refleksi tugasan moral

3
Refleksi – GOH LI HUI Setelah saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah menimba banyak ilmu pengetahuan yang berharga dan pengalaman yang bermakna. Dalam proses penghasilan tugasan ini, saya telah mengenalpasti beberapa kelebihan antaranya adalah memupuk semangat bekerjasama antara rakan sekumpulan untuk mendapat hasil yang terbaik. Dalam tugasan kumpulan, saya dan tiga orang rakan telah membahagikan tugas untuk menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, kami sentiasa mengambil berat dan saling membantu untuk mendapatkan hasil tugasan yang berkualiti. Saya berasa bersyukur kerana mempunyai rakan sekumpulan yang sanggup mengkorbankan masa dan tenaga untuk menjalankan sesi perbincangan tugasan serta mengumpul maklumat bersama. Dalam tugasan kumpulan, sikap mementingkan diri sememangnya akan mendatangkan masalah dan melambatkan perkembangan tugasan. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat bahawa kekuatan kumpulan saya adalah kami sentiasa mempunyai hubungan yang rapat serta mengamalkan sikap yang terbuka dan nilai bekerjasama untuk menyempurnakan tugasan kami. Seterusnya, kelemahan yang didapati adalah ahli kumpulan kami kekurangan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Hal ini disebabkan terdapat ahli kumpulan yang terlibat dengan program inovasi bersama pensyarah jabatan PTV menyebabkan mereka sibuk dengan tanggungjawab masing- masing. Oleh yang demikian, mereka mempunyai masa yang suntuk untuk menghabiskan bahagian masing-masing.

Upload: lihui-goh

Post on 09-Dec-2015

273 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

refleksi tugasan moral

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi tugasan moral

Refleksi – GOH LI HUI

Setelah saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah menimba banyak

ilmu pengetahuan yang berharga dan pengalaman yang bermakna. Dalam

proses penghasilan tugasan ini, saya telah mengenalpasti beberapa

kelebihan antaranya adalah memupuk semangat bekerjasama antara rakan

sekumpulan untuk mendapat hasil yang terbaik. Dalam tugasan kumpulan,

saya dan tiga orang rakan telah membahagikan tugas untuk menjimatkan

masa. Walau bagaimanapun, kami sentiasa mengambil berat dan saling

membantu untuk mendapatkan hasil tugasan yang berkualiti. Saya berasa

bersyukur kerana mempunyai rakan sekumpulan yang sanggup

mengkorbankan masa dan tenaga untuk menjalankan sesi perbincangan

tugasan serta mengumpul maklumat bersama. Dalam tugasan kumpulan,

sikap mementingkan diri sememangnya akan mendatangkan masalah dan

melambatkan perkembangan tugasan. Sehubungan dengan itu, saya

berpendapat bahawa kekuatan kumpulan saya adalah kami sentiasa

mempunyai hubungan yang rapat serta mengamalkan sikap yang terbuka dan

nilai bekerjasama untuk menyempurnakan tugasan kami.

Seterusnya, kelemahan yang didapati adalah ahli kumpulan kami

kekurangan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Hal ini disebabkan terdapat

ahli kumpulan yang terlibat dengan program inovasi bersama pensyarah

jabatan PTV menyebabkan mereka sibuk dengan tanggungjawab masing-

masing. Oleh yang demikian, mereka mempunyai masa yang suntuk untuk

menghabiskan bahagian masing-masing. Walaupun begitu, ahli kumpulan

yang lain turut bertimbang rasa dan memberi bantuan kepada mereka dengan

membantu mengumpul maklumat yang berkaitan. Dengan usaha bersama,

kumpulan kami telah dapat menyempurnakan tugasan kami dengan jayanya

dan hantar pada waktu yang ditetapkan.

Apabila saya menyiapkan tugasan ini, saya mendapati bahawa

terdapat banyak ilmu pengetahuan yang baharu telah ditimba khususnya

berkaitan dengan kaedah pengajaran pendidikan Moral. Sebagai seorang

guru pelatih yang mengambil kursus Pendidikan Moral sebagai elektif kedua,

saya perlu jelas dengan kurikulum dan kaedah pengajaran pendidikan Moral

Page 2: Refleksi tugasan moral

sekolah rendah. Antara dua kaedah yang paling diingati adalah kaedah

penyelesaian masalah dan lakonan yang merupakan fokus tugasan ini. Selain

kaedah-kaedah tersebut, saya turut mengambil peluang untuk mendalamkan

pemahaman saya mengenai kaedah pengajaran yang lain semasa

pengumpulan maklumat untuk merancang Rancangan Pengajaran Harian

pendidikan Moral. Antara kaedah pengajaran pendidikan Moral termasuk

kaedah bercerita, pameran, perbincangan, soal jawab, sumbangsaran,

permainan, dan latih tubi. Setelah saya membaca maklumat yang berkaitan

tersebut, saya sedar bahawa pelbagai kaedah ini amat penting bagi seorang

guru untuk membantu beliau merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang menarik dan seronok. Di samping itu, perancangan aktiviti yang rapi

turut penting bagi memastikan murid mampu memperoleh pengetahuan yang

baharu melaluinya dan seterusnya mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran. Oleh yang demikian, saya yakin bahawa pengetahuan yang

ditimba ini amat berguna dalam membantu saya merancang aktiviti

pengajaran dalam Rancangan Pengajaran Harian pendidikan Moral.

Secara keseluruhan, kerja kursus ini memberi banyak manfaat kepada

saya terutamanya berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam

merancang aktiviti pengajaran. Tugasan ini memberi peluang kepada saya

untuk menulis Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap mengikut format

KSSR yang terkini. Dengan pengalaman ini, saya yakin saya akan dapat

menulis Rancangan Pengajaran Harian pendidikan Moral yang lebih baik lagi

pada masa depan. Pemahaman mengenai kaedah-kaedah pengajaran turut

akan membantu saya apabila saya menjadi seorang guru yang sebenar pada

masa yang akan datang.