refleksi sjh sem 7

7
REFLEKSI : JESSICA BONG Tugasan kali ini menghendaki saya untuk membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan mengubbal kertas soalan peperiksaan Sejarah.Semasa menerima tugasan ini dari pensyarah, saya berasa agak berat hati kerana saya tidak berpengalaman dalam membina JSU walaupun setelah lapan tahun mengajar. Namun saya harus besikap positif untuk menyiapkan tugasan ini. JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan. Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). 11

Upload: jess-brown

Post on 22-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Sjh Sem 7

REFLEKSI : JESSICA BONG

Tugasan kali ini menghendaki saya untuk membina Jadual Spesifikasi Ujian

(JSU) dan mengubbal kertas soalan peperiksaan Sejarah.Semasa menerima

tugasan ini dari pensyarah, saya berasa agak berat hati kerana saya tidak

berpengalaman dalam membina JSU walaupun setelah lapan tahun mengajar.

Namun saya harus besikap positif untuk menyiapkan tugasan ini.

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi

kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san

pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk

menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya

disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan

JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan

keutuhan. Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian  yang

ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus  dibuat semasa menyediakan soalan

ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin

merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan.

Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan

soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah

disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai

proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

(REFLECTION IN ACTION)

KEKUATAN

Membina JSU adalah satu perkara yang agak rumit dan memerlukan masa

yang lama untuk menyiapkannya. Namun, saya terus bersikap positif kerana tiada

yang mustahil sekiranya kita berusaha dan terus berusaha. Kekuatan yang ada pada

saya dalam menyiapkan tugasan ini adalah sumber maklumat yang diperolehi. Saya

menyedari bahawa saya mempunyai kurang pengalaman dalam membina JSU

maka langkah pertama yang perlu saya buat adalah mencari maklumat menerusi

laman sesawang, perpustakaan dan juga rakan sejawatan. Setelah mencari

maklumat dalam laman sesawang, saya dapati saya masih kekurangan bahan untuk

11

Page 2: Refleksi Sjh Sem 7

membina JSU. Maklumat yang saya perolehi adalah berbentuk teori dan saya masih

belum faham bagaimana hendak membina JSU. Saya seterusnya bertanya kepada

rakan sejawat saya bagaimana hendak membina JSU. Saya amat bersyukur kerana

cikgu tersebut mempunyai banyak pengalaman dalam membina JSU kertas sejarah.

Cikgu tersebut memberi tunjuk ajar bagaimana hendak membina JSU berdasarkan

teori Taksonomi Bloom. Dengan itu, saya dapat merangka JSU seperti kehendak

soalan tugasan.

Selain itu, saya juga berkongsi maklumat dengan rakan-rakan sekuliah. Kami

berkongsi maklumat menerusi e-mail. Maklumat yang dikumpul untuk tugasan A

dapat diselesaikan dengan mudah kerana perkongsian maklumat di antara rakan

sekuliah. Saya sekali lagi berasa bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang

dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya. Selain itu, saya juga mendapat format

pembinaan JSU dari pensyarah saya dan juga rakan sekuliah.

KELEMAHAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN

Segala kekuatan yang saya milik belum cukup untuk menambah

pengetahuan saya dalam membina JSU. Kelemahan yang saya miliki saya kenal

pasti untuk penambahbaikan pada masa depan. Seperti yang telah dimaklumkan,

saya kurang berpengalaman dalam membina JSU. Justeru itu, saya juga mengalami

masalah dalam menentukan jenis soalan mengikut Taksonomi Bloom. Namun

segala kelemahan ini dapat saya atasi dengan mencari maklumat dari laman

sesawang, perpustakaan, perkongsian antara rakan sekuliah dan rakan sejawat.

Setelah memahami dan mengenal pasti jenis soalan saya mampu untuk membina

JSU mengikut kehendak soalan tugasan.

Kekangan masa juga merupakan masalah besar buat saya untuk menyiapkan

tugasan ini. Sebagai seorang guru, bebanan kerja saya di sekolah menyebabkan

saya menangguhkan tugasan ini. Tambahan pula saya merupakan guru Sains tahun

enam yang menghendaki saya memberi fokus yang sepenuhnya kepada murid serta

membuat analisis item untuk setiap ujian yang dijalankan. Ini menyebabkan

maklumat yang dikumpul terlebih dahulu, sebahagiannya sudah hilang dan sekali

lagi saya memerlukan masa untuk mencari maklumat itu semula. Namun semua ini

tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya cuba

12

Page 3: Refleksi Sjh Sem 7

membahagikan masa untuk membuat kerja sekolah dan juga tugasan ini.

Kehilangan maklumat ini memberi pengajaran kepada saya supaya lebih teratur

menyimpan maklumat-maklumat yang telah diperolehi di dalam pendrive pada masa

akan datang.

(REFLECTION ON ACTION)

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah saya, Encik

Lawrence Law kerana banyak membantu saya dalam penyediaan JSU dan

pengubalan kertas soalan Sejarah Tahun 4 ini. Tanpa bimbingan tidak mungkin saya

dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dalam waktu yang singkat.

Tugasan yang dilaksanakan ini dapat membantu saya dalam tugasan harian

saya sebagai guru. Segala kekuatan dan kelemahan yang dimiliki akan diperbaiki

dari masa ke semasa.

Secara keseluruhannya, saya berasa amat bersyukur dan berbangga kerana

dapat membina JSU dengan usaha sendiri. Ini merupakan pengalaman yang amat

bermakna buat saya. Dengan ini, saya dapat membina dan menyediakan soalan

ujian secara lebih terancang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang

dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan

soalan, ini  berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat

dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian

dari semasa ke semasawalaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan

yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan

meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat

diantara satu ujian dengan ujian yang lain.

13

Page 4: Refleksi Sjh Sem 7

RUJUKAN:

Azizi Ahmad, Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bhasah bin Abu Bakar. (2010) Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan,

Selangor: Pustaka Salam Sdn Bhd.

Ng. S.N. (1991). Educational test and Measurement. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://ga3113myd.wordpress.com/ diakses pada 17 Februari 2014.

14

Page 5: Refleksi Sjh Sem 7

http://www.fp.utm.my/versi1/academic/phd-ukur.htm diakses pada 17 Februari 2014.

http://www.fp.utm.my/versi1/academic/s-ukur.htm diakses pada 17 Februari 2014.

http://www.freewebs.com/oum1/notaformatpowerpoint.htm diakses pada 17 Februari

2014.

15