refleksi titas sentil

Upload: muhammad-ifran

Post on 05-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Refleksi Titas Sentil

    1/2

    REFLEKSI

    Alhamdulillah,dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya siapkan tugasan

    untuk matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini. Pertama sekali,

    saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi matapelajaran

    TITAS kelas saya iaitu Dr. Mohd Hairudin Bin Amin yang telah banyak memberi

    bantuan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini

    agar menepati segala kehendak yang diperlukan.

    Kumpulan saya telah ditugaskan untuk membuat tugasan berkaitan dengan

    tokoh Islam yang bernama Al- Baitar iaitu seorang tokoh dalam bidang botani. Pada

    mulanya, saya dan kumpulan saya menghadapi banyak masalah dalam mencari

    maklumat berkaitan dengan tokoh ini kerana sumber yang terhad. Hasil bimbingan

    daripada pensyarah, saya dan kumpulan saya telah dapat mempelbagaikan sumber

    kami dan mencari maklumat berkaitan dengan Al-Baitar. Ekoran daripada kekurangan

    buku mengenai Al-Baitar di pusat sumber IPTHO, saya dan kumpulan saya telah

    mengambil alternatif untuk mencari buku tersebut di pusat sumber Universiti Tun

    Hussein Onn. Di sana, kami telah menjumpai buku yang menceritakan sedikit sebanyak

    mengenai Al- Baitar.

    Setelah selesai mencari maklumat berkaitan dengan tokoh, saya dan kumpulan

    saya menghadapi satu lagi masalah besar iaitu dalam proses mencari buku yang ditulis

    oleh Al- Baitar. Puas kami mencarinya di pusat sumber IPTHO dan UTHM, namun

    demikian usaha kami tidak membuahkan hasil. Setelah itu, saya dan kumpulan saya

    telah berbincang mengenai masalah tersebut dengan pensyarah. Atas persetujuan

    pensyarah, saya dan kumpulan saya diarahkan untuk mencari buku yang ditulis oleh

    Keris Mas. Seelah menjumpai buku yang dikehendaki, saya dan kumpulan sayamenjalankan analisis mengenai buku tersebut mengikut setiap tajuk yang ada di dalam

    buku tersebut.

    Melalui tugasan ini, banyak kemahiran baru yang telah saya pelajari. Jika

    sebelum ini saya kurang mengenali tokoh Islam, ianya berubah setelah saya

  • 8/2/2019 Refleksi Titas Sentil

    2/2

    menyiapkan tugasan ini. Banyak maklumat penting berkaitan dengan tokoh Islam yang

    telah saya pelajari. Sebagai contoh, saya telah mempelajari betapa tekun dan gigihnya

    Al- Baitar dalam usahanya mengkaji dalam bidang botani dengan mengumpul seluruh

    tumbuhan di sekitar Sepanyol dan meneruskan pengembaraannya sehingga ke benua

    Asia.

    Selain itu, saya juga telah mempelajari kaedah yang betul semasa menjalankan

    proses mencari maklumat berkaitan dengan tugasan. Saya telah belajar bagaimana

    cara untuk mempelbagaikan sumber maklumat dengan tidak hanya merujuk internet

    semata-mata, malah perlu mengkaji buku dan kitab-kitab lama.

    Selain itu, nilai kerjasama antara ahli kumpulan telah dapat kami pupuk

    sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Jika tiada nilai kerjasama, mustahil saya

    dan ahli kumpulan saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah

    ditetapkan.