rendang ayam rempah biji.doc

Upload: deepa-ramiah-deepa-ramiah

Post on 04-Oct-2015

52 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Rendang Ayam Rempah biji

Rendang Ayam Rempah biji Rating INCLUDEPICTURE "http://resepi.mesra.net/images/default/stars-2-5.gif" \* MERGEFORMATINET

Kiriman: syamieda Sumber: keluarga Hits: 202 : 3.50 Review: 0 Email this RecipePrint this Recipe

Bahan-Bahan:

seekor ayam Bahan A 10 tangkai cili kering 5 biji bawang besar 1 labu bawang putih 2 sudu rempah biji 1 sudu jintan manis 1 sudu jintan putih Bahan B minyak untuk menumis 5 sudu kerisek 5 sudu kicap garam secukup rasa daun kunyit dimayang halus

Cara:

Bahan A digoreng dengan sedikit minyak. Kemudian dikisar. Gaul dan perap ayam dengan bahan A dan kicap. Tumis sedikit bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan ayam yang diperap. Masukkan kerisek. Masak hingga ayam empuk. Masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan daun kunyit.

Tambahan:

Boleh dimakan bersama nasi, atau lemang, ketupat

Ayam 1000 Rasa Kiriman: farah ramli Hits: 5312 Rating: 4.40 Review: 0 Email this RecipePrint this Recipe

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (sederhana besar) 1 mangkuk kecil air 4 sudu minyak masak 3 sudu kicap manis 3 sudu kicap manis 4 sudu sos tiram 3 sudu sos tomato 2 sudu jus oren 2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk) 1 sudu buah badam (ditumbuk) 1 inci belacan Sedikit garam dan sebuk perasaBahan-bahan untuk dikisar: 1 inci halia 4 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering

Cara:

1. Ayam dipotong kepada bahagian yang lebih kecil dan dibuang tulangnya.

2. Setelah dibersihkan, perap ayam selama 2 jam bersama kicap, sos tiram,sos tomata dan jus oren. Masukkan juga lada hitam bersama buah badam yang telah ditumbuk.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Biarkan sehingga naik baunya.

4. Masukkan belacan dan garam serta serbuk perasa. Masukkan air

5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Kacau dan biarkan seketika sehingga masak.

Cadangan Hidangan:

Enak dibuat lauk untuk nasi dan mee goreng. Hidangan untuk 4 orang

Ayam Bakar Sumber: Buku Resipi Selera Perantau Hits: 3803 Rating: 9.00 Review: 0 Email this RecipePrint this Recipe Bahan-Bahan:1 ekor ayam mudaSedikit minyak5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris halus) cawan lobak merah diparutHati ayam dipotong nipis cawan badam (digiling)3 cawan tairu1 camca besar ketumbar-digiling3 ulas bawang putih- digiling1 camca kecil garam-digilingSedikit air limau nipisCara:Ayam dibersihkan dan ditoskan, cucukkan dengan garpu. Gaulkan ayam bersama bahan giling dan perapkan selama 20 minit. Panaskan minyak, tumiskan bawang, hati ayam dan lobak merah, masukkan garam secukup rasa. Kemudian masukkan bahan ini ke dalam perut ayam. Pukul tairu bersama badam hingga sebati. Bakar ayam selama 1 1/4 jam sambil direnjis-renjiskan tairu tadi pada ayam.

Review:

Ayam Bakar Kerisik Sumber: Majalah Wanita November 2000 Hits: 967 Rating: 0.00 Review: 0 Email this RecipePrint this Recipe

Bahan-Bahan:

2 ekor ayam (1.7 kg)5 ulas bawang putih7 ulas bawang merah3 cm halia3 cm kunyitGula secukup rasa0.2 ml santan pekat2 sudu kerisik2 sudu besar cili kering (dikisar)

Cara:

Ayam dibelah dua dan hendaklah dilumur dengan bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, kerisik, cili kering yang telah dikisar bersama santan pekat dan perapkan selama setengah jam. Panggang ayam di dalam ketuhar sehingga masak. Apabila ayam dipanggang sudah masak kekuningan, potong dan hidangkan.

Ayam Bakar Bercili Sumber: Majalah Jelita Mac 1992 Hits: 3276 Rating: 5.00 Review: 0 Email this RecipePrint this Recipe Bahan-Bahan:6 ketul paha ayam 1 camca teh garam 1 camca teh serbuk lada sulah 1 camca besar tairu1 camca besar gula 5 camca besar cili boh camca teh serbuk lima rempah 2.5 sm halia - dikisar lumat 1 biji bawang besar - dikisar lumat 4 ulas bawang putih - dikisar lumatCara:Satukan bahan-bahan kisar dan bahan-bahan lain kecuali ayam. Gaul hingga rata. Kemudian gaul pada ayam dan perap beberapa jam baru dibakar hingga masak.

Review:

Ayam Masak Merah bersantan Kiriman: thelagam Sumber: sendiri Hits: 16 Rating: 0.00 Review: 0 Email this RecipePrint this Recipe

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan bahan untuk dikisar 20 cili merah(buangkan bijian) 20 gm halia 20 gm bawang putih 300gm bawang merah 10gm serai 40gm bawang besar 30 gm serbuk cili kering 10 gm serbuk jintan putih 10 gm serbuk jintan manis 10 gm serbuk kunyit 100gm minyak sapi 150gm minyak masak garam secukup rasa 3 kepingan asam gelugor 2 batang kayu manis200gm santan(pekat) 1.0kg ayam dipotong 8 bahagian.Gaul dengan serbuk kunyit dan garam(sedikit) rendam selama 5min dan digoreng separuh masak. bahan dikisar 20 gm badam(buangkan kulit) 10 gm jangus 10 gm krismis 2 helai daun pandan sedikit daun pudina 20gm yourgat(thiru susu masin) 1 tin tomato soup (medium) tomato puri

Cara:

cara jangan panaskan kuali sebelum masukkan bahan-bahan. masukkan bahan-bahannya: minyak sapi,minyak masak, 2 batang kayu manis,cili,halia,bawang merah dan bawang putih(yang dikisar),serbuk cili kering,jintan putih,jintan manis,serbuk kunyit,serai,bawang besar dan gaul semua bahan dan masak sehingga pekat.masukkan tomato soup,tomato puri,masukkan ayam digoreng, daun pandan.gaul dengan perlahan.biarkan selama 5min.campurkan bahan yang dikisar (badam,jangus dan krismis),susu masin dan santan,3 keping asam gelugor,daun pudina dan garam secukup rasa.biarkan cukup pekat.

Cadangan Hidangan:

masukkan ayam dahulu selepas itu tuangkan perlahan-lahan diatas ayam hias dengan potong tomato bulat-bulat dan daun pudina.

Tambahan:

bahan-bahan banyak tapi bila masak sedap rasa.bahan-bahan tidak perlu tumis ,masukkan semua bahan gaul sekali gus dan panaskan sehingga pecah minyak dan bau wangi.