definisi rempah ratus

14
DEFINISI REMPAH RATUS Rempah ialah bahan perisa makanan yang terdiri daripada kulit kayu manis , cengkih , buah pelaga , jintan manis , dan lain-lain. Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bakteria. Kebanyakan bahan ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan , ritual agama, kosmetik , pewangi atau dimakan sebagai sayuran

Upload: lotfiah

Post on 25-Dec-2015

351 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Definisi Rempah

TRANSCRIPT

Page 1: DEFINISI REMPAH RATUS

DEFINISI REMPAH RATUS

Rempah ialah bahan perisa makanan yang terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dan lain-lain.

Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bakteria.

Kebanyakan bahan ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik, pewangi atau dimakan sebagai sayuran

Page 2: DEFINISI REMPAH RATUS

KAYU MANIS

SEJARAHKulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia juga dikenali sebagai : Jou Kuei, Yuk Gwai, Illavangam.Didalam masakan ianya banyak digunakan sebagai penumis untuk kari,rendang dan sebagainya 

Page 3: DEFINISI REMPAH RATUS

FUNGSIDidalam perubatan ianya berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu. Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras.

Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.

TIPSAir rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitandibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.

\

BUNGA LAWANG

SEJARAH

Page 4: DEFINISI REMPAH RATUS

Bunga Lawang merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak. Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu.

FUNGSIMinyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari.

TIPSBunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi). Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh.Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.

HALBA

FUNGSI

Page 5: DEFINISI REMPAH RATUS

Halba digunakan sebagai membantu penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati meningkatkan pengeluaran susu sebanyak 900%. Halba digunakan dalam masakan harian orang Melayu dan India.

Jika tidak digunakan dalam masakan, Cara mengambilnya ialah ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan atau gelas, masukkan air panas dan biarkan semalaman. Air halba diminum pada waktu pagi hanya sekali sehari. Jika hendak dimakan secara suplemen berkapsul, boleh dibeli di farmasi dengan nama Fenugreek.

Halba boleh diminum sebagai teh untuk:-

- Melancarkan haid- Menghilangkan kembung,sebu dan senak- Pencuci perut- Menguatkan jantung- Menghilangkan lender tekak- Melegakan sakit kepala/ migraine- Membuang angin- Menyembuhkan buasir- Senggugut- Merangsang rahim- Kegemukan- Kurang berat badan- Mengawal kencing manis- Radang kulit dan Bisul

Page 6: DEFINISI REMPAH RATUS

HALBA

Page 7: DEFINISI REMPAH RATUS

LADA HITAM

SEJARAH

Di dalam sebuah artikel mengenai Khasiat Lada Hitam, Dr. Ramli Abdul Karim telah menulisdigunakan dengan meluas. - Ia dikenali oleh masyarakat di seluruh dunia sama ada sebagai ramuan masakan, perisa dan sos. - Lada hitam atau nama saintifiknya Piper nigrum L. dari keluarga Piperaceae dikenali dengan nama yang hampir serupa di kebanyakan negara Barat iaituberdasarkan sebutan PEPPER. Orang Belanda memanggilnya peber manakala di Perancis (poivre), Jerman (pfeffer), Greek(piperi), Itali (pepe), Norway (pepper), Romania (piper), Sweden (peppar) dan Turki (biber). Dalam bahasa Thai, lada hitam dipanggil prik thai, Tamil (milagoo), Vietnam (hat-tieu), Punjabi (kali marich), Jepun (koshou), Hindi (gol mirch) dan Laos (mak phik noi). 

Tumbuhan itu dikatakan berasal dari Malabar di pantai barat India Selatan yang hari ini terletak dalam negeri Kerala. - Di Asia Tenggara, lada hitam dikatakan telah tumbuh di Malaysia dan Indonesia sejak 2,000 tahun lalu. - Selain lada hitam Malabar dan Tellicherry dari India serta Belem dari Brazil, lada hitam Sarawak ialah antara yang paling bermutu dan cukup terkenal di serata dunia. 

TIPSWalaupun ia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan makanan, namunlada hitam juga mempunyai khasiat dan kegunaan dalam perubatan berasaskan herba.Buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit dan melawaskan kencing manakala daunnya pula merawat demam. Buah lada hitam muda yang telah dibersihkan perlu direbus terlebih dahulu sebelum airnya diminum.Bagi mengubati demam, daun pokok lada hitam

Page 8: DEFINISI REMPAH RATUS

perlu ditumbuk hancur dankemudian ditampalkan atau diikat pada dahi. 

Page 9: DEFINISI REMPAH RATUS

BIJI KERAS

SEJARAHBuah keras kerap didapati dalam masakan Indonesia dan Malaysia. Menpunyai Nama Saintifik: Aleurites moluccanus dan didalam bahasa Inggeris dikenali sebagai  Candlenut. Ianya digunakan untuk rasanya dan sebagai pemekat kuah. Ia selalunya dikisar menjadi pes bersama rempah lain untuk memekatkan dan menyedapkan rasa masakan berkari. Buah keras harus dimasak sebelum dimakan, kerana ia tinggi kandungan toksik apabila mentah. 

Di luar Asia Tenggara, kacang macadamia kadang-kala digunakan sebagai ganti buah keras, kerana ia mengandungi kandungan minyak dan tekstur yang sama apabila ditumbuk. Walaubagaimanapun, rasanya berlainan kerana buah keras lebih pahit.

Page 10: DEFINISI REMPAH RATUS

BUAH PELAGAFUNGSIBuah Pelaga atau "Cardamom" mempunyai rasa dan aroma yang harum dan segar. Selain daripada penggunaannya dalam resepi masakan, masyarakat Arab di Timur Tengah menggunakan serbuk Pelaga sebagai penambah perisa di dalam minuman kegemaran mereka seperti kopi, teh dan sirap. Pelaga merupakan rempah yang paling bernilai di dunia selepas Za’faran.

 Selain dari menambahkan rasa di dalam masakan atau minuman kegemaran. Pelaga secara tradisi digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan seperti :

Page 11: DEFINISI REMPAH RATUS

Membantu penyembuhan ‘halitosis’ (nafas berbau) serta menguatkan gusi. Sangat bermanfaat bagi mereka yang mengidap penyakit asma, bronchitis dan     pelbagai penyakit yang berkaitan dengan alahan pernafasan. Merangsang pencernaan dan bermanfaat bagi mereka yang menderita kembung perut dan angin. Membantu membersihkan badan dengan adanya ciri nyah toksik didalamnya. Membantu melegakan asid di dalam perut.