report camping tts

Upload: razzaq-abdul

Post on 15-Jul-2015

206 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Nama Kumpulan : MOHD IRFAN BIN ZULKIPLI HENRY ANAK KATAN ABDUL RAZZAQ BIN VI KOMANDER KESATRIA BATALIONIBRAHIM DENGAN KERJASAMA UNIT2012 TARIKH : 6 8 JANUARI KOKURIKULUM UiTM JOHOR TEMPAT : KEM SAUJANA ASAHAN MELAKA ANJURAN : JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA BATALION VI DENGAN KERJASAMA UNIT KOKURIKULUM UiTM JOHOR

LAPORAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN Kesatria Negara UiTM merupakan salah satu KO yang terdapat di Malaysia dan UiTM Johor. Kesatria Negara UiTM juga terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu Kesatria Negara dengan kod HBU 111 dan Kesatria Negara Tempur Tanpa Senjata (TTS) yang terdiri daripada kod HBU 112 dan juga HBU 113 . Anggota Kesatria Negara UiTM dikehendaki menjalani ujian iaitu ujian Tempur Tanpa Senjata(TTS), dan juga ujian kecergasan sebelum disahkan tamat KO dengan sempurnanya. Ekoran daripada itu, Kesatria Negara UiTM cawangan Johor mengadakan perkhemahan ke Kem Saujana Asahan yang terletak di Melaka selama 3 hari dan 2 malam. Program ini diadakan untuk pelajar-pelajar semester 2 dengan gabungan semester 3 KoKesatria Negara. Lawatan dan latihan di Kem Saujana Asahan ini diadakan bagi membolehkan pelajar memahami dengan lebih mendalam mengenai silibus pembelajaran mereka. Selain itu perkhemahan ini menjadikan pelajar bersemangat tinggi bagi

mengharumkan nama agama, bangsa dan negara. Pekhemahan ini juga berjaya menyediakan kumpulan pelajar yang mampu berhadapan dengan sebarang masalah dan mempunyai taraf kepimpinan yang boleh dibanggakan melalui pengisian program-program yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini. Tambahan pula, para pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam segala program yang telah dirancangkan bagi menambah pengalaman mereka. Program ini juga diharap dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada semua pihak terutama pelajar-pelajar KO Kesatria Negara UiTM Johor bahagian 2 dan bahagian 3.

2.0 LATAR BELAKANG 2.1 TARIKH DAN LOKASI Program ini diadakan pada 6 hingga 8 Januari 2012 selama 3 hari dan 2 malam di Kem Saujana Asahan yang terletak di Melaka.

2.2 PENYERTAAN DAN KEHADIRAN Program ini disertai oleh 90 orang pelajar Ko Kesatria bahagian 2 dan bahagian 3 serta 5 orang komander pengiring yang terdiri daripada 2 orang siswa dan 3 orang siswi.

2.3 MATLAMAT Perkhemahan ini diadakan bagi: membina rasa yakin diri dalam kalangan ahli Kesatria Negara. memantapkan tahap disiplin para pelajar dengan bertindak mematuhi arahan yang diberikan oleh ketua. melatih para pelajar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif mengikut situasi yang diberikan. memberi pengetahuan lebih mendalam mengenai silibus pelajaran mereka dalam KO Tempur Tanpa Senjata (TTS)

2.4 PELAKSANAAN 1. Aktiviti ini akan diadakan di Kem Saujana Asahan yang terletak di Melaka selama 3 hari 2 malam.

2. Program ini dikendalikan oleh 3 orang pegawai pengiring iaitu Encik Jamil Bin Sulong selaku penyelaras KO Kesatria Negara dan juga 3 orang jurulatih KO Kesatria Negara.

2.5 PERALATAN DAN KELENGKAPAN Peralatan memasak, perkhemahan dan juga kelengkapan aktiviti disediakan oleh pihak pengurusan Kem Saujana Asahan, Melaka.

2.6 URUSETIA DAN FASILITATOR Fasilitator adalah terdiri dari pegawai pengiring, jurulatih-jurulatih KO Kesatria Negara dan turut dibantu oleh komander pengiring yang turut menyertai perkhemahan ini. Senarai nama komander pengiring boleh didapati dalam lampiran laporan.

3.0 HURAIAN DAN PENILAIAN Sepanjang program ini dilangsungkan pelbagai kerenah pelajar dapat disaksikan. Pelajar tidak memberikan reaksi yang negatif sepanjang aktiviti ini dilakukan. Semua peserta mematuhi arahan fasilitator dan urusetia yang bertugas. Program ini berjalan dengan lancar dan para peserta memberi kerjasama yang menggalakkan demi mencapai matlamat program yang dijalankan. Dalam program ini juga, kerjasama dan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta juga sangat memuaskan. Segala aktiviti yang dirancangkan berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang masalah yang merumitkan pihak pengurusan mahupun fasilitator. Kerjasama yang diberikan oleh para peserta membolehkan segala latihan dalam kumpulan (LDK) mahupun latihan pengukuhan silibus ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Komitmen yang diberikan oleh jurulatih dan komander pengiring amat memuaskan hati dalam membantu perjalanan perkhemahan ini. Ahli jawatankuasa progran ini merumuskan matlamat yang menjadi kayu ukur dalam pencapaian maksimum program ini di peringkat yang baik. Komitmen ahli jawatankuasa boleh dipertingkatkan lagi pada masa - masa akan datang setelah mempelajari dan mengambil iktibar daripada keseluruhan program ini. Mereka berharap agar program ini dapat dilaksanakan lagi pada semester-semester akan datang. Ada juga diantara mereka yang mencadangkan program ini dijalankan di tempat yang lain pula agar pelajar dapat didedahkan dengan persekitaran yang berbeza dan ditambah lagi pengisiannya yang lebih mantap.

4.0 LAPORAN AKTIVITI 6 JANUARI 2012 Para peserta berkumpul di padang kawad pada pukul 3.30 petang untuk taklimat awal dan semakan kehadiran peserta. Pada pukul 4.00 petang, para pelajar bergerak keluar dari pekarangan UiTM Segamat ke destinasi. Tepat pukul 6.30 petang, para peserta perkhemahan selamat tiba di Kem Saujana Asahan. Setibanya di sana, kami disambut oleh staff staff yang bertugas dan seterusnya diberikan taklimat ringkas mengenai peraturan peraturan perkhemahan.. Kami juga dimaklumkan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sepanjang berada di dalam kawasan tersebut. Setelah memberi taklimat ringkas, kami dibenarkan membuat persiapan persendirian seperti mengemas khemah khemah kami. Kami juga dikehendaki untuk solat asar berjemaah apabila masuknya waktu solat fardhu asar. Tepat jam 7.15 petang, para peserta solat marghrib berjemaah di surau yang disediakan. Selepas itu, para pelajar menikmati makan malam yang telah disediakan, kemudian bersiap untuk solat isya berjemaah. Selesai solat isya, semua peserta berkumpul untuk LDK 1. Bagi aktiviti ini para peserta dikehendaki memperkenalkan nama kumpulan beserta trade mark mereka sendiri. Selain itu, para peserta diberi bekalan straw bagi mencipta bangunan pencakar langit yang kukuh daripadanya. Ini merupakan salah satu aktiviti yang menguji tahap kreativiti, kesabaran serta kerjasama di kalangan mereka. Tepat jam 12.00 malam, para peserta bersiap untuk tidur serta sentry. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dimana mereka dikehendaki mengawal kawasan perkhemaham secara bergilir-gilir mengikut masa yang telah ditetapkan.

7 MARCH 2012 Pada pukul 5.45 pagi, para pelajar bersiap sedia untuk solat subuh berjemaah. Kemudian para peserta menjalani latihan fizikal dan senaman pagi dibawah penyelarasan jurulatih Tempur Tanpa Senjata bahagian II iaitu Encik Nasir. Para pelajar menikmati sarapan yang telah disediakan tepat jam 8.00 pagi. Selepas itu, Aktiviti pada hari ini diteruskan lagi dengan aktiviti flying fox. Aktiviti ini dikendalikan oleh pihak pengurusan Kem Saujana Asahan. Sebelum aktiviti dimulakan, para pelajar diberi taklimat ringkas berkaitan keselamatan serta langkah-langkah yang betul. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan peralatan-peralatan yang digunakan seperti harnest, sarung tangan, topi keselamatan dan lain-lain.

Selepas solat zohor pada pukul 1.30 , kami para peserta diarahkan untuk berbaris untuk membuat aktiviti lain . Aktiviti seterusnya ialah membuat makanan dengan menggunakan gula , tepung dan garam . Para peserta diberikan 2 jam untuk melaksanakan tugas ini . Selepas itu , kami diarahkan untuk mempersembahkan makanan yang kami buat kepada para peserta lain . Pada waktu malam , kami membuat barbeque selepas solat magrib dan isya . Kami diarahkan untuk mengambil makanan. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan persiapan untuk malam kebudayaan yang akan diadakan diwaktu malam pada hari yang sama. Para peserta dikehendaki memikirkan satu persembahan yang menarik serta menghiburkan. Ini bagi menguji tahap kreativiti dan kejersama diantara satu sama lain. Pada Pukul 12 Malam , Kami mengikuti arahan untuk berbaris untuk mengikuti aktiviti lain . Aktiviti selepas itu ialah Night Walk , kami dilepaskan satu per satu masuk ke dalam hutan itu dengan mengikut satu tali panjang . Kami diarahkan untuk berhati hati dan tidak membuat apa apa tindakan yang tidak sepatutnya .

8 MARCH 2012 Para peserta memberi komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang aktiviti perkhemahan ini dijalankan. Para pelajar mendengar segala ulasan yang disampaikan oleh para fasilitator dan jurulatih bagi setiap aktiviti yang dijalankan dengan tekun sekali. Ada juga diantara mereka yang turut mengambil bahagian dalam menyatakan pendapat dan juga ulasan bagi setiap aktiviti. Setiap aktiviti yang dijalankan juga memberi kesan kepada para peserta untuk lebih positif dan juga berani untuk menghadapi segala halangan yang diberikan. Para peserta turut lebih jelas akan silibus pembelajaran TTS mereka. Para pelajar juga tidak tertekan dan lebih terbuka untuk mengikuti pembelajaran TTS yang diadakan di luar kampus. Para pelajar ternyata berpuas hati dengan program ini. Tiada kecederaan serius dilaporkan sepanjang aktiviti ini. Sedikit pembaikan daripada program ini harus dilakukan dari segi pengisian program ketika menunggu solat isyak. Ini kerana waktu senggang yang terluang tidak diisi dengan apa-apa aktiviti atau pun program. Keseluruhan aktiviti berjalan lancar dan memudahkan urusan para komander yang juga merangkap sebagai fasilitator yang menjalankan tugas. Masalah makanan juga tiada dilaporkan. Mengikut soal selidik yang dijalankan semuanya sangat memuaskan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak kiralah dari segi apa sekali pun. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

6.0 PENUTUP Aktiviti ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kokurikulum pelajar semester 2 dan juga semester 3 Ko Kesatria. Latihan dan perkhemahan ini adalah merupakan program wajib yang merangkumi 30% markah akhir kokurikulum para pelajar. Sehubungan dengan itu, pelajar juga lebih mengetahui tentang silibus pembelajaran TTS mereka. Sememangnya program ini dapat menambah pengetahuan dan juga pengalaman kepada para pelajar Ko Kesatria. Pengalaman yang diperolehi dalam program ini sangatlah bernilai kerana ianya merupakan pengalaman yang sukar didapati ditempat-tempat yang lain. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran universiti dalam melaksanakan aktiviti ini. Ramai berharap supaya aktiviti seperti ini dapat diteruskan agar semua pelajar tidak hanya sihat dari segi intelektual malah sihat dari segi fizikal dan rohani juga. Mereka juga berharap agar aktiviti perkhemahan ini dapat dilaksanakan di tempat yang lebih jauh dan juga baru kerana bagi peserta KO Kesatria semester 3, mereka telah melakukan aktiviti perkhemahan ini di Pusat Latihan dan Rekreasi Tebing Tinggi pada semester yang lepas. Ribuan terima kasih juga kepada semua yang menjayakan aktiviti ini secara langsung atau secara tidak langsung.

Disediakan oleh,

.......................................... (KRK MAZALEA SALES BINTI MISHAR) Setiausaha,

Perkhemahan Gabungan Pelajar Semester 2 dan Semester 3,

Disemak oleh,

... (KMdy RASHIDAH BINTI SAADON) Ketua Projek, Perkhemahan Gabungan Pelajar Semester 2 dan Semester 3, Ko Kesatria TTS, Universiti Teknologi Mara Johor.

Disahkan oleh,

(KAPT (KEST.) EN. ADLY ALBAKHRI B. ISMAIL) Penasihat Jawatankuasa Kesatria Negara, UiTM Cawangan Johor.

Ini ialah gambar mula-mula kami sampai. Peserta lain Telah

JAWATANKUASA PEMANGKU PENGARAH TIMBALAN PENGARAH HEP PENAUNG PENASIHAT PENYELARAS PEGAWAI PENGIRING KETUA PROJEK PEMBANTU KETUA PROJEK SETIAUSAHA : Prof. Madya Haji Yusri b. Ismail : Prof. Madya Abdullah b. Hj Abd Latib : Tuan Juhari bin Mat Rejab : En. Adly Albakhri b. Ismail : En. Tusiran bin Paraman : EN. Jamil bin Sulong : Rashidah binti Saadon : Mohd Ariff bin Razip : Mazalea Sales binti Mishar