refleksi ub

5
Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nasta'inu ala umuridunnya waddin, washala tu wasala mu'ala asrafil anbiya iwal mursalin wa'ala alihi wasahbihi wamantabi'ahu ilayaumiddin, Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kusus ini. Nama dan kod kusus ini ialah Ko-Kurikulum II, WAJ 3111. Dalam tugasan kali ini ada 5 kali interaksi dan perkhemahan Unit beruniform. Pelbagai cabaran dan ujian sepanjang saya menyelesaikan tugasan ini. Pelbagai persoalan yang timbul di benak pemikiran saya selepas mendapat tugasan ini. Dapatkah saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya dan hasilnya memuaskan atau tidak. Walau apa pun sebagai seorang yang bakal bergelar seorang pendidik seharusnya sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi apa jua masalah yang akan melanda. Sepanjang perkhemahan Unit beruniforn dilaksanakan, terdapat beberapa perkara yang boleh dibangga dan boleh dijadikan sebagai resepi utama kekuatan dalam perkhemahan ini. Pertama, semasa proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa aktiviti, peminjaman dan pemulangan peralatan selepas program ini kami sentiasa bekerjasama. Semangat kerjasama tersebut menjadikan ahli-ahli beruniform mengukuhkan lagi ukhwah. Semua ahli jawatankuasa saling bantu membantu dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

Upload: adeng120284

Post on 11-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ub

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Ub

Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nasta'inu ala umuridunnya waddin, washala tu

wasala mu'ala asrafil anbiya iwal mursalin wa'ala alihi wasahbihi wamantabi'ahu

ilayaumiddin,

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan

peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kusus ini. Nama dan kod kusus ini ialah

Ko-Kurikulum II, WAJ 3111. Dalam tugasan kali ini ada 5 kali interaksi dan

perkhemahan Unit beruniform. Pelbagai cabaran dan ujian sepanjang saya

menyelesaikan tugasan ini.

Pelbagai persoalan yang timbul di benak pemikiran saya selepas mendapat

tugasan ini. Dapatkah saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya dan hasilnya

memuaskan atau tidak. Walau apa pun sebagai seorang yang bakal bergelar

seorang pendidik seharusnya sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal dalam

menghadapi apa jua masalah yang akan melanda.

Sepanjang perkhemahan Unit beruniforn dilaksanakan, terdapat beberapa

perkara yang boleh dibangga dan boleh dijadikan sebagai resepi utama kekuatan

dalam perkhemahan ini. Pertama, semasa proses pemilihan dan penubuhan

jawatankuasa aktiviti, peminjaman dan pemulangan peralatan selepas program ini

kami sentiasa bekerjasama. Semangat kerjasama tersebut menjadikan ahli-ahli

beruniform mengukuhkan lagi ukhwah. Semua ahli jawatankuasa saling bantu

membantu dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

Di antara kekuatan yang lain ialah, pengalaman yang sedia ada dalam

merancang sesebuah projek atau program di antara ahli kumpulan kami banyak

membantu merangka dan mengendalikan program ini agar berjalan lebih sempurna.

Walaupun ini pengalaman pertama saya bersama dengan kawan-kawan dalam

program perkhemahan saya merasakan semangat dan komitmen yang diberikan

digalas dengan penuh bertanggungjawab dan amanah. Untuk program

perkhemahan kali ini, saya ditugaskan sebagai AJK Dokumentasi. Di mana tugas

saya diperincikan untuk mengambil gambar aktiviti berlangsung sebelum,semasa

Page 2: Refleksi Ub

hingga selesai perkhemahan ini. Saya bersedia untuk memberi khidmat yang terbaik

dan memuaskan. Sikap ini mesti ada pada jiwa seorang manusia, bahkan untuk

profesion guru terutamanya.

Perkhemahan ini telah memberi banyak ilmu dan pengalaman baru kepada

saya terutamanya membina diri ke arah yang lebih positif serta membina keyakinan

yang lebih tinggi. Selain itu, untuk menjadi seorang guru yang berjaya dan

cemerlang keyakinan merupakan salah satu resepi untuk mencapainya. Ini kerana

apabila seorang guru tidak mempunyai keyakinan dalam diri, bagaimana guru

tersebut berhadapan dengan murid-muridnya atau masyarakat.

Sepanjang aktiviti-aktiviti dilaksanakan pelbagai pengalaman baru dan

pengetahuan baru yang saya perolehi dan ia amat berharga. Di antaranya

mendirikan khemah, walaupun ini merupakan kali ke dua saya mendirikan khemah

sendiri, ia tetap masih tidak stabil dan tidak berapa kemas. Saya perlu belajar lebih

mendalam lagi cara mendirikan khemah dengan betul.

Seterusnya untuk aktiviti ikatan dan simpulan pula banyak menguji kesabaran

saya. Kami di arahkan untuk membuat pelbagai jenis gajet. Saya telah membuat

persediaan di mana memuat turun video yang berkaitan dengan ikatan dan gajet.

Mengikut perancangan dan bilangan buluh kami ahli PPIM hanya dapat membuat

sedikit gajet kerana bilangan buluh yang agak sedikit dan peralatan yang tidak

mencukupi. Hanya beberapa orang sahaja yang mahir dalam membuat ikatan dan

simpulan dalam kumpulan kami. Oleh sebab itu, tempoh untuk menyiapkan gajet

agak lama sehingga jam 1 pagi. Di sini dapat saya ambil pengajaran bahawa

sebagai seorang guru, kita mesti mendalami dan menghayati ilmu yang dipelajari

serta tidak mengharapkan pensyarah sahaja untuk mengajar dan perlu ada usaha

sendiri utnuk menyelesaikan masalah.

Page 3: Refleksi Ub

Semasa program ini juga banyak mengajar saya dalam mempertingkatkan

kemahiran yang ada seperti kemahiran mengurus dan kepimpinan selain melatih

mendisiplinkan diri. Di mana dala setiap aktiviti yang dijalankan sentiasa di

maklumkan tempoh masa sesuatu aktiviti. Diantaranya ialah, tempoh masa makan

hanya diberi selama 15-20 minit, oleh itu semua ahli mesti menepati masa yang

telah ditetapkan dan sekiranya lambat akan didenda. Sepanjang aktiviti ini tiada

seorang pun yang didenda disebabkan lewat. Ini membuktikan semua ahli boleh

mendisiplinkan diri dengan masa yang telah ditetapkan. Saya akan amalkan sikap ini

dalam kehidupan lebih-lebih lagi apabila sudah bergelar seorang guru nanti.

Di samping itu juga dengan aktiviti perkhemahan ini juga membantu saya

mengawal kecerdasan emosi kerana sebagai bakal guru, saya harus bijak membuat

sebarang keputusan dan bertindak dengan betul tanpa dipengaruhi oleh emosi.

Sebagai contoh emosi sabra yang tinggi perlu di tanam dalam diri ketika berhadapan

dengan pelbagai masalah dan perangai manusia. Melalui program ini saya telah

belajar bagaimana mengawal emosi dengan baik.

Kesimpulannya, perkhemahan pada kali ini telah membentuk diri saya dalam

membina kesedaran diri dan dapat menghargai diri sendiri, orang lain dan alam

sekeliling. Perkhemahan Unit Beruniform berjaya dilaksanakan hasil daripada

pengorbanan semua pihak termasuk persediaan sebelum program dan pelaksaan

semasa program berlangsung. Program ini diharapkan dapat membina jasmani dan

fizikal pelajar supaya lebih bersedia dan bertenaga dalam melakukan sesuatu kerja

serta dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pelajar

juga akan dapat membina intelek mereka ke arah pemikiran yang kreatif, inovatif

dan kritis dalam menghasilkan sesuatu perkara. Akhir kata, semoga perkhemahan

Unit Berunifrom dapat diteruskan di masa akan datang kerana memberi banyak

pengalaman dan manfaat yang berguna kepada pelajar. Inilah peluang bagi peserta

untuk beramal dengan menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat tanpa

mengharapkan balasan. Diharapkan melalui program seumpama ini dapat

melahirkan modal insan yang lebih berkualiti. In Shaa Allah..