiatan ekonomi Mewujudkan peluang pekerjaan Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber Mempercepat integrasi Beri tumpuan kepada perindustrian gantian-import dan perusahaan pembuatan. Penubuhan FELDA, FELCRA, MARDI, MIDARMK-2 (1971-1975)Bermatlamat antaranya : menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan perbezaan ekonomi antara sektor dan kaum agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor mengurangkan jurang perbezaan pendapatan. memperbaiki taraf hidup penubuhan DEB, KEJORA, DARA, PERNAS, UDA, RISDA, LPPRMK-3 (1976-1980) Memperkenalkan rancangan pembangunan wilayah dengan penumpuan kepada penanaman kelapa sawit dan getah Meneruskan usaha pembangunan pertanian dan perindustrian Penubuhan KETENGAH, KESEDARRMK-4 (1981-1985) & RMK-5 (1986-1990) Memperkemaskan program pembangunan ekonomi Penekanan kepada pertanian, perindustrian serta sektor industri berat Rancangan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan serta pembukaan kawasan perusahaan baharu 1979, PNB ditubuhkan untuk uruskan pelaburan Skim Amanah Saham Nasional (yang diperkenalkan 1981).RMK-6 (1991-1995) & RMK- 7(1996-2000)Strategi bermatlamat: Meningkatkan kecekapan dan daya saing serta menggalakkan penglibatan swasta Mengurangkan penyertaan langsung sektor awam Mengekalkan dasar liberisasi serta pelonggaran peraturan Menggalakkan perindustrian menggunakan teknologi canggih Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal Pengenalan Dasar Pembangunan Nasional lanjutan kepada DEB RMK-8 (2001-2005) & RMK-9 (2006-2010) Strategi utama: Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi Meluaskan penggunaan ICT Memupuk dan menyemai nilai positif dan nilai murni Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan Membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan Menekankan pembangunan ekonomi, sosial, modal insan dan projek-projek pertanian diberi keutamaan Pengenalan Dasar Wawasan NegaraRMK-10 (2011-2015) 10 Premis Utama RMK10

1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara2. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa3. Mentransformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan4. Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.7. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif.9. Menghargai khazanah alam sekitar.10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

5 Teras Strategik

1. Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Prestasi Petunjuk Utama (KPI).2. Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.3. Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.4. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.5. Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

Tumpuan PembangunanPeruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9. Beberapa tumpuan utama dalam RMK10 termasuklah: Tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka Selaras dengan langkah untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam, sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA. Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan. Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.Selain itu, kerajaan turut memberi tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) iaitu:1. Minyak dan gas2. Minyak sawit dan produk berkaitan3. Perkhidmatan kewangan4. Pemborongan dan peruncitan5. Pelancongan6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)7. Perkhidmatan Pendidikan8. Elektrik dan elektronik9. Perkhidmatan perniagaan10. Penjagaan kesihatan swasta11. Pertanian12. Greater Kuala Lumpur

52 projek berimpak tinggi bernilai RM63 bilion diwujudkan Undang-undang kebankrapan dipermudah Sekolah Amanah akan diperkenalkan Dana Mudahcara (Facilitation Fund) Pembangunan Inovasi Pemilikan Ekuiti Bumiputera Meningkatkan Pendapatan Isi Rumah Pemberian Subsidi Projek Jalur Lebar Lebuhraya dan Pengangkutan Bekalan Air dan Loji Rawatan Bekalan Tenaga Perluasan Pelaburan dan Bantuan Modal

DASAR-DASAR AWAM Zaman awal tahun 1960an dan 1970an didapati Malaysia lebih memfokuskan kepada sektor pertanian. Untuk memajukan sektor pertanian pada era tersebut, beberapa badan berkanun telah diwujudkan seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan MARA. Melalui badan ini, masyarakat Melayu telah diberikan sejumlah kawasan tanah untuk ditanam dengan pertanian seperti getah dan kelapa sawit. Daripada jumlah pendapat getah dan kelapa sawit, peneroka dari kalangan orang Melayu membayar balik secara ansuran sehingga harga tanah itu dibayar dan akhirnya tanah tersebut menjadi milik mereka. Kerajaan juga telah menubuhkan institusi penyelidikan bagi membuat kajian dan jaminan mutu pengeluaran hasil pertanian seperti PORIM, PORLA dan lain-lain. Menjelang tahun 1980an dan 1990an, ekonomi Malaysia telah beralih kepada hasil-hasil perindustrian. Sehubungan dengan itu, maka dasar-dasar berkaitan perindustrian pula telah diwujudkan seperti Dasar Penswastaan, Dasar Pandang Ke Timur dan sebagainya. Untuk meningkatkan ekonomi secara berterusan, beberapa strategi pembangunan berteraskan teknologi ICT dan k-ekonomi.

DASAR PENSWASTAAN Melalui Dasar Penswastaan ini, kerajaan telah menswastakan beberapa sektor awam kepada pihak swasta. Di antara alasan mengapa kerajaan perlu melaksanakan dasar penswastaan ialah Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan. Meningkatkan persaingan, membaiki kecekapan dan menambahkan produktiviti. Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian. Mengurangkan saiz dan bilangan sektor alam. Untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru di mana penglibatan bumiputera dalam sektor perindustrian dapat ditingkatkan.

DASAR AUTOMOBIL NASIONAL Meningkatkan kemampuan bersaing sektor automotif tempatan bagi syarikat Pengeluar kereta tempatan Matlamat Dasar Automatif Negara Menjadikan Malaysia sebagai Hub automatif serantau Mengekalkan nilai tambah dan kemampuan ekonomi domestik Meningkatkan jumlah eksport kenderaan, komponen dan alat ganti ke pasaran antarabangsa Meningkatkan penglibatan bumiputera dalam sektor automotif tempatan Untuk memelihara kepentingan pengguna dari segi nilai wang keselamatan dan kualiti produk serta perkhidmatan

ISU ISU UTAMA EKONOMIPERTUMBUHAN DAN AGIHAN1. Pembangunan ekonomi dan masalah social mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain.2. Dua isu yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi ialah isu kemiskinan dan agihan pendapatan menurut golongan etnik yang tidak seimbang.3. Pembaharuan dan pertumbuhan ekonomi yang akan disertai dengan agihan pendapatan yang sama rata dalam kalangan anggota masyarakat.4. Di Malaysia, isu agihan pendapatan dapat dilihat dari dua sudut iaitu :1. Antara kelas social yang berbeza iaitu antara masyarakat kelas atasan, kelas menengah dan kelas bawahan.1. Antara kelompok etnik yang berbeza iaitu antara Melayu, Cina dan India.

PEGANGAN UKUITI1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) kurang berkesan dalam mencapai matlamat jangka panjangnya (1970-1990) dalam menetapkan 30 peratus pegangan ekuiti bumiputera.2. Dalam tempoh itu, pemilikan ekuiti bumiputera tidak banyak berubah walaupun negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat.3. Ekuiti bumiputera dalam syarikat penyenaraian awam iaitu saluran utama mencipta kekayaan masih jauh tersasar daripada objektif 30 peratus.4. Begitu juga dalam kategori guna tenaga bumiputera. Bagi pekerjaan utama peratusan peningkatannya memang signifikan tetapi sebahagian besarnya dalam kategori pendidikan.5. Pemegang jawatan utama khususnya dalam sector korporat masih rendah. Sedangkan, dalam ekonomi sekarang dan mendatang, ia berpaksikan guna tenaga berpendapatan tinggi.6. Dalam aspek pemilikan harta, pemilikan rumah-rumah kedai di kalangan bumiputera amat rendah.7. Untuk membeli rumah-rumah berangkai dua tingkat di Bandar besar, ramai bumiputera kurang mampu memilikinya.KEMISKINAN1. Di Malaysia isu kemiskinan masih lagi menjadi isu utama. Meskipun kemiskinan di Malaysia menyusut secara ketara iaitu daripada 52.4 peratus pada tahun 1970 kepada 17 peratus pada tahun 1990, kesempitan ekonomi masih terus menjadi isu utama bagi ramai rakyat.2. Garis kemiskinan relative diukur berdasarkan pendapatan pendapatan RM760 bagi kawasan semenanjung Malaysia, RM 1050 bagi negeri Sabah dan RM 910 bagi negeri Serawak3. Hakikatnya, 80 peratus rakyat Malaysia hidup dengan pendapatan purata RM 3500 sebulan. Daripada jumlah ini 40 peratus rakyat dengan berpendapatan di antara RM 1501 sebulan hingga RM 3500 sebulan, sementara 40 peratus rakyat lagi berpendapatan di bawah RM 1500.4. Oleh kerana kes kemiskinan dikenal pasti paling banyak dihadapi oleh pekerja di sector pertanian, maka pelbagai institusi berkaitannya telah diwujudkan.5. Selain itu, bantuan lain seperti latihan dan pendidikan, perumahan dan kesihatan juga turut diambil di samping pemberian kebajikan lain misalnya kepada warga usia emas, orang kelainan upaya, ibu tunggal, anak yatim dan sebagainya.

KESAMARATAAN1. Equality atau kesamarataan dan Equity atau keadilan di kalangan rakyat Malaysia telah dijamin oleh perlembagaan.2. Perkara 8 (1) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.3. Ekoran daripada peruntukan perkara 8 (1) dalam perlembagaan telah menimbulkan isu kontroversi berkaitan hak dan keistimewaan orang Melayu yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 153.4. Golongan yang tidak bertanggungjawab telah mempertingkaikan mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera serta menggesa supaya kerajaan menyemak semula Perkara 153.5. Hujah dan isu kontroversi itu sepatutnya tidak timbul kerana ia telah dijawab oleh perkara 8(2) Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahawa: kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warga Negara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pekerjaan.6. Selaras dengan aspirasi perkara 8(2) dan perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia serta pengalaman politik dari peristiwa hitam 13 Mei 1969, maka kerajaan telah merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB).7. DEB dirangka supaya dapat memberi peluang kepada etnik Melayu meningkatkan kemampuan ekonomi agar dapat bersaing dengan kelompok etnik lain terutamanya Cina yang menguasai ekonomi Malaysia.

STRATEGI PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA SEMASA1. Modal Ekonomi Baru (MEB)1. Diperkenalkan pada tahun 2010 yang berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja bermatlamat membantu meningkatkan pendapatan mereka.2. Melalui MEB, pekerja yang lebih inovatif dan kreatif dapat dihasilkan di samping dapat melonjakkan pengeluaran sesuatu produk mereka.3. Matlamat MEB untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dengan rakyat menikmati kualiti hidup yang tinggi hasil pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mapan.4. 3 kompenan MEB;1. Modal insan1. Modal swasta1. Modal social5. Objektif MEB :1. Membolehkan Malaysia menyediakan kemudahan kesihatan dan pendidikan untuk rakyat.1. Membasmi kemiskinan 1. Membina infrastruktur bertaraf dunia1. Menjadi pengeksport utama di peringkat global6. 4 tonggak yang menjadi pendokong kepada kejayaan iaitu ;1. Konsep 1 Malaysia untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang etnik1. RMK10 yang meningkatkan taraf negara1. Program transformasi ekonomi (ETP)1. Wawasan 20207. Inisiatif pembaharuan strategi dalam MEB ;1. Menyuburkan sektor swasta 1. Membangunkan tenaga berkualiti dan mengurangkan kebergantungan pekerja asing1. Mewujudkan ekonomi domestic dan berdaya saing1. Mengukuhkan sektor awam1. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran 1. Membina infrastruktur berasakan pengetahuan1. Meningkatkan sumber pendapatan ekonomi1. Memastikan kebolehmampanan pertumbuhan ekonomi.

1. Program Transformasi Kerajaan (GTP)1. Diperkenalkan pada 2010 untuk mentransformasikan kerajaan supaya lebih agresif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab ke atas pencapaian.1. GTP mencakupi 6 bidang keberhasilan utama negara (NKRA) ;1. Mengurangkan jenayah1. Membanteras rasuah1. Mempertingkatkan pencapaian pelajar1. Meningkatkan taraf kehidupan isi rumah pendapatan rendah1. Menambahkan baik system pengangkutan awam bandar1. PEMANDU iaitu unit pengurusan prestasi dan pelaksanaan ditubuhkan untuk mengurus pelaksanaan program bagi mencapai sasaran di atas.

1. Program Transformasi Ekonomi (ETP)1. Diperkenalkan sebagai agen yang memacu pertumbuhan utama atau Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berdasarkan RMK 10 serta dibantu oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC)1. Melalui ETP, peneraju utama pertumbuhan ekonomi utama negara adalah pihak swasta manakala kerajaan bertindak sebagai fasilitator (pemudah cara) aktif dengan memberi sokongan dari segi sumber dan dasar.1. Untuk merealisasikan ETP kerajaan memainkan peranan penting kerana 70% projek permulaan (EPP) memerlukan kerajaan menukarkan polisi dan regulatori dalam bidang pendidikan dan infrastruktur.1. Apabila pertukaran polisi dan regulatori telah dilakukan pendapatan negara kasar (PNK) akan tercapai.1. Memfokuskan 4 pemboleh ubah polisi dan regulatori ;1. Menggalakkan pelaburan swasta - menarik dan menyokong pelaburan domestik dan asing 1. Pembangunan modal insan menarik tenaga kerja asing ke Malaysia untuk menyokong pertumbuhan di bidang Greater Kuala Lumpur.1. Meningkatkan persekitaran menyeluruh bidang perniagaan mengurangkan kos pematuhan , memansuhkan peraturan dan mempertingkatkan kecekapan operasi kerajaan.1. Melabur dalam infrastruktur seperti jalur lebar dan logistik

1. Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA)1. NKEA atau New Economic Area ialah sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang mempunyai potensi untuk menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.1. NKEA adalah teras kepada ETP1. Greater Kuala Lumpur / Klang Valley1. Minyak , gas, tenaga1. Perkhidmatan kewangan1. Pemborong dan peruncit1. Minyak sawit1. Pelancongan1. Elektrik dan elektronik1. Perkhidmatan perniagaan1. Kandungan komunikasi dan infrastruktur1. Pendidikan 1. Pertanian1. Penjagaan kesihatan 1. Daripada 12 NKEA Greater Kuala Lumpur / klang Valley dipilih daripada geografi untuk bertindak sebagai pemacu kritikal kepada pertumbuhan ekonomi negara kerana 3 kali lebih tinggi daripada kawasan luar bandar1. NKEA lagi terlibat dalam sector industry.

PENDEKATAN ISLAM DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI1. Konsep Islam adalah jawapan untuk semua persoalan .1. Hal ini kerana Islam mengutamakan sifat adil dan memelihara fitrah semula jadi manusia, baik individu mahupun masyarakat secara serentak.1. Sistem ekonomi dalam Islam berdasarkan dua sumber iaitu sumber alam dan sumber manusia.1. Sumber alam seperti1. Pembangunan ekonomi Islam berpaksikan kepada 2 kepentingan iaitu kepentingan individu dan kepentingan masyarakat.1. Islam tidak melarang mencari dan mengumpul harta tetapi melarang sifat gelojoh, tamak dan mengikut hawa nafsu. Lebih-lebih lagi sikap menindas, menzalimi dan mengkhianati hak orang lain yang lemah dan sangat memerlukan pertolongan.KONSEP EKONOMI ISLAMDalam aspek ekonomi Islam menekankan 3 perkara utama iaitu Cara pendekatan aktiviti ekonomi dijalankan Menghalalkan cara aktiviti ekonomi yang baik seperti jujur dan adil Menghalang cara aktiviti ekonomi yang curang dan khianat seperti menipu dan rasuah Barangan yang terlibat dalam aktiviti ekonomi Menghalalkan barangan yang suci, halal dan baik Mengharamkan barangan yang boleh merosakkan nyawa, akal dan tubuh badan Cara perbelanjaan dan pengurusan Menghalalkan segala perbelanjaan yang boleh mendatangkan kebaikan Wajib menunaikan zakat harta Membelanjakan harta ke jalan AllahPrinsip ekonomi islam ialah konsep harta, kebebasan pemilikan harta, penggunaan hak milik harta dan tenaga buruh.

PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI ISLAM 1. Penubuhan perbankan islam adalah hasil daripada pengalaman yang dilalui oleh beberapa institusi kewangan lain di Malaysia.2. Institusi pertama yang mengamalkan konsep transaksi islam ialah Lembaga Tabung Haji (LTH).3. LTH ditubuhkan bagi membolehkan orang islam menyimpan wang secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji dan melibatkan diri dalam bidang penanaman modal dalam perusahaan, perdagangan, perladangan dan hartanah.4. Kerajaan telah mengubal Akta Bank Islam 1983, maka tertubuhlah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).5. Sejajar prinsip dan matlamat BNM, Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) telah diperkenalkan pada Mac 1993.6. BNM telah menggantikan istilah SPTF dengan Skim Perbankan Islam (SPI) dan berkuat kuasa pada 1 Disember 1998.7. Perkembangan sistem perbankan islam semakin berkembang apabila sebuah lagi bank islam bernama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) ditubuhkan.

KESIMPULANDasar-dasar yang dirangka mempunyai matlamat murni bagi mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang adil dan saksama dari aspek perkongsian kekayaan negara. Ianya memerlukan penglibatan yang aktif dari segenap lapisan masyarakat sama ada dari segi tenaga dan juga pemikiran. Melalui beberapa perancangan strategik yang dilaksanakan, diharapkan Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.