renang

15
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP) SEMESTER 2 AMBILAN JANUARI 2011 PENDIDIKAN JASMANI (RENANG) PJM3105 STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN DI MALAYSIA NAMA : ABDUL MUJIB BIN RAHIMI MOHD HANIFF BIN ZAINI MOHAMAD ARIF BIN ABD RAHIM SABRI BIN MOHD HAMBALI NUR HAMIZAH BINTI MOHD KASMANY 0

Upload: abdul-mujib

Post on 09-Aug-2015

180 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

xxx

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJA

MELEWAR, SEREMBAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP)

SEMESTER 2 AMBILAN JANUARI 2011

PENDIDIKAN JASMANI (RENANG) PJM3105

STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN DI MALAYSIA

NAMA : ABDUL MUJIB BIN RAHIMI

MOHD HANIFF BIN ZAINI

MOHAMAD ARIF BIN ABD RAHIM

SABRI BIN MOHD HAMBALI

NUR HAMIZAH BINTI MOHD KASMANY

NURUL ATIQAH BINTI AZAMI

UNIT : PJ / PK / BM

PENSYARAH : EN JALIL BIN OSMAN

0

ISI KANDUNGAN

BI

L

TAJUK M/S

1. 1.0) PENDAHULUAN

2. 2.0) STRUKTUR ORGANISASI- (PERSATUAN RENANG AMATUR

NEGERI SEMBILAN )

3. 3.0) LATAR BELAKANG PERSATUAN

4. 4.0) OBJEKTIF PERSATUAN

5. 5.0) KEMUDAHAN PERSATUAN

6. 6.0) PERSATUAN PENYELAMAT KELEMASAN MALAYSIA

7. LAMPIRAN/RUJUKAN

1

1.0 PENDAHULUAN : SEJARAH SUKAN RENANG DI MALAYSIA

Pada awal abad dua puluh, rakyat di Semenanjung Malaysia menunjukkan minat

dalam aktiviti sukan renang terancang (organised swimming activities). Oleh sebab

itu, maka beberapa buah kelab renang telah ditubuhkan antaranya Penang

Swimming Club pada tahun 1903, Penang Chinese Swimming Club pada tahun

1928, European Swimming Club pada tahun 1930an di Ipoh, Taiping dan Kuala

Lumpur serta di Kinta Swimming Club di Ipoh pada tahun 1936. 

Taraf sukan renang dinaikkan pada tahun 1931 di bawah pengelolaan the Malayan

Chinese Olympiad. Sukan ini diteruskan setiap tahun hingga 1937 dengan

penyertaan kelab-kelab renang dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka.

Selepas Perang Dunia Kedua, minat sukan renang giat dipulihkan. Banyak

pertandingan renang dikelolakan di antara kelab-kelab renang orang Asia dari

Singapura, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur. 

Pada tahun 1955, the Malayan Amateur Swimming Union ditubuhkan. Dengan

pertubuhan persatuan ini, pertandingan antara kelab renang digantikan dengan

pertandingan antara negeri. Pada tahun 1956, Malaysia buat kali pertama menyertai

Sukan Olimpik di Melbourne, Australia. Malaysia menghantar penyertaan sebanyak

lima acara iaitu olahraga, angkat berat, renang, menembak dan hoki. 

Kini, persatuan renang di Malaysia dikenali sebagai Amateur Swimming Union,

Malaysia (ASUM). ASUM adalah ahli gabungan badan renang dunia, Federation

Internationale de Nation Amateur (FINA). Mulai tahun 1956, Malaysia telah menyertai

beberapa pertandingan renang peringkat antarabangsa termasuk Sukan Olimpik,

Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA serta Kejohanan Asia.

2

2.0 STRUKTUR ORGANISASI

Bentuk struktur organisasi dalam kebanyakan organisasi adalah terlalu kompleks

untuk difahami . Bagi mengatasi masalah ini, carta organisasi digunakan untuk

menjelaskan sistem atau susunan dalam sesebuah organisasi . Cara organisasi

merupakan gambarajah yang menunjukkan fungsi-fungsi jabatan , unit-unit , atau

individu-individu dan bagaimana mereka berkait antara satu sama dengan lain .Unit

–unit yang berasingan ditunjukkan dalam kotak-kotak segiempat yang berasingan.

Kotak-kotak ini pula terus dihubungkan antara satu sama lain menggunakan garisan

terus . Garisan ini juga dapat menunjukkan rantaian perintah dan saluran rasmi

komunikasi antara unit dalam organisasi.

Secara umumnya carta organisasi dapat menunjukkan lima aspek pengurusan

berikut:

a) Pembahagian Kerja

b) Hubungan ketua-pekerja bawahan

c) Jenis kerja yang dijalankan

d) Pengumpulan bahagian-bahagian kerja

e) Tingkat pengurusan

Secara umumnya carta organisasi diterima oleh kebanyakan organisasi sebagai

sesuatu yang berguna dan boleh membantu organisasi tetapi tidak semua pakar

pengurusan yang bersetuju .Misalnya, Robert Townsend , bekas Presiden Syarikat

Avis , sebuah syarikat kereta sewa terbesar di Amerika Syarikat pernah

menyuarakan bahawa carta organisasi boleh menurunkan moral para pekerja kerana

mereka merasakan semua autoriti dan kebolehan adalah terletak kepada pihak

pengurusan atas sahaja seperti yang ditunjukkan di dalam carta organisasi.

Pengurusan

Pengurusan dalam sesebuah organisasi adalah amat penting bagi menentukan

pencapaian matlamat dan kejayaan sesebuah organisasi itu . Dengan adanya

3

pengurusan atau pengetahuan menjalankan fungsi dengan berkesan , sesebuah

organisasi itu dapat berjalan dengan teratur dan sempurna ke arah mencapai

matlamatnya . Sebagai contohnya , organisasi-organisasi seperti PERWAJA di

Terengganu , INTEL – sebuah organisasi elektronik di Pulau Pinang , MAS dan

sebagainya telah menunjukkan kejayaan yang mebanggakan hasil pengurusan yang

cekap dan efektif.

Identiti Organisasi

Sesebuah organisasi yang dibentuk itu melambangkan penguatkuasa utama

undang-undang negara ini. Selain daripada itu , warna, logo , bangunan organisasi

dan sebagainya juga melambangkan identiti sesebuah organisasi itu. Universiti pula

melambangkan tempat untuk menimba ilmu , penyelidikan dan institusi yang

memberi perkhidmatan kepada masyarakat , Oleh kerana identiti di antara satu

organisasi dengan satu organisasi adalah berbeza , maka fungsi , objektif dan

matlamatnya juga berbeza beza.

Hierarki/Tingkatan Authoriti

Dalam sebuah organisasi terdapatnya hierarki atau tingkatan authoriti . Dalam tingkat

hierarki authoriti itu ada pengurus atau pengurus yang bertanggungjawab kepada

authoriti yang lebih tinggi lagi.

Menentukan Organisasi Berjalan Dengan Betul Dan Teratur

Bagi menentukan organisasi beroperasi dengan betul dan teratur seperti objektif ,

matlamat dan strategi-strateginya , ia memerlukan sistem pengurusan, penyelarasan

dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian di dalam sesebuah

oorganisasi , peraturan , dasar perancangan , prosedur dan sistem hubiungan

hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata seperti BTKPN

dalan PDRM dan Manual Prosedur Kerja dalam organisasi-organisasi swasta.

Kesemua ciri-ciri yang dinyatakan di atas tidak digambarkan dalam carta organisasi

sesebuah organisasi yang mana ciri-ciri tersebut dan kecekapan sesebuah

organisasi ke arah objektif dan matlamatnya. Ini adalah bergantung kepada sejauh

mana ciri-ciri itu diselenggarakan , disusun dan diamalkan.

4

 Contoh Struktur Organisasi

PERSATUAN RENANG AMATUR NEGERI SEMBILAN / AMATEUR SWIMMING

ASSOCIATION OF NEGERI SEMBILAN

SENARAI AHLI JAWATANKUASA 2011 / 2012

 

 

Presiden                                         En. Zainal Othman

 

Timbalan Presiden                        En. Siow Kian Wah

 

Naib Presiden                                En. Nadzri Kamar Mohd Nazaruddin

                                                        Pn. Aziah Bt. Hashim

 

Setiausaha kehormat                  En. Low Siak San, Andy

 

Pen. Setiausaha Kehormat        Pn. Salwana Bt Ali

 

Bendahari Kehormat                    En. Wong Kuen Peng, Eddy

 

Ahli Jawatankuasa En. Ibrahim Abas

                                                        En. Wong King Hwa, Eddy

                                                        En. Darul Amin Hanafi

                                                        En. Khairul Anuar Ibrahim           

En. Cheong Keng Wah

Juruaudit Pn. Norbaidah Bt Abdullah

                                                        En. Firdaus Abd Wahab              

5

3.0 LATAR BELAKANG PERSATUAN

Persatuan Renang Amatur Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun tujuh-

an, awal tahun lapan puluhan untuk menggalakkan penyertaan di dalam

sukan akuatik oleh anak-anak muda. Persatuan ini juga ditubuhkan disebabkan oleh

galakan serta sokongan daripada  sekumpulan ibu bapa yang berminat untuk

menghantar anak-anaknya belajar berenang seawal usia kanak-kanak dengan

tujuan  supaya mereka pandai berenang seterusnya melatih anak-anak ini agar

mereka dapat mengambil bahagian dalam pertandingan  peringkat akuatik.

3.1 MISI DAN VISI PERSATUAN

Misi

 Persatuan Renang Amatur Negeri Sembilan adalah sebuah organisasi peringkat

negeri bagi sukan akuatik. Persatuan renang ini mentadbir sukan  renang secara

berdaya saing selaras dengan wawasan negara bagi melahirkan atlet yang

cemerlang dan sempurna. Persatuan Renang Amatur Negeri Sembilan turut

menyediakan program dan perkhidmatan untuk ahli-ahli, penyokong, ahli gabungan

dan orang ramai yang berminat atau ingin mula menceburi bidang sukan ini. Kami

menghargai ahli-ahli komuniti akuatik, kakitangan dan sukarelawan yang memberi

khidmat kepada mereka. Kami komited untuk kecemerlangan

dan peningkatan sukan negara kita.

Visi

Untuk memberi inspirasi dan membolehkan ahli-ahli kami untuk mencapai

kecemerlangan dalam sukan akuatik dan dalam kehidupan.

6

4.0 OBJEKTIF PERSATUAN

4.1 Membina asas  

Bertujuan untuk mengembangkan keahlian persatuan renang ini bagi berkongsi ilmu,

kemahiran dan mengketengahkan bakat-bakat baru. Persatuan ini sangat komited

untuk menurunkan segala ilmu dan memberi pendedahan awal mengenai sukan

renang ini bersama anak-anak muda supaya mereka mendapati

bahawa sukan akuatik adalah satu aktiviti yang  boleh dinikmati  sepanjang hayat

dan satu aktiviti yang sihat.

4.2 Memperkenalkan sukan akuatik

Kami mahu sukan akuatik  menerima publisiti seberapa banyak yang mungkin

kerana kami percaya bahawa lebih banyak orang meminati sukan ini, lebih tinggi

kecenderungan mereka untuk  menyertai barisan keahlian Persatuan Renang

Amatur Negeri Sembilan. Kami sangat bangga dengan sukan yang kami pilih dan

diharapkan lebih ramai lagi ahli yang akan menyertainya.

4.3 Mencapai Kejayaan melalui persaingan yang sihat

kami telah mengambil bahagian dan memenangi pingat di peringkat kebangsaan dan

kejohanan renang SEA games. Melalui kemenangan seperti ini, kami mengharapkan

agar ia akan meneruskan tradisi kecemerlangan yang berdaya saing di peringkat

antarabangsa. Apabila atlet-atlet elit kita berjaya dalam memenuhi impian mereka,

maka ia akan menjadi sumber inspirasi dan idola kepada masyarakat di luar sana

seterusnya mereka sedar bahawa sukan akuatik ini  mampu menjulang nama negara

di peringkat tertinggi.

7

5.0 KEMUDAHAN PERSATUAN

8

PERSATUAN PENYELAMAT KELEMASAN MALAYSIA LIFE SAVING SOCIETY MALAYSIA

6.0) Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia -Sejarah LSSM

Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia (PPKM) atau terdahulu dikenali

dengan nama 'Persatuan Penyelamat Kelemasan DiRaja Cawangan Malaysia' telah

ditubuhkan pada tahun 1964. Lebih awal lagi, pada tahun 1927, sekumpulan

pasukan penyelamat nyawa telah pun dilatih dalam anugerah Medalion Gangsa oleh

Encik Lee Fong Lim di Kelab Renang Orang Cina, Pulau Pinang. Initiatif penubuhan

Persatuan Penyelamat Kelemasan DiRaja Cawangan Malaysia inilah projek perintis

penyelamatan kelemasan terancang di negara ini.

Pada tahun 1961, Presiden Agung Persatuan Penyelamat DiRaja Majlis Komenwel,

Earl Mountbatten dari Burma, telah melawat Kuala Lumpur dan bertemu dengan

Encik Teoh Teik Lee, wakil negara Malaysia. Yang Arif Earl Mountbatten telah

mencadangkan pembentukan suatu organisasi penyelamat kelemasan nasional yang

berautonomi dan konsisten dengan status kemerdekaan negara kita. Cadangan ini

juga telah direstui oleh Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, T.Y.M. Tunku

Abdul Rahman. Beliau bukan sahaja memberi sokongan padu malah beliau juga

telah bersetuju untuk menjadi penaung kepada persatuan tersebut. Sehubungan itu,

penubuhan awal Persatuan Penyelamat DiRaja Cawangan Malaysia telah dikaitkan

dengan dua nama yang terkemuka - Yang Arif Earl Mountbatten dari Burma dan

T.Y.M. Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi.

Persatuan Penyelamat Kelemasan DiRaja Cawangan Malaysia telah di maktubkan

melalui mesyuarat perdana yang telah diadakan pada 9hb. Disember 1964. Encik

Teoh Teik Lee telah dipilih menjadi Persiden Persatuan Penyelamat Kelemasan

9

DiRaja Cawangan Malaysia. Beliau telah menyandang jawatan tersebut untuk

jangkamasa 12 tahun. Tiga tahun kemudian iaitu pada 14hb. Februari 1967,

persatuan telah menerima 'Instrumen Keahlian'nya daripada Presiden Agung

Persatuan Penyelamat Kelemasan DiRaja Majlis Komenwel, Yang Arif Earl

Mountbatten, di Carcosa iaitu kediaman Pesuruhjaya Tinggi British. Upacara yang

berseri ini, di bawah naungan T.Y.M. Tunku Abdul Rahman, telah disaksikan oleh

orang-orang kenamaan dan wakil-wakil daripada negara Komenwel, termasuk Hon.

Justice Jocke, Presiden Persatuan Penyelamat Kelemasan DiRaja Australia. Pada

ketika itu Malaysia menjadi cawangan Persatuan Penyelamat Kelemasan Majlis

Komenwel yang ke-5.

Persatuan tersebut telah berjaya melatih seramai 50 orang penyelamat kelemasan

pada tahun pertama pengoperasiannya. Tiga tahun kemudian, jumlah tahunan telah

mencapai 500 orang dan dua kali ganda lagi pada tahun 1970. Semenjak itu,

penganugerahan tahunan yang telah dikeluarkan oleh persatuan ini mencecah

jumlah purata seramai 2000 orang.

Pada Jun 1976, Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir telah menerima pelawaan untuk

mengetuai persatuan tersebut berikutan persaraan beliau sebagai Ketua Pengarah

Pendidikan Malaysia dan seterusnya menggantikan tempat Encik Teoh Teik Lee

sebagai Presiden. Pada tahun 1984, selaras dengan keperluan dan aspirasi negara,

nama 'Persatuan Penyelamat Kelemasan DiRaja Cawangan Malaysia' telah ditukar

kepada 'Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia' yang berlembaga. Pembukaan

rasmi ibu pejabat Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia pada 7hb. November

1988 telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Komenwel iaitu Encik John Taylor.

Sejak itu, sinar baru untuk masa hadapan terus cerah. Usaha mencari sekretariat

dan tapak aktiviti yang tetap telahpun selamat.

Pada 1hb. Mei 1989, Tan Sri Datuk Hamdan Sheikh Tahir telah dilantik sebagai

Gabenor Negeri Pulau Pinang dan dianugerahkan gelaran 'Tun', gelaran kenemaan

yang tertinggi oleh Yang DiPertuan Agong. Berikutan perlantikan beliau sebagai

T.Y.T, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai presiden PPKM untuk memberikan

perhatian kepada hal ehwal negara. Datuk Mohamed Yeop Abdul Raof secara

sebulat suara telah dipilih sebagai Presiden PPKM yang Ke-3 di Mesyuarat Am

tahunan pada 21hb. Mei 1989. Beliau masih lagi menerajui persatuan sehingga ke

10

hari ini. Pada tahun yang sama, Tun Dato' Seri (Dr.) Haji Hamdan Sheikh Tahir telah

diberi penghormatan menjadi Presiden Kehormat Tetap PPKM.

Misi kami adalah ke arah mencapai sasaran utama, iaitu - Seorang penyelamat

kelemasan bagi setiap keluarga.

MisiPengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk menyelamat nyawa adalah sangat

penting. Di dalam apa apa kecemasan, kemahiran yang telah dipelajari boleh

menolong menyelamatkan nyawa dan mengelakkan komplikasi. Ini adalah utusan

Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia. Persatuan nasional ini adalah sebuah

organisasi sukarela yang memberi bimbingan untuk memperolehi pengetahuan dan

kemahiran yang perlu untuk menyelamatkan nyawa dalam kes kes lemas dan

jantung terhenti. Sehingga hari ini, lebih 80,000 warga telah berjaya menyertai

berbagai bagai program yang dianjurkan oleh Persatuan.

Objektif-objektif LSSM

Untuk mengalakkan dan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan

dalam air terutama sekali dalam kelas berenang kanak kanak

Untuk melatih individu - individu mengenai kemahiran dan teknik menyelamat

nyawa

Untuk mengalakkan dan mengetengahkan teknik pernafasan kardiopulmonari

melalui kelas dan seminar

Untuk menggalakkan pembentukan Kor Penyelamat Nyawa (Khidmat

Penyelamat Nyawa Kebangsaan) untuk bertugas di kolam renang dan pantai

--- MATLAMAT KAMI: Seorang penyelamat kelemasan bagi setiap keluarga

11

EXECUTIVE COMMITTEE 2010 – 2012

The 25th Bienniel General Meeting of the Life Saving Society Malaysia was held on

30 May 2010 at the Pusat Penyayang, Penang. Election of Life Saving Society

Malaysia Executive Committee 2010-2012

PRESIDENT: Mr. Lim Chi’en Cheng 

DEPUTY PRESIDENT: Dr Zaid Chelvaraj 

VICE PRESIDENTS: Mr Chan Kwai Fong Dr Lim Swee Guan 

HONORARY SECRETARY: Mr Geh Thuan Tek 

HONORARY TREASURER: Mr Wong Hah 

COMMITTEE MEMBERS: YM Dr Tengku Fadilah Mr John Lee Ms Chong Paik Yee Mr Ooi Win Juat Mr Lim Kok Wey Mr Woo Yee Saik Mr Lim Chee Gay 

12

7.0)LAMPIRAN

13

RUJUKAN

Copyright (c) 2008. Amateur Swimming Union of Malaysia. Diakses pada 2

Julai. 2011 http://malaysiaswimming.org/?m=200903

 Ed Merritt. Borneo Swimming Club's Blog. Diakses pada 4Julai 2011.

http://borneoswimmingclub.wordpress.com/2010/10/20/federasi-renang-

internasional/

Federasi Renang Internasional. Diakses pada 2 Julai 2011.

http://id.wikipedia.org/wiki/Federasi_Renang_Internasional

Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia . Diakses pada 7 julai 2011.

http://www.lifesavingmalaysia.org.my/index_bm.htm

14