refleksi sukn rakyat

2
4.0 REFLEKSI Pada 28 September 2013 sekolah saya akan mengadakan pertandingan permainan tradisional peringkat sekolah yang melibatkan warga sekolah Sk Abang Gesa Belawai sahaja. Antara objektif utama sukan seperti ini dilancarkan adalah untuk memenuhi kursus ataupun sukatan pelajaran yang telah dilengkan dalam takwim dalam matapelajaran Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan (PJM3112) Sukan permainan tradisional berbeza daripada kejohanan sukan yang lain. Acara yang dipertandingkan berupa acara permainan tradisional yang dimainkan pada zaman dahulu. Antara acara yang dipertandingkan pada kejohanan tersebut adalah seperti permainan galah panjang dan congkak. Sepintas lalu, pelbagai faedah yang diperolehi dengan penganjuran kejohanan seperti ini. Antaranya ialah seperti membangkitkan kembali minat untuk bermain permainan tradisonal serta memperkenalkan permainan tradisional ini kepada kaum-kaum lain. Dengan aktiviti seperti ini, saya melihat bahawa walaupun permainan seperti ini seperti ketinggalan zaman, namun tidak memerlukan kos yang tinggi kerana bahan-bahan yang digunakan dalam permainan seperti ini adalah bahan terbuang dan bahan yang mudah didapati di kawasan sekitar. Selain itu, aktiviti seperti ini membolehkan kaum-kaum lain seperti Masyarakat Cina dan India merasai sendiri permainan ini. Dengan pengalaman secara langsungseperti ini mungkin dapat meningkatkan

Upload: abgesa

Post on 16-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi sukn rakyat

4.0 REFLEKSI

Pada 28 September 2013 sekolah saya akan mengadakan pertandingan permainan

tradisional peringkat sekolah yang melibatkan warga sekolah Sk Abang Gesa Belawai

sahaja. Antara objektif utama sukan seperti ini dilancarkan adalah untuk memenuhi

kursus ataupun sukatan pelajaran yang telah dilengkan dalam takwim dalam

matapelajaran Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan

(PJM3112)

Sukan permainan tradisional berbeza daripada kejohanan sukan yang lain. Acara yang

dipertandingkan berupa acara permainan tradisional yang dimainkan pada zaman

dahulu. Antara acara yang dipertandingkan pada kejohanan tersebut adalah seperti

permainan galah panjang dan congkak. Sepintas lalu, pelbagai faedah yang diperolehi

dengan penganjuran kejohanan seperti ini. Antaranya ialah seperti membangkitkan

kembali minat untuk bermain permainan tradisonal serta memperkenalkan permainan

tradisional ini kepada kaum-kaum lain. Dengan aktiviti seperti ini, saya melihat bahawa

walaupun permainan seperti ini seperti ketinggalan zaman, namun tidak

memerlukan kos yang tinggi kerana bahan-bahan yang digunakan dalam permainan

seperti ini adalah bahan terbuang dan bahan yang mudah didapati di kawasan sekitar.

Selain itu, aktiviti seperti ini membolehkan kaum-kaum lain seperti Masyarakat Cina

dan India merasai sendiri permainan ini. Dengan pengalaman secara langsungseperti

ini mungkin dapat meningkatkan rasa minat mereka untuk bermain permainan seperti

ini pada masa akan datang.