remaja tonggak negarakesalahan jurunikah tanpa kebenaran oleh: puan siti imrah bte lenas keupayaan...

20

Upload: others

Post on 26-Feb-2020

17 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Alhamdulilah cuti sekolah telah bermula. Tentunyamasing-masing telah memikir dan merancang cuti inidengan aktiviti-aktiviti keluarga. Sama ada percutiandengan perjalanan jauh atau dekat. Menggunakanperjalanan darat, air atau udara. Apa pun aktivitiyang dilakukan, kewaspadaan itu suatu perkara yang sangat diperlukan, khususnya apabila percutianmelibatkan perjalanan menggunakan kenderaan darat.

Kemalangan di jalan raya sudah menjadi suatu perkarabiasa yang terjadi hampir setiap hari. Memang kalaudifikirkan malang itu tidak berbau. Tapi sekurang-kurangnya kalau kita bersedia dan menyiapkan diridengan langkah-langkah keselamatan, perkara yangtidak diingini boleh dielakkan. Pelbagai pihak telahmengadakan kempen keselamatan jalan raya hampirseti ap masa. Di antaranya ialah memakai tali pinggangkeledar pada setiap masa walaupun jarak perjalananyang dituju itu dekat. Tali pinggang keledar dapat membantu kita jika terjadi sebarang kemalangan. Iaboleh mengurangkan impak daripada terhantuk dengan kuat ataupun tubuh badan beralih ke tempat yang lain.

Mematuhi had kelajuan maksimum yang telahditetapkan. Ada sebab mengapa had kelajuan ituditetapkan bagi kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti bagi mengelak kemalangan berlaku. Penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah perkara yang amat membahayakan buat pemandu, penumpang mahupun pemandu yang lain. Jangan mengekori kenderaan lain dengan terlalu dekat. Ini kerana kereta anda masih berada di jarak yang selamatjika anda menggunakan brek kecemasan.

Walau terdapat banyak lagi tip-tip keselamatanpemanduan yang sering dititipkan, apa yang penting ialah merancang perjalanan bagi mengelak rasa letihdan mengantuk. Dan sebaiknya perjalanan diiringi dengan bacaan doa dan berwuduk bagi menambah keyakinan diri dan rasa segar dalam pemanduan.

Moga percutian dan perjalanan kita dilindungi dandirahmati sepanjang masa dengan langkah-langkah keselamatan yang telah dilakukan.

Selamat bercuti .

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanTuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Encik Mohd Alwie NoorbakiUstaz Amiruddin Mohd RosdiEncik Mohd Fauzee bin Harith

Cik Fatin Adilah Haji Saufee

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

REMAJA TONGGAK NEGARA

Teramat jelas kepada para remajamereka sebenarnya...punya segala keisti mewaandan kemuliaan...tapi dengan syarat dankriteria tertentu.

Berdasarkan maksud sabda Junjunganyang kita kasihiyang diutuskanuntuk menyempurnakanbaiknya akhlak...

Remaja yang kuat akidahnyamengarap pemikiranmerangsang ilmudan akal budi...penuh hikmah...

Remaja ini... ti dak mudah dipengaruhibiar masyarakat berlainan resamremaja kini tetap pertahan akhlakberilti zam melakar kecemerlangan.

Remaja yang ti nggi akhlaknyaadalah generasi pewarispenyeri... masa depanyang ceria, cemerlanggemilang dan terbilangAmin...

Oleh:DeeKeeBPI26112019

22 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

KEUPAYAAN UNTUK MEMELUK AGAMA ISLAMOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Individu yang berhasrat untuk menganut agama islam boleh memeluk agama Islam dengan mendaftar di bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, JHEAINS dengan syarat menepati seksyen 79 Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah Tahun 2004 iaitu: Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan-

(a) sudah mencapai umur lapan belas tahun; atau

(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu dan bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya.

Dalam erti kata yang lain sekiranya individu tersebut tidak mencapai usia 18 tahun serta ibu bapa atau penjaganya tidak memberi keizinan untuk masuk agama Islam, maka dia adalah terhalang dari memeluk agama Islam kerana dianggap masih mumayyiz. Adapun jika kanak-kanak tersebut sudah baligh, tetapi umurnya masih belum mencapai 18 tahun, maka hukum pengislamannya adalah sah berdasarkan kesepakatan para ulama kerana anak itu hakikatnya sudah dewasa. Namun berdasarkan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan, pendaftaran pengislamannya tidak boleh dibuat melainkan dengan persetujuan ibu bapa atau penjaganya.

Bagi kanak-kanak yang belum baligh, apabila ibu bapanya, ataupun salah seorang daripada ibu bapanya, memeluk agama Islam, maka agama anak berkenaan adalah Islam berdasarkan kaedah al-tab’iyyah. Ini berdasarkan firman Allah Taala:

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga).” (Surah al-Tur: 21)

Firman Allah Taala:

Maksudnya: “Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang- orang yang beriman.” (Surah al-Nisa’:141).

Kaedah fiqh menyebut:

Maksudnya: “Hukum bagi perkara yang mengikut adalah hukum bagi yang diikut.”

Oleh itu, bagi kanak-kanak yang berusia kurang 18 tahun dan belum aqil baligh maka pengislamannya adalah sah apabila salah seorang daripada ibu bapanya memeluk Islam, sekalipun dia tidak pernah mengucap dua kalimah syahadah.

Namun begitu sekiranya kanak-kanak tersebut sudah baligh, kemudian ibu bapa atau salah seorang daripada mereka memeluk, kanak-kanak terbabit tidak boleh dipaksa masuk Islam. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 256:

Maksudnya: "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam)."

Kesimpulannya, faktor paksaan boleh membatalkan pengislaman seseorang kerana seseorang yang memeluk Islam perlu dibuat secara sukarela. Jika tidak, maka dia boleh keluar daripada Islam tanpa dihukum murtad atau terus kekal di dalamnya.

Mukjizat adalah kejadian luar biasa yang terjadi kepada para Nabi, terjadi hanya satu kali, tidak pernah terjadi sebelumnya dan tidak akan terjadi lagi selama-lamanya. Sementara al-Quran adalah mukjizat terakhir dari Nabi yang terakhir dan tidak ada lagi mukjizat setelahnya hingga hari kiamat.

Mukjizat para nabi, adalah kekuatan luar biasa yang dengan izinnya mampu membatalkan sunnatullah (ketetapan yang telah Allah SWT berikan kepada makhluknya). Sebagaimana tongkat Nabi Musa Alaihi Sallam, maka al-Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mampu menyirnakan sihir tanpa bekas.

Kenapa bacaan al-Quran biasa yang didengar selama ini tidak memiliki pengaruh terhadap jiwa dan jasad kita?

Apakah perbezaan bacaan al-Quran yang dibacakan peruqyah dengan bacaan murotal biasa?

Al-Quran bagaikan senjata, sementara dalam upaya mengalahkan musuh kita tidak hanya butuh senjata yang tajam. Namun juga memerlukan tangan yang kukuh, niat dan keberanian yang kuat, teknik dan strategi yang tepat, mengetahui kelemahan musuh dan menghancurkan seluruh perisai yang menghalangi tembusnya senjata kita jantung kepertahanan musuh.

Setidaknya ada lima faktor besar yang mempengaruhi dan merupakan rahsia kesuksesan terapi dengan al-Quran yang perlu kita ketahui:

1. BacaanSecara ilmiah, bacaan menciptakan frekuensi gelombang suara yang merambat dan diterima oleh reseptor di telinga orang di dekatnya, kemudian dilanjutkan ke otak manusia dan dikelola dan timbulah berbagai reaksi. Namun jika kita teliti lebih dalam, di sini terjadi mising link, ada kerancuan di mana terdapat satu fungsi organ yang hilang; jantung yang merupakan pusat aktifitas bio-elektrik dalam tubuh manusia.

Dalam terapi al-Quran, gelombang suara tidak hanya diterima reseptor ditelinga namun terdengar di seluruh tubuh manusia. Suara tersebut tidak langsung diterima oleh syaraf sensorik di otak namun terlebih dahulu direspon sama jantung. Dari jantung (secara biologis dan qalbu secara spiritual) inilah suara tadi kemudian merambat ke otak manusia dan mempengaruhinya.

Al-Quran adalah muzik terbaik di jagat raya ini, suara (wahyu) yang Agung yang memiliki berbagai keajaiban yang tidak terbatas. Ketika ayat-ayat itu diperdengarkan kepada manusia, ia akan menggetarkan jantung dan merontokan seluruh hal-hal ekternal yang mempengaruhinya. Kalbu, atau secara biologis, kalbu manusia akan tenang dan kembali khusyuk. Jika jantung tenang, maka seluruh inputnya ke otak menjadi baik dan tubuh manusia kembali seimbang.

TERAPI AL-QURANOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

182 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Penulis bersama sahabat perjalanan

ALONEOleh: Adi Pitang

Perjalanan menelurusi jalan Tamparuli - Ranau cukup menenang-kan pagi itu. Memandu tanpa ditemani oleh sesiapa. Kebetulan hariSabtu. Cuti umum. Tidak terlalu banyak kenderaan yangmengunakan jalan pagi itu. Jam menunjukan pukul 8.25 pagi ketikaaku sampai di simpang yang bertanda arah Bundu Tuhan. BunduTuhan? Di situlah tembuniku disemadikan. hahaha. Aku lahirdi kampung itu sewaktu ayahku seorang pendidik bertugas di sana. “Patutlah saiz badanmu pendek-pendek, tagap-tagap”. Selora yangku anggap tidak lucu dari adik-beradikku ketika zaman kanak-kanak dulu., hahaha.

Jalan raya 2 laluan sejauh 107 km (66 batu) itu kaya dengan pemandangan hijau bukit dan gunung. Sekalisekala lori-lori bersaiz 3 hingga 5 tan membantutkan perjalanan. Apa tah lagi bila melalui lereng bukitjalan raya yang berselekoh. Hmmm.. satu cabaran bila memandu bersendirian di jalan raya ini. Berbezamemandu di lebuh raya di Semenanjung, 4 lorong, ada pilihan, sama ada lorong laju atau perlahan. Alamatkena hon atau diberi lampu highlight oleh pemandu lain jika memandu 70 - 80 kilometer di lorong lajusambil mendengar lagu-lagu jiwang.

Anda seorang pemandu yang berhemah? Soalan klise yang akan ditanya bila memasuki sekolahmemandu. Banyak tip atau panduan yang diberikan sebelum mendapat lesen memandu. Mahu lulusterpaksa hafal dan ingat semua tanda dan simbol keselamatan di jalan raya. Masa ujian on the road,sopannya bukan main. Tetapi bila sudah dapat lesen, macam cerita The Flash, lajunya macam di litarlumba Fomula One, hahaha.

Apa yang diberikan dalam tip-tip pemanduan berhemah oleh banyak pihak di antaranya ialah menetapkan kelajuan mengikut keadaan trafi k semasa, gunakan lampu isyarat jika ingin memotong kenderaan lain atau mengubah laluan, jangan sesekali mengekori kenderaan di hadapan secara dekat, pastikan memakai tali pinggang keselamatan, jangan sesekali menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan lain-lain.

Semasa memandu kadang-kadang kita merasa amat letih dan mengantuk. Dr. Ahmad Firdaus MohdHaris, Presiden dan pengasas Medical Mythbusters Malaysia, turut berkongsi mengenai situasi yangdigelar Microsleep, iaitu badan ‘tidur’ buat seketika. Di mana segala input dari deria penglihatan danpendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara satu hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah “shut down”. Katanya, walaupunketika sedang memandu dalam kelajuan 70 km/j, microsleep selama tiga saat boleh menyebabkankenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayangdalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/j? Jadi, apa yang harus dilakukan? Berhenti, parking kereta di tempat yang selamat dan tidur.

“Bang di mana sudah?” Tiba-tiba Suhaimi Kodro menelefonku ketika sampai di simpang bulatan Nangoh kira-kira 44 kilometer untuk sampai ke Checkpoint di batu 32 Sandakan, tempat kami bertemu. Sahabatku orang Beluran yang akan menjadi kawan perjalanan darat ke Lahad Datu dan Tungku dalam 5 hari ini.“Mengapa tidak bagitau awal sudah sampai di sana?” Katanya lagi, bila ku beritahu aku telah melimpasisimpang itu. Dia takut terlewat sampai di tempat pertemuan. Pesanannya dalam whatsapp tidak ku bacakerana sedang memandu. Itu mungkin kerana aku seorang pemandu yang berhemah, ehem!

TANDA-TANDA HARI KIAMATOleh:

Abu Hurairah meriwayatkan: Suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama para sahabatnya. Baginda mengajardan mendidik mereka serta menunjukkan mereka pada jalan kebenaran. Salah seorang dari kami bertanya,“Apakah seperti ini majlis Rasulullah SAW bersama para sahabatnya?”Jawabnya adalah sesungguhnya tugas para nabi adalah mengajak umat mereka untuk bersungguh-sungguhmenempuh jalan yang benar dan lurus. Oleh kerana itu, majlis yang mereka hadiri adalah majlis yang mengkaji ilmu, tata karma dan budi pekerti. Di dalamnya terdapat redha Allah SWT dan Allah SWT membanggakan mereka di hadapan para malaikat.Kali ini, di majlis itu Nabi menjelaskan kepada mereka tentang tanda-tanda hari kiamat. Baginda bersabda, “Kiamattidak akan terjadi sampai muslimin memerangi kaum Yahudi. Sampai seorang Yahudi bersembunyi di belakangbatu atau pohon. Kemudian batu dan pohon itu berkata, “Wahai Muslimin, ini ada orang Yahudi di belakangku.Kemarilah dan bunuhlah dia.” Kecuali pohon Gharqah, kerana ia adalah pohon Yahudi.Saya lantas berkata pada diriku sendiri, “Subhanallah. Semua ucapan Nabi pasti benar. Kita harus meyakinidan membenarkannya. Yang saya maksud bukan keimanan dan kebenaran yang dimiliki oleh orang-orang yang bertaklid buta, tapi mereka yang berakal dan mahu berfi kir.“Bagaimana caranya?” seorang teman bernama Mujahid bertanya kepada saya.Saya mencuba menjelaskan:Bayangkan ketika anda sebelum berusia tujuh puluh tahun; atau hidup di awal abad dua puluh lantas andamendengar hadis ini kemudian Anda bertanya kepada diri sendiri, “Di mana orang Yahudi? Bagaimana kitamenghancurkan mereka? Di mana saja mereka sehingga kita dapat memeranginya? Mereka adalah kaum yang gemar menyimpang dari kebenaran dan pengecut, tidak konsisten di hadapan orang lain, maka bagaimanamereka boleh mempunyai pasukan untuk mengalahkan kaum muslimin?Kemudian bacalah hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan tentang sebuah ilustrasi seperti sabdanya ini,“kalian akan berperang dengan mereka (Yahudi). Kalian akan datang dari sisi timur sungai dan mereka akandatang dari barat sungai.” Yang dimaksudkan sungai di sini adalah sungai Yordania saja? Dan Palestin semuawilayahnya untuk bangsa Yahudi Sesungguhnya ini benar-benar musibah yang amat besar. Lalu, apa yangterjadi setelah musibah itu.Kita kembali pada pertanyaan yang dapat anda tanyakan kepada diri anda sendiri, lantas anda mengatakan,sedang hidup di awal abad 20 bahawa Yordania dan Palestin adalah negara di bawah kekuasaan DinastiUtsmania, kemudian Yahudi berencana menguasai Palestin! maka hal ini melahirkan banyak pertanyaan untuk dijawab.1. Apakah ini bererti bahawa orang-orang Yahudi akan berpindah ke Palastin secara terorganisasi sehinggamereka menjadi penduduk majoriti di sana?2. Apakah ini bererti negara-negara Islam telah meratapi dirinya, mengucilkan diri, atau telah lenyap sehingga membiarkan bangsa Yahudi masuk Palestin dengan mudah?3. Apakah ini bererti orang-orang Islam di Palestin sama sekali tidak mendapatkan pertolongan atau bantuansehingga mereka dibantai dan diusir dari negerinya sendiri kemudian mengungsi ke berbagai negara?4. Apakah ini bererti bahawa negeri Palestin tidak ada seorang penguasa dan tentera muslim yang akanmenghancurkan Yahudi dan sekutunya atau memukul mundur mereka atau menghadang mereka dari manapun mereka datang? Bersambung…

42 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

‘’Tidak boleh sedikitpun kami mengiktiraf Israel yang menodai tanah kami, hak-hak kami, negara kami dan sejarah kami.’’ - Syeikh Ahmed Yassin

Syeikh Ahmed Yassin atau nama sebenarnya Ahmed Ismail Hassan Yassindilahirkan di sebuah kampung bernama al-Jura, daerah al-Mijdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Beliau dibesarkan di sana sehingga tahun 1948. Ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, pada tahun1948 beliau dan keluarganya diusir dan pindah ke kem pelarian. Peristiwa inidikenali dalam sejarah sebagai Hari Nakbah.

Di sekolah, Syeikh Ahmed Yassin merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dandisayangi oleh guru-gurunya. Beliau juga aktif dalam aktiviti sukan sehinggalah pada usia 16 tahun, beliaumengalami kecederaan ketika melakukan riadah di pantai yang mengakibatkan beliau lumpuh padabahagian kaki. Namun, ia tidak sekali-kali melumpuhkan semangat beliau dalam pelajaran mahupunperjuangan Islam.

Disebabkan kesempitan hidup, Syeikh Ahmed Yassin menangguhkan pelajaran selama tiga tahun untuk membantu keluarganya. Pada tahun 1964, beliau telah berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Ain Shams, Kaherah. Namun begitu, beliau dipenjarakan oleh pihak berkuasa Mesir selama sebulan kerana penglibatannya bersama Ikhwanul Muslimin. Beliau telah diusir secara paksa dari Mesir.

Sekembalinya ke Gaza, beliau meneruskan kehidupan dengan menjadi khatib Masjid Gaza dan jugamenjadi guru bahasa Arab. Dalam waktu yang singkat, beliau terkenal dalam kalangan penduduk Gazadengan khutbah-khutbahnya terutama berkenaan pendudukan rejim Zionis di kawasan SemenanjungGaza pada tahun 1967.

Syeikh Ahmed Yassin pendakwah yang gigih. Beliau banyak mendidik golongan muda dengan ajaranIslam. Hasilnya, Ikhwanul Muslimin berkembang di Gaza pada tahun 1969 - 1970.

Syeikh Ahmed Yassin juga ialah pengasas dan pemimpin spiritual HAMAS (Harakah al-Muqawamahal-Islamiyyah) atau Gerakan Pembela Islam. Dengan penubuhan HAMAS, rakyat Palestin yang selama ini tanpa arah yang jelas mencari jalan perjuangan, kini bergabung tenaga melakukan satu kebangkitan menyeluruh atau lebih dikenali sebagai intifadah.

Pada tahun 1983, beliau ditangkap dan dipenjara oleh pihak rejim Zionis dengan tuduhan memiliki senjataapi dan cubaan menggugat kerajaan Zionis Israel. Beliau dihukum penjara selama 13 tahun. Namunbegitu, beliau hanya berada di dalam penjara selama 11 bulan hasil pertukaran tahanan di antara pihak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dengan pihak rejim.

Pada 6 September 2003, sebuah helikopter Apache telah membedil rumah beliau dalam usaha untukmembunuhnya namun dengan kuasa Allah SWT, percubaan tersebut gagal.

Namun, pada waktu subuh 22 Mac 2004, sekali lagi rejim Zionis berusaha untuk membunuh beliau ketikadalam perjalanan pulang dari masjid. Allah SWT telah memakbulkan doa beliau untuk mati syahid. Tigabutir roket jenis Hellfire telah membedil lelaki lumpuh yang berkerusi roda ini. Al-Syahid Syeikh AhmedYassin gugur syahid pada usia 67 tahun.

AL-SYAHID SYEIKH AHMED YASSINOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

KHALWAH DAN UZLAH ADALAH TRADISI ANBIYA'DAN AULIYA' (BAHAGIAN 1)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

"Khalwah" dan "Uzlah" bermaksud menyendiri dan berseorangan. Dalam ilmu Tasawwuf, berUzlah itubersendirian secara berzikrullah dan bertafakur melalui bimbingan seorang mursyid atau murabbi.

Ia juga boleh diertikan sebagai menyepi diri daripada orangramai di dalam berdialog dan berteman dengan al-Haqq iaitu Allah SWT.

Berdialog secara monologi ini menggunakan mata batindengan melalui beberapa maqam latifah dengan mentiadakan makhluk dan menfokuskan hanya kepada Allah SWT semata-mata.

Khalwah dan Uzlah ini juga merupakan salah satu daripada Al-Riyadhah Al-Ruhiyyah. Selalunya Uzlah ini mencapai 40 hari tanpa ditemani oleh sesiapapun. Menyendiri dalam berzikrullah kepada Allah SWT.

Bentuk Uzlah itu dengan cara seorang Mursyid atau Murabbi akan menunjukkan tempat khas untuk murid berzikrullah.

Murid akan terus menyendiri di dalam tempat tersebut dan menjalani kehidupan seperti yang dijalani oleh seorang mu'takif dengan zikrullah.

Murid hanya akan makan dan minum dalam jumlah yang sesedikit mungkin daripada keperluan tubuhnya untuk menghidupkan rohaninya.

Murid dikehendaki untuk melupakan segala bentuk hasrat jasmani yang dimilikinya dengan menyibukkandiri dengan mengingati Allah SWT semata-mata tanpa henti siang dan malam dengan bertafakur secarakonsisten.

Khalwah seperti ini merupakan salah satu pintu di antara sekian banyak pintu taqarub mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Tradisi Khalwah atau Uzlah ini hampir ada di semua jalan Tasawuf. Ada yang menggelarkannya sebagai bersuluk. Bahkan Uzlah ini dilakukan oleh para Anbiya' sejak dari zaman dahulu lagi.

Jikalau kita telusuri sejarah ketamadunan Umat Islam, kita akan mendapati bahawa nabi MuhammadSAW pernah berUzlah dan menyendiri di Gua Hira' sehingga Malaikat Jibrail datang menyampaikanwahyu.

Demikian juga para wali mengikuti jejak baginda SAW dalam hal berkhalwah dan berUzlah di beberapapenjuru dan sudut bumi ini.

Jauh daripada itu, nabi Ibrahim AS juga berUzlah sehingga meninggalkan isterinya selama beberapa hariuntuk memfokuskan hanya pada Allah SWT. Malah nabi Musa AS juga berUzlah selama 40 hari genapdi gunung Sinai sehingga mencapai tahap kerohanian yang begitu tinggi dapat berdialog dengan Ilahi.

162 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

TERLUPA MENGHILANGKAN NAJIS PADA DIRI LANTAS MENDIRIKAN SOLAT

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANUstaz, seseorang yang mengetahui pada dirinya ada najis sebelum ia mendirikan solat lalu dibiarkannya dengan harapan nanti akan dibasuhnya najis itu bila hendak melakukan solat. Kemudian ia terus mendirikan solat tanpa membasuh najis tadi kerana lupa. Tidak lama kemudian barulah ia teringat bahawa najis di badannya itu belum dibasuhnya lagi. Bagaimana adakah sah solatnya itu atau sebaliknya, mohon penjelasan ustaz.

JAWAPANOrang yang mengalami peristiwa seperti ini wajib ianya mengulangi solatnya itu, kerana jelas bahawa solatnya itu tidak sah sebab ia berhubung dengan najis. Solatnya itu tidak memenuhi syarat sahnya, kerana salah satu syarat sah solat ialah hendaklah suci badan, pakaian dan tempat daripada najis.

Berkata Imam Ramli dalam kitab Nihayahnya:

Ertinya: "Dan jika seseorang mengetahui ada najis di badannya sebelum memulai solat, kemudian ia lupa lalu ianya mengerjakan solat. Kemudian ia teringat akan najis itu sedang waktu masih ada, maka wajiblah ia mengulanginya. Atau ianya teringat sesudah habis waktu solat, maka wajiblah ia mengqadanya atas mazhab kerana keterlaluannya meninggal membasuh najis itu tatkala ia menyedarinya.” (Rujuk Nihayatul- Muhtaj jilid 2 ms 31).

Tetapi sekiranya seseorang itu nampak najis sesudah solat, sama ada dipakaiannya atau di badannya yang ia ihtimal (boleh jadi) najis itu datangnya sesudah selesai solatnya, maka ianya tidaklah wajib mengulanginya.

Berkata lagi Imam Ramli Rahimahullah:

Ertinya: “Maka jika ihtimal (boleh jadi) adanya najis itu sesudah sembahyang, maka tidaklah wajib atasnya mengulangi solatnya itu.” (Rujuk Nihayatul-Muhtaj jilid 2 ms 32).

Oleh yang demikian, pastikan badan, pakaian dan tempat kita solat itu suci tidak terkena najis. Kerana ketiga-tiga ini adalah salah satu syarat sahnya solat kita. Semoga pencerahan kepada persoalan yang dikemukan ini dapat kita fahami bersama.

Wallahu a’lam.

JANGAN MENCELA MAYATOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Diriwayatkan dari ibunda ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Janganlah kalian mencela mayat kerana mereka telah menjumpai apa yang telah mereka kerjakan.” (HR. Bukhari no. 1393).

Berdasarkan hadis di atas, hukum asal mencela atau menghina seseorang yang sudah meninggal dunia adalah haram, kerana terdapat kalimat larangan dalam hadis di atas. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam kemudian memberikan alasan larangan tersebut, iaitu “mereka telah menjumpai apa yang telah mereka kerjakan.”

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah berkata:

“Kalimat ini bersifat umum, kerana sesungguhnya mereka telah menjumpai apa yang telah mereka kerjakan. Jika mereka adalah orang baik, celaan itu tidaklah mencelakakan mereka. Jika mereka adalah orang jelek (jahat), mereka telah mendapatkan balasannya, sehingga tidak perlu ini dan itu.” 1

Terdapat hikmah larangan mencela orang yang sudah meninggal. Alasan larangan tersebut juga terdapat dalam hadis yang diriwayatkan dari sahabat Al-Mughirah bin Syu’bah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Janganlah kalian menghina mereka yang sudah mati, sehingga kalian menyakiti mereka yang masih hidup.” (HR. Tirmidzi no. 1982, shahih).

Menghina atau mencela orang yang sudah meninggal dunia akan menyakiti yang masih hidup, iaitu dari kalangan ahli waris dan kerabatnya. Larangan tersebut bersifat umum, termasuk jika kita ketahui bahawa orang tersebut meninggal di atas kefasikan (melakukan dosa besar dan belum bertaubat sampai mati).

“Maksudnya, janganlah mencela mereka, dan janganlah menyebut-nyebut kejelekan mereka. Hal ini kerana mereka telah menjumpai apa yang telah mereka kerjakan, meskipun orang yang sudah meninggal tersebut adalah orang fasik semasa hidupnya dan mati di atas kefasikannya. Maka Engkau tidak boleh mencela dan menghina kefasikan mereka. Hal ini kerana mereka telah menjumpai apa yang telah mereka kerjakan dan hisab mereka di tangan Allah Ta’ala.” 2

Rujukan:● Syarh Mukhtashar ‘ala Buluughul Maraam, 4: 11.● Syarh Mukhtashar ‘ala Buluughul Maraam, 4: 71.

62 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Maksudnya: “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya).”

Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan bahawa Allah SWT menjelaskan nikmat-Nya kepada makhluk-Nya dengan menundukkan bumi untuk mereka. Dia telah menjadikannya terhampar dan tenang, tidak goncang atau bergerak- gerak, kerana Dia telah menjadikan gunung-gunung (sebagai pasaknya). Dia telah mengalirkan mata air, membentangkan padanya jalan-jalan, menyediakan pelbagai manfaat serta tempat-tempat yang subur untuk bercucuk tanam.

Manusia bukan sahaja dibekalkan udara, tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan cuaca yang menyenangkan, tetapi turut dilengkapkan sumber untuk mencari rezeki di setiap pelosok bumi. Kesemua ini mempamerkan sifat Rahim dan Penyayangnya Allah SWT terhadap sekalian makhluk-Nya.

Ayat ini mengandungi petunjuk tentang Rububiyah Allah SWT, keesaan, kuasa, hikmah dan kelembutan-Nya, mengingatkan nikmat-nikmat Allah SWT serta kebaikan-kebaikan-Nya. Dia juga memperingatkan manusia agar tidak condong hanya kepada duniawi lalu beranggapan dunia sebagai tempat tinggal selamanya, tetapi sebaliknya kita sedang bergerak meninggalkan dunia ini menuju ke alam akhirat dan syurga yang kekal abadi.

Sungguhnya benar apa yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya “Jadilah engkau hidup di dunia ini umpama seorang musafir atau orang yang sedang menyeberangi jalan.” riwayat Al-Bukhari. Kehidupan kita tidak ubah seperti musafir yang berkelana dan mengembara dari satu destinasi ke satu destinasi. Perjalanan yang ditempuh pastinya mencabar mental dan fizikal, kesenangan dan keselasaan. Tidak kurang juga mencabar untuk sentiasa menjaga amal ibadah. Lantaran itulah Allah SWT mengurniakan Rukhsoh dan doa yang makbul kepada para musafir.

Bagi seseorang yang bakal melakukan permusafiran tentunya akan mempersiapkan keperluan sepanjang perjalanan. Namun begitu tidak semua barangan yang perlu dibawa bersama melainkan sesuatu yang benar-benar penting sahaja bagi mempermudah dan melancarkan perjalanannya seperti dokumentasi diri, pakaian ala kadar tidak perlu membawa almari bersama dan lain-lainnya.

Setelah kita amati makna yang tersirat di sebalik ayat al-Quran dan hadis di atas akan tampak dengan jelas bahawa sejauh mana sekalipun seseorang mengembara di muka bumi pasti satu hari nanti dia akan kembali ke tempat asalnya, itulah perumpamaan sejauh mana pun umur kita hidup di atas muka bumi ini pasti satu hari nanti akan dijemput kembali ke alam akhirat. Persoalannya apakah kita sudah mempersiapkan diri kita dengan sebaik-baik bekalan menuju ke alam akhirat.

Antara kelebihan yang boleh kita perolehi dari sesuatu pengembaraan adalah melihat betapa hebatnya kebesaran Allah SWT yang menciptakan alam, dapat menghayati perjuangan para nabi, dapat menerbitkan perasaan syukur akan nikmat keamanan yang ada di tempat kita, memperluaskan silaturahim sesama manusia tidak kira agama, budaya atau warna kulit dan pasti akan perolehi penemuan ilmu yang baharu.

Seperkara yang perlu kita ketahui mengembara dinamakan sebagai “safar”, disebabkan permusafiran membongkar serta menonjolkan karakter, sikap dan akhlak seseorang setelah bermacam cabaran dan kesukaran dilalui bersama. Lantaran itu Khalifah Umar Al-khattab pernah berpesan, kalau nak kenal seseorang, jangan dari jauh tetapi, dengan cara: 1) Musafir bersama, 2) Makan bersama dan 3) Tidur bersama.

AYAT AL-QURAN SURAH AL-MULK : 15"BERKELANA”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Setiap daripada kita yang bergelar Muslim adalah pendakwah. Tidak kiralah apa pun pekerjaan, pendidikan dan bangsa kita. Yang penting, dakwah kita itu perlulah mengikut kapasiti. Maksudnya, Jika kita baru belajar bahasa Arab, janganlah pula berani syarah kitab karangan ulama muktabar. Jika baru belajar Iqro 1, janganlah pula buka kelas mengajar al-Quran. Kan masih belajar. Jadi ilmu yang kita sampaikan itu haruslah setara dengan apa yang kita ada. Jadi kalau kita masih di Iqro 1, bolehkah kita berdakwah? Boleh. Pasti boleh jika kena dengan kaedahnya. Dakwahnya adalah dengan cara kita mengajak sahabat kita yang belum mengenali huruf hijaiyah untuk belajar bersama-sama. Nah itulah yang kita namakan dakwah.

Pendakwah ini kena betulkan niat. Maknanya niat untuk berdakwah itu perlulah ikhlas hanya untuk mengharap redha Allah. Zaman sekarang ini zaman fitnah. Mudah sahaja niat kita itu dipesongkan. Contohnya melalui media sosial. Dakwah di alam maya itu bagus. Yang jadi tidak bagus apabila kita buka akaun Youtube, rakam aksi kita menyampaikan syarahan agama dengan niat untuk mendapatkan followers yang ramai. Sudah ramai bolehlah kita berniaga kismis minda yang sudah dibaca 30 juzuk al-Quran. Buat duit banyak-banyak guna nama agama. Nah niatnya sudah bertukar ke arah yang tidak baik. Jadi hati- hati kita.

Dakwah juga bukan untuk menunjukkan siapa yang lebih baik. Bukan juga untuk mencari-cari kesalahan. Ada golongan bila tahu ada orang yang tidak buat kenduri arwah terus dilabelnya Wahabi. Ada pula yang bila melihat para habaib datang terus dikatanya Syiah. Yang fanatik dengan sufisme pula bila ada rakannya tidak mahu join tarekat, dikatanya nanti lama-lama jadi Wahabi. Tidak berarak menyambut maulid Nabi juga dikatakan Wahabi. Sedangkan kita sendiri tidak tahu Wahabi ini spesis apa. Dimomok hingga kita takut perkataan itu. Padahal erti Wahabi kan baik. Termasuk dalam 99 Nama Allah (al-Wahab). Maka janganlah kita burukkan. Baru-baru ini ada seorang ulama nusantara yang mengatakan orang yang belajar sampai PHD itu ilmunya tidak sah kerana guna loan untuk biaya pendidikan. Loan itu riba katanya. Nah inilah yang terjadi bila niat sudah tidak betul. Asyik cari keburukan. Lama-lama muka kita pun hilang nur. Sebab hati jadi hitam.

Dakwah di Sabah pula bagaimana? Ramai sungguh non-Muslim untuk kita dakwah supaya mengenal Islam. Dakwah mereka dengan budi pekerti yang baik. Tingkah laku kita juga kena baik. Mereka tidak baca Quran. Jadi mereka akan kenal Islam dengan melihat karakter kita. Maknanya first impression itu penting. Siapa pernah lihat wajahnya Baginda Nabi? Yang claim jumpa Nabi dalam mimpi itu wallahu a’lam. Tapi yang pasti kita sebagai umat terkemudian ini tidak pernah melihat. Namun boleh kita bayangkan melalui hadith-hadith yang telah disusun oleh Imam at-Tirmidzi dalam Kitabnya Syamail Muhammadiyah. Rata- rata sahabat Nabi mengatakan Baginda seorang yang tampan. Wajahnya seperti bulan purnama. Sentiasa berseri kerana Rasulullah SAW murah dengan senyuman. Nah ikutlah sunnah Nabi yang mudah ini. Bila jumpa orang, senyum. Bukan kena bayar pun. Tapi senyum pun kena ada tempat. Jangan pula apabila mendengar rakan ditimpa musibah, kita senyum.

Dakwah perlu ada integriti. Iaitu perlulah berlandaskan dua perkara ini; al-Quran dan as-Sunnah. Berpegang teguh pada keduanya pasti akan menyelamatkan kita dari jalan yang tidak benar. Dakwah di jalan Allah SWT perlulah mengikut aturan kalam-Nya (al-Quran) dan contoh terbaik sebagai anutan kita adalah dengan mengikuti ajaran (Sunnah) Rasulullah saw. Ingatlah siapa pun guru kita, tinggi manapun ilmunya, jika kata-katanya tidak dapat dibuktikan dengan dalil dari kedua-dua perkara itu, maka kita berhak untuk menolak. Allah SWT mengurniakan kita akal. Maka gunalah dengan sebaiknya. Selamat Berdakwah. Wallahua’lam bissowab.

INTEGRITI DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAHOleh:

Mohd Fauzee bin HarithUnit Integriti Negeri Sabah

142 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

WANITA ISLAM DAN LAMAN SESAWANGMENCARI JODOH

Oleh:Fatin Adilah Haji Saufee

Bahagian Dakwah, JHEAINS

Laman web mencari jodoh semakin mendapat tempat dalam kalangan belia Muslim pada hari ini danstatistik menunjukkan pengguna wanita dalam laman web mencari jodoh lebih ramai daripada lelaki.Kesibukan bekerja, kerisauan terhadap usia yang semakin lanjut dalam kalangan wanita dan sikap pemalu mendorong muslimah mencari inisiatif di laman web mencari jodoh. Kebiasaannya, laman web yang lebih privasi dan Islamik mengenakan bayaran yang tinggi terhadap kliennya.

Namun begitu, perlu difahami bahawa hukum asal melihat perempuan dan lelaki ajnabi adalah diharamkan kecuali atas tujuan keperluan seperti bermuamalah dan urusan meminang.

Daripada Abu Humayd al-Sa’idi RA, Sabda Nabi SAW: “Apabila seseorang daripada kamu ingin meminang seorang perempuan, tidaklah salah melihatnya dahulu, jika tujuan melihat itu untuk meminang walaupuntidak diketahui oleh perempuan.” (Riwayat Ahmad).

Hadis ini bukanlah bermakna satu keringanan untuk wanita Islam mempamerkan kecantikannya tanpabatas dengan niat untuk mendapatkan perhatian lelaki. Laman mencari jodoh yang diwujudkan di group-group Facebook dan aplikasi dari Barat seperti Tinder seringkali disalahgunakan untuk tujuan berseronokoleh belia Muslim. Berkenal-kenalan dengan ramai lelaki dalam satu-satu masa dengan niat untukmencari yang terbaik sebagai calon suami, berkongsi gambar yang tabarruj dengan gaya yang bolehmenimbulkan syahwat akan menggalakkan pergaulan bebas kerana tiada pantauan untuk menjayakanproses perkenalan itu sehingga ke proses pernikahan. Tidak seperti beberapa laman web mencari jodoh yang didaftarkan sebagai syarikat yang mempunyai pekerja dan sistem fail dan rekod yang tersusunlayaknya seperti sebuah pejabat serta mempunyai penasihat syariah. Laman web mencari jodoh mengikut syariah ini juga akan memastikan biodata klien adalah benar dan tiada unsur penipuan di dalamnya.

Selalunya dalam perkara ini wanitalah yang rugi jika kurang bijak menggunakan laman web mencarijodoh dan terdorong mengikut nafsu ingin dipuji, dipuja, ingin mencari kenalan lawan jantina sebagai hobi mengisi masa lapang, dan tidak bertegas pada diri sendiri tentang pergaulan dan hak diri sebagai wanita Muslimah yang sepatutnya disunting dengan cara terhormat.

Di dalam niat yang mulia untuk mendirikan keluarga, janganlah ia dicampur-aduk dengan perkara yangdibenci Allah SWT dan menjatuhkan kemuliaan diri sebagai seorang wanita Islam yang seharusnyadimuliakan dalam urusan perkahwinan. “Mempamerkan perhiasan dan kecantikan kepada sesiapa yangtidak sepatutnya dilihat seperti memakai pakaian yang ketat untuk mempamerkan bentuk badan atauselainnya. Dan disebabkan itu dapat menaikkan syahwat dan nafsu orang yang memandangnya, makaIjma’ (sepakat) para ulama’ adalah haram melainkan kepada suaminya sahaja.” (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah).

Oleh itu, penggunaan laman sesawang mencari jodoh adalah diharuskan. Membina laman web mencari jodoh juga adalah diharuskan jika tujuannya untuk urusan kebaikan dan haram hukumnya jika bertujuan untuk maksiat.

Terdapat kaedah feqah yang menyebut, “Kesemua wasilah baginya adalah berdasarkan hukum yanghendak dicapai” Oleh itu, menggunakan laman sesawang mencari jodoh hukumnya adalah harus namunjika penggunaannya untuk maksiat (sekadar suka-suka) dan melakukan perkara haram sewaktumenggunakannya maka hukumnya adalah diharamkan.

BERTAQARRUB DAN MENDAPAT KECINTAANALLAH SWT

Oleh:Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Hurairah RA berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah SWT telah berfi rman: Barangsiapa yang memusuhi seorang wali-Ku, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Dan tidaklahseorang hambaKu bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Akusukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinyakepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang diamelihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinyayang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya diameminta perlindungan dari-Ku nescaya Aku akan melindunginya." (Diiriwayatkan oleh Imam Bukhari).

HURAIAN HADISHadis ini adalah dari jenis hadis qudsi yang mana maknanya daripada Allah SWT, manakala lafaznya daripada Nabi SAW. Hadis ini menjelaskan kepada kita tentang wali-wali Allah SWT dan para kekasihNya. Maksud waliAllah SWT ialah hamba-hamba-Nya yang melaksanakan segala perintah-Nya dengan penuh ketaatan dankeikhlasan semata-mata kerana-Nya. Wali Allah SWT itu mempunyai dua ciri penting, iaitu mestilah dari kalangan orang yang beriman dan sentiasa bertaqwa, jika hilang salah satu dari dua ciri tersebut maka tidak dinamakandia sebagai wali Allah SWT. Oleh yang demikian, dapat kita fahami bahawa semua orang berpeluang untukmenjadi wali Allah SWT. Wali-wali Allah SWT yang paling mulia adalah para Nabi dan Rasul, seterusnya para sahabat Rasulullah SAW.

Hadis ini juga menerangkan kepada kita bahawa seorang wali Allah SWT atau kekasih Allah SWT perbuatannyaakan sentiasa terpelihara. Segala tingkah lakunya seolah-olah lahir dari Allah SWT. Oleh yang demikian AllahSWT akan memerangi golongan yang memusuhi wali-wali-Nya dengan mendatangkan azab atau membinasakan mereka. Ada ketikanya Allah SWT menundakan azab-Nya dan sebahagiannya Allah SWT segerakan azabnyaseperti yang berlaku ke atas umat-umat Nabi terdahulu.

PENGAJARAN HADIS1. Amalan yang paling disukai Allah SWT ialah amalan yang telah difardhukan ke atas hamba-hamba-Nya.

Kemudian amalan sunat yang boleh meraih cinta Allah SWT.2. Allah SWT akan mencintai seseorang yang istiqamah melaksanakan sunnah dan menghindari diri dari

perbuatan maksiat.3. Orang yang dicintai oleh Allah SWT, segala urusannya akan dipermudahkan dan doanya akan dikabulkan.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

82 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

KEIMANAN KEPADA RASUL: KELAHIRANNABI MUHAMMAD SAW SATU RAHMAT AGUNG KEPADA

ALAM SEMESTA (BAHAGIAN 4)Oleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Rasulullah SAW merupakan seorang manusia yang agung dan memiliki peribadi unggul yang amat berkualiti tinggi. Keperibadian yang tiada tolok bandingan ini seharusnya menjadi “benchmark” atau piawaian kepada mana-mana perbincangan “role model” ketinggian peribadi sepanjang zaman. Dalam konteks Islam, asas ini perlu dijadikan sandaran kukuh yang wajib diimani sebagai piawaian wajib diikuti dalam kehidupan. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 107 yang bermaksud:“Dan tiadalah kami utuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan sebagai Rahmat kepada Alam Semesta."Kekuatan kualiti peribadi insani Rasulullah SAW inilah yang menjadi aset utama kepada pencapaian cemerlang baginda sebagai tokoh agung dalam pelbagai aspek. Malahan dalam konteks Islam, Rasulullah SAW diyakini dan dipercayai sebagai Utusan Allah SWT khusus untuk menjadi penanda aras kepada ketinggian peribadi insan yang tertinggi. Kualiti ini digambarkan melalu riwayat daripada Hind Ibn Halla yang menyatakan keperibadian Rasulullah SAW sebagai:“Rasulullah SAW seorang yang selalu berfikir dan banyak berdiam diri. Baginda tidak bercakap tanpa sebab. Baginda bercakap dengan tidak sombong dan bertutur dengan jelas. Percakapannya berpatutan: tidak lebih dan tidak kurang. Baginda tidak angkuh atau merendahkan orang lain. Baginda memuji orang walaupun dalam hal kecil dan tidak pernah mengeji orang. Baginda tidak pernah mencela makanan. Baginda tidak pernah marah kerana perkara-perkara kehidupan duniawi atau yang berkaitannya. Tetapi sekiranya keadilan atau kebenaran dicabuli, tiada yang dapat menahan amarahnya sehingga keadilan itu kembali ditegakkan. Baginda tidak pernah marah kerana hal berkaitan dirinya atau membalas dendam untuk dirinya. Jika baginda memberi isyarat, baginda menggunakan seluruh tapak tangannya dan jika baginda hairan, baginda akan membalikkannya. Jika marah, baginda akan berpaling dan bila gembira baginda akan menundukkan pandangannya. Ketawanya sekadar senyuman."Dalam konteks hubungan sosial kemasyarakatan, baginda SAW memperlihatkan contoh tauladan yang tiada bandingan. Perkara ini digambarkan oleh Abdullah bin Al Harith R.Anhu dalam riwayat berikut yang bermaksud:“Aku tidak pernah melihat orang yang sentiasa tersenyum melainkan Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW."Dalam riwayat lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dengan sanad yang sahih daripada Anas bin Malik R.Anhu menyebut keperibadian Rasulullah SAW sebagai berikut:“Jangan kamu sampaikan cerita buruk mengenai sahabatku kerana aku ingin bertemu mereka dengan hati yang murni (positif).”Rasulullah SAW juga sangat memelihara hubungannya dengan manusia, apabila baginda menegur kesilapan seseorang. Baginda akan hanya menyebutnya secara umum tanpa menyentuh nama sesiapa pun. (Riwayat Abu Daud). Kualiti keperibadian yang hebat ini disokong oleh hadith riwayat Bukhari yang bermaksud:“Rasulullah SAW tidak pernah bercakap dengan cara menghina ataupun sengaja bercakap perkara tidak baik. Baginda pernah bersabda: Yang paling Aku sayangi di kalangan kamu adalah yang baik peribadinya dan akhlaknya.”Ketinggian dan kemulian peribadi Rasulullah SAW ini mengundang rasa kagum dan takjub bagi mereka yang mengkaji dan meneliti sejarah hidup junjungan besar baginda SAW. Seorang pemikir barat yang bernama George Bernard Shaw dalam bukunya “The Genuine Islam” yang dikarang pada 1936 menyebut sebagai berikut:"Saya sentiasa memandang tinggi agama yang dibawa oleh Muhammad kerana kekuatan dan keindahannya. Saya telah mengkaji mengenai Muhammad dan baginda adalah seorang lelaki yang sangat hebat dan patut digelar sebagai Penyelamat umat manusia."

PENGURUSAN MASA DAN SOLATOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Tajuk ini mungkin ganjil atau biasa-biasa sahaja. Latarbelakang kehidupan setiap orang memain peranan penting menterjemah kenyataan tersebut. Mungkin ada yang berpendapat urusan ukhrawi atau spiritual tidak payahlah dicampur aduk dengan ilmu duniawi. Mungkin ada juga akan mengatakan ini tentu berhubung tentang kebergantungan seseorang ketika berada di dalam kesusahan atau kesulitan.

Cuba kita amati objektif seorang yang masuk ke universiti untuk mempelajari pengurusan dan kewangan. Tujuan seorang mempelajari disiplin tersebut adalah untuk membantu dalam membuat pelaburan materi yang terbaik, mendapatkan pulangan peratus keuntungan yang tertinggi, walaupun pada hakikatnya keuntungan materi itu hanya bersifat sementara dan paling lama pun setakat umur kehidupan seseorang.

Ironinya amat jarang sekali kita menemukan dalam budaya kehidupan seorang muslim memanfaatkan ilmu atau disiplin pengurusan di dalam ibadah solat atau dalam ritual-ritual lain. Kenapa tiada usaha urusan spiritual diuruskan dengan cara yang efisyen untuk membuahkan hasil yang berlipat ganda untuk kebaikan di dunia ini dan di hari kemudian kelak.

Bukankah Allah SWT telah menganugerahkan kepada kita suatu hadiah yang amat berharga. Anugerah projek mega ini disajikan di atas dulang emas yang bertakhta berlian. Iaitu di dalam mukjizat yang akan kekal hingga akhirnya dunia. Kalau diterjemahkan ke dalam bahasa kewangan, sesungguhnya kita telah mendapat sebuah anugerah projek mega daripada Allah yang Maha Kaya. Namun dukacitanya kita tidak menerimanya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Malang sekali jika yang diraih nanti bukannya pahala dan kebahagiaan tetapi ialah hukuman dan kemurkaan lantaran tidak berterima kasih dengan penganugerahan yang amat besar itu. Ayat al-Quran yang mengingatkan tentang peri pentingnya masa.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menatapi kesabaran.” (Surah Al-Asr, ayat 1 - 3).

Ayat di atas menggambarkan bahawa manusia yang tidak memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya untuk mentaati perintah Allah Ta’ala dan Rasul-Nya adalah dari golongan yang rugi. Golongan yang rugi juga adalah mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah di bumi Allah Ta’ala kerana lalai, kurang ilmu dan leka dengan nikmat kehidupan dunia yang sementara sifatnya.

Justeru, bagaimanakah kaedah terbaik memanfaatkan waktu dengan sebaiknya dari sudut pandangan Islam?

Rasulullah SAW telah menitipkan pesanannya buat para sahabat dan umat Islam zaman-berzaman melalui hadis yang diriwayatkan oleh At-Timidzi dan Muslim:

“Dari Amru bin Maimun RA pada suatu hari Rasulullah SAW telah menyampaikan sabdanya yang bermaksud: Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu;Masa mudamu sebelum datangnya hari tua,Masa sihatmu sebelum datangnya masa sakit,Masa kayamu sebelum datangnya masa miskin,Masa lapangmu sebelum datangnya masa sibuk,Masa hidup sebelum datangnya malaikat mencabut nyawa.

Maksud tersirat hadis yang amat popular ini, mengingatkan umat Islam agar tidak mengamalkan budaya suka menangguh terutama dalam perkara-perkara yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Berdasarkan firman Allah SWT tersebut, Islam amat menitikberatkan tentang penggunaan masa, sehingga di akhir nanti Allah SWT akan mempersoalkan mengenai (umur) masa dan bagaimana ia diuruskan.

Islam telah menjadikan pengurusan masa sebahagian daripada hidup manusia, jadi seseorang yang peka akan pengurusan dan penggunaan masanya dengan bijak. Jika ianya diabaikan walaupun sesaat, kita akan menghadapi berbagai-bagai konflik dan penyakit, pelbagai tekanan, kecelaruan sehingga memberi kesan negatif terhadap budaya kerjanya.

122 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Lawatan Kerja Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS bersama Pegawai Pembangunan JHEAINS melawat tapak cadangan untuk pejabat/masjid

dan Sekolah Agama Negeri (SAN) daerah Paitan dan seterusnya Program Kenduri Sekampung bersama penduduk setempat serta melakukan perasmian surau An Nur Kg. Tangkangit sebuah

kampung yang terpencil di Sugut daerah Beluran pada 13 November 2019

Sekitar Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Negeri Sabahpada 7 November 2019 di Dewan Sa'adah Wisma MUIS Kota Kinabalu

Peristiwa

102 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Rabiulakhir1441H/29 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11